Painting!
Salah satu aktiviti yang anak-anak saya sangat suka! Dan saya pun suka! 🙂 Pagi ini, Aqeel buat aktiviti painting.
Objektif:
- Untuk bantu kuatkan jari tangan Aqeel – pegang berus dan span.
- Aqeel ‘explore’ beberapa peralatan yang boleh digunakan untuk painting – tangan/jari, berus dan span.
- Pengenalan kepada warna, dan lihat perbezaan bila warna dicampurkan.
- Tunjuk dan biasakan Aqeel untuk tahu bahawa – “Here is where we can paint or write. No writing on the wall, or on furniture!“. Hihihi. Peraturan ni kena implement perlahan-lahan, sebab tengok dia dah mula faham. (Aqeel sangat suka menconteng!)
Let’s Paint!!
Peralatan yang Diperlukan
Ini sahaja yang kami guna:
- Easel dan kertas (mudah dan seronok sket).
- Berus dan span. Saya beri dia guna berus yang agak besar, supaya jari dia tak sakit nak pegang berus yang kecil.
- Warna air dan glitter.
- Apron! 🙂
- Bekas leper. Berdasarkan pemerhatian saya, untuk toddler, bekas begini lebih sesuai. Kerana, selalunya mereka berminat untuk ‘cop’ guna tangan. Jadi bekas tu mesti agak besar supaya muat tangan anak. 😉
Guna beberapa warna dan glitter untuk beri dia peluang ‘explore‘ apa yang berlaku kalau dia campurkan warna-warna tersebut.
Apa nak dilukis?
Saya langsung tidak fokus kepada apa yang hendak dilukis. Saya beri kebebasan sepenuhnya kepada Aqeel untuk hasilkan artwork dia! 🙂 He is the artist!
I Can Do It, Mama!
Yeaahh. Maka, dia pun mula dan buat sendiri artwork ikut suka hati dia. Saya tetap ada dengan dia untuk tunjukkan macam mana nak gunakan setiap peralatan. Kemudian, dia teruskan sendiri. Selain itu, saya juga nak pastikan dia ‘paint‘ cuma atas kertas! Bukan atas dinding! Hehehe, ini kan antara objektif utama!
Saya percaya apabila kanak-kanak hasilkan artwork, mereka perlu diberi kebebasan untuk hasilkan sendiri artwork tersebut. Kreativiti dan skil berfikir agak terbantut sekiranya orang dewasa suka ‘intervene’ kerja kanak-kanak.
TAADDAAAA!!! Ini hasilnya lukisan Aqeel (lagi 5 hari berusia 2 tahun)
Balik sekolah, Aleeyah bagi Aqeel sticker (rocket) atas usaha dia. LOL!
Dan sudah pasti, sebaik sahaja selepas habis aktiviti, saya bawa Aqeel basuh tangan, sebelum dia cop dinding dan perabot rumah. Hihihi. Sebenarnya pada saya, ini penting. InsyaAllah, bila dah biasa (dalam 4 tahun ke atas), anak-anak boleh diberi kebebasan buat painting sendiri, pada bila-bila masa mereka suka. Tetapi Rule#1 Make sure you clean up. Any ‘artwork’ is on the paper, not on the wall. Selagi Rule#1 tidak dipenuhi, segala aktiviti painting kena berada di bawah kawalan mama. 🙂
Findings
- Aqeel sangat fokus bila buat painting! Boleh latih dia fokus rupanya dengan buat painting ni.
- Aqeel faham kat kertas je boleh lukis! Yahhoooo!! Alhamdulillah! May Allah make it easy for me to train him!
- Masih belum kuat pegang berus dan span. Masih perlukan bantuan untuk cop span dan tangan. Let’s continue to do activities, son! 🙂
- Apron besar sangat! Hihihi. Kena buat satu lagi untuk dia!
Fokus!
Semoga dapat memberi idea kepada sesiapa yang memerlukan! Jazakumullahukhairan!