Assalamualaikum Again Mothers!
Hari ni rasa teruja nak share sikit pengalaman dan sedikit pengetahuan bagaimana saya perhatikan anak2 belajar membaca, dan bagaimana saya membantu mereka belajar. Sekali lagi, saya berharap dengan perkongsian ini, ibu2 lain tidak menyangka bahawa anak2 saya sangat pandai, atau lebih bagus dari anak2 lain. SubhanAllah, anak2 saya cuma kanak2 biasa yang sepertimana kanak2 lain, mereka mempunyai kelebihan dan kelemahan masing2.
Tujuan saya menulis sekadar untuk berkongsi pengalaman, yang mana saya fikir perkongsian ini mungkin dapat memberi idea kepada ibu2 yang lain bagi membantu anak masing2 untuk belajar membaca secara semulajadi, dalam keadaan di mana anak2 kita gembira. Itu sahaja.
Minta maaf, saya tidak dapat menjanjikan anak2 ibu2 yang lain dapat membaca dalam masa 3 bulan, atau dalam masa setahun anak2 sudah boleh menulis karangan! SubhanAllah, secara jujur, saya tidak berapa setuju dengan tekanan sebegitu kepada anak2, kerana pada saya mereka masih kanak2 dan ‘there is nothing to rush for‘. Saya cuma mahu mereka belajar sambil ‘menikmati’ zaman kanak2 mereka dan menjadikan mereka sebagai insan berdikari dan mempunyai semangat untuk belajar dengan sendiri, bukan perlu ‘diketuk’ sentiasa. SubhanAllah, semoga Allah berikan pertolonganNya.
Empat (4) Komponen Untuk Kanak2 Belajar Membaca
Sebelum ini, saya sering dengar dan saya sendiri ada juga berdebat tentang kaedah mana yang lebih baik – guna Peter and Jane ke? atau guna Phonics? atau belajar Sight Words?
Maka, saya cuba je semua! π
Selepas ‘implementation‘ , saya dapati setiap kaedah mempunyai faedah/kebaikan dan kelemahan masing2. Jadi, saya lihat memang sebaiknya kaedah2 ini digunakan bersama untuk beri kefahaman yang lebih kepada anak2 kita, tanpa rasa tertekan atau terbeban.
OK, selepas ini, saya akan panggil komponen ye. Saya suka panggil komponen, kerana bagi saya setiap komponen saling melengkapi. Ada yang panggil kaedah/teknik. Terpulang lah kepada masing2 apa nak panggil ye. π
Dan SubhnaAllah, apabila Aleeyah masuk sekolah di sini (iaitu mereka menggunakan sistem pendidikan British), memang mereka gabungkan kaedah2 ini, dengan menggunakan buku2 dan teknik berlainan. π Praise to Allah to allow me to learn more. Alhamdulillah!
OK, saya suka nak gambarkan komponen2 bagi membantu anak2 saya membaca seperti proses nak lukis ‘smiley face‘. π Kalau tiada satu, seperti contoh mata, kurang comellah smiley face itu π
1. Lukis muka (asas)
2. Lukis mata2 yang menawan
3. Lukis hidung
4. Lukis mulut dengan senyuman yang menawan π
Di post kali ini saya cuma beri ‘snapshot’ dan penerangan ringkas tentang setiap komponen. InsyaAllah keterangan lanjut bagi setiap komponen akan dikongsi di post2 berlainan (semoga Allah permudahkan). Berikut adalah komponen2 yang dapat membantu anak2 belajar membaca:
1. Pra Membaca (Asas) – the face.
Secara ringkasnya, ini adalah asas kepada permulaan untuk belajar membaca. Ia lebih kepada menimbulkan minat dan membiasakan diri dengan ‘printed words‘ dan beri kanak2 idea: buku ini untuk apa? π
Otak anak2 kita masih aktif bercantum pada awal usia, terutama 5 tahun pertama. Secara ringkasnya, cara otak mereka belajar membaca juga rupanya berlaku secara ‘step by step‘. Contohnya:
Jika kita lihat buku di atas, kita sebagai orang dewasa, akan terus lihat perkataan di sebelah kanan, untuk baca tajuk. Kanak2 pada awal usia tidak tahu sebenarnya perkataan itu yang perlu dibaca, dan memberi makna tertentu. Mereka akan tengok gambar sahaja dan abaikan perkataan kerana pada mereka yang membawa makna ialah gambar tersebut.
Selain daripada itu, kanak2 pada awal usia memang tak tahu buku English/Bahasa Melayu dibaca dari kiri ke kanan. Maka, kita perlu tunjukkan supaya mereka faham.
Dan banyak lagi asas yang sebenarnya perlu dipelajari oleh anak2 kita, supaya mereka dapat memulakan proses belajar membaca dengan lancar.
Jangan risau ye. Sebenarnya semua asas ini dapat kita bina secara tak langsung apabila kita membaca secara santai, atau orang suka panggil bedtime stories dengan anak2 setiap hari, sejak bayi. π
Tahap ini bermula dari usia bayi hingga ke lebih kurang 3 atau 4 tahun (mengikut kebolehan anak2). Apabila asas ini diperolehi di rumah, maka insyaAllah anak2 kita dah bersedia untuk serap apa yang akan diajar di sekolah. Kajian menunjukkan bahawa kanak2 yang biasa membaca bersama ibu bapa atau penjaga di rumah akan lebih senang dan lancar untuk memulakan proses belajar membaca secara rasmi di sekolah. Wallahualam.
Lebih senang nak timbulkan minat membaca dan bina asas untuk anak2 kedua dan ketiga, kerana mereka selalu melihat kakak mereka.
InsyaAllah saya akan kongsikan di post yang lain, apakah asas2 untuk membaca ya. π
2. Teknik Pembacaan Berulang2Β (repetitive words) – the eyes.
Kaedah ini menggunakan konsep menghafal perkataan. Anak2 kita memang sangat hebat menghafal! Saya rasa ibu2 mungkin perasan anak2 kita tahu Mc Donald, KFC, Kidzania, Ben 10 dan sebagainya. Ya! mereka memang boleh hafal walaupun mereka tidak tahu abc. Mengapa? Kerana mereka nampak perkataan2 ini sebagai ‘gambar’. Mereka juga berada di dalam tahapΒ right brainer, iaitu pada usia lebih kurang 3 tahun ke bawah, kajian mengatakan bahawa otak kanan banyak berhubung dahulu.
Salah satu ciri atau kebolehan yang boleh dilakukan oleh otak kanan ialah kebolehan ‘menangkap’ atau merakam objek secara pantas dan tersimpan di dalam otak selama2nya! Itu datangnya teknik Glenn Doman yang mana anak2 seawal bayi di ‘flash‘ dengan perkataan2 secara laju, dan telah terbukti mereka boleh hafal perkataan2 tersebut.
Dan sebab itu juga lah mengapa kita lihat anak2 kita boleh hafal perkara2 yang mereka lihat dalam iklan di televisyen (Mc Donald, KFC dan sebagainya) kerana iklan2 ini berlaku dengan pantas dan dalam keadaan yang menarik. Ya, di sini jugalah timbulnya bahaya sekiranya kita benarkan anak2 menonton tv berjam2 kerana mereka ‘install‘ segala apa yang dilihat dan ‘melekat’ di dalam otak mereka selama2nya! SubhanAllah!
Bezanya teknik Glenn Doman ialah ia menggunakan teknik ‘flash‘ dengan pantas. Tetapi apa yang hendak saya bincangkan di sini ialah sekadar menggunakan buku yang menggunakan teknik mengulang2 perkataan yang sama, dan meningkatkan jumlah perkataan sedikit demi sedikit, maka kanak2 boleh menghafalnya.
Berdasarkan pengalaman saya dengan Aleeyah dan Azeem, saya nampak mereka cuma bersedia untuk mulakan buku seperti ini apabila mereka sudah ada kemampuan untuk membezakan satu objek dengan objek yang lain. Contohnya, seperti di dalam gambar di bawah, mereka sudah ada kebolehan untuk cari objek yang sama di dalam gambar, seperti yang saya suruh mereka cari.
Buku yang agak popular di Malaysia untuk teknik ini ialah ‘Peter and Jane’. Contohnya, mereka nampak
Peter sebagai ‘Peter’
tidak perlu tahu ia terdiri dari sambungan huruf2 P, e, t, e, dan r.
Dan anak2 akan terdiam sebentar apabila kita tulis peter (p huruf kecil) kerana dia nampak perkataan itu sekarang adalah lain daripada sebelumnya, Peter.
Yang mereka lihat Peter adalah TIDAK SAMA dengan peter.
Tetapi, selepas mereka kenal huruf, mereka akan sedar bahawa Peter=peter. π Ya, memang satu demi satu dan sekiranya kita faham, insyaAllah kita tidak akan marah dengan anak setiap kali kita bantu mereka untuk membaca.
Boleh lihat contoh di bawah ye. Perkataan yang sama diulang2 dan perkataan2 yang baru ditambah sedikit demi sedikit. Ini adalah antara buku yang awal iaitu Β 1b:
Dulu saya dengar teknik ini tidak bagus kerana anak2 cuma hafal apa yang dibaca dari buku2 tersebut, tetapi tidak dapat membaca perkataan yang lain. Maka ada yang tidak mahu menggunakan teknik ini. Tetapi saya tetap cuba. Hehehe, nak tengok betul ke tidak.
Inilah hasil ‘kajian’ saya. π
Kebaikan
Kaedah ini membantu Aleeyah belajar untuk menghafal perkataan, dan ingat atau ‘store‘ dalam otak. Saya beri contoh ye, sekiranya kita tulis ayat berikut:
Sam sits on the mat.
Kanak2 yang cuma didedahkan dengan sistem phonics (dan mungkin tidak berpeluang untuk membaca bersama ibubapa di rumah/tidak banyak praktis membaca) akan ‘sibuk’ membunyikan huruf, dan selalunya lupa perkataan yang telah di baca. Contohnya ialah,
Mula2 baca ‘sss’, ‘eh’, ‘mmm’ dan sebut sam.
Kemudian baca ‘sss’, ‘ih’, ‘teh’, ‘sss’ dan sebut sits.
Apabila suruh baca semula, dia lupa Sam. Dia tidak dapat sebut Sam sits. Ini belum lagi baca seterusnya ya..Ya, ini berlaku. Dan saya pasti ibu2/guru2 yang biasa membantu anak2 membaca pernah mengalami kes seperti ini.
Tetapi, Alhamdulillah, nampaknya apabila mula baca Peter and Jane dengan Aleeyah, di mana buku ini membantu untuk mengajar dia menghafal perkataan2 sebelumnya, masalah ‘lupa’ perkataan tidak berlaku.
Kelemahan
Buku siri Peter and Jane ini agak bosan. Hehehe. Mungkin untuk anak saya sahaja, saya tak tahu. Aleeyah memang tak suka nak baca buku ini. Sebab mungkin ‘vocabulary‘ nya terhad. Maka jalan ceritanya tak begitu menarik. Tetapi, yang menariknya, Azeem ‘teruja’ dan semangat nak baca buku ini. Mungkin sebab sekarang dia lihat kakaknya sudah baca buku2 tersebut. Tetapi Azeem tidak dapat baca lagi. Dia cuma ikut saya, dan suka hati sahaja nak sebut apa yang dia suka. π
Apa saya buat?
Maka, untuk menarik minat Aleeyah dan Azeem, saya buat ini:
1. Saya banyak bincangkan tentang gambar2 di dalam buku tersebut dan bina cerita sendiri. Mereka juga suka bina cerita mereka sendiri.
2. Saya galakkan dan benarkan Aleeyah nak baca dengan cara apa sekalipun, contonhnya, kadang2 Aleeyah ‘menyanyikan’ perkataan2 tu. Hahaha, dah habis bosan agaknya kan?
3. Mereka cuma baca buku tersebut sekiranya mereka mahu. Kalau mereka tidak mahu saya tidak paksa. Kami baca buku lain. π Jadi, sebenarnya Aleeyah baca buku Peter and Jane cuma lebih kurang seminggu sekali atau pernah juga sebulan sekali. Hehehe.
4. Buku alternatif. Saya cari buku2 lain, yang lebih menarik, yang menggunakan konsep yang sama, tetapi memberi jalan cerita yang lebih menarik. InsyaAllah kemudian akan saya kongsikan ya. π
Selain itu, seperti yang diberitahu kepada saya, memang anak cuma akan boleh baca perkataan2 yang pernah dia jumpa di dalam buku itu. Dia tidak dapat hendak baca perkataan2 baru yang dia jumpa, dengan sendiri. Tetapi, selepas kita sebutkan perkataan baru, insyaAllah dia akan ingat kerana otak dia dah dilatih untuk menghafal.
3. Sight Words/High Frequency WordsΒ – the nose. (minta maaf, saya gunakan terma Bahasa Inggeris kerana saya rasa lebih senang difahami, dan boleh di ‘google’ untuk tahu dengan lebih lanjut).
Ini adalah perkataan2 yang kita selalu guna seperti ‘and’, ‘with’, ‘there’, ‘is’ dan sebagainya. Perkataan2 ini selalu kita jumpa di dalam ayat, maka sekiranya sekolah atau ibu bapa menggunakan sistem yang betul untuk mengajar sight words, insyaAllah, tidak perlu risau, anak2 akan membaca.
Ini juga merupakan teknik menghafal. Membaca ni memang tak boleh lari dari menghafal. Begitulah cara kita belajarkan?
Sekolah Aleeyah juga mempunyai senarai sight words yang perlu mereka belajar setiap semester. Saya juga buat di rumah. Apabila anak2 kita belajar sight words, mereka akan mula mempunyai keyakinan bahawa mereka boleh membaca. Ini adalah sight words yang kami tampal, setiap kali Aleeyah belajar perkataan yang baru.
Aleeyah sangat lah gembira masa dia dapat baca satu ayat dulu. Contohnya ayat di bawah ini ya, yang sebenarnya menggunakan semua sight words:
I like to play with the cat
Ha, bila boleh baca satu ayat kan anak2 sangat suka? π
Dan ada beberapa buah buku yang boleh digunakan untuk anak2 belajarΒ sight words. Salah satu siri buku yang mengajar kanak2 untuk ‘biasa’ dengan sight words, ialah buku Sight Word Readers by Scholastic. Siri ini adalah seperti Peter and Jane, tetapi lebih ringkas.
Contohnya seperti di bawah. Buku ini untuk kanak2 belajar perkataan ‘here’ dan ‘are’. Lihat bagaimana buku tersebut mengulang2 perkataan ‘here’ dan ‘are’:
4. PhonicsΒ – the smiling mouth π
OK, ini kaedah yang agak popular sekarang.Β Bagi kanak2 yang sudah mempunyai kebolehan untuk berfikir (mengikut kajian apabila ‘hubungan’ antara otak kanan dan kiri sudah mula terbentuk), teknik ini banyak membantu kanak2 untuk belajar membaca. Saya berikan gambar senyuman untuk Phonics, kerana insyaAllah, apabila anak2 faham akan bunyi setiap huruf dan gabungan2 huruf, mereka akan mempunyai kebolehan untuk membaca sendiri.Β
Secara ringkas dalam kaedah phonics, setiap huruf diberikan bunyi:
S bunyinya ssss
F bunyinya fff
Dan seterusnya mereka ajar bunyi untuk gabungan huruf:
ck bunyinya ‘keh’
Maka, anak2 kita boleh mencantumkan bunyi tersebut untuk membunyikan perkataan2. Phonics diajar berperingkat2, daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks.
Meh kita tengok video untuk mendapat gambaran yang lebih jelas ye. π
Di sekolah Aleeyah, mereka menggunakan Jolly Phonics.
Ada banyak buku2 di pasaran yang boleh kita beri untuk anak2 praktis skill phonics mereka. Salah satu contoh Bob Series oleh Scholastic. InsyaAllah di post yang lain saya akan kongsi contoh buku2 yang lain ye. π
Banyak juga sumber bacaan dan latihan phonics yang boleh kita perolehi dari internet, secara percuma. π InsyaAllah di post yang lain ya saya kongsikan sedikit.
Saya suka hendak berkongsi melalui pengalaman saya dengan Aleeyah tentang phonics. Saya nampak phonics ini ada kebaikan dan kelemahan juga iaitu:
Kebaikan
1. Apabila anak sudah mempunyai kebolehan untuk faham bunyi2 huruf, adalah senang untuk dia mencantumkan bunyi2 tersebut untuk menjadi bunyi perkataan, seperti di dalam video di atas.
2. Anak2 boleh berfikir untuk membaca, tanpa perlu ada kita sentiasa untuk mengajar dia perkataan2 baru seperti mana sistem Peter and Jane.
Kelemahan
1. Anak perlu mempunyai kebolehan berfikir secara logik. OK, saya bincangkan sedikit ya. Dulu saya teruja nak ajar Aleeyah phonics, pada usia awal, seawal 3 tahun. Kemudian saya lihat Aleeyah memang boleh bunyikan huruf2. Tetapi, Aleeyah tidak dapat cantumkan bunyi2 tersebut untuk menjadi perkataan. Sampailah usia dia 4 tahun, saya nampak baru dia boleh berfikir sendiri untuk cantumkan. Kemudian, apabila saya baca tentang perkembangan otak anak, pada usia sekitar 4 tahun (bergantung kepada kanak2), barulah ‘terjalin’ hubungan antara otak kanan dan kiri, yang membenarkan proses pemikiran lebih kompleks berlaku, atau dalam kata ringkasnya, boleh berfikir secara logik. Tetapi, bukan bermakna mereka sudah boleh berfikir seperti orang dewasa, cuma ‘baru’ bermula. Maka, itu sebab saya tidak suka untuk marah anak2 apabila dia tidak boleh membaca pada usia ini, kerana sebenarnya dengan cara itu, pertumbuhan itu akan terencat ya.
2. Bunyi yang digunakan hendaklah betul untuk membenarkan anak2 ‘blend’ bunyi huruf menjadi perkataan. Bunyi yang salah akan menyukarkan anak untuk mencantumkan bunyi2 huruf menjadi perkataan.
3. Sistem ini tidak sesuai untuk kanak2 yang tidak dapat mendiskriminasikan bunyi.
Akhir Kata
Ini ringkasan 4 komponen2 tersebut π
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat. Saya sebenarnya agak sukar untuk menulis post kali ini, kerana saya tidak tahu bagaimana hendak sampaikan, dan pecahkan isi kandungan.Β Dan agak sukar untuk saya terangkan dengan lebih lanjut dalam satu post. InsyaAllah, saya akan cuba kongsikan dalam beberapa post. Semoga Allah izinkan.
Segala ini cuma berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya ye, dan SubhanAllah, pasti tidak sempurna. Saya galakkan ibu2 lain untuk mencari teknik2 yang sesuai untuk anak2 sekiranya komponen2 ini tidak berkesan.
Oh ya, sebenarnya, sejujurnya, sebagai ibu, saya rasa kita cuma perlu fokus kepada komponen pertama (bina asas dan membaca dengan santai setiap hari) dan mungkin kedua. Itu sahaja. Yang lain, insyaAllah anak2 akan belajar di sekolah. π
Semoga anak2 kita dapat melalui proses belajar membaca ini dengan gembira dan ceria. π Dan kita sebagai ibu bapa dapat membantu mereka sebaik2nya, dengan penuh kesabaran. InsyaAllah, apabila kita memahami cara bagaimana anak berfikir, kita pasti akan sabar. π
Sekiranya post ini mengelirukan, sila beri feedback ya.Terima kasih π Semoga Allah tunjukkan kita jalan untuk mendidik anak2 π May Allah grant you with happiness!!
January 22, 2013 at 2:09 am
apa buku yang korang baca kat baby??
January 27, 2013 at 11:50 am
Assalamualaikum Kat,
Secara ringkasnya, utk baby, sebelum pilih isi kandungan, kami tgk cara baby. Cthnya:
1. Sebelum baby dapat capai buku (utk gigit, koyak dan sebagainya).
2. Dalam period baby bersemangat nak bereksperimen dengan buku – gigit, koyak, makan dsbnya.
3. Selepas baby tahu buku itu bukan utk dikoyak atau digigit (ya, baby will come to this point, insyaAllah. Saya tgk Aqeel, 15 mths dah mula tak gigit buku, dan tahu macam mana nak guna buku).
Utk 1. dan 3., boleh pilih buku yang biasa, iaitu guna kertas biasa. Sebaiknya buku itu:
1. Ada gambar2 yang menarik. Yang ada gambar sahaja pon OK, so we just discuss about the pictures.
2. Ayat2 ringkas. Satu ayat satu mukasurat cukup.
3. Jalan cerita yang menarik.
Utk no 2, kena pilih buku yang tahan – kain/cardboard/plastic/dsbnya. Ada banyak jenis buku sekarang, tapi saya suka buku yang ada rythym, sbb mereka kata itu bagus utk mereka mula faham phonics (sbb start mula belajar discrimination of sounds).
InsyaAllah nanti saya beri contoh buku yang kami baca dlm post ye π
Wallahualam..
Pingback: How to Help Children to Learn Sight Words? : Step by Step | A Mom's Journey