Pengenalan
Pada pendapat saya, untuk mengajar anak-anak kecil, saya sebagai ibu perlu mempunyai beberapa ‘skil’ dan pengetahuan, supaya saya dapat mengajar mereka dalam situasi yang gembira. Tanpa perlu memaksa dan mendera mereka. Saya dapati, anak-anak lebih cepat ‘tangkap’ sesuatu perkara yang dipelajari apabila mereka seronok melakukan perkara tersebut. Dan yang saya mahu ialah supaya mereka ‘suka belajar’ dan lihat belajar sebagai suatu perkara yang menyeronokkan. Bukan satu ‘nightmare‘.
Berusaha untuk timbulkan minat anak-anak. May Allah make me steadfast.
Berdasarkan pengalaman, saya dapati, kebolehan ini sebenarnya tidak diperolehi ‘overnight‘. Tidak semudah, “Saya baca buku psikologi kanak-kanak dan saya boleh terus implement.” Ia perlu melalui proses. Proses di mana saya PERLU belajar daripada anak-anak saya sendiri. Dan sudah tentu, it is with the help of Allah. Without Allah, I can’t handle it!
I learned a lot from my children (and still learning!). Whether it was a good experience, or it looked like it was a bad experience, but SubhnaAllah, those experiences taught me tonnes of lessons. The most important one is – TO BE PATIENT!
Sekiranya ada ibu2 yang rasa, “Kenapa la aku jadi singa setiap kali nak ajar anak ni?”. Hihihi. I think there is no worry. We are human and we are not perfect. As long as we realize and always looking forward to improve by asking Allah for help, Allah will for sure help! InsyaAllah di sini, saya kongsi sedikit tips berdasarkan pengalaman. But again, the ultimate help is from Allah! He knows your situation. I don’t! 🙂
Here we go, the #1 Tips!
#1 EXPECT NO RESULT
Hihi. Sounds not right, ha? 🙂
Untuk setiap sesi belajar dengan anak, contohnya apabila saya ajar Azeem huruf ‘s’, saya tidak letakkan target bahawa di akhir sesi, Azeem kena tahu sebut ssssss apabila saya tunjuk ‘s’. Saya TIDAK letakkan harapan itu! Target yang saya letakkan ialah –> Untuk bantu Azeem kuasai bunyi huruf ‘s’, ‘a’, ‘t’, ‘i’, ‘p’ dan ‘n’. Tempoh masa untuk dikuasai adalah bergantung kepada Azeem, bukan saya yang tetapkan.
Apa yang saya buat ialah saya terus ajar dia, dengan pelbagai cara – menulis, guna sticker, memadankan huruf dengan perkataan-perkataan yang bermula dengan ‘s’ (seperti spider, sun), flash card, atau apa sahaja untuk perkenalkan huruf ‘s’ dengan bunyi sssss. Sekiranya dia boleh sebut sss Alhamdulillah. Kalau tak boleh sebut, pun Alhamdulillah juga. Hihihi. What matters is, he is learning!
Grow an ‘s’! 🙂
Sticker aktiviti untuk timbulkan minat.
Azeem buat ‘My Sound Book‘. Untuk biasakan dia dengar bunyi ‘ah’ (untuk huruf ‘a’) pada awal perkataan bagi kesemua perkataan-perkataan tersebut.
Saya ulang pada keesokan harinya. Sekiranya dia sudah nampak macam faham, dan boleh bunyikan ssss, saya tambah huruf baru ‘a’ yang berbunyi ‘ah’. Seperti sebelumnya, saya tidak harap dia dapat kuasai ‘s’ dan ‘a’ pada hari kedua.
*Semoga di masa hadapan saya dapat kongsi step-by-step macam mana saya ajar dia mengenal bunyi huruf. Biiznillah.*
Kenapa?
Secara ringkasnya, ia adalah kerana otak kanak-kanak masih melalui proses pertumbuhan. Kita tidak boleh anggap mengajar kanak-kanak awal usia (0-5 tahun) adalah sama seperti mengajar kanak-kanak yang lebih besar atau orang dewasa. Mereka sebenarnya serap apa yang kita cakap, tetapi adakalanya mereka tidak berkebolehan untuk ‘express‘ semula. Maklumat itu disimpan di dalam otak. It is just the way how the brain develops at young age.
Tugas kita sebagai orang dewasa cuma perlu ‘beri’ sahaja. Dan SubhnaAllah, lihatlah, when the times comes, he will let it out! We will be amazed! 🙂 Seperti mana mereka belajar bahasa, di mana mereka ‘serap’ semua vocabulary yang kita gunakan seharian, sebelum umur lebih kurang 2 tahun. Kemudian apabila mereka mula bercakap, dengan ‘jayanya’ mereka gunakan perkataan-perkataan tersebut!
At this age (2), he is absorbing everything from his environment.
Sekiranya saya paksa, saya sebenarnya sedang paksa dia mengeluarkan sesuatu diluar kemampuan dia. Dan yang lebih tak best, saya mungkin boleh menjadi penyebab kesan-kesan yang lain ke atas anak – seperti kurang keyakinan diri, sifat pasif dalam belajar, dan sebagainya.
Maka
Saya percaya, sebagai ibu saya cuma perlu beri dan beri sahaja. Walaupun tiada feedback dan mungkin adakalanya tiada fokus, subhanAllah, they are actually listening and absorbing! Berdasarkan apa yang saya lalui, selalunya anak saya tiada respon apabila:
- Belajar perkara yang sangat baru, yang tidak pernah dipelajari. Mungkin dia blur, “Apa la yang mama tengah ajar ni..” Hehehe.
- Dia penat.
- Dia tidak yakin, yang menjadikan dia takut hendak mencuba. Keyakinan inilah yang saya perlu pupuk, supaya dia berani mencuba sesuatu yang baru dan tidak takut untuk buat salah. Sekiranya saya marah, dia akan terus pasif dan mengelak.
Aqeel pula sedang belajar menggunakan pensil. Tengok betapa semangat nak ambil pensil! Panjat atas meja! Azeem pula boleh mula belajar bersabar..Hihih!
Selamat Mencuba! 🙂 So we just have to be patient. 🙂 What I see,
EXPECT NO RESULT = NO STRESS = ENJOY LEARNING! –> KIDSÂ LEARN FASTER!
(Magic kan?) 🙂 Wallahu’alam. Allah knows the best. Jazakumullahukhairan!