A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


2 Comments

10 Aktiviti Percutian yang Anak2 Suka! (1)

Assalamualaikum again mothers! πŸ™‚

Berjalan dan bercuti (travel) sememangnya bagus. Bak kata orang tua-tua, jauh perjalanan, luas pengalaman..Β Persoalannya, bolehkah saya menikmati percutian macam ni dengan 3 orang anak-anak yang berusia 2, 4 dan 6 tahun?

Rehat tepi pantaiBerehat-rehat di tepi pantai sambil baca buku..

Blue Mosque

Melawat bangunan-bangunan cantik, tinggalan empayar-empayar terdahulu..

Hehehe..

Eh! Boleh! InsyaAllah.. πŸ™‚ Cuma cara dan strategi kena lah diubahsuai sedikit.Β Tak boleh nak fikir ekslusif untuk diri saya, atau cuma saya dan suami. Anak-anak kena seronok jugak! Kalau mereka tak seronok, (sebab kita buat perancangan mengikut apa yang kita suka) inilah jadinya..

Mengamuk

Mengamuk! Sekian, terima kasih. πŸ™‚

Gambar ni saya ambil masa di Istanbul. Kesilapan besar saya masa itu ialah saya ingat anak2 (masa tu berusia 1+, 3+ dan 5+) dapat ikut rentak kami (suami dan saya). Kami suka tengok bangunan-bangunan lama, jadi kononnya nak ‘cover‘ semua yang ada! Dan kami ikut style orang dewasa berjalan –> baca penerangan2 yang ada dipamerkan di bangunan-bangunan tersebut dan pamplet yang disediakan. Hasilnya, anak2 kami jadi sangat penat dan sangat bosan!

Kenapa mereka bosan?

Rupanya saya lihat, bila kanak2 tidak dapat terlibat secara direct dalam setiap aktiviti, mereka cepat bosan. Contohnya, bila kami cuma baca pamplet dan papan2 penerangan di bangunan2, anak2 tidak dapat terlibat. Sebab mereka tak dapat nak baca! Aleeyah pun masa tu belum fasih nak baca semua jenis perkataan. Jadi dia jadi bosan sebab struggle nak baca.

Dan bila kami bawa mereka ke bangunan-bangunan tersebut tanpa sebarang penerangan, mereka pun nampaknya tak faham apa yang sedang berlaku. Sekadar mengikut kami sahaja. Maka bermulalah aktiviti lasak melasak dan ragam meragam! Hihihi.

Oh Anak

Ahamdulillah, with the will of Allah, selepas struggle pada hari2 pertama di Istanbul, kami ubah rentak percutian. Kami berjalan pada kadar perlahan, cuba ikut rentak anak-anak. Kami buat aktiviti-aktiviti yang mereka suka. Di samping itu, kami pastikan 3 perkara ini kami penuhi untuk mereka – perut kenyang, rehat/tidur cukup dan kebersihan terjaga (terutamanya untuk Aqeel, kena tukar diapers kerap macam biasa).Β Alhamdulillah, anak-anak lebih gembira dan kurang meragam.

InsyaAllah saya kongsikan di sini ya, aktiviti-aktiviti yang saya lihat dapat libatkan anak2 kita secara direct, berdasarkan apa yang pernah kami lalui (bercuti atau perjalanan ringkas). Daripada pemerhatian saya, nak kasi anak-anak ni gembira tidak semestinya kita perlu pergi tempat mahal-mahal atau grand. Benda ringkas dan murah atau free pun boleh buat teruja! And like usual, please feel free to share your tips too! I am still learning, and will continue to learn. Let’s learn together on how to plan a trip that benefits our children.. Biiznillah..

Pre-Holiday

Sebelum tu, saya nak kongsi satu perkara yang saya buat sebelum kami bercuti –> Pre-Holiday Meeting! Hihi macam pre-job meeting la lebih kurang..

Contohnya, beberapa hari sebelum kami berjalan ke Fujairah dan Oman, saya terangkan pada Aleeyah dan Azeem, ke mana kami akan pergi. Aqeel pun ada sekali. Walaupun Aqeel cuma tersengih-sengih sambil melompat-lompat. πŸ™‚ Saya print peta UAE/Oman dan tunjukkan kepada mereka. Kemudian, saya tunjukkan di komputer (google je) di mana hotel kami akan menginap, dan satu aktiviti yang kami rancang iaitu untuk naik bot tradisi Arab (dhow).

Peta UAE

Sebelum ini, saya ingat tak penting buat macam ni. Tapi rupanya, SubhnaAllah, pre-holiday meeting ni dapat banyak membantu kelancaran perjalanan. Apabila anak-anak dapat sedikit gambaran tentang apa yang akan dilalui, mereka mudah hendak beri kerjasama.

Holiday Time!!!

OK, insyaAllah di post kali ini, saya kongsikan 5 aktiviti yang dapat buat anak happy semasa bercuti dulu ya. Lagi 5 insyaAllah akan disambung kemudian. Nanti panjang sangat pulak entry ni. Hihi. InsyaAllah,bila anak-anak happy, abah dan mama pun dapat enjoy percutian tu. Dan yang penting dan berharga ialah apabila anak2 dapat belajar daripada percutian tersebut. πŸ™‚

NOTE: However, please first, rely on Allah. What I am suggesting are only means. The only one who can help you is Allah.

#1 Diari Perjalanan

Berikan setiap anak, sebuah ‘Diari Perjalanan’. Saya beri pada semua, termasuk Aqeel yang berusia 2 tahun! Hihi. Dan saya lihat, Alhamdulillah, ini dapat menimbulkan minat mereka sepanjang percutian. Saya belikan buku ‘sketch book‘, iaitu kertas kosong tanpa garisan, untuk beri kebebasan kepada mereka, samada nak tulis atau lukis. This activity really kept them busy all the time! By the end of the day, they became tired. So, it was easy to put them to sleep too! Hihi.

IMG_8989Jeng jeng jeng. Aqeel pun ke hulu ke hilir bawak buku! Tengah mengkaji ‘sungai’ gamaknya. Sebenarnya ni ‘air sedutan’ pihak perbandaran, yang mereka salurkan di tempat ini selepas ‘sedut’ air hujan di jalan. Di UAE, jalan raya tiada sistem longkang seperti di Malaysia. Teruja je Aqeel tengok, biar ‘sungai’ buatan pon! Hihi.

Bila dah ada diari, mereka sudah ada objektif tersendiri! Maka, bila kami bawa ke tempat atau bangunan bersejarah, mereka tidak bosan. πŸ™‚ Akhirnya, kami pulak kena tunggu mereka habiskan aktiviti melukis masing-masing! Hihi.

Bidyah MosqueIni di Masjid Bidyah. Masjid tertua di UAE. Khusyuk mereka lukis ‘watch tower‘ kat atas bukit tu.

DrawingLukisan ‘watch tower‘ Aleeyah. Dia panggil tu castle. πŸ™‚

Untuk ‘Diari Perjalanan’ ini, saya tidak betulkan sebarang ejaan Aleeyah. Ini akan membantutkan minat dia untuk terus menulis. Saya juga tidak komen sebarang lukisan mereka yang tidak sama dengan apa yang hendak dilukis. Saya kena hormati hasil tulisan/lukisan mereka. They are doing their best, at their own capability! Apa yang penting ialah mereka ‘capture‘ pengalaman tersebut, dan belajar untuk faham apa yang sedang mereka lakukan. Mudah-mudahan, ini dapat membantu mereka faham tentang kehidupan. Biiznillah..

Fujairah OmanSaya perhatikan mereka memang sangat suka nak melukis/menulis.

Adakalanya, saya tengok mereka sertakan sedikit imaginasi untuk ‘enhance‘ lukisan mereka. Macam di bawah ni, Azeem lukis kapal yang dia lihat di Muzium Fujairah. Lepas tu, dia tambah sendiri seorang lanun! Hehehe.

IMG_8956Berusaha melukis kapal πŸ™‚

Pirate ShipHasil lukisan Azeem. Siap ada seorang lanun dan bendera lanun! Kat sekolah ada role play ‘pirate‘, tu agaknya dia duk fikir kapal mesti berkait dengan lanun.

Nota: Saya berikan mereka ‘diari’ ini beberapa hari sebelum pergi. Dan mereka sudah mula menulis dan melukis sebelum kami mulakan perjalanan. Lebih mudah begini. Semasa bercuti, mereka sudah tahu bagaimana nak guna diari ini.

#2 Be Little Explorers.

Ooohhhh, kanak-kanak suka sangat kalau kita beri mereka kesempatan untuk jadi explorer! Sebenarnya kanak-kanak boleh serap apa sahaja ilmu yang diberikan kepada mereka. InsyaAllah. Kita tak perlu risau samada mereka faham atau tidak, terutamanya untuk anak-anak berusia 5 tahun ke bawah. Kadang-kadang mereka cuma tengok, tanpa sebarang tindak balas. Takpe. Teruskan sahaja berkongsi dan beri penerangan kepada mereka. InsyaAllah, mereka serap apa yang kita kongsikan. Soon, you will be surprised to see their ability to ‘re-tell’ (whether partly or the whole explanation), although at the time you explained, it looked like they did not care!

Semasa bercuti, bagus juga berikan mereka peluang untuk mengkaji. Alang-alang dah jalan tempat baru, lebih bagus untuk belajar ilmu yang baru. Mereka boleh kaji apa sahaja – mungkin tentang air, tentang salji (kalau pergi ke negara bersalji), tentang pasir, tumbuh-tumbuhan, bak kata, apa sahaja! InsyaAllah, ini juga dapat membantu anak-anak untuk meningkatkan daya fikir.

Contoh: Belajar tentang alam semulajadi

Di rumah, lebih kurang sejak seminggu yang lalu, saya mulakan satu aktiviti untuk saya dan anak-anak belajar tentang dunia berpandukan Al Quran, dan kaitkan ayat tersebut dengan penemuan sains. Seronok! Saya suka dan mereka suka, Alhamdulillah! Kami masih beginner.. Semoga Allah bantu kami untuk teruskan pembelajaran kami.

Learning the Quran

Beberapa hari selepas itu, kami buat ‘amali’. πŸ™‚ Saya rasa tidak dapat saya nak cerita secara teliti apa yang kami buat. Nanti lari tajuk! Hihi. Sekadar nak tunjuk apa yang kami buat di rumah, dan bagaimana hendak ‘link’ perkara tersebut dengan aktiviti percutian mereka.

Plant Experiment

Semasa percutian, Alhamdulillah, di dalam perjalanan, mereka berpeluang untuk lihat cuaca cerah, cuaca mendung dan juga hujan! (jarang hujan di UAE). Jadi saya ambil peluang tersebut untuk terangkan kepada mereka tentang hujan, awan, pergerakan awan, air diserap di dalam tanah, dan sebagainya. Saya cuba untuk kaitkan apa yang telah kami pelajari di rumah.

Dan di bawah ni, saya cabut satu tumbuhan liar untuk tunjuk pada mereka bagaimana bentuk akar, dan terangkan fungsi akar. Aqeel pun seronok! Mereka rasa macam saintis la kot, duk khusyuk melukis dan mengkaji! Hehehe.

Plant

Little ScientistMereka lukis ‘sungai buatan’ tu. Hehehe. Kat sini susah nak tengok sungai. Dapat tengok sungai sementara ni pun dah boleh tolong mereka untuk gambarkan macam mana bentuk sebatang sungai.

Satu lagi aktiviti ‘mengkaji’ yang kami buat ialah – mereka kutip pelbagai bentuk cengkerang di tepi laut, dan lepas tu mereka lukis. They really loved this activity.

Kutip cengkerang

Cengkerang

Lukis Cengkerang

Banyak lagi aktiviti mengkaji yang boleh dibuat. Ibu2 sekalian boleh perhatikan je apa yang anak2 suka, dan apa yang sedang mereka pelajari. Dan selalunya mereka yang akan tunjukkan minat terhadap sesuatu perkara, on the dot. Pada pendapat saya, adalah lebih bagus sekiranya saya beri masa kepada mereka ‘kaji’ apa yang mereka jumpa, daripada cuba untuk desak mereka supaya bergerak cepat, dengan tujuan untuk ‘cover‘ semua tempat. Ya, saya lihat percutian yang ‘slow and steady‘ lebih sesuai dengan kanak-kanak kecil. Kurang sesuai untuk ‘structured schedule‘ seperti yang ditawarkan dalam ‘tour package‘.

#3 Rasa Makanan Tempatan

Yeaaah! Satu aktiviti ringkas yang kanak-kanak suka, dan sebenarnya sangat berfaedah untuk mereka faham budaya tempatan. Makan makanan tempatan yang ada di tempat percutian! Yang penting, HALAL! πŸ™‚

IMG_6713Minum teh Turki

JagungMakan jagung kat Fujairah

IMG_6454Makan aiskrim Turki

#4 Haiwan

Ya Allah, saya lihat kebanyakan kanak-kanak memang suka pada haiwan, termasuklah anak-anak saya. Sangat bersemangat dan teruja nak tengok. Jadi, setiap kali kita beri peluang kepada mereka untuk lakukan aktiviti berkaitan dengan haiwan, insyaAllah mereka happy dan berikan kerjasama sepenuhnya.

Samada haiwan yang mereka lihat di zoo..

Zoo Al Ain

Atau di pasar (ini di Al Ain Central Market, di mana mereka jual haiwan hidup)..

Baby camel sizeBayi unta πŸ™‚

Atau di dalam laut..

IMG_9452

Atau di padang pasir..

FalconBurung falcon.

Pendek kata di mana sahaja! Walaupun haiwan jalanan, insyaAllah mereka suka je.

IMG_6323Kucing jalanan kat Istanbul gebu-gebu semuanya..

Dapat perhatikan sekejap pon mereka dah suka.Β Kalau dapat beri makan, lagilah mereka suka!

Feeding fishBagi ikan makan roti arab.

#5 Ride

Yeaaaahhh! Aktiviti tunggang menunggang!

Boleh juga cuba aktiviti sedikit lasak macam naik kenderaan pacuan 4 roda. Tapi kena tengok juga kot takat ‘risiko’ yang diambil. Kalau bahaya, baik dielakkan. Kalu tidak lasak, kami cuba juga.

Desert SafariKami cuba Desert Safari. Ingatkan anak2 takut, tapi Alhamdulillah OK je. Mereka suka dan tergelak. Cuma pening sikitlah. πŸ™‚

Naik cruise atau bot. Kanak-kanak yang tidak biasa naik kenderaan air, macam anak-anak saya, teruja bila dapat peluang untuk naik bot atau kapal. Boleh juga beri anak-anak kita ni peluang untuk naik bot di sungai, di terusan, di tasik dan mungkin di laut. Ada perbezaan di antara setiap satu. Contohnya baru-baru ini, Alhamdulillah, kami berpeluang naik Dhow (bot tradisi Arab) di laut Musandam, Oman. Saya beritahu mereka,

We are going on a boat ride, in a real sea.”

Aleeyah kata, “You mean the reeaaal sea?”

Yes, the real sea. So, please, be careful, listen to Mama and Abah.” Hehehe, bila nak naik bot, saya perhatikan mereka teruja agak lebih daripada biasa. Maka, kena terangkan kepada mereka aspek keselamatan, sebelum mula naik atau bergerak. Kalau tidak, susah nak kontrol bila mereka dah teruja.

DhowInilah dhow.

Naik dhowAleeyah sangat suka dan excited pada mulanya. Dia pernah naik bot, tetapi cuma di terusan, tasik dan sungai buatan. Ini baru pertama kali naik bot di laut lepas.Β Beberapa minit lepas tu, dia mabuk laut. Hihi. Angin agak kuat, jadi dhow terumbang ambing sedikit. Maka, mereka boleh faham dan belajar perbezaan pengalaman naik bot di laut lepas dengan di tempat lain. Biiznillah..

Selain seronok, anak-anak kita, insyaAllah dapat belajar sesuatu sepanjang perjalanan, melalui apa yang mereka lihat.

Obor-oborJelly fish dalam air.Β 

Jelly fishRupanya mereka suka. Aleeyah lukis jelly fish dalam buku dia.

Tunggang Haiwan!

Rasanya ini adalah di antara aktiviti tunggang-menunggang yang kanak-kanak suka. Boleh je beri peluang naik kuda, gajah, unta, atau apa sahaja. Yang penting, kita pastikan keselematan terjaga.

Naik UntaPengalaman naik unta. Unta ni tinggi sedikit, jadi untuk anak-anak kecil kena naik bersama orang dewasa.

Banyak lagi kot aktiviti tunggang-menunggang yang selamat untuk anak-anak kita cuba. Please feel free to share your experience.. Saya pun tengah tercari-cari idea lagi ni. Hihihi.

Yeaaahh! Alhamdulillah, dapat kongsikan 5 aktiviti yang anak-anak boleh terlibat secara langsung, dan sangat seronok nak buat semasa bercuti. InsyaAllah saya kongsikan lagi 5 aktiviti ye..Biiznillah.. πŸ™‚ Sebelum nak tamatkan entry, nak kongsi satu tips semasa berjalan dengan anak-anak kecil.

Tips #1: Perhatikan tanda-tanda kebosanan atau kepenatan.

Kadang-kadang di dalam perjalanan, anak boleh jadi penat atau bosan. Saya rasa, baik sekiranya kita dapat kesan tanda-tanda tu awal dan buat sesuatu untuk hentikan rasa tersebut, dengan izin Allah. Sekiranya tidak, anak-anak akan terus meragam dan kita pun stress. Hehehe. Dan tiada faedah kot kita duk marah mereka suruh senyap dan berkelakuan baik. Kalau dapat ‘divert‘ fokus mereka, insyaAllah mereka dapat ‘baik’ dan beri kerjasama, instantly!

Contohnya, perjalanan ke Fujairah ambil masa sedikit lama. Azeem jadi bosan dan penat dan mula meragam. Maka, kami berhenti di kedai tepi jalan, untuk dia ‘take a break‘.

MoodyDah mula moody. Kena buat sesuatu sebelum ‘taufan’ melanda. Hihi.

Makan JagungBerhenti kejap, bagi makan jagung. Happy lah dia! Hihi.

OK mothers! πŸ™‚ Alhamdulillah, ini entry untuk kali ini. InsyaAllah to be continued dengan lagi 5 aktiviti ya! Biiznillah… May Allah grant you and your family happiness! Jazakumullahukhairan.

Advertisements