A Mom's Journey

Enjoying life as a mom

Mewarna Seramik @ Cafe Ceramique

Leave a comment

Alhamdulillah, semasa cuti Eid-ul-Adha yang lalu, suami dan saya berkesempatan untuk bawa anak-anak buat aktiviti ‘art‘ secara santai di Cafe Ceramique. Menarik konsep cafe ni, sebab iaΒ menggabungkan konsep – cafe and art, di mana kita dapat ‘berkreatif’ sambil makan dan minum dengan santai. It is a good place to spend quality time with family..

Ada 2 cawangan Cafe Ceramique di Dubai. Kami pergi cawangan yang terletak diΒ Town Center Mall, Dubai. Kepada kawan-kawan yang menetap di Dubai, ini lokasinya ya. πŸ™‚

Location

Cafe ini terletak di tingkat 1.

The cafe

Semasa kami tiba, kami lihat ramai keluarga yang datang, untuk mengisi hari cuti mereka. πŸ™‚

Welcome

Aqeel sangatlah teruja bila masuk kedai ni! Maka, kami kena betul2 kawal dia untuk pastikan ‘keterujaan’ dia tidak menyebabkan seramik2 di sekeliling pecah. πŸ˜› Seperti biasa, abah lah ‘pengawal’ terbaik! Hihi.

Seramik

Sudah pastinya, sampai di kedai, kami cari ‘port‘ untuk duduk dulu πŸ™‚ Di sekeliling kedai, ada pelbagai jenis seramik yang boleh dipilih, mengikut citarasa. Cuma satu sahaja, mereka tidak pamerkan harga secara terang. Perlu bertanya kepada staf. Oh ya, sebenarnya saya lihat, banyak kedai di Dubai yang tidak mempamerkan harga barang, seperti di Malaysia. Jadi, sebagai pengguna, kita memang perlu bertanya.

cafe

Selalunya bila buat ‘artwork‘, terutama dengan kanak-kanak, pasti bersepah kan? Tapi saya nampak kedai ni sangat bersih. Tu yang saya nak cuba πŸ™‚ Jom saya kongsikan langkah-langkah yang kami lakukan untuk mewarna seramik di sini..

STEP 1: Order makanan. Hehehe. Ini penting, sebab masa tu dah tengahari. Lapar!! πŸ˜›

STEP 2: Pilih Seramik

Saya beri peluang kepada anak-anak untuk pilih sendiri seramik yang mereka mahu. Kecuali Aqeel sebab dia ber’drama’ nak capai semua seramik! Takut! πŸ˜› Last-last abah terpaksa bawa Aqeel jalan-jalan untuk tenangkan ‘keterujaan’ dia.

Choose ceramic

Macam-macam ada! πŸ™‚

STEP 3: Pilih Warna

Kertas ‘alas makan’ ni memainkan dua peranan – sebagai alas makanan dan juga sebagai ‘katalog’ yang menunjukkan senarai warna yang boleh dipilih. Strategi penjimatan kos yang bijak! πŸ™‚

table

Ada macam-macam warna boleh dipilih..

colour

Ada juga diterangkan beberapa tips untuk mewarna seramik. Cool!

20131017_121514

Kami diberi 3 kertas kecil ini untuk tulis warna pilihan bagi 3 seramik yang dipilih. Perlu tulis kod warna pilihan.

chosen colors

Hihi. Azeem tulis nama terbalik lagi! πŸ˜›

Sementara tunggu warna ‘sampai’, Alhamdulillah, makanan ‘sampai’ dulu. Yeaaay! Dapat isi perut!

food

Yummy jugak makanan kat sini. πŸ™‚

STEP 4: LET’S PAINT!

Bila dah dapat warna, boleh lah mula mewarna! Ini lah bahan-bahan yang diberikan untuk kami mewarna seramik:

sponge

Sponge dan air. Mandikan robot ni lah dulu! Hihihi

paint brush

Berus pelbagai saiz

color and palette

Warna yang dipilih dan ‘colour palette‘. Dan sudah pasti – seramik! πŸ™‚

Maka, anak-anak pun mulalah mewarna sambil mama dan abahnya makan! Hihihi. Aqeel merajuk tak nak warna, jadi mama dan Aleeyah tolong siapkan.

Painting

Azeem painting

train

STEP 5: Bakar!!!

Langkah seterusnya, seramik perlu dibakar. Jadi kami pun hantar lah ketiga-tiga seramik ni ke tempat ‘pembakaran’.

Coloured ceramicsYeaah, tiga-tiga seramik dah siap diwarna – train, robot dan hello kitty.Β Ikut suka hati mereka nak warna macam mana. Memang saya beri kebebasan untuk mereka warna sendiri.

Ini lah tempat untuk ‘bakar’..

Furnace area and collection

Oleh kerana banyak seramik yang perlu mereka ‘bakar’ jadi kami kena tunggu giliran – selepas 7 hari! Huhuhu. Lepas 7 hari baru boleh diambil. Mudah dan ringkas aje rupanya proses mewarna seramik ni. Saya suka cara mereka ‘mengkomersialkan’ konsep ini.

THE END RESULT

Jeng jeng jeng. Taaaddaaa!!Β Inilah hasilnya lepas 7 hari

The End ResultLepas bakar, seramik baru berkilat dan bersinar! πŸ™‚

Alhamdulillah, simple yet valuable experience for us, as a family. Apa yang menyeronokkan ialah bila lihat anak-anak gembira dan belajar sesuatu yang baru dalam hidup mereka.

Kids

Dan yang agak memeranjatkan saya ialah, Aqeel yang pada masa itu nampak seperti tidak berminat, sebab merajuk, rupanya sedang belajar juga. Beberapa hari selepas itu, seperti yang telah saya kongsikan di entry yang lalu (https://amomsjourney81.wordpress.com/2013/10/20/aqeel-is-painting-2/), Aqeel mula buat ‘3D painting’ instead of ‘2D painting‘. SubhanAllah, our kids can easily absorb anything they see or experience in their environment. It is how they learn – through real experience, with their senses. Not much from books or worksheets.Β 

Seronok untuk sekali sekala bersantai bersama-sama keluarga sebegini. πŸ™‚ Daripada segi harga, pada pendapat saya, agak sedikit mahal. Tetapi secara general, harga barang-barang dan servis di Dubai memang agak mahal. Jadi, bak kata saya, sekali sekala boleh lah. Hihihi. πŸ™‚

Sekian perkongsian saya kali ini. Jazakumullahukhairan! πŸ™‚

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s