Cuti sekolah Aidiladha bermula 11 Oktober 2013 lalu, selama seminggu sempena sambutan Aidiladha. Yiippee! Mama dapat rehat jugak. Hihih.
Pada 12 Oktober 2013, kami bawa anak-anak ‘jalan-jalan cari pengalaman’ di Al Ain, United Arab Emirates. Jarak Al Ain daripada Dubai adalah lebih kurang 140 km. Agak jauh, tetapi Alhamdulillah sistem highway adalah bagus. Maka, perjalanan kami cuma mengambil masa lebih kurang satu setengah jam untuk pergi dan pulang. Seperti di Malaysia, highway di sini juga ada banyak ‘stop‘ untuk solat, isi minyak dan makan. 🙂
Selesa perjalanan. Alhamdulillah 🙂
Al Ain juga terletak di sempadan UAE-Oman. Boleh masuk Oman daripada sini. Sudah pasti dengan passport ye. 🙂
Pembangunan Al Ain tidak sepesat Dubai. Itulah sebab utama kami ke sana! Untuk melihat dan belajar kehidupan tradisi masyarakat UAE, yang tidak dapat kami lihat di Dubai. Yang best ialah tempat-tempat kami pergi hari tu semuanya percuma! Hihihi..Who says we need to pay a lot to have fun? 🙂
Sheikh Zayed Road, Dubai. Dubai adalah sebuah bandar yang sangat pesat membangun.
Salah satu tempat yang kami lawati ialah – AL AIN CENTRAL MARKET. Pasar!
SubhnaAllah! Yang bestnya, pasar ni jual haiwan hidup! Dan kebetulan, raya nak dekat, jadi sangat banyak haiwan yang ada di pasar pada hari itu. Saya dan anak-anak sangatlah teruja sebab tak pernah tengok cara jual-beli haiwan hidup semudah itu.
Haiwan pertama kami jumpa ialah – Kambing! Kebanyakannya kambing biri-biri. Kita boleh pilih mana sahaja kambing yang kita suka. Agak sukar saya hendak bertanya kerana kebanyakan penjual tidak bertutur English. Mereka cuma cakap Arab dan bahasa ibunda mereka – Pakistan. Sebenarnya sayalah yang rugi sebab belum kuasai bahasa Arab lagi! Tetapi Alhamdulillah, ada juga yang dapat bertutur sedikit dalam English, maka dapatlah sedikit sebanyak saya faham apa yang berlaku.
Anak-anak teruja tengok ‘lautan kambing’ 🙂
Khusyuk Aqeel tengok kambing biri-biri! Live!
Another species. Tapi saya tak tahu, ini sebenarnya kambing biasa atau kambing biri-biri. Bulu nampak macam panjang sikit dari kambing yang kita ada di Malaysia. Sesiapa yang tahu, boleh share di ruangan comment ya. Jazakumullahukhairan!
Species ini adalah species terbesar saya tengok pada hari tu. Daripada Saudi Arabia. SubhanAllah, tinggi daripada Aqeel!
Mereka bahagikan kambing mengikut species (kandang berasingan). Jadi pelanggan boleh senang memilih. Saya tengok Pak Arab masuk je dalam kandang ni dan pilih yang mana suka! Super cool sebab saya takut nak masuk dalam kandang tu! 😛
Kambing yang telah dipilih. Pelukan terakhir! Hihihi
Mak Arab pun ‘shopping‘ kambing 🙂
Di belakang kawasan kambing, ada kandang jualan unta pula!
SubhanAllah! Tak payah pergi zoo. Boleh lihat ‘lautan’ unta kat sini. Hihihi. Mamanya yang teruja lebih sebenarnya.
Unta ni peramah. Bila Azeem datang dekat, dia ‘tegur’ Azeem! How cute!
Aleeyah pulak datang, seekor lagi tegur! Hihihi.
Bila nampak anak-anak saya sangat suka tengok unta-unta ni, ada seorang penjual yang kata pada saya, “Bibi..Bibi..” “Come, come“. Rupanya nak tunjuk pada kami bayi unta! Dia bawa kami ke tempat bayi unta. 🙂
MasyaAllah. Super cute! Manja pulak tu.
Ketinggian bayi unta lebih kurang tinggi kanak-kanak. Memang sangat manja! Suka datang dekat dan nak dipegang. 🙂
Kami sempat juga tengok bagaimana mereka perah susu unta 🙂 Ada seorang Pak Arab yang hendak beli susu, maka mereka terus perah. Fresh! Untuk ‘initiate‘ proses memerah, mereka bawa anak unta untuk menyusu dengan ibu unta tersebut. Kemudian, mereka perah. MasyaAllah! Susu unta sangat banyak. Sekejap sahaja dah penuh satu mangkuk!
Sungguh senang proses jual-beli susu unta ni. Tak perlu proses. Cuma untuk yang tak biasa, mungkin tak dapat nak minum kot. 😛
Seperti di Malaysia, ada juga lembu. Oleh kerana kami sudah biasa tengok lembu, jadi kami singgah sekejap je. 🙂
Dan satu lagi yang menarik di sini ialah – kawasan ‘car-boot sale‘! Hihihi.. Untuk sesiapa sahaja yang mahu menjual kambing, dari lori.
Sangat banyak lori yang datang untuk jual kambing-kambing mereka.
Bila pelanggan dah pilih. Penjualnya pikul sahaja kambing keluar daripada lori! 😛 Kuat dan sabar sungguh depa ni.
SubhanAllah! Menarik sungguh dapat lihat cara mereka berjual beli. Mudah dan straight forward. Suatu pengalaman yang tidak pernah kami rasai di Dubai, kerana kami beli dari Supermarket. Hihihi. Betul lah orang kata, sekiranya kita hendak belajar cara hidup tradisi masyarakat tempatan, kita perlu pergi ke kawasan luar bandar. Nah, baru kami dapat alami kehidupan masyarakat Arab yang sebenar! Alhamdulillah!
We enjoyed the trip! Short yet precious experience. It was in a market but we felt we were in a zoo 🙂 Hope the kids learn about the ‘real life’ from this trip.
Itu sahaja perkongsian kali ini. Jazakumullahukhairan! 🙂 Eid Mubarak to you and your family!