A Mom's Journey

Enjoying life as a mom

Kembara Azeem (4 tahun) Belajar Membaca (1): Sight Words – ‘I’ dan ‘see’

2 Comments

Alhamdulillah, setelah 8 BULAN menunggu, baru saya nampak Azeem mula dapat gabungkan huruf-huruf untuk bentuk perkataan, atau ada yang panggil – ‘blending‘. 8 BULAN!

Alhamdulillah

🙂

Sebelum ni, kalau kata ‘c’, ‘eh’, ‘nnnn’ (can), dia dengan penuh keyakinan sebut ‘MAN’! atau apa-apa sahaja yang dia nak sebut. 🙂 Minggu lepas, saya terperanjat jugak tengok tiba-tiba bila saya tunjuk ‘c’, ‘eh’, ‘nnnn’, pada sebuah buku di kedai buku, dia boleh sebut ‘CAN’! SubhanAllah tak tau nak cakap betapa gembiranya saya! Terus saya beli buku tu. Hehehe.

I Can

Buku ni la! 🙂 Buku ni di antara buku dalam siri Floppy’s Phonics, Oxford Reading Tree (Stage 1+). Di sekolah dia guna siri ni. Mungkin sebab tu dia ada minat nak cuba baca..

Sikit Info

Meh saya kongsi sikit latar belakang Azeem di sekolah ya. Azeem mula masuk Foundation Stage 2 (FS2), pada September 2013 yang lalu. Sistem persekolahan di sini bermula pada bulan September. Azeem adalah pelajar paling muda dalam kelas, dan pada awalnya memang Azeem sangat ‘struggle‘ nak bergaul dengan kawan-kawan (sebab Azeem tak fasih berbahasa Inggeris). Dia juga mungkin ‘terperanjat’ dengan pelajaran yang patut dia ‘cope‘ sebab dia tak masuk FS1 sebelum ni. Azeem masuk sekolah tanpa kenal huruf, nombor dan tidak boleh menulis. It was a huuugggeee shock for him!

Dengan kawan2 kelas

Dia saaangat malu! Ni minggu kedua selepas mula sekolah.

Pada waktu awal persekolahan, saya selalu juga tanya pada guru dia tentang kebolehan dia untuk ‘cope’. Saya risau dia ‘stress’ untuk ‘cope‘ perkara yang dia belum sedia. Dan kami (saya dan guru dia) setuju bahawa pada masa tersebut adalah penting untuk bantu dia bina keyakinan diri terlebih dahulu. Dan belajar untuk bergaul dengan kawan-kawan. Sebelum fokus kepada akademik. Dan ini adalah salah satu faktor yang saya suka dalam sistem pendidikan awal mereka, kerana mereka tumpu kepada perkembangan peribadi dahulu, sebelum akademik. Rupanya, dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak British, mereka memang fokus kepada 3 ‘prime areas’ dahulu, sebelum ‘proceeed‘ dengan pembelajaran akademik. Alhamdulillah, it suits what I really hope for the kids.

Kurikulum

3 ‘Prime Areas’ ialah 1)Personal, Social and Emotional Development, 2) Physical Development dan 3) Communication and Language.

Di samping itu, saya tengok guru dia sangat banyak bantu Azeem untuk kenal huruf, kenal bunyi, mengira, buat aktiviti-aktiviti untuk tingkatkan daya fikir dan pelbagai aktiviti untuk bantu membina asas yang kukuh, sepanjang 8 bulan ni. Di rumah, saya teruskan juga bantu, berdasarkan kebolehan dia (banyak kepada penguasaan huruf dan bunyi, serta menulis dan melukis). Pernah juga sekali-sekala nak cuba ajar Azeem membaca (untuk blend) sebelum ni, tapi ni la respon dia:

Mama, I want only one sound. I don’t want more than one sound.” atau, “I know mama. I know you are teaching me.”

Contohnya, dia nak saya tunjuk, ‘a’ untuk dia buat bunyi ‘ah’ saja. Atau ‘t’ untuk dia buat bunyi ‘ttt’. Kalau saya tunjuk ‘cat’ dia elak. Jadi maksudnya sebelum ni, dia belum bersedia la tu. Tunggu dan sabar je lah. Saya buat aktiviti ikut kemampuan dia. Nothing to rush and no need to compare with others!

Yeaahh! Jom Mula Belajar Membaca. 🙂

Oleh kerana dengan tiba-tiba saya lihat dia dah boleh mula cantumkan bunyi huruf untuk bentuk perkataan ringkas, seperti ‘cat’, ‘mat’, ‘can’, etc., saya mulakan lah aktiviti mengajar membaca untuk Azeem. 🙂 Dan Alhamdulillah kali ni dia tak elak. It shows that he is ready! 😉 Saya rasa nak kongsikan ‘kembara’ Azeem belajar membaca di blog ini, yang mungkin dapat beri sedikit idea kepada ibu2 lain yang berada dalam situasi yang sama dengan saya. 🙂 Saya lihat the key word untuk ajar kanak-kanak membaca ialah ‘SABAR‘. 🙂 Kita cuma perlu terus beri, tanpa harap apa-apa. Dan sangat bagus sekiranya kita faham perkembangan kanak-kanak supaya kita tidak marah, dan boleh mengajar dengan ‘cool‘. Dan kita perlu berusaha untuk elak daripada pengaruh luar yang tekan kita untuk beri tekanan kepada anak-anak. May Allah help us!

Belajar Sight Words

Semalam kami buat aktiviti di bawah untuk bantu Azeem kenal 2 perkataan ‘I‘ dan ‘see‘. (Untuk tahu apa itu sight words, boleh klik link untuk ke post berkaitan Sight Words ya). Di sini, saya kongsikan juga gambar-gambar yang kami gunakan, dan worksheet untuk kukuhkan pemahaman Azeem. Feel free to download ya! Moh kita! 🙂

1. Eja dan Baca

Saya pilih perkataan yang senang untuk dia. Saya guna buku dalam siri Sight Word Readers oleh Scholastic. Mudah dan ringkas untuk ‘beginner‘. Sebelum mulakan, macam biasa, saya minta Azeem ceritakan sedikit tentang apa yang dia lihat pada ‘cover‘ buku. Dan saya minta Azeem eja 2 perkataan tersebut. Alhamdulillah, dia boleh sebut ‘I’ = I, dan ‘ssss’, ‘eeee’ = see.

Cover

Dan kami teruskan dengan muka surat seterusnya. Pada awalnya, saya perlu bantu dia baca, maksudnya saya perlu sebut sambil tunjuk perkataan yang saya baca. Kemudian, dia pula baca, dan Alhamdulillah dia teruskan untuk mukasurat-mukasurat seterusnya. Bila dia baca salah atau terbalik, saya akan betulkan sahaja (tanpa perlu marah atau beri tekanan pada dia). Gambar banyak membantu dia untuk ‘guess‘ perkataan yang dia tidak dapat eja.

Cow

Yeaaahh.. Ringkas je ayat buku ni. Muka surat pertama, ‘I see a cow’. Seterusnya, ayat ‘I see a ..’ diulang semula pada setiap mukasurat, cuma nama binatang sahaja yang diubah. Bila Azeem dapat baca sendiri mukasurat kedua dan seterusnya, dia jadi excited dan gembira! Saya harap, sedikit sebanyak dapat bantu tingkatkan keyakinan dia, dan pupuk minat untuk terus membaca.

Hen

 Ulang perkataan-perkataan yang sama banyak kali.

2. Buat Buku Sendiri!

Sekejap je baca buku ni. Tak sampai 5 minit. 🙂 Lepas baca, saya tengok Azeem semangat tulis semula perkataan-perkataan tersebut atas sekeping kertas. Nak buat buku katanya. Maka, saya sediakan lah buku yang betul (kosong) untuk dia. Bila buat aktiviti dengan anak-anak, saya suka ikut idea mereka. Sebab, bila idea ‘datang’ daripada mereka sendiri, mereka akan minat dan fokus untuk buat. Saya cuma bantu apa-apa yang perlu je. Suka juga idea Azeem tu, sebab boleh buat dia tulis perkataan-perkataan tersebut banyak kali. Dengan harapan dia dapat ingat, in sha Allah.

20140510_154907Dia ambil sekeping kertas dan mula menulis. Mungkin cikgu dia ajar di sekolah untuk buat macam ni.

Kami ikut sebijik buku yang dibaca. Gambar kami search sahaja di google. Azeem pilih sendiri gambar-gambar yang dia suka. Ada satu muka surat yang kami ubah, iaitu ‘I see a pig’, kepada ‘I see a goose’. 🙂

Picture

Klik link untuk download file gambar: Pictures_I_see

Warna

Azeem ‘copy‘ ayat-ayat di dalam buku yang asal ke buku ‘buatan’ dia. Kemudian dia warnakan gambar-gambar tersebut, dan seterusnya gunting satu-satu dan tampal. Semua buat sendiri. Mama boleh masak sambil dia siapkan keje. 🙂

Gunting

Dan ini hasilnya!! 🙂 His own ‘Farm Friends’ book!

Farm Friends

Untuk kukuhkan pemahaman dia, saya sediakan satu worksheet ringkas. Boleh klik link untuk download ya. 🙂

Enrichment

Enrichment

Alhamdulillah. Dia suka buat aktiviti ni semalam. Semoga minat untuk membaca dia berterusan. May Allah help me to be consistent in helping my kids. 🙂

Yang Lain Nak Jugak!

Macam biasa, anak-anak saya, kalau seorang buat, semua nak buat. Jadi saya pun bagi Aleeyah dan Aqeel tugas yang sama, TAPI ikut kemampuan masing-masing. Aleeyah dah boleh bina ayat sendiri, jadi saya cadangkan dia bina ayat sendiri. Manakala Aqeel suka nak menggunting. Jadi saya kasi dia menggunting. Hehehe. Apa-apa sahaja asalkan mereka bahagia! 🙂

Aleeyah's Book

Aleeyah buat sendiri ayat. Saya belajar daripada guru-guru di sini, bahawa saya perlu beri anak-anak kebebasan menulis, tanpa tergesa-gesa betulkan ejaan dan grammar dia. Dulu saya tak nampak kelebihan cara sebegitu, tapi Alhamdulillah saya nampak faedahnya sekarang. Saya nampak ia dapat bantu Aleeyah bina keyakinan diri untuk menulis. Kalau kita asyik betulkan, anak-anak akan takut untuk mencuba, dan halang ‘idea’ untuk ‘flow‘.

Yeaahh. Itu sahaja perkongsian kali ini. Ibu2 boleh gunakan gambar-gambar tersebut untuk buat buku seperti ini, sendiri. Atau boleh gunakan konsep yang sama untuk buat aktiviti selepas membaca apa-apa sahaja buku yang ibu2 ada di rumah. Dan saya sangat alu-alukan sebarang idea atau pengalaman ibu2 juga ya. Kita belajar sama-sama untuk didik anak-anak kita, In sha Allah. Semoga dapat beri manfaat kepada yang memerlukan. May Allah guide our children to the path He pleases the most. Jazakumullahukhairan. 🙂

Semoga ‘bertemu’ lagi.

Advertisement

2 thoughts on “Kembara Azeem (4 tahun) Belajar Membaca (1): Sight Words – ‘I’ dan ‘see’

  1. Assalamualaikum…Saya baru daftarkan anak saya di Little Caliphs Januari 2015. Pembelajaran di sana bermula dengan bahasa melayu untuk buat anak-anak pandai membaca melayu terlebih dahulu..apakah kaedah yang terbaik utk sy mengajar anak sy mengenal huruf dan membaca?

    • Waalaikumsalam Puan Shahira,

      In sha Allah, mana-mana bahasa yang dimulakan dahulu, bagus.

      Ini pendapat peribadi saya ya. Saya lebih suka kenalkan bunyi huruf terlebih dahulu, bebranding dengan nama huruf tersebut. (saya suka guna phonics). Contohnya ialah, untuk kenalkan ‘a’, saya sebut ‘ah’ dahulu sebelum beritahu anak, ini huruf ‘a’. Kerana saya lihat ia dapat membantu anak untuk membaca. Ini kerana, apabila anak tahu bunyi huruf, mudah mereka hendak mencantumkan bunyi2 tersebut menjadi perkataan. Puan boleh refer Jolly Phonics (youtube) untuk bunyi2 huruf. Walaubagaimanapun, ada beberapa huruf yang bunyinya lain dalam Bahasa Melayu, seperti contoh huruf ‘c’, huruf ‘u’, huruf ‘e’ (dalam BM ada 2 bunyi untuk ‘e’), ‘ny’, ‘sy’, dan mungkin beberapa bunyi lagi.

      Lepas anak kuasai sedikit ttg bunyi huruf dan boleh membaca pada peringkat pertama, baru saya kenalkan nama huruf.

      Saya sekadar berkongsi ya. Pada saya, setelah melihat anak-anak, pada usia 3 atau 4 tahun, saya lebih selesa kenalkan anak untuk belajar membaca dalam 1 bahasa sahaja. Cthnya kami guna Bahasa Inggeris. Ini bahasa untuk belajar membaca, bukan spoken language. Kanak-kanak boleh absorb spoken language, berapa banyak pon in sha Allah. Bila anak dah betul2 kuasai 1 bahasa tersebut, in sha Allah senang saja dia nak baca dalam bahasa lain (yang menggunakan roman letter, dan konsep bunyi lebih kurang sama).

      Jadi in sha Allah apabila anak puan sudah mahir membaca dalam Bahasa Melayu menggunakan kaedah phonics, dia akan secara tak langsung dapat baca Bahasa Inggeris kemudian. Tetapi, perlukan sedikit bimbingan, terutama daripada segi vocab. Kanak-kanak lebih mudah membaca apabila mereka membaca dalam bahasa yang mereka faham.

      Dalam masa yang sama, saya syorkan Puan terus membaca buku Bahasa Melayu dengan dia. Untuk dia lihat bahawa buku dibaca dari kiri ke kanan, dan dari atas ke bawah. Ini dapat menimbulkan minat dan curiosity anak untuk membaca sendiri. In sha Allah. Semakin banyak buku yang dibacakan, adalah lebih baik.

      Harap saya menjawab soalan Puan.
      May Allah make it easy for you… 🙂 Saya ada juga kongsikan sedikit gamabr2 aktiviti kami buat di rumah di Instagram kami – amomsjourney81. Mungkin puan boleh lihat di situ juga.

      Jazakillahukhairan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s