A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


1 Comment

How to Help Children to Learn Sight Words? : Step by Step

Assalamualaikum Mothers! ๐Ÿ™‚

Di antara komponen-komponen yang penting untuk bantu anak-anak kecil belajar membaca Bahasa Inggeris ialah – Memperkenalkan Sight Words kepada mereka. Sekiranya ibu2 yang saya hormati belum baca postย ‘Helping Young Children to Read: The Four Components’ย , saya syorkan untuk baca entryย tersebut dahulu ya, supaya dapat gambaran yang lebih jelas–> . Klik link di bawah untuk baca:

https://amomsjourney81.wordpress.com/2013/01/21/helping-young-children-to-read-the-four-4-components/

Sight Words

Sumber:ย http://www.education.com/

Seperti yang telah saya bincangkan sebelum ini, memperkenalkan sight words atau ada yang panggil high frequency words atau tricky wordsย dapat banyak membantu anak-anak kita untuk menjadi ‘Confident Reader‘. Sesetengah sekolah/tadika tumpukan kepada Phonics sahaja, atau ada yang tumpukan kepada Sight Words sahaja, tetapi bagi saya, kedua-duanya penting dan saling berkaitan. Di sekolah anak-anak saya di sini juga, mereka pentingkan kedua-dua komponen – Phonics and Tricky Words untuk bantu pelajar-pelajar membaca.

Secara ringkas, sightย wordsย adalah perkataan-perkataan yang kita biasa guna dalam ayat English, contohnya seperti gambar di bawah:

11

Sekiranya kita dapat bantu anak-anak kenal dan hafal perkataan-perkataan ini, ย insyaAllahย akan lebih mudah untuk mereka mula membaca. Dan yang penting, apabila mereka dapat kenal, contohnya dapat kenal ‘I‘, ‘can‘ dan ‘run‘, dia sudah boleh baca satu ayat —> ‘I can run. MasyaAllah, seronok tau anak bila dapat membaca, walaupun cuma satu ayat. Ini dapat timbulkan keyakinan diri dan semangat untuk terus belajar membaca. By the Will of Allah. ๐Ÿ™‚

OK, InsyaAllah saya kongsikan langkah demi langkah ya. Tetapi seperti selalu, saya suka katakan bahawa langkah-langkah ini bukan yang terbaik dan tidak perlu diikuti denganย rigid. Bergantung kepada anak-anak ya dan kreativiti ibu atau guru. ๐Ÿ™‚

Ada 5 Langkah atau Steps:

  1. Picture Books
  2. Introduce Sight Words
  3. Enrichment
  4. Spelling
  5. Continuous Improvement and Monitoring

Oh ya sebelum tu, berdasarkan pengalaman dengan anak-anak, saya perhatikan:

Kebolehan membaca diperolehi dulu, baru diikuti dengan kebolehan mengeja dan menulis sight words.ย Jadi, jangan risau kalau lihat anak boleh baca sight words tapi tak dapat eja. One by one. ๐Ÿ™‚

Step 1: Picture Books

Brown Bear Brown Bear What Do You See

Eric Carle adalah di antara penulis/ilustrator picture books yang terkenal

Objektif utama untuk mengajar anak-anak membaca ialah supaya mereka dapat faham segala bahan-bahan bacaan di sekeliling mereka – samada buku, surat khabar, bahan bacaan di internet, papan tanda dan sebagainya. Di era ini, kebolehan membaca boleh dikatakan ‘wajib’ supaya seseorang individu dapat berdikari dan menjalani kehidupan seharian. Dan yang penting ialah untuk anak-anak, serap pengetahuan yang ada disekeliling mereka. May Allah guide our children to easily absorb knowledge, except the knowledge contradicts to our faith.

Maka, adalah sangat penting untuk kita didik anak-anak untuk faham apa yang dibaca, sejak di awal usia. Kita tidak boleh cuma fokus membunyi dan mencantumkan huruf-huruf untuk membolehkan anak membaca sahaja. Mereka perlu biasa untuk baca buku supaya faham jalan cerita atau sesuatu perkara yang hendak disampaikan, bukan semata-mata untuk jawab soalan periksa di tadika.ย Ini selalu terjadi untuk subjek Bahasa Inggeris, apabila kanak-kanak tersebut tidak biasa menggunakan bahasa tersebut di rumah, tetapi ‘dipaksa’ untuk menguasai skil membaca Bahasa Inggeris dalam masa yang singkat.

Kids read

Pada pendapat saya, pembacaan dan pemahaman perlu seiring. They call this reading with meaning.

Saya percaya, sebagai seorang ibu, sekiranya saya mahu anak-anak mampu menguasai skil membaca beserta permahaman, saya perlu bantu mereka di rumah. Sejak bayi sebenarnya. Tidak boleh harapkan sekolah 100%, kerana di dalam kelas, guru ada 20 orang pelajar (mungkin lebih), dan perlu mengajar dalam masa yang singkat. Manakala, saya sebagai ibu, cuma mempunyai 3 orang anak. Maka, kualiti praktis membaca yang terbaik adalah dengan saya sebenarnya.

OK. Untuk menggalakkan pembacaan beserta pemahaman, ibu2 sekalian boleh mulakan dengan buku bergambar seperti di bawah:

Picture Book

Picture Book 2

Tiada perkataan langsung! ๐Ÿ™‚ Cuma gambar untuk kita bincangkan dengan anak. Beri peluang untuk anak beri pendapat mereka sendiri berdasarkan gambar yang dilihat. Untuk reka cerita mereka sendiri. Ini dapat membantu anak untuk perlahan-lahan belajar memahami, melalui gambar yang mereka lihat. Tapi bagaimana kalau anak tak terkeluar satu perkataan pun? Hehehe. Takpe, bantu perlahan-lahan, beri sedikit hint, tanya apa yang dia nampak dalam gambar. Bincang mengikut kemampuan anak pada sesuatu masa. Ingat! Jangan letak harapan, baca dengan ikhlas dan gembira ya. ๐Ÿ™‚

PENTING! Ada sesetengah yang berpendapat bahawa untuk membolehkan kanak-kanak membaca, mereka cuma perlu lihat tulisan semata-mata. Jangan lihat gambar. Saya berpendapat sebaliknya. Gambar banyak membantu untuk anak faham apa yang sedang dibaca. Dan mereka sangat seronok tengok gambar! Sekiranya mereka hendak buat cerita sendiri, buatlah. Asalkan bahagia. ๐Ÿ™‚ Ini sebenarnya dapat membantu kanak-kanak untuk memupuk skil seterusnya, iaitu berkebolehan untuk menulis cerita.

Buku ini adalah di antara buku di dalam siri Reading Line –ย Vocabulary Kit terbitan Scholastic.

20131005_141125

Tidak perlu hadkan jenis buku seperti buku di atas sahaja ya. Any picture book is good, especially those with good content or story line. Sekiranya anda lebih gemar buku yang mempunyai tulisan, saya sarankan pilih buku yang mempunyai ayat-ayat yang pendek. Sekiranya anak-anak belum boleh membaca atau baru mula membaca, elakkan daripada memilih buku yang mempunyai jalan cerita panjang berjela. Anak2 mudah bosan, dan kita pun akan penat nak baca! ๐Ÿ™‚ Contoh buku yang saya gunakan di rumah ialah seperti ini:

Hedgehog 1

Hedgehog 2

Hedgehog 3

Saya suka pilih picture book yang mempunyai ilustrasi menarik, ayat yang ringkas dan mempunyai jalan cerita yang bagus. Saya suka beri keutamaan kepada picture book yang mengajar nilai-nilai murni.

Step 2 : Introduce sight words

Step seterusnya –> Kita boleh mula perkenalkan sight words kepada anak, perlahan-lahan. Dalam masa yang sama, teruskan membaca picture books dengan anak. Walaupun anak sudah boleh membaca, teruskan. Supaya anak dapat terus perkembangkan vocabulary, dan pengetahuan.

Ada 3 cara untuk saya perkenalkan sight words kepada anak-anak:

  • Buku cerita.
  • Kad.
  • Siri Peter and Jane.

Buku Cerita

Alhamdulillah, sekarang di pasaran ada buku-buku yang ditulis, khas untuk memperkenalkan sight words kepada anak-anak kecil. Saya perhatikan, anak-anak saya lebih berminat untuk belajar kerana ia ada jalan cerita. Walaupun jalan ceritanya tidak se’cantik’ buku biasa (seperti picture book), kerana penggunaan perkataan yang terhad, tetapi dengan kombinasi gambar yang di lukis untuk memberi gambaran jalan cerita, anak-anak dapat faham cerita yang hendak disampaikan.

Mulakan dengan buku yang memperkenalkan cuma satu sight word, contohnya:

I

Cuma ada satu perkataan – ‘I’. ๐Ÿ™‚ Kemudian, boleh tingkatkan bilangan sight words apabila nampak anak dah boleh kenal dan baca sight words yang pernah diperkenalkan sebelumnya:

Initial

Vocab 1

Lihat, sight words yang sama (we, can) diulang berkali-kali. Dan selalunya buku sebegini memang mempunyai lukisan menarik yang dapat menggambarkan jalan cerita.

wpid-PicsArt_1373269029203.jpg

Bila anak dah mula yakin, boleh perkenalkan ayat yang lebih panjang. Seperti gambar di atas.

Satu lagi jenis buku yang saya gunakan ialah:

Sight word Readers

Untuk perkenalkan perkataan ‘will‘ dan ‘fly‘.

SWR1

SWR2

Kesemua buku ini adalah terbitan Scholastic:

  1. Reading Line – Vocabulary Kit
  2. Everyday Book Box (Red) – for Beginner
  3. Sight Word Readers

Ini kotak Everyday Book Box, dan gambar di bawahnya ialah buku-buku yang ada dalam kotak. Banyak! ๐Ÿ™‚

EBB

EBB In

Antara hobi Aqeel ialah ‘memunggah’ keluar buku-buku ni. ๐Ÿ˜›

Boleh keย http://scholastic.com.my/en/education/scholastic-reading-programmesย untuk maklumat lanjut.

Ini adalah contoh Aleeyah baca jenis buku yang menggunakan perkataan berulang-ulang. Ia dapat bantu dia hafal perkataan-perkataan tersebut. Ini masa dia di Foundation Stage.

Kad

‘Saya lihat, saya hafal!’

Satu ‘slogan’ yang saya lihat penting untuk bantu anak-anak membaca. Bagi peringkat awal, iaitu semasa anak di tahap baru mula menghafal perkataan-perkataan untuk di baca atau di dalam proses membiasakan diri dengan bunyi-bunyi huruf, adalah bagus untuk dia dapat lihat perkataan-perkataan atau huruf-huruf tersebut setiap hari. Lama-lama akan masuk dalam minda separuh sedar dia, dan insyAllah dia akan mudah hafal perkataan-perkataan tersebut.

Berdasarkan pengalaman dengan anak dan beberapa kanak-kanak yang lain, saya lihat ‘waktu’ yang agak mencabar adalah ketika mereka berada di fasa – mengenal huruf, mengenal perkataan-perkataan dan mencantumkan bunyi-bunyi huruf untuk membentuk sebuah perkataan. Kemudian sedikit mencabar untuk bantu mereka baca ayat-ayat ringkas. Pada masa tu sahaja. Seterusnya, insyaAllah apabila mereka sudah mula faham ‘konsep’ membaca, senang. Mereka insyaAllah boleh hafal perkataan-perkataan baru dengan sekali tengok atau sekali baca sahaja. Jadi pada masa ini, kita sudah tidak perlu pamerkan perkataan-perkataan baru di rumah. Cukup sekadar membaca buku.

sight words

Takpe lah kalau rumah macam tadika jugak! ๐Ÿ™‚

Tampal satu demi satu. Contohnya, hari ni, anak belajar perkataan ‘I’. Maka tampal ‘I’ sahaja. Apa yang saya buat ialah, saya baca dahulu dengan anak buku yang saya tunjukkan di atas. Kemudian saya tampalkan kad pula. Atau, apabila anak buat latihan (insyaAllah akan diterangkan dalam Step 3: Enrichment), saya letakkan perkataan-perkataan baru berdasarkan apa yang dipelajari. Keesokan harinya, ulang perkataan-perkataan tersebut. Minta dia yang sebut dan tunjukkan sendiri. Terus tambah bilangan perkataan mengikut kemampuan anak.

Boleh dapatkan kad-kad ini di link di bawah:

http://www.sparklebox.co.uk/literacy/vocabulary/#.UoWXM8ROK2c

http://www.education.com/grade/kindergarten/

Kad yang berwarna macam ni pun menarik! ๐Ÿ™‚

Contoh flash card

I think below check list is quite useful to help us, mothers, to know which words to introduce to our children, by phases. But again,ย ikut pilihan kita. Sebaiknya mulakan dengan perkataan yang mudah seperti ‘I’, ‘am’, dan sebagainya. Tidak perlu risau kalau anak tidak dapat eja. Fokus dahulu kepada membaca.

Letters and sounds: High Frequency Words Checklist

Phase 2

a

an

as

at

if

in

is

it

of

off

on

can

dad

had

back

and

get

big

him

his

not

got

up

mum

but

the

to

I

no

go

into

Phase 3

will

that

this

then

them

with

see

for

now

down

look

too

he

she

we

me

be

was

you

they

all

are

my

her

Phase 4

went

Itโ€™s

from

children

just

help

said

have

like

so

do

some

come

were

there

little

one

when

out

what

Phase 5

donโ€™t

old

Iโ€™m

by

time

house

about

your

day

made

came

make

here

saw

very

put

oh

their

people

Mr

Mrs

looked

called

asked

could

Boleh jugak buat dalam bentuk bookmarks. ๐Ÿ™‚ Klik link untuk download:

Bookmarks

http://www.sparklebox.co.uk/2656-2660/sb2660.html#.UoWl3sROJKM

Siri Peter and Jane

Siri ni agak glamer di Malaysia. ๐Ÿ™‚ Saya pun suka juga guna buku ni, tapi seperti yang saya telah terangkan di entry sebelumnya, buku ni agak membosankan. Jadi saya tak guna lama. Saya berhentikan Aleeyah pakai buku ni apabila dia sudah boleh membaca dengan lancar buku nombor 5. Kemudian saya berikan dia buku-buku yang mempunyai jalan cerita yang menarik atau informasi yang bagus. Sebab, again, tujuan membaca ialah untuk mendapatkan pengetahuan dan melatih pemahaman, bukan tertumpu kepada kebolehan membaca semata-mata.

Untuk peringkat awal, buku ini banyak membantu. Kerana ia ulang-ulang perkataan-perkataan yang sama. Dan perhatikan, bilangan perkataan ditambah sedikit demi sedikit. Konsepnya sedikit berbeza dengan jenis buku cerita yang telah saya bincangkan di atas.

pj2

pj1

pj3

Step 3 : Enrichment

Worksheets

Saya juga beri anak-anak buat latihan sight word di rumah. Saya dapati, ini banyak dapat membantu anak-anak untuk menguasai sight words, berbanding sekiranya saya biar sahaja untuk mengharapkan latihan di sekolah semata-mata. SubhanAllah, saya suka sangat pack di bawah ni. Ini merupakan sebuah program lengkap, dalam bentuk fail, terbitan Scholastic untuk membantu anak-anak kecil menguasai sight words secara sistematik. Kita boleh buat salinan sebanyak mana kita mahu, jadi saya suka. ๐Ÿ™‚

Sight Words

Ada penerangan bagaimana hendak kita gunakan program ini.

Lesson Plan

Dan SubhanAllah, ada lesson plan untuk setiap minggu, dan setiap hari! Sekiranya anda adalah pemilik tadika, dan tercari-cari satu program untuk mengajar pelajar-pelajar membaca Bahasa Inggeris, saya cadangkan program ini. Tetapi ini cuma ‘cover‘ sight words sahaja, tidak meliputi program Phonics.

Lesson Plan Example

Saya guna ini di rumah. Heheh. Over sikit, tapi takpe, saya puas hati, dan senang sebab ada langkah demi langkah. Secara jujur, takde lah saya ikut langkah demi langkah, sebab tak sempat. ๐Ÿ™‚ Apa yang saya buat ialah saya ‘copy‘ semua latihan yang diberi, dan bukukan. Kemudian, saya beri latihan mengikut sususan (bermula daripada Week 1, Day 1). Saya tak buat buku tebal, saya pecahkan kepada beberapa bahagian. Jadi takde lah anak ‘takut’ tengok buku tebal sangat! ๐Ÿ™‚

Buku

Saya kongsikan sedikit contoh latihan ya. Daripada sangat basic, latihan dipertingkatkan perlahan-lahan kepada yang lebih rumit. Ada pelbagai bentuk latihan – menulis, mengisi tempat kosong, melukis, menjawab soalan pemahaman, dan sebagainya. Jadi anak tak bosan kena buat benda yang sama. Dan saya tidak perlu ‘pecah’ otak nak cari latihan yang perlu diberikan. Minta maaf di atas gambar yang agak kabur. ๐Ÿ™‚

Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

Latihan 4

Latihan 5

Latihan di atas, Aleeyah buat masa dia berada di Foundation Stage. Saya lihat masa tu dia kurang lancar sedikit membaca. Sekarang, sebab di sekolah sudah banyak latihan mengeja, jadi saya tak berapa buat sangat untuk Aleeyah. Muahahaha. Saya tumpukan kepada Azeem pula. Azeem baru tahu satu perkataan – ‘I’. Hihihi.

Scholastic juga ada buku-buku latihan menarik yang lain untuk membantu anak-anak kita menguasai sight words. Boleh lawat website Scholastic yang saya telah berikan di atas ya. ๐Ÿ™‚ Atau boleh saja google ‘sight word worksheet‘, insyaAllah keluarlah latihan-latihan yang anda perlukan. Saya lebih gemar guna buku, sebab memang di susun mengikut senang ke lebih rumit. Jadi saya tak pening! ๐Ÿ™‚ Setakat ini, di Malaysia, saya lihat buku-buku di Scholastic lebih fokus dan ‘user friendly‘, serta menarik.

Games

Boleh jugak main games dengan mereka, ikut kreativiti. Seperti contoh:

Step 4 : Spelling

1

Apabila anda lihat anak sudah boleh membaca dengan lancar beberapa perkataan, boleh lah mula untuk bantu dia mengeja pula. Tetapi AWAS! sekiranya anda lihat anak stress (sebab kebolehan mengeja sebenarnya memerlukan daya fikir yang lebih tinggi), chill! Tidak perlu paksa dia. Bantu perlahan-lahan. Fokus kepada tambah bilangan sight word untuk dibaca, dan buat latihan menulis perkataan-perkataan tersebut.

Oleh kerana saya pernah kongsi satu entry tentang Spelling, saya rasa tidak perlu lah saya ulang semula ya. Anda boleh klik link di bawah untuk baca perkongsian saya bagaimana untuk ajar anak mengeja:

https://amomsjourney81.wordpress.com/2013/10/06/jom-tolong-anak-anak-mengeja-spelling/

Kebolehan mengeja sight words ini adalah untuk membantu anak menguasai tahap seterusnya –> Menulis ayat, seterusnya cerita sendiri dalam Bahasa Inggeris.

Step 5 : Continuous Monitoring and Improvement

Yeaaaahh! Macam projek di tempat kerja, ‘projek’ kita di rumah juga kena dipantau berterusan. Hehehe. Supaya momentum berterusan. Saya juga pernah kongsikan tentang kepentingan mengekalkan rutin di rumah, supaya kanak-kanak faham dan bertindak mengikut rutin. Jadi, kita tidak perlu ‘push‘ mereka setiap kali hendak belajar atau melakukan sesuatu.

Boleh gunakan Word Mat ini untuk check samada anak ingat atau tidak perkataan-perkataan yang baru dipelajari. Boleh laminate untuk tahan lebih lama. Kalau tak dapat setiap hari, dapat setiap minggu pun Alhamdulillah.. ๐Ÿ™‚ Klik link di bawah untuk download:

Word Mat

http://www.sparklebox.co.uk/1671-1675/sb1671.html#.UoW1U8ROJKM

Langkah-langkah yang saya kongsikan di atas boleh diulang banyak kali, mengikut kesesuaian dan masa.

Terus lihat perkembangan anak-anak. Terus terlibat dalam proses pembelajaran anak-anak. Kajian mendapati bahawa seseorang kanak-kanak yang mendapat bantuan dan sokongan untuk belajar, oleh ibu bapa atau penjaga di rumah, akan lebih mudah untuk ‘excel‘ dan mudah mengikuti silabus yang diajar di sekolah.ย 

May Allah make easy for us, mothers, to help our children. May Allah grant us the ‘ikhlas’ in educating our children, with patience. Sekian perkongsian kali ini. Jazakumullahukhairan! ๐Ÿ™‚


4 Comments

Arabic Vocabulary

Assalamualaikum w.b.t Mothers! ๐Ÿ™‚

Entry kali ini saya cuma nak share lukisan kartun saya untuk hafal vocabulary arab. ๐Ÿ™‚ Kepada yang hendak print, print lah ye. Nak share pun boleh. Cuma mintak maaf di atas kualiti lukisan (tak berapa terang dan jelas).

Saya juga hendak share sedikit tentang buku yang kami guna untuk belajar Arab di sini, untuk sesiapa yang berminat untuk perlahan-lahan belajar memahami Al Quran. InsyaAllah, Allah will make it easy for us and show us the way.ย Ustazah di sini pesan, just start to ‘move’ towards Allah, He will bring you further..Yang penting, kita kena mula dan berusaha.

Why We Need to Learn Arabic Language to Understand the Quran?

Kenapa kena belajar arab untuk faham Al Quran? Tak boleh kah sekadar baca translation? Moh dengar penerangan Brother Nouman Ali Khan ๐Ÿ™‚

Arabic Class for Moms

Alhamdulillah, Allah beri peluang saya pergi kelas Arab. Baru Level 1. ๐Ÿ™‚

Di kelas, kami guna buku ini. Siri ini saya perhatikan menumpukan vocab yang digunakan di dalam AlQuran dan Hadith. Objektif utama ialah untuk kita, yang bukan berbangsa Arab, untuk memahami Al Quran dan Hadith dalam bahasa Arab, tanpa perlu baca translation. Because the beauty and miracle of the Quran is in the Arabic Language. Versi terjemahan mungkin dapat membantu kita memahami, tetapi tidak dapat bantu kita lihat keajaiban Al Quran.

In class

Content

Sangat suka ilutrasi kartun ni! ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ™‚

Walaubagaimanapun, saya beli juga satu siri buku tambahan, yang mempunyai isi kandungan lebih kurang sama dengan buku yang diajar di kelas. Buku tambahan yang saya beli ini ada penjelasan di dalam bahasa Inggeris, maka saya dapat buat ulangkaji sedikit di rumah, terutamanya apabila ‘tertinggal’ apa yang diterangkan oleh cikgu. Sebenarnya saya pergi ke kelas bersama Aqeel. Jadi, almaklumlah, ikut mood Aqeel. Kadang-kadang dia nak menjerit, berlari atau main, saya kena lah keluar kelas sebab takut mengganggu orang lain. Mana-mana lesson yang saya dapat ‘tangkap’, Alhamdulillah. Mana yang tak dapat, kenalah buat ulangkaji atau bertanya. Alhamdulillah cikgu sangat memahami! Memang ramai juga bawa anak-anak. ๐Ÿ™‚ Kelas ‘mak-mak’ la katakan.. Hihi

OK ini bukunya ya. Dijual 3 buku sekali. Vol 1,2 dan 3. Terbitan Darussalam. Yang ni Buku no 1:

Arabic Course

Penulis yang sama, tapi penerbit yang berlainan. Ini mungkin versi orang dewasa. Yang kami guna di kelas versi kanak-kanak. Hihi. Tapi sangat suka versi kanak-kanak juga sebab banyak gambar!

Back Cover

In EnglishKalau buka buku dari kiri, kita dapat baca penerangan dalam Bahasa Inggeris.

In ArabUntuk mulakan pelajaran Bahasa Arab, buka buku dari kanan. :)Kandungan dalam Bahasa Inggeris dan Arab saling berkait. Dapat bantu kita untuk faham.

Yang bestnya, dalam buku ini banyak latihan membaca, untuk bantu kita mahir baca Bahasa Arab tanpa tanda baris atas, bawah atau depan. Macam saya, saya menghadapi kesulitan untuk baca kitab Arab yang diajar di dalam satu kelas yang saya ikuti. Bukan sahaja tak faham, saya tak dapat nak baca pun! Hihi. Sebab takde tanda atas, bawah dan depan. Inilah yang saya kena belajar! May Allah make it easy

Kalau berminat nak beli, mungkin boleh tanya di cawangan Darussalam di Malaysia:

http://www.darussalam.com.my/

Word Search!

Saya hadapi sedikit kesukaran nak hafal vocab yang baru. Mungkin faktor usia. Hihi. Atau faktor tak fokus! Hehe. Maka, saya lukis gambar kartun.

Ini vocab yang saya kena hafal minggu ni:

Vocab 2

Susah nak hafal macam di atas, jadi saya lukis kartun. Kalau berminat, boleh la print, dan cuba cari apa maknanya dari senarai di atas ye. ๐Ÿ™‚ Again, sorry for the quality.

Vocab 2_picture

Enjoy and have fun! ๐Ÿ™‚ Jazakumullahukhairan.


6 Comments

Tips #2 Untuk ELAK jadi SINGA Apabila Mengajar Anak2 Kecil : Do NOT Compare

Assalamualaikum Again Mothers! ๐Ÿ™‚

Alhamdulillah, berpeluang nak sambung semula “TIPS untuk Elak Jadi Singa apabila Mengajar Anak-anak Kecil”. Untuk tips-tips yang terawal ni, saya lebih suka kongsikan cara berfikir yang dapat membantu saya lebih tenang semasa mengajar anak. Keranaย action atau tindakan kita sebenarnya dipengaruhi oleh cara kita berfikir. Saya percaya sekiranya, dengan izin Allah, kita dapat ‘betulkan’ cara pemikiran, insyaAllah ia dapat membantu kita untuk seronok bantu anak-anak kita belajar.

Sebelum ini saya kongsikan:

Tips #1: Do Not Expect.ย 

Kesimpulannya, bila mengajar anak-anak kita yang kecil, terutamanya yang berumur 5 tahun ke bawah, elakkan daripada ‘expect’ any feedbackย atau letakkan harapan supaya mereka faham apa yang diajar. Contohnya, sekiranya kita ajar huruf ‘a’, elakkan daripada meletakkan harapan anak akan terus dapat sebut ‘a’ atau ‘aaa’ (sekiranya kita ajar secara phonics), di akhir ‘sesi pembelajaran’.

Apabila kita letakkan harapan, kita akan mudah marah mereka. Kesian anak-anak apabila dipaksa mengeluarkan ‘output‘ yang tidak dapat mereka keluarkan. Dan paling kesian sekiranya mereka dimarahi, dan mendapat kata-kata yang melemahkan semangat mereka, di atas sesuatu perkara yang sebenarnya mereka belum faham! Sangat kesian..

Azeem 2Bila nak marah, moh tengok wajah innocent anak-anak kita. ๐Ÿ™‚

Apa yang kita perlu buat cuma terus beri, beri dan beri dengan gembira. Terus beri mereka galakan. Dan subhanAllah, lihatlah nanti hasilnya, anak akan mampu buat lebih daripada apa yang kita jangkakan. By the Will of Allah!

Dan sekarang, tips kedua —>

Tips #2: DO NOT COMPARE

SubhanAllah. Ini sebenarnya satu cara berfikir yang bukan mudah hendak dipadam daripada minda. Only Allah can help us.ย Tanpa disedari, kadang-kadang, sebagai ibu atau bapa, kita membuat perbandingan di antara anak kita dengan anak-anak orang lain. Pada pendapat saya ada 2 situasi:

1. Membandingkan anak kita dengan anak-anak orang lain.

2. Sekiranya kita ada lebih daripada seorang anak, kita bandingkan anak nombor satu dengan nombor dua, tiga dan seterusnya.

Pada saya, dua-dua situasi tidak wajar dilakukan. In either case, children will be affected.

Membandingkan Sesama Anak

Saya rasa, saya mahu bincangkan point no 2 dahulu. Saya ada 3 orang anak-anak. Aleeyah 6 tahun, Azeem 4 tahun dan Aqeel 2 tahun. Jarak mereka cuma 2 tahun setiap seorang. Maka Alhamdulillah, saya masih boleh ingat perkembangan setiap seorang (secara kasar). Contohnya pada usia berapa Aleeyah boleh berjalan, bercakap, membaca dan sebagainya. Tetapi, bahayanya apabila saya ingat ialah, saya mudah untuk bandingkan perkembangan Azeem dan Aqeel dengan Aleeyah (memang selalu anak nombor satu dijadikan ‘bench mark‘). Samada mereka dapat ‘capai’ apa yang kakak mereka dapat ‘capai’ pada usia yang sama.

Saya beri contoh, semasa Aleeyah masuk FS2 (foundation stage) tahun lepas, Aleeyah sudah boleh membaca dan menulis. Alhamdulillah Aleeyah senang nak kuasai apa sahaja yang guru ajar sepanjang tahun, tanpa perlu banyak pertolongan daripada saya. Tetapi, situasi ini tidak sama dengan Azeem. Azeem masuk FS2 dengan tidak tahu huruf! Hahaha (bukan gelakkan dia, tapi saya rasa comel je..hihihi). Dan dia baru belajar menulis perlahan-lahan.

apple to apple

Nak bandingkan ‘apple to apple‘ pun tak boleh sebab epal pun ada macam-macam jenis epal! ๐Ÿ™‚ Sama lah macam anak-anak kepada ibu dan ayah yang sama. Semua lain-lain!

Sekiranya saya tidak dapat ‘kawal’ diri saya, saya boleh beri tekanan’ kepada Azeem untuk capai apa yang kakak dia pernah capai!

Wajarkah?

Apabila saya terasa hendak ‘bandingkan’ saya suka untuk lihat kembali perbezaan semasa mereka membesar:

  • Aleeyah anak pertama. Saya memang tumpukan sepenuh perhatian kepada Aleeyah, kerana saya tidak ‘sibuk’ untuk menjaga anak yang lain. Boleh dikatakan ‘dua tahun’ pertama Aleeyah adalah ekslusif untuk dia. Azeem anak kedua, dan memang semasa dia lahir saya sudah mula kena ‘bahagikan’ masa dengan anak-anak.
  • Semasa Azeem lahir, saya sedang ‘set up‘ perniagaan. SubhnaAllah, sangat sibuk. Semasa dia berusia 2 minggu, saya sudah mula bergerak ke sana sini, untuk selesaikan urusan perniagaan. Dan boleh dikatakan saya sangat sibuk semasa Azeem di usia infant dan toddler.
  • Pada usia Azeem 2 tahun 1 bulan, Azeem dapat adik – Aqeel. Makanya, saya perlu bahagikan masa untuk 3 orang, dan juga perniagaan. Dan dalam masa yang sama, ujian daripada Allah, Aqeel dilahirkan dengan jantung berlubang. Maka, pada bulan-bulan yang awal, cara penjagaan Aqeel adalah lebih rumit daripada bayi yang tiada masalah fizikial. Sekali lagi, masa kualiti bersama Azeem menjadi kurang.

Azeem

Azeem masa berumur 2++ tahun.

Aqeel

Aqeel telah disahkan mempunyai 2 lubang di jantung semasa dia berumur 2 minggu. Jadi dia memang pakai bantal tinggi pada masa itu, supaya dia rasa selesa. Alhamdulillah sekarang dah OK ๐Ÿ™‚ Praise to Allah!

Sekiranya saya renung kembali masa berkualiti yang saya ‘spent‘ย bersama-sama Azeem semasa dia berada di usia yang mereka kata sebagai usia terbaik untuk menyerap segala apa yang diberikan (iaitu usia 3 tahun ke bawah) adalah sedikit berbanding masa yang pernah saya ‘spent‘ dengan kakaknya.

Aqeel born

The kids. Alhamdulillah..

Jadi, adalah tidak wajar untuk saya meng’hukum’ Azeem, dengan cuba untuk membandingkan kebolehan dia dengan kebolehan Aleeyah. Dalam masa yang sama juga, adalah tidak wajar juga untuk saya menyesal perkara yang lalu, kerana setiap perkara yang berlalu adalah ketentuan Allah dan pasti ada hikmahnya. Apabila saya lihat secara spesifik, iaitu jumlah masa yang saya luangkan bersama anak-anak, saya lihat saya ‘kalah’ iaitu saya tidak dapat berikan banyak masa kepada anak-anak. Tetapi di dalam masa yang sama, dengan melalui jalan tersebut, Allah telah mengajar saya beberapa aspek kehidupan yang belum pernah saya faham sebelum itu. SubhanAllah, it was a valuable lesson andย journey..Life is really like a journey. We learn on every step we take..

Itu baru satu faktor kenapa saya TIDAK BOLEH bandingkan satu anak dengan anak yang lain — > iaitu didikan saya sendiri. Apabila direnungkan, cara didikan saya kepada setiap anak juga berbeza, mengikut keadaan. Banyak lagi faktor-faktor yang lain:

  • Faktor genetik anak. Lain anak, lain kebolehan yang Allah berikan secara semula jadi.
  • Faktor umur. Azeem masuk FS2 semasa dia berusia tepat 4 tahun, manakala Aleeyah di FS2 semasa dia berumur 4 tahun 10 bulan. Beza 10 bulan dari segi kematangan.
  • Faktor minat anak-anak.
  • Perkembangan otak yang berbeza di antara mereka.
  • Dan banyak lagi.

Tanpa perlu senaraikan semua faktor-faktor yang lain, dengan terang lagi bersuluh, saya nampak yang saya tidak boleh bandingkan anak-anak saya. Saya perlu terima setiap anak seadanya. May Allah grant me patience and understanding.

Azeem 3

Azeem ๐Ÿ™‚

Membanding Anak Dengan Anak Orang Lain

Haaa.. Sejak saya berada di alam persekolahan, sehingga lah saya terlibat dalam pendidikan awal kanak-kanak dahulu, saya selalu perhatikan bahawa sungguh ramai ibu dan bapa yang suka membandingkan anak dengan anak yang lain.

Satu faktor yang mungkin menyebabkan perkara ini berlaku adalah kerana sistem ‘pernomboran’ yang kita ada di Malaysia. Sudah pasti semua hendak anak mendapat nombor satu atau di antara nombor-nombor yang terbaik. Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan sistem sebegitu kerana ia mewujudkan sifat ‘bersaing’ di antara satu sama lain. Dan bila difikirkan, perlukah persaingan tersebut? Perlukah setiap kanak-kanak di bandingkan dengan kanak-kanak yang lain sejak awal usia? Apakah kebaikannya? Dan apa pula kesan buruknya kepada masyarakat dalam masa yang panjang?

Salah satu perkara yang saya belajar di sini, daripada Al Quran, kita dapat belajar bahawa, sekiranya kita mempunyai perasaan untuk menjadi ‘atas’ atau lebih daripada orang lain, ia sebenarnya merupakan penyakit hati. Penyakit hati ini yang ada pada Qarun, yang telah diberi hukuman oleh Allah dengan di’tenggelam’kan ke dalam bumi! Jadi apakah perlunya kita pupuk penyakit hati tersebut di dalam diri anak-anak? Wallahu’alam. May Allah guide us.

sickness-of-heart

When I read and learn the Quran, I notice that Allah mentioned a lot about the heart in the Quran. Each of us have sicknesses of the heart, and our task is to strive to purify the sicknesses, not to follow our desire to ‘magnify’ our sicknesses. In this life, people may tell us ‘this and that’ is how to live this life. And without realizing, we follow it. SubhnAllah, we can only follow what Allah told us, because that is the only way to live this life, ideally, to be successful both in the life of dunia and hereafter. May Allah guide us.

SubhanAllah, I praise Allah for letting me see and experience a system that does not compare a child with another child. Sekolah di sini, Alhamdulillah, tiada sistem pernomboran. Tiada ‘assessment‘ yang membandingkan anak-anak saya dengan kebolehan kanak-kanak yang lain. Guru-guru cuma bandingkan anak saya dengan diri dia sendiri. Contohnya, pada bulan September, apa yang mampu Aleeyah lakukan. Dan kemudian pada bulan Januari, apakah progress yang telah dia capai. Itu sahaja. Dan yang lebih saya suka ialah perkembangan yang dilihat bukan dari segi akademik semata-mata, tetapi secara menyeluruh – perkembangan fizikal, kebolehan bersosial, keyakinan diri, perkembangan emosi, sahsiah dan banyak lagi. Ini juga mengajar saya bahawa saya perlu mendidik dan membantu perkembangan anak-anak secara menyeluruh, bukan cuma tertumpu kepada akademik dan mengabaikan perkembangan yang lain.

child development

Kadang-kadang apabila kita tumpu kepada satu perkara, kita lupa kita sedang mem’binasa’kan beberapa perkara asas yang kanak-kanak perlukan, di antaranya –> To feel loved and secure.

Sistem sebegini menjadikan saya rasa tenang untuk mendidik anak-anak. Tiada fikir pasal persaingan dengan kanak-kanak lain. Tiada tekanan untuk dia terus bersaing. Saya cuma fokus untuk bantu anak berdasarkan garis panduan yang guru berikan. Sebenarnya bukanlah satu garis panduan yang konkrit, cuma sekadar saya lihat apa jenis buku dan homework yang guru mereka beri, dan feedback daripada guru mereka. Daripada itu, saya tahu, itulah tahap anak saya, berdasarkan penilaian guru. Sekali lagi, ingin saya kongsi, guru-guru mereka tidak begitu fokus kepada akademik semata-mata. Mereka banyak beri feedback untuk perkembangan anak-anak seperti kebolehan mengawal pergerakan jari, keyakinan diri, kebolehan berinteraksi dengan kanak-kanak dan orang dewasa, dan sebagainya. Maka, daripada feedback ini, saya cuba bantu anak-anak setakat yang saya mampu.

Kidzania

Guru Azeem ada beritahu yang Azeem kurang berinteraksi dengan kawan dan guru. Maka, sakarang saya cuba untuk bantu dia meningkatkan keyakinan diri. Bawa dia main di luar, jumpa ramai orang, order makanan, dan sebagainya. Salah satunya saya bawa ke Kidzania. Dan yang best, pekerja berinteraksi dengan mereka, tanya nama dan sebagainya. Saya lihat pucat-pucat dia nak beritahu nama dia, pada awalnya. Hahaha! InsyaAllah he will learn..

Sekiranya sesama anak saya tidak boleh banding, kerana mereka berbeza, inikan pula anak saya dengan anak orang lain. Sudah pasti genetik berbeza dan cara dibesarkan juga berbeza. Maka perkembangan mereka juga pastinya berbeza! Tidak wajar untuk kita banding dan pertikaikan –> Kenapa anak saya tidak boleh membaca dalam masa 3 bulan seperti anak Cik Kiah (contohnya)? Sekiranya kita lihat daripada kaca mata negatif, kita senang mengamuk dan marah anak, menganggap bahawa anak malas. Tetapi sekiranya kita pilih untuk melihat daripada kaca mata positif, kita boleh bertanya kepada diri, “Apa Cik Kiah buat untuk anaknya boleh membaca?” Dan kita boleh belajar daripada pengalaman tersebut.

It is always good to learn from others. But, having said this, we also have the right to acquire knowledge, learn and understand which method suits our children the best. Ada sesetengah cara yang memang nampak berkesan dan boleh memberikan hasil dalam tempoh yang singkat, seperti contoh dengan ‘drill‘ anak membaca – baca, baca dan baca sahaja. Tetapi, adakah cara ini sesuai dengan anak? Adakah ini dapat membantu perkembangan anak secara menyeluruh? Apakah kesannya kepada anak? Sebagai seorang manusia, memang normal kita suka nak cepat. Nak cepat nampak hasil. It is the nature of our soul. But Allah teaches us in the Quran to be patience. Fight our own soul.ย It is through patience and pray, we will gain victory! SubhnaAllah, may Allah grant me and all mothers patience!

apple with other fruits

ย Why are we comparing?

Saya sering bertanya kepada diri, wajarkah untuk seseorang kanak-kanak ditekan semata-mata untuk mencapai satu ‘harapan’ yang kita ada di minda. Adilkah untuk kita tekan mereka untuk memenuhi kemahuan kita, atau untuk mendapat ‘glory‘ di atas kejayaan mereka. Don’t get me wrong. Ini tidak bermakna kita biar sahaja, tanpa perlu bantu, tanpa ada sebarang guideline. Objektif tetap ada, contohnya untuk bantu anak menguasai kesemua bunyi huruf (untuk bantu mereka membaca). Tetapi tidak boleh letakkan tempoh masa dan terus label mereka ‘lemah’ atau ‘kurang pandai’ bila mereka tidak dapat lakukan dalam masa yang kita harapkan, berdasarkan perbandingan dengan anak yang lain, atau anak orang lain. The bench mark must be on the child him/herself. Not on other child.

Einstein

What Do I Do?

Jadi apa nak buat? SABAR. Hihihi. Tu je sebenarnya. Dan enjoy je. Apa yang selalu saya buat cuma ini:

1. Check my intention. What is the purpose to teach and help my child? Do I do this because of ‘self-glory’, or pushing him/her to be ‘higher’ than others or simply to do my best as a mother, in educating my children, for the sake of Allah. And believe only Allah can reward, expect nothing from His creation. SubhanAllah, not an easy ‘job’ to do. Only Allah can help.

2. Jauhkan diri daripada orang yang suka membandingkan. Hihi. Sebab saya takut dengan penyakit hati sendiri. Takut senang dipengaruhi semula. Alhamdulillah kawan-kawan di sini tiada yang suka membandingkan. May Allah protect us.

3. Lihat tahap kebolehan anak. Contohnya untuk situasi Azeem, saya perlu perhatikan apa yang dia boleh buat. (Jangan fokus kepada apa yang dia tidak boleh buat, ini buat kita senang marah). Buang perbandingan dengan kakaknya jauh-jauh. Start fresh for him!

4. Plan aktiviti berdasarkan kebolehan anak. Contohnya Azeem tak kenal bunyi huruf lagi, maka saya kena mula dari awal –> dengar video phonics sounds. Ajar dia buat gaya supaya dapat ingat bunyi tu. Dan yang bestnya Aqeel pun dapat belajar sekali! ๐Ÿ™‚ Jadi, memang lain lah ‘action plan‘ Azeem berbanding dengan Aleeyah. Totally different! And hey, this keeps me really busy! Tak boring duduk rumah. InsyaAllah. Hihihi.

5. Terus pantau perkembangan anak. SubhanAllah, Alhamdulillah, nampak dia sudah mula kenal huruf dan bunyi, untuk beberapa huruf. Dan dia sudah mula menulis huruf secara independent. Alhamdulillah!

6. Konsisten. Dan subhanAllah, sebenarnya, saya lihat, kanak-kanak ni lagi konsisten daripada kita. Hihihi. Bila kita dah mulakan sesuatu dengan mereka, contohnya saya mula buat aktiviti phonics dengan Azeem beberapa minggu lepas. Dan Alhamdulillah saya lihat sekarang dia sendiri yang akan ambil buku tersebut apabila ada waktu terluang. Dan kadang-kadang dia yang ingatkan saya. Huhuhu. Minat sebegini yang saya cuba hendak timbulkan. Supaya saya tidak perlu paksa, tetapi datang dari kemahuan diri dia sendiri. SubhanAllah, may Allah help me to do this. Looong way to go..

20131011_071540

Alhamdulillah, dia memang suka. Ni baru bangun tidur, terus cari buku ni nak belajar..

Bila kita buangkan rasa nak bandingkan anak dengan anak-anak yang lain jaauuuh-jaauuuhh, subhanAllah, memang tenang untuk ajar mereka. Rilek sahaja. Takde marah-marah, insyaAllah. In fact, we will enjoy looking at how they learn, and see their progress day by day..Let’s not be like an ‘amplifier’, who amplifies or expands any pressure we receive from outside, to our children. MasyaAllah, easy to write, not easy to do. O Allah, help us..

And most important, we have to bear in mind that children are tests from Allah. We may be doing many things to educate them, some may work, some may not. Because everything is in the hand of Allah. If we pause and take time to think about this, and look back at our experiences, subhanAllah we can see Allah is nurturing us. Allah is showing to us the right way, and helping us to get rid of our sicknesses of the heart. If we admit and bow to Allah for His Greatness, He will help us more and be with us. If we deny and reject His nurture, the loss is on us..ย 

Wallahu’alam. Allah knows the best. May Allah grant us patience. May Allah make us continuously give to our children, with ikhlas for the sake of Allah..

Sekian perkongsian kali ini. Jazakumullahukhairan! ๐Ÿ™‚


Leave a comment

Mewarna Seramik @ Cafe Ceramique

Alhamdulillah, semasa cuti Eid-ul-Adha yang lalu, suami dan saya berkesempatan untuk bawa anak-anak buat aktiviti ‘art‘ secara santai di Cafe Ceramique. Menarik konsep cafe ni, sebab iaย menggabungkan konsep – cafe and art, di mana kita dapat ‘berkreatif’ sambil makan dan minum dengan santai. It is a good place to spend quality time with family..

Ada 2 cawangan Cafe Ceramique di Dubai. Kami pergi cawangan yang terletak diย Town Center Mall, Dubai. Kepada kawan-kawan yang menetap di Dubai, ini lokasinya ya. ๐Ÿ™‚

Location

Cafe ini terletak di tingkat 1.

The cafe

Semasa kami tiba, kami lihat ramai keluarga yang datang, untuk mengisi hari cuti mereka. ๐Ÿ™‚

Welcome

Aqeel sangatlah teruja bila masuk kedai ni! Maka, kami kena betul2 kawal dia untuk pastikan ‘keterujaan’ dia tidak menyebabkan seramik2 di sekeliling pecah. ๐Ÿ˜› Seperti biasa, abah lah ‘pengawal’ terbaik! Hihi.

Seramik

Sudah pastinya, sampai di kedai, kami cari ‘port‘ untuk duduk dulu ๐Ÿ™‚ Di sekeliling kedai, ada pelbagai jenis seramik yang boleh dipilih, mengikut citarasa. Cuma satu sahaja, mereka tidak pamerkan harga secara terang. Perlu bertanya kepada staf. Oh ya, sebenarnya saya lihat, banyak kedai di Dubai yang tidak mempamerkan harga barang, seperti di Malaysia. Jadi, sebagai pengguna, kita memang perlu bertanya.

cafe

Selalunya bila buat ‘artwork‘, terutama dengan kanak-kanak, pasti bersepah kan? Tapi saya nampak kedai ni sangat bersih. Tu yang saya nak cuba ๐Ÿ™‚ Jom saya kongsikan langkah-langkah yang kami lakukan untuk mewarna seramik di sini..

STEP 1: Order makanan. Hehehe. Ini penting, sebab masa tu dah tengahari. Lapar!! ๐Ÿ˜›

STEP 2: Pilih Seramik

Saya beri peluang kepada anak-anak untuk pilih sendiri seramik yang mereka mahu. Kecuali Aqeel sebab dia ber’drama’ nak capai semua seramik! Takut! ๐Ÿ˜› Last-last abah terpaksa bawa Aqeel jalan-jalan untuk tenangkan ‘keterujaan’ dia.

Choose ceramic

Macam-macam ada! ๐Ÿ™‚

STEP 3: Pilih Warna

Kertas ‘alas makan’ ni memainkan dua peranan – sebagai alas makanan dan juga sebagai ‘katalog’ yang menunjukkan senarai warna yang boleh dipilih. Strategi penjimatan kos yang bijak! ๐Ÿ™‚

table

Ada macam-macam warna boleh dipilih..

colour

Ada juga diterangkan beberapa tips untuk mewarna seramik. Cool!

20131017_121514

Kami diberi 3 kertas kecil ini untuk tulis warna pilihan bagi 3 seramik yang dipilih. Perlu tulis kod warna pilihan.

chosen colors

Hihi. Azeem tulis nama terbalik lagi! ๐Ÿ˜›

Sementara tunggu warna ‘sampai’, Alhamdulillah, makanan ‘sampai’ dulu. Yeaaay! Dapat isi perut!

food

Yummy jugak makanan kat sini. ๐Ÿ™‚

STEP 4: LET’S PAINT!

Bila dah dapat warna, boleh lah mula mewarna! Ini lah bahan-bahan yang diberikan untuk kami mewarna seramik:

sponge

Sponge dan air. Mandikan robot ni lah dulu! Hihihi

paint brush

Berus pelbagai saiz

color and palette

Warna yang dipilih dan ‘colour palette‘. Dan sudah pasti – seramik! ๐Ÿ™‚

Maka, anak-anak pun mulalah mewarna sambil mama dan abahnya makan! Hihihi. Aqeel merajuk tak nak warna, jadi mama dan Aleeyah tolong siapkan.

Painting

Azeem painting

train

STEP 5: Bakar!!!

Langkah seterusnya, seramik perlu dibakar. Jadi kami pun hantar lah ketiga-tiga seramik ni ke tempat ‘pembakaran’.

Coloured ceramicsYeaah, tiga-tiga seramik dah siap diwarna – train, robot dan hello kitty.ย Ikut suka hati mereka nak warna macam mana. Memang saya beri kebebasan untuk mereka warna sendiri.

Ini lah tempat untuk ‘bakar’..

Furnace area and collection

Oleh kerana banyak seramik yang perlu mereka ‘bakar’ jadi kami kena tunggu giliran – selepas 7 hari! Huhuhu. Lepas 7 hari baru boleh diambil. Mudah dan ringkas aje rupanya proses mewarna seramik ni. Saya suka cara mereka ‘mengkomersialkan’ konsep ini.

THE END RESULT

Jeng jeng jeng. Taaaddaaa!!ย Inilah hasilnya lepas 7 hari

The End ResultLepas bakar, seramik baru berkilat dan bersinar! ๐Ÿ™‚

Alhamdulillah, simple yet valuable experience for us, as a family. Apa yang menyeronokkan ialah bila lihat anak-anak gembira dan belajar sesuatu yang baru dalam hidup mereka.

Kids

Dan yang agak memeranjatkan saya ialah, Aqeel yang pada masa itu nampak seperti tidak berminat, sebab merajuk, rupanya sedang belajar juga. Beberapa hari selepas itu, seperti yang telah saya kongsikan di entry yang lalu (https://amomsjourney81.wordpress.com/2013/10/20/aqeel-is-painting-2/), Aqeel mula buat ‘3D painting’ instead of ‘2D painting‘. SubhanAllah, our kids can easily absorb anything they see or experience in their environment. It is how they learn – through real experience, with their senses. Not much from books or worksheets.ย 

Seronok untuk sekali sekala bersantai bersama-sama keluarga sebegini. ๐Ÿ™‚ Daripada segi harga, pada pendapat saya, agak sedikit mahal. Tetapi secara general, harga barang-barang dan servis di Dubai memang agak mahal. Jadi, bak kata saya, sekali sekala boleh lah. Hihihi. ๐Ÿ™‚

Sekian perkongsian saya kali ini. Jazakumullahukhairan! ๐Ÿ™‚