A Mom's Journey

Enjoying life as a mom

Jom Tolong Anak-Anak Mengeja (Spelling)!

3 Comments

Alhamdulillah, sesi persekolahan 2013/14 telah bermula. Di sini, sesi persekolahan bermula pada bulan September. Bulan Jun sehingga bulan Ogos adalah cuti musim panas. Anak-anak kami bersekolah di salah satu sekolah aliran British di sini. Mengikut sistem British, Tahun 1 (Year 1) bermula apabila kanak-kanak telah mencapai usia 5 tahun. Maka, Aleeyah telah secara ‘rasminya’ memasuki alam ‘Primary School‘. 🙂

Hello school!

Aleeyah (Year 1) dan Azeem (Foundation Stage 2)

Nampaknya, bermula Tahun 1, sistem pembelajaran ke arah ‘akademik’ atau mungkin juga boleh dipanggil ‘pembelajaran berstruktur’ lebih ditekankan, berbanding sistem pembelajaran yang agak ‘bebas’ semasa dia berada di Foundation Stage.

Pelajar Tahun 1 sudah mula perlu buat homework di rumah, seminggu sekali. Dan mereka juga sudah mula buat latihan Ejaan!

1

Maka, bermulalah ‘tugas’ saya membantu Aleeyah untuk mengeja! 🙂 Di sini, saya kongsikan langkah2 yang saya lakukan di rumah untuk membantu Aleeyah mengeja. Alhamdulillah saya lihat, sedikit sebanyak dapat membantu dia. Semoga dapat memberi idea kepada ibu2 yang memerlukan.

Sedikit Pengenalan Tentang Mengeja

Mengeja, pada pandangan saya adalah satu skil yang lain daripada membaca. Walaupun ia berkait rapat, skil ini selalunya tidak diperolehi pada masa yang sama oleh kanak-kanak. Selalunya kanak-kanak dapat menguasai skil membaca terlebih dahulu, kemudian baru mengeja. Oleh kerana untuk mengeja, kanak-kanak juga perlu menulis perkataan tersebut, maka satu lagi skil yang mereka perlu ada ialah – kebolehan menulis huruf. (Yes, we really need to think in detail, so we can understand and be patient :))

N

I think this road map is wonderful to give us a guideline for reading and spelling readiness for our children. Spelling comes later, down the road (age 5-6 years). Credit to brightstart for preparing this summary for us. (Maaf sekiranya tulisan tidak cukup besar. Sekadar hendak tunjuk gambaran ‘milestones‘ membaca dan mengeja)

Saya suka hendak kategorikan ejaan bagi perkataan-perkataan English kepada 2 jenis:

1. Perkataan yang boleh dieja secara phonics, contohnya ‘sat’, ‘brick’, ‘spots’. Apabila kanak-kanak sudah dapat menguasai bunyi setiap huruf dan mempunyai ‘skil’ untuk mencantumkan bunyi-bunyi setiap huruf untuk menjadi perkataan, insyaAllah agak mudah mereka mengeja perkataan-perkataan di dalam kategori ini.

3

2. Perkataan-perkataan yang perlu dihafal. Perkataan-perkataan ini susah hendak dieja dengan menggunakan kaedah phonics, seperti contoh ‘the’ dan ‘me’.

4

Bagi jenis (1), ada juga kanak-kanak yang dapat mengeja perkataan-perkataan tersebut menggunakan teknik hafalan, walaupun kanak-kanak tersebut belum kenal huruf atau belum menguasai bunyi-bunyi huruf dalam sistem phonics. Konsepnya adalah sama seperti apabila anak-anak dapat menulis nama mereka, sebelum mereka mengenal huruf.

Seperti contoh, Alhamdulillah, Azeem sekarang sudah boleh menulis namanya sendiri. Tetapi dia sebenarnya belum lagi betul-betul kenal huruf. Ini adalah kerana dia sering lihat namanya tertulis di mana-mana, dan hampir setiap hari Azeem berlatih tulis ‘Azeem’ di sekolah dan di rumah. Maka, sekarang dia sudah hafal bagaimana hendak tulis nama sendiri, tanpa bantuan. 🙂

Name writing

Secara peribadi, saya perhatikan kaedah phonics sangat banyak membantu kanak-kanak untuk mengeja dengan mudah. Apabila mereka betul-betul faham konsep bunyi tersebut, insyaAllah berikan apa sahaja perkataan, mereka boleh eja (mungkin dengan sedikit bantuan orang dewasa).

Okesss..Moh kita mengeja! 🙂

1. SET MINDA

5

Spelling is fun! Fun for my children! Fun for me!

Seringkali sebelum bantu anak2, saya cuba tukar cara saya berfikir. Supaya saya dapat bantu mereka belajar tanpa perlu ‘menekan’ mereka.

Saya TIDAK BOLEH:

  • Letak harapan dan letak target masa yang tidak wajar. Contohnya: Wajib kuasai kebolehan untuk mengeja 5 huruf pada satu sesi. Sekiranya saya ada ‘target’ ini di minda saya, saya akan jadi tertekan sekiranya Aleeyah tidak dapat buat apa yang saya harapkan.
  • Set tempoh masa untuk Aleeyah belajar.
  • Paksa Aleeyah untuk teruskan sesi belajar sesuka hati saya.
  • Mengharap pencapaian atau penghargaan, seperti contoh mengharap Aleeyah akan dapat 100% betul, mengharap Aleeyah akan menjadi yang terbaik di kelas, mengharap guru untuk puji Aleeyah atau saya kerana ‘kepandaian’ Aleeyah, dan sebagainya.
  • Rasa malu kat orang! Ni saya kena buang jauh2! Hidup dipengaruhi dengan ‘apa orang kata’ tidak dapat membantu dalam kehidupan, malah ia cuma memberi tekanan dan ketidakbahagiaan. Yang penting ialah apa Allah kata. SubhnaAllah, mudah nak ckp dan ditulis, tetapi cuma Allah yang dapat bantu untuk saya buang rasa ni jauh-jauh..

Berdasarkan pengalaman, sekiranya saya lakukan perkara TIDAK BOLEH di atas, kedua-dua pihak tertekan – ANAK dan SAYA! 

AE0HCC

Sebaliknya, saya PERLU:

  • Bantu Aleeyah secara ikhlas, tanpa ‘demand’ ‘outcome‘ yang sempurna daripada Aleeyah.
  • Konsisten dengan target perkataan-perkataan yang perlu dikuasai, dan bantu Aleeyah sehingga dia dapat kuasai. Ikut kemampuan Aleeyah sendiri.
  • Tidak set tempoh masa untuk setiap sesi. Boleh jadi 5 minit, atau 10 minit atau 15 minit. Mengikut kemampuan Aleeyah untuk ‘bertahan’. 🙂 Saya dapati, masa singkat yang berkualiti adalah jauh lebih baik daripada masa yang lama tetapi penuh dengan paksaan, drama dan tangisan. Rule of the Thumb yang saya guna – Berhenti atau tukar aktiviti apabila nampak anak sudah mula penat atau kurang berminat.
  • Sabar
  • Beri galakan kepada Aleeyah.

Independent writing

Saya suka dengan cara guru-guru di sekolah tersebut yang tidak terburu-buru untuk memastikan kanak-kanak mengeja dengan sempurna. Saya lihat mereka lebih fokus kepada membina keyakinan diri kanak-kanak untuk menulis dan mengeluarkan idea, daripada memastikan setiap ejaan adalah tepat. Ini hasil penulisan Aleeyah semasa dia di Foundation Stage.

“In teaching young children, the result is not important, it is the process that matters!”

2. SET RUTIN

Saya lakukan sesi ‘ejaan’ semasa sesi belajar mereka. Elaboration ini mungkin ada ‘tersasar’ sedikit daripada tajuk, tetapi saya rasa ingin kongsi kerana saya rasa ia sangat perlu – set rutin!

Walaupun tiada tempoh masa untuk belajar (saya tidak tetapkan tempoh 30 minit atau 1 jam), saya cuba sedaya upaya supaya mereka ada satu sesi belajar setiap hari. Samada membaca, atau mengira, atau mewarna, ‘painting‘, pembelajaran komputer, mengeja, bak kata apa sahajalah yang anak-anak nak buat. Tempoh masa adalah berdasarkan ‘ketahanan’ mereka. Apabila saya nampak mereka sudah mula hilang minat, saya selalunya akan tukar akvitivi atau berhentikan sesi belajar. Biasanya, sesi belajar kami cuma 5 minit, dan ada juga mungkin boleh bertahan sehingga 1 jam bila mereka suka dengan aktiviti yang mereka buat.

Learning Session

Berdasarkan pengalaman dengan anak-anak, adalah lebih mudah untuk memastikan anak-anak berterusan membaca, atau belajar apabila waktu belajar di’masukkan’ dalam jadual harian atau dipanggil rutin. Contohnya:

  • Pulang dari sekolah
  • Berehat (Lebih kurang 10 minit. Kalau lebih daripada itu selalunya jadual akan tersasar :P)
  • Mandi
  • Minum petang
  • Sesi Belajar
  • Berehat – Main/Tengok TV/Ipad
  • Dan seterusnya..

Saya lebih selesa sekiranya saya tidak menetapkan tempoh masa untuk setiap aktiviti. Yang tetap cuma susunan. Jadual ini cuma untuk menjadikan sesuatu aktiviti adalah rutin untuk anak-anak saya.

8

This is super cute! Tak pernah ada macam ni! Rasa nak buat jugak! 🙂

Kanak-kanak memang memerlukan rutin. Kanak-kanak lebih selesa dengan keadaan di mana mereka boleh ‘jangka’ atau predict sesuatu perkara. Ia membuatkan mereka rasa selamat. Selain daripada itu, adalah lebih mudah untuk saya mengurus dan mengawal anak-anak kerana mereka sudah tahu ‘what to do next.’ . Maka, tiada drama untuk  memulakan sesuatu perkara. Saya rasa ibu2 yang lain pasti pernah lalui, sekiranya anak2 tidak biasa membaca, adalah sangat-sangat susah nak suruh mula membaca! Dan juga sangat susah hendak suruh anak tidur awal sekiranya mereka tidak biasa dengan rutin!

Tetapi apabila ia menjadi  rutin, insyaAllah senang.

9

Gambar hiasan

Sebuah artikel yang dapat beri sedikit gambaran tentang “Why children needs routine?”

http://www.ahaparenting.com/parenting-tools/family-life/structure-routines

Walaubagaimanapun, saya tidak begitu ‘strict‘ sehingga rutin mereka ‘wajib’ dilaksanakan setiap hari. Adakalanya, kami ‘lari’ daripada rutin, seperti contoh pergi ‘shopping mall’. 🙂 Tetapi saya cuba untuk rutin dilaksanakan sekerap mungkin supaya ia berterusan. Apabila rutin di’berhenti’kan untuk masa yang lama, masyaAllah untuk memulakan semula, memerlukan tenaga!

Dan juga saya tidak boleh terlalu strict kepada diri sendiri sekiranya sesetengah rutin tidak dapat dilaksanakan, di atas sebab2 tertentu. Seperti contoh apabila Aqeel dengan ‘jayanya’ menabur air di pelusuk rumah, atau ada yang ter’kencing’, ada yang sakit, dan banyak lagi. Kerana ini realiti. Semua ibu lalui situasi yang tidak dijangka, terutamanya apabila ada anak-anak kecil berumur 3 tahun ke bawah. Sekiranya saya terlalu strict, saya akan tertekan. Hidup tidak perlukan tekanan 🙂 Ini saya panggil ‘stress management‘. Hihihi.

10

🙂

Jadi kesimpulannya, rutin yang dilaksanakan kenalah balance – dituruti tetapi tidak terlalu strict sehingga beri tekanan samada kepada anak-anak atau saya sendiri! Yang penting – Enjooyyy!! 🙂 Walaubagaimanapun, I have to admit, banyak lagi saya perlu lakukan dan tingkatkan berkenaan dengan rutin anak-anak. May Allah make it easy for me! 🙂

Ada juga kadangkala, kami lakukan aktiviti mengeja pada bila-bila masa yang Aleeyah mahu. When we have the time, why not use the time wisely! 🙂

3. SEDIAKAN SENARAI PERKATAAN

OK. Now we go to the actual business – spelling! 🙂

Senarai perkataan untuk dieja Aleeyah adalah daripada dua sumber:

a. Pemilihan perkataan2 secara rawak

Selalunya ini untuk bantu Aleeyah mengeja perkataan-perkataan yang sering digunakan di dalam ayat, atau lebih dikenali sebagai sight words seperti ‘and‘, ‘the‘, dan ‘said‘. Apabila Aleeyah sudah biasa mengeja perkataan-perkataan ini, ia akan memudahkan Aleeyah untuk membina ayat. Setakat ini, saya lihat guru Aleeyah beri senarai perkataan ‘sight words‘ atau mereka panggil ‘tricky words‘ untuk latihan ejaan.

Perkataan-perkataan ini ada yang boleh dieja secara phonics (seperti ‘from‘, ‘said‘) dan ada juga yang perlu dihafal (seperti ‘the‘, ‘me‘, ‘here‘)

Spelling

If you are interested, here is the link! 🙂 Senarai perkataan boleh di’edit‘ mengikut apa sahaja perkataan yang kita mahu.

http://www.sparklebox.co.uk/5131-5140/sb5132.html#.Uk8B44ZOKxk

11

Contoh senarai sight words

Link ini pula berikan senarai high frequency words atau sight words yang biasa diperkenalkan kepada kanak-kanak awal usia. Untuk panduan kita :):

http://www.sparklebox.co.uk/literacy/vocabulary/word-mats.html#.Uk8TAIZOKxk

b. Pemilihan perkataan2 daripada buku yang dibaca

Saya dapati aktiviti mengeja selalunya lebih seronok apabila dibuat selepas Aleeyah membaca sesebuah buku. Setiap minggu, Aleeyah bawa pulang sebuah buku siri membaca (bertahap) yang diberikan oleh guru.

Reading book

Setiap kali selepas membaca, kami akan buat aktiviti mengeja. Kadangkala, kami juga buat aktiviti mengeja daripada buku-buku cerita di rumah, yang Aleeyah pilih. Yang saya lihat, aktiviti ‘mengeja selepas membaca’ ini dapat bantu Aleeyah mengukuhkan pemahaman untuk membaca dan mengeja menggunakan phonics.

4. ‘SAYA LIHAT, SAYA HAFAL!’

Lebih kerap kanak-kanak lihat, lebih senang dan cepat mereka hafal. Jadi, senarai perkataan untuk dieja, terutamanya yang diberikan oleh guru, saya pamerkan di ‘papan kenyataan’ di ‘mini school‘ kami di rumah (hihi). Yang warna ungu untuk Aleeyah, dan hijau untuk Azeem. 🙂

Mini school

Mini school‘ kami di rumah. Gambar selepas saya ‘kemaskini’ mini school tempoh hari.

Senarai perkataan saya tampalkan di ‘papan kenyataan’ Aleeyah untuk dia lihat setiap hari.

List of spelling

Walaubagaimanapun, saya buat senarai seperti di atas untuk Aleeyah kerana dia sudah boleh mengeja perkataan-perkataan tersebut. Cuma untuk ‘refresh’ kembali. Sekiranya perkataan-perkataan baru, saya perhatikan senarai seperti di atas adalah kurang sesuai. Semasa Aleeyah baru belajar ‘sight words‘, saya sediakan senarai seperti di bawah ini. Lebih besar ‘font‘ perkataan, lebih baik!

sight words

Tak perlu buat sendiri kad ni! You just can go to this link and pick any of the design you wish! 🙂

http://www.sparklebox.co.uk/literacy/vocabulary/#.Uk8L1YZOKxl

5. BACA dan EJA

Kebiasaannya, sekiranya aktiviti mengeja dibuat berdasarkan senarai perkataan, saya buat 2 salinan senarai perkataan. Satu untuk ditampal, satu lagi untuk Aleeyah pegang, baca dan tulis.

Saya rasa ada dua situasi untuk bahagian ini:

Situasi 1: Anak boleh baca kesemua perkataan-perkataan yang diberikan.

Aktiviti mengeja lebih senang sekiranya anak-anak boleh membaca kesemua perkataan yang diberikan. Yang perlu saya buat dengan Aleeyah ialah:

  • Pecahkan senarai perkataan kepada bilangan yang lebih sedikit bagi setiap sesi. Saya selalu buat dalam 3 ke 5 perkataan sahaja untuk satu sesi.
  • Tunjukkan senarai perkataan (3 atau 5 perkataan).
  • Aleeyah baca setiap perkataan, dan saya pastikan bunyi adalah betul.
  • Kemudian saya kata, “OK Aleeyah, now you look at the words. Write three times for each word (boleh lihat perkataan yang hendak dieja), and tell me when you are done.”

Hahaha! Jadi saya dapat ‘lari’ buat kerja rumah yang lain atau ‘entertain‘ anak-anak yang lain. (hahaha! saya harap ibu2 yang lain dapat membayangkan bahawa saya bantu Aleeyah ini bukanlah dalam suasana yang ideal seperti di sekolah. Kebiasaannya semasa sesi belajar, Azeem dan Aqeel ada bersama. Jadi, saya perlu bahagikan masa. Ada juga masa kadang-kadang saya sedang lakukan perkara lain seperti sedang memasak, mengemas, bersihkan Aqeel yang ‘poo poo’, Aqeel conteng dinding, atau apa sahaja).

12

Dengan menulis perkataan tersebut beberapa kali dengan sendiri, ia dapat membantu Aleeyah menghafal ejaan perkataan tersebut.

Boleh gunakan list ini untuk mengeja. Seperti yang disebut, untuk sesi pertama, mungkin 3 perkataan sahaja. Contohnya: ‘was’, ‘little’ dan ‘all’. Bilangan perkataan pada satu sesi bergantung kepada anak-anak kita. Kalau perkataan-perkataan yang senang pada mereka (senang pada mereka ya, bukan senang pada kita), mungkin bilangan yang lebih banyak tidak menjadi masalah. Cuma perlu ‘lihat’ tanda-tanda kebosanan.

Spelling

Selepas itu kami akan lakukan aktiviti mengeja. Mudah sahaja. Seperti yang biasa kita lakukan di sekolah dahulu:

  • Saya pegang senarai perkataan.
  • Saya sebut perkataan dengan jelas, supaya dia dapat ‘tangkap’ bunyi-bunyi huruf. Ini sangat penting untuk memudahkan dia mengeja.
  • Aleeyah tulis perkataan tersebut di dalam buku ‘Spelling‘.
  • Saya ‘check‘ ejaan Aleeyah.

20130929_101734

Sekarang saya mula latih Aleeyah untuk tulis dalam buku garis sebegini, supaya Aleeyah dapat tulis huruf dengan betul. Tetapi semasa Aleeyah baru belajar mengeja, saya cuma berikan dia kertas kosong. Saya lihat Aleeyah agak tertekan untuk berfikir tentang ejaan dan tulisan pada masa yang sama. Setelah saya lihat dia sudah boleh mengeja, barulah saya cuba perlahan-lahan bantu tulisan dia pula dengan menggunakan buku sebegini.

Kalau ada yang salah?

Kalau ada yang salah, tidak mengapa. Biasanya:

  • Saya beri Aleeyah lihat semula perkataan-perkataan yang dia salah eja.
  • Tulis 3 kali.

Kemudian kami tamatkan sesi dan beritahu dia “Well Done!InsyaAllah we will do again tomorrow ya! Dan berikan Aleeyah sticker untuk usaha dia! 🙂

20131005_122935

Sticker Chart Aleeyah (ini bukan semuanya untuk ejaan ya. Ini untuk macam2! Hihi)

Selalunya aktiviti mengeja ini sekejap sahaja. Dalam 5 ke 10 minit. Saya jarang buat lebih lama daripada itu. Ia akan buat Aleeyah bosan. Yang penting ialah konsisten. Apabila konsisten, saya perhatikan, impaknya lebih berkesan walaupun dibuat dalam tempoh yang sangat singkat.

Situasi 2: Anak tidak dapat baca beberapa atau kesemua perkataan-perkataan yang diberikan.

Aktiviti mengeja selalunya akan menjadi sedikit ‘mencabar’ apabila anak tidak dapat membaca perkataan-perkataan yang diberikan. Ini yang selalu buat ibu bapa hilang sabar..Hihihi. Pada pendapat saya, perlu bantu anak baca dulu perkataan tersebut. Sekiranya tidak dapat baca, memang susah nak eja! Situasi ini adalah seperti situasi Aleeyah semasa baru belajar mengeja dahulu, dan situasi Azeem sekarang. Nak mulakan agak susah, tetapi insyaAllah sikit-sikit, selepas itu menjadi mudah.

13

a. Bagi perkataan-perkataan yang perlu dihafal (tidak dapat dieja secara phonics)

Step 1

Print dengan besar perkataan-perkataan tersebut. Pamerkan (seperti yang diterangkan dalam bahagian 4. ‘SAYA LIHAT, SAYA HAFAL!’ di atas). Kalau boleh pamerkan dalam tempoh yang panjang (tidak terlalu panjang sampai jadi ‘tukun’..hihih) di tempat yang anak-anak selalu ‘lepak’.

Step 2

Baca dan tunjuk perkataan-perkataan tersebut setiap hari.

Step 3

Bantu anak tulis semula perkataan tersebut. Dulu saya guna kertas kosong je. Worksheet sebegini dapat membantu. InsyaAllah. Klik link untuk download ya.

Spelling Easier

http://www.sparklebox.co.uk/1241-1245/sb1245.html#.Uk_Q7YZOKxl

Sekiranya mahu anak sendiri yang buat card dan tampal/pamerkan hasil tulisan anak, lebih bagus. Anak-anak akan rasa seronok dan lebih mudah ingat perkataan-perkataan tersebut.

Step 4

Ulang setiap hari sehingga anak boleh kuasai. Kita juga perlu konsisten untuk bantu (memang mencabar terutama bagi ibu2 yang mempunyai anak-anak kecil atau anak-anak yang ramai). Only Allah can help us..

BONUS

Sekiranya ibu2 ada buku2 seperti di bawah, iaitu buku yang ditulis khas untuk kanak-kanak menguasai sight words, adalah lebih bagus. Di setiap muka surat, perkataan-perkataan sight words yang sama diulang-ulang.

20131005_141125

Buku ini saya beli di Scholastic di Malaysia. Dalam satu kotak ada beberapa buah buku untuk memperkenalkan sight words kepada anak-anak. Ini adalah set untuk Beginner Reader.

InsyaAllah, dapat membantu anak mengeja, dan sebenarnya membaca sekali! 🙂

b. Bagi perkataan-perkataan yang boleh dibaca secara phonics

Check penguasaan anak-anak terhadap bunyi setiap huruf. Sekiranya anak-anak sudah menguasai kesemua bunyi huruf, dan sudah mampu untuk cantumkan bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan, adalah mudah untuk membantu anak tersebut.

Contohnya, seperti di bawah, perkataan ‘wanted‘. Saya perlu sebut perkataan secara terang dan perlahan-lahan, untuk bantu Aleeyah dapat ‘tangkap’ bunyi dan eja sendiri. Tetapi ada perkataan seperti ‘bought‘ yang Aleeyah baru pertama kali baca, dan belum diajar di sekolah, saya tidak terburu-buru suruh eja. Saya perlu tolong dia untuk membaca dahulu. Ya, saya suka fokus baca dahulu, kemudian baru eja. Lebih senang begitu.

20131004_214743

Sekiranya anak kita belum lagi menguasai bunyi huruf, memang agak sukar untuk suruh mengeja berdasarkan bunyi. Pada saya, tidak ada perlunya dipaksa. Fokus kepada ‘kuat’kan skil anak dalam menguasai bunyi tersebut. Video di bawah adalah bunyi-bunyi huruf yang digunakan dalam sistem Jolly Phonics. Bagi ibu2 yang anak2 menggunakan sistem lain di sekolah, perlu dengar dan kuasai semua bunyi2 itu, untuk bantu anak mengeja.

Buat sementara itu, teruskan usaha untuk tingkatkan skil anak-anak untuk membaca sight words, perlahan-lahan. Dan seterusnya mengeja.

6. REWARD

Selalunya selepas setiap sesi mengeja, saya reward Aleeyah. Selalunya dengan sticker je lah..Hihi. Saya tidak tekankan samada salah atau betul. Saya lebih tekankan usaha mereka untuk buat sesuatu perkara.

7. KONSISTEN

Saya rasa, yang paling penting ialah konsisten. Walaupun mungkin anak sudah dapat kuasai, saya lihat apabila tidak dibuat dalam tempoh yang lama, dia lupa.

Daripada apa yang saya lalui, untuk membuatkan anak dapat ‘tangkap’ perkataan-perkataan baru yang kita baru perkenalkan, saya perlu konsisten bantu dalam 3 hari ke 7 hari. 5 minit sehari sudah cukup. Sampai dia betul-betul kuasai.

14

Kemudian, mungkin boleh ulang semula perkataan-perkataan itu selepas 2 minggu. Untuk lihat samada dia ingat atau tidak. Sekiranya ibu2 yang saya hormati ada buku-buku seperti yang saya tunjuk di atas (samada untuk membaca atau latihan), adalah lebih bagus kerana anak-anak dapat buat sendiri, pada bila-bila masa yang mereka mahu.

8. BE CREATIVE

Kadang-kadang, untuk mengelakkan daripada bosan, kami buat aktiviti mengeja cara yang lain sedikit – guna Word Bank. Di dalam kotak ini, Aleeyah isikan perkataan-perkataan baru yang dia jumpa semasa membaca buku-buku cerita.

20131005_105228

20131005_110638

Dan satu lagi, kami juga ada buku untuk anak-anak praktis mengenal, membaca, menulis dan mengeja sight words. Saya lihat buku ini banyak juga membantu. Alhamdulillah. Semoga saya dapat berkongsi sedikit tentang buku ini di masa hadapan. Biiznillah..

20131005_181750

Antara latihan yang Aleeyah buat. Dia ‘tick’ sendiri sebab ‘cikgu’ kat rumah ni tak sempat nak cek! 😛

20131005_181851

Hihihi. Latihan Aleeyah buat sendiri juga. ‘Cikgu’ tak cek juga…Latihan ni saya lihat dapat bantu dia untuk menguasai skil membaca, berfikir dan mengeja.

Selain daripada itu, kami juga buat aktiviti sambilan seperti – mengeja nama kawan-kawan dia, mengeja nama cerita kegemaran dia :), atau apa sahaja yang terfikir di kepala! 🙂

🙂

Ya, itulah langkah-langkah yang saya buat di rumah untuk bantu Aleeyah, dan sekarang Azeem pula (baru bermula). Pastinya tidak sempurna. Macam-macam lagi yang boleh dipertingkatkan. Saya cuba apa yang saya mampu untuk buat bersama-sama anak-anak. Pada saya, bukannya mudah. Only Allah can help and ease the situation. 

Semoga post kali ini dapat memberi idea kepada yang memerlukan. Dan sekiranya ibu2 yang dihormati ada idea2 tambahan, saya sangat hargai jika dikongsi bersama. 🙂 Jazakumullahukhairan! 🙂

15

Advertisement

3 thoughts on “Jom Tolong Anak-Anak Mengeja (Spelling)!

  1. Pingback: How to Help Children to Learn Sight Words? : Step by Step | A Mom's Journey

  2. terima kasih..membantu sgt@

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s