Assalamualaikum Mothers!
Alhamdulillah, dalam post sebelum ini saya telah dapat berkongsi tentang cara2 yang saya buat di rumah untuk menimbulkan minat anak2 membaca. Semoga beri manfaat ๐ InsyaAllah saya kongsikan lebih banyak tentang belajar membaca di rumah dengan anak2. Semoga usaha kita diberkati Allah, dan memberi manfaat kepada anak2 kita di masa hadapan.
Gambar dari internet
Dan sekali lagi saya ingin ‘highlight‘ bahawa saya bukanlah ibu sempurna dan saya juga mengalami kekangan masa seperti mana ibu2 lain. Anak2 saya juga bukanlah kategori boleh membaca dalam usia bayi atau yang sangat awal mengatasi kanak2 lain. Dan saya sekarang sudah ‘delete’ kemahuan sebegitu. Apa yang saya mahu lakukan cuma berikan yang terbaik mengikut kemampuan saya, dalam suasana yang menyeronokkan. Saya tidak mahu mendidik dalam keadaan tertekan dan mahu ‘dipandang tinggi’ oleh orang, yang pastinya tempias tekanan itu akan kena pada anak2. SubhanAllah, semoga Allah tunjukkan saya jalan yang benar dan buat segala-galanya dengan ikhlas dan keranaNya.
Anak Tidak Mahu Membaca??
Gambar dari internet
Saya pernah dengar statement sebegini,
“Anak saya tak mahu baca buku yang cikgu suruh baca. Saya kena paksa!”
atau
“Anak saya tak nak pegang buku langsung di rumah! Asyik nak main je kejenya.”
atau
“Aduhai, setiap kali membaca, rasa menyirap darah. Kenapa lah susah sangat anak aku ni nak membaca?”
atau
Anak diam dan keras membatu setiap kali diajak membaca.
Hmmm..sebenarnya saya pernah melalui satu situasi dengan Aleeyah semasa dia berumur antara 3-1/2 tahun hingga lebih kurang 4-1/2 tahun. Saya belikan Aleeyah buku-buku siri belajar membaca, iaitu:
- Peter and Jane
- Bob Books (phonics)
Peter and Jane series (top) dan Bob Books (bottom)
InsyaAllah di post akan datang saya akan kongsi mengenai jenis2 buku, dan sedikit perkongsian tentang kesesuaian mengikut objektif dan peringkat umur. Semoga Allah izin ๐
Berikut adalah pemerhatian saya (hahaha, rasa macam buat tesis la pulak :P):
- Aleeyah akan masam muka setiap kali saya ajak dia baca buku2 tersebut.
- Aleeyah perlu dipaksa sedikit untuk mula baca buku.
- Aleeyah lebih suka lihat gambar dari membaca perkataan.
- Tidak ada ‘spark’ dan kegembiraan setiap kali dia baca buku tersebut.
Reaksi di atas adalah amat berbeza apabila saya bacakan buku2 pilihannya sebelum tidur. Dan hasil pemerhatian yang sama saya perhatikan pada anak kedua saya, Azeem. Apa yang saya perhatikan:
- Aleeyah & Azeem sangat teruja. Kadang2 bila saya sangat penat dan tak dapat hendak bacakan buku, mereka akan menangis-nangis.ย
- Mereka sangat ‘rela’ dengan memilih sendiri buku-buku tersebut.
- Mereka semangat untuk membelek-belek buku, bermula dari muka depan buku hinggalah ke kulit buku terakhir!
- Mereka suka hendak buat kesimpulan tambahan terhadap cerita yang dibaca.
- Mereka sangat suka berinteraksi semasa sessi membaca dengan bertanya bermacam-macam soalan (kadang2 sampai mereka berdua bergaduh sebab pendapat tak sama! Aduhai!).
Kanak2 sekecil Aqeel pun teruja untuk baca buku, walaupun dia cuba baca buku saya! ๐
Jadi saya tertanya-tanya kenapa? Kenapa sangat beza reaksi anak2 terhadap pembacaan buku2 ini? Saya ada buat sedikit ‘kajian’ tak rasmi (hehehe) melalui pembacaan dan sedikit demi sedikit saya sudah faham mengapa.
Saya tidak dapat kongsikan semua ini dalam satu post, sebab ‘finding‘ yang agak panjang, merangkumi tentang kandungan buku, cara saya, usia Aleeyah, dan banyak lagi (hahaha, sekali lagi saya rasa macam tulis tesis!). Saya akan cuba jelaskan dalam pecahan2 tertentu ya, saya namakan:
Tips Membaca Dengan Gembira ๐
TIPS MEMBACA DENGAN GEMBIRA #1: Wujudkan 2 Sessi Pembacaan Bersama Anak2!
Saya cuba ringkaskan penjelasan dalam bentuk ‘mind map‘. Gambar agak kecil. Klik untuk besarkan gambar ya.
Berdasarkan pembacaan dan sedikit pengalaman, saya kenalpasti bahawa untuk pastikan anak2 gembira semasa membaca, langkah pertama yang saya perlu lakukan ialah adakan DUA SESI MEMBACA yang bersama anak2.
- Leisure Reading
- Learn to Read
Sesi kedua, iaitu Learn to Read TIDAK BOLEH DISATUKAN DALAM SESI LEISURE READING SEHINGGA ANAK BERSEDIA!
Apa maknanya? Meh saya terang sikit ye.
1. Leisure Readingย
Sesi membaca secara santai bersama anak2. Tujuan utama ialah untuk menimbulkan minat. SubhanAllah, inilah tujuan utama membaca! Sesi sebegini boleh dimulakan dengan anak2 sejak anak berusia 1 hari! Banyak pakar yang memang tekankan betapa pentingnya sesi ini bersama anak2, dan diteruskan sehingga ke peringkat sekolah rendah.
Sebenarnya anak2 belajar sangat banyak dari sesi ini. Antaranya:
- Meningkatkan ‘vocabulary‘.
- Belajar sifat-sifat terpuji (sekiranya buku2 agama atau buku ย sifat2 terpuji dibacakan).
- Merangsang imaginasi apabila mereka mula berinteraksi.
- Menggalakkan mereka berfikir, apabila buku yang dibaca mempunyai unsur-unsur soalan.
- Mendapat pengetahuan bahawa yang dibaca adalah huruf, bukan gambar (ya, nampak seperti penjelasan yang sangat tak terfikir dek akal orang dewasa, tetapi begitulah cara bayi dan kanak2 berfikir. Mereka tidak tahu pada awalnya perkataan yang perlu dibaca).
- Mendapat tahu bahawa membaca perlu dari kiri ke kanan, dan dari atas ke bawah. Ini melatih mata mereka bergerak.
- Belajar perkara2 tambahan seperti warna, bentuk, huruf, apa sahaja mengikut jenis buku yang dibaca.
Dan sangat banyak lagi faedahnya! Tetapi yang saya paling suka ialah merapatkan hubungan antara ibubapa dan anak2! Suatu perkara dan masa yang tidak akan kembali!
Sesi ini perlu sangat santai, mengikut apa yang anak suka, termasuk gigit buku! ๐ (Tapi kena pengawasan yang rapat)
Bilakah Masa yang Sesuai?
Bilakah masa yang sesuai untuk kita membaca secara ‘leisure‘ dengan anak-anak? Pada pendapat saya – bila2 masa! Dengan syarat, ibubapa dan anak2 dalam keadaan yang tenang dan gembira. Masa yang saya paling suka ialah waktu sebelum tidur.
Sekiranya saya dalam keadaan yang sangat penat apabila tiba waktu tidur, dan anak2 hendak juga baca buku, saya akan katakan,
“OK, we read 2 pages, then we will continue tomorrow ya.” ๐
Anak2 saya juga akan beritahu saya apabila mereka penat dan tidak mahu baca buku sebelum tidur. Dan saya tidak paksa.
Dan sudah pasti, bila-bila masa mereka hendak baca, mereka boleh baca. Adakalanya di waktu siang, saya ada komitmen yang lain seperti memasak, maka saya akan suruh mereka baca sendiri dulu (Aleeyah boleh baca sendiri beberapa jenis buku, Azeem boleh pretend to read), kemudian saya sertai mereka. Tetapi saya nampak selalunya mereka lebih suka saya ada bersama mereka, maka, mereka ‘tukar’ aktiviti sementara tunggu saya ๐
Buku Apa Yang Sesuai?
Ada pelbagai jenis buku yang sesuai untuk ‘leisure reading‘. Secara kasar, sekiranya anak2 masih diperingkat perlu dibacakan, saya lebih suka memilih buku yang mempunyai perkataan yang ringkas dengan gambar yang menarik. Sebab? Mulut tak larat nak baca panjang2! Hehehe! Serius! Dan anak pun jadi bosan sekiranya panjang sangat ceritanya. InsyaAllah dalam post seterusnya saya kongsi lebih lanjut ya ๐
ย Salah satu contoh ialah buku ‘From Head to Toe‘ by Eric Carle. Anak2 saya sangat suka buku ini sebab mereka boleh cuba buat aksi yang sama semasa membaca buku ๐
2. Learn to Read!
Ha! Sebenarnya begini, saya perasan, agak ramai ibu bapa yang terlalu fokus kepada sesi ini. Iaitu sesi belajar membaca. Sebab saya faham, ibu bapa risau tentang pencapaian anak2 di sekolah.
Dan ramai juga yang tidak nampak kepentingan Leisure Reading, yang sebenarnya adalah kunci kepada kebolehan membaca secara semulajadi. Hasil atau faedah dari Leisure Reading memang memakan masa bertahun2 untuk dilihat, maka, saya sebagai ibu perlu ikhlas dan lakukan semata-mata untuk kebaikan anak2 tanpa harap nampak kesannya dalam masa terdekat.
Sesi Learn to Read ini sebenarnya memerlukan kesabaran yang tinggi, dan sebaiknya ibubapa faham tentang perkembangan kanak-kanak. Mengapa saya kata begini? Kerana, kebanyakan orang dewasa ingat kanak2 mempunyai kebolehan berfikir seperti orang dewasa dan rasa sangat geram kalau anak tak faham-faham lepas ajar banyak kali!
Kenapa Anak Tak Faham-Faham?
Saya beri satu contoh ye. Contohnya, saya mengajar Aleeyah untuk eja ‘cat‘. Dulu apabila saya suruh dia bunyikan huruf tersebut secara fonik, dia memang boleh bunyikan setiap huruf. Tetapi apabila saya suruh cantumkan, dia cuma pandang saya!!
Tapi kini, bila saya suruh dia bunyikan dan sambungkan, dia boleh:
‘keh’ (bunyi c), ‘eh’ (bunyi a), ‘teh’ (bunyi t) dan sebut ‘cat‘!
Dan apabila saya beri perkataan lain dia boleh baca perkataan tersebut dengan mengeja secara fonik.
*minta maaf, agak sukar untuk saya eja bunyi huruf, cara bunyi sebenar boleh dirujuk di internet ๐
So, kenapa?
Secara ringkasnya begini. Kebolehan membaca adalah skil yang diperolehi apabila sel-sel otak tertentu telah bercantum. Sel-sel otak kanak2 masih dalam keadaan aktif bercantum pada awal2 tahun kehidupan, dan selagi cantuman tertentu belum terbina, maka tidak sampai informasi tertentu di otak mereka. Jadi, apa yang kita boleh buat ialah teruskan merangsang percantuman sel2 otak, dan sabar ๐
Setiap kanak2 itu dijadikan Allah bijak! Sekiranya dia tidak dapat baca, saya suka fikir bahawa bahan bacaan itu belum sampai dek fikirannya. Maka, saya akan terus bacakan untuknya, atau buat sesuatu yang berbeza, sampai satu hari dia akan dapat.
Bilakah Masa yang Sesuai?
Oleh kerana sesi ini perlukan fokus dan anak2 berfikir, saya selalu lakukan sesi ini bila Aleeyah dalam keadaan tenang dan gembira. Secara jujur, saya tidak melakukan sesi ini sekerap Leisure Reading (hampir setiap hari).
Di hari2 persekolahan, saya cuma akan mulakan sesi sekiranya Aleeyah minta atau dia sudah berehat. Sekolahnya jauh, jadi saya faham dia penat. Jadi, boleh saya simpulkan bahawa sesi ini cuma saya lakukan dalam seminggu sekali atau paling kerap mungkin dalam 3 hari sekali. Bagi ibu2 lain, terpulang mengikut keperluan dan kemampuan anak, tetapi yang penting adalah konsisten. Elakkan dari biar sahaja sehingga satu masa yang suntuk, kemudian tekan habis-habisan ๐ Saya percaya tidak semua ibu2 sebegini ๐
Pada pendapat peribadi saya, sekiranya seorang ibu atau bapa rasa dia tidak dapat bersabar untuk melakukan sesi ini dengan anak2, saya rasa adalah terbaik untuk serahkan urusan ini kepada sekolah, atau individu yang boleh mendidik dengan cara yang betul. Tetapi saya tetap yakin, setiap manusia diberi kebolehan untuk bersabar. InsyaAllah!
Buku2 Apa yang Digunakan?
Ada sangat banyak buku2 dalam siri belajar membaca yang terdapat di pasaran. Sebagai ibubapa, kita perlu mempunyai sedikit ilmu untuk memilih jenis yang bersesuaian. InsyaAllah, topik ini akan dikongsi di masa hadapan, berdasarkan sedikit pengetahuan saya.
Secara ringkas terdapat 3 jenis ketegori buku di pasaran:
- Menggunakan kaedah phonics.
- Menggunakan banyak ‘Sight Words’ atau ‘High Frequency Words’ untuk dihafal oleh kanak-kanak.
- Menggunakan konsep ‘repetition‘ untuk membolehkan anak membaca.
Contoh buku di pasaran yang menggunakan konsep ‘repetition’, yang mana perkataan yang sama diulang-ulang, tetapi jalan cerita masih menarik! Cerita yang ‘legend‘ untuk konsep ini ialah ‘The Little Red Hen’.
Maka, yang mana perlu dibaca oleh anak2? Kalau tanya saya, SEMUA! Setiap satu ada fungsi masing-masing. Pada pendapat peribadi saya, saya tidak setuju dengan pembelajaran menggunakan satu konsep, contohnya cuma gunakan kaedah phonics semata-mata, kerana konsep membaca itu luas. Dan saya juga tidak setuju dengan fahaman kanak-kanak perlu fokus satu jenis buku sahaja supaya dia tidak keliru. SubhanAllah! Membaca adalah skil. Semakin banyak dibaca, semakin meningkatlah skil itu! InsyAllah! Itu pendapat saya. Terpulang kepada individu, mengikut pengalaman dan pengetahuan masing2.
Maka Kenapa TIDAK BOLEH CAMPUR SESI LEARN TO READ DALAM LEISURE READING?
Seperti yang telah diterangkan di atas, sesi Leisure Reading adalah untuk menimbulkan minat. Ibu bapa tidak perlu mengharapkan apa2, cuma baca dan berseronok bersama anak2. Sekiranya anak2 sudah mula membaca, tidak salah berikan dia peluang untuk baca perkataan2 yang dia sudah hafal. Tetapi selalu ‘selamatkan keadaan’ apabila dia tidak dapat membaca dengan terus bacakan cerita tersebut kepada anak. Saya elak dari memarahi anak2 sekiranya mereka tidak dapat membaca perkataan yang senang. Dan saya juga tak kisah sekiranya mereka mahu mulakan cerita dari belakang. Suka hatilah anak2ku, asal bahagia ๐
Dan seperti yang telah saya sebutkan juga, sesi Learn to Read ialah sesi di mana kita mahu anak belajar membaca perlahan-lahan. Berdasarkan pemerhatian, saya dapati memang ramai yang geram dan jadi marah apabila anak tidak dapat membaca seperti yang diharapkan. Maka bermulalah sesi yang menekan kedua-dua belah pihak – si ibu dan si anak.
Maka, tidak ‘leisure’ lah sesi pembacaan tersebut. Dan hilanglah kemanisan dan faedah yang boleh diperolehi. Inilah yang saya hendak elakkan. Dan yang paling saya tidak mahu ialah, saya mempunyai satu fikiran di mana, “Aduhai, kenapa lah anak aku ni?” dan berhenti membaca secara ‘leisure‘ dengan anak2, tetapi teruskan cara memaksa dan memarahi. Semoga Allah beri petunjuk kepada saya dan semua ibu2 ๐
Mula Membaca Dengan Gembira
Sejak saya asingkan kedua-dua sesi ini, Alhamdulillah, sesi membaca kami lebih bermanfaat. Dan dalam masa yang sama, subhanAllah, saya nampak Aleeyah boleh meningkatkan skil pembacaan kerana dia minat. Dan sekarang dia sendiri yang boleh memilih buku Peter and Jane untuk Leisure Reading! Dan dia baca sendiri. Yang lebih menarik, walaupun buku itu agak membosankan (hehehe, sebab perkataan diulang banyak kali, untuk kanak2 menghafal perkataan-perkataan tertentu), dia boleh menjadikannya cerita menarik dengan bercerita sendiri cerita yang dia suka berdasarkan gambar buku tersebut ๐
Yaaa, semoga ‘point‘ pertama ini memberi manfaat kepada semua. Sesungguhnya segala yang baik itu dari Allah, dan segala kelemahan itu adalah dr saya ๐ May Allah reward you with happiness with your lovely children!