Salah satu permainan yang bagus untuk toddler ialah – BLOCKS atau BRICKS. Yang menariknya, saya lihat, mereka secara semulajadi akan susun bricks tersebut bertingkat-tingkat, ke atas. Tanpa perlu diajar. Saya tidak dapat ingat dengan tepat, pada usia berapa anak-anak saya mula berminat untuk susun bricks, tetapi secara anggaran, selalunya bermula lebih kurang pada usia setahun.
Main blocks atau bricks ini dapat membantu anak-anak dalam:
- Meningkatkan skil motor halus (menguatkan otot-otot di jari dan tangan comel mereka :))
- Mengawal pergerakan tangan.
- Belajar fokus dan bersabar.
- Belajar konsep ’cause-and-effect’, di mana mereka mula berfikir, “Kalau saya buat macam ni, apa jadi?” InsyaAllah saya cuba terangkan sedikit tentang perkara ini ya.
Pada peringkat awal, saya perhatikan, Aqeel struggle nak letakkan satu objek di atas satu objek yang lain. Bila letak, jatuh. Letak, jatuh semula. Dan selalunya. dia akan mengamuk sebab tak dapat nak buat. Setiap kali ini berlaku, saya tenangkan dia, dan bantu dia supaya terus bersemangat nak mencuba. Lama kelamaan, dia perolehi skil tersebut dengan sendirinya, apabila otot jari semakin kuat dan dapat mengawal pergerakan tangan sendiri.
Masa Aqeel berusia setahun lebih, dia memang suka nak susun segala benda ke atas. Bila dapat buat, dia sangat happy 🙂
Bila anak-anak dah mula yakin dia dapat meletakkan satu brick di atas brick yang lain, mereka dengan sendirinya akan pergi ke peringkat seterusnya – buat susunan yang lebih tinggi!
Lego saiz jumbo ni bagus untuk toddler. Mereka boleh ‘explore‘ dan main tanpa kita risau mereka masuk dalam mulut dan tercekik. Lego bersaiz kecil tak sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah.
Ada juga satu jenis bricks yang lebih besar untuk mereka main. Ini Aqeel main di sekolah kakak dan abangnya.
Di atas, anak-anak saya bermain dengan bricks. Bermain dengan blocks juga bagus, malah sebenarnya lebih bagus untuk meningkatkan koordinasi tangan. Ia tiada komponen yang mencantumkan di antara dua bricks (yang bulat-bulat tu), maka adalah lebih mencabar untuk anak-anak kita susun bertingkat-tingkat.
Sedikit Tentang Cause-and-Effect
Next, kadang-kadang selepas mereka susun tinggi-tinggi, dengan sengaja, mereka langgar atau tolak bricks tersebut! Dan gelak. Kemudian mereka bina semula, dan tolak semula! Mereka suka buat macam ni berulang-ulang kali.
Kenapa?
Mereka sebenarnya sedang belajar tentang ‘cause-and-effect‘. Iaitu secara ringkasnya mereka nak tahu, “Bila tolak, bricks jatuh. Dan menghasilkan bunyi.” Dan mereka suka bunyi tersebut. Perbuatan ini dapat meningkatkan daya fikir anak-anak. Mereka mula belajar untuk memahami perkara yang berlaku di sekeliling mereka.
Sekiranya anda berminat untuk lebih memahami tentang cause-and-effect, link ini insyaAllah dapat memberi gambaran yang lebih jelas: http://www.cde.ca.gov/sp/cd/re/itf09cogdevfdcae.asp
What’s Next?
Saya perhatikan, Aqeel setakat ini cuma menyusun ke atas. Saya belum nampak dia ada imaginasi untuk buat istana, rumah dan sebagainya. InsyaAllah saya hendak perhatikan apakah peringkat seterusnya yang akan di’explore‘ oleh Aqeel dan kongsikan dengan ibu2 semua. 🙂 MasyaAllah, it is so much fun to learn from him!
A Component to Check in a Child’s Development Profile
Oh ya, sekadar berkongsi, kebolehan menyusun objek bertingkat-tingkat, adalah di antara ciri-ciri yang dilihat oleh profesional untuk melihat profil perkembangan anak. Bagi umur 2-3 tahun, secara umum, seseorang kanak-kanak dijangkakan dapat menyusun 6 atau lebih objek bertingkat-tingkat. Jadi, sebagai ibu atau bapa, bagus juga kalau kita dapat perhatikan perkembangan anak-anak, supaya sekiranya terdapat sebarang ‘red flags‘, atau anak-anak kita tidak dapat menguasai sesuatu perkara pada usia yang dijangkakan, kita dapat segera intervene dan bantu anak-anak. InsyaAllah, saya akan kongsikan beberapa checklist mengikut umur untuk ibu2 cek perkembangan anak masing-masing. Biiznillah..
Sekian sahaja perkongsian kali ini. Jazakumullahukhairan! 🙂