A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


3 Comments

TMDG #2: Langkah Demi Langkah Membaca ‘Bedtime Story’ Bersama Anak

Assalamualaikum Mothers,

SubhanAllah, Alhamdulillah. With Allah’s will, this is the 5th post posted on the blog. May Allah give me the consistency to write. May this small contribution benefits moms who are in need. πŸ™‚

*TMDG bermaksud Tips Membaca Dengan Gembira πŸ™‚

Pagi ini, sambil saya lipat kain, saya dengar CD ceramah Mufti Ismail Menk. SubhanAllah, salah satu butir yang menyebabkan saya tersentuh ialah apabila beliau katakan bahawa membesar dan menjaga anak-anak dengan baik adalah satu jihad dan pengorbanan! SubhnaAllah, semoga Allah berikan saya dan anda semua kefahaman untuk membesarkan anak2 dengan penuh ikhlas, ke jalan Allah. InsyaAllah..

It’s Story Time, Sweeties!

Aqeel Baca2

Post kali ini saya ingin kongsikan Langkah Demi Langkah yang saya ambil setiap kali saya bacakan Bed Time Stories kepada anak2 saya – Aleeyah, Azeem dan Aqeel. Pada awalnya memang agak susah untuk ‘commit‘ tetapi, InsyaAllah apabila diteruskan akan menjadi satu rutin – anak2 pasti akan ambil buku sebelum tidur!

Sebelum ini, semasa anak2 masih kecil (di bawah umur 2-1/2 tahun), saya tidak sangka mereka faham apa yang saya ceritakan, kerana kadang2 pada sesi tertentu, mereka hanya diam tanpa respon. Kemudian selepas beberapa bulan, apabila salah seorang pilih buku yang sama, mereka boleh ceritakan kembali kepada saya! SubhanAllah, betapa Allah jadikan anak2 ini bijak sejak awal!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu2 yang lain. Saya percaya sangat ramai lagi ibu yang lebih kreatif dan dapat melakukan sesi ini dengan lebih berkesan dan menyeronokkan πŸ™‚ Langkah2 ini cuma sebagai sedikit perkongsian yang bukanlah sempurna ya.. Ibu2 boleh ubah mengikut kesesuaian umur anak masing2. Anak2 saya berumur antara 1 hingga 5 tahun, maka pengalaman saya cuma setakat umur 5 tahun πŸ™‚

Langkah Demi Langkah

1. Set Minda – Ini Bukan Sesi Belajar Membaca!

Perkara pertama yang saya lakukan ialah set minda saya! Saya mahu sesi ini berlangsung dengan gembira dan menyeronokkan. Saya tidak mahu sesi ini bertukar menjadi sesi ‘Belajar Membaca’ atau ‘Learn to Read‘ yang pernah saya tuliskan sebelum ini, yang mana boleh menimbulkan sedikit tekanan kepada kanak-kanak.

Selain itu, saya mahu memberi kebebasan untuk anak2 bersuara, berinteraksi dan menyuarakan pendapat. Saya tidak sangkal pendapat mereka sekiranya mereka kata,

“Pokok warnanya pink.”

Dan saya tidak boleh terburu-buru untuk kata, “Silap tu..” sekiranya mereka namakan benda-benda silap. Saya biarkan sahaja, dan betulkan perlahan-lahan.

Boleh dikatakan di dalam sesi ini anak2 boleh berimaginasi (dan anak2 memang sepatutnya dibiarkan berimaginasi untuk meningkatkan daya fikir mereka), untuk mewujudkan jalan cerita sendiri sekiranya mereka mahu.

cerita sendiri

Aleeyah sedang buat cerita sendiri tentang apa yang dilihat πŸ™‚

Sekiranya mereka hendak mulakan cerita dari belakang, hatta dari tengah sekali pun, itu adalah hak mereka. Tetapi saya perhatikan ini berlaku untuk kanak2 berusia 0 tahun hingga 2-1/2 tahun. Selepas itu, anak2 memang sudah tahu mula dari depan, kecuali bagi buku ‘vocabulary‘ seperti ‘First Words’.

2. Tidak Harapkan Feedback

Saya tidak ‘demand’ feedback dari anak2. Maksudnya, ada masa2 tertentu anak2 sangat aktif berinteraksi, di mana kalau saya tak soal pon mereka nak jawab! Tetapi ada masa2 tertentu saya lihat mereka hanya mahu dengar dan berehat. Sekiranya saya ‘demand’ feedback, saya akan tertekan dan begitu juga anak-anak.

Dan apabila saya bertanya pendapat, dan pendapat mereka lain daripada saya atau jalan cerita, saya layankan sahaja dan bertanya lebih lanjut daripada ‘jalan cerita’ mereka (kecuali bagi kisah2 Nabi, atau cerita daripada Al-Quran, saya akan perbetulkan perlahan-lahan kerana itu adalah cerita daripada Allah yang tidak boleh mereka tukar). Yang saya perhatikan Azeem memang suka berfikir lain dari jalan cerita (semasa saya bacakan). Aleeyah selalu ikut jalan cerita. Ini kadang2 boleh buat mereka bergaduh..Hahaha πŸ˜‰

3. Pilih Buku Sendiri

Saya beri kebebasan untuk anak2 pilih sendiri buku apa yang hendak dibaca. Saya pernah terbaca satu tulisan mengatakan pentingnya untuk kita benarkan anak2 memilih buku kegemaran mereka, terutama dalam memilih buku untuk dibeli. Ini dapat menimbulkan minat dan semangat untuk membaca.

Buku2 saya letakkan di library. Dan saya pastikan anak2 boleh ambil sendiri buku tanpa pertolongan saya, maksudnya saya tidak letakkan buku di tempat yang tinggi. Ini kerana saya dapati, apabila ada masa terluang, kadang2 mereka akan ambil buku untuk dibaca, dan kadang2 mereka hendak main ‘cikgu-cikgu’ πŸ™‚

Sebenarnya, adalah ideal kalau library di rumah sebegini kerana senang untuk anak2 lihat tajuk buku.

library kelas aleeyah

Mini library di kelas (di sekolah) Aleeyah

Tetapi saya ada Mr Aqeel yang hobinya sekarang suka ‘mengemas’ πŸ™‚

mengemas

Maka saya letakkan dalam kotak2. Saya baru sahaja alihkan ‘library‘ mereka daripada ‘mini school’ supaya dekat dengan bilik tidur :).

storage

Salah satu kotak di ‘library’ πŸ™‚

4. Take turn!Β 

Apabila anak2 dah bawa buku pilihan masing-masing, saya boleh mulakan sesi. Oleh kerana saya ada 3 orang anak-anak maka saya perlu ajar mereka take turn. Yang mana saya bacakan buku pilihan seorang demi seorang. Tetapi sekiranya saya sedang bacakan buku untuk Aleeyah, Azeem dan Aqeel akan turut serta (walaupun Aqeel ikut suka hati dia :)) Begitulah seterusnya. Maka, setiap malam mereka baca 3 buah buku! Atau selalunya 2-1/2 buku kerana Aqeel selalu gigit je buku dia πŸ™‚

Lihat ni, Aqeel pun pilih buku jugak πŸ™‚

ready story time

5. Let’s Read Sweeties!

Saya berikan bagaimana saya baca ye. Salah satu buku yang anak2 saya sangat suka kerana ada melibatkan pergerakan fizikal ialah buku “From Head to Toe” oleh Eric Carle.

htt cover

Buku ini mempunyai:

  • Jalan cerita yang ringkas (ayat2 pendek).
  • Cerita yang boleh dijangka, sesuai untuk kanak2 di usia 5 tahun ke bawah atau ‘early readers‘ (rutin yang sama, atau di dalam English mereka panggil ‘predictive books‘).
  • Ilustrasi yang menarik.
  • Interaksi fizikal dengan kanak-kanak.
  • Dan beri kata2 semangat kepada kanak-kanak – I can do it!

Mulakan Dengan Bincang Muka Hadapan

Saya bincangkan muka hadapan dengan anak-anak. Saya tunjukkan perkataan From Head to Toe dan ditulis oleh Eric Carle. Kemudian saya tanya anak2 apa yang mereka nampak di muka hadapan. Dan sekarang oleh kerana mereka sudah biasa dengan buku ini, nampak sahaja muka hadapan mereka akan buat pelbagai aksi, seperti mana yang mereka pernah baca dalam buku ini πŸ˜‰

htt

Mula Baca Bersama Anak2

Saya bacakan setiap perkataan satu persatu, seperti mana yang ditulis. Bagi buku yang ringkas seperti ini, disarankan supaya kita tidak menukar perkataan2 tersebut, bagi kanak2 dapat faedah hasil tulisan penulis. Saya sentiasa tunjuk perkataan yang saya baca, supaya mereka tahu yang saya baca adalah perkataan, bukan gambar.

Sekiranya mereka bertanya semasa saya membaca, saya akan layan. Selalunya saya perhatikan, mereka akan tunggu sehingga saya habiskan ayat, baru mereka tanya. Kerana mereka pasti hendak tahu jalan cerita. Kan?

Untuk buku ini pula, saya memang berikan peluang untuk anak2 beraksi. Contoh:

htt in

I am a penguinΒ 

and I turn my head.

Can you do it?

Saya pusing kepala (untuk tunjuk contoh) dan mereka ikut. Sekarang mereka sendiri terus buat. Dan mereka kata “I can do it“!

Mereka memang sangat suka buku ini! Sesuai untuk kanak2 lelaki. Dan pada pendapat saya sesuai untuk menarik minat anak2 yang tidak begitu berminat membaca kerana mereka boleh bergerak2. Maka mereka akan nampak membaca ini sangat menyeronokkan!

Muka surat seterusnya:

I am a giraffe

and I bend my neck.

Can you do it?

I can do it!

Sangat sesuai untuk belajar perbuatan dalam bahasa Inggeris!

Tidak Perlu Mengikut Aturan

Kadang2, anak2 tidak mahu mengikut aturan muka surat. Tidak ada salahnya, kerana buku ini tiada jalan cerita yang ‘rigid‘.

Berinteraksi

Anak2 saya selalunya akan bertanya macam-macam, dan saya suka tanya mereka kembali. πŸ™‚ Apabila mereka tanya pendapat saya, saya akan tanya apa pendapat mereka, supaya mereka boleh keluarkan idea sendiri, tidak mengharapkan saya. Kecuali apabila mereka bertanya tentang suatu situasi yang tidak pernah mereka alami, maka saya akan berkongsi.

Selalunya saya akan beri kesimpulan tentang sesebuah cerita yang dibaca, supaya mereka mendapat lebih kefahaman. Kadang2 saya beri peluang untuk mereka beri kesimpulan sendiri.

Puji, Peluk dan Cium

Saya suka untuk puji usaha mereka setelah menghabiskan sesebuah buku. I normally simply say,

Alhamdulillah, we completed to read. SubhanAllah! You are a good boy, you are a good girl!”

dan cium serta peluk mereka.

Simpan Semula

Ini penting! Mereka mesti simpan semula buku sebelum naik ke atas katil. πŸ™‚

6. It’s Time to Sleep Honey!

Kemudian, mereka baca doa sebelum tidur, saya cium dan peluk sebelum tidur, dan tutup lampu πŸ™‚ Zzzzzz πŸ™‚

* Kecuali Aqeel yang selalu sambung main πŸ™‚

SubhanAllah, ini perkongsian saya untuk hari ini. Semoga dapat memberi manfaat. Segala yang lemah dari saya, dan segala yang baik adalah dari Allah SWT πŸ™‚ May Allah grant you with happiness πŸ™‚


Leave a comment

Tips Membaca Dengan Gembira #1: Wujudkan 2 Sesi Membaca Di Rumah!

Assalamualaikum Mothers!

Alhamdulillah, dalam post sebelum ini saya telah dapat berkongsi tentang cara2 yang saya buat di rumah untuk menimbulkan minat anak2 membaca. Semoga beri manfaat πŸ™‚ InsyaAllah saya kongsikan lebih banyak tentang belajar membaca di rumah dengan anak2. Semoga usaha kita diberkati Allah, dan memberi manfaat kepada anak2 kita di masa hadapan.

Gambar dari internet

Dan sekali lagi saya ingin ‘highlight‘ bahawa saya bukanlah ibu sempurna dan saya juga mengalami kekangan masa seperti mana ibu2 lain. Anak2 saya juga bukanlah kategori boleh membaca dalam usia bayi atau yang sangat awal mengatasi kanak2 lain. Dan saya sekarang sudah ‘delete’ kemahuan sebegitu. Apa yang saya mahu lakukan cuma berikan yang terbaik mengikut kemampuan saya, dalam suasana yang menyeronokkan. Saya tidak mahu mendidik dalam keadaan tertekan dan mahu ‘dipandang tinggi’ oleh orang, yang pastinya tempias tekanan itu akan kena pada anak2. SubhanAllah, semoga Allah tunjukkan saya jalan yang benar dan buat segala-galanya dengan ikhlas dan keranaNya.

Anak Tidak Mahu Membaca??

Gambar dari internet

Saya pernah dengar statement sebegini,

“Anak saya tak mahu baca buku yang cikgu suruh baca. Saya kena paksa!”

atau

“Anak saya tak nak pegang buku langsung di rumah! Asyik nak main je kejenya.”

atau

“Aduhai, setiap kali membaca, rasa menyirap darah. Kenapa lah susah sangat anak aku ni nak membaca?”

atau

Anak diam dan keras membatu setiap kali diajak membaca.

Hmmm..sebenarnya saya pernah melalui satu situasi dengan Aleeyah semasa dia berumur antara 3-1/2 tahun hingga lebih kurang 4-1/2 tahun. Saya belikan Aleeyah buku-buku siri belajar membaca, iaitu:

  • Peter and Jane
  • Bob Books (phonics)

peter and jane

Bob Books 2

Peter and Jane series (top) dan Bob Books (bottom)

InsyaAllah di post akan datang saya akan kongsi mengenai jenis2 buku, dan sedikit perkongsian tentang kesesuaian mengikut objektif dan peringkat umur. Semoga Allah izin πŸ™‚

Berikut adalah pemerhatian saya (hahaha, rasa macam buat tesis la pulak :P):

  • Aleeyah akan masam muka setiap kali saya ajak dia baca buku2 tersebut.
  • Aleeyah perlu dipaksa sedikit untuk mula baca buku.
  • Aleeyah lebih suka lihat gambar dari membaca perkataan.
  • Tidak ada ‘spark’ dan kegembiraan setiap kali dia baca buku tersebut.

Reaksi di atas adalah amat berbeza apabila saya bacakan buku2 pilihannya sebelum tidur. Dan hasil pemerhatian yang sama saya perhatikan pada anak kedua saya, Azeem. Apa yang saya perhatikan:

  • Aleeyah & Azeem sangat teruja. Kadang2 bila saya sangat penat dan tak dapat hendak bacakan buku, mereka akan menangis-nangis.Β 
  • Mereka sangat ‘rela’ dengan memilih sendiri buku-buku tersebut.
  • Mereka semangat untuk membelek-belek buku, bermula dari muka depan buku hinggalah ke kulit buku terakhir!
  • Mereka suka hendak buat kesimpulan tambahan terhadap cerita yang dibaca.
  • Mereka sangat suka berinteraksi semasa sessi membaca dengan bertanya bermacam-macam soalan (kadang2 sampai mereka berdua bergaduh sebab pendapat tak sama! Aduhai!).

Aqeel Baca

Kanak2 sekecil Aqeel pun teruja untuk baca buku, walaupun dia cuba baca buku saya! πŸ™‚

Jadi saya tertanya-tanya kenapa? Kenapa sangat beza reaksi anak2 terhadap pembacaan buku2 ini? Saya ada buat sedikit ‘kajian’ tak rasmi (hehehe) melalui pembacaan dan sedikit demi sedikit saya sudah faham mengapa.

Saya tidak dapat kongsikan semua ini dalam satu post, sebab ‘finding‘ yang agak panjang, merangkumi tentang kandungan buku, cara saya, usia Aleeyah, dan banyak lagi (hahaha, sekali lagi saya rasa macam tulis tesis!). Saya akan cuba jelaskan dalam pecahan2 tertentu ya, saya namakan:

Tips Membaca Dengan Gembira πŸ™‚

TIPS MEMBACA DENGAN GEMBIRA #1: Wujudkan 2 Sessi Pembacaan Bersama Anak2!

Reading with Child

Saya cuba ringkaskan penjelasan dalam bentuk ‘mind map‘. Gambar agak kecil. Klik untuk besarkan gambar ya.

Berdasarkan pembacaan dan sedikit pengalaman, saya kenalpasti bahawa untuk pastikan anak2 gembira semasa membaca, langkah pertama yang saya perlu lakukan ialah adakan DUA SESI MEMBACA yang bersama anak2.

  1. Leisure Reading
  2. Learn to Read

Sesi kedua, iaitu Learn to Read TIDAK BOLEH DISATUKAN DALAM SESI LEISURE READING SEHINGGA ANAK BERSEDIA!

Apa maknanya? Meh saya terang sikit ye.

1. Leisure ReadingΒ 

leisure reading

Sesi membaca secara santai bersama anak2. Tujuan utama ialah untuk menimbulkan minat. SubhanAllah, inilah tujuan utama membaca! Sesi sebegini boleh dimulakan dengan anak2 sejak anak berusia 1 hari! Banyak pakar yang memang tekankan betapa pentingnya sesi ini bersama anak2, dan diteruskan sehingga ke peringkat sekolah rendah.

Sebenarnya anak2 belajar sangat banyak dari sesi ini. Antaranya:

  • Meningkatkan ‘vocabulary‘.
  • Belajar sifat-sifat terpuji (sekiranya buku2 agama atau buku Β sifat2 terpuji dibacakan).
  • Merangsang imaginasi apabila mereka mula berinteraksi.
  • Menggalakkan mereka berfikir, apabila buku yang dibaca mempunyai unsur-unsur soalan.
  • Mendapat pengetahuan bahawa yang dibaca adalah huruf, bukan gambar (ya, nampak seperti penjelasan yang sangat tak terfikir dek akal orang dewasa, tetapi begitulah cara bayi dan kanak2 berfikir. Mereka tidak tahu pada awalnya perkataan yang perlu dibaca).
  • Mendapat tahu bahawa membaca perlu dari kiri ke kanan, dan dari atas ke bawah. Ini melatih mata mereka bergerak.
  • Belajar perkara2 tambahan seperti warna, bentuk, huruf, apa sahaja mengikut jenis buku yang dibaca.

Dan sangat banyak lagi faedahnya! Tetapi yang saya paling suka ialah merapatkan hubungan antara ibubapa dan anak2! Suatu perkara dan masa yang tidak akan kembali!

Aqeel Gigit Buku

Sesi ini perlu sangat santai, mengikut apa yang anak suka, termasuk gigit buku! πŸ˜› (Tapi kena pengawasan yang rapat)

Bilakah Masa yang Sesuai?

Bilakah masa yang sesuai untuk kita membaca secara ‘leisure‘ dengan anak-anak? Pada pendapat saya – bila2 masa! Dengan syarat, ibubapa dan anak2 dalam keadaan yang tenang dan gembira. Masa yang saya paling suka ialah waktu sebelum tidur.

Sekiranya saya dalam keadaan yang sangat penat apabila tiba waktu tidur, dan anak2 hendak juga baca buku, saya akan katakan,

OK, we read 2 pages, then we will continue tomorrow ya.” πŸ™‚

Anak2 saya juga akan beritahu saya apabila mereka penat dan tidak mahu baca buku sebelum tidur. Dan saya tidak paksa.

Dan sudah pasti, bila-bila masa mereka hendak baca, mereka boleh baca. Adakalanya di waktu siang, saya ada komitmen yang lain seperti memasak, maka saya akan suruh mereka baca sendiri dulu (Aleeyah boleh baca sendiri beberapa jenis buku, Azeem boleh pretend to read), kemudian saya sertai mereka. Tetapi saya nampak selalunya mereka lebih suka saya ada bersama mereka, maka, mereka ‘tukar’ aktiviti sementara tunggu saya πŸ™‚

Buku Apa Yang Sesuai?

Ada pelbagai jenis buku yang sesuai untuk ‘leisure reading‘. Secara kasar, sekiranya anak2 masih diperingkat perlu dibacakan, saya lebih suka memilih buku yang mempunyai perkataan yang ringkas dengan gambar yang menarik. Sebab? Mulut tak larat nak baca panjang2! Hehehe! Serius! Dan anak pun jadi bosan sekiranya panjang sangat ceritanya. InsyaAllah dalam post seterusnya saya kongsi lebih lanjut ya πŸ™‚

Eric CarleΒ Salah satu contoh ialah buku ‘From Head to Toe‘ by Eric Carle. Anak2 saya sangat suka buku ini sebab mereka boleh cuba buat aksi yang sama semasa membaca buku πŸ™‚

2. Learn to Read!

learn to read

Ha! Sebenarnya begini, saya perasan, agak ramai ibu bapa yang terlalu fokus kepada sesi ini. Iaitu sesi belajar membaca. Sebab saya faham, ibu bapa risau tentang pencapaian anak2 di sekolah.

Dan ramai juga yang tidak nampak kepentingan Leisure Reading, yang sebenarnya adalah kunci kepada kebolehan membaca secara semulajadi. Hasil atau faedah dari Leisure Reading memang memakan masa bertahun2 untuk dilihat, maka, saya sebagai ibu perlu ikhlas dan lakukan semata-mata untuk kebaikan anak2 tanpa harap nampak kesannya dalam masa terdekat.

Sesi Learn to Read ini sebenarnya memerlukan kesabaran yang tinggi, dan sebaiknya ibubapa faham tentang perkembangan kanak-kanak. Mengapa saya kata begini? Kerana, kebanyakan orang dewasa ingat kanak2 mempunyai kebolehan berfikir seperti orang dewasa dan rasa sangat geram kalau anak tak faham-faham lepas ajar banyak kali!

Kenapa Anak Tak Faham-Faham?

Saya beri satu contoh ye. Contohnya, saya mengajar Aleeyah untuk eja ‘cat‘. Dulu apabila saya suruh dia bunyikan huruf tersebut secara fonik, dia memang boleh bunyikan setiap huruf. Tetapi apabila saya suruh cantumkan, dia cuma pandang saya!!

Tapi kini, bila saya suruh dia bunyikan dan sambungkan, dia boleh:

‘keh’ (bunyi c), ‘eh’ (bunyi a), ‘teh’ (bunyi t) dan sebut ‘cat‘!

Dan apabila saya beri perkataan lain dia boleh baca perkataan tersebut dengan mengeja secara fonik.

*minta maaf, agak sukar untuk saya eja bunyi huruf, cara bunyi sebenar boleh dirujuk di internet πŸ™‚

So, kenapa?

Secara ringkasnya begini. Kebolehan membaca adalah skil yang diperolehi apabila sel-sel otak tertentu telah bercantum. Sel-sel otak kanak2 masih dalam keadaan aktif bercantum pada awal2 tahun kehidupan, dan selagi cantuman tertentu belum terbina, maka tidak sampai informasi tertentu di otak mereka. Jadi, apa yang kita boleh buat ialah teruskan merangsang percantuman sel2 otak, dan sabar πŸ™‚

Setiap kanak2 itu dijadikan Allah bijak! Sekiranya dia tidak dapat baca, saya suka fikir bahawa bahan bacaan itu belum sampai dek fikirannya. Maka, saya akan terus bacakan untuknya, atau buat sesuatu yang berbeza, sampai satu hari dia akan dapat.

Bilakah Masa yang Sesuai?

Oleh kerana sesi ini perlukan fokus dan anak2 berfikir, saya selalu lakukan sesi ini bila Aleeyah dalam keadaan tenang dan gembira. Secara jujur, saya tidak melakukan sesi ini sekerap Leisure Reading (hampir setiap hari).

Di hari2 persekolahan, saya cuma akan mulakan sesi sekiranya Aleeyah minta atau dia sudah berehat. Sekolahnya jauh, jadi saya faham dia penat. Jadi, boleh saya simpulkan bahawa sesi ini cuma saya lakukan dalam seminggu sekali atau paling kerap mungkin dalam 3 hari sekali. Bagi ibu2 lain, terpulang mengikut keperluan dan kemampuan anak, tetapi yang penting adalah konsisten. Elakkan dari biar sahaja sehingga satu masa yang suntuk, kemudian tekan habis-habisan πŸ™‚ Saya percaya tidak semua ibu2 sebegini πŸ™‚

Pada pendapat peribadi saya, sekiranya seorang ibu atau bapa rasa dia tidak dapat bersabar untuk melakukan sesi ini dengan anak2, saya rasa adalah terbaik untuk serahkan urusan ini kepada sekolah, atau individu yang boleh mendidik dengan cara yang betul. Tetapi saya tetap yakin, setiap manusia diberi kebolehan untuk bersabar. InsyaAllah!

Buku2 Apa yang Digunakan?

Ada sangat banyak buku2 dalam siri belajar membaca yang terdapat di pasaran. Sebagai ibubapa, kita perlu mempunyai sedikit ilmu untuk memilih jenis yang bersesuaian. InsyaAllah, topik ini akan dikongsi di masa hadapan, berdasarkan sedikit pengetahuan saya.

Secara ringkas terdapat 3 jenis ketegori buku di pasaran:

  1. Menggunakan kaedah phonics.
  2. Menggunakan banyak ‘Sight Words’ atau ‘High Frequency Words’ untuk dihafal oleh kanak-kanak.
  3. Menggunakan konsep ‘repetition‘ untuk membolehkan anak membaca.

Repeat

Contoh buku di pasaran yang menggunakan konsep ‘repetition’, yang mana perkataan yang sama diulang-ulang, tetapi jalan cerita masih menarik! Cerita yang ‘legend‘ untuk konsep ini ialah ‘The Little Red Hen’.

Maka, yang mana perlu dibaca oleh anak2? Kalau tanya saya, SEMUA! Setiap satu ada fungsi masing-masing. Pada pendapat peribadi saya, saya tidak setuju dengan pembelajaran menggunakan satu konsep, contohnya cuma gunakan kaedah phonics semata-mata, kerana konsep membaca itu luas. Dan saya juga tidak setuju dengan fahaman kanak-kanak perlu fokus satu jenis buku sahaja supaya dia tidak keliru. SubhanAllah! Membaca adalah skil. Semakin banyak dibaca, semakin meningkatlah skil itu! InsyAllah! Itu pendapat saya. Terpulang kepada individu, mengikut pengalaman dan pengetahuan masing2.

Maka Kenapa TIDAK BOLEH CAMPUR SESI LEARN TO READ DALAM LEISURE READING?

Seperti yang telah diterangkan di atas, sesi Leisure Reading adalah untuk menimbulkan minat. Ibu bapa tidak perlu mengharapkan apa2, cuma baca dan berseronok bersama anak2. Sekiranya anak2 sudah mula membaca, tidak salah berikan dia peluang untuk baca perkataan2 yang dia sudah hafal. Tetapi selalu ‘selamatkan keadaan’ apabila dia tidak dapat membaca dengan terus bacakan cerita tersebut kepada anak. Saya elak dari memarahi anak2 sekiranya mereka tidak dapat membaca perkataan yang senang. Dan saya juga tak kisah sekiranya mereka mahu mulakan cerita dari belakang. Suka hatilah anak2ku, asal bahagia πŸ™‚

Dan seperti yang telah saya sebutkan juga, sesi Learn to Read ialah sesi di mana kita mahu anak belajar membaca perlahan-lahan. Berdasarkan pemerhatian, saya dapati memang ramai yang geram dan jadi marah apabila anak tidak dapat membaca seperti yang diharapkan. Maka bermulalah sesi yang menekan kedua-dua belah pihak – si ibu dan si anak.

Maka, tidak ‘leisure’ lah sesi pembacaan tersebut. Dan hilanglah kemanisan dan faedah yang boleh diperolehi. Inilah yang saya hendak elakkan. Dan yang paling saya tidak mahu ialah, saya mempunyai satu fikiran di mana, “Aduhai, kenapa lah anak aku ni?” dan berhenti membaca secara ‘leisure‘ dengan anak2, tetapi teruskan cara memaksa dan memarahi. Semoga Allah beri petunjuk kepada saya dan semua ibu2 πŸ™‚

Mula Membaca Dengan Gembira

IMG_4207

Sejak saya asingkan kedua-dua sesi ini, Alhamdulillah, sesi membaca kami lebih bermanfaat. Dan dalam masa yang sama, subhanAllah, saya nampak Aleeyah boleh meningkatkan skil pembacaan kerana dia minat. Dan sekarang dia sendiri yang boleh memilih buku Peter and Jane untuk Leisure Reading! Dan dia baca sendiri. Yang lebih menarik, walaupun buku itu agak membosankan (hehehe, sebab perkataan diulang banyak kali, untuk kanak2 menghafal perkataan-perkataan tertentu), dia boleh menjadikannya cerita menarik dengan bercerita sendiri cerita yang dia suka berdasarkan gambar buku tersebut πŸ™‚

Yaaa, semoga ‘point‘ pertama ini memberi manfaat kepada semua. Sesungguhnya segala yang baik itu dari Allah, dan segala kelemahan itu adalah dr saya πŸ™‚ May Allah reward you with happiness with your lovely children!


3 Comments

Cara2 Untuk Buat Anak Suka Membaca

Assalamualaikum Gorgeous Mothers! πŸ™‚

Sekiranya anda membaca post ini, saya percaya anda adalah seorang ibu yang mengambil berat tentang perkembangan anak2 dan hendak memberi yang terbaik untuk anak2 anda. Semoga Allah menunjukkan kita semua, cara yang terbaik untuk mendidik anak2 kita, bukan berdasarkan apa yang dunia mahu semata-mata, tetapi yang paling utama ialah apa yang Allah SWT mahu (SubhanAllah, may He guide me).

gambar dr internet

Sebelum itu, saya suka tekankan di sini, bahawa segala apa yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan pembacaan yang telah saya lalui sebagai seorang ibu. Dan saya perlu ingatkan bahawa saya adalah seorang manusia, yang tidak sempurna. Saya tidak tahu semua perkara. Dan saya tidak kenal anak2 ibu lain sepertimana saya kenal anak2 saya. Maka, setiap ibu adalah berhak untuk mencari cara atau jalan yang tersendiri untuk beri yang terbaik kepada anak masing2. Saya tiada hak untuk kata cara yang saya kongsi adalah terbaik. Yang terbaik cuma Allah. Saya berkongsi dengan niat dapat membantu atau memberi idea kepada yang perlu. Semoga Allah permudahkan usaha kita sebagai ibu πŸ™‚

Membaca Perlu Dipupuk Secara Semulajadi

Setiap ibu ada pendapat masing2 tentang bila anak2 mereka perlu mula membaca. Pada pendapat saya, membaca itu perlu dipelajari secara ‘natural‘ atau semulajadi. Maksud ‘natural’ yang saya fahami ialah seperti contoh perkembangan bayi kita, dari berbaring, ke meniarap, merangkak dan terus berjalan. Saya rasa semua ibu bapa yang berpengalaman membesarkan anak2 telah perhatikan bahawa semua proses ini tidak perlu dipaksa. Secara tiba2 anak kita boleh sahaja menguasai skil-skil tertentu. Saya tidak nafikan betapa sokongan dan panduan yang kita berikan seperti contoh pegang tangan anak untuk dia bertatih, amat membantu untuk memudahkan anak kita menguasai skil tersebut. Dan saya sedar bahawa bantuan/sokongan yang perlu kita berikan bagi anak2 menguasai skil-skil adalah bergantung kepada ‘kesusahan’ atau complexity skil tersebut.

Yang saya nampak, begitu juga aktiviti membaca. Minat membaca perlu dipupuk secara perlahan2, dan dilakukan dalam keadaan yang tenang dan gembira, tiada paksaan. Kanak2 perlu lihat buku sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan sesuatu yang ‘ditakuti’ atau ‘seram’. Kanak2 yang minat membaca, secara automatik akan belajar membaca dengan sendiri kerana sikap ingin tahu yang dia ada.

Aleeyah Membaca

Aleeyah membaca semasa ambil ‘nebulization‘. Walaupun dia bukan lah boleh baca semua perkataan, tetapi yang penting timbulkan minat dahulu. Sesetengan kajian mengatakan ‘pretend reading’ adalah langkah awal yang penting dalam membina skil membaca.

Adalah suatu perkara yang memenatkan untuk memaksa seseorang melakukan sesuatu yang dia tidak suka. Sangat penat! Seperti menolak bukit! Tetapi adalah senang untuk memberi galakan kepada seseorang yang memang minat, dan bersedia ‘bergerak’ atau belajar.

Saya pernah lihat dan dengar beberapa situasi di mana cuma di sekolah sahaja anak2 memegang buku, atau belajar membaca. Saya juga pernah lihat kanak2 yang apabila pegang buku, dia akan menggigil ketakutan, atau terus diam. Saya tertanya2 kenapa, dan saya rasa saya sudah semakin faham mengapa, insyaAllah akan saya tulis di post yang lain.

Saya mempunyai pegangan di mana ‘Mendidik Anak Membaca adalah Tanggungjawab IbuBapa‘. Sekolah cuma boleh ajar ‘phonetic sounds’ atau bunyi2 huruf untuk memberi kelancaran membaca dan juga menambahkan minat membaca dalam diri anak2. Tetapi ‘kerja’ sebenar perlu dilakukan oleh ibubapa kerana kita yang menjaga anak2 sejak mereka lahir. Selain daripada itu, saya perlu sedar bahawa jumlah masa anak2 di sekolah adalah cuma beberapa jam sehari, dan cuma pada hari persekolahan. Pada waktu yang lain, anak2 bersama saya. Dan saya dapat bayangkan, di rumah, saya cuma fokus kepada 3 orang anak, tetapi di sekolah, guru2 mereka bertanggungjawab untuk menjaga antara 12 ke 20 orang kanak2. Secara logik, saya dapat faham betapa pentingnya ibubapa memainkan peranan.

Ini adalah ‘mini library’ di kelas Aleeyah. Pemilihan sekolah yang mengajar anak2 membaca secara menyeronokkan, dan semulajadi banyak membantu, tetapi tanggungjawab sebenar adalah ke atas ibu bapa.

Saya selalu ingatkan diri saya supaya saya buat ini dengan ikhlas dan sabar, di mana saya tahu yang hasilnya saya tak nampak dalam masa terdekat, tetapi memakan masa bertahun2! Saya membaca dengan Aleeyah sejak umurnya 5 hari dan baru sekarang saya nampak hasilnya. Alhamdulillah Aleeyah suka membaca. Saya tidak perlu paksa dia untuk membaca. Dan perlahan2 saya nampak dia belajar membaca, secara semulajadi, iaitu dia sudah mula membaca ayat2 ringkas (dalam English). Perlu saya tekankan di sini, saya tidak pegang rotan dan saya tidak paksa dia untuk membaca buku2 dari siri belajar membaca berjam2 setiap hari. Dan saya tidak harapkan Aleeyah untuk menjadi lebih bagus dan lebih pantas membaca dari orang lain. Saya cuma mahu Aleeyah belajar membaca dengan gembira. Hidup bersaing dan hendak menunjuk siapa bagus amat penat, dan tidak diajar dalam AlQuran dan oleh Rasulullah SAW. Maka, tidak ada perlunya saya mengajar anak2 saya supaya hendak hidup dalam suasana untuk bertanding dan bersaing dengan orang. Yang penting ialah mereka lakukan terbaik dengan ikhlas, kerana Allah SWT (a long way for me to understand!)

aqeel stress

Aqeel stress?? πŸ˜›

Sedikit Perkongsian – 6 Kaedah/Cara yang Saya Lakukan di Rumah

Inilah yang saya buat di rumah (tetapi, subhanAllah, saya bukanlah manusia yang sempurna, saya juga masih berusaha berikan yang terbaik). Semoga Allah berikan saya kekuatan:

  • Saya Membaca. Saya teruskan aktiviti membaca kerana saya tahu anak2 saya ikut apa yang saya buat berbanding apa yang saya beritahu. Saya memang suka sgt membaca (walaupun bukan semua buku saya dah habis baca..hahaha)

Di antara buku2 yang saya suka baca. Buku ini ringkas dan berikan contoh2 yang praktikal untuk diaplikasikan oleh ibubapa.

  • Bedtime Stories. Saya cuba yang terbaik untuk membaca bersama anak2 sebelum mereka tidur. Setakat ini untuk Aleeyah dan Azeem. Aqeel pasti ada dalam aktiviti ini, walaupun kadang2 dia buat Aleeyah dan Azeem marah sebab gigit/koyak buku, atau berebut dengan mereka πŸ™‚ Yang saya perhatikan, Aqeel tidak suka apabila saya bacakan dia sebuah buku yang khas untuk dia. Tetapi dia suka ‘sertai’ kakak dan abang Β . Itulah, setiap anak ada pilihan masing-masing.

bedtime stories

Di antara buku2 untuk bedtime stories yang suka dibaca oleh anak2

  • Sediakan Buku. Kami sediakan kepada mereka banyak buku2 untuk membaca, dan letak di ruangan ‘mini school’ di rumah. InsyaAllah saya akan kongsi tentang jenis2 buku yang sesuai dengan umur dan kehendak anak2, berdasarkan pengalaman dengan anak2 saya. Setiap kali sebelum tidur, Aleeyah dan Azeem pilih sendiri buku apa yang mereka hendak baca. Saya terpaksa hadkan satu buku setiap seorang. Kalau tidak mereka lewat tidur dan lewat bangun ke sekolah. Tetapi ada masa2 tertentu, contohnya apabila mereka lakukan perkara2 yang baik seperti bangun awal terus mandi sendiri, kadang2 saya beri ‘reward‘ dengan benarkan mereka baca 2 buku seorang πŸ™‚

mini school

Mini school‘ kami di rumah pada September lalu. Belum ambil gambar terbaru πŸ™‚ ‘Library’ adalah di sebelah kiri, di dalam kotak hijau. Dan juga di rak sebelah kanan (tak kelihatan dalam gambar).

  • Belajar Membaca. Apabila Aleeyah dalam keadaan yang tenang danΒ stabil, saya akan ajak Aleeyah membaca buku2 yang khas untuk belajar membaca. InsyaAllah saya akan kongsikan. Saya perhatikan Aleeyah lebih suka membaca buku2 yang ‘sebenar’ iaitu buku2 yang mempunyai jalan cerita yang menarik, yang mana penggunaan perkataannya tidak dihadkan. Buku2 di dalam siri belajar membaca mempunyai perkataan2 yang terhad (bagi memudahkan kanak2 membaca pada tahap2 tertentu), maka saya lihat ia kurang menarik minat kanak2. Tetapi saya cuba sedaya upaya supaya anak2 saya lihat buku2 tersebut sebagai buku yang ‘biasa’, bukan buku untuk belajar membaca.

peter and jane

bob books

Di antara buku2 siri belajar membaca di pasaran. Ada mcm2 jenis, dan berbeza2 konsep. InsyaAllah, saya boleh kongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman tentang buku2 ini.

  • Beli Buku/Pinjam Buku. Saya sangat suka ke kedai buku. Saya sering bawa anak2 ke kedai buku. Mereka pun sangat minat beli buku. Tetapi mungkin suami saya tak suka sangat sekiranya saya asyik beli! (hahahah). Sebaiknya saya bawa mereka ke perpustakaan. Ini adalah perkara yang perlu saya lakukan! πŸ™‚
  • Beri Sokongan Moral. Saya perhatikan kanak2 memerlukan sokongan yang padu untuk meyakinkan mereka bahawa mereka boleh membaca. Saya tidak gemar dengan cara memarahi kanak2 untuk menyuruh mereka membaca. Minta maaf, saya tahu memang ramai yang gemar cara ini. Seperti yang saya katakan, itu adalah pilihan masing2. Kerana pada saya, saya tidak suka dimarahi dan saya tidak suka buat sesuatu dalam masa yang panjang dengan dimarahi. Saya lebih suka buat sesuatu dengan rela dan diberi kebebasan untuk pilih yang terbaik. Jadi saya percaya anak2 saya rasa yang sama. Untuk beri sokongan ini, saya sebagai ibu perlu mempunyai kesabaran yang tinggi. Inilah apa yang saya selalu fikir, “Otak anak saya masih berkembang, saya tidak boleh paksa atau harapkan sesuatu yang tidak sampai dek pemikirannya!”Β Dan SubhanAllah, saya perhatikan anak2 ini memang Allah jadikan sgt unik dan pandai. Apabila kita selalu ulang cerita yang sama, hatta mungkin sekali sahaja kita baca bersama mereka, mereka ingat jalan cerita! Dan apabila usia semakin matang, seperti Aleeyah, dia mula pula hafal perkataan2 di dalam buku tersebut. Dan sgt menakjubkan apabila buku yang pernah dibaca cuma sekali, tetapi selepas setahun, dia masih boleh ingat jalan cerita, walaupun pada ketika saya bacakan, dia tiada respon! Maka, saya belajar, “Never Underestimate Our Children

IMG_4223

You can do it, sweetie!!

Saya cuba lakukan apa yang saya termampu sebagai ibu yang mempunyai 3 orang anak. Saya juga seorang isteri dan juga dalam masa yang sama suka untuk hadir ke kelas2 untuk tambah ilmu pengetahuan saya. Secara jujur, sebenarnya saya tidak dapat melakukan semua yang saya mahu, kerana banyak perkara perlu dilakukan. Dulu saya agak stress bila saya tak dapat mencapai matlamat tertentu. Kemudian, apa yang saya sedar ialah apabila saya hendak bertanding dengan ibu2 lain atau hendak anak2 saya lebih cepat/pantas membaca berbanding kanak2 lain, saya memang stress. Tetapi bila saya berhenti fikir sedemikian, dan ubah cara fikiran, saya rasa lebih tenang dalam mendidik anak2 untuk membaca. Dan saya nampak anak2 lebih gembira membaca. Semoga Allah tunjukkan saya dan anda semua jalan yang terbaik untuk anak2 kita.

InsyaAllah saya akan kongsi tentang jenis2 buku dan sedikit tentang kaedah belajar membaca. Semoga memberi manfaat. πŸ™‚


Leave a comment

Belajar Membaca: Semulajadi atau Perlu Dipaksa?

Belajar Membaca! Melalui pengalaman dan pemerhatian saya, sangat banyak ibu bapa di Malaysia yang sssaaangat risau tentang kebolehan anak2 membaca sebelum sekolah. Ramai yang kata mereka risau kalau anak2 kena masuk kelas ‘pemulihan membaca’ bila masuk Darjah 1, sebab ini akan menjadikan anak2 mereka ‘lambat’ dalam mengikuti ‘silibus’ di sekolah.

Dan saya lihat ramai yang sangat tertekan – pihak ibubapa, guru2 di tadika, pengusaha2 tadika dan yang paling sedih ialah kanak2 itu sendiri!Β Ramai kanak2 yang menerima tekananΒ apabila mereka tidak dapat membaca dengan lancar pada usia 6 tahun. Yang paling sedih ialah apabila guru2 yang tidak mempunyai ilmu tentang perkembangan kanak2, dan ibubapa yang tertekan akan melabelkan kanak2 tersebut:

‘Lambat’

‘Developmentally delayed’

‘Something wrong’

‘Bodoh’

And the list goes on.. 😦

SubhanAllah! Kesiannya…

Β 

Persoalannya, apabila proses belajar membaca itu adalah melalui tekanan, adakah kanak2 itu sebenarnya semata2 membunyikan huruf2 atau FAHAM isi kandungan yang dibaca dan BERMINAT dengan apa yang dibaca?Β Dan yang paling penting pada saya, adakah proses membaca itu menimbulkan MINAT membaca dalam diri kanak2 tersebut?

Secara jujur, saya sebagai ibu pon tertekan! Kemudian, saya fikir bahawa,

‘Sebagai seorang ibu, saya perlu berikan pendidikan dalam bentuk tekanan kepada anak2 saya di awal usia mereka, yang boleh buat mereka benci dan menghitung tahun untuk habis belajar…’

ATAU

‘Saya perlu didik mereka dengan gembira supaya mereka dapat rasakan bahawa menuntut ilmu itu sangat seronok, dengan harapan mereka akan terus belajar sehingga ke akhir hayat mereka dengan ikhlas, kerana Allah semata2…’

Agak terlalu awal untuk saya buat kesimpulan terhadap cara atau kaedah yang paling berkesan, kerana anak2 saya masih muda dan masih dalam proses belajar membaca. Walaubagaimanapun, saya telah dapat lihat sedikit demi sedikit hasilnya, dengan mengikuti cara2 yang disarankan pakar2 berdasarkan pembacaan saya.

Ada banyak sgt pandangan dan teori, maka saya pilih teori yang bersesuaian dengan pegangan saya, iaitu saya suka anak2 saya belajar membaca secara gembira dan seronok, bukan paksaan. Dan mereka belajar ikut perkembangan usia mereka, dan kebolehan mereka. Sebagai manusia, DULUNYA memang saya ada perasaan,

‘Aku nak anak2 aku lebih baik dari yang lain..’

Kemudian, saya sedar bahawa,

‘Hidup kita bukanlah untuk bertanding dengan org lain. Org yang perlu kita tandingi ialah diri kita sendiri. We need to be better from yesterday…And in term of the way that Allah loves…’ (SubhnaAllah, sgt byk yang saya perlu pelajari)

Maka, dalam mendidik anak2, termasuk dalam mengajar mereka membaca (of course with the help of the school and teachers!) saya perlu mengikis sikap nak jadikan anak2 saya terbaik dr org lain. Tapi saya perlu didik mereka untuk keluarkan yang terbaik dlm diri mereka. Untuk lebih baik dr smalam. Matlamat yang mencabar….Siapa kata membesarkan anak2 itu mudah? Dan yang paling penting, supaya mereka buat semuanya ini kerana Allah..SubhanAllah, satu statement yang saya sendiri perlu fahami, pelajari dan lakukan!

May Allah guide me.

InsyaAllah dalam post seterusnya, saya akan share tentang

“The Maturational View and the Reading Readiness View” by Gesell, Morphett and Washburne yang mengatakan kita cuma perlu mulakan ‘instruction’ membaca apabila kanak2 sampai tahap kematangan untuk membaca. A controversial view for the educators, but now I can see the ‘reason’ after I observe Aleeyah’s readiness in learning how to read…InsyaAllah saya share ye πŸ™‚


2 Comments

Anak Mengamuk –> Nak Marah ke Nak Biar?

Saya pernah baca sebuah buku, dan saya akui lah amat benar kenyataan ini,

“I am a perfect parent until I am a parent myself!”

πŸ™‚Β Yes, it is so true! Sebelum saya menjadi ibu, saya ingat menjadi seorang ibu itu mudah. Saya fikir sekiranya saya sebagai seorang wanita, pada ketika itu (sebelum mempunyai anak) boleh bekerja menjadi jurutera dan membuat kerja2 seperti seorang lelaki, saya yakin membesarkan anak2 adalah lebih mudah daripada itu!

Β SubhanaAllah…Betapa silapnya saya! Sekarang saya sedar untuk menjadi ibu, saya perlu lengkapkan diri saya dengan ilmu yang banyak. Bukan sahaja ilmu yang anak2 pelajari di sekolah, tetapi yang penting ilmu agama untuk mendidik anak2 dan juga ilmu ‘soft skill’ dan psikologi yang sangat banyak membantu dalam mengawal dan mendisiplinkan anak2.

Β Satu topik yang saya hendak tulis hari ini berkenaan denganΒ anak mengamuk! Saya rasa semua ibubapa yang membesarkan anak2 pernah mengalami keadaan ini. Secara jujur, bila anak mengamuk, suasana itu bukanlah menyeronokkan. Dan sekiranya kita kurang sabar dan tidak memahami situasi sebenar, kita sendiri boleh mengamuk dan dikhuatiri boleh menyakiti anak2 kita sendiri, samada secara fizikal atau emosi (dengan kata2 kita yang dikeluarkan dalam keadaan yang marah).

Β Semalam, saya baru sahaja menghadapi suasana anak mengamuk πŸ™‚ Di depan ramai orang.

Ini Aleeyah, berumur 5 tahun. Semalam Aleeyah mengamuk di sekolah sebab saya ambil dia awal dari sekolah πŸ™‚ Dia mahu teruskan belajar. Kelakar pon ada sebab selalunya budak tidak mahu ke sekolah, tapi Aleeyah menangis sebab tak nak balik!

Sedikit cerita di sebalik ‘drama’

Sebenarnya semalam adalah hari terakhir Aleeyah di sekolah, sebelum bercuti musim sejuk selama lebih kurang 2 minggu. Semalam juga, mereka ada ‘party’ di sekolah bertemakan ‘pyjama party’, di mana semua pelajar dan guru2 diΒ Foundation Stage 2Β pakai baju tido ke sekolah! (what a fun party!)Β Setiap pelajar pula disarankan bawa satuΒ teddy bear/soft toyΒ sempena party tersebut. Aleeyah pilih nak bawa rabbit ni πŸ™‚

Sebenarnya Aleeyah juga telah lama bercuti kerana kami pulang selama 2 minggu di Malaysia. Apabila sampai di sini, Aleeyah pula kena ‘asthma attack‘. Dr telah menasihatkan Aleeyah untuk tidak ke sekolah, kerana dia perlukan ‘nebulization‘ setiap 6 jam.

Aleeyah sangat suka ke sekolah (saya sgt tertarik untuk belajar apa yang dibuat di sekolahnya sehinggakan Aleeyah sangat suka hendak ke sekolah), dan dia menangis apabila Dr beritahu dia perlu berehat di rumah selama seminggu.

Saya kasihan kerana dia mahu ke sekolah, dan mahu bermain dengan kawan2 nya, dan mahu sertai ‘party’ bersama kawan2, maka saya bawa Aleeyah ke sekolah pada hari terakhir tersebut. Tetapi saya beritahu gurunya bahawa saya akan jemput dia lebih awal, iaitu pada pukul 10.30 pagi berbanding waktu pulang sebenar pukul 12.50 tengahari. Pagi tersebut Aleeyah sangat bersemangat ke sekolah dengan baju tidurnya! πŸ™‚

‘Drama’ pun bermula

Β Seperti yang telah dijanjikan dengan cikgu Aleeyah, saya jemput Aleeyah pada pukul 10.30 pagi. Pada mulanya dia OK sahaja dan gembira tunjukkan barang2 yang dia dapat dari kawan2. Kemudian saya mulakan perbualan (hijauΒ saya,Β merahΒ Aleeyah):

“How was your party Aleeyah? Did you enjoy it?”Β 

Tiba-tiba Aleeyah mula buat muka sedih dan cakap dengan nada perlahan..

“Kenapa mama ambil Aleeyah awal? Aleeyah tak sempat pon nak main dengan rabbit…”Β dan dia mula menangis.

Pulak dah (dalam hati).Β “Tadi mama nampak Aleeyah main je.”

“Tak Aleeyah tak main! I can’t play with the rabbit!”Β dan dia mula duduk atas lantai dan menangis..

Aduhai….Kemudian, Aleeyah menangis semakin kuat di kawasan ‘reception‘ sekolah, sambil terduduk2 mengamuk. Saya terus terangkan pada dia yang dia perlukan ‘nebulization‘ pada pukul 12.00 tengahari dan saya risaukan keadaan dia. Dia tidak menghiraukan penjelasan saya walau sedikit pon dan dia katakan bahawa sepatutnya selepas ini mereka akan ada ‘picnic‘ bersamaΒ teddy bear. Tetapi disebabkan saya ambil dia terlalu awal, dia tidak dapat nak bermain bersama kawan2. Aleeyah sangat salahkan saya dan terus menangis dengan kuat!

Alhamdulillah, pada ketika itu saya tenang. Dan saya ingat pesanan sebuah buku (tak ingat nama buku), lebih kurang begini:

“Don’t assume or treat our children as young adults. Because they are not! The way they think is not like how we think. They are children”

Dan saya pernah membaca buku ini (tetapi saya belum habis baca lagi), yang mana banyak juga membantu untuk saya kawal anak2 tanpa perlu tengking atau herik mereka untuk mengikut apa yang saya cakap.

Antara isi kandungan buku ini yang saya sgt ingat:

KitaΒ tidak boleh mengabaikan perasaan anak2Β kita (kebanyakan ibubapa suka menganggap kanak2 boleh menerima penerangan logik, sepertimana yang orang dewasa fikirkan). Ini adalah tindakan yang sering ibubapa ambil (termasuk saya sebelum ini, dan masih juga buat! Sedang berusaha mengubah diri :))

Dan ini selalunya menyebabkan anak2 kita menangis dengan lebih kuat, dan kita juga jadi ‘hilang akal’ dan menjadi marah! Pada pandangan kita hal tersebut sangat remeh dan tidak perlu hendak menangis atau bersedih tentang perkara itu. Dan kita juga suka memberi cadangan dan saranan untuk memperbetulkan keadaan yang pada pendapat kita anak2 boleh terima dalam keadaan tersebut dan membuatkan mereka senyap! πŸ™‚

Inilah kesilapan yang saya lakukan apabila saya terangkan pada Aleeyah kenapa saya perlu ambil dia lebih awal dan memang nampak ketara dia tidak terima langsung apa yang saya terangkan. Saya hanya membuatkan keadaan lebih teruk kerana dia menangis semakin kuat!

Maka, apa yang saya lakukan ialah – saya biarkan sekejap dia luahkan isi hati dia, apa yang menyebabkan dia marah. Kemudian saya cuma cakap,

“Oh, Aleeyah sedih ye..”

Dalam buku tersebut, saya terngiang2 yang dinasihatkan begini untuk ‘mengakui’ perasaan anak:

Tapi saya takde lah ikut bulat2 seperti ini. Pada keadaan itu, saya kena ada cara yang pantas dan berkesan untuk menghentikan tangisan yang menggangu orang sekeliling, dalam masa yang sama saya tidak mahu mendera ’emosi’ Aleeyah dengan kata2 yang tidak baik (saya sedaya upaya mendidik diri supaya cakap yang baik sahaja dan dengan cara yang baik tetapi tegas pada waktu2 tertentu, semoga saya konsisten). Saya juga tidak mahu seret sahaja Aleeyah yang mana saya tahu dia akan teruskan tangisan tersebut sehingga ke kereta dan sepanjang perjalanan. Oh no! Tidak sanggup!

Maka ini yang saya buat:

  • Saya akui perasaan dia. Saya faham dia sangat sedih. Memang sangat sedih apabila kita tidak dapat buat apa yang kita inginkan.
  • Saya beri dia pilihan (dengan tegas). Maksudnya saya berikan pilihan untuk dia pilih dan saya katakan saya akan ikut pilihan dia. Sekiranya saya biarkan, saya tahu Aleeyah tidak akan berhenti menangis. Maka, sebagai ibu, adakala kita perlu bertegas dalam keadaan yang berhemah supaya anak2 boleh dikawal.

Sila Pilih Anakku..

Alhamdulillah, semalam Allah beri peluang saya berada dalam keadaan tenang, dan dapat berfikir dengan jelas. Dan masih lagi boleh ambil gambar Aleeyah πŸ™‚

Kemudian dengan nada yang tenang tetapi tegas saya katakan pada Aleeyah.

OK. You have 2 choices. You can choose which one you want. First, you can follow mama and we go back now. Or, you can always go back to your class and join your friends. It’s OK. But I have to tell you that I won’t be here any more. Β I am going to pick up Azeem. You will have to take the bus. You choose.

Aleeyah berhenti (tapi masih belum bergerak). Saya ulang semula pilihan-pilihan yang dia ada. Kemudian kerana saya mahu segera, saya katakan ini dengan nada tenang dan tegas,

If you want to follow me, take your bag and we go. Or if you want to stay, I can send you back to your class.

Aleeyah mula tarik beg dan ikut tanpa sepatah perkataan!! Yeeaaaayyy!!! Heheheheh..Saya senyum lebar (tapi kena cover).

Saya teringat dulu semasa saya bekerja dengan mat saleh, ada seorang bos yang pandai bermain dengan psikologi, yang boleh membuatkan kita melakukan arahannya, tanpa rasa terpaksa. Dan dia memang beri kebebasan untuk saya lakukan kerja saya mengikut apa yang saya fikirkan terbaik, asalkan objektif sebenar tercapai.

Saya suka dengan cara bekas bos saya itu, dan saya cuba untuk berikan kebebasan yang sama kepada anak2 untuk berfikir, tapi dalam masa yang sama mereka kena tahu ‘limit‘. May Allah guide me..

Dan dalam masa beberapa minit sahaja Aleeyah senyum kembali! πŸ™‚ Tengok ni, elok je dia senyum dalam kereta! πŸ™‚

Aleeyah ceria semula seperti biasa! Sebelum jemput adiknya, Azeem, kami singgah di sebuah kedai, dan Aleeyah dengan gembira ambil gambar! πŸ™‚ Dia tak ingat langsung pasal rabbit tu sampai lah sekarang!

Keep Learning Aisyah!

Ya, memang untuk menjadi ibu, saya perlu sentiasa menimba ilmu. Saya tidak boleh ikut sahaja cara apa yang saya lihat dari turun temurun budaya Melayu. Saya seorang surirumah sekarang, dan saya percaya sebagai surirumah, saya perlu berilmu. Saya perlu belajar lebih banyak untuk mendidik anak2 saya. Kerana inilah tanggungjawab saya yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

Beberapa kali dah saya cuba cara2 yang disarankan dalam buku tersebut, untuk mengawal dan mendisiplinkan anak2 tanpa perlu memukul, menjerit, atau memaki mereka. Dan memang berkesan, iaitu di mana anak2 dapat ditenangkan semula atau dapat menurut kata kita dengan rela.

Saya suka buku tersebut kerana cara penerangan yang praktikal dan ‘straight forward‘. Saya bukanlah seorang ahli psikologi yang akan menghafal semua teori. Tetapi saya seorang ibu yang hendak memahami anak2 saya, maka buku yang praktikal dan ringkas seperti itu sangat membantu.

SubhanAllah, sangat banyak lagi yang perlu saya pelajari. Saya bukanlah ibu yang ‘perfect’. Semoga Allah tunjukkan saya cara untuk mendidik anak2 dan berikan saya kesabaran dan ketenangan….

Dan semoga kita semua menjadi ibubapa berilmu πŸ™‚ dan dapat mendidik anak2 kita dengan gembira! πŸ™‚