A Mom's Journey

Enjoying life as a mom

Seronok Belajar/Bermain Guna Pengepit Baju!

Leave a comment

Assalamualaikum Mothers! πŸ™‚

Baru-baru ni, saya beli pengepit baju kayu. Cadangnya, nak gantung huruf-huruf untuk Aqeel belajar. Walaubagaimanapun, nampaknya plan tersebut telah bertukar, apabila anak-anak saya ada idea mereka sendiri untuk gunakan pengepit baju tersebut. πŸ™‚ Dan Alhamdulillah, saya pun tambah sedikit dengan idea saya, untuk buat aktiviti bersama Aqeel (2 tahun).

Ni lah aktiviti-aktiviti yang kami buat menggunakan pengepit baju. Mudah, murah dah banyak faedahnya. πŸ™‚ In sha Allah.

1. Bina Membina.

Saya lihat, sambil mereka lepak-lepak bertiga di ‘mini-school’ kami di rumah (tempat favourite mereka), Aleeyah dan Azeem mula ambil pengepit-pengepit baju yang saya letakkan di dalam sebuah kotak dan bina kapal terbang. πŸ™‚

Nampak ringkas sahaja, tetapi mereka sangat suka main dengan kapal terbang ni! (Tak perlu beli kapal terbang mahal rupanya. Serpihan kotak dan pengepit baju pun boleh buat mereka gembira!) πŸ™‚

Kapal Terbang

*Menarik*

Ibu-ibu boleh perhatikan, anak-anak saya tulis ‘airoplane’ atas kapal terbang tu. Semangat mereka tulis pakai glitter. Kalau dulu, pasti saya cuba betulkan ejaan mereka tu. Tapi sekarang, tidak lagi. πŸ™‚

Sekiranya saya cuba untuk betulkan ejaan, selalunya mereka akan jadi frust dan rasa sedih kerana buat silap. Ini dapat merendahkan keyakinan diri mereka, dan membantutkan keseronokan dan idea mereka untuk bina lebih banyak benda secara kreatif. Dan sebenarnya mereka tulis berdasarkan ‘logik’ bunyi phonics yang mereka belajar, iaitu ‘ai’ bunyinya ‘ay’. SubhanAllah, pada saya, it is a good milestone, sebab mereka cuba untuk aplikasikan pengetahuan phonics dalam kehidupan seharian. Jadi, saya tidak betulkan, dan biar je. In sha Allah, ejaan ni boleh diperbetulkan dalam sesi yang lain, iaitu sesi mengeja. There is no need to be hastyΒ πŸ™‚ Saya cuba perlahan-lahan ubah cara daripada mahukan ‘perfection‘ kepada menghormati perkembangan pemikiran mereka. May Allah help me.

Dan Aqeel pun sama semangat nak bina sesuatu. Oleh kerana dia tak dapat nak bina kapal terbang, saya lihat dia cuba bina ‘Burj Khalifa’. πŸ™‚ Tak sempat nak ambil gambar pula sebab ‘Burj Khalifa’ dia tumbang. πŸ™‚ Kemudian,Β tiba-tiba dia ‘bina’ lollipop pulak! Hihihi. Good idea! Masha Allah!

Lollipop

Lollipop! Kata Aqeel.. πŸ™‚

Lollipop2

Banyak lollipop Aqeel buat! πŸ™‚

And Masha Allah, it was amazing to see, how a child came out with an idea, based on his capability. Dia tak dapat nak bina kapal terbang macam kakak dan abang dia, jadi dia buat lollipop! Hehehe.Β Saya harap tiada salah faham, saya bukan cuba nak kata anak saya pandai. Apa yang saya nak sampaikan ialah, berdasarkan pemerhatian, saya lihat, setiap kanak-kanak memang ada kebolehan semulajadi macam ni, iaitu mereka boleh jadi kreatif dan cari penyelesaian, secara semulajadi. SubhanAllah! How is Great is Allah! Cuma, sebagai orang dewasa (ibubapa/guru), kita cuma perlu hormati idea mereka. Dan tidak boleh bandingkan cara pemikiran kita dengan mereka dengan memperkecilkan idea mereka. Nanti mereka sedih dan tak nak buat dah. Dan sebenarnya tanpa kita sedari, ini mungkin terbawa-bawa sehingga dewasa, iaitu boleh ‘melahirkan’ seseorang yang takut untuk mengambil risiko menghasilkan sesuatu yang baru atau mencuba sesuatu kerana takut gagal atau takut buat silap. Wallahu’alam. Allah knows the best.

2. Painting

Kami warnakan pengepit baju tersebut. Anak-anak kecil memang suka kalau dapat warnakan sesuatu guna warna air! Kasi can.. πŸ™‚

Mewarna

Warna Pengepit 2

3. Motor Skill Activity.

Masha Allah, masa saya perhatikan mereka main, saya perasan bahawa bermain dengan pengepit baju ni bagus untuk bina kekuatan jari Aqeel. Pada mulanya, bukan senang dia nak tekan dan letakkan pengepit tersebut di tempat-tempat yang dia mahukan. Daripada situ, Alhamdulillah, tercetus idea untuk buat kotak pengepit baju untuk Aqeel. Supaya dia dapat praktis.

Saya gunakan kotak terpakai, balut dengan kertas putih dan warnakan dengan beberapa warna. Satu ‘side’ satu warna.

Mula-mula saya beri Aqeel pengepit baju yang besar. Alhamdulillah,Β nampaknyaΒ dia dah boleh letakkan sendiri.

Pengepit Baju 3

Kemudian, saya beri pengepit baju kecil pula. Sedikit ‘tricky’ dan mencabar untuk dia.. Jadi, dia cuma perlu praktis lagi lepas ni. In sha Allah lama-lama jadi senang bila jari dah kuat sikit. πŸ™‚

Pengepit Baju 4

4. Belajar ‘Matching‘ dan Warna

Selain daripada untuk bantu kuatkan jari Aqeel, saya cuba untuk perkenalkan warna kepada Aqeel. Ada 2 skop yang saya cuba ajar:

Pertama ialah untuk dia padankan warna pengepit dengan ‘side‘ kotak yang mempunyai warna yang sama (pengepit biru pada side warna biru, pengepit kuning pada side warna kuning), dan

Kedua untuk dia tahu nama warna tersebut (saya sebut green, blue, yellow). Aqeel masih sebut warna ikut suka hati dia. Hihihi. πŸ™‚

Pengepit Baju 1

Aktiviti ‘matching‘ ni dapat bantu toddler untuk tingkatkan skil berfikir mereka, dengan izin Allah. Macam-macam boleh buat sebenarnya. Saya buat yang termudah je dulu – warnakan je. Hihihi. πŸ™‚

Seronok juga rupanya buat aktiviti macam ni. Aqeel suka main! Dan subhanAllah, dia fokus untuk buat. Lama juga dia main dengan kotak ni.

Yeaaahh! Itulah aktiviti-aktiviti yang sempat kami buat guna pengepit baju. Mudah, seronok dan murah! πŸ™‚ Ibu-ibu bolehlah ‘explore‘ macam-macam lagi dengan anak-anak untuk bermain dan belajar dengan pengepit baju. Dan saya alu-alukan untuk ibu-ibu kongsikan idea atau pengalaman di sini ya. πŸ™‚

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Jazakumullahukhairan! πŸ™‚ May Allah make easy for us to play and learn together with our kids..

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s