Today, Alhamdulillah, we learned about Mammals!
Untuk anak-anak saya yang masih kecil, saya perlu beri informasi yang ringkas dan singkat. Give one information at a time. Untuk ajar apa itu ‘mammal‘, saya cakap je pada mereka:
“Mammals ni ialah binatang yang susukan anak dia.” 🙂
Dan seterusnya ingatkan tentang beberapa haiwan yang pernah mereka lihat di ‘Market‘, zoo dan Ladang Unta di Makkah, yang mana mereka lihat proses ‘penyusuan’ secara live.
Hari tu, Alhamdulillah kami dapat minum susu unta kat ladang unta, jadi mereka dapat faham. 🙂
Anak kawan minum susu unta. 🙂
Dan seperti biasa, Mr Google pun banyak membantu, untuk beri lebih banyak contoh-contoh binatang yang menyusu dengan ibu mereka. 🙂
Dan kemudian saya minta mereka namakan beberapa binatang lagi. Semangat mereka sebut! And we continued with reading this book, to give even more examples:
Buku ni bahagikan haiwan-haiwan mengikut kumpulan, di mana salah satunya ialah ‘Mammal Kingdom’. Informasi ringkas dengan gambar yang banyak dan menarik. Sangat sesuai untuk young children. Bila bercakap tentang binatang, saya suka suruh mereka buat aksi atau bunyi, supaya mereka lebih faham. I was surprised to see Aqeel was able to make the sound of elephant! Must be from one of the videos we have discussed previously. Dia ingat rupanya! TabarakAllah!
Bila buat bunyi dan aksi, barulah mereka enjoy!
Worksheet Time!
Seterusnya baru boleh buat worksheet untuk kukuhkan pemahaman mereka. Berikut adalah langkah-langkah kami buat untuk siapkan worksheet tersebut. Simple je! Kalau ibu2 suka, boleh download PDF file di bawah ye: 🙂
1. Show to mama which animals are mammals? Saya minta mereka tunjukkan binatang yang dikategorikan sebagai ‘mammal’ dan warnakan binatang-binatang tersebut. Kami juga bincangkan bahawa apabila seseekor haiwan itu bertelur, ia tidak menyusukan anak. Maka, haiwan tersebut BUKAN mammal.
Oleh kerana ini kali pertama saya kenalkan mammal kepada mereka, saya cuba mudahkan kerja mereka. Saya masukkan binatang-binatang yang mereka ‘familiar‘. Dan hint yang agak terang – gambar ayam sedang mengeram telur. 🙂
Siap ada ‘diskusi’ untuk guna warna apa untuk monyet! 🙂
2. Cut and Paste.
Saya beri sorang satu worksheet. Semua buat sendiri termasuk Aqeel (2 tahun). Tapi untuk Aqeel saya perlu tolong. 🙂
Bagi aktiviti menggunting, saya perlu pantau. Di samping itu, saya juga sediakan ‘gunting toddler‘ untuk Aqeel demi keselamatan dia. Aktiviti menggunting dan menampal (cut and paste) sangat bagus untuk ‘develop‘ fine motor skill anak-anak kecil. Aqeel (2 tahun) masih pada tahap ‘beginner‘ dan Azeem (4 tahun) sedang ‘berusaha’ untuk mengasah skill dia.
Saya beri juga peluang untuk Aqeel sebab dia memang suka sangat nak cuba. Tetapi saya perlu pantau dengan dekat dan teliti.
Alhamdulillah Azeem dah boleh potong ikut garisan.
Tampal di atas muka surat pertama. Saya beri contoh beberapa haiwan sedang menyusu, termasuk ikan paus supaya mereka dapat lihat dan ingat.
Aqeel pun tampal sendiri, dengan bantuan saya.
Masing-masing buat bahagian masing-masing, ikut ‘speed‘ masing-masing.
3. Inilah hasilnya! TADDAAA!!
Keringkan dan saya masukkan dalam fail ‘SCIENCE’ mereka. Boleh klik link di bawah untuk download PDF file ya. 🙂 Selamat mencuba! Jazakumullahukhairan.