A Mom's Journey

Enjoying life as a mom

Mama, I can Write My Name!

Leave a comment

Azeem Belajar Tulis Nama! πŸ™‚

Di sekolah Aleeyah dan Azeem, kanak-kanak (sejak berumur 3 tahun) di ajar perlahan-lahan untuk menguruskan diri mereka sendiri.Β Mereka perlu tukar baju sendiri, pergi ke tandas, uruskan beg dan lunch box, makan dan minum, dan sebagainya. Kesimpulannya, saya lihat mereka mahu kanak-kanak belajar menguruskan diri sendiri semaksimum mungkin, dengan minimum pertolongan daripada orang dewasa.

School

Kebanyakan peralatan sekolah adalah ‘child friendly

Saya lihat, di antara cara untuk melaksanakan sistem pengurusan diri sendiri ini dengan berkesan ialah – labelkan tempat-tempat dan barang-barang tertentu dengan nama setiap pelajar. Contohnya seperti ruang untuk letak beg dan lunch box di bawah ini.

image

And guess what, Azeem did not know how to spell his name!! Huhu. Azeem pun belum kenal huruf sangat lagi.. πŸ™‚ Ni antara kerja terawal Azeem, dia tulis nama dia ‘Am‘! πŸ˜›

Am

Kemudian, saya lihat ada ‘tambahan’ huruf sedikit, jadi ‘Aeem‘. Hihihi. Kesian pulak saya tengok. Maka, saya pun cuba ‘tiru’ cara cikgu dia – buat latihan ‘menulis’ nama. Setiap pagi (kalau siap awal), Azeem praktis tulis nama dia. Dan di sekolah sudah pasti memang setiap hari cikgu dia buat.

Aeem

Aeem!! πŸ™‚

Tulis Nama

Sekolah Azeem menggunakan tulisan ‘cursive‘, jadi di rumah saya juga perlu ajar mereka menggunakan tulisan ‘cursive‘.

Tulis Nama On Board

Bila nampak dia sudah ada keyakinan sedikit, saya beri galakan untuk dia tulis di atas ‘board‘. Tulis sendiri, tanpa ada ‘dot dot’ untuk di’trace‘.

SubhanAllah! Alhamdulillah, dalam sebulan, dapatlah dia tulis nama dia sendiri, independently, tanpa bantuan orang dewasa dan tanpa ‘dot dot’. Dan sebenarnya dia tak kenal pon lagi huruf tu semua! LOL! Tapi oleh kerana dia tulis setiap hari, dia dah hafal! Dan dalam masa yang sama, bila dia belajar huruf ‘e’ contohnya, dia pernah cakap, “Mama, this is like my name!”

Azeem

Isn’t it wonderful to see how our kids learn? They are like sponges! Absorb anything we give them.. πŸ™‚Β Lain budak, lain perkembangannya. Saya tak boleh nak bandingkan dia dengan kawan-kawan dia, atau Aleeyah, kerana perkembangan otak masing-masing berbeza. So I keep telling myself – Why worry? Chill and enjoy the moment! πŸ™‚

Dan sekarang dia sudah mula belajar Arabic, dan adakalanya inilah pulak yang terjadi! Hahaha

Terbalik

It’s OK, take your time, son! πŸ™‚ May Allah make it easy for you..

This is what we did..

Skil yang diperlukan: Anak boleh pegang pensil.

1. Print page seperti ini. Klik link di bawah gambar untuk download ya:

Name Writing

http://www.sparklebox.co.uk/thumbs311-315/sb313prev.html#.UlL2yVBOKxl

2. Tulis nama anak guna marker.

3. Laminate. Sediakan satu white board marker..

4. Anak tulis setiap hari, guna white board marker. Boleh dipadam, jadi boleh diguna berkali-kali. Tulis sekali sehari pun dah memadai…

Kadangkala, cuba beri galakan untuk anak tulis di atas kertas kosong. Mungkin ada anak yang ‘mengelak’. Apa yang saya perhatikan, anak saya mengelak kerana dia kurang yakin, bukannya sebab malas atau apa. Dia tak mahu salah. Maka, saya suka beritahu mereka, “It’s OK if we make mistakes. That is how we learn.” Kalau tulis satu huruf pun takpa. Terus je praktis..Hihihi

Link ni lagi best, boleh edit dan print terus nama anak! πŸ™‚

Name Editable

http://www.sparklebox.co.uk/thumbs316-320/sb319prev.html#.UlL4ZlBOKxk

And they will be super happy to be rewarded with this certificate! InsyaAllahΒ πŸ™‚

Cert Write Name

http://www.sparklebox.co.uk/3351-3360/sb3357.html#.UlL9xFBOKxl

Itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga dapat memberi manfaat. Jazakumullahukhairan πŸ™‚

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s