Assalamualaikum Mothers! 🙂
Di antara komponen-komponen yang penting untuk bantu anak-anak kecil belajar membaca Bahasa Inggeris ialah – Memperkenalkan Sight Words kepada mereka. Sekiranya ibu2 yang saya hormati belum baca post ‘Helping Young Children to Read: The Four Components’ , saya syorkan untuk baca entry tersebut dahulu ya, supaya dapat gambaran yang lebih jelas–> . Klik link di bawah untuk baca:
Sumber: http://www.education.com/
Seperti yang telah saya bincangkan sebelum ini, memperkenalkan sight words atau ada yang panggil high frequency words atau tricky words dapat banyak membantu anak-anak kita untuk menjadi ‘Confident Reader‘. Sesetengah sekolah/tadika tumpukan kepada Phonics sahaja, atau ada yang tumpukan kepada Sight Words sahaja, tetapi bagi saya, kedua-duanya penting dan saling berkaitan. Di sekolah anak-anak saya di sini juga, mereka pentingkan kedua-dua komponen – Phonics and Tricky Words untuk bantu pelajar-pelajar membaca.
Secara ringkas, sight words adalah perkataan-perkataan yang kita biasa guna dalam ayat English, contohnya seperti gambar di bawah:
Sekiranya kita dapat bantu anak-anak kenal dan hafal perkataan-perkataan ini, insyaAllah akan lebih mudah untuk mereka mula membaca. Dan yang penting, apabila mereka dapat kenal, contohnya dapat kenal ‘I‘, ‘can‘ dan ‘run‘, dia sudah boleh baca satu ayat —> ‘I can run‘. MasyaAllah, seronok tau anak bila dapat membaca, walaupun cuma satu ayat. Ini dapat timbulkan keyakinan diri dan semangat untuk terus belajar membaca. By the Will of Allah. 🙂
OK, InsyaAllah saya kongsikan langkah demi langkah ya. Tetapi seperti selalu, saya suka katakan bahawa langkah-langkah ini bukan yang terbaik dan tidak perlu diikuti dengan rigid. Bergantung kepada anak-anak ya dan kreativiti ibu atau guru. 🙂
Ada 5 Langkah atau Steps:
- Picture Books
- Introduce Sight Words
- Enrichment
- Spelling
- Continuous Improvement and Monitoring
Oh ya sebelum tu, berdasarkan pengalaman dengan anak-anak, saya perhatikan:
Kebolehan membaca diperolehi dulu, baru diikuti dengan kebolehan mengeja dan menulis sight words. Jadi, jangan risau kalau lihat anak boleh baca sight words tapi tak dapat eja. One by one. 🙂
Step 1: Picture Books
Eric Carle adalah di antara penulis/ilustrator picture books yang terkenal
Objektif utama untuk mengajar anak-anak membaca ialah supaya mereka dapat faham segala bahan-bahan bacaan di sekeliling mereka – samada buku, surat khabar, bahan bacaan di internet, papan tanda dan sebagainya. Di era ini, kebolehan membaca boleh dikatakan ‘wajib’ supaya seseorang individu dapat berdikari dan menjalani kehidupan seharian. Dan yang penting ialah untuk anak-anak, serap pengetahuan yang ada disekeliling mereka. May Allah guide our children to easily absorb knowledge, except the knowledge contradicts to our faith.
Maka, adalah sangat penting untuk kita didik anak-anak untuk faham apa yang dibaca, sejak di awal usia. Kita tidak boleh cuma fokus membunyi dan mencantumkan huruf-huruf untuk membolehkan anak membaca sahaja. Mereka perlu biasa untuk baca buku supaya faham jalan cerita atau sesuatu perkara yang hendak disampaikan, bukan semata-mata untuk jawab soalan periksa di tadika. Ini selalu terjadi untuk subjek Bahasa Inggeris, apabila kanak-kanak tersebut tidak biasa menggunakan bahasa tersebut di rumah, tetapi ‘dipaksa’ untuk menguasai skil membaca Bahasa Inggeris dalam masa yang singkat.
Pada pendapat saya, pembacaan dan pemahaman perlu seiring. They call this reading with meaning.
Saya percaya, sebagai seorang ibu, sekiranya saya mahu anak-anak mampu menguasai skil membaca beserta permahaman, saya perlu bantu mereka di rumah. Sejak bayi sebenarnya. Tidak boleh harapkan sekolah 100%, kerana di dalam kelas, guru ada 20 orang pelajar (mungkin lebih), dan perlu mengajar dalam masa yang singkat. Manakala, saya sebagai ibu, cuma mempunyai 3 orang anak. Maka, kualiti praktis membaca yang terbaik adalah dengan saya sebenarnya.
OK. Untuk menggalakkan pembacaan beserta pemahaman, ibu2 sekalian boleh mulakan dengan buku bergambar seperti di bawah:
Tiada perkataan langsung! 🙂 Cuma gambar untuk kita bincangkan dengan anak. Beri peluang untuk anak beri pendapat mereka sendiri berdasarkan gambar yang dilihat. Untuk reka cerita mereka sendiri. Ini dapat membantu anak untuk perlahan-lahan belajar memahami, melalui gambar yang mereka lihat. Tapi bagaimana kalau anak tak terkeluar satu perkataan pun? Hehehe. Takpe, bantu perlahan-lahan, beri sedikit hint, tanya apa yang dia nampak dalam gambar. Bincang mengikut kemampuan anak pada sesuatu masa. Ingat! Jangan letak harapan, baca dengan ikhlas dan gembira ya. 🙂
PENTING! Ada sesetengah yang berpendapat bahawa untuk membolehkan kanak-kanak membaca, mereka cuma perlu lihat tulisan semata-mata. Jangan lihat gambar. Saya berpendapat sebaliknya. Gambar banyak membantu untuk anak faham apa yang sedang dibaca. Dan mereka sangat seronok tengok gambar! Sekiranya mereka hendak buat cerita sendiri, buatlah. Asalkan bahagia. 🙂 Ini sebenarnya dapat membantu kanak-kanak untuk memupuk skil seterusnya, iaitu berkebolehan untuk menulis cerita.
Buku ini adalah di antara buku di dalam siri Reading Line – Vocabulary Kit terbitan Scholastic.
Tidak perlu hadkan jenis buku seperti buku di atas sahaja ya. Any picture book is good, especially those with good content or story line. Sekiranya anda lebih gemar buku yang mempunyai tulisan, saya sarankan pilih buku yang mempunyai ayat-ayat yang pendek. Sekiranya anak-anak belum boleh membaca atau baru mula membaca, elakkan daripada memilih buku yang mempunyai jalan cerita panjang berjela. Anak2 mudah bosan, dan kita pun akan penat nak baca! 🙂 Contoh buku yang saya gunakan di rumah ialah seperti ini:
Saya suka pilih picture book yang mempunyai ilustrasi menarik, ayat yang ringkas dan mempunyai jalan cerita yang bagus. Saya suka beri keutamaan kepada picture book yang mengajar nilai-nilai murni.
Step 2 : Introduce sight words
Step seterusnya –> Kita boleh mula perkenalkan sight words kepada anak, perlahan-lahan. Dalam masa yang sama, teruskan membaca picture books dengan anak. Walaupun anak sudah boleh membaca, teruskan. Supaya anak dapat terus perkembangkan vocabulary, dan pengetahuan.
Ada 3 cara untuk saya perkenalkan sight words kepada anak-anak:
- Buku cerita.
- Kad.
- Siri Peter and Jane.
Buku Cerita
Alhamdulillah, sekarang di pasaran ada buku-buku yang ditulis, khas untuk memperkenalkan sight words kepada anak-anak kecil. Saya perhatikan, anak-anak saya lebih berminat untuk belajar kerana ia ada jalan cerita. Walaupun jalan ceritanya tidak se’cantik’ buku biasa (seperti picture book), kerana penggunaan perkataan yang terhad, tetapi dengan kombinasi gambar yang di lukis untuk memberi gambaran jalan cerita, anak-anak dapat faham cerita yang hendak disampaikan.
Mulakan dengan buku yang memperkenalkan cuma satu sight word, contohnya:
Cuma ada satu perkataan – ‘I’. 🙂 Kemudian, boleh tingkatkan bilangan sight words apabila nampak anak dah boleh kenal dan baca sight words yang pernah diperkenalkan sebelumnya:
Lihat, sight words yang sama (we, can) diulang berkali-kali. Dan selalunya buku sebegini memang mempunyai lukisan menarik yang dapat menggambarkan jalan cerita.
Bila anak dah mula yakin, boleh perkenalkan ayat yang lebih panjang. Seperti gambar di atas.
Satu lagi jenis buku yang saya gunakan ialah:
Untuk perkenalkan perkataan ‘will‘ dan ‘fly‘.
Kesemua buku ini adalah terbitan Scholastic:
- Reading Line – Vocabulary Kit
- Everyday Book Box (Red) – for Beginner
- Sight Word Readers
Ini kotak Everyday Book Box, dan gambar di bawahnya ialah buku-buku yang ada dalam kotak. Banyak! 🙂
Antara hobi Aqeel ialah ‘memunggah’ keluar buku-buku ni. 😛
Boleh ke http://scholastic.com.my/en/education/scholastic-reading-programmes untuk maklumat lanjut.
Ini adalah contoh Aleeyah baca jenis buku yang menggunakan perkataan berulang-ulang. Ia dapat bantu dia hafal perkataan-perkataan tersebut. Ini masa dia di Foundation Stage.
Kad
‘Saya lihat, saya hafal!’
Satu ‘slogan’ yang saya lihat penting untuk bantu anak-anak membaca. Bagi peringkat awal, iaitu semasa anak di tahap baru mula menghafal perkataan-perkataan untuk di baca atau di dalam proses membiasakan diri dengan bunyi-bunyi huruf, adalah bagus untuk dia dapat lihat perkataan-perkataan atau huruf-huruf tersebut setiap hari. Lama-lama akan masuk dalam minda separuh sedar dia, dan insyAllah dia akan mudah hafal perkataan-perkataan tersebut.
Berdasarkan pengalaman dengan anak dan beberapa kanak-kanak yang lain, saya lihat ‘waktu’ yang agak mencabar adalah ketika mereka berada di fasa – mengenal huruf, mengenal perkataan-perkataan dan mencantumkan bunyi-bunyi huruf untuk membentuk sebuah perkataan. Kemudian sedikit mencabar untuk bantu mereka baca ayat-ayat ringkas. Pada masa tu sahaja. Seterusnya, insyaAllah apabila mereka sudah mula faham ‘konsep’ membaca, senang. Mereka insyaAllah boleh hafal perkataan-perkataan baru dengan sekali tengok atau sekali baca sahaja. Jadi pada masa ini, kita sudah tidak perlu pamerkan perkataan-perkataan baru di rumah. Cukup sekadar membaca buku.
Takpe lah kalau rumah macam tadika jugak! 🙂
Tampal satu demi satu. Contohnya, hari ni, anak belajar perkataan ‘I’. Maka tampal ‘I’ sahaja. Apa yang saya buat ialah, saya baca dahulu dengan anak buku yang saya tunjukkan di atas. Kemudian saya tampalkan kad pula. Atau, apabila anak buat latihan (insyaAllah akan diterangkan dalam Step 3: Enrichment), saya letakkan perkataan-perkataan baru berdasarkan apa yang dipelajari. Keesokan harinya, ulang perkataan-perkataan tersebut. Minta dia yang sebut dan tunjukkan sendiri. Terus tambah bilangan perkataan mengikut kemampuan anak.
Boleh dapatkan kad-kad ini di link di bawah:
http://www.sparklebox.co.uk/literacy/vocabulary/#.UoWXM8ROK2c
http://www.education.com/grade/kindergarten/
Kad yang berwarna macam ni pun menarik! 🙂
I think below check list is quite useful to help us, mothers, to know which words to introduce to our children, by phases. But again, ikut pilihan kita. Sebaiknya mulakan dengan perkataan yang mudah seperti ‘I’, ‘am’, dan sebagainya. Tidak perlu risau kalau anak tidak dapat eja. Fokus dahulu kepada membaca.
Letters and sounds: High Frequency Words Checklist
Phase 2
a |
an |
as |
at |
if |
in |
is |
it |
of |
off |
on |
can |
dad |
had |
back |
and |
get |
big |
him |
his |
not |
got |
up |
mum |
but |
the |
to |
I |
no |
go |
into |
Phase 3
will |
that |
this |
then |
them |
with |
see |
for |
now |
down |
look |
too |
he |
she |
we |
me |
be |
was |
you |
they |
all |
are |
my |
her |
Phase 4
went |
It’s |
from |
children |
just |
help |
said |
have |
like |
so |
do |
some |
come |
were |
there |
little |
one |
when |
out |
what |
Phase 5
don’t |
old |
I’m |
by |
time |
house |
about |
your |
day |
made |
came |
make |
here |
saw |
very |
put |
oh |
their |
people |
Mr |
Mrs |
looked |
called |
asked |
could |
Boleh jugak buat dalam bentuk bookmarks. 🙂 Klik link untuk download:
http://www.sparklebox.co.uk/2656-2660/sb2660.html#.UoWl3sROJKM
Siri Peter and Jane
Siri ni agak glamer di Malaysia. 🙂 Saya pun suka juga guna buku ni, tapi seperti yang saya telah terangkan di entry sebelumnya, buku ni agak membosankan. Jadi saya tak guna lama. Saya berhentikan Aleeyah pakai buku ni apabila dia sudah boleh membaca dengan lancar buku nombor 5. Kemudian saya berikan dia buku-buku yang mempunyai jalan cerita yang menarik atau informasi yang bagus. Sebab, again, tujuan membaca ialah untuk mendapatkan pengetahuan dan melatih pemahaman, bukan tertumpu kepada kebolehan membaca semata-mata.
Untuk peringkat awal, buku ini banyak membantu. Kerana ia ulang-ulang perkataan-perkataan yang sama. Dan perhatikan, bilangan perkataan ditambah sedikit demi sedikit. Konsepnya sedikit berbeza dengan jenis buku cerita yang telah saya bincangkan di atas.
Step 3 : Enrichment
Worksheets
Saya juga beri anak-anak buat latihan sight word di rumah. Saya dapati, ini banyak dapat membantu anak-anak untuk menguasai sight words, berbanding sekiranya saya biar sahaja untuk mengharapkan latihan di sekolah semata-mata. SubhanAllah, saya suka sangat pack di bawah ni. Ini merupakan sebuah program lengkap, dalam bentuk fail, terbitan Scholastic untuk membantu anak-anak kecil menguasai sight words secara sistematik. Kita boleh buat salinan sebanyak mana kita mahu, jadi saya suka. 🙂
Ada penerangan bagaimana hendak kita gunakan program ini.
Dan SubhanAllah, ada lesson plan untuk setiap minggu, dan setiap hari! Sekiranya anda adalah pemilik tadika, dan tercari-cari satu program untuk mengajar pelajar-pelajar membaca Bahasa Inggeris, saya cadangkan program ini. Tetapi ini cuma ‘cover‘ sight words sahaja, tidak meliputi program Phonics.
Saya guna ini di rumah. Heheh. Over sikit, tapi takpe, saya puas hati, dan senang sebab ada langkah demi langkah. Secara jujur, takde lah saya ikut langkah demi langkah, sebab tak sempat. 🙂 Apa yang saya buat ialah saya ‘copy‘ semua latihan yang diberi, dan bukukan. Kemudian, saya beri latihan mengikut sususan (bermula daripada Week 1, Day 1). Saya tak buat buku tebal, saya pecahkan kepada beberapa bahagian. Jadi takde lah anak ‘takut’ tengok buku tebal sangat! 🙂
Saya kongsikan sedikit contoh latihan ya. Daripada sangat basic, latihan dipertingkatkan perlahan-lahan kepada yang lebih rumit. Ada pelbagai bentuk latihan – menulis, mengisi tempat kosong, melukis, menjawab soalan pemahaman, dan sebagainya. Jadi anak tak bosan kena buat benda yang sama. Dan saya tidak perlu ‘pecah’ otak nak cari latihan yang perlu diberikan. Minta maaf di atas gambar yang agak kabur. 🙂
Latihan di atas, Aleeyah buat masa dia berada di Foundation Stage. Saya lihat masa tu dia kurang lancar sedikit membaca. Sekarang, sebab di sekolah sudah banyak latihan mengeja, jadi saya tak berapa buat sangat untuk Aleeyah. Muahahaha. Saya tumpukan kepada Azeem pula. Azeem baru tahu satu perkataan – ‘I’. Hihihi.
Scholastic juga ada buku-buku latihan menarik yang lain untuk membantu anak-anak kita menguasai sight words. Boleh lawat website Scholastic yang saya telah berikan di atas ya. 🙂 Atau boleh saja google ‘sight word worksheet‘, insyaAllah keluarlah latihan-latihan yang anda perlukan. Saya lebih gemar guna buku, sebab memang di susun mengikut senang ke lebih rumit. Jadi saya tak pening! 🙂 Setakat ini, di Malaysia, saya lihat buku-buku di Scholastic lebih fokus dan ‘user friendly‘, serta menarik.
Games
Boleh jugak main games dengan mereka, ikut kreativiti. Seperti contoh:
- Padan Kad. Sediakan 2 set sight words, minta anak padankan sight word yang sama, contohnya ‘I’ dan ‘I’. Untuk permulaan, elakkan letak terlalu banyak, nanti anak pening. 🙂 3 perkataan sudah memadai.
- Permainan Ular. Klik link ini untuk download board : http://www.sparklebox.co.uk/previews/8351-8375/sb8367-tricky-word-snakes-and-ladders.html#.UoWqecROJKM
- Dan banyak lagi! 🙂
Step 4 : Spelling
Apabila anda lihat anak sudah boleh membaca dengan lancar beberapa perkataan, boleh lah mula untuk bantu dia mengeja pula. Tetapi AWAS! sekiranya anda lihat anak stress (sebab kebolehan mengeja sebenarnya memerlukan daya fikir yang lebih tinggi), chill! Tidak perlu paksa dia. Bantu perlahan-lahan. Fokus kepada tambah bilangan sight word untuk dibaca, dan buat latihan menulis perkataan-perkataan tersebut.
Oleh kerana saya pernah kongsi satu entry tentang Spelling, saya rasa tidak perlu lah saya ulang semula ya. Anda boleh klik link di bawah untuk baca perkongsian saya bagaimana untuk ajar anak mengeja:
https://amomsjourney81.wordpress.com/2013/10/06/jom-tolong-anak-anak-mengeja-spelling/
Kebolehan mengeja sight words ini adalah untuk membantu anak menguasai tahap seterusnya –> Menulis ayat, seterusnya cerita sendiri dalam Bahasa Inggeris.
Step 5 : Continuous Monitoring and Improvement
Yeaaaahh! Macam projek di tempat kerja, ‘projek’ kita di rumah juga kena dipantau berterusan. Hehehe. Supaya momentum berterusan. Saya juga pernah kongsikan tentang kepentingan mengekalkan rutin di rumah, supaya kanak-kanak faham dan bertindak mengikut rutin. Jadi, kita tidak perlu ‘push‘ mereka setiap kali hendak belajar atau melakukan sesuatu.
Boleh gunakan Word Mat ini untuk check samada anak ingat atau tidak perkataan-perkataan yang baru dipelajari. Boleh laminate untuk tahan lebih lama. Kalau tak dapat setiap hari, dapat setiap minggu pun Alhamdulillah.. 🙂 Klik link di bawah untuk download:
http://www.sparklebox.co.uk/1671-1675/sb1671.html#.UoW1U8ROJKM
Langkah-langkah yang saya kongsikan di atas boleh diulang banyak kali, mengikut kesesuaian dan masa.
Terus lihat perkembangan anak-anak. Terus terlibat dalam proses pembelajaran anak-anak. Kajian mendapati bahawa seseorang kanak-kanak yang mendapat bantuan dan sokongan untuk belajar, oleh ibu bapa atau penjaga di rumah, akan lebih mudah untuk ‘excel‘ dan mudah mengikuti silabus yang diajar di sekolah.
May Allah make easy for us, mothers, to help our children. May Allah grant us the ‘ikhlas’ in educating our children, with patience. Sekian perkongsian kali ini. Jazakumullahukhairan! 🙂
Pingback: Kembara Azeem (4 tahun) Belajar Membaca (1): Sight Words – ‘I’ dan ‘see’ | A Mom's Journey