A Mom's Journey

Enjoying life as a mom

Cara Seronok untuk Bantu Anak Membina Ayat – Buat Poskad!

Leave a comment

Hari ni kami buat poskad! 🙂

Cikgu Aleeyah ada beri satu homework untuk dibuat semasa cuti Eid-ul-Adha ini. Setakat ini, saya suka dengan homework sekolah Aleeyah. Hehe. Homework yang pertama dulu, dia perlu reka superhero. Dan kini yang terbaru ialah – Buat Poskad! Idea-idea menarik yang buat kanak-kanak teruja dan tidak bosan nak buat.

Objektif:

  • Supaya Aleeyah tahu bahawa dia perlu menggunakan huruf besar bagi huruf pertama, di permulaan ayat.
  • Membiasakan diri untuk letak titik noktah di akhir ayat.

writing

Nampak ringkas, tetapi bagi kanak-kanak awal usia seperti Aleeyah, saya perlu bantu dia langkah demi langkah supaya dia faham apa yang dia sedang buat.

Idea Must Come from Aleeyah

Saya mahu idea dan perkataan ‘keluar’ daripada Aleeyah sendiri. Saya cuba untuk galakkan dia berfikir secara aktif bagi setiap tugasan yang dia perlu buat, bukan untuk mengharapkan saya ‘suap’ dia sentiasa. Memang cara ini akan memakan masa yang lebih lama, dan kesabaran yang lebih kerana saya perlu bimbing dia dari mula hingga akhir. Lebih mudah dan cepat kalau saya cuma tulis ayat, dan dia salin. Tetapi saya percaya dia tidak akan belajar sekiranya saya ‘suap’ dia sebegitu. She needs to actively think and manage her own work. May Allah grant me patience to be steadfast.

idea-clipart

1. Senaraikan tempat yang dilawati.

Langkah pertama, saya minta Aleeyah tuliskan semua aktiviti2/tempat2 yang kami telah lawati sepanjang seminggu ini. Ada sedikit kekangan, bila Aleeyah kata,

Mama, I don’t know how to spell those places.” Dan saya cuma kata,

It’s OK. Don’t worry about the spelling. Just write whatever you can. And you can refer to picture in my phone, kalau ada tulis nama tempat.”

*Apa yang saya perhatikan, apabila anak saya buat begini, maknanya ialah dia sedang berada dalam ‘zon’ kurang yakin. Dia takut salah. Apabila takut, ia menjadi penghalang untuk dia mencuba. Saya lihat di sini, cikgu-cikgu tak marah sekiranya mereka buat silap. Saya pernah berborak dengan cikgu Aleeyah di Foundation Stage, dan dia beritahu saya bahawa di kelas, dia kadang-kadang memang sengaja buat salah seperti salah tulis, atau salah eja. Untuk tunjukkan kepada kanak-kanak bahawa bukan satu ‘dosa’ untuk buat kesalahan (Ini kesalahan dalam pembelajaran akademik, bukan kesalahan disiplin. Saya lihat mereka memang ambil berat tentang sikap dan disiplin kanak-kanak). Mereka gunakan pendekatan ini untuk jadikan kanak-kanak seorang yang berani mengambil risiko. Pendekatan yang biasanya saya cuma baca secara teori. Saya suka apabila berpeluang untuk lihat ia digunapakai.*

mistakes

Maka, dia pun senaraikan tempat-tempat yang dia ingat.

Senarai tempatPerkataan terakhir mama yang tulis sebab nak cepat, kena masak! 😛

Memang ada kesilapan ejaan di sana sini. Dan saya tidak betulkan langsung ejaan tersebut. Saya cuba untuk lakukan ini seperti ‘brain storming activity‘, di mana, kita tidak boleh betulkan atau bangkang cadangan orang. Ia akan membantutkan idea untuk berfikir. Hihihi. Mama kena jadi macam Project Manager, OK! 😛

2. Pilih yang Paling Disukai

Saya minta Aleeyah pilih 2 aktiviti yang paling dia suka. Dia pilih ‘Beach‘ dan ‘Cafe Ceramique‘. Sebenarnya cikgu suruh buat satu je. Dan Aleeyah pun baru je siapkan satu poskad, maka saya kongsi proses untuk menulis satu poskad sahaja ye – ‘Beach’.

3. Print Gambar Poskad

Untuk buat aktiviti ni lagi menarik, saya print gambar2 Aleeyah di pantai dan Cafe Ceramique untuk dijadikan poskad. 🙂 Sebenarnya cikgu dia suruh tulis atas kertas kosong sahaja, tapi rasa macam tak syok. 😛

postcards

4. Bina Ayat 

Mula-mula, saya minta Aleeyah bina ayat secara lisan. Pada awalnya, saya tidak beri contoh ayat. Saja nak tengok kebolehan Aleeyah mengeluarkan idea sendiri. Tetapi saya lihat dia agak blur, maka saya mulakan dengan ayat, “I went to..” Kemudian, secara lisan, Aleeyah bina ayat berdasarkan pengalaman dia tempoh hari. Seterusnya, dengan bantuan, Aleeyah bina ayat dan tulis di atas kertas.

bina ayat

Sekali lagi, saya biarkan sahaja Aleeyah tulis mengikut ejaan yang boleh dia fikirkan. Saya tidak mahu dia patah semangat apabila saya terus betulkan kesalahan dia semasa dia sedang ‘mengeluarkan’ idea.

5. Periksa Ejaan

Selepas Aleeyah habis tulis ayat-ayat yang hendak ditulis, baru saya cadangkan kepada Aleeyah untuk periksa beberapa ejaan dia. Dan sekali lagi, saya tak nak ‘suap’ Aleeyah. Saya minta Aleeyah fikir kembali ‘bunyi’ gabungan huruf secara phonics dan ‘rujuk’ kepada dictionary (dengan bantuan saya kerana Aleeyah belum menguasai skil untuk cari perkataan dari dictionary).

betulkan ejaanSaya bulatkan perkataan-perkataan yang boleh diperbaiki.

ejaanAleeyah betulkan ejaan dia. Ini berdasarkan bunyi ‘phonics‘ yang dia pernah belajar.

rujuk kamusRujuk dictionary untuk perkataan-perkataan yang dia belum boleh eja secara phonics seperti sand castle.

6. Tulis Semula

Langkah seterusnya, Aleeyah tulis semula ayat-ayat yang dia telah bina, dengan ejaan yang telah diperbetulkan. Semua perkataan adalah daripada Aleeyah, kecuali satu – ‘built’. Sepatutnya saya tak boleh buat camtu. Tapi nak buat jugak! Hihihi. Dan saya juga betulkan sedikit grammar. Hihihi. Dan kali ini, saya perlu ingatkan Aleeyah supaya dia menggunakan huruf besar (capital letter) untuk huruf pertama di awal ayat, dan menggunakan titik noktah di akhir ayat.

7. Tulis di atas Poskad!

Yeeaaahhh! Now she can write on the postcard! Aleeyah tulis poskad untuk cikgu dia!

tulis poskad

8. HASILNYA!

Alhamdulillah, siap jugak satu poskad hari ni! Inilah hasilnya. Untuk lagi syok, saya print setem Dubai sekali! A fun and a ‘different’ way to learn to write..

Poskad

poskad

Banyak lagi yang perlu saya baiki, untuk ajar Aleeyah membina ayat. Sebenarnya, bahasa bukanlah ‘bidang’ saya. Rasanya sesiapa yang baca blog ni boleh kesan dari awal lagi. Hihihi. But still, I need to help my children, as much as I can. So, I need to learn too. Semoga dapat beri idea kepada yang memerlukan. Dan kepada sesiapa yang hendak berkongsi cara yang dibuat di rumah atau di sekolah, untuk membantu kanak-kanak kecil membina ayat, please do share ya. 🙂

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Jazakumullahukhairan! 🙂

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s