A Mom's Journey

Enjoying life as a mom

Non Fiction Books for Kids – How to Read?

2 Comments

Assalamualaikum Ibu2 Yang Gorgeous! πŸ™‚

Alhamdulillah, saya baru beberapa bulan tambahkan frekuensi membaca buku2 non fiction (yang mengandungi informasi) untuk anak2. Selalunya saya suka bacakan mereka buku fiction.

Saya kurang gemar bacakan mereka buku sedemikian, kerana saya sangka mereka kecil sangat untuk belajar fakta-fakta sains, sejarah dan sebagainya.

image

Tetapi saya ‘tersedar’ bahawa rupanya boleh sahaja kanak2 awal usia ni didedahkan dengan informasi sedemikian. Cuma kaedah membaca perlu santai dan saya tidak boleh ‘demand‘ mereka untuk terangkan kembali kepada saya atau dapatkan ‘feedback‘ daripada mereka.

wpid-20130708_111042.jpg

Saya belajar daripada sekolah Aleeyah yang menggalakkan pelajar2 untuk mempelbagaikan pilihan bahan bacaan di perpustakaan. Setiap minggu, di sekolah Aleeyah, guru bawa mereka ke perpustakaan dan mereka Β boleh pilih satu buku kegemaran mereka untuk dibawa pulang, untuk dibacakan oleh ibubapa.

Guru Aleeyah sediakan skim ganjaran ini sebagai galakan. Saya lihat di antaranya ialah supaya mereka pilih untuk membaca buku jenis non-fiction.

image

Setelah saya lihat Aleeyah mula minat untuk belajar fakta sedemikian, saya pun mula membeli buku jenis sedemikian untuk ‘perpustakaan di rumah’ (hehe). Yang best ialah, Azeem pun turut suka! Dan masyaAllah, rupanya Azeem lebih minat bila dibacakan buku fakta. Saya tidak pasti, adakah ini kerana personaliti Azeem, atau sifat natural seorang lelaki yang sukakan fakta? πŸ˜›

image

OK. Berikut ialah cara2 saya bacakan ye. Saya alu2kan kawan2 ibu yang dikasihi untuk turut sama berkongsi idea bagaimana nak jadikan aktiviti membaca fakta ini seronok dan santai bagi kanak2 awal usia.

#1 Set Minda

Saya set minda saya, bahawa pembacaan ini cuma untuk santai. Bukan untuk mengukur kebolehan mereka untuk faham. Saya tidak letak sebarang ‘expectation‘ untuk mereka faham dan berkebolehan untuk beri feedback atau cerita semula.

SubhanAllah, sebenar kanak2 ni memang boleh serap apa sahaja yang kita dedahkan kepada mereka. Tanpa saya tanya, kadang2 apabila sedang main, atau kami bercerita, samada Aleeyah atau Azeem, even Aqeel! akan cerita tentang apa yang pernah dibaca. Walaupun Aqeel sekadar membunyikan, contohnya ‘aauuuumm’ bila nampak singa, pada pendapat saya itu sudah bagus. πŸ™‚

image

#2 Pilih Buku Yang Sesuai

image

Saya perhatikan, cara penulisan dan penyampaian sesebuah buku memberi impak terhadap Β minat kanak2 untuk baca buku jenis fakta. Jadi saya kena pilih buku yang sesuai. Saya suka buku yang:

  • Banyak gambar daripada perkataan.
  • Gambar yang jelas dan menarik.
  • Informasi yang ‘just right’ untuk kanak-kanak.
  • Untuk fakta2 tertentu seperti haiwan, buku tersebut menggunakan gambar yang betul (bukan kartun).
  • Tulisan yang besar, supaya kanak2 yang baru membaca seperti Aleeyah boleh baca sendiri, bila-bila masa dia mahu.
  • Bahasa yang ringkas.
  • Susunan informasi yang menarik dan mudah dibaca (tidak serabut).

image

Kreatif sungguh penulis untuk terangkan tentang proses pencernaan makanan Β πŸ™‚

Buku yang diolah seperti buku cerita tetapi dalam masa yang sama memberi informasi kepada kanak-kanak juga adalah menarik:
image

Ada juga buku non fiction yang sesuai untuk dibaca sendiri oleh kanak2 yang baru mula belajar membaca (tanpa perlu bantuan orang dewasa). Dan buku ini memang dihasilkan khas dalam siri untuk meningkatkan kebolehan membaca anak2 (oleh Scholastic), dengan menggunakan konsep ulang perkataan-perkataan yang sama berulang-ulang kali.

Saya suka juga buku sebegini, tetapi selalunya buku sebegini mempunyai kekurangan dari segi penerangan kerana penggunaan ‘vocabulary‘ yang terhad, untuk disesuaikan dengan tahap kebolehan membaca anak-anak. Contohnya:

image

image

Lihat perkataan ‘A’, ‘comes’, ‘in’, ‘a’, ‘shell’, ‘does’, ‘too’ diulang-ulang.

#3 Pilih Masa yang Tenang

Sebenarnya untuk bacakan buku untuk anak2, tidak kira samada buku fakta atau buku fiksyen, pada pendapat saya lebih seronok dibaca semasa kami dalam keadaan tenang. Selalunya sebelum tidur.

ready story time

#4 Satu Tajuk Satu Hari

Saya suka bacakan satu tajuk satu hari untuk setiap anak (iaitu samada 1 atau 2 mukasurat sahaja), mengikut pilihan tajuk masing2. Contohnya Aleeyah mungkin pilih ‘camel’ dan Azeem pilih ‘snake’. Aqeel ikut sahaja. πŸ™‚

Tetapi bagi tajuk yang ringkas seperti warna, dan sekiranya buku tersebut ringkas, kami selalunya habiskan sahaja sebuah buku. Contohnya seperti buku ini:

image

image

#5 Baca Dengan Nada Berlainan/Buat Bunyi

Bacaan ‘mono-tone’ atau satu nada selalunya membuatkan kanak2 bosan. Anak-anak saya akan bersemangat nak dengar cerita sehingga tamat sekiranya saya atau suami menggunakan nada yang menarik (kami cuba, walaupun bukanlah seperti pakar) dan buat bunyi2 yang berkaitan, seperti bunyi singa, bunyi katak, atau apa sahaja bunyi yang dapat menambahkan pemahaman mereka.

#6 Layan Pertanyaan dan ‘Curiosity‘ Anak2

Saya suka tetapkan satu tajuk setiap seorang untuk beri peluang kepada mereka bincangkan atau beri pendapat atau bertanya tentang tajuk tersebut. Kadang2 mereka kaitkan dengan apa yang pernah mereka tengok dalam TV, atau di zoo, atau di mana2 buku yang pernah mereka baca. Kadang2 mereka reka cerita sendiri, sebagai ‘pelemak’! Layankan aje πŸ™‚Β Ada juga pertanyaan2 yang saya sendiri tak tahu nak jawab. Saya kata je, “Oh, I am not sure about that (or I don’t know). Let’s find out!”

image

Mereka beri zirafah makan di Zoo Al Ain, UAE tempoh hari. Maka mudah untuk terangkan zirafah mempunyai lidah yang panjang. πŸ™‚

Kanak-kanak memang lebih mudah faham sekiranya mereka pernah nampak depan mata mereka atau pernah mengalaminya.

#7 YouTube

Selalunya, saya akan tunjuk mereka video YouTube yang berkaitan. Saya nampak mereka lebih faham. Mungkin kerana dalam YouTube mereka boleh dengar dan lihat pergerakan. Jadi mereka sangat suka, terutamanya Aqeel.

Video yang saya pilih perlu pendek sahaja. Video yang panjang buat mereka bosan. Cukup untuk beri pengukuhan kefahaman.

Contoh apabila kami baca tentang Camel, saya tunjukkan mereka video Camel

wpid-20130708_111928-1.jpg

Saya selalu kawal apabila mereka kami menonton YouTube. Kerana banyak video haiwan mengawan yang di upload. Astaghfirullah, tak bagus untuk hati. Semoga Allah pelihara kita dan anak2 kita dari menonton video sedemikian walaupun haiwan..

#8 Peluk dan Cium

Ya, selalunya lepas habis baca saya peluk dan cium anak2 dan ucapkan tahniah untuk mereka.

Ya, itu sahaja. Saya tidak harap mereka beri feedback atau jawab soalan saya. Saya lihat kanak2 stress apabila kita mengharapkan jawapan daripada mereka, dan ini sebenarnya mengurangkan faedah sesi membaca tersebut.

Bak kata orang, “When the time comes, it comes.” Yang penting, sebagai ibu, saya beri sahaja apa yang saya mampu beri.

Aqeel 2

Let me enjoy my childhood, mama! πŸ™‚

Semoga dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan. Dan suka sangat sekiranya ibu2 lain dapat share idea!

May Allah grant us happiness in raising our kids! πŸ™‚

Advertisements

2 thoughts on “Non Fiction Books for Kids – How to Read?

  1. good tips chot. aku pun suka bacakan buku non-fiction ni sebab diorang boleh relate dengan environment diorang. contohnya cite pasal awan or pasal digestion. since aku ada buku grolier, buku tu je la yang aku guna utk baca kat diorang. tapi buku hang beli tu macam lagi interesting. cuma aku takut anak2 aku dok lawan tarik sampai koyak je (sbb buku best, diorang mesti berebut). huhu… kat ipad aku ada download junior atlas for human anatomy. tapi macam agak tinggi sikit la utk level budak 2-5 tahun ni. but my kids still love to watch the video.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s