A Mom's Journey

Enjoying life as a mom

Kembara ‘Radiant Teddy’ bersama Azeem

Leave a comment

Minggu lepas, sejurus je sampai rumah dari sekolah, dengan penuh semangat Azeem tunjukkan pada saya satu teddy.

Teddy apa pulak ni? Azeem kata, “Mama, this is Radiant Teddy. I have to take care of him.”

Katanya, cikgu dia beri teddy tu pada dia. Ada satu jurnal yang diberi bersama-sama teddy tersebut. Di muka hadapan, cikgu beri penjelasan apa yang perlu kami buat dengan teddy itu:

2014-03-08 21.37.28

Ooo sangat comel rasanya bila cikgu dia buat macam ni. Setiap minggu, rupanya Radiant Teddy ‘mengembara’ ke rumah kanak-kanak di dalam kelas tersebut, mengikut giliran. Cool!

Dan yang lebih cool, pelajar tersebut akan diberi peluang untuk ceritakan pengalaman bersama teddy di hujung minggu, di hadapan kawan-kawan dan guru semasa circle time. Saya rasa cara ni bagus untuk meningkat keyakinan diri kanak-kanak untuk menggunakan perkataan-perkataan mereka sendiri bagi menceritakan kembali pengalaman mereka. Bukan senang sebenarnya…

2014-03-08 21.39.23

Ni jurnal yang cikgu dia beri. Jurnal tu dah hampir separuh penuh dengan ‘pengembaraan’ terdahulu teddy bersama kawan-kawan Azeem. Masha Allah, comel sangat tengok setiap pengalaman teddy tu! Macam dalam buku cerita pulak. 🙂 Dan yang best ialah Azeem dengan semangat bercerita tentang kawan-kawan dia! (Alhamdulillah, satu perkembangan yang memberangsangkan sebab pada awal tahun, Azeem sangat malu dan ambil masa nak berkawan).

20140308_200640

20140308_200650

Gambar sengaja di ‘blur’kan untuk menghormati privasi kawan Azeem.

OK, sekarang giliran Azeem pulak ‘entertain‘ kawan barunya! 🙂 Jemput baca pengalaman Azeem bersama Radiant Teddy di hujung minggu.. Malaysian way! 🙂 *font telah ditukar daripada hasil tulisan asal supaya boleh dibaca di dalam blog.*

Radiant Teddy 1

RT2 RT3 RT4 RT5 RT6 RT7 RT8

Dan untuk muka surat terakhir, kena lah ada ‘signature‘ Azeem sebab dia dengan gigih menjaga teddy sepanjang 2 hari setengah! Mama tolong amek gambar je 🙂

Radiant Teddy Last Page

Apabila minggu baru bermula, Azeem bawa dan pulangkan semula Radiant Teddy dan jurnal tersebut kepada cikgu dia. Dan pada hari yang sama, Azeem dijemput untuk ceritakan semula pengalaman dia bersama teddy.

Makan sateMerasa lah teddy ‘makan’ sate! Pisang goreng pun ada sebelah tu… 🙂 

 Dan feedback cikgu kepada saya ialah…

He struggled with his retell to me today. Please continue to practice with him at home.”.. “With practice he will be able to retell independently.” Hihihi. Comel. Good job and good try Azeem! 🙂 Moh lepas ni praktis bercerita banyak-banyak ye..

Satu pengalaman baru untuk saya. Bagus jugak untuk dijadikan aktiviti ibu/bapa bersama anak. Kepada guru-guru tadika, atau pemilik-pemilik tadika, mungkin boleh juga cuba aktiviti ni. Saya lihat aktiviti ini dapat membantu kanak-kanak untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa, memupuk kasih-sayang, memupuk keberanian untuk bercakap dan bersuara serta sebagai latihan untuk anak-anak berfikir sebelum bercakap. Dan sangat mengujakan bila kita lihat ‘pengembaraan’ teddy tersebut bersama palajar-pelajar daripada awal tahun! 🙂

Selamat mencuba!! 🙂

Teddy and Azeem

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s