Assalamualaikum w.b.t Mothers! 🙂
Entry kali ini saya cuma nak share lukisan kartun saya untuk hafal vocabulary arab. 🙂 Kepada yang hendak print, print lah ye. Nak share pun boleh. Cuma mintak maaf di atas kualiti lukisan (tak berapa terang dan jelas).
Saya juga hendak share sedikit tentang buku yang kami guna untuk belajar Arab di sini, untuk sesiapa yang berminat untuk perlahan-lahan belajar memahami Al Quran. InsyaAllah, Allah will make it easy for us and show us the way. Ustazah di sini pesan, just start to ‘move’ towards Allah, He will bring you further..Yang penting, kita kena mula dan berusaha.
Why We Need to Learn Arabic Language to Understand the Quran?
Kenapa kena belajar arab untuk faham Al Quran? Tak boleh kah sekadar baca translation? Moh dengar penerangan Brother Nouman Ali Khan 🙂
Arabic Class for Moms
Alhamdulillah, Allah beri peluang saya pergi kelas Arab. Baru Level 1. 🙂
Di kelas, kami guna buku ini. Siri ini saya perhatikan menumpukan vocab yang digunakan di dalam AlQuran dan Hadith. Objektif utama ialah untuk kita, yang bukan berbangsa Arab, untuk memahami Al Quran dan Hadith dalam bahasa Arab, tanpa perlu baca translation. Because the beauty and miracle of the Quran is in the Arabic Language. Versi terjemahan mungkin dapat membantu kita memahami, tetapi tidak dapat bantu kita lihat keajaiban Al Quran.
Sangat suka ilutrasi kartun ni! 🙂 🙂
Walaubagaimanapun, saya beli juga satu siri buku tambahan, yang mempunyai isi kandungan lebih kurang sama dengan buku yang diajar di kelas. Buku tambahan yang saya beli ini ada penjelasan di dalam bahasa Inggeris, maka saya dapat buat ulangkaji sedikit di rumah, terutamanya apabila ‘tertinggal’ apa yang diterangkan oleh cikgu. Sebenarnya saya pergi ke kelas bersama Aqeel. Jadi, almaklumlah, ikut mood Aqeel. Kadang-kadang dia nak menjerit, berlari atau main, saya kena lah keluar kelas sebab takut mengganggu orang lain. Mana-mana lesson yang saya dapat ‘tangkap’, Alhamdulillah. Mana yang tak dapat, kenalah buat ulangkaji atau bertanya. Alhamdulillah cikgu sangat memahami! Memang ramai juga bawa anak-anak. 🙂 Kelas ‘mak-mak’ la katakan.. Hihi
OK ini bukunya ya. Dijual 3 buku sekali. Vol 1,2 dan 3. Terbitan Darussalam. Yang ni Buku no 1:
Penulis yang sama, tapi penerbit yang berlainan. Ini mungkin versi orang dewasa. Yang kami guna di kelas versi kanak-kanak. Hihi. Tapi sangat suka versi kanak-kanak juga sebab banyak gambar!
Kalau buka buku dari kiri, kita dapat baca penerangan dalam Bahasa Inggeris.
Untuk mulakan pelajaran Bahasa Arab, buka buku dari kanan. :)Kandungan dalam Bahasa Inggeris dan Arab saling berkait. Dapat bantu kita untuk faham.
Yang bestnya, dalam buku ini banyak latihan membaca, untuk bantu kita mahir baca Bahasa Arab tanpa tanda baris atas, bawah atau depan. Macam saya, saya menghadapi kesulitan untuk baca kitab Arab yang diajar di dalam satu kelas yang saya ikuti. Bukan sahaja tak faham, saya tak dapat nak baca pun! Hihi. Sebab takde tanda atas, bawah dan depan. Inilah yang saya kena belajar! May Allah make it easy…
Kalau berminat nak beli, mungkin boleh tanya di cawangan Darussalam di Malaysia:
Word Search!
Saya hadapi sedikit kesukaran nak hafal vocab yang baru. Mungkin faktor usia. Hihi. Atau faktor tak fokus! Hehe. Maka, saya lukis gambar kartun.
Ini vocab yang saya kena hafal minggu ni:
Susah nak hafal macam di atas, jadi saya lukis kartun. Kalau berminat, boleh la print, dan cuba cari apa maknanya dari senarai di atas ye. 🙂 Again, sorry for the quality.
Enjoy and have fun! 🙂 Jazakumullahukhairan.
May 21, 2014 at 6:49 am
Hi. Salam. Nice perkongsian. Boleh tahu class ni di mana ye? Klu boleh bg contact number class ni pun ok. Btw, saya juga malaysian in Dubai. Salam kenal.
May 23, 2014 at 8:37 am
Waalaikumsalam yong 🙂 Kelas ni di Umm Sequim, Jumeirah. Boleh dpt details di alhudasisters.wordpress.com. The class is free. and they do offer many other classes too! 🙂 Untuk semua kaum, semua background.. asalkan perempuan 🙂 boleh cuba contact tempat tu ya…kalau tak dpt contact, you can always let me know. I will help you ya 🙂 in sha Allah
May 27, 2014 at 6:23 am
In sha Allah. May Allah make it easy for you to find the place 🙂
May 23, 2014 at 10:58 pm
Terima kasih! 🙂 saya cuba hubungi nanti. Nanti kita borak2 lagi ye.