A Mom's Journey

Enjoying life as a mom

Belajar Arab secara Kreatif

Leave a comment

Assalamualaikum Mothers!

Alhamdulillah, petang ni kami sambung pelajaran Arab. Masih dalam ‘lesson‘ mengenal huruf-huruf arab, dan sedikit vocabulary. Saya pun belajar sama! 🙂

Untuk jadikan sesi belajar Arab lebih menarik, dan anak-anak mudah ingat vocabulary arab yang baru, saya cuba (bila sedikit rajin. hehehe), untuk buat art & craft. 🙂 Hari ni kami buat anak burung dalam sarang, dapat idea daripada website ini:

Anak Burung (klik link untuk ke website)

bird-nest-header2

Hari ini, anak-anak belajar huruf ‘ra’ ( ر ) dan 2 vocab baru yang mereka belajar ialah:

1. ريشة [reeshah] (feather).

2. رمان  [rummaan] (pomegranate).

Ra

Kalau berminat untuk worksheet ni, boleh klik link ya:

10 Ra

Saya minta mereka lekat ‘feather‘ dalam kotak kosong tersebut, supaya mereka seronok nak buat worksheet. Dalam masa yang sama, saya sebut perkataan [reeshah] berulang kali. Jadi, semua sebut, termasuk la Aqeel. 🙂 Dia suka ikut apa saja aktiviti yang kami buat.

Saya tak paksa Aqeel tulis semula ‘ر’. Azeem pun saya tak paksa sangat. Dia (Azeem) masih keliru tulisan arab mula dari kiri atau kanan. Saya sekadar nak kenalkan pada mereka huruf ‘ra’ dan perkataan-perkataan Arab. Walaubagaimanapun, untuk Aleeyah, saya minta dia tulis, sebab dia dah boleh faham dan dah kenal semua huruf.

Buat WorksheetHehehe. Azeem cuba tulis dari kiri ke kanan macam dia tulis English. 🙂

Arabic worksheet

Macam biasa, Aqeel mesti siap dulu. Dia tampal je [reeshah] tu. 🙂 Tunggu kakak dan abang siap.

Lepas siap worksheet, kami terus buat anak burung dalam sarang! 🙂 Supaya mereka dapat ingat perkataan [reeshah] atau maknanya feather. Bahan-bahan kami guna apa yang ada kat rumah je, dan amik idea daripada website yang saya kongsikan di atas.

Buat Anak Burung

 Art and Craft banyak membantu anak-anak ‘develop fine motor skill mereka. Dan juga saya tengok sebenarnya dapat latih anak untuk bersabar. Saya perlu ‘standby‘ untuk bantu apabila mereka hadapi kesukaran, untuk elak daripada ‘frustration‘.

Ya, inilah hasilnya! Mereka tokok tambah sket, dengan reben dan butang bagai! 🙂

Anak Burung

Reeshah

Aleeyah dah boleh tulis sikit-sikit. Kurang jelas sedikit sebab dia tulis pakai pensil warna kuning. 🙂 Saya biar je nak pakai warna apa pun, asal bahagia dan nak belajar. 🙂

Our lesson today

Hasil daripada Aleeyah, Azeem dan Aqeel. Ikut kreativiti masing-masing. 🙂

Sebelum ni kami juga pernah buat:

 Jagung ( ذرة ) guna serpihan kertas guna ‘puncher‘:

Jagung

Kadang-kadang saya letak gambar mereka sendiri, atau suasana yang mereka pernah lihat, supaya lebih senang mereka faham. Selain itu, saya suka gunakan gambar yang ‘real‘ berbanding kartun.

Dan juga buat farm house ni untuk mereka ingat perkataan-perkataan yang pernah belajar sebelumnya:

Arabic Farm House

Setakat ini saya lihat, anak-anak lebih suka dan senang nak ingat perkataan-perkataan baru kalau ada aktiviti tambahan, selain daripada worksheet. Tapi bukan setiap hari saya buat macam ni, sebab kadang-kadang satu2 projek art and craft ambil masa yang agak lama. 🙂 Bila ada ‘kerajinan’ saja. May Allah help us to be consistent!

Oh ya, ibu2 pun boleh download worksheet yang lain, di bawah ni. Tapi belum habis, baru sampai dzal [ ذ ] . Dan ada saya buat sikit kuiz untuk Aleeyah dan Azeem (Azeem buat dengan bantuan). Mana yang ada je la ya… 🙂

Alif to Dzal (worksheet)

Quiz 1 (kuiz)

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Semoga dapat beri manfaat kepada yang memerlukan. May Allah guide us to raise and educate our children to the path He pleases the most. Jazakumullahukhairan. 🙂

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s