A Mom's Journey

Enjoying life as a mom

Aqeel is Painting (2)

1 Comment

Alhamdulillah, today, Aqeel did a painting ‘job’ again. πŸ™‚

Objektif untuk kali ini ialah:

1. Kuatkan jari jemari kecil dia, dengan menggunakan span kecil untuk painting.

2. Nak tengok samada dia sudah ‘familiar‘ dengan ‘painting tools‘ yang kami gunakan minggu lepas atau tidak – tangan/jari, berus dan span besar.

At the end, I actually came out with another findings! Hihihi. Apakah? Moh saya share ye. Biiznillah..

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan kali ni sama sahaja dengan yang kami gunakan minggu lepas, cuma kali ini saya guna span saiz kecil.

Bahan-bahan

  1. Berus.
  2. Span kecil (saya koyak2 dari span basuh pinggan :P).
  3. Warna air.
  4. Bekas leper.
  5. Easel.
  6. Apron. Yey! Saya jumpa bib makan diorang yang lama dah tak guna. Tak payah la jahit apron baru. Hihihi.

new apron!

Lagi best ‘apron’ ni. Sampai ke leher! πŸ™‚

Alhamdulillah, dia dapat menggunakan semua tools yang pernah dia guna minggu lepas dengan baik – berus, tangan/jari dan span besar. Dia ingat! πŸ™‚

warna

Saya sengaja lukis bulatan dan bunga. Nak tengok samada dia ada ‘attempt‘ nak lukis. Belum lagi nampaknya. Dia warna bulatan tu. Hihi πŸ™‚

tangan

Cop guna tangan ni la kesukaan dia.

Untuk menggunakan ‘tool‘ baru iaitu span kecil, saya perlu tunjukkan dahulu kepada Aqeel. Kemudian dia boleh buat sendiri. Aktiviti ini adalah untuk menguatkan jari dia. Kekuatan jari penting untuk membolehkan dia menulis di masa hadapan.

span kecik

Pegang dan kutip benda-benda kecil adalah bagus untuk kuatkan jari toddler. Kutip beras, kacang semua tu bagus. Cuma kena pantau sebab takut masuk mulut. Aqeel tengah ‘kaji’ span ni. Tatau la apa yang dia fikir. Lama jugak dia picit2, tengok span tu.

Cop

Cop cop!

Daripada aktiviti ini, saya boleh lihat yang Aqeel belajar satu demi satu. Dan dia perlukan bimbingan pada awalnya, sebelum dapat berdikari danΒ come up with his own idea. Di sini lah peranan saya dan seseorang dewasa yang lain (samada ibu/bapa atau guru), untuk faham bahawa, untuk anak-anak menguasai sesuatu skil, seperti memegang pensil, membaca atau mengira, ia tidak berlaku secara ‘magik’. Kanak-kanak perlu dibimbing perlahan-lahan,Β step by step. Dan apa yang mudah bagi kita sebenarnya adalah sesuatu yang ‘mencabar’ untuk mereka. Jadi pada pandangan saya, adalah tidak wajar mereka dimarahi sekiranya mereka tidak tahu…

Deviation from Plan!

Kemudian, saya tengok tiba-tiba Aqeel berminat nak buat benda lain. Dia warna botol warna daaa… Tak pernah dia warna botol. Dan tak pernah Aleeyah atau Azeem warna botol tu.

warna botol

Aqeel juga dengan ‘yakin’nya cakap “DahΒ purple, dah purple“. Hihihi. Suka hati dia nak cakap warna apa pun. πŸ™‚ Dan sambil cerita apa dia buat. “Bola Aleeyah, bola Abang.” Semua benda atau bentuk bulat dia panggil bola. Hehe. Habis warna satu botol dia kata, “Done“, lepas tu dia ambil botol seterusnya.

Saya fikir kenapalah dia buat macam tu. Kemudian baru teringat, Khamis lepas kami bawa anak-anak mewarna ceramik. Mungkin dari situ dia nampak kakak dan abang mewarna barang 3D instead of 2D. Sebenarnya dia juga patut warna satu ceramik, tetapi dia ber’drama’ (menangis) dengan jayanya.

Azeem painting

SubhnaAllah! He was actually trying to apply what he saw a few days ago! Walaupun pada masa tu dalam keadaan ‘berdrama’.

It is amazing! Melihat bagaimana kanak-kanak serap semua perkara yang dia nampak, lihat dan rasai di sekeliling dia. Dan selalunya, diorang tak perlu fokus pun. Sekali imbas tengok atau dengar pun dah cukup untuk masuk dalam otak mereka! Sebagai ibu, saya cuma perlu perhatikan dan cuba faham mengapa dan apa puncanya dia melakukan sesuatu perkara, supaya saya tidak hangin. Hihihi. Bukan mudah. Only Allah can help. πŸ™‚

Findings

  • Alhamdulillah Aqeel dah boleh guna semua ‘tools‘ yang pernah diperkenalkan kepada dia.
  • Jari masih belum kuat. Boleh buat banyak aktiviti guna jari lepas ni. Hihi.
  • An activity with a child shall be an ‘open activity’. Child driven, not adult driven. The more freedom we give for a child to decide, the more beneficial the activity will be! Tapi, masih perlu ikut ‘behavior guideline‘ lah. πŸ™‚
  • Dan Alhamdulillah, Aqeel sudah faham untuk ‘clean up‘ selepas tamat aktiviti. Dia bawa semua botol tu, dan ikut saya ke bilik air untuk basuh botol dan basuh tangan. How cute!

Gelak

Sekian perkongsian saya kali ini. It’s so much fun to see how kids learn!

Jazakumullahukhairan πŸ™‚

Advertisement

One thought on “Aqeel is Painting (2)

  1. Pingback: Mewarna Seramik @ Cafe Ceramique | A Mom's Journey

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s