A Mom's Journey

Enjoying life as a mom

TMDG #2: Langkah Demi Langkah Membaca ‘Bedtime Story’ Bersama Anak

3 Comments

Assalamualaikum Mothers,

SubhanAllah, Alhamdulillah. With Allah’s will, this is the 5th post posted on the blog. May Allah give me the consistency to write. May this small contribution benefits moms who are in need. πŸ™‚

*TMDG bermaksud Tips Membaca Dengan Gembira πŸ™‚

Pagi ini, sambil saya lipat kain, saya dengar CD ceramah Mufti Ismail Menk. SubhanAllah, salah satu butir yang menyebabkan saya tersentuh ialah apabila beliau katakan bahawa membesar dan menjaga anak-anak dengan baik adalah satu jihad dan pengorbanan! SubhnaAllah, semoga Allah berikan saya dan anda semua kefahaman untuk membesarkan anak2 dengan penuh ikhlas, ke jalan Allah. InsyaAllah..

It’s Story Time, Sweeties!

Aqeel Baca2

Post kali ini saya ingin kongsikan Langkah Demi Langkah yang saya ambil setiap kali saya bacakan Bed Time Stories kepada anak2 saya – Aleeyah, Azeem dan Aqeel. Pada awalnya memang agak susah untuk ‘commit‘ tetapi, InsyaAllah apabila diteruskan akan menjadi satu rutin – anak2 pasti akan ambil buku sebelum tidur!

Sebelum ini, semasa anak2 masih kecil (di bawah umur 2-1/2 tahun), saya tidak sangka mereka faham apa yang saya ceritakan, kerana kadang2 pada sesi tertentu, mereka hanya diam tanpa respon. Kemudian selepas beberapa bulan, apabila salah seorang pilih buku yang sama, mereka boleh ceritakan kembali kepada saya! SubhanAllah, betapa Allah jadikan anak2 ini bijak sejak awal!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu2 yang lain. Saya percaya sangat ramai lagi ibu yang lebih kreatif dan dapat melakukan sesi ini dengan lebih berkesan dan menyeronokkan πŸ™‚ Langkah2 ini cuma sebagai sedikit perkongsian yang bukanlah sempurna ya.. Ibu2 boleh ubah mengikut kesesuaian umur anak masing2. Anak2 saya berumur antara 1 hingga 5 tahun, maka pengalaman saya cuma setakat umur 5 tahun πŸ™‚

Langkah Demi Langkah

1. Set Minda – Ini Bukan Sesi Belajar Membaca!

Perkara pertama yang saya lakukan ialah set minda saya! Saya mahu sesi ini berlangsung dengan gembira dan menyeronokkan. Saya tidak mahu sesi ini bertukar menjadi sesi ‘Belajar Membaca’ atau ‘Learn to Read‘ yang pernah saya tuliskan sebelum ini, yang mana boleh menimbulkan sedikit tekanan kepada kanak-kanak.

Selain itu, saya mahu memberi kebebasan untuk anak2 bersuara, berinteraksi dan menyuarakan pendapat. Saya tidak sangkal pendapat mereka sekiranya mereka kata,

“Pokok warnanya pink.”

Dan saya tidak boleh terburu-buru untuk kata, “Silap tu..” sekiranya mereka namakan benda-benda silap. Saya biarkan sahaja, dan betulkan perlahan-lahan.

Boleh dikatakan di dalam sesi ini anak2 boleh berimaginasi (dan anak2 memang sepatutnya dibiarkan berimaginasi untuk meningkatkan daya fikir mereka), untuk mewujudkan jalan cerita sendiri sekiranya mereka mahu.

cerita sendiri

Aleeyah sedang buat cerita sendiri tentang apa yang dilihat πŸ™‚

Sekiranya mereka hendak mulakan cerita dari belakang, hatta dari tengah sekali pun, itu adalah hak mereka. Tetapi saya perhatikan ini berlaku untuk kanak2 berusia 0 tahun hingga 2-1/2 tahun. Selepas itu, anak2 memang sudah tahu mula dari depan, kecuali bagi buku ‘vocabulary‘ seperti ‘First Words’.

2. Tidak Harapkan Feedback

Saya tidak ‘demand’ feedback dari anak2. Maksudnya, ada masa2 tertentu anak2 sangat aktif berinteraksi, di mana kalau saya tak soal pon mereka nak jawab! Tetapi ada masa2 tertentu saya lihat mereka hanya mahu dengar dan berehat. Sekiranya saya ‘demand’ feedback, saya akan tertekan dan begitu juga anak-anak.

Dan apabila saya bertanya pendapat, dan pendapat mereka lain daripada saya atau jalan cerita, saya layankan sahaja dan bertanya lebih lanjut daripada ‘jalan cerita’ mereka (kecuali bagi kisah2 Nabi, atau cerita daripada Al-Quran, saya akan perbetulkan perlahan-lahan kerana itu adalah cerita daripada Allah yang tidak boleh mereka tukar). Yang saya perhatikan Azeem memang suka berfikir lain dari jalan cerita (semasa saya bacakan). Aleeyah selalu ikut jalan cerita. Ini kadang2 boleh buat mereka bergaduh..Hahaha πŸ˜‰

3. Pilih Buku Sendiri

Saya beri kebebasan untuk anak2 pilih sendiri buku apa yang hendak dibaca. Saya pernah terbaca satu tulisan mengatakan pentingnya untuk kita benarkan anak2 memilih buku kegemaran mereka, terutama dalam memilih buku untuk dibeli. Ini dapat menimbulkan minat dan semangat untuk membaca.

Buku2 saya letakkan di library. Dan saya pastikan anak2 boleh ambil sendiri buku tanpa pertolongan saya, maksudnya saya tidak letakkan buku di tempat yang tinggi. Ini kerana saya dapati, apabila ada masa terluang, kadang2 mereka akan ambil buku untuk dibaca, dan kadang2 mereka hendak main ‘cikgu-cikgu’ πŸ™‚

Sebenarnya, adalah ideal kalau library di rumah sebegini kerana senang untuk anak2 lihat tajuk buku.

library kelas aleeyah

Mini library di kelas (di sekolah) Aleeyah

Tetapi saya ada Mr Aqeel yang hobinya sekarang suka ‘mengemas’ πŸ™‚

mengemas

Maka saya letakkan dalam kotak2. Saya baru sahaja alihkan ‘library‘ mereka daripada ‘mini school’ supaya dekat dengan bilik tidur :).

storage

Salah satu kotak di ‘library’ πŸ™‚

4. Take turn!Β 

Apabila anak2 dah bawa buku pilihan masing-masing, saya boleh mulakan sesi. Oleh kerana saya ada 3 orang anak-anak maka saya perlu ajar mereka take turn. Yang mana saya bacakan buku pilihan seorang demi seorang. Tetapi sekiranya saya sedang bacakan buku untuk Aleeyah, Azeem dan Aqeel akan turut serta (walaupun Aqeel ikut suka hati dia :)) Begitulah seterusnya. Maka, setiap malam mereka baca 3 buah buku! Atau selalunya 2-1/2 buku kerana Aqeel selalu gigit je buku dia πŸ™‚

Lihat ni, Aqeel pun pilih buku jugak πŸ™‚

ready story time

5. Let’s Read Sweeties!

Saya berikan bagaimana saya baca ye. Salah satu buku yang anak2 saya sangat suka kerana ada melibatkan pergerakan fizikal ialah buku “From Head to Toe” oleh Eric Carle.

htt cover

Buku ini mempunyai:

  • Jalan cerita yang ringkas (ayat2 pendek).
  • Cerita yang boleh dijangka, sesuai untuk kanak2 di usia 5 tahun ke bawah atau ‘early readers‘ (rutin yang sama, atau di dalam English mereka panggil ‘predictive books‘).
  • Ilustrasi yang menarik.
  • Interaksi fizikal dengan kanak-kanak.
  • Dan beri kata2 semangat kepada kanak-kanak – I can do it!

Mulakan Dengan Bincang Muka Hadapan

Saya bincangkan muka hadapan dengan anak-anak. Saya tunjukkan perkataan From Head to Toe dan ditulis oleh Eric Carle. Kemudian saya tanya anak2 apa yang mereka nampak di muka hadapan. Dan sekarang oleh kerana mereka sudah biasa dengan buku ini, nampak sahaja muka hadapan mereka akan buat pelbagai aksi, seperti mana yang mereka pernah baca dalam buku ini πŸ˜‰

htt

Mula Baca Bersama Anak2

Saya bacakan setiap perkataan satu persatu, seperti mana yang ditulis. Bagi buku yang ringkas seperti ini, disarankan supaya kita tidak menukar perkataan2 tersebut, bagi kanak2 dapat faedah hasil tulisan penulis. Saya sentiasa tunjuk perkataan yang saya baca, supaya mereka tahu yang saya baca adalah perkataan, bukan gambar.

Sekiranya mereka bertanya semasa saya membaca, saya akan layan. Selalunya saya perhatikan, mereka akan tunggu sehingga saya habiskan ayat, baru mereka tanya. Kerana mereka pasti hendak tahu jalan cerita. Kan?

Untuk buku ini pula, saya memang berikan peluang untuk anak2 beraksi. Contoh:

htt in

I am a penguinΒ 

and I turn my head.

Can you do it?

Saya pusing kepala (untuk tunjuk contoh) dan mereka ikut. Sekarang mereka sendiri terus buat. Dan mereka kata “I can do it“!

Mereka memang sangat suka buku ini! Sesuai untuk kanak2 lelaki. Dan pada pendapat saya sesuai untuk menarik minat anak2 yang tidak begitu berminat membaca kerana mereka boleh bergerak2. Maka mereka akan nampak membaca ini sangat menyeronokkan!

Muka surat seterusnya:

I am a giraffe

and I bend my neck.

Can you do it?

I can do it!

Sangat sesuai untuk belajar perbuatan dalam bahasa Inggeris!

Tidak Perlu Mengikut Aturan

Kadang2, anak2 tidak mahu mengikut aturan muka surat. Tidak ada salahnya, kerana buku ini tiada jalan cerita yang ‘rigid‘.

Berinteraksi

Anak2 saya selalunya akan bertanya macam-macam, dan saya suka tanya mereka kembali. πŸ™‚ Apabila mereka tanya pendapat saya, saya akan tanya apa pendapat mereka, supaya mereka boleh keluarkan idea sendiri, tidak mengharapkan saya. Kecuali apabila mereka bertanya tentang suatu situasi yang tidak pernah mereka alami, maka saya akan berkongsi.

Selalunya saya akan beri kesimpulan tentang sesebuah cerita yang dibaca, supaya mereka mendapat lebih kefahaman. Kadang2 saya beri peluang untuk mereka beri kesimpulan sendiri.

Puji, Peluk dan Cium

Saya suka untuk puji usaha mereka setelah menghabiskan sesebuah buku. I normally simply say,

Alhamdulillah, we completed to read. SubhanAllah! You are a good boy, you are a good girl!”

dan cium serta peluk mereka.

Simpan Semula

Ini penting! Mereka mesti simpan semula buku sebelum naik ke atas katil. πŸ™‚

6. It’s Time to Sleep Honey!

Kemudian, mereka baca doa sebelum tidur, saya cium dan peluk sebelum tidur, dan tutup lampu πŸ™‚ Zzzzzz πŸ™‚

* Kecuali Aqeel yang selalu sambung main πŸ™‚

SubhanAllah, ini perkongsian saya untuk hari ini. Semoga dapat memberi manfaat. Segala yang lemah dari saya, dan segala yang baik adalah dari Allah SWT πŸ™‚ May Allah grant you with happiness πŸ™‚

Advertisement

3 thoughts on “TMDG #2: Langkah Demi Langkah Membaca ‘Bedtime Story’ Bersama Anak

  1. Assalamualaikum Aishah! What a thing to share! Best kan dpt baca sama-sama dgn those little kids? Time baca tu kalau tgk reaksi diorg mcm sgt tekun, mcm contemplate yg amat dgn story tu. We can tell from their still body and focused eyes. Sebelum ni saya main beli je buku, asal illustration best or cover cantik beli, but now quite selective sbb bila end of read aloud session tu nk kena prepare for Q&A session by them. So buku2 yg tak byk morale mcm buku2 Snow White (atau saya yg tak pandai kupas moral, hehe), tu agak diabaikan skrg. Now looking for more Islamic books. As for now byk purchased online coz kat mainstream bookstore agak mahal, hehe. Please share more good thoughts on motherhood okay.

    • SubhanAllah! Ya, memang betul. Semangat anak2 nak dgr cerita. Kdg2 sampai menangis kalau saya sempat baca 2 pages je. Hehehe.. πŸ™‚ May Allah grant us happiness to read everyday with our little ones πŸ™‚

  2. hi dear…remember me?we sharing same name..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s