Bermula September 2013, Alhamdulillah, dua anak telah mula pergi sekolah. Aleeyah di Tahun 1 (Year 1) dan Azeem di FS2 (Foundation Stage 2).
Hari pertama Azeem di sekolah. Alhamdulillah berjalan lancar!
Apabila anak-anak mula bersekolah, maka saya juga kena belajar menyesuaikan diri dengan jadual yang baru. Dan saya juga perlu belajar untuk menguruskan urusan persekolahan anak-anak. Termasuk homework!
Alhamdulillah, sekolah di sini tak banyak homework! Hihihi! Tapi mungkin kerana mereka masih kecil. Saya tidak pasti untuk kanak-kanak yang lebih besar, mereka mempunyai banyak homework atau tidak..
- Untuk Azeem tiada homework. Cuma satu ‘Buku Cerita’ dan satu ‘Buku Membaca’ setiap minggu.
- Untuk Aleeyah ada satu homework, satu ‘Buku Cerita’ dan satu ‘Buku Membaca’ setiap minggu.
Buku Membaca Aleeyah
Walaupun kebiasaannya tempoh waktu untuk homework adalah konsisten, contohnya Azeem bawa pulang buku pada hari Ahad, dan akan pulangkan semula pada hari Ahad berikutnya, tetapi kadang kala saya lupa! Kadang-kadang tertukar hari (Tak ingat due date antara Aleeyah dan Azeem) Hahaha!
Di sini, Alhamdulillah, Allah beri peluang saya belajar. Jadi, kadang-kadang dalam kesibukan pergi belajar (dan ada homework juga, walaupun tiada siapa cek. Hihihi) dan mengurus rumah, saya lupa! π
Dan SubhanAllah, sebelum ini, oleh kerana tiada ‘sistem’ untuk saya kawal buku-buku mereka, Buku Cerita Aleeyah hilang π¦ Not good, because we have to pay for replacement π¦
Maka saya kena buat sesuatu! Alhamdulillah, tercetusnya idea untuk HOMEWORK BOX!
Untuk memudahkan ‘pengurusan’ dan anak-anak mudah uruskan sendiri, saya:
- Labelkan kotak. Penting rupanya label ini, kerana anak tahu – ‘This is only for homework. No toys. No other books!’ π It is like unspoken instruction but clear and loud! π
- Letak di tempat yang boleh di’access‘ oleh anak-anak, pada ketinggian kanak-kanak :). Maka tempat terbaik ialah —> Mini school mereka!
- Saya tampalkan list (ini untuk saya!!). Untuk peringatan bila perlu dihantar kembali.
Untuk anak-anak pula, peraturannya mudah (setakat ini perlaksanaan boleh dikatakan baru 70% kerana mereka masih perlu diingatkan, belum lagi berdikari sepenuhnya. May Allah make me steadfast to train them!)
- Pulang dari sekolah, sekiranya ada buku atau homework —> Masukkan dalam homework box.
- Saya update list. Bercita-cita nak ajar Aleeyah tulis sendiri supaya mudah. Hihihi. Sabar. Perlahan-lahan. Satu demi satu.
- Buat tindakan yang seterusnya – siapkan homework dengan segera, atau baca buku bersama-sama mereka.
- Sekiranya tidak habis, masukkan kembali dalam box, untuk disambung hari berikutnya. Kadang-kadang kami buat aktiviti tambahan, seperti aktiviti ‘Spelling‘ dari buku bacaan Aleeyah.
- Sehari sebelum ‘due date‘ ambil homework/buku dari Homework Box dan masukkan dalam beg.
Alhamdulillah, setakat ini, it works well! May Allah make it easy for us! π
Jazakumullahukhairan. Semoga bermanfaat!