A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


3 Comments

Helping Young Children to Read – The Four (4) Components

Assalamualaikum Again Mothers!

Aqeel Baca2

Hari ni rasa teruja nak share sikit pengalaman dan sedikit pengetahuan bagaimana saya perhatikan anak2 belajar membaca, dan bagaimana saya membantu mereka belajar. Sekali lagi, saya berharap dengan perkongsian ini, ibu2 lain tidak menyangka bahawa anak2 saya sangat pandai, atau lebih bagus dari anak2 lain. SubhanAllah, anak2 saya cuma kanak2 biasa yang sepertimana kanak2 lain, mereka mempunyai kelebihan dan kelemahan masing2.

every child is special

Tujuan saya menulis sekadar untuk berkongsi pengalaman, yang mana saya fikir perkongsian ini mungkin dapat memberi idea kepada ibu2 yang lain bagi membantu anak masing2 untuk belajar membaca secara semulajadi, dalam keadaan di mana anak2 kita gembira. Itu sahaja.

Minta maaf, saya tidak dapat menjanjikan anak2 ibu2 yang lain dapat membaca dalam masa 3 bulan, atau dalam masa setahun anak2 sudah boleh menulis karangan! SubhanAllah, secara jujur, saya tidak berapa setuju dengan tekanan sebegitu kepada anak2, kerana pada saya mereka masih kanak2 dan ‘there is nothing to rush for‘. Saya cuma mahu mereka belajar sambil ‘menikmati’ zaman kanak2 mereka dan menjadikan mereka sebagai insan berdikari dan mempunyai semangat untuk belajar dengan sendiri, bukan perlu ‘diketuk’ sentiasa. SubhanAllah, semoga Allah berikan pertolonganNya.

Empat (4) Komponen Untuk Kanak2 Belajar Membaca

Sebelum ini, saya sering dengar dan saya sendiri ada juga berdebat tentang kaedah mana yang lebih baik – guna Peter and Jane ke? atau guna Phonics? atau belajar Sight Words?

question-mark

Maka, saya cuba je semua! πŸ™‚

Selepas ‘implementation‘ , saya dapati setiap kaedah mempunyai faedah/kebaikan dan kelemahan masing2. Jadi, saya lihat memang sebaiknya kaedah2 ini digunakan bersama untuk beri kefahaman yang lebih kepada anak2 kita, tanpa rasa tertekan atau terbeban.

OK, selepas ini, saya akan panggil komponen ye. Saya suka panggil komponen, kerana bagi saya setiap komponen saling melengkapi. Ada yang panggil kaedah/teknik. Terpulang lah kepada masing2 apa nak panggil ye. πŸ™‚

Dan SubhnaAllah, apabila Aleeyah masuk sekolah di sini (iaitu mereka menggunakan sistem pendidikan British), memang mereka gabungkan kaedah2 ini, dengan menggunakan buku2 dan teknik berlainan. πŸ™‚ Praise to Allah to allow me to learn more. Alhamdulillah!

OK, saya suka nak gambarkan komponen2 bagi membantu anak2 saya membaca seperti proses nak lukis ‘smiley face‘. πŸ™‚ Kalau tiada satu, seperti contoh mata, kurang comellah smiley face itu πŸ™‚

1. Lukis muka (asas)

2. Lukis mata2 yang menawan

3. Lukis hidung

4. Lukis mulut dengan senyuman yang menawan πŸ˜‰

Image

Di post kali ini saya cuma beri ‘snapshot’ dan penerangan ringkas tentang setiap komponen. InsyaAllah keterangan lanjut bagi setiap komponen akan dikongsi di post2 berlainan (semoga Allah permudahkan). Berikut adalah komponen2 yang dapat membantu anak2 belajar membaca:

1. Pra Membaca (Asas) – the face.

smiley face_face

Secara ringkasnya, ini adalah asas kepada permulaan untuk belajar membaca. Ia lebih kepada menimbulkan minat dan membiasakan diri dengan ‘printed words‘ dan beri kanak2 idea: buku ini untuk apa? πŸ™‚

Otak anak2 kita masih aktif bercantum pada awal usia, terutama 5 tahun pertama. Secara ringkasnya, cara otak mereka belajar membaca juga rupanya berlaku secara ‘step by step‘. Contohnya:

tvhc

Jika kita lihat buku di atas, kita sebagai orang dewasa, akan terus lihat perkataan di sebelah kanan, untuk baca tajuk. Kanak2 pada awal usia tidak tahu sebenarnya perkataan itu yang perlu dibaca, dan memberi makna tertentu. Mereka akan tengok gambar sahaja dan abaikan perkataan kerana pada mereka yang membawa makna ialah gambar tersebut.

Selain daripada itu, kanak2 pada awal usia memang tak tahu buku English/Bahasa Melayu dibaca dari kiri ke kanan. Maka, kita perlu tunjukkan supaya mereka faham.

Dan banyak lagi asas yang sebenarnya perlu dipelajari oleh anak2 kita, supaya mereka dapat memulakan proses belajar membaca dengan lancar.

Jangan risau ye. Sebenarnya semua asas ini dapat kita bina secara tak langsung apabila kita membaca secara santai, atau orang suka panggil bedtime stories dengan anak2 setiap hari, sejak bayi. πŸ™‚

minat baca

Tahap ini bermula dari usia bayi hingga ke lebih kurang 3 atau 4 tahun (mengikut kebolehan anak2). Apabila asas ini diperolehi di rumah, maka insyaAllah anak2 kita dah bersedia untuk serap apa yang akan diajar di sekolah. Kajian menunjukkan bahawa kanak2 yang biasa membaca bersama ibu bapa atau penjaga di rumah akan lebih senang dan lancar untuk memulakan proses belajar membaca secara rasmi di sekolah. Wallahualam.

Kids read

Lebih senang nak timbulkan minat membaca dan bina asas untuk anak2 kedua dan ketiga, kerana mereka selalu melihat kakak mereka.

InsyaAllah saya akan kongsikan di post yang lain, apakah asas2 untuk membaca ya. πŸ™‚

2. Teknik Pembacaan Berulang2Β (repetitive words) – the eyes.

eyes

Kaedah ini menggunakan konsep menghafal perkataan. Anak2 kita memang sangat hebat menghafal! Saya rasa ibu2 mungkin perasan anak2 kita tahu Mc Donald, KFC, Kidzania, Ben 10 dan sebagainya. Ya! mereka memang boleh hafal walaupun mereka tidak tahu abc. Mengapa? Kerana mereka nampak perkataan2 ini sebagai ‘gambar’. Mereka juga berada di dalam tahapΒ right brainer, iaitu pada usia lebih kurang 3 tahun ke bawah, kajian mengatakan bahawa otak kanan banyak berhubung dahulu.

kidzania logo

Salah satu ciri atau kebolehan yang boleh dilakukan oleh otak kanan ialah kebolehan ‘menangkap’ atau merakam objek secara pantas dan tersimpan di dalam otak selama2nya! Itu datangnya teknik Glenn Doman yang mana anak2 seawal bayi di ‘flash‘ dengan perkataan2 secara laju, dan telah terbukti mereka boleh hafal perkataan2 tersebut.

glenn doman

Dan sebab itu juga lah mengapa kita lihat anak2 kita boleh hafal perkara2 yang mereka lihat dalam iklan di televisyen (Mc Donald, KFC dan sebagainya) kerana iklan2 ini berlaku dengan pantas dan dalam keadaan yang menarik. Ya, di sini jugalah timbulnya bahaya sekiranya kita benarkan anak2 menonton tv berjam2 kerana mereka ‘install‘ segala apa yang dilihat dan ‘melekat’ di dalam otak mereka selama2nya! SubhanAllah!

Bezanya teknik Glenn Doman ialah ia menggunakan teknik ‘flash‘ dengan pantas. Tetapi apa yang hendak saya bincangkan di sini ialah sekadar menggunakan buku yang menggunakan teknik mengulang2 perkataan yang sama, dan meningkatkan jumlah perkataan sedikit demi sedikit, maka kanak2 boleh menghafalnya.

Berdasarkan pengalaman saya dengan Aleeyah dan Azeem, saya nampak mereka cuma bersedia untuk mulakan buku seperti ini apabila mereka sudah ada kemampuan untuk membezakan satu objek dengan objek yang lain. Contohnya, seperti di dalam gambar di bawah, mereka sudah ada kebolehan untuk cari objek yang sama di dalam gambar, seperti yang saya suruh mereka cari.

find

Buku yang agak popular di Malaysia untuk teknik ini ialah ‘Peter and Jane’. Contohnya, mereka nampak

Peter sebagai ‘Peter’

tidak perlu tahu ia terdiri dari sambungan huruf2 P, e, t, e, dan r.

Dan anak2 akan terdiam sebentar apabila kita tulis peter (p huruf kecil) kerana dia nampak perkataan itu sekarang adalah lain daripada sebelumnya, Peter.

Yang mereka lihat Peter adalah TIDAK SAMA dengan peter.

Tetapi, selepas mereka kenal huruf, mereka akan sedar bahawa Peter=peter. πŸ™‚ Ya, memang satu demi satu dan sekiranya kita faham, insyaAllah kita tidak akan marah dengan anak setiap kali kita bantu mereka untuk membaca.

Boleh lihat contoh di bawah ye. Perkataan yang sama diulang2 dan perkataan2 yang baru ditambah sedikit demi sedikit. Ini adalah antara buku yang awal iaitu Β 1b:

pj1pj2pj3

Dulu saya dengar teknik ini tidak bagus kerana anak2 cuma hafal apa yang dibaca dari buku2 tersebut, tetapi tidak dapat membaca perkataan yang lain. Maka ada yang tidak mahu menggunakan teknik ini. Tetapi saya tetap cuba. Hehehe, nak tengok betul ke tidak.

Inilah hasil ‘kajian’ saya. πŸ˜›

Kebaikan

Kaedah ini membantu Aleeyah belajar untuk menghafal perkataan, dan ingat atau ‘store‘ dalam otak. Saya beri contoh ye, sekiranya kita tulis ayat berikut:

Sam sits on the mat.

Kanak2 yang cuma didedahkan dengan sistem phonics (dan mungkin tidak berpeluang untuk membaca bersama ibubapa di rumah/tidak banyak praktis membaca) akan ‘sibuk’ membunyikan huruf, dan selalunya lupa perkataan yang telah di baca. Contohnya ialah,

Mula2 baca ‘sss’, ‘eh’, ‘mmm’ dan sebut sam.

Kemudian baca ‘sss’, ‘ih’, ‘teh’, ‘sss’ dan sebut sits.

Apabila suruh baca semula, dia lupa Sam. Dia tidak dapat sebut Sam sits. Ini belum lagi baca seterusnya ya..Ya, ini berlaku. Dan saya pasti ibu2/guru2 yang biasa membantu anak2 membaca pernah mengalami kes seperti ini.

Tetapi, Alhamdulillah, nampaknya apabila mula baca Peter and Jane dengan Aleeyah, di mana buku ini membantu untuk mengajar dia menghafal perkataan2 sebelumnya, masalah ‘lupa’ perkataan tidak berlaku.

Kelemahan

Buku siri Peter and Jane ini agak bosan. Hehehe. Mungkin untuk anak saya sahaja, saya tak tahu. Aleeyah memang tak suka nak baca buku ini. Sebab mungkin ‘vocabulary‘ nya terhad. Maka jalan ceritanya tak begitu menarik. Tetapi, yang menariknya, Azeem ‘teruja’ dan semangat nak baca buku ini. Mungkin sebab sekarang dia lihat kakaknya sudah baca buku2 tersebut. Tetapi Azeem tidak dapat baca lagi. Dia cuma ikut saya, dan suka hati sahaja nak sebut apa yang dia suka. πŸ™‚

Apa saya buat?

Maka, untuk menarik minat Aleeyah dan Azeem, saya buat ini:

1. Saya banyak bincangkan tentang gambar2 di dalam buku tersebut dan bina cerita sendiri. Mereka juga suka bina cerita mereka sendiri.

2. Saya galakkan dan benarkan Aleeyah nak baca dengan cara apa sekalipun, contonhnya, kadang2 Aleeyah ‘menyanyikan’ perkataan2 tu. Hahaha, dah habis bosan agaknya kan?

3. Mereka cuma baca buku tersebut sekiranya mereka mahu. Kalau mereka tidak mahu saya tidak paksa. Kami baca buku lain. πŸ™‚ Jadi, sebenarnya Aleeyah baca buku Peter and Jane cuma lebih kurang seminggu sekali atau pernah juga sebulan sekali. Hehehe.

4. Buku alternatif. Saya cari buku2 lain, yang lebih menarik, yang menggunakan konsep yang sama, tetapi memberi jalan cerita yang lebih menarik. InsyaAllah kemudian akan saya kongsikan ya. πŸ™‚

Selain itu, seperti yang diberitahu kepada saya, memang anak cuma akan boleh baca perkataan2 yang pernah dia jumpa di dalam buku itu. Dia tidak dapat hendak baca perkataan2 baru yang dia jumpa, dengan sendiri. Tetapi, selepas kita sebutkan perkataan baru, insyaAllah dia akan ingat kerana otak dia dah dilatih untuk menghafal.

3. Sight Words/High Frequency WordsΒ – the nose. (minta maaf, saya gunakan terma Bahasa Inggeris kerana saya rasa lebih senang difahami, dan boleh di ‘google’ untuk tahu dengan lebih lanjut).

nose

Ini adalah perkataan2 yang kita selalu guna seperti ‘and’, ‘with’, ‘there’, ‘is’ dan sebagainya. Perkataan2 ini selalu kita jumpa di dalam ayat, maka sekiranya sekolah atau ibu bapa menggunakan sistem yang betul untuk mengajar sight words, insyaAllah, tidak perlu risau, anak2 akan membaca.

Ini juga merupakan teknik menghafal. Membaca ni memang tak boleh lari dari menghafal. Begitulah cara kita belajarkan?

sightwords

Sekolah Aleeyah juga mempunyai senarai sight words yang perlu mereka belajar setiap semester. Saya juga buat di rumah. Apabila anak2 kita belajar sight words, mereka akan mula mempunyai keyakinan bahawa mereka boleh membaca. Ini adalah sight words yang kami tampal, setiap kali Aleeyah belajar perkataan yang baru.

sight words

Aleeyah sangat lah gembira masa dia dapat baca satu ayat dulu. Contohnya ayat di bawah ini ya, yang sebenarnya menggunakan semua sight words:

I like to play with the cat

Ha, bila boleh baca satu ayat kan anak2 sangat suka? πŸ™‚

Dan ada beberapa buah buku yang boleh digunakan untuk anak2 belajarΒ sight words. Salah satu siri buku yang mengajar kanak2 untuk ‘biasa’ dengan sight words, ialah buku Sight Word Readers by Scholastic. Siri ini adalah seperti Peter and Jane, tetapi lebih ringkas.

Contohnya seperti di bawah. Buku ini untuk kanak2 belajar perkataan ‘here’ dan ‘are’. Lihat bagaimana buku tersebut mengulang2 perkataan ‘here’ dan ‘are’:

sw1sw2Β 

4. PhonicsΒ – the smiling mouth πŸ™‚

mouth

OK, ini kaedah yang agak popular sekarang.Β Bagi kanak2 yang sudah mempunyai kebolehan untuk berfikir (mengikut kajian apabila ‘hubungan’ antara otak kanan dan kiri sudah mula terbentuk), teknik ini banyak membantu kanak2 untuk belajar membaca. Saya berikan gambar senyuman untuk Phonics, kerana insyaAllah, apabila anak2 faham akan bunyi setiap huruf dan gabungan2 huruf, mereka akan mempunyai kebolehan untuk membaca sendiri.Β 

Secara ringkas dalam kaedah phonics, setiap huruf diberikan bunyi:

S bunyinya ssss

F bunyinya fff

Dan seterusnya mereka ajar bunyi untuk gabungan huruf:

ck bunyinya ‘keh’

Maka, anak2 kita boleh mencantumkan bunyi tersebut untuk membunyikan perkataan2. Phonics diajar berperingkat2, daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks.

Meh kita tengok video untuk mendapat gambaran yang lebih jelas ye. πŸ™‚

Di sekolah Aleeyah, mereka menggunakan Jolly Phonics.

Ada banyak buku2 di pasaran yang boleh kita beri untuk anak2 praktis skill phonics mereka. Salah satu contoh Bob Series oleh Scholastic. InsyaAllah di post yang lain saya akan kongsi contoh buku2 yang lain ye. πŸ™‚

bob phonics

Banyak juga sumber bacaan dan latihan phonics yang boleh kita perolehi dari internet, secara percuma. πŸ™‚ InsyaAllah di post yang lain ya saya kongsikan sedikit.

Saya suka hendak berkongsi melalui pengalaman saya dengan Aleeyah tentang phonics. Saya nampak phonics ini ada kebaikan dan kelemahan juga iaitu:

Kebaikan

1. Apabila anak sudah mempunyai kebolehan untuk faham bunyi2 huruf, adalah senang untuk dia mencantumkan bunyi2 tersebut untuk menjadi bunyi perkataan, seperti di dalam video di atas.

2. Anak2 boleh berfikir untuk membaca, tanpa perlu ada kita sentiasa untuk mengajar dia perkataan2 baru seperti mana sistem Peter and Jane.

Kelemahan

1. Anak perlu mempunyai kebolehan berfikir secara logik. OK, saya bincangkan sedikit ya. Dulu saya teruja nak ajar Aleeyah phonics, pada usia awal, seawal 3 tahun. Kemudian saya lihat Aleeyah memang boleh bunyikan huruf2. Tetapi, Aleeyah tidak dapat cantumkan bunyi2 tersebut untuk menjadi perkataan. Sampailah usia dia 4 tahun, saya nampak baru dia boleh berfikir sendiri untuk cantumkan. Kemudian, apabila saya baca tentang perkembangan otak anak, pada usia sekitar 4 tahun (bergantung kepada kanak2), barulah ‘terjalin’ hubungan antara otak kanan dan kiri, yang membenarkan proses pemikiran lebih kompleks berlaku, atau dalam kata ringkasnya, boleh berfikir secara logik. Tetapi, bukan bermakna mereka sudah boleh berfikir seperti orang dewasa, cuma ‘baru’ bermula. Maka, itu sebab saya tidak suka untuk marah anak2 apabila dia tidak boleh membaca pada usia ini, kerana sebenarnya dengan cara itu, pertumbuhan itu akan terencat ya.

2. Bunyi yang digunakan hendaklah betul untuk membenarkan anak2 ‘blend’ bunyi huruf menjadi perkataan. Bunyi yang salah akan menyukarkan anak untuk mencantumkan bunyi2 huruf menjadi perkataan.

3. Sistem ini tidak sesuai untuk kanak2 yang tidak dapat mendiskriminasikan bunyi.

Akhir Kata

Ini ringkasan 4 komponen2 tersebut πŸ™‚

reading components

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat. Saya sebenarnya agak sukar untuk menulis post kali ini, kerana saya tidak tahu bagaimana hendak sampaikan, dan pecahkan isi kandungan.Β Dan agak sukar untuk saya terangkan dengan lebih lanjut dalam satu post. InsyaAllah, saya akan cuba kongsikan dalam beberapa post. Semoga Allah izinkan.

Segala ini cuma berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya ye, dan SubhanAllah, pasti tidak sempurna. Saya galakkan ibu2 lain untuk mencari teknik2 yang sesuai untuk anak2 sekiranya komponen2 ini tidak berkesan.

Oh ya, sebenarnya, sejujurnya, sebagai ibu, saya rasa kita cuma perlu fokus kepada komponen pertama (bina asas dan membaca dengan santai setiap hari) dan mungkin kedua. Itu sahaja. Yang lain, insyaAllah anak2 akan belajar di sekolah. πŸ™‚

mouth

Semoga anak2 kita dapat melalui proses belajar membaca ini dengan gembira dan ceria. πŸ™‚ Dan kita sebagai ibu bapa dapat membantu mereka sebaik2nya, dengan penuh kesabaran. InsyaAllah, apabila kita memahami cara bagaimana anak berfikir, kita pasti akan sabar. πŸ™‚

Sekiranya post ini mengelirukan, sila beri feedback ya.Terima kasih πŸ™‚ Semoga Allah tunjukkan kita jalan untuk mendidik anak2 πŸ™‚ May Allah grant you with happiness!!

Advertisements


Leave a comment

Clean Up After You Play, Sweeties!

Assalamualaikum Mothers! πŸ™‚

Alhamdulillah Allah kurniakan kita semua kesihatan, dan kebahagian untuk teruskan hidup di bumi Allah ini, dan menjalankan tanggungjawab kita masing2 :). Alhamdulillah, satu nikmat daripada Allah yang tidak terhingga! πŸ™‚

Hari ini saya ingin kongsi tentang – CLEAN UP πŸ™‚

sweeping

Sebagai ibu yang mempunyai anak2 kecil, saya dapat gambarkan perasaan ibu2 lain yang rasa hendak tarik rambut (hehehe, ekspresi poyo :P) apabila sepanjang hari tidak putus mengemas barang permainan anak2! Oleh itu, ingin saya kongsikan sedikit pengalaman saya, yang mungkin dapat memberi sedikit idea kepada ibu2 yang sedang tercari2 jalan atau kaedah untuk mengurangkan ‘frekuensi’ mengemas ini. πŸ˜‰

stressed-out

Dulu, (lebih kurang 2 tahun lepas) saya simpan barang mainan di dalam kotak atau di atas almari, supaya anak2 cuma boleh main apabila saya atau bibik saya (pada masa itu) keluarkan barang2 mainan tersebut. Sebab rasa tak sanggup untuk kemas kembali lepas mereka teraburkan mainan dan tinggal sahaja di mana2 mereka suka!Β Dan saya cuma benarkan anak2 main apabila saya tidak penat, sebab apabila sangat penat, memang menguji kesabaran apabila tengok barang bersepah-sepah! πŸ™‚

messy toys

Gambar dari internet

Kepentingan Anak2 Bermain

Sebenarnya, bermain adalah SANGAT PENTING untuk perkembangan kanak2. Semoga di masa hadapan saya dapat kongsi sedikit tentang kepentingan bermain dan betapa ia bagus untuk perkembangan otak, fizikal, komunikasi, bahasa, sosial, dan banyak lagi! InsyaAllah, jika Allah izin.

Role Play at Home

Secara kasarnya, bermain membantu kanak-kanak untuk:

1. Membina keyakinan diri dan belajar mengenal dunia dan sekeliling.

2. Membina hubungan yang akrab dengan keluarga, penjaga dan kawan2.

3. Sebagai ‘terapi’ untuk kanak2.

Sesetengah permainan adalah merupakan ‘brain building activities‘ yang dapat merangsang neurons (dalam otak) untuk berhubung lebih banyak, yang mana akan menjadikan otak lebih kuat, laju, lebih berkesan dan seterusnya menjadikan anak2 tersebut bijak. InsyaAllah, dengan izin Allah. SubhanAllah, sebenarnya, lebih banyak faedah yang kanak2 perolehi secara bermain daripada duduk di atas meja membaca buku dan menulis!

The Engineer

Permainan yang tepat dapat ‘melatih’ otak untuk mempunyai kebolehan:

BAGAIMANA BERFIKIR bukan apa yang difikir!

MAKA, adalah tidak wajar untuk saya halangΒ atau ‘limit‘kan pilihan anak2 untuk bermain. Salah satu ciri2 ‘aΒ successful play‘ atau permainan yang memberi faedah kepada kanak2 ialah -> Kanak2 boleh bermain dengan bebas dan mempunyai ‘kuasa’ untuk membuat keputusan semasa bermain.Β 

Sebanyak mana saya mahu mereka bebas dalam bermain, sebanyak itu juga saya mahu rumah tidak nampak seperti kapal pecah. πŸ™‚ Jadi sebelum ini saya tercari2 cara supaya anak2 boleh menguruskan sendiri barang permainan mereka, tanpa campur tangan yang banyak dari pihak saya.

Apa yang Saya Perhatikan..

Semasa Aleeyah dan Azeem kecil, saya pernah hantar mereka ke kelas ‘Play Gym‘ di Gymboree, di Bangsar Village. Saya perhatikan setiap kali selepas sesi ‘explore the toys‘, ‘instructor‘ menyanyi lagu,

Clean up, clean up everybody cleans up..”

Dan mereka tunjukkan, serta ajak setiap kanak2 untuk kemas bersama-sama mereka. Semua mainan mesti dimasukkan kembali ke dalam kotak, dan semua kanak2 melakukan proses itu dengan gembira πŸ™‚

Saya masih ingat lagi pada beberapa kelas yang awal, masa itu umur Aleeyah lebih kurang 2 tahun tak silap saya (minta maaf, saya kurang ingat usia dia pada ketika itu), dia tidak mahu masukkan permainn kembali dan cuma pegang mainan tersebut dan menangis2. Kemudian, apa yang dilakukan oleh ‘instructor‘ itu ialah dia cuma biarkan, dan tidak bercakap dengan Aleeyah. Dia senyap dan tidak cakap apabila Aleeyah cakap dengan dia. Hahaha. Memang nampak kejam sedikit, tetapi selepas itu perlahan2 Aleeyah pasti kemas bersama-sama kawan2 yang lain. Saya nampak ‘instructor‘ tersebut buat perkara yang sama kepada setiap kanak2 yang baru belajar mengemas.

Saya juga dulu sering baca artikel2 dan kurikulum2 pendidikan awal kanak2 di negara2 Eropah dan Amerika Syarikat, di mana aktiviti ‘clean up‘ memang ada dimasukkan dalam aktiviti2 di kelas, supaya dapat mendidik kanak2 untuk pandai mengemas dari awal usia! Makanya, memang ia BOLEH DILAKUKAN! Jadi saya kena BERUSAHA! πŸ™‚

yes-you-can_2

Cubaan Pertama

Selepas saya perhatikan di kelas itu, saya perlahan2 ajar Aleeyah dan kemudian Azeem untuk turut serta kemas Β kembali permainan selepas bermain untuk dimasukkan ke dalam kotak. Tetapi saya masih letakkan di dalam kotak, dan ada permainan tertentu yang mereka suka hilangkan seperti ‘puzzles’ dan lego, saya letakkan di atas almari.

Tetapi kami (saya dan bibik) masih perlu banyak mengemas dan agak sukar mencari mainan tertentu kerana semua di campurkan dalam kotak.

Kelemahan saya yang saya nampak dengan cara ini ialah:

  • Sukar untuk anak2 mencari permainan yang hendak mereka main kerana semua dimasukkan dalam kotak-kotak secara rawak.
  • Saya terlupaΒ kewujudan beberapa permainan tertentu dan menyebabkan permainan itu terbiar sahaja seperti ‘tukun’. πŸ˜›
  • Rumah agak berselerak.
  • Kami terpaksa mengemas kembali dengan kerap supaya dapat mengumpul kembali permainan tertentu.
  • Banyak permainan yang hilang, terutama yang mempunyai komponen-komponen berasingan. Apabila sudah tidak lengkap, maka selalunya permainan tersebut dibuang sahaja, apabila sudah tidak dapat dimain lagi 😦 Rugi sangat kan?

Upgraded System‘ πŸ™‚

Bila saya perhatikan kelemahan dalam ‘sistem’ pertama yang saya lakukan, saya Β  ‘upgrade‘ lagi sistem organisasi dan saya terus perlahan2 ‘upgrade‘ sistem mengikut perkembangan usia anak2 dan permainan yang mereka ada. Β Sistem ini bukanlah sempurna, kerana saya juga bukanlah ibu yang ‘tip top’ dalam bab mengemas.. Hehehe πŸ™‚

Tetapi, Alhamdulillah dengan sistem yang baru ini, saya tak perlulah hendak mengemas setiap saat! DanΒ Alhamdulillah, anak2 sudah boleh sedikit sebanyak mempunyai skil mengemas dan mengurus permainan mereka dengan sendiri tanpa perlu memerlukan campur tangan yang banyak dari saya.

Alhamdulillah Aleeyah (5) sudah boleh mengemas sendiri. Azeem (3) hampir 80% boleh πŸ™‚ Kenapa 80%? Kerana ada masa2 tertentu dia buat tak tahu πŸ™‚ Dan Aqeel (1), heheheh, belum lagi. Memunggah lah hobi dia πŸ˜›

Maka, memang DO-ABLE atau BOLEH dilakukan!

yes_you_can

Sistem Housekeeping Oleh Anak2

Ok, inilah sistem yang saya guna, yang telah di’upgrade‘ beberapa kali dalam masa 2 tahun ini. Saya masih lagi terus melatih mereka dan diri sendiri supaya kami dapat bekerjasama. Semoga Allah permudahkan πŸ™‚

Setakat ini, saya masih suka sistem ‘storage‘ IKEA yang saya rasa sangat berkesan dan mesra kanak2. Berikut adalah step2 yang saya buat. Ibu2 lain boleh tambah dan tukar apa2 yang perlu mengikut anak masing2 ye. πŸ˜‰

1. Sediakan Ruang/Tempat. Saya sediakan ruang dan tempat untuk letakkan barang2 mainan mereka. Khas untuk mainan maka tidak bercampur aduk dengan barang2 lain di rumah. Kami tidak ada bilik khas untuk ‘play room‘. Ini adalah juga bilik tidur mereka. Dulu saya ‘takut’ hendak letakkan barang permainan di bilik tidur kerana ‘takut’ mereka asyik main, tidak tidur2. Tetapi, Alhamdulillah sekarang sudah OK. Mereka tahu waktu bermain dan waktu tidur.

storage

2.Β Boleh Dicapai dan Diuruskan Sendiri oleh Anak2. Saya mahu anak2 main pada bila2 masa mereka mahu (selagi bukan pada waktu solat, tidur atau makan) dan pilih apa sahaja permainan yang mereka mahu main. Maka, semua permainan perlu boleh diambil oleh mereka sendiri, dan boleh dikemas sendiri, tanpa perlukan bantuan saya. Itu sebab saya suka sistem IKEA ini kerana ketinggian rak ini adalah sesuai dengan ketinggian kanak2 dan ‘design‘nya memudahkan kanak2 untuk uruskan sendiri permainan mereka.

3. Sistematik. Perlahan2 saya ‘upgrade” sistem simpanan untuk jadi lebih sistematik. Saya belajar dari mereka – saya lihat cara mereka bermain dan sistem bagaimana yang mereka selesa untuk ikut. Jadi senang, tidak perlu dipaksa sangat. Dan semasa ‘upgrade‘ sistem ini, mereka turut tolong saya, jadi kami bersama2 ‘brainstorm‘ (cara budak2 lah ye, bukan cara orang dewasa dalam meeting :)) bagaimana hendak uruskan barang permainan ini.

  • Kategori. Kami susun ikut kategori permainan

category

  • Label. Aleeyah beritahu saya, di sekolahnya cikgu dia label semua barang2. Dan dia kata, untuk budak2 macam Azeem (hehehe, dia rasa dia dah besar :P), kita perlu lukis supaya Azeem boleh tahu. Jadi saya ikut cadangan dia. Dulu saya tidak label dan memang Azeem letak barang ikut suka hati dia πŸ™‚ Alhamdulillah selepas dilabel, Azeem ikut label tersebut.

labelSebahagian label Aleeyah lukis sendiri πŸ™‚ Aleeyah yang ajar saya πŸ™‚

4. Mudah Dibersihkan dan Tahan. Saya suka ‘material‘ rak ini. Ia boleh dilap dan dibasuh.

5. Selamat. Sudah pasti kita mahu yang selamat untuk anak2! πŸ™‚ Hujung kotak tidak tajam. Selain itu, ada bahagian atas yang tidak boleh dicapai oleh kanak2 kecil atau bayi seperti Aqeel (1). Jadi, saya boleh letak barang2 bersaiz kecil.

small items

6. Training.Β Haa!! Inilah bahagian yang paling mencabar sebenarnya! Awal2 memang tidak menjadi kerana mereka masukkan sahaja apa yang mereka mahu (ini terjadi kepada saya apabila saya baru mulakan, lebih kurang 2 tahun lepas). Tetapi saya kena bersabar dan terus tunjukkan kepada mereka di mana perlu diletakkan setiap permainan. SYARAT PENTING! Pada awal2nya memang saya rasa hendak kemas sendiri semula setiap kali anak2 salah masukkan barang permainan. Tetapi itu adalah tidak betul, kerana saya hendak mendidik mereka. Maka, adalah perlu mereka sendiri yang masukkan permainan tersebut, dengan tunjuk ajar daripada saya dan bibik (pada ketika itu), dalam keadaan gembira..Menyanyi nyanyi gitu. πŸ™‚

InsyaAllah, dalam masa 2 minggu ke sebulan, anak2 sudah boleh mengikut sistem tersebut. Perlahan2. Seperti yang saya katakan sebelum ini, adalah lebih baik untuk masukkan anak2 dalam sesi membuat keputusan, kerana secara automatik mereka akan ikut sistem tersebut. πŸ™‚

inside

6. Konsisten. Yaaa! Ini juga penting. Saya perlu konsisten dalam mendidik mereka mengemas. Saya juga perlu kemas. Hahaha! (saya pon baru belajar menjadi surirumah yang rajin dan solehah. Heheh..)

7. Review. Seperti projek di tempat kerja, sistem ini juga perlu di’review‘ sentiasa. Apabila sudah agak ‘slow‘ keberkesanannya, saya kena ‘recharge‘ semula anak2. πŸ™‚ Saya kena lihat apa yang perlu di’re-train‘ atau di’upgrade‘. Ha, seronok sebenarnya jadi ibu ni! Mcm jadi project manager! πŸ˜›

Beginilah rupanya setiap kali anak2 main. Mereka akan keluarkan setiap kotak yang mengandungi permainan yang mereka mahu main. Selepas main, mereka sendiri akan masukkan kembali ke dalam rak. Memang boleh dikatakan saya hampir tidak pantau langsung. Jadi saya boleh lakukan benda lain seperti memasak dan mengemas (ya, rumah masih bersepah ya. Mr Aqeel suka ‘mengemas’ semua bahagian rumah :)). Selepas selesai, baru saya ‘join‘ mereka.

main

Semasa main, suka hatilah nak masuk dalam kotak ke, atau apa sahaja anak2ku πŸ™‚

Alhamdulillah, betullah anak2 ini memang boleh diajar skil mengemas sejak awal usia, seperti yang ada dalam sistem pendidikan di Barat. Saya tidak boleh lah kata anak2 saya sempurna dari segi mengemas ini, kerana saya sendiri bukan sempurna πŸ™‚ Saya masih perlu mengemas, tetapi Alhamdulillah, frekuensi mengemas tu dapat dikurangkan, dan masa dapat digunakan lebih banyak untuk bermain dengan anak2 daripada mengemas rumah.

Semoga dapat memberi idea kepada ibu2 yang lain, dan saya juga mengalu2kan idea2 daripada ibu2 lain untuk saya pelajari. πŸ™‚ Semoga Allah permudahkan urusan kita semua sebagai ibu. SubhanAllah! Segala yang baik dari Allah, segala yang lemah adalah daripada saya. May Allah grant you with happiness! πŸ™‚