A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


Leave a comment

Blocks!

Salah satu permainan yang bagus untuk toddler ialah – BLOCKS atau BRICKS. Yang menariknya, saya lihat, mereka secara semulajadi akan susun bricks tersebut bertingkat-tingkat, ke atas. Tanpa perlu diajar. Saya tidak dapat ingat dengan tepat, pada usia berapa anak-anak saya mula berminat untuk susun bricks, tetapi secara anggaran, selalunya bermula lebih kurang pada usia setahun.

stack up blocks

Main blocks atau bricks ini dapat membantu anak-anak dalam:

  • Meningkatkan skil motor halus (menguatkan otot-otot di jari dan tangan comel mereka :))
  • Mengawal pergerakan tangan.
  • Belajar fokus dan bersabar.
  • Belajar konsep ’cause-and-effect’, di mana mereka mula berfikir, “Kalau saya buat macam ni, apa jadi?” InsyaAllah saya cuba terangkan sedikit tentang perkara ini ya.

Pada peringkat awal, saya perhatikan, Aqeel struggle nak letakkan satu objek di atas satu objek yang lain. Bila letak, jatuh. Letak, jatuh semula. Dan selalunya. dia akan mengamuk sebab tak dapat nak buat. Setiap kali ini berlaku, saya tenangkan dia, dan bantu dia supaya terus bersemangat nak mencuba. Lama kelamaan, dia perolehi skil tersebut dengan sendirinya, apabila otot jari semakin kuat dan dapat mengawal pergerakan tangan sendiri.

Yeaaayy

Masa Aqeel berusia setahun lebih, dia memang suka nak susun segala benda ke atas. Bila dapat buat, dia sangat happy πŸ™‚

Bila anak-anak dah mula yakin dia dapat meletakkan satu brick di atas brick yang lain, mereka dengan sendirinya akan pergi ke peringkat seterusnya – buat susunan yang lebih tinggi!

Blok kecil

Lego saiz jumbo ni bagus untuk toddler. Mereka boleh ‘explore‘ dan main tanpa kita risau mereka masuk dalam mulut dan tercekik. Lego bersaiz kecil tak sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah.

Stack up

Ada juga satu jenis bricks yang lebih besar untuk mereka main. Ini Aqeel main di sekolah kakak dan abangnya.

Di atas, anak-anak saya bermain dengan bricks. Bermain dengan blocks juga bagus, malah sebenarnya lebih bagus untuk meningkatkan koordinasi tangan. Ia tiada komponen yang mencantumkan di antara dua bricks (yang bulat-bulat tu), maka adalah lebih mencabar untuk anak-anak kita susun bertingkat-tingkat.

wood-blocks

Sedikit Tentang Cause-and-Effect

Next, kadang-kadang selepas mereka susun tinggi-tinggi, dengan sengaja, mereka langgar atau tolak bricks tersebut! Dan gelak. Kemudian mereka bina semula, dan tolak semula! Mereka suka buat macam ni berulang-ulang kali.

Kenapa?

Mereka sebenarnya sedang belajar tentang ‘cause-and-effect‘. Iaitu secara ringkasnya mereka nak tahu, “Bila tolak, bricks jatuh. Dan menghasilkan bunyi.” Dan mereka suka bunyi tersebut. Perbuatan ini dapat meningkatkan daya fikir anak-anak. Mereka mula belajar untuk memahami perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

Sekiranya anda berminat untuk lebih memahami tentang cause-and-effect, link ini insyaAllah dapat memberi gambaran yang lebih jelas:Β http://www.cde.ca.gov/sp/cd/re/itf09cogdevfdcae.asp

What’s Next?

Saya perhatikan, Aqeel setakat ini cuma menyusun ke atas. Saya belum nampak dia ada imaginasi untuk buat istana, rumah dan sebagainya. InsyaAllah saya hendak perhatikan apakah peringkat seterusnya yang akan di’explore‘ oleh Aqeel dan kongsikan dengan ibu2 semua. πŸ™‚ MasyaAllah, it is so much fun to learn from him!

stack up azeem

A Component to Check in a Child’s Development Profile

Oh ya, sekadar berkongsi, kebolehan menyusun objek bertingkat-tingkat, adalah di antara ciri-ciri yang dilihat oleh profesional untuk melihat profil perkembangan anak. Bagi umur 2-3 tahun, secara umum, seseorang kanak-kanak dijangkakan dapat menyusun 6 atau lebih objek bertingkat-tingkat. Jadi, sebagai ibu atau bapa, bagus juga kalau kita dapat perhatikan perkembangan anak-anak, supaya sekiranya terdapat sebarang ‘red flags‘, atau anak-anak kita tidak dapat menguasai sesuatu perkara pada usia yang dijangkakan, kita dapat segera intervene danΒ bantu anak-anak. InsyaAllah, saya akan kongsikan beberapa checklist mengikut umur untuk ibu2 cek perkembangan anak masing-masing. Biiznillah..

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Jazakumullahukhairan! πŸ™‚

Β 


1 Comment

Aqeel is Painting (2)

Alhamdulillah, today, Aqeel did a painting ‘job’ again. πŸ™‚

Objektif untuk kali ini ialah:

1. Kuatkan jari jemari kecil dia, dengan menggunakan span kecil untuk painting.

2. Nak tengok samada dia sudah ‘familiar‘ dengan ‘painting tools‘ yang kami gunakan minggu lepas atau tidak – tangan/jari, berus dan span besar.

At the end, I actually came out with another findings! Hihihi. Apakah? Moh saya share ye. Biiznillah..

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan kali ni sama sahaja dengan yang kami gunakan minggu lepas, cuma kali ini saya guna span saiz kecil.

Bahan-bahan

  1. Berus.
  2. Span kecil (saya koyak2 dari span basuh pinggan :P).
  3. Warna air.
  4. Bekas leper.
  5. Easel.
  6. Apron. Yey! Saya jumpa bib makan diorang yang lama dah tak guna. Tak payah la jahit apron baru. Hihihi.

new apron!

Lagi best ‘apron’ ni. Sampai ke leher! πŸ™‚

Alhamdulillah, dia dapat menggunakan semua tools yang pernah dia guna minggu lepas dengan baik – berus, tangan/jari dan span besar. Dia ingat! πŸ™‚

warna

Saya sengaja lukis bulatan dan bunga. Nak tengok samada dia ada ‘attempt‘ nak lukis. Belum lagi nampaknya. Dia warna bulatan tu. Hihi πŸ™‚

tangan

Cop guna tangan ni la kesukaan dia.

Untuk menggunakan ‘tool‘ baru iaitu span kecil, saya perlu tunjukkan dahulu kepada Aqeel. Kemudian dia boleh buat sendiri. Aktiviti ini adalah untuk menguatkan jari dia. Kekuatan jari penting untuk membolehkan dia menulis di masa hadapan.

span kecik

Pegang dan kutip benda-benda kecil adalah bagus untuk kuatkan jari toddler. Kutip beras, kacang semua tu bagus. Cuma kena pantau sebab takut masuk mulut. Aqeel tengah ‘kaji’ span ni. Tatau la apa yang dia fikir. Lama jugak dia picit2, tengok span tu.

Cop

Cop cop!

Daripada aktiviti ini, saya boleh lihat yang Aqeel belajar satu demi satu. Dan dia perlukan bimbingan pada awalnya, sebelum dapat berdikari danΒ come up with his own idea. Di sini lah peranan saya dan seseorang dewasa yang lain (samada ibu/bapa atau guru), untuk faham bahawa, untuk anak-anak menguasai sesuatu skil, seperti memegang pensil, membaca atau mengira, ia tidak berlaku secara ‘magik’. Kanak-kanak perlu dibimbing perlahan-lahan,Β step by step. Dan apa yang mudah bagi kita sebenarnya adalah sesuatu yang ‘mencabar’ untuk mereka. Jadi pada pandangan saya, adalah tidak wajar mereka dimarahi sekiranya mereka tidak tahu…

Deviation from Plan!

Kemudian, saya tengok tiba-tiba Aqeel berminat nak buat benda lain. Dia warna botol warna daaa… Tak pernah dia warna botol. Dan tak pernah Aleeyah atau Azeem warna botol tu.

warna botol

Aqeel juga dengan ‘yakin’nya cakap “DahΒ purple, dah purple“. Hihihi. Suka hati dia nak cakap warna apa pun. πŸ™‚ Dan sambil cerita apa dia buat. “Bola Aleeyah, bola Abang.” Semua benda atau bentuk bulat dia panggil bola. Hehe. Habis warna satu botol dia kata, “Done“, lepas tu dia ambil botol seterusnya.

Saya fikir kenapalah dia buat macam tu. Kemudian baru teringat, Khamis lepas kami bawa anak-anak mewarna ceramik. Mungkin dari situ dia nampak kakak dan abang mewarna barang 3D instead of 2D. Sebenarnya dia juga patut warna satu ceramik, tetapi dia ber’drama’ (menangis) dengan jayanya.

Azeem painting

SubhnaAllah! He was actually trying to apply what he saw a few days ago! Walaupun pada masa tu dalam keadaan ‘berdrama’.

It is amazing! Melihat bagaimana kanak-kanak serap semua perkara yang dia nampak, lihat dan rasai di sekeliling dia. Dan selalunya, diorang tak perlu fokus pun. Sekali imbas tengok atau dengar pun dah cukup untuk masuk dalam otak mereka! Sebagai ibu, saya cuma perlu perhatikan dan cuba faham mengapa dan apa puncanya dia melakukan sesuatu perkara, supaya saya tidak hangin. Hihihi. Bukan mudah. Only Allah can help. πŸ™‚

Findings

  • Alhamdulillah Aqeel dah boleh guna semua ‘tools‘ yang pernah diperkenalkan kepada dia.
  • Jari masih belum kuat. Boleh buat banyak aktiviti guna jari lepas ni. Hihi.
  • An activity with a child shall be an ‘open activity’. Child driven, not adult driven. The more freedom we give for a child to decide, the more beneficial the activity will be! Tapi, masih perlu ikut ‘behavior guideline‘ lah. πŸ™‚
  • Dan Alhamdulillah, Aqeel sudah faham untuk ‘clean up‘ selepas tamat aktiviti. Dia bawa semua botol tu, dan ikut saya ke bilik air untuk basuh botol dan basuh tangan. How cute!

Gelak

Sekian perkongsian saya kali ini. It’s so much fun to see how kids learn!

Jazakumullahukhairan πŸ™‚


Leave a comment

I am 4 today! Let’s ‘Build’ a Bear!

Alhamdulillah, pada 6 hb September 2013 yang lalu, Azeem genap 4 tahun. πŸ™‚ Beberapa hari sebelum hari lahir Azeem, saya terlihat sebuah rancangan tv yang memaparkan cerita tentang –> Build a Bear Workshop.

Location BuildabearΒ Kedai ‘Build-A-Bear Workshop‘ ada di negara Kuwait, Bahrain, United Arab Emirates dan Oman.

Ia adalah sebuah kedai, di mana kanak-kanak boleh buat sendiri ‘soft toy‘ pilihan mereka. Menarik! So I thought, “What if I give him this chance on his birthday?” πŸ™‚ Maka, pada hari lahir Azeem, kami sekeluarga ke TheΒ Dubai MallΒ (salah satu daripada 3 outlet Build-A-Bear yang ada di UAE).

The shopKedai ini terletak di tingkat 2, The Dubai Mall.

Ready for Fun!

Yeaayy, get ready for fun, son! Saya tertarik dengan konsep kedai ini. Pada asasnya, ia adalah sama seperti kedai menjual soft toys yang lain, tetapi mereka gunakan strategi yang lebih unik iaitu – custom made bears by kids. Satu strategi yang mampu buat kanak-kanak tertarik, kerana salah satu perkara yang kanak-kanak sangat ‘dambakan’ ialah ‘I want to do things myself!’ Giving kids the opportunity to ‘do things themselves’ boosts their self-esteem – they believe they are capable, not weak and too dependent.Β Maka sudah pastinya anak-anak akan tersenyum lebar bila mereka keluar dari kedai. πŸ™‚ *Oppss.. Don’t get me wrong. Bukan bermakna saya syorkan pergi kedai ni untuk ‘buat sendiri’. Selalunya, aktiviti yang ‘free‘ adalah jauh lebih bagus. Ini saja je nak bawa anak seronok-seronok. Hihihi.*

happy

Masuk je kedai, Azeem pun semangat! Sebab dia tengok juga rancangan tu bersama saya. Tetapi saya blur sebab tak tahu nak mula dari mana! Hehehe. Dan Alhamdulillah, ada seorang pekerja yang terangkan kepada saya ‘apa yang perlu kami buat’. Rupanya kedai memang disusun mengikut langkah demi langkah. Dan setiap langkah adalah mudah untuk dilakukan oleh kanak-kanak sendiri. Di samping itu, ada seorang pekerja yang membantu setiap pelanggan daripada awal ke akhir untuk memudahkan proses.Β Indeed, a well planned shop! Thumbs up for the good service! πŸ™‚

Moh tengok macam mana Azeem buat bear dia.

STEP 1: CHOOSE ME

choose me

Langkah pertama – Pilih ‘kulit’ bear. Atau mungkin lagi sesuai kalau saya kata ‘pilih bulu’ bear. Hihihi. Mereka ada banyak jenis bear yang boleh dipilih. Dan sebenarnya bukan bear sahaja, ada monyet, rabbit, smurf, dan banyak lagi. Ponies daripada cerita My Little Pony pon ada – Twilight Sparkle and Rainbow Dash! πŸ™‚

Pilih bulu

Aleeyah cadangkan Azeem ambil rabbit. But Azeem said ‘NO’. Hihihi. Dia pilih smurf!

STEP 2: HEAR ME

Mereka juga beri pilihan untuk kita masukkan lagu, atau rekod sendiri suara. Maka, saya beri peluang kepada Azeem untuk rekod suara dia, untuk masukkan dalam smurf. πŸ™‚ MasyaAllah, sangat malu anak bujang ni. Bila mama nak rekod, dia tak nak bersuara. Last-last mintak tolong abah, Alhamdulillah dapat jugak rekod dia menyanyi ‘la, la, la’ (lagu smurf versi Azeem).

hear me

record

La, la, lalala, lalala

STEP 3: STUFF ME

Next is of course to ‘stuff’ the smurf! Mereka ada satu machine yang penuh the ‘stuff material. Kanak-kanak perlu pijak satu ‘pedal‘ supaya mesin mula berfungsi. Azeem sedikit malu hari tu. Maka ‘abang’ kedai tolong Azeem. πŸ™‚

stuff meThe machine

stuffingStuffing the smurf!

Sebelum mereka masukkan stuff material, mereka masukkan ‘suara’ yang telah direkod tadi dan letakkan di bahagian tangan. Senang untuk kanak-kanak picit kot. πŸ™‚ And hey! The smurf needs a heart too! Azeem masukkan ‘seketul’ heart dalam smurf dia.

heart

Dan seperti biasa, Aqeel nak jugak ambil bahagian. Dia ambil lagi 2 hearts! Maka smurf ada 3 hearts! πŸ™‚

hearts

STEP 4: BATH ME*

*Saya lupa the exact word. Tempat ini adalah untuk kanak-kanak bersihkan soft toy selepas di’stuff‘.

Time for a bath! Azeem bersihkan smurf dia. Saluran di bahagian atas tu adalah ‘angin’ untuk bersihkan bulu soft toys. Masa Azeem buat, ‘angin’ rosak. πŸ™‚ Jadi, berus je lah!

20130906_173702

STEP 5: DRESS ME!

Ni step yang Azeem paling suka! Rambang mata la dia nak pilih baju yang mana. Pastu pandai pulak kedai ni main ’emosi’ kanak-kanak lelaki, dengan pamerkan segala ‘superhero‘ dalam kedai!

superhero

Ada banyak jenis baju kat kedai ni. Daripada baju yang simple kepada yang glamer. Dan ada juga baju untuk watak-watak filem kanak-kanak. Dan pastinya koleksi superhero mesti ada!

boys

Baju idaman lelaki Malaya! πŸ˜›

Apa Azeem pilih? Jeng jeng jeng. Sebelum tu, pakai underpants duluuuuu! Hihihi.

underpants

And finally, he chose the smurf to be a PIRATE!

pirate

Pirate!

dress

Pakaikan baju pirate!

kasut

Boleh pilih kasut juga. Azeem struggle nak pakaikan kasut kat pirate. Nak tolong tak kasi. πŸ˜› Last-last mama jugak kena tolong! πŸ™‚

STEP 6: NAME ME!

Sangat comel sebab smurf ni juga diberikan nama beserta dengan Sijil Kelahiran! Senang aje nak daftar. Tulis nama smurf, dan nama Azeem.

register name

Teruja nak buat sendiri.

beri nama

Pirate setia menunggu.. πŸ™‚

birth cert

And Azeem named his smurf – CAPTAIN HOOK.Β Siap dengan berat, tinggi bagai! πŸ™‚

Here is your present, son!

Yeeaaayyy! Alhamdulillah Azeem dapat hadiah birthday dia – CAPTAIN HOOK! Mereka masukkan Captain Hook dalam rumah comel. Overall, I am happy with their service, in handling small children to make their own bears. Staf pun peramah semuanya, dari pelbagai negara! πŸ™‚

yeaay

Happy!

20130906_175218

Azeem with his Captain Hook πŸ™‚

What about the other two?

Ha, anak saya kan ada 3. Kalau sorang je dapat, tak adil. Maka untuk birthday Aqeel, dia dapat juga. Dan Aleeyah dapat advanced present, untuk join special party yang mereka ada kat kedai – My Little Pony Party! Untuk ‘once in the blue moon‘ boleh lah buat aktiviti macam ni. Saja nak cuba sebab tak pernah buat sesuatu macam ni. Just to let the kids to have fun! πŸ™‚

Aqeel

Seperti dijangka, Aqeel pilih Superman! Dan dia beri nama ‘BEBEN’ (Dia tak dapat sebut Superman. Hihihi)

PicsArt_1380382021459

And like a ‘dream comes true’ for Aleeyah. Dia dapat Rainbow Dash diaΒ πŸ™‚

In case you are visiting Dubai, and looking for a ‘souvenir’ to remind the kids about their shopping experience (hihihi), you may consider visiting this shop – Build a Bear Workshop in The Dubai MallΒ πŸ™‚ And they can build their own bear! πŸ™‚

Jazakumullahukhairan πŸ™‚


Leave a comment

Cara Seronok untuk Bantu Anak Membina Ayat – Buat Poskad!

Hari ni kami buat poskad! πŸ™‚

Cikgu Aleeyah ada beri satu homework untuk dibuat semasa cuti Eid-ul-Adha ini. Setakat ini, saya suka dengan homework sekolah Aleeyah. Hehe. Homework yang pertama dulu, dia perlu reka superhero. Dan kini yang terbaru ialah – Buat Poskad! Idea-idea menarik yang buat kanak-kanak teruja dan tidak bosan nak buat.

Objektif:

  • Supaya Aleeyah tahu bahawa dia perlu menggunakan huruf besar bagi huruf pertama, di permulaan ayat.
  • Membiasakan diri untuk letak titik noktah di akhir ayat.

writing

Nampak ringkas, tetapi bagi kanak-kanak awal usia seperti Aleeyah, saya perlu bantu dia langkah demi langkah supaya dia faham apa yang dia sedang buat.

Idea Must Come from Aleeyah

Saya mahu idea dan perkataan ‘keluar’ daripada Aleeyah sendiri. Saya cuba untuk galakkan dia berfikir secara aktif bagi setiap tugasan yang dia perlu buat, bukan untuk mengharapkan saya ‘suap’ dia sentiasa. Memang cara ini akan memakan masa yang lebih lama, dan kesabaran yang lebih kerana saya perlu bimbing dia dari mula hingga akhir. Lebih mudah dan cepat kalau saya cuma tulis ayat, dan dia salin. Tetapi saya percaya dia tidak akan belajar sekiranya saya ‘suap’ dia sebegitu. She needs to actively think and manage her own work. May Allah grant me patience to be steadfast.

idea-clipart

1. Senaraikan tempat yang dilawati.

Langkah pertama, saya minta Aleeyah tuliskan semua aktiviti2/tempat2 yang kami telah lawati sepanjang seminggu ini. Ada sedikit kekangan, bila Aleeyah kata,

Mama, I don’t know how to spell those places.” Dan saya cuma kata,

It’s OK. Don’t worry about the spelling. Just write whatever you can. And you can refer to picture in my phone, kalau ada tulis nama tempat.”

*Apa yang saya perhatikan, apabila anak saya buat begini, maknanya ialah dia sedang berada dalam ‘zon’ kurang yakin. Dia takut salah. Apabila takut, ia menjadi penghalang untuk dia mencuba.Β Saya lihat di sini, cikgu-cikgu tak marah sekiranya mereka buat silap. Saya pernah berborak dengan cikgu Aleeyah di Foundation Stage, dan dia beritahu saya bahawa di kelas, dia kadang-kadang memang sengaja buat salah seperti salah tulis, atau salah eja. Untuk tunjukkan kepada kanak-kanak bahawa bukan satu ‘dosa’ untuk buat kesalahan (Ini kesalahan dalam pembelajaran akademik, bukan kesalahan disiplin. Saya lihat mereka memang ambil berat tentang sikap dan disiplin kanak-kanak). Mereka gunakan pendekatan ini untuk jadikan kanak-kanak seorang yang berani mengambil risiko. Pendekatan yang biasanya saya cuma baca secara teori. Saya suka apabila berpeluang untuk lihat ia digunapakai.*

mistakes

Maka, dia pun senaraikan tempat-tempat yang dia ingat.

Senarai tempatPerkataan terakhir mama yang tulis sebab nak cepat, kena masak! πŸ˜›

Memang ada kesilapan ejaan di sana sini. Dan saya tidak betulkan langsung ejaan tersebut. Saya cuba untuk lakukan ini seperti ‘brain storming activity‘, di mana, kita tidak boleh betulkan atau bangkang cadangan orang. Ia akan membantutkan idea untuk berfikir. Hihihi. Mama kena jadi macam Project Manager, OK! πŸ˜›

2. Pilih yang Paling Disukai

Saya minta Aleeyah pilih 2 aktiviti yang paling dia suka. Dia pilih ‘Beach‘ dan ‘Cafe Ceramique‘. Sebenarnya cikgu suruh buat satu je. Dan Aleeyah pun baru je siapkan satu poskad, maka saya kongsi proses untuk menulis satu poskad sahaja ye – ‘Beach’.

3. Print Gambar Poskad

Untuk buat aktiviti ni lagi menarik, saya print gambar2 Aleeyah di pantai dan Cafe CeramiqueΒ untuk dijadikan poskad. πŸ™‚ Sebenarnya cikgu dia suruh tulis atas kertas kosong sahaja, tapi rasa macam tak syok. πŸ˜›

postcards

4. Bina AyatΒ 

Mula-mula, saya minta Aleeyah bina ayat secara lisan. Pada awalnya, saya tidak beri contoh ayat. Saja nak tengok kebolehan Aleeyah mengeluarkan idea sendiri. Tetapi saya lihat dia agak blur, maka saya mulakan dengan ayat, “I went to..” Kemudian, secara lisan, Aleeyah bina ayat berdasarkan pengalaman dia tempoh hari. Seterusnya, dengan bantuan, Aleeyah bina ayat dan tulis di atas kertas.

bina ayat

Sekali lagi, saya biarkan sahaja Aleeyah tulis mengikut ejaan yang boleh dia fikirkan. Saya tidak mahu dia patah semangat apabila saya terus betulkan kesalahan dia semasa dia sedang ‘mengeluarkan’ idea.

5. Periksa Ejaan

Selepas Aleeyah habis tulis ayat-ayat yang hendak ditulis, baru saya cadangkan kepada Aleeyah untuk periksa beberapa ejaan dia. Dan sekali lagi, saya tak nak ‘suap’ Aleeyah. Saya minta Aleeyah fikir kembali ‘bunyi’ gabungan huruf secara phonics dan ‘rujuk’ kepada dictionary (dengan bantuan saya kerana Aleeyah belum menguasai skil untuk cari perkataan dari dictionary).

betulkan ejaanSaya bulatkan perkataan-perkataan yang boleh diperbaiki.

ejaanAleeyah betulkan ejaan dia. Ini berdasarkan bunyi ‘phonics‘ yang dia pernah belajar.

rujuk kamusRujuk dictionary untuk perkataan-perkataan yang dia belum boleh eja secara phonicsΒ seperti sand castle.

6. Tulis Semula

Langkah seterusnya, Aleeyah tulis semula ayat-ayat yang dia telah bina, dengan ejaan yang telah diperbetulkan. Semua perkataan adalah daripada Aleeyah, kecuali satu – ‘built’. Sepatutnya saya tak boleh buat camtu. Tapi nak buat jugak! Hihihi. Dan saya juga betulkan sedikit grammar. Hihihi. Dan kali ini, saya perlu ingatkan Aleeyah supaya dia menggunakan huruf besar (capital letter) untuk huruf pertama di awal ayat, dan menggunakan titik noktah di akhir ayat.

7. Tulis di atas Poskad!

Yeeaaahhh! Now she can write on the postcard! Aleeyah tulis poskad untuk cikgu dia!

tulis poskad

8. HASILNYA!

Alhamdulillah, siap jugak satu poskad hari ni! Inilah hasilnya. Untuk lagi syok, saya print setem Dubai sekali! A fun and a ‘different’ way to learn to write..

Poskad

poskad

Banyak lagi yang perlu saya baiki, untuk ajar Aleeyah membina ayat. Sebenarnya, bahasa bukanlah ‘bidang’ saya. Rasanya sesiapa yang baca blog ni boleh kesan dari awal lagi. Hihihi. But still, I need to help my children, as much as I can. So, I need to learn too.Β Semoga dapat beri idea kepada yang memerlukan. Dan kepada sesiapa yang hendak berkongsi cara yang dibuat di rumah atau di sekolah, untuk membantu kanak-kanak kecil membina ayat, please do share ya. πŸ™‚

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Jazakumullahukhairan! πŸ™‚


Leave a comment

Intro to Solat

Just made a ‘solat’ chart for my children. Sharing it here, in case if you are looking for one. Feel free to edit or distribute if you think it may help others too. πŸ™‚

*To be honest, we are still at beginning stage. May Allah make it easy for us.* May Allah make our children among the muttaqeen.

pray

Jazakumullahukhairan.

Klik di sini untuk download cartaΒ Solat Chart


Leave a comment

A Trip to A Market: The animals are still alive, Mama!

Cuti sekolah Aidiladha bermula 11 Oktober 2013 lalu, selama seminggu sempena sambutan Aidiladha. Yiippee! Mama dapat rehat jugak. Hihih.

Eid Mubarak

Pada 12 Oktober 2013, kami bawa anak-anak ‘jalan-jalan cari pengalaman’ di Al Ain, United Arab Emirates. Jarak Al Ain daripada Dubai adalah lebih kurang 140 km. Agak jauh, tetapi Alhamdulillah sistem highway adalahΒ bagus. Maka, perjalanan kami cuma mengambil masa lebih kurang satu setengah jam untuk pergi dan pulang. Seperti di Malaysia, highway di sini juga ada banyak ‘stop‘ untuk solat, isi minyak dan makan. πŸ™‚

United Arab Emirates

highway

Selesa perjalanan. Alhamdulillah πŸ™‚

Al Ain juga terletak di sempadan UAE-Oman. Boleh masuk Oman daripada sini. Sudah pasti dengan passport ye. πŸ™‚

Pembangunan Al Ain tidak sepesat Dubai.Β Itulah sebab utama kami ke sana! Untuk melihat dan belajar kehidupan tradisi masyarakat UAE, yang tidak dapat kami lihat di Dubai. Yang best ialah tempat-tempat kami pergi hari tu semuanya percuma! Hihihi..Who says we need to pay a lot to have fun? πŸ™‚

sheikh zayed roadSheikh Zayed Road, Dubai. Dubai adalah sebuah bandar yang sangat pesat membangun.

Salah satu tempat yang kami lawati ialah – AL AIN CENTRAL MARKET. Pasar!

alain central marketGambar diambil dari Internet

SubhnaAllah! Yang bestnya, pasar ni jual haiwan hidup! Dan kebetulan, raya nak dekat, jadi sangat banyak haiwan yang ada di pasar pada hari itu. Saya dan anak-anak sangatlah teruja sebab tak pernah tengok cara jual-beli haiwan hidup semudah itu.

Haiwan pertama kami jumpa ialah – Kambing! Kebanyakannya kambing biri-biri. Kita boleh pilih mana sahaja kambing yang kita suka. Agak sukar saya hendak bertanya kerana kebanyakan penjual tidak bertutur English. Mereka cuma cakap Arab dan bahasa ibunda mereka – Pakistan. Sebenarnya sayalah yang rugi sebab belum kuasai bahasa Arab lagi! Tetapi Alhamdulillah, ada juga yang dapat bertutur sedikit dalam English, maka dapatlah sedikit sebanyak saya faham apa yang berlaku.

KambingAnak-anak teruja tengok ‘lautan kambing’ πŸ™‚

IMG_7754Khusyuk Aqeel tengok kambing biri-biri! Live!

IMG_7760Another species. Tapi saya tak tahu, ini sebenarnya kambing biasa atau kambing biri-biri. Bulu nampak macam panjang sikit dari kambing yang kita ada di Malaysia. Sesiapa yang tahu, boleh share di ruangan comment ya. Jazakumullahukhairan!

IMG_7788Species ini adalah speciesΒ terbesar saya tengok pada hari tu. Daripada Saudi Arabia. SubhanAllah, tinggi daripada Aqeel!

Mereka bahagikan kambing mengikut species (kandang berasingan). Jadi pelanggan boleh senang memilih. Saya tengok Pak Arab masuk je dalam kandang ni dan pilih yang mana suka! Super cool sebab saya takut nak masuk dalam kandang tu! πŸ˜›

IMG_7769Kambing yang telah dipilih. Pelukan terakhir! Hihihi

IMG_7790Mak Arab pun ‘shopping‘ kambing πŸ™‚

Di belakang kawasan kambing, ada kandang jualan unta pula!

IMG_7807SubhanAllah! Tak payah pergi zoo. Boleh lihat ‘lautan’ unta kat sini. Hihihi. Mamanya yang teruja lebih sebenarnya.

IMG_7808Unta ni peramah. Bila Azeem datang dekat, dia ‘tegur’ Azeem! How cute!

IMG_7810Aleeyah pulak datang, seekor lagi tegur! Hihihi.

Bila nampak anak-anak saya sangat suka tengok unta-unta ni, ada seorang penjual yang kata pada saya, “Bibi..Bibi..” “Come, come“. Rupanya nak tunjuk pada kami bayi unta! Dia bawa kami ke tempat bayi unta. πŸ™‚

baby camelMasyaAllah. Super cute! Manja pulak tu.

Baby camel sizeKetinggian bayi unta lebih kurang tinggi kanak-kanak. Memang sangat manja! Suka datang dekat dan nak dipegang. πŸ™‚

Kami sempat juga tengok bagaimana mereka perah susu unta πŸ™‚ Ada seorang Pak Arab yang hendak beli susu, maka mereka terus perah. Fresh! Untuk ‘initiate‘ proses memerah, mereka bawa anak unta untuk menyusu dengan ibu unta tersebut. Kemudian, mereka perah. MasyaAllah! Susu unta sangat banyak. Sekejap sahaja dah penuh satu mangkuk!

Perah susuPerah susu unta

Camel Milk

Sungguh senang proses jual-beli susu unta ni. Tak perlu proses. Cuma untuk yang tak biasa, mungkin tak dapat nak minum kot. πŸ˜›

Seperti di Malaysia, ada juga lembu. Oleh kerana kami sudah biasa tengok lembu, jadi kami singgah sekejap je. πŸ™‚

IMG_7816Posing depan lembu πŸ™‚

Dan satu lagi yang menarik di sini ialah – kawasan ‘car-boot sale‘! Hihihi.. Untuk sesiapa sahaja yang mahu menjual kambing, dari lori.

IMG_7793Sangat banyak lori yang datang untuk jual kambing-kambing mereka.

IMG_7792Kambing dalam lori.

Bila pelanggan dah pilih. Penjualnya pikul sahaja kambing keluar daripada lori! πŸ˜› Kuat dan sabar sungguh depa ni.

IMG_7796

SubhanAllah! Menarik sungguh dapat lihat cara mereka berjual beli. Mudah dan straight forward. Suatu pengalaman yang tidak pernah kami rasai di Dubai, kerana kami beli dari Supermarket. Hihihi. Betul lah orang kata, sekiranya kita hendak belajar cara hidup tradisi masyarakat tempatan, kita perlu pergi ke kawasan luar bandar. Nah, baru kami dapat alami kehidupan masyarakat Arab yang sebenar! Alhamdulillah!

We enjoyed the trip! Short yet precious experience. It was in a market but we felt we were in a zoo πŸ™‚ Hope the kids learn about the ‘real life’ from this trip.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Jazakumullahukhairan! πŸ™‚ Eid Mubarak to you and your family!

eid-mubarak


Leave a comment

Tips #1 Untuk ELAK jadi SINGA Apabila Mengajar Anak2 Kecil : Expect No Result

Pengenalan

Pada pendapat saya, untuk mengajar anak-anak kecil, saya sebagai ibu perlu mempunyai beberapa ‘skil’ dan pengetahuan, supaya saya dapat mengajar mereka dalam situasi yang gembira. Tanpa perlu memaksa dan mendera mereka. Saya dapati, anak-anak lebih cepat ‘tangkap’ sesuatu perkara yang dipelajari apabila mereka seronok melakukan perkara tersebut. Dan yang saya mahu ialah supaya mereka ‘suka belajar’ dan lihat belajar sebagai suatu perkara yang menyeronokkan. Bukan satu ‘nightmare‘.

learningBerusaha untuk timbulkan minat anak-anak. May Allah make me steadfast.

Berdasarkan pengalaman, saya dapati, kebolehan ini sebenarnya tidak diperolehi ‘overnight‘. Tidak semudah, “Saya baca buku psikologi kanak-kanak dan saya boleh terus implement.” Ia perlu melalui proses. Proses di mana saya PERLU belajar daripada anak-anak saya sendiri. Dan sudah tentu, it is with the help of Allah. Without Allah, I can’t handle it!

cute

I learned a lot from my children (and still learning!). Whether it was a good experience, or it looked like it was a bad experience, but SubhnaAllah, those experiences taught me tonnes of lessons. The most important one is – TO BE PATIENT!

Sekiranya ada ibu2 yang rasa, “Kenapa la aku jadi singa setiap kali nak ajar anak ni?”. Hihihi. I think there is no worry. We are human and we are not perfect. As long as we realize and always looking forward to improve by asking Allah for help, Allah will for sure help! InsyaAllah di sini, saya kongsi sedikit tips berdasarkan pengalaman. But again, the ultimate help is from Allah! He knows your situation. I don’t! πŸ™‚

Here we go, the #1 Tips!

#1 EXPECT NO RESULT

Hihi. Sounds not right, ha? πŸ™‚

Untuk setiap sesi belajar dengan anak, contohnya apabila saya ajar Azeem huruf ‘s’, saya tidak letakkan target bahawa di akhir sesi, Azeem kena tahu sebut ssssss apabila saya tunjuk ‘s’. Saya TIDAK letakkan harapan itu! Target yang saya letakkan ialah –> Untuk bantu Azeem kuasai bunyi huruf ‘s’, ‘a’, ‘t’, ‘i’, ‘p’ dan ‘n’. Tempoh masa untuk dikuasai adalah bergantung kepada Azeem, bukan saya yang tetapkan.

Belajar s

Apa yang saya buat ialah saya terus ajar dia, dengan pelbagai cara – menulis, guna sticker, memadankan huruf dengan perkataan-perkataan yang bermula dengan ‘s’ (seperti spider, sun), flash card, atau apa sahaja untuk perkenalkan huruf ‘s’ dengan bunyi sssss. Sekiranya dia boleh sebut sss Alhamdulillah. Kalau tak boleh sebut, pun Alhamdulillah juga. Hihihi. What matters is, he is learning!

grow an s

Grow an ‘s’! πŸ™‚

sticker

Sticker aktiviti untuk timbulkan minat.

My Sound Book

Azeem buat ‘My Sound Book‘. Untuk biasakan dia dengar bunyi ‘ah’ (untuk huruf ‘a’) pada awal perkataan bagi kesemua perkataan-perkataan tersebut.

Saya ulang pada keesokan harinya. Sekiranya dia sudah nampak macam faham, dan boleh bunyikan ssss, saya tambah huruf baru ‘a’ yang berbunyi ‘ah’. Seperti sebelumnya, saya tidak harap dia dapat kuasai ‘s’ dan ‘a’ pada hari kedua.

*Semoga di masa hadapan saya dapat kongsi step-by-step macam mana saya ajar dia mengenal bunyi huruf. Biiznillah.*

Kenapa?

Neurons

Secara ringkasnya, ia adalah kerana otak kanak-kanak masih melalui proses pertumbuhan. Kita tidak boleh anggap mengajar kanak-kanak awal usia (0-5 tahun) adalah sama seperti mengajar kanak-kanak yang lebih besar atau orang dewasa. Mereka sebenarnya serap apa yang kita cakap, tetapi adakalanya mereka tidak berkebolehan untuk ‘express‘ semula. Maklumat itu disimpan di dalam otak. It is just the way how the brain develops at young age.

Tugas kita sebagai orang dewasa cuma perlu ‘beri’ sahaja. Dan SubhnaAllah, lihatlah, when the times comes, he will let it out! We will be amazed! πŸ™‚ Seperti mana mereka belajar bahasa, di mana mereka ‘serap’ semua vocabulary yang kita gunakan seharian, sebelum umur lebih kurang 2 tahun. Kemudian apabila mereka mula bercakap, dengan ‘jayanya’ mereka gunakan perkataan-perkataan tersebut!

Toddler

At this age (2), he is absorbing everything from his environment.

Sekiranya saya paksa, saya sebenarnya sedang paksa dia mengeluarkan sesuatu diluar kemampuan dia. Dan yang lebih tak best, saya mungkin boleh menjadi penyebab kesan-kesan yang lain ke atas anak – seperti kurang keyakinan diri, sifat pasif dalam belajar, dan sebagainya.

Maka

Keep Calm and Giving

Saya percaya, sebagai ibu saya cuma perlu beri dan beri sahaja. Walaupun tiada feedback dan mungkin adakalanya tiada fokus, subhanAllah, they are actually listening and absorbing! Berdasarkan apa yang saya lalui, selalunya anak saya tiada respon apabila:

  • Belajar perkara yang sangat baru, yang tidak pernah dipelajari. Mungkin dia blur, “Apa la yang mama tengah ajar ni..” Hehehe.
  • Dia penat.
  • Dia tidak yakin, yang menjadikan dia takut hendak mencuba. Keyakinan inilah yang saya perlu pupuk, supaya dia berani mencuba sesuatu yang baru dan tidak takut untuk buat salah. Sekiranya saya marah, dia akan terus pasif dan mengelak.

Panjat

Aqeel pula sedang belajar menggunakan pensil. Tengok betapa semangat nak ambil pensil! Panjat atas meja! Azeem pula boleh mula belajar bersabar..Hihih!

Selamat Mencuba! πŸ™‚ So we just have to be patient. πŸ™‚Β What I see,

EXPECT NO RESULT = NO STRESS = ENJOY LEARNING! –> KIDSΒ LEARN FASTER!

(Magic kan?) πŸ™‚ Wallahu’alam. Allah knows the best. Jazakumullahukhairan!