A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


8 Comments

Saya Seorang Surirumah. Ia Membosankan?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Mothers:)

Pagi ini, saya rasa hendak berkongsi rasa hati.:)

Pengenalan

Alhamdulillah, sejak bulan Julai 2012, secara rasminya saya telah menjadi surirumah sepenuh masa. Maka, sekarang sudah lebih 2 tahun saya mempunyai ‘profession’ tersebut.:) Lain orang, mungkin lain pandangan tentang status surirumah. Pada saya, saya panggil diri saya surirumah apabila saya tidak ‘generate‘ sebarang ‘income‘ secara material di dalam keluarga. Ini cuma definisi peribadi saya, lain orang mungkin lain definisi mereka.:)

Kenapa?

Suka saya hendak berkongsi, sebelum ini, saya memang secara aktif mencari pendapatan untuk keluarga, sejak tamat belajar di universiti. Saya mula bekerja pada usia 21 tahun. Alhamdulillah, pada waktu itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai ada melaksanakan satu program ‘express’ untuk jurusan kejuruteraan. Maka, Alhamdulillah, kami dapat menamatkan kursus kejuruteraan dalam masa yang lebih singkat daripada biasa. Tidak perlulah saya tulis detail tentang perkara ini ya, takut keliru pula nanti.:)

Selepas tamat belajar, Alhamdulillah saya dapat tawaran bekerja di sebuah kilang di Klang. Di situlah bermulanya pengembaraan pekerjaan saya sebagai seorang jurutera. Selepas lebih kurang setahun lebih, saya mendapat tawaran bekerja di dalam bidang ‘Oil and Gas‘ pula, dan Alhamdulillah diberi peluang untuk bekerja di dalam dan di luar negara, yang sedikit sebanyak dapat beri pengalaman kepada saya untuk mengenal manusia dan diri sendiri.

Alhamdulillah, pada masa tersebut boleh dikatakan ‘gaji’ agak lumayan bagi seorang yang baru berusia awal 20-an dan seterusnya hingga akhir 20-an. Walaubagaimanapun, selepas dapat Aleeyah (anak saya yang pertama), saya rasakan bahawa saya tidak dapat untuk menunaikan ‘tuntutan’ tanggungjawab kedua-duanya – pekerjaan dan keluarga secara serentak. Saya rasa ada ‘konflik dalam diri’ pada waktu itu, apabila saya tidak dapat luangkan masa yang banyak dengan bayi saya sendiri. Suami saya juga bekerja di dalam bidang yang sama, dan dia juga mempunyai tuntutan kerja yang banyak.

paris with AleeyahSemasa saya masih bekerja di dalam bidang ‘Oil and Gas‘. Menghadiri kursus di Paris. Saya bawa adik dan Aleeyah (masa tu berusia 1 tahun) bersama.

Maka, dengan izin Allah, semasa saya sedang mengandung anak kedua, saya putuskan untuk letak jawatan.

Emosi Dalaman

Salah satu sebab yang penting juga ialah saya rasakan ’emosi’ saya tidak berapa sesuai dengan bidang kejuruteraan. Saya suka kepada kanak-kanak dan suka kepada sesuatu yang berkait dengan emosi manusia. Di dalam bidang kejuruteraan, saya perlu menjadi lebih rigid, supaya kerja dapat siap.:) Walaupun saya suka kepada kerja itu sendiri (kerana saya suka fizik dan matematik), tetapi selepas mendapat anak, saya rasakan sukar untuk mengubah emosi daripada ‘kurang perasaan’ di tempat kerja, kepada ibu yang ‘penuh perasaan’ dan compassionate di rumah.

rigGambar dari internet. Di awal pekerjaan, saya bekerja 6 bulan ‘straight‘ di rig di Venezuela.

Oh ya, bagus juga saya kongsikan bahawa di awal pekerjaan di dalam bidang ‘Oil and Gas‘, kebanyakan masa saya dihabiskan di ‘rig‘, pelantar minyak atau di ‘base‘, di mana majoriti rakan sekerja adalah lelaki. Selepas beberapa tahun, saya dapat rasakan saya menjadi kurang sensitif, sebab dah biasa bekerja dengan lelaki. Saya tidak suka dengan perkara remeh temeh kerana pada saya buang masa sahaja layan perkara sebegitu. Hihi.

TAPI

Apabila saya ada anak, perkara yang saya anggap ‘remeh temeh’ itulah perkara yang penting. Contohnya, saya perlu prihatin untuk lihat dan faham bentuk tangisan anak (kerana tangisan adalah di antara cara untuk bayi berkomunikasi pada peringkat awal), sama ada tangisan tersebut adalah tangisan lapar, atau tangisan perlu dibelai, atau tangisan sakit atau mungkin juga tangisan mengada-ngada!:) Jadi respon saya perlu sesuai dengan apa yang ‘disampaikan’ oleh bayi saya.:)

Jadi, saya rasakan ada ‘konflik’ di dalam diri saya. Oppss, jangan salah faham ya. Saya tidak katakan bahawa ibu yang bekerja sebagai jurutera tidak mempunyai hati ya. Lain orang, lain jiwanya. Lain bidang dan tuntutan kerja, lain keperluannya. Mungkin di dalam jiwa saya lebih kuat untuk ke arah kanak-kanak, maka mungkin sebab itu ada sedikit ‘perselisihan emosi’.:) Allahu’alam, saya bukan pakar psikologi.

Bukak Tadika

Selepas itu, Alhamdulillah, Allah beri saya peluang untuk buka sebuah tadika, di bawah lesen francais. Dan subhanAllah, saya sangat suka! Saya suka bekerja dengan kanak-kanak dan saya suka bekerja di dalam bidang yang beri peluang saya untuk berinteraksi langsung dengan manusia. Banyak saya belajar semasa tempoh tersebut dan setiap hari saya cuba belajar perkara baru untuk tambah pengetahuan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Walaubagaimanapun, selepas beberapa tahun, setelah suami bekerja lebih setahun di luar negara, saya buat keputusan untuk jual tadika tersebut dan kami sekeluarga ikut suami di Dubai.

Secara duniawi, memang nampak rugi. Tetapi, selepas berpindah ke sini, Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk saya belajar tentang kehidupan. Yang mana, saya perlahan-lahan belajar bahawa hidup bukan cuma untuk material. Seringkali kita (terutamanya diri sendiri) selalu keliru dengan apa tujuan hidup. Banyak buku-buku dan seminar yang mengajar tentang perkara ini – tujuan hidup, dan pelbagai insan menyuarakan pendapat masing-masing tentang apa sebenarnya tujuan hidup, berdasarkan pengalaman masing-masing atau philosophy yang mereka percaya.

Terpulang kepada setiap insan untuk percaya apa yang mereka mahu percaya. Pada saya, saya cuma yakin dengan apa yang Allah sampaikan kepada kita melalui Rasulullah SAW, di dalam AlQuran:

 Ad Dhariyat_56

Allah is the One Who created us, and He is the ONLY One who knows what is best for us.

Selalunya, bila ditulis sebegini, ada yang extremists yang terus kata, “Dah tu, kerja kita solat je. Tak payah bekerja, tak payah buat apa.”

Hmmm, pada pandangan saya itu terlalu extreme, dan mungkin juga kurang pengetahuan tentang Islam itu sendiri yang mana memang sebuah agama yang ‘balance‘.

Sahih Bukhari 39

Apa Kaitan Semua ni Dengan Surirumah?

Hehe mungkin ada yang sedikit keliru apabila tiba-tiba saya kongsikan tentang ayat Al-Quran dan Hadith.:) SubhanAllah, sebenarnya Allah beri panduan bagaimana untuk kita hidup di dalam dunia ini, melalui AlQuran, dan diutuskan Rasulullah SAW untuk tunjukkan contoh kepada kita, yang mana boleh didapati dalam koleksi sunnah baginda. AlQuran banyak bicara tentang hati, tetapi yang selalu di’highlight‘kan kepada kita ialah cuma regulations. Apabila hati sudah beriman dan taat kepada Allah, serta percaya segala yang diturunkan olehNya, secara automatik perbuatan dan anggota akan taat perintahNya. In sha Allah. Maka, sebetulnya, regulations ‘datang’ selepas ‘percaya’, bukan sebaliknya. Sepertimana Allah turunkan kepada Rasul-Nya. Di Makkah, ayat-ayat banyak diturunkan untuk menguatkan kepercayaan dan keimanan. Selepas masyarakat Islam kuat iman mereka, barulah diturunkan regulations perlahan-lahan.

Again, apa kaitannya?:)

Saya hendak kongsikan, bahawa setelah saya menjadi surirumah, hati saya bergelora. Saya jadi keliru, saya jadi down. Ramai yang bertanya,

“Tak bosan ke jadi surirumah? Takde apa nak buat kat rumah. Asyik buat benda yang sama.”

Ada yang kata,

“Tak takut ke suami tinggalkan? Kalau dia cari perempuan lain, macam mana?”

Ada jugak biasa dengar,

“Kita perempuan ni kena pandai berdikari. Jangan nak harap duit suami je.”

Yang paling famous ialah,

“Belajar tinggi-tinggi duduk rumah je buat apa?”

Dan pelbagai lagi. Saya tak kata semua ni salah, dan saya tak kata semua ni betul. Saya juga tak dapat nak janjikan saya ni ‘dijaga’ oleh suami sepanjang hayat dan saya juga tak tahu samada saya diberi peluang untuk jadi surirumah sepanjang hayat atau ada ketika saya perlu bekerja. Saya tidak tahu masa depan. Cuma Allah yang tahu.

Sebagai seorang wanita yang dah biasa ‘pegang duit sendiri’ sejak berusia 21 tahun, dan juga menyara keluarga, tipu sekiranya saya kata saya tidak terasa apa-apa. Saya rasa ‘down‘ pada mulanya kerana rasa tidak berguna. Saya rasa sedih kerana rasa tidak dapat generate income apa-apa di dalam keluarga. Alhamdulillah keluarga saya sangat supportive di atas pilihan saya, tetapi diri saya sendiri yang merasakan sedemikian.

Quote

Dalam kegusaran, kekeliruan dan kesedihan, saya mula belajar tentang Islam. Saya mula menghadiri kelas tafsir, di mana ustazah (orang Arab yang fasih berbahasa Inggeris) ajar kepada kami (bukan Arab), untuk faham AlQuran secara direct. Perkataan demi perkataan. Penerangan demi penerangan. Lain impaknya apabila kita dengar dan belajar ayat-ayat Allah secara direct berbanding ulasan ustaz/ustazah semata-mata. Ayat-ayat Allah sempurna, cantik dan sangat ‘soothing‘.

Saya mula baca buku-buku tulisan ulama, yang banyak menceritakan tentang hati. Saya cuba fahamkan cerita-cerita orang alim terdahulu, dan wanita-wanita Islam terdahulu. Saya cari apakah sebenarnya fungsi wanita di dalam masyarakat.

SubhanAllah, Alhamdulillah, ia beri saya ketenangan. Apabila kita dipengaruhi oleh apa manusia kata dan apa pandangan manusia, hidup memang menyerabutkan. Tetapi apabila kita baca ayat-ayat Allah, fahami apa Allah kata, subhanAllah hidup lebih tenang.

MAKA

Saya cuma hendak berkongsi, in sha Allah, sedikit demi sedikit. Apa yang seorang surirumah boleh lakukan. Tidak semestinya berkait dengan duit. Kadang-kadang, memang seorang surirumah perlu bekerja dari rumah untuk membantu suami, kerana keperluan hidup. Tapi itu bukan the ONLY thing to do. Mungkin daripada kanak-kanak sering kita di’momok’kan dengan duit, duit dan duit, maka kita lihat hidup cuma ‘worth‘ apabila ada duit. Dan subhanAllah, di dalam AlQuran, nilai hidup manusia tidak pernah dikaitkan dengan berapa banyak duit kita ada. Dan again, jangan pula ada yang ekstrim yang mengatakan perlu hidup di dalam batu sahaja, tidak perlu ada duit. Hidup perlu balance, dan Allah sudah beri panduan bagaimana untuk hidup balance, tanpa kita perlu ubahsuai. Ikut sahaja.:) Yang perlu kita struggle ialah bagaimana untuk lawan ‘soul‘ sendiri dan kalahkan syaitan. Allahu’alam.

AlKahf 7

Hidup ini cuma ujian.

Laziness is kin to failure

Sebagai seorang surirumah, saya dan ibu2 perlu sentiasa sibukkan diri. Walaupun tiada pekerjaan yang menjana duit. Saya petik sedikit statement daripada buku, “You can be The Happiest Woman in the World: A Treasure Chest of Reminders” oleh Dr ‘A’id al Qarni, terbitan International Islamic Publishing House.

I urge you to keep busy, not to give in to laziness and idleness. Rather, you should take care of your house and home library, and do your duties and your work, or pray, or read Quran or useful books, or listen to useful tapes, or sit with you neighbours and friends and talk to them about things that will bring them closer to Allah.

Then you will find happiness and joy, by Allah’s leave.

And beware of giving in to idleness, for this will lead to worries, anxiety, devilish whispers and doubts that nothing can relieve except hard work.”

Pengorbanan atau Blessing?

Saya biasa dengar, menjadi surirumah adalah satu pengorbanan. Ia mungkin betul dalam sesetengah aspek, tetapi menjadi surirumah bukanlah pengorbanan semata-mata. Ia sebenarnya adalah ‘hadiah’ atau ‘blessing‘ daripada Allah. In sha Allah, saya cuba hendak mengajak diri saya sendiri dan ibu2 surirumah untuk lihat sebenarnya menjadi surirumah adalah satu nikmat daripada Allah. Bercadang untuk tulis beberapa point lebih lanjut di dalam post seterusnya, beserta dengan beberapa cadangan untuk dilakukan di rumah, untuk buat diri sendiri ‘busy‘.. Biiznillah..

Alhamdulillah

Oppss, nak kata juga di sini, saya bukan nak kata surirumah adalah pekerjaan terbaik ya. Sebab setakat ini belum pernah jumpa ulama’ yang kata wajib seorang wanita untuk jadi surirumah. Allah jadikan situasi hidup setiap manusia berbeza-beza, sesuai dengan individu tersebut. Maka, apabila kita diletakkan dalam sesuatu situasi hidup, kita cuma perlu bersyukur dan jalani kehidupan dengan positif dan gembira. Elakkan untuk komplen dan lihat kelebihan orang lain, sampai kita tak nampak nikmat yang Allah berikan pada kita.

Ibrahim 7

I wrote this to remind myself in the first place. If can benefit others, Alhamdulillah.:)

May Allah guide us to the path that pleases Him. May Allah grant us beneficial knowledge.:)

May Allah grant you happiness, dear mothers.. Being a home maker and a mother never degraded you to a lower position. Islam raised the status of a mother thousands years ago.:) Don’t be sad, stop to hide. Rise high and let’s do our duties to raise better ummah in the future.

To be continued, in sha Allah…


Leave a comment

2014 in review

Assalamualaikum semua,

WordPress.com prepared this report for all the blogs, I guess.:) Here is the report for this blog, a humble and not a super duper great achievement, but I am happy to share it with all of you. Thank you for your support. I hope the writings can benefit the readers, if not much, maybe a little.:)

May Allah send down His Mercy on you and your family.:)

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2014 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

The concert hall at the Sydney Opera House holds 2,700 people. This blog was viewed about 16,000 times in 2014. If it were a concert at Sydney Opera House, it would take about 6 sold-out performances for that many people to see it.

Click here to see the complete report.


Leave a comment

Playdate: Buat donut!

Assalamualaikum Mothers,

Wow, post pertama selepas beberapa bulan.:)

Alhamdulillah, sekarang saya sedang mengandung anak keempat. Usia kandungan sudah masuk 4 bulan, dan Alhamdulillah, fasa ‘mabuk’ sudah berakhir. Maka dapatlah saya menulis semula, in sha Allah.:)

Dan Alhamdulillah, dapatlah saya meneruskan semula aktiviti anak-anak yang saya kurangkan semasa fasa awal kehamilan. May Allah make things easy for us. Saya juga doakan ibu2 yang sedang melalui cabaran kehamilan supaya diberikan kemudahan dan kekuatan oleh Allah S.W.T.:)

Playdate

Seperti biasa, pada setiap hari rabu (kecuali sekiranya keadaan tidak mengizinkan), Aqeel ada sesi playdate bersama kawan-kawannya. Pada hari rabu lepas, cuma 2 orang sahaja yang dapat menghadiri playdate tersebut, iaitu Aqeel dan kawannya Zhariff. Walaubagaimanapun, playdate tetap diteruskan!:)

Kami buat donut bersama-sama! Moh saya kongsikan apa yang anak-anak kami buat ya.

Sediakan Doh

Pagi rabu, lebih kurang 2 jam sebelum playdate, saya sediakan doh donut. Saya bukan pakar masakan ye, dan saya juga tak berapa minat nak menguli.:) Jadi saya gunakan bread maker sahaja.

Ya Allah, seronoknya guna bread maker ni. Main masuk-masuk sahaja bahan-bahan, lepas tu mesin tolong uli dan ‘kembang’kan doh tersebut. Bila masa tamat, saya cuma buka penutup bread maker, dan tadaaaa! Doh gebu dah siap! Alhamdulillah! Mudah, jimat tenaga dan hasilnya memuaskan! Boleh mengemas rumah sambil mesin menguli doh!

Doh bread maker

Doh donut

Lepas tu, kami bawa doh ke rumah kawan kami untuk mulakan playdate!:)

Bentukkan Donut

Kami bahagikan doh kepada 1 bahagian besar dan 2 bahagian kecil. Zhariff yang memang dah biasa ‘tolong’ ibunya yang memang suka buat kek dan ‘baking‘, sangat teruja nak menguli doh. Aqeel agak ragu-ragu pada awalnya. Biasanya dia cuma main playdoh, jadi mungkin dia ‘terkesima’ sekejap bila dapat peluang buat doh yang ‘real‘!:) Sebab saya tak pernah buat doh sebegini sebelum ini. Hihihi.

Zhariff dan Aqeel dapat 1 bahagian kecil setiap seorang. Bahagian yang besar, mak-mak yang uli, kerana dapat dijangka, bahagian anak-anak pasti akan diuli atas karpet dan sebagainya. Hihihi.:)

Mereka uli…

uli doh

Roll dan bentukkan donut ikut bentuk ‘suka hati’…

roll dan tekap

In sha Allah, aktiviti sebegini bagus untuk kanak-kanak baya Aqeel dan Zhariff (2-3 tahun), untuk:

  • Tingkatkan skil motor halus mereka.
  • Tingkatkan keyakinan diri mereka untuk mencuba sesuatu yang baru.
  • Tingkatkan kreativiti, kerana selepas ditunjukkan satu contoh, kebiasaannya mereka akan cuba guna teknik yang lain pula.
  • Belajar dan membiasakan diri untuk ikut sesuatu prosedur.
  • Dan sudah pasti, have fun!:)

Macam-macam bentuk kami buat!:) Ada bentuk bulat, ada bunga, ada bintang, dan macam-macam lagi!

macam2 bentuk donut

Play time!

Lepas doh ‘naik’, ibu2 goreng donut dan sediakan topping. Anak-anak pulak terus main uli-uli dan apa sahaja mainan yang mereka nak main!:)

main uli2

Saya suka tengok anak-anak kecil bermain sama-sama.:)

play time

Dah siap goreng! Donut semut dan caterpillar pun ada!

donut

donut

Topping

Masa untuk letak topping!

Kawan saya sediakan topping dengan menggunakan coklat putih, whipping cream dan sedikit pewarna makanan. Zhariff dan Aqeel sapukan sendiri topping tersebut dan taburkan dengan ‘chocolate rice‘ berwarna warni.

topping donut

topping donut

Sambil buat, sambil makan!

Makan Sambil Buat

Tadaaaaa! Ini hasilnya! Alhamdulillah! Boleh jual kat Krispy Creme dah ni!:)

donut

Nota: Saya memang suka benarkan anak-anak kecil buat sesuatu sendiri, terutama dalam perkara sebegini dan juga artworks. Saya jarang tolong kecuali mereka menghadapi kesukaran. Mungkin pada pandangan mata orang dewasa, hasil mereka tidak memuaskan, tetapi pada mereka itulah hasil terbaik yang dapat dibuat. Selain itu, saya percaya, mereka dapat belajar untuk nilaikan sendiri hasil mereka dan berusaha untuk ‘improve‘ berdasarkan skala kualiti mereka sendiri. Yang penting ialah proses menghasilkan, bukan hasil yang cantik. Saya juga tidak mahu sekat kreativiti anak-anak dengan memaksa mereka ikut buah fikiran saya. SubhanAllah, anak-anak ada fikiran kreatif tersendiri yang sebenarnya menakjubkan! Allahu’alam, Allah knows the best!:)

Selamat mencuba kepada ibu2 yang berminat! Kita boleh buat kelas ‘baking‘ dan ‘cooking‘ sendiri di rumah bersama kawan-kawan dan anak-anak. Tak perlu hantar kelas dah. Dapat berjimat sedikit dan lagi seronok sebenarnya! Hihihi.:)

Jazakumullahukhairan.:)


1 Comment

10 Tips Memilih Buku untuk Anak Berusia 6 tahun ke Bawah

Assalamualaikum Mothers,

Beberapa tahun sebelum ini, setiap kali saya masuk ke kedai buku untuk belikan buku anak-anak, saya pasti keliru…

“Buku apalah nak beli untuk anak?”

“Dia suka ke buku ni?”

“Sesuai ke buku ni untuk umur dia?”

“Buku ni boleh pakai sekejap atau lama?”

10 Tips Memilih Buku untuk Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun ke Bawah

Alhamdulillah, dengan izin Allah, setelah menjadikan aktiviti membaca bersama anak-anak sebagai satu rutin kami sekeluarga, saya dapat sedikit sebanyak ‘agak’ buku apa yang sesuai untuk dibacakan kepada kanak-kanak berusi 6 tahun ke bawah. In sha Allah saya akan kongsikan bagaimana saya pilih buku anak-anak dengan ibu-ibu yang saya hormati sekalian ye..:)

Oppss, bagus juga untuk saya ‘mention‘, ini adalah buku-buku yang kita bacakan kepada mereka (sekiranya anak-anak tidak dapat membaca lagi). Dan juga sesuai untuk anak-anak yang sudah boleh membaca.

Secara Ringkas tentang Faedah Membaca kepada Anak-Anak.

Lebih awal kita perkenalkan buku kepada anak-anak lebih baik. Apa faedahnya? Di sini saya kongsikan 2 link yang beri penerangan ringkas tentang faedah membaca bersama anak-anak dan faedah anak-anak kita dapat membaca di awal usia. Anak-anak yang biasa membaca bersama ibubapa in sha Allah akan mudah belajar membaca. Tapi jangan stress ye kalau anak tak membaca lagi. Perlahan-lahan, we start from the beginning. In sha Allah.

5 Hidden Benefits of Reading for Kids

Benefits of Early Reading 

Ada banyak lagi faedah-faedah yang dikongsikan oleh guru, ibu bapa dan pengkaji di dalam internet dan buku-buku. Dan in sha Allah, apabila kita cuba sendiri, kita akan dapat rasai dan lihat faedah tersebut dalam diri anak-anak. Tetapi seperti biasa, kita tidak boleh terus mengharapkan hasil dalam sebulan dua. It took me 4 years to see the result in Aleeyah (untuk mula membaca). Tapi bukan lagi result sebenar. Saya rasa hasil sebenar mungkin 20 tahun akan datang. Allahu’alam:) I don’t know. Bagi saya yang lebih penting ialah saya cuba untuk melaksanakan apa yang saya mampu buat kepada anak-anak saya. The reward is from Allah! In sha Allah!

Aqeel Baca2

1. Material/Bahan.

Apabila seorang kanak-kanak baru diperkenalkan dengan buku, dia tak tahu apa itu buku. Saya lihat, sifat semulajadi seseorang kanak-kanak ialah, dia akan ‘explore‘ barang-barang baru yang dia temui. Salah satu cara dia ‘explore‘ ialah dengan menggigit, menghisap atau mengoyak!:) Hihihi. Lama kelamaan, daripada pemerhatian dan praktis berterusan, serta peningkatan kematangan, in sha Allah seseorang kanak-kanak dapat faham fungsi sebuah buku –> untuk dibaca, bukan untuk dimakan atau dikoyakkan.:)

Maka, saya rasa saya tidak perlu sekat ‘minat’ anak-anak terhadap buku cuma kerana dia suka gigit buku atau koyakkan buku.:) Memang sedih kalau dia koyakkan buku, terutama bila buku itu mahal! Hihihi. Jadi apa yang boleh saya buat ialah –> pilih bahan yang sesuai dengan ‘tindakbalas’ anak-anak.

Alhamdulillah, sekarang, buku bukan sahaja dibuat daripada satu jenis bahan – kertas, tetapi sudah dipelbagaikan untuk disesuaikan dengan umur anak-anak. Sekiranya ibu2 lihat anak-anak di dalam fasa ‘makan’ buku (hehehe), bolehlah beli buku jenis kain. Atau sekiranya ibu2 nak anak-anak main air sambil ‘baca’ buku, boleh lah belikan mereka buku yang menggunakan material plastik. Maka, kita boleh terus pupuk minat anak terhadap buku –> baca sambil makan!:)

buku kain

Buku kain ni anak-anak sangat suka masa mereka kecil sebab boleh tarik-tarik, gigit, main dan sebagainya. Bila kotor, boleh basuh.:)

Tahap seterusnya, anak-anak mungkin sudah kurang makan buku:), tapi nak mengoyak pula! Buku yang sesuai untuk fasa ini ialah yang jenis kadbod atau kertas keras. Maka, kuranglah potensi dia untuk koyakkan buku tersebut. Tapi, bak kata orang tua-tua, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Aqeel dapat jugak koyakkan buku kadbod yang saya belikan untuk dia! Hihi. Takpe lah, sekurang-kurangnya mengurangkan kebarangkalian buku rosak sejurus selepas beli.:)

Sekiranya anak-anak ibu2 di dalam fasa koyak mengoyak, saya syorkan supaya ibu-ibu elakkan beli buku ‘flip-flap’ buat sementara waktu. Tapi, tak dinafikan, kanak-kanak sangat suka baca buku flip-flap. Mungkin kerana mereka mungkin sifat ingin tahu yang tinggi, maka benda-benda tersorok memang mereka suka nak explore! Dan sangat bagus sebenarnya buku sebegini.

buku flip flap

 Contoh buku flip-flap.:)

Alternatifnya (kalau nampak anak memang sangat suka buku flip-flap), ibu2 boleh juga pastikan buku tersebut dibaca semasa ibu2 ada bersama. Atau pilih buku jenis kain atau plastik. Saya lihat, anak-anak saya, semasa mereka di fasa ‘aktif mengoyak’, memang sangat ‘geram’ dengan flip-flap tersebut. Memang pantang lepa, hilanglah segala flip-flap!:)

Sekiranya anak-anak ibu2 yang saya hormati dah melepasi fasa makan buku, koyak buku dan sebagainya (hehehe), boleh lah terus beli buku jenis kertas yang biasa kita gunakan.

Dan sebenarnya, anak-anak kecil dalam fasa ‘makan dan koyak’ boleh juga diperkenalkan dengan buku kertas biasa. Bagus sebenarnya untuk dia belajar selak buku tersebut (kuatkan jari) dan bina asas membaca. Dan lama-kelamaan, melalui pemerhatian, dia akan faham bagaimana hendak ‘menggunakan’ buku apabila dia lihat cara kita membaca. Cuma, untuk mengurangkan risiko dikoyakkan (sedih kalau buku yang bagus dikoyakkan😦 ), saya selalu berada di samping anak apabila saya beri dia buku jenis kertas.

2. Banyak Gambar, Kurang Perkataan.

Saya suka pilih buku yang mempunyai gambar yang banyak, ayat ringkas. Terutamanya di tahap awal perkenalkan buku kepada anak. In sha Allah dalam point no 3, saya akan elaborate further. Ada 4 kebaikan kita baca buku bergambar untuk kanak-kanak:

  • Gambar menarik perhatian anak-anak untuk baca buku. Buku yang penuh tulisan tidak menarik perhatian kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah, kecuali anak tersebut sudah boleh membaca dengan lancar. Walaubagaimanapun, saya lihat, Aleeyah walaupun sudah mula membaca novel ringkas, dia tetap suka baca buku bergambar.
  • Gambar itu sendiri dapat menceritakan jalan cerita buku tersebut. Kebolehan untuk faham gambar di dalam buku dan boleh untuk menceritakan kembali menggunakan ayat-ayat sendiri adalah salah satu kebolehan asas untuk anak mula membaca dengan kefahaman (bukan membaca tanpa kefahaman).

Buku

  • Senang untuk kita bacakan! Hihihi! Penat juga nak bacakan buku yang banyak ayat. Hahaha!
  • Boleh kembangkan idea dan membolehkan sesi diskusi dengan anak-anak. Saya lihat anak-anak saya suka beri pendapat tentang gambar-gambar yang mereka lihat dalam setiap buku yang kami baca. Sesetengah penulis/pelukis buku kanak-kanak memang sengaja melukis gambar yang tidak diceritakan di dalam buku, tetapi membolehkan anak-anak buat cerita sendiri. Contohnya ialah buku di bawah. Buku ini ceritakan tentang musang (fox). Tajuk buku ialah Fox’s Socks. Tetapi dalam masa yang sama ada tikus yang sering ada dalam setiap gambar. Saya tak perasan tikus tu pun, sebab tumpu pada musang. Tapi apabila saya bacakan, Aleeyah cakap pada saya, “Mama, look. The mouse takes the flower and wear it on it’s head!” MashaAllah, rupanya dia perasan benda yang saya tak perasan. Mungkin penulis tu memang sengaja buat begitu.. Ini adalah buku hasil tulisan Julia Donaldson dan Axel Scheffler.

Fox's Socks

Sebaiknya, pilih buku yang mempunyai gambar yang jelas, seperti buku Dora di atas, atau buku di atas ini. Buku yang mempunyai gambar terlalu ‘serabut’ tidak dapat menyampaikan jalan cerita kepada anak-anak. Ada juga buku yang beri pendedahan ‘art‘ awal kepada anak-anak seperti buku Eric Carle. Tetapi ia tetap mengekalkan konsep gambar jelas dan ringkas. Sesuai untuk kanak-kanak.

htt

Buku kanak-kanak yang bagus selalunya mempunyai ilustrasi yang dapat mengambarkan cerita yang hendak disampaikan.

3. Kebolehan Anak untuk Fokus.

OK. Ini saya kongsikan berdasarkan pemerhatian saya ya. Saya perhatikan, semakin kerap anak-anak saya membaca bersama saya, semakin meningkat kebolehan mereka untuk fokus. Faktor usia dan kematangan juga memberi impak. Contohnya, pada tahap awal, dia mungkin tak dapat nak habiskan satu buku. Atau mungkin dia cuma boleh fokus kepada buku-buku yang mempunyai ayat yang sangat ringkas. Maka, bila saya pilih buku, saya tidak boleh ‘too ambitious‘ dan paksa dia dengar buku yang mempunyai jalan cerita yang panjang. Ini akan membuatkan dia hilang minat untuk membaca.

Saya suka ikut ‘the flow‘. Pada tahap awal, anak-anak saya cuma boleh ‘terima’ dan suka sangat buku seperti di bawah ini. Ringkas, ayat pendek dan mereka boleh buat aksi!:)

htt in

From Head to Toe oleh Eric Carle.

Kemudian, Alhamdulillah, perlahan-lahan saya lihat mereka dapat tingkatkan fokus masing-masing. Mereka dapat duduk lebih lama dan hayati cerita yang dibacakan. Di samping itu, mereka suka ‘berbincang’ sesama sendiri tentang cerita tersebut dan kadang-kadang kaitkan dengan kehidupan mereka seharian. Sekarang saya sudah boleh untuk bacakan buku seperti di bawah ini dalam sesi membaca untuk kesemua anak-anak.

Monkey Puzzle

 Monkey Puzzle oleh Julia Donaldson dan Axel Scheffler. Salah satu penulis kegemaran kami.:)

Buku Monkey Puzzle mempunyai ayat lebih panjang. Beberapa bulan dahulu, Aqeel tak boleh nak sabar kalau saya bacakan buku sebegini. Hihi. Dia pasti akan selak, nak cepat habis. Hahaha. Alhamdulillah sekarang nampaknya dia boleh duduk dan dengar.:)

Semakin fokus anak-anak bertambah, semakin dia dapat terima jalan cerita yang panjang, dengan ayat-ayat yang lebih panjang dan kompleks. Boleh la beli buku macam ni pula:

Amelia Bedelia

 Amelia Bedelia’s First Apple Pie oleh Herman Parish and Lynne Avril.

Dan seterusnya, sekiranya ibu-ibu lihat anak-anak sudah lancar membaca dan suka baca buku, bolehlah mula beli novel-novel ringkas kepada anak-anak. Atau buku-buku fakta yang mempunyai penjelasan yang lebih mendalam. Saya lihat di sekolah, guru Aleeyah mula berikan dia novel ringkas sebagai latihan membaca, maka saya pun belikan untuk dia baca secara santai di rumah.

novel

Maka, sebaiknya, bila ibu2 pilih buku di kedai buku atau di perpustakaan, pilihlah berdasarkan tahap anak-anak. Tujuan kita ialah untuk memupuk minat anak membaca, maka sebaiknya buku tersebut boleh dibacakan terus dan anak-anak teruja nak dengar. Kita tidak boleh bandingkan anak-anak kita dengan anak-anak orang lain. Even sesama anak-anak kita pun lain kebolehan masing-masing. Fokus in sha Allah dapat dipertingkatkan perlahan-lahan.:)

4. Minat Anak.

Apabila kita belikan buku yang mempunyai ilustrasi atau jalan cerita yang anak minat, in sha Allah dia akan teruja nak baca. Contohnya, Aqeel sangat minat penguin! Hihi. Hari tu saya nak ajar dia supaya cakap ‘PLEASE‘ bila minta sesuatu. Bukan main arah orang je. Hihi. Maka saya belikan dia buku berkait dengan ‘manners‘ yang mempunyai character penguin sebagai watak utama! Suka sangat dia baca, dan Alhamdulillah dia belajar perlahan-lahan guna perkataan ‘PLEASE’.:) Dan kalau saya lupa cakap please pun dia ingatkan!:)

Penguin Says Please

Penguins Says Please

TAPI! Sebaiknya elakkan daripada terlalu ikut minat anak. Nanti secara tak sengaja kita terhadkan pilihan untuk dia menimba ilmu. In sha Allah dalam point nombor 10, saya ceritakan dengan lebih lanjut ya.:)

5. Apa yang Kita Mahu Anak Belajar?

Membaca untuk kanak-kanak kecil bukan sahaja bertujuan untuk ajar anak-anak membaca. Tujuan utama sudah pasti untuk anak-anak menimba ilmu dan belajar perkara-perkara baru. Saya lihat di antara cara terbaik untuk perkenalkan sesuatu perkara kepada anak-anak ialah dengan bacakan dia buku yang mempunyai informasi berkaitan. Buku tersebut pula sebaiknya dalam ‘bentuk’ yang dapat menarik minat dia. Ada beberapa perkara yang mungkin kita mahu anak belajar, seperti contoh:

Our Belief.

Saya seorang Muslim dan saya cuba didik anak-anak tentang Allah dan Islam, dari sekarang. Saya lihat salah satu cara yang berkesan untuk anak-anak faham tentang Islam ialah dengan bacakan kepada mereka buku-buku Islamik. Alhamdulillah, sekarang sudah ada pelbagai buku yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah – banyak gambar dan mempunyai ayat-ayat yang ringkas. Ini dapat menarik minat mereka untuk tahu lebih banyak tentang Islam. May Allah help us to be able to raise our children in the way that pleases Him.

Five Senses_Islamic

Emosi, Kesopanan dan Kesusilaan (Hehehe).

Saya juga suka belikan anak-anak buku-buku berkaitan dengan manners dan perkembangan diri. Seperti buku penguin yang saya tunjukkan di atas.:) Ada satu ketika, anak-anak bujang saya suka sangat memukul, bertumbuk dan sebagainya.😦 Saya rasa tak sesuai juga kalau saya asyik buat ‘time out‘ atau sound mereka. Saya rasa, saya perlu cari puncanya, atau cuba selesaikan daripada ‘akar’.:)

Mungkin mereka tak berapa faham bahawa memukul itu tidak bagus. Mungkin.. Saya lihat, bagi anak-anak lelaki saya, apabila mereka tidak dapat ‘balas’ ‘serangan mulut’ (hehehe) kakak mereka, mereka akan gunakan tangan. Memang perempuan pandai berkata-kata daripada kecil agaknya. Hihi. Dan lelaki mungkin tidak dapat hendak ekspres diri melalui percakapan, maka mereka gunakan fizikal. Allahu’alam, itu apa yang saya perhatikan. Maka, saya beli buku ini dan bacakan kepada mereka semua.:)

20140922_080100-1

Saya rasa, lebih elok sekiranya mereka belajar apa yang baik, apa yang tidak baik daripada awal. Dan saya rasa cara berbincang dan bercakap dengan mereka tentang buruk dan baik sesuatu perkara memberi impak jangka masa panjang yang bagus untuk kanak-kanak. Alhamdulillah, saya nampak dah kurang sikit aksi-aksi pukul memukul. Allahu’alam, masih awal hendak saya buat kesimpulan. May Allah help us to raise our kids to be well-mannered adults. Saya masih perlu baaannyyyaaak belajar tentang ini!

Time for a Hug

Buku tentang kasih-sayang ibu dan anak, sesama keluarga, hormat menghormati sesama manusia sangat sesuai untuk kita bacakan kepada anak-anak. Banyak lagi buku-buku sebegini di pasaran. Ibu2 boleh survey di kedai buku ya.

Fakta dan Pengetahuan.

Dahulu, saya ingat kanak-kanak kecil kurang sesuai untuk diperkenalkan dengan fakta dan pengetahuan. Rupa-rupanya sangkaan saya tidak benar. Kanak-kanak kecil memang sangat sesuai diajar tentang fakta dan apa sahaja pengetahuan yang hendak kita kongsikan. Cuma, caranya perlu ‘child-friendly‘. Kita tak dapatlah ajar mereka menggunakan buku universiti kita.:) Sekarang, ada pelbagai buku fakta untuk kanak-kanak. Konsep yang sama seperti buku cerita –> banyak gambar, gambar menarik dan ayat yang ringkas.

belajar tentang badan

 Buku untuk mereka belajar tentang badan manusia. Ini salah satu buku kegemaran mereka!

Buku Dinosaur

Buku tentang dinosaur. Gambar jelas, fakta ringkas.:)

Bantu Bina ‘Skil’

Ada beberapa buku yang boleh bantu membina skil anak-anak, seperti contoh buku ‘I Spy‘, di mana melatih anak-anak kecil untuk membezakan bentuk-bentuk objek dan mencari objek-objek tersebut dalam gambar. Ini salah satu skil penting untuk membolehkan anak-anak membaca, in sha Allah.

I Spy

Maka, ibu2 boleh lah pilih atau cari buku-buku berdasarkan apa yang ibu2 rasa sesuai di ajar atau dikongsikan dengan anak masing-masing.:) The choice is yours!:)

6. Books with Predictable Sentences.

Sebelum ini, saya pernah kongsikan tentang salah satu jenis buku yang sering digunakan oleh pendidik atau ibubapa untuk ajar anak-anak membaca, iaitu buku yang menggunakan perkataan berulang-ulang. Sekiranya ibu2 belum baca post tersebut, jemput baca ya..

How to Help Children to Learn Sight Words – Step by Step.

Ada juga buku-buku seperti ini yang sesuai untuk dibacakan untuk anak-anak, iaitu tidak mempunyai perkataan-perkataan terhad seperti yang saya kongsikan di dalam post sebelum ini (kerana itu untuk anak sendiri baca). Contohnya seperti buku di bawah ini (buku bertajuk Monkey Puzzle yang telah saya kongsikan di atas), satu ayat yang lebih kurang sama, atau dapat dijangka oleh anak di ulang-ulang pada setiap ‘scene‘.

Contohnya,

Scene ketiga dimulakan dengan ayat “No, no, no. That’s an elephant.”

Scene keempat… “No, no, no. That’s a snake.”

Scene kelima… “No, no, no. That’s a spider.”

Maka, kali kedua saya bacakan buku ini kepada Aqeel, dia sangat suka untuk sebut ayat pertama tu! In sha Allah, ini dapat bantu untuk tingkatkan keyakinan diri anak-anak kita. Apabila dia rasa dia dapat ‘baca’ dan terlibat aktif dalam sesi membaca (sebab dia dapat jangka), dia dapat lihat proses nak membaca ni bukanlah susah sangat.:) In sha Allah mereka akan terus minat untuk belajar membaca sebab nak tau lebih banyak lagi. Biiznillah…

Aqeel baca

7. ‘Rhyming’ Books.

Dahulu, saya tak nampak sangat faedah ‘rhyming books‘. Tetapi sekarang baru saya nampak faedahnya. Apabila kita bacakan buku yang mempunyai ayat-ayat ‘rhyme‘, ia dapat bantu anak belajar tentang bunyi. Banyak sangat membantu anak-anak dalam proses belajar membaca. Contoh buku seperti ini ialah buku Fox’s Socks yang saya kongsikan di atas:

The shirt goes on.

“But my socks! They’ve gone!”

In a cupboard up high,

He finds his bow tie.

Buku Time for a Hug itu pun rhyme juga..

Time for a Hug

Banyak lagi di pasaran. Saya dapati memang banyak buku-buku (terutamanya untuk Toddler) yang menggunakan ayat-ayat yang ‘rhyme‘.

8. Melibatkan Deria

Pada usia awal, kanak-kanak cenderung untuk belajar menggunakan deria-deria mereka (rasa, bau, sentuh, dengar dan lihat). Selain itu, mereka juga suka sekiranya dapat terlibat aktif dalam sesuatu perkara. Sama juga dalam aktiviti membaca. Dalam setiap sesi membaca bersama anak-anak, saya cuba untuk benarkan mereka terlibat secara aktif. Salah satunya ialah dapat pegang buku sendiri dan ‘handle‘ serta explore buku tersebut sendiri.

Sesetengah buku memang dibuatkan khas untuk anak-anak menggunakan deria-deria mereka dan juga dapat terlibat secara aktif dalam sesi membaca. Selalunya, buku-buku untuk anak-anak berusia 3 tahun ke bawah. Seperti contoh, 2 buah buku yang saya tunjuk di bawah ini. Sekiranya ibu-ibu lihat anak kurang minat baca buku, mungkin boleh mulakan dengan buku sebegini. Boleh bawa anak ke kedai buku, dan lihat reaksi dia apabila ditunjukkan buku sebegini. Kalau minat, boleh belikan.:)

Touch

 Anak-anak saya sangat suka dapat baca sambil sentuh pelbagai jenis material yang diletakkan di dalam buku ini.

sound

Buku ini pula mempunyai bunyi. Jadi anak-anak suka main. Alhamdulillah, saya lihat Aqeel belajar nama-nama haiwan daripada buku ini. Pada masa itu dia belum boleh bercakap lancar. Saya suka sangat bila dia dapat sebut nama-nama haiwan tersebut.:)

9. Kebolehan Anak Membaca.

Dalam sesetengah sesi membaca dengan anak-anak, adakalanya, anak-anak saya (Aleeyah atau Azeem. Selalunya Aleeyah) kata, “Mama, let me read the book.” Saya suka bila dia cakap begitu sebab nampak sedikit sebanyak dia sudah yakin untuk bacakan buku untuk orang lain. Jadi masa Aleeyah di tahap mula membaca, saya belikan buku-buku ringkas untuk dia. Buku yang boleh digunakan samada dalam sesi belajar membaca atau sesi santai – membaca bersama adik-adik yang lain. Contohnya ialah buku seperti di bawah ini.

buku berperingkat

Walaubagaimanapun, seperti yang saya pernah kongsikan, dalam sesi membaca santai, sekiranya anak tidak dapat baca, tidak perlu marah mereka. Boleh berikan clue untuk bantu mereka sebut perkataan-perkataan tersebut, atau kalau mereka kurang selesa, bacakan sahaja. Sesi belajar membaca boleh dibuat pada sesi yang lain.:)

10. Kepelbagaian.

Ya, pelbagaikan pembacaan anak-anak. Dahulu saya suka belikan buku fiction (atau buku cerita) sahaja kepada anak-anak. Tetapi di sekolah anak, saya lihat guru-guru ajar anak-anak saya untuk pilih buku jenis yang berlainan – fiction dan non fiction. Selain itu, sekiranya anak minat princess, elakkan beli buku princess sahaja kepada dia. Hehehe. Bacakan buku yang pelbagai supaya anak-anak tidak terkongkong minda atau imaginasi cuma kepada perkara yang dia minat sahaja. Pengetahuan dan dunia itu luas. In sha Allah.:)

Kalau anak-anak marah bagaimana?

:) Sebenarnya anak saya pun sama. Aqeel suka sangat nak beli buku Ironman dan spiderman. Azeem suka nak beli Ninjago dan sebagainya. Tapi pada saya buku-buku tersebut tidak banyak beri faedah and informasi kepada mereka. Sekali sekali bolehlah, tapi bukan all the time.

Kalau mereka mengamuk kat kedai macam mana? Ya, saya biarkan je! Hihihi. Saya rasa nak disiplinkan anak kena tegas sikit. Hihi. Ini pendapat saya lah. Bila dah reda, baru saya terangkan kepada mereka kenapa saya tak belikan mereka buku-buku sebegitu. Alhamdulillah, saya lihat perlahan-lahan mereka faham.

Alhamdulillah!

Itulah 10 tips yang dapat saya kongsikan. Tak sempurna. Saya jemput ibu-ibu untuk berkongsi tips juga ya. Boleh kita belajar sama-sama!:) Yang penting, setiap kali beli buku anak, kita perlu go through from cover to cover. Lihat jalan cerita, samada sesuai atau tidak dengan anak-anak kita. In sha Allah, bila lama-lama ‘praktis’ beli buku untuk anak, kita dapat agak jenis buku yang sesuai dengan anak-anak.

Semoga dapat beri manfaat kepada yang memerlukan. Enjoy reading with your little ones!:)

Jazakumullahukhairan.


Leave a comment

Belajar Mengira – Count the Bears!

Assalamualaikum Mothers,

Saya sedang perlahan-lahan ajar Aqeel mengira, di rumah. May Allah make it easy for us.:) Sebelum ini ajar sampai 3. Hihi. Sekarang nak cuba naik sikit, sampai 5.:)

Untuk ajar anak-anak kecil, terutamanya berumur 4 tahun ke bawah, perlu menggunakan LESS PAPER. Paperless lagi bagus!

Count the Bears!

Untuk ajar Aqeel mengira kali ini, saya gunakan ‘counters‘ atau bahan untuk mengira. Ibu2 boleh je gunakan apa sahaja bahan yang ada mengikut kreativiti masing-masing, tak perlu beli pun takpe.:) Ini saya saja beli, sebab dia suka bear, dan saya rasa senang nak saya basuh dan guna semula.:)

Bahan-bahan yang saya gunakan:

  • Playdoh (boleh klik sini untuk resipi ya).
  • Pinggan (memang satu set dengan counters tersebut).
  • Counters (bear berwarna-warni yang dapat dilihat dalam gambar)
  • Nombor 1-5 yang saya print.

kira bear

Senang je aktiviti ini…

Di dalam setiap pinggan saya letakkan seketul playdoh dan nombor. Saya mulakan dengan nombor satu. Saya letak satu bear atas playdoh dan sebut “One. One bear.” Kemudian seperti biasa, Aqeel teruja nak mengikut. Dia letakkan sendiri bear dalam pinggan-pinggan seterusnya sambil saya kira dalam rentak yang dia dapat ikut (tak laju sangat dan tak perlahan sangat),

One Two. Two bears.”

One Two Three. Three bears.”

Mana yang dia dapat ikut, dia ikut. Saya tak paksa. Tapi saya teruskan sahaja tunjuk dan kira untuk dia. Seperti biasa, apabila saya mengajar anak-anak kecil usia 4 tahun ke bawah, saya tidak harapkan respon daripada kanak-kanak tersebut. Kalau dia ikut atau sebut, Alhamdulillah. Kalau dia diam dan cuma letakkan atas playdoh, juga Alhamdulillah. Ibu2 tak perlu risau kalau anak-anak tak respon. In sha Allah perlahan-lahan, atau apabila dia nak respon, dia akan respon. Dan kita akan tengok tiba-tiba dia boleh buat je semua benda dengan sendiri.

bear on playdoh

Aktiviti begini bagus untuk kuatkan tangan comel anak-anak, in sha Allah.

Mungkin ada yang pelik dengan cara saya ini. Dulu pun saya rasa tak puas bila anak-anak tak respon, sebab tak dapat nak tahu samada anak faham atau tidak. Tetapi, subhanAllah, selepas kerap ajar anak-anak, saya lihat memang itu cara kanak-kanak. Mereka biasanya serap dahulu informasi. Kemudian, in sha Allah, suatu hari mereka dengan selamba ‘keluarkan’ segala pemahaman mereka! TabarakAllah! Boleh lah cuba kalau nak cuba:) Alhamdulillah saya rasa tenang bila ajar anak-anak dengan cara sebegini – tidak mengharapkan respon. Terus je ajar, keep sharing and teaching them..:)

Nota

Saya beri Aqeel buat sendiri playdoh. Saya letakkan bahan-bahan dalam satu dulang dan minta dia kacau dan uli sendiri. Kira macam sensory play jugaklah!:) Nombor-nombor itu pun dia potong sendiri. Semangat dia menggunting. Jadi sebenarnya, bila nak mengajar anak-anak di rumah, kita tak perlu sediakan semua. Anak-anak pasti teruja dan sukarela menjadi tenaga pembantu. Hihihi. And usually, they appreciate the learning session better when they are fully involved from beginning to end. In sha Allah..

Aqeel cuma ulang aktiviti ini sekali. Daripada pemerhatian saya, sekiranya dia cuma ulang sekali atau tidak ulang, maknanya perkara tersebut agak ‘susah’ untuk dia, atau perkara baru yang memerlukan dia berfikir agak ‘dalam’ (hihihi), atau kadang-kadang dia tak minat nak buat. Jadi saya tak paksa.

Saya buat pula aktiviti kedua!

Find the Bears!

Kali ini, saya sorokkan bear dalam playdoh dan minta dia cari! Hihihi. Dalam pinggan nombor 1, saya sorokkan 1 bear. Pinggan nombor 2, saya sorokkan 2 bear. Dan seterusnya. Saja nak ulang aktiviti mengira, tapi dalam kaedah yang lain.:) Aleeyah beritahu dia, dia macam archeologist!😛 Lagi dia happy nak cari.:)

sorok bear

Bila dia jumpa satu bear, saya mula kira, “One! One bear!” Dan seterusnya.. Bersemangat dia mencari!

cari bear

 Siap guna ‘garpu’ nak cari bear.:)

 Selepas itu, saya beri dia main dengan counters tersebut.:) Anak-anak kecil memang suka main dengan playdoh, dan main sorok-sorok benda ni.:)

Alhamdulillah, itulah salah satu aktiviti di rumah yang saya buat untuk ajar anak saya, Aqeel (in sha Allah 3 tahun bulan Oktober ini) asas matematik. Saya cuba ajar dia konsep mengira, bukan sahaja hafal kiraan 1-10. Boleh dapat keterangan sedikit tentang konsep ini (one to one correspondence) dengan klik di sini ya.:)

Selamat mencuba kepada yang berminat! May Allah help us to help our children.:) May Allah open their hearts to seek beneficial knowledge in their entire lives.:)

Jazakumullahukhairan..

 


Leave a comment

‘Karya’ Seni Menggunakan Pipet

Assalamualaikum Mothers,

Dahulu, semasa saya di bangku sekolah, saya cuma gunakan pipet dalam eksperimen sains.

Rupanya banyak lagi yang boleh kita buat dengan menggunakan pipet bersama anak-anak kecil kita!:)

Salah satunya, kita boleh…

Mewarna menggunakan Pipet!:)

Aktiviti ini bagus, in sha Allah untuk bantu menguatkan jari-jari kecil anak, di samping ‘membuka’ minda anak-anak (dan buka minda saya juga sebenarnya!) bahawa karya seni boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai peralatan (tools). Tidak terhad kepada warna pensil, krayon dan berus lukisan sahaja. Dan yang penting, mereka gembira nak buat aktiviti tu.:) Alhamdulillah Aqeel enjoyed his pipette painting session. TabarakAllah!

Senang je bahan-bahannya:

  1. Kertas tisu (lagi tebal lagi bagus).
  2. Warna air.
  3. Air.
  4. Pipet (kalau ada banyak lagi bagus, untuk elak warna bercampur dalam bekas warna).
  5. Bekas untuk isi pelbagai warna.
  6. Dulang (ini pilihan). Saya suka guna dulang supaya kurang berselerak.:)

This is how we did it..

Mula-mula saya beri Aqeel potong sendiri tisu. Saya guna tisu dapur. Biasanya memang dah siap ‘pre-cut’ kan? Tapi yang ni murah punya, jadi kena gunting sendiri.:) Dan tisu ini nipis, maka saya letak beberapa lapis di dalam dulang.

Gunting tisu

Saya cuba perlahan-lahan beri dia ‘manage‘ projek dia sendiri. Maknanya, biar dia sendiri potong, sendiri kacau, sendiri tuang, sendiri pergi basuh tangan, dan sebagainya. May Allah help me to help him..

Kemudian, di dalam bekas warna, saya letakkan warna-warna pilihan Aqeel. Untuk warna air, saya perlu tambahkan sedikit air supaya ia tidak terlalu pekat dan mudah untuk di’pipet’. Selain daripada warna air, saya guna pewarna dan perisa makanan juga. Pewarna makanan agak cair, maka tidak perlu dicampur dengan air. Perisa makanan mempunyai bau (saya gunakan strawberi dan pandan), maka ia dapat beri sedikit bau semasa aktiviti tersebut. Aqeel sedang belajar tentang 5 deria, maka saya cuba hendak masukkan komponen-komponen yang berkait dengan 5 deria manusia – rasa, hidu, lihat, sentuh dan dengar dalam aktiviti-aktiviti harian dia. And we talked about it –> apa yang dia bau dan dia lihat, semasa saya letakkan warna-warna tersebut.

Pipette Paints

 Ada 2 pipet je, maka warna bercampur2 bila dia mulakan projek.:) From a positive side, he could learn about colour mixing! In sha Allah.:)

Dan yeeahhh meh mula ber’pipet’

Pipette Painting

Pada awalnya, saya perlu ajar dia bagaimana hendak menggunakan pipet. ‘Struggle‘ juga dia awal-awal.:) Alhamdulillah lepas tu OK. Aktiviti ini dapat bantu, in sha Allah anak-anak kecil untuk kuatkan jari kerana pipet perlu dipicit menggunakan jari-jari comel mereka.:) Ini adalah persediaan untuk mereka menulis kelak. In sha Allah…

Inilah hasilnya! Alhamdulillah!:)

The Result

Saya rasa, lebih molek lagi kalau guna kertas tisu yang tebal sikit. Dan juga saya lihat lebih cantik sekiranya menggunakan warna air berbanding pewarna makanan. Warna air tu pulak sebaiknya tak terlalu pekat, dan tak terlalu cair. Hehehe.. Tapi takpe, jangan risau. Asalkan anak-anak bahagia dan suka buat, Alhamdulillah! Untuk kanak-kanak awal usia, yang penting ialah proses, bukan hasilnya!:)

Lepas tu, Aqeel cop tangan dia dalam dulang tersebut dan nak Hi-5 dengan saya! Hehehe. Saya pun bagi dia 3 keping kertas untuk dia Hi-5!! Hihi.

Hi 5

Haa!! Ini juga salah satu sebab warna air lebih sesuai berbanding pewarna makanan –> warna air tidak ‘melekat’ di tangan seperti pewarna makanan.:)

Opps bukan setakat itu!

Lepas kering sikit, saya gunting sikit kertas tisu ni dan buat huruf ‘i’. Aqeel pun tiru apa yang saya buat. Maka saya tampalkan kedua-dua ‘i’ dalam buku Letter Sound dia.:)

Learn i

Kanan yang saya potong, kiri Aqeel potong sendiri. TabarakAllah! Semangat dia nak potong!

My Sounds Craft Book

Buku ‘Letter Sound’ Aqeel:) Tinggal huruf ‘n’, sebelum sambung ke tahap seterusnya. Biiznillah…

Aqeel bila dah menggunting, memang susah nak berhenti. Dia suka sangat menggunting sekarang ni. Dengan semangat, Aqeel gunting lagi satu ‘i’, maka saya jadikan ia satu lagi hasil ‘seni’ dan pamerkan di ‘papan’ art and craft kami di rumah.:)

Display

Ini kertas yang Aqeel dan saya tekap di atas hasil ‘pipette painting‘ tadi, sebelum dipotong-potong.:) Dapat corak abstrak!

Alhamdulillah! So much fun and so many things our little children can produce in one simple activity! In sha Allah. Plan awal saya, cuma hendak buat aktiviti pipet tu je. Tetapi, Alhamdulillah, semasa buat aktiviti, Aqeel ‘come up‘ dengan aktiviti-aktiviti tambahan yang dia rasa nak buat. Jadi saya ikut je idea dan minat dia and I always try not to stop him (unless the activity makes the house ssooo messy. Hihi). Saya harap dengan cara ini, dapat bantu dia tingkatkan skil berfikir dan rasa ‘bebas’ untuk mengeluarkan idea. Biiznillah… Allah knows the best.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Ibu-ibu bolehlah ‘ikut’ kreativiti anak-anak masing-masing. Let them be the ‘project manager’.:) Selamat mencuba kepada yang berminat! May Allah grant you happiness with your loved ones.:)


2 Comments

Cara untuk Kenalkan Huruf Besar dan Huruf Kecil kepada Toddler

Assalamualaikum Mothers,

Post kali ini in sha Allah saya cuba kongsikan bagaimana saya ajar Aqeel (sekarang berusia 2 tahun 10 bulan) mengenal huruf besar dan huruf kecil serentak. Sebelum ini, saya suka kenalkan huruf kecil sahaja.

Kenapa saya suka kenalkan huruf kecil sahaja?

Kerana sesetengah huruf mempunyai bentuk yang berbeza (huruf besar tidak sama dengan huruf kecil), yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada kanak-kanak, seperti huruf ‘A a‘, ‘B b‘, dan ‘T t‘. Saya lihat, anak-anak saya mudah keliru apabila saya cuba untuk perkenalkan kedua-dua huruf serentak pada tahap awal. Sekiranya huruf seperti ‘S s’ dan ‘C c’ tidak mengapa, kerana huruf besar dan kecil mempunyai bentuk yang sama.

Selain daripada itu, oleh kerana kebanyakan perkataan di dalam buku menggunakan huruf kecil, berbanding huruf besar, saya lihat apabila huruf kecil diperkenalkan dahulu, permulaan proses membaca anak-anak adalah lebih lancar. Contohnya, ‘sat’ selalu ditulis berbanding ‘SAT’, jadi apabila kita cuma tumpukan kepada pengenalan huruf kecil, mungkin mereka lebih fokus dan tidak perlu ‘terkeliru’ dengan info huruf besar. Allahu’alam, ini cuma tanggapan saya.:)

Cara ini juga saya ‘tiru’ daripada sekolah Aleeyah dan Azeem di mana mereka perkenalkan huruf kecil dahulu, kemudian baru diikuti dengan huruf besar. Dan Alhamdulillah, saya lihat, ia banyak membantu Azeem untuk membaca.:) TabarakAllah!

belajar huruf a

Ini masa saya kenalkan dia huruf ‘a’ (cuma huruf kecil). Saya print juga beberapa gambar yang bermula dengan bunyi ‘a’ seperti acorn, ants, astronaut dan diri dia sendiri – ‘Aqeel’.:)

WALAUBAGAIMANAPUN

:)

Saja je saya nak cuba samada boleh atau tidak sebenarnya toddler kenal kedua-dua huruf (besar dan kecil) serentak.:) Tak salah mencuba kan?:) Saya lihat toddler lebih mudah untuk ingat setiap perkara yang diajar, maka, apa salahnya saya cuba.:)

Semalam saya perkenalkan huruf ‘P p’ kepada Aqeel.:) Alhamdulillah Aqeel memang dah tahu bunyi huruf p, (boleh klik sini untuk baca bagaimana dia dapat kenal bunyi huruf tersebut, dengan izin Allah), maka ia dapat sedikit sebanyak memudahkan proses pembelajaran.

PENTING! Kalau anak tak tahu, tak mengapa. Walaupun anak tidak sebut (atau tiada feedback langsung) pun tidak mengapa (sekiranya baru pertama kali diperkenalkan). Just keep introducing and teaching him/her without expecting anything. Don’t wait for the feedback, it can give you a lot of stress.:) Itu apa yang saya alami sebelum ini. Dan menyebabkan saya mudah ‘hangin’ kalau anak tak dapat ‘tangkap’ apa yang diajar. With the will of Allah, once He allows me to change the way I think (ajar sahaja, tak harapkan mereka faham pada masa itu atau supaya mereka menjadi seorang yang perfect), I feel more relax, and enjoy teaching my kids. Alhamdulillah! SubhanAllah, mereka pun lebih suka nak belajar nampaknya. TabarakAllah! Dan untuk toddler, mereka serap semua info (walaupun kita lihat tiada feedback). One day he/she will simply ‘burst’ it out!:) In sha Allah.

Makan

Ini salah satu contoh.:) Aqeel sepatutnya hias kek tu, tapi dia tak hias. Dia makan!:)

The way children learn is different from adults. Let them be children while they are. May Allah help us.:)

Oppss moh kembali ke topik asal!:)

Saya tidak perkenalkan nama huruf, tetapi saya perkenalkan bunyi huruf (guna kaedah phonics), di mana saya lihat dengan cara ini, proses permulaan membaca anak-anak adalah lebih lancar. Allahu’alam, ini pilihan saya. Ibu2 boleh cuba cara yang sesuai dengan anak-anak ye.:)

P dan p mempunyai bentuk yang sama, jadi saya rasa lebih mudah untuk perkenalkan jenis huruf sebegini, berbanding ‘A a’ atau ‘B b’ (huruf besar dan kecil mempunyai huruf yang berlainan).

Moh saya kongsikan ye, biiznillah..:)

1. Tulis Jurnal.

Saya mulakan dengan jurnal dia. Saya guna stamp huruf kecil dan besar untuk copkan huruf ‘P p’ di dalam jurnal, dan tulis huruf P dan p untuk Aqeel ‘trace‘. Saya dan Aqeel buat bunyi huruf p sambil Aqeel tulis.

alphabet stamp set

 Saya suka set stamp ni. Beli kat Toys R Us KLCC masa balik raya hari tu.:)

*Macam mana nak buat bunyi huruf ‘p’? Boleh klik sini untuk lihat video (video ini agak terperinci, saya biasa ajar simple je. Good for me to learn too! Saya rasa tengok 1:45 minit pertama pun sudah memadai kot) :)*

belajar huruf p

Aqeel cuba nak tulis ‘p’.:) Agak susah untuk dia lagi sebab cara pegang pen kadang2 OK, kadang dia masih keliru.:) On going learning, in sha Allah.

Siap letak penguin kesayangan dia! ‘p’ (bunyi) for penguin!

belajar huruf p

Pastu dia conteng je ikut suka hati dia!:) Asalkan bahagia anakku.

2. Let’s Paint It!

Aktiviti seterusnya, Aqeel warna huruf p dengan menggunakan warna air (he loves to paint!). Nak lagi best, saya tampalkan cengkerang-cengkerang kecil yang mereka (anak2 saya) kutip di pantai tempoh hari, untuk dia warnakan juga. Bagus untuk latih dan tingkatkan skil motor halus dia. In sha Allah.:)

mewarna huruf p

Hasilnya!!

huruf p

Suka sangat ‘painting‘, bahagian luar ‘p’ pun dia warna jugak.:)

3. P (bunyi) for purple!

Next, saya beri satu lagi contoh perkataan bermula dengan p —> purple.

Aqeel seronok guna berus dan jari untuk buat hasil kerja ‘p’ for purple. Art gaya bebas namanya!:)

p for purple

dan yang terakhir, kami buat…

 4. Mama and Baby Penguin!!

:)

Saya harap, melalui aktiviti ini, Aqeel dapat faham konsep huruf P besar dan huruf p kecil. Saya dapat feedback yang bagus daripada Aqeel (Alhamdulillah a good sign), tetapi seperti biasa, I need patience in teaching young children. May Allah help me.:)

Saya tak panggil P besar, atau p kecil. Saya panggil, Mama ‘p’ (bunyi) dan Baby ‘p’ (bunyi)! Dia suka sangat! Hihihi.

Kami cuma gunakan:

  • 2 batang aiskrim.
  • kertas hitam (yang keras atau kadbod).
  • warna air (putih dan oren).
  • kertas oren.
  • mata.
  • kertas glitter (permukaan kasar), boleh juga guna kertas pasir atau kertas biasa pun OK je.:)
  • Gunting dan gam.

Saya potong siap-siap ‘badan’ penguin, dan minta Aqeel warnakan bahagian hadapan penguin dengan menggunakan warna air (putih):

warna putih

Saya ada lukis bentuk oval menggunakan pensil supaya Aqeel tahu untuk warna di mana.:)

Minta maaf, saya tidak banyak ambil gambar masa kerja tersebut, sebab sibuk bantu Aqeel. Saya cuma boleh tunjukkan hasilnya. Ibu2 bolehlah ubahsuai ikut kesesuaian dengan anak masing-masing ye.:)

Tadddaaaa!! Ini hasilnya..Mama Penguin and Baby Penguin!

mama and baby penguin

Beak‘ penguin tu ialah bentuk diamond yang saya lipat dua.:)

Kat belakang saya tampal huruf ‘P’ dan ‘p’, menggunakan kertas glitter yang kasar. Tujuannya untuk Aqeel trace guna jari —> seperti konsep montessori.:)

p for penguin

He loves the puppet sticks! Alhamdulillah!

Yeeaaaahh! Itulah cara-cara yang saya cuba untuk perkenalkan Aqeel huruf besar dan kecil serentak. Adakah cara ini berkesan? Hihi. Saya tak tahu lagi. Yang penting, I ‘just do it’ and have fun! Saya harap dapat bantu dia ingat konsep huruf besar dan kecil.:) Sekiranya ibu2 ada idea2 atau pengalaman sebelum ini untuk kenalkan anak-anak huruf besar dan kecil, kongsi-kongsilah di sini ya.:)

Selamat mencuba kepada yang berminat! Jazakumullahukhairan. May Allah make easy for us to teach our young ones.:)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 53 other followers