A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


Leave a comment

Exploring the Senses with Spice Playdough

Assalamualaikum Mothers,

Anak-anak kecil sangat suka main playdough. Termasuklah anak-anak saya. Selain bagus untuk latih kekuatan jari dan tangan anak-anak kecil, playdough bagus juga untuk meransang daya fikir, imaginasi, perkembangan bahasa dan juga skil bersosial (belajar berkongsi).

spice playdough

Jadi saya memang galakkan mereka main playdough. Kali ini, saja nak tambah lagi satu komponen –> untuk mereka ‘explore‘ deria mereka menggunakan playdough. Macam mana tu? Moh in sha Allah saya kongsikan.. ๐Ÿ™‚

Let’s Explore!

Saya gunakan resipi yang telah saya kongsikan di dalam post sebelum ini (resipi ini tidak perlu dimasak):

Aktiviti Musim Panas – Jom Buat Playdough!

spices

Dan kali ini, saya tambahkan beberapa ‘spice‘ (rempah) untuk beri bau yang berlainan. ๐Ÿ™‚ Saya buat 3 jenis rempah playdough (guna serbuk kari, oregano dan kayu manis)ย dan 1 strawberi playdough. Dan letakkanย pewarna supaya ia nampak menarik di mata anak-anak. ๐Ÿ™‚

Mix It! (Sense –> Touch & Sight)

Untuk buat playdough, saya cuma letakkanย kesemua bahan (seperti yang saya kongsikan di dalam linkย di atas) ke dalam 4 mangkuk berlainan, dan minta mereka yang gaulkan sendiri. Bagus untuk rangsang deria sentuh mereka. ๐Ÿ™‚ Oh ya, saya gunakan kuantiti yang sikit (tidak seperti resipi di dalam link di atas), kerana bahan yang terhad. Walaubagaimanapun, saya kekalkan ‘ratio’ yang sama. Tapi main agak-agak je, saya tak letak ‘accurate‘ sangat.

gaul playdough

Gaul ye anak-anak! ๐Ÿ™‚

mixing playdough

Masing-masing gaul sendiri. Dan mereka pun duk bercerita pasal bau yang mereka dapat bau. ๐Ÿ™‚

Tadaaa! Dah siap gaul!

spice playdough 4

Selain daripada dapat beri bau yang berlainan, bila saya campur dengan rempah seperti oregano, ia juga dapatย hasilkan playdough yang berlainan tekstur. Bagus untuk anak-anak explore! ๐Ÿ™‚ Warna-warna yang berlainan ini bagus untuk deria ‘lihat’ (sight) mereka, in sha Allah. ๐Ÿ™‚

Smell It! (Sense –> Smell)

Lepas siap gaul, saya saja buat satu aktiviti. Tutup mata setiap anak dengan shawl, dan minta mereka teka bau setiap ‘bola playdough‘ yang saya letakkan di hidung mereka. Hihihi. Sangat kelakar bila Aqeel dan Azeem cuba teka. Mungkin masih susah untuk mereka bezakan bau-bau tersebut. Walaubagaimanapun,ย sungguh seronok bila mereka masih juga teka bau mana untuk rempah yang mana. ๐Ÿ™‚

Tetapi untuk bau strawberi, semua dapat teka dengan tepat! ๐Ÿ™‚

bola rempah

Saya beri 4 bola rempah untuk setiap anak.

explore the smell

Aqeel teruja nak main dan bau. Siap buat satu bola jadi sosej. ๐Ÿ™‚

Nampaknya untuk aktiviti teka bau ini, sesuai dengan Aleeyah. Dia sangat suka, dan bagus untuk latih dia berfikir sebenarnya. In sha Allah.

smell the spice

guess which smell

Suka dan teruja nak cuba!

spice playdough

Fokus! ๐Ÿ™‚

Dia agak keliru sedikit untuk bezakan bau-bau tu. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah! Well done, Aleeyah! ๐Ÿ™‚ Boleh cuba lagi di masa hadapan, in sha Allah! ๐Ÿ™‚ Dan lepas ni boleh la tolong mama masak sebab dah kenal bau rempah! ๐Ÿ™‚

Let’s Play with Spice Playdough!

Yeaaahh! Masa yang di tunggu-tunggu! Main dengan spice playdough. It was a great smell at home when the kids played with their spice playdough!ย ๐Ÿ™‚

playtime

Agaknya sebab ada bau rempah dan strawberi, mereka ‘memasak’ dengan playdough ni. Buat roti canai, kek, aiskrim bagai! Dan saya juga beri je mereka untuk tambah serbuk rempah dalam playdough mereka. Dan ‘explore‘ apa jadi kalau rempah-rempah tu dicampurkan. ๐Ÿ™‚

The kids had so much fun exploring their ‘smell’, ‘sight’ and ‘touch’ senses with the spice playdough! Alhamdulillah! One activity stimulates 3 senses! In sha Allah. ๐Ÿ™‚

3 senses

Selamat mencuba kepada yang berminat!

Sekian sahaja perkongsian kali ini.. Jazakumullahukhairan. ๐Ÿ™‚


Leave a comment

‘Feed the Ladybird’: Fine-Motor Activity for Toddlers

Assalamualaikum Mothers! ๐Ÿ™‚

Di antara skil penting yang dipelajari oleh seorang toddler ialah – fine motor skill (skil motor halus). Skil ini penting untuk mereka menjalani kehidupan seharian – makan, menulis, dan sebagainya. Dan skil ini adalah asas kepada kebolehan seseorang kanak-kanakย untuk menulis.

Menulis

Gambar dari internet.

Sekiranya jari anak-anak comel kita belum kuat, memang susah dia nak menulis pakai pensil atau pen. Dan untuk menguatkan jari ini, tidak perlu paksa anak untuk tulis, tulis dan tulis. ‘Fobia’ dia nanti dengan menulis. Hehehe. In sha Allah kita boleh buat pelbagai aktiviti yang menarik untuk bantu kuatkan jari dia.

Salah satunya ialah dengan main pengepit baju! Hihi ๐Ÿ™‚ Bukan senang ye seorang toddler hendak buka pengepit tu dengan jari-jari comel dia. ๐Ÿ™‚ Moh saya kongsikan satu aktiviti yang saya buat dengan Aqeel, berdasarkan buku kegemaran dia – ‘The Bad Tempered Ladybird’.

bad-tempered ladybird toddler

 

Di permulaan buku tersebut, penulis (Eric Carle) mulakan dengan menggambarkan 2 ekor ladybird – seekor ‘friendly‘ dan seekor lagi ‘bad-tempered‘. Kedua-duanya terbang ke arah sekeping daun yang penuh dengan aphids. Mereka hendak makan aphids tersebut. ‘Friendly ladybird kata ‘Good Morning‘ kepada ‘bad-tempered ladybird‘ tersebut… And the story continues..

Untuk tahu cerita lanjut, ibu-ibu boleh baca post saya sebelum ini ya:

Learn from A Book: The Bad-Tempered Ladybird!

Alhamdulillah, Aqeel hafal cerita ni. Dia suka sangat! Bila cerita pasal friendly ladybird, dia akan kata, “Good Morning..” sambil tersenyum simpul. ๐Ÿ™‚ Disebabkan itu, saya buat aktiviti ini berdasarkan cerita di dalam buku tersebut. Saya cuma gunakan:

  1. Felt (warna hijau dan merah) untuk buat daun, balut container (Ini sebenarnya plastic container je. Saya potong dan balut supaya selamat untuk Aqeel main) dan kepak ladybird.
  2. Pom pom (warna hijau juga untuk jadi aphids – makanan ladybird).
  3. Glitter paper (warna hitam) untuk buat ladybird.
  4. Mataladybird.
  5. Pengepit baju.
  6. Marker untuk tulis nombor dan gam untuk lekatkan semua ni.

Bahan-bahan ni semua memang dah ada kat rumah. Saya cuba fikir daripada apa yang ada je.. Save gittuu. ๐Ÿ™‚

Bahan-Bahan

Tadaaa! Sekejap je nak prepare ni. Dalam lebih kurang 5 minit.

Let’s Play!

Semasa saya sediakan bahan-bahan,ย Aqeel masih tidur. Saya letakkan siap-siap di atas meja mini-school kami. Seperti biasa, apabila Aqeel bangun tidur, diaย memang suka melawat ‘mini-school‘ dulu. Dia suka ‘check out‘ apa yang ada. ๐Ÿ™‚ Suka dia tengok ada ladybird! ๐Ÿ™‚ (Dan masa tu saya ada sediakan ‘parking game‘ sekali, in sha Allah saya kongsikan ya).

Maka, dia terus nak main. Saya cuma kata, “Let’s feedย the friendly ladybird with aphids. It must be hungry!

Sayaย tunjukkan pada dia supaya menggunakan pengepit baju untuk kutip aphids, dan lepaskan aphids tersebut ke dalam container.

aphids

Susah juga pada mulanya. Lebih-lebih lagi, baru bangun tidur. Sampai guna 2 tangan! Hihihi. Kemudian saya bantu dia perlahan-lahan. Tak boleh paksa, nanti dia tertekan sebab susah pada tahap dia, pada masa tersebut.

Setiap hari, saya beri Aqeel main ini.

kutip aphids

Alhamdulillah, hari ni, dia dah boleh pungut sendiri. ๐Ÿ™‚ Sambil masukkan aphids, saya ajak dia kira bersama-sama saya, “1, 2, 3, 4, 5”. Selain daripada bantu tingkatkan skil fine-motor dia, in sha Allah dapat ajar dia mengira juga. ๐Ÿ™‚

masuk aphids dalam container

happy

Happy sangat Aqeel dapat buat sendiri! ๐Ÿ™‚ Dia ulang semula aktiviti ini beberapa kali. Nak bagi makan pada friendly ladybird katanya. ๐Ÿ™‚

repeat

Yeaayyy, Alhamdulillah, itulah salah satu aktiviti fine-motor yang boleh kita buat dengan anak-anak toddler kita. Sebaiknya buat aktiviti berdasarkan apa yang dia suka. Baru dia teruja nak buat sendiri. Dan sekiranya ibu-ibu dapati anak-anak hadapi sedikit kesukaran, sebaiknya bantu ya. Perlahan-lahan, dia akan kuasai skil tersebut. Dan aktiviti ini bukan perlu dibuat sekali je. Sebaiknya di ulang beberapa kali. Saya perhatikan, toddler perlukan ‘repetition‘ aktiviti yang sama untuk dia kuasai skil tersebut. Biiznillah. ๐Ÿ™‚

Selamat mencuba! ๐Ÿ™‚

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. May Allah grant you happiness with your family and loved ones. ๐Ÿ™‚ Jazakumullahukhairan..


Leave a comment

Pengurusan ‘Library’ di Rumah

Assalamualaikum Mothers ๐Ÿ™‚

Alhamdulillah, kami (saya dan anak-anak) baru je ‘update‘ sistem perpustakaan buku anak-anak di rumah. Ambil masa 2 minggu juga nak siapkan. Buat sikit-sikit, Alhamdulillah siap jugak! ๐Ÿ™‚ Moh saya kongsikan dengan ibu-ibu yang dihormati sekalian ya..

Pengurusan Library di Rumah

Kenapa kami perlu ada sistem library di rumah?

Buku

Sebab buku anak-anak semakin membiak! Hihihi. Bila buku dah banyak, kalau takde sistem, memang penat jugak nak mengemas setiap hari. Sebelum ni, saya buat sistem macam ni:

Sistem perpustakaan lama

Saya cuma bahagikan buku-buku mengikut kategori dan buat pembahagi mengggunakan kad manila (sebab ruang yang terhad). Tapi, anakanda saya yang bongsu, Aqeel suka la duk cabut-cabut label pembahagi ini. Dan, anak-anak selalu keliru kat mana nak letak semula buku selepas mereka baca, sebab tak ingat kategori mana. Aleeyah je la yang hafal. Saya pun kadang-kadang lupa! Hihi. Maka, bercampur aduk kembalilah buku-buku tersebut!

Disebabkan itu, saya ubah sistem yang baru untuk buku anak-anak. Buku-buku saya, maintain sistem yang sama. Sebab cuma saya yang baca buku-buku tu, maka tak sepah. ๐Ÿ™‚ In sha Allah.

Kategori

Kami mulakan ‘system upgrade‘ dengan keluarkan semua buku anak-anak. Ya! Semuanya! Macam lautan buku di rumah kami! ๐Ÿ™‚ Kemudian, saya bahagikan mengikut kategori. Ada 10 kategori utama saya bahagikan pada masa itu. Dari lautan, dah jadi gunung. ๐Ÿ™‚ Selesa sedikit di mata.. ๐Ÿ™‚

Kategori

Daripada 10 kategori utama ini, saya bahagikan pula kepada kategori-kategori kecil yang berkaitan, supaya mudah untuk dicari. Kami selalu gunakan buku-buku sebagai rujukan semasa anak-anak belajar atau sedang berbincang tentang sesuatu perkara. Contohnya, bila anak-anak tanya tentang cuaca sejuk, kami cari dan baca buku tentang ‘Antartica’. Jadi mereka dapat gambaran yang lebih jelas. Dan selalunya, ini menarik minat mereka untuk tahu tentang beberapa perkara berkaitan, seperti penguin (yang tinggal di Antartica), dan polar bear (yang tidak tinggal di Antartica, tetapi di Artic).

Maka, sangat ‘handy‘ apabila kami tahu di mana lokasi buku-buku tertentu, supaya tidak buang masa untuk mencari buku. Selain daripada itu, anak-anak suka pilih buku masing-masing untuk bedtime story. Senang nak cari bila ada sistem. Mereka tahu nak cari di mana, dan senang nak letak semula.

Numbering and Colour Code

Kategori

Untuk setiap kategori kecil, saya berikan satu ‘colour code‘. Dan kali ini, saya decide untuk tampal pada setiap buku – colour code dan nombor. Memang agak ‘renyeh’ sedikit, kerana perlu buat satu-satu, tapi setakat ini, Alhamdulillah, mudah nak diuruskan. Senang untuk dicari dan diletak semula. Bak kata orang tua-tua, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Hihihi. ๐Ÿ™‚

Label

Alhamdulillah, saya ada seorang pembantu – Aleeyah. Aleeyah tolong gunting label dan tandakan posisi label (4 cm daripada bawah buku). Bagus juga untuk dia praktis skil ‘measuring‘. ๐Ÿ™‚ Kemudianย label ditampalkan pada setiap buku dengan guna salotape je.

Data Management

Seterusnya, kami ‘key in‘ setiap buku tersebut – tajuk buku, nama penulis dan penerbit. Hihihi, macam perpustakaan di sekolah pula.. ๐Ÿ™‚ Alang-alang kami rombak buku-buku tersebut, bagus juga ambil peluang untuk cek dan senaraikan buku apa yang kami ada.

key in

Aleeyah pun semangat nak ‘key in‘ juga. Alhamdulillah, dia ada tolong saya ‘key in‘ sedikit. Nampaknya, dah boleh mula ajar dia taip di komputer. Selama ni saya tak pernah beri dia ‘assignment‘ sebegitu. Boleh dah kot nak mula perlahan-lahan.

Our Little Library at Home

Dan tadaaaa!! Alhamdulillah, lega rasanya mata saya lepas update sistem kami ini. ๐Ÿ™‚ Senang nak cari. Cuma ‘refer‘ kepada warna. Dan nampak kemas sedikit berbanding sistem lama kerana tiada pembahagi yang suka diselerakkan oleh Mr Aqeel. ๐Ÿ™‚

Library System at Home

Saya juga sangat suka kerana dahย ada list sebegini. Senang nak cari buku, dan ‘audit‘ kemudian! Alhamdulillah!

Book List

Selesai satu perkara di musim cuti sekolah ini. TabarakAllah! Satu bahagian belum update sistem lagi –> Buku Membaca Anak-Anak (Reading Books). In sha Allah kemudian akan dibuat. Balik Malaysia dulu! Cuti Raya! In sha Allah. ๐Ÿ™‚

balik kampung

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Jazakumullahukhairan. ๐Ÿ™‚


Leave a comment

Sensory Activity: Snowman DIY Puffy Paint

Assalamualaikum Mothers!

Hari ni, Alhamdulillah, kami cuba cara lain untuk mewarna – guna puffy paint! Pada mulanya, fokus utamaย saya buat aktiviti sensory play ini ialah untuk Aqeel, tetapi rupanya, anak-anak saya yang ‘not-so-toddler‘ pun sangat suka! ๐Ÿ™‚ย Mengikut kajian, banyak faedah yang kanak-kanak perolehiย melalui sensory play seperti ini. Ibu-ibu boleh lah dapat sedikit info tentang sensory play di sini ya:

Developing and Cultivating Skills Through Sensory Play

Bagaimana nak buat puffy paint? Senang je, cuma ada 2 bahan utama:

  1. Shaving cream.
  2. Gam cecair (liquid glue).

Puffy paint

Gaulkan sahaja kedua-dua bahan tersebut, maka jadilah puffy paint! Untuk lagi best, boleh je masukkan:

  • glitters atau
  • warna air (lebih baik guna warna yang gelap, kerana apabila bercampur dengan warna putih, paint tersebut akan jadi warna cerah).

Kami letak sedikit glitter. Saya tanya Aqeel, dia hendak buat apa.. Dan dia beritahu dia mahu buat snowman. Maka, saya tidak perlu tambah warna air. Saya cuma lukis 2 bulatan, satu awan dan ‘tanah’ sahaja di atas kad manila untuk dia ‘puffy paint’ snowman dia. ๐Ÿ™‚

glitters puffy paint

Memang tujuan aktiviti ini ialah untuk sensory play, maka, warna pakai tangan saja! ๐Ÿ™‚ Bila tengok adik dia buat, Aleeyah dan Azeem pun datang join. Nak buat jugak! Mereka lukis sendiri snowman masing-masing.

warna

Aqeel ‘hiaskan’ snowman dia dengan pom pom, bow dan button. ๐Ÿ™‚ Tidak perlu letak gam dah, sebab campuran tadi memang dah ada gam.

hias snowman

Tadaaa!! Hasilnya!

snowman puffy paint

The 3D effect really made the kids excited! Lepas kering, Aqeel duk ‘cucuk-cucuk’ snowman dia ni dengan jari. ๐Ÿ™‚

puffy paint

Dan sebenarnya, yang paling ‘semangat’ dan sangat teruja ialah anak-anak saya yang ‘not-so-toddler‘!

main puffy paint

Habis mereka ‘paint‘ satu kertas! ๐Ÿ™‚ Tangan pun mereka paint! Jadi snowman katanya.

puffy paint

Aleeyah dan Azeem sangat ‘enjoy‘ aktiviti ini! Maka, sensory play bukan sahaja untuk toddler, sesuai dengan kanak-kanak yang dah masuk sekolah juga! ๐Ÿ™‚

enjoy puffy paint

Yeaah, inilah snowman puffy paint Aleeyah dan Azeem. ๐Ÿ™‚

snowman puffy paint

The kids had sooo much fun! Alhamdulillah!

Selamat mencuba ye kawan-kawan ibu yang saya hormati! In sha Allah boleh pelbagaikan idea – buat pokok, bunga, atau apa sahaja. Banyak lagi idea untuk puffy paint di sini:

Pinterest: Puffy Paint for Preschool

๐Ÿ™‚ Jazakumullahukhairan..


Leave a comment

‘Mr. Spidey on the Web’

Assalamualaikum Mothers.. ๐Ÿ™‚

Yesterday, the kids made ‘Mr Spidey on the Web‘! ๐Ÿ™‚ Bagus untuk latih kekuatan jari mereka (tingkatkan skil motor halus), in sha Allah. ๐Ÿ™‚ Kami dapat idea lepas tengok gambar ni (terima kasih Mr Google!), dan modified sikit untuk jadi versi kami. ๐Ÿ™‚

Idea

Moh saya kongsi bagaimana kami buat ya.. ๐Ÿ™‚

Ini adalah bahan-bahan yang kami gunakan:

1. Glitter paper (untuk badan labah-labah). Guna kertas keras biasa pun OK sahaja, atau boleh juga guna paper cup. (Ikut kreativiti masing-masing) ๐Ÿ™‚

2. Yarn.

3. Pinggan kertas (paper plate).

4. Penebuk lubang (satu lubang).

5. Hmm.. saya pun tatau apa namanya, tetapi sekiranya ibu-ibu boleh lihat digambar, kami gunakan bahan yang seperti bentuk ‘L’ tu. ๐Ÿ™‚

6. ‘Mata’. Kalau takde ‘mata’ ni pun takpe. Boleh lukis mata atas kertas putih dan tampal.

Bahan bahan

Okes, bahan-bahan dah ada, jom kita buat!

Mula-mula tebuk beberapa lubang di sekeliling pinggan. Terpulang banyak mana nak buat. Saya tebuk sikit lubang untuk Aqeel, supaya dia tak stress sangat nanti hendak siapkan ‘web‘ dia.

tebuk lubang

Dan yeahhhh, boleh mula buat sarang labah-labah! Matikan benang di satu hujung dan anak-anak boleh mula ‘menyulam’ guna yarn. Bagus aktiviti ini untuk melatih kesabaran anak-anak. ๐Ÿ™‚ Dan in sha Allah, kekuatan jari mereka juga. ๐Ÿ™‚

sulam

ย 

sulam

Untuk Aqeel, saya beri ‘string‘ yang lain, supaya dia mudah untuk masukkan ke dalam lubang-lubang tersebut. Tapi selepas habis ‘sulam’ guna string ini, dia mahu letak yarn jugak. Layankan aje.. ๐Ÿ™‚

Yeaaayy! Sarang labah-labah dah siap! Alhamdulillah! ๐Ÿ™‚

hasil sulaman

Seterusnya, moh buat Mr. Spidey! Saya cuma potong glitter paper (kami guna warna hitam) untuk buat bentuk ala-ala oval. Kemudian letakkan dua biji ‘mata’ dan 3 pasang kaki. ๐Ÿ™‚

mata

Ambil ‘mata’! ๐Ÿ™‚ Saya memangย simpan stok beberapa bahan untuk buat art and craft di rumah, supaya senang bila nak buat. Idea anak-anak ni selalu datang tiba-tiba! TabarakAllah!

kaki spidey

Tampalkan kaki Mr. Spidey dibahagian bawah, menggunakan bahan yang saya tak tau namanya tu.. ๐Ÿ™‚

Taddaaaaa… Mr Spidey is now on itsย web! ๐Ÿ™‚

Mr Spidey on the Web

Selepas itu, Aleeyah kata dia mahu buat ‘web‘ yang lebih ‘cool‘ untuk labah-labah dia. Maka dia hias sket..

labah labah cool

Dah siap sarang warna-warni, siap dengan ‘throne‘ untuk labah-labah dia. ๐Ÿ™‚

Inilah hasil terakhir untuk semua. ๐Ÿ™‚ Anak-anak kata mereka tak nak gam labah-labah ni atas web, sebab nak main katanya. Yeaah, you decide! ๐Ÿ™‚

Mr Spidey on the Web

Aqeel pun ada tambah ‘bulat-bulat’ sikit, nak hias jugak macam kakak dia. ๐Ÿ™‚

Mudah je kan? Selamat mencuba untuk yang berminat! May Allah give us strength for these last days of Ramadhan. ๐Ÿ™‚ Jazakumullahukhairan.

Note: (13th Aug 2014): Opps, beberapa hari lepas, baru saya perasan labah2 sebenarnya ada 8 kaki! Hihi! Maka saya beritahu kepada anak2 saya. And we plan to add the other 2 legs when we are back in Dubai, in sha Allah ๐Ÿ™‚ Better get the facts right, because kids absorb information and facts fast!


2 Comments

Eksperimen Sains: Minyak dan Air

Assalamualaikum Mothers,

Semalam, Alhamdulillah,ย kami buat satu eksperimen ringkas – minyak dan air.

Sains

Gambar dari internet.

Sebelum ini, kami buat eksperimen sahaja. Maksudnya, anak-anak buat, perhatikan dan ‘enjoy‘ eksperimen tersebut. Kali ini, saya cuba untuk perkenalkan mereka kaedah untuk tulis dan lukis pemerhatian ke atas eksperimen yang mereka lakukan. Saja nak cuba, boleh tak anak-anak kecil mula belajar mengkaji secara formal. ๐Ÿ™‚

volcano

Di antara eksperimen yang anak-anak suka buat sebelum iniย ialahย – volcano eruption. Duk mintak je selalu. ๐Ÿ˜›

Sebelum mulakan eksperimen, saya sediakan satu ‘format laporan sains’ untuk anak-anak isi (lukis dan tulis) semasa eksperimen dijalankan. Saya cuba buat format yang sesuai dengan umur mereka. Pertama kali nak cuba guna format ni. ๐Ÿ™‚

Format

Boleh download sheet di sini ya:ย Oil and Water

Eksperimen Minyak dan Air

Yeaah moh buat eksperimen! Kami nak buat eksperimen yang mudah je – tengok samada air dan minyak bercampur atau tidak?

Aleeyah bacakan untuk adik-adik apa yang ditulis di dalam kertas, supaya mereka tau apa nak dibuat. Azeem dengar, Aqeel pulak duk ketuk-ketuk kayu chopsticks. ๐Ÿ™‚

Ini adalah ‘apparatus‘ dan bahan-bahan yang kami guna:

  • Minyak
  • Air
  • Sudu kecil
  • Botol kecil
  • Kayu pengacau (guna chopsticks je) ๐Ÿ™‚

Sebelum mulakan, mereka lukis dan tulis dahulu semua ‘apparatus’ dan bahan-bahan yang mereka perhatikan.

tulis

Anak-anak (Aleeyah dan Azeem) tulis sendiri menggunakan skil phonics yang mereka ada. Lihat Azeem tulis water sebagai ‘wotre’. Hihi. Logik juga tu ikut bunyinya.. Hehehe. Saya tidak betulkan langsung sebarang ejaan atau lukisan. Sekiranya saya buat sebegitu, saya seperti bina ‘blok’ di minda mereka, untuk fokus kepada eksperimen, dan buat mereka bimbang tentang ejaan mereka. Saya suka betulkan ejaan di sesi yang lain, iaitu sesi ‘spelling‘. Saya prefer cara sebegini. Terpulang kepada ibu2 yang lain, masing-masing in sha Allah tahu cara yang sesuai dengan anak-anak masing-masing. ๐Ÿ™‚

Lukis Bahan2

Jeng jeng. Aqeel lukis juga. ๐Ÿ™‚

Saya bahagikan eksperimen kepada 3 langkah:

1. Lihat apa yang berlaku apabila minyak dimasukkan di dalam botol berisi air (tanpa kacau atau goncang).

2. Lihat apa yang berlaku apabila minyak dan air dikacau.

3. Lihat apa yang berlaku apabila botol digoncang (perlu ditutup dengan penutup).

Aqeel mulakan dengan langkah pertama – masukkan minyak dengan menggunakan sudu ke dalam botol yang berisiย air.

Hands-on

Aqeel sedang masukkan minyak.

ย Saya beri masing-masing peluang untuk buat sendiri. Hands-on experience bak kata omputih. ๐Ÿ™‚

lapisan minyak dan air

Selepas masukkan minyak, saya minta mereka lukis apa yang mereka perhatikan. Tapi untuk Aleeyah dan Azeem je. Aqeel bebas buat apa sahaja. Hihihi.

Kacau

Langkah seterusnya, kacau dan lihat apa berlaku. Lukis apa yang mereka perhatikan. Dan langkah terakhir, tutup botol dengan penutup, dan goncang. Tunggu dan lihat apa yang berlaku pada campuran minyak dan air tersebut. Lukis.

Untukย kasi seronok, saya tambah pewarna makanan. Supaya kasi nampak sikit perbezaan minyak dan air. Dan untuk Aqeel seronok mengacau. ๐Ÿ™‚

Minyak dan air

Di akhir eksperimen kami bincang apa yang mereka perhatikan. Mula-mula mereka memang tak perasan ada 2 lapisan. Saya perlu tunjukkan. Selepas letak warna, lagi nampak lebih jelas. Dan mereka sentuh cecair di lapisan atas dengan jari, dan kata, “Mama, it is oily!” ๐Ÿ™‚

pemerhatian

Aleeyah described what she observed.

Kami buat bersama-sama kesimpulan bahawa minyak tidak bercampur dengan air (tetapi ambil masa juga untuk saya terangkan bahawa apabila ada 2 lapisan, maknanya, ia tidak bercampur). Dan Aleeyah teruskan dengan lukis lebih terperinci apa yang dia perhatikan di akhir eksperimen. ๐Ÿ™‚

catatan pemerhatian

Alhamdulillah, itulah eksperimen pertama yang saya cuba buat secara formal sedikit dengan anak-anak. Walaubagaimanapun, semasa dan selepas eksperimen, saya dapati, saya perlu ubah beberapa cara, iaitu:

1. Pastikan warna dicampur awal-awal untuk bezakan warna air dan minyak.

2. Selepas ini, saya tidak boleh terus beri soalan seperti, “Adakah minyak bercampur dengan air?” Tetapi, saya rasa lebih sesuai untuk saya tulis, “Apa berlaku apabila minyak bercampur dengan air?” Maka, soalan itu lebih terbuka, dan tidak cenderung untuk saya ‘enforce‘ pemahaman saya kepada anak-anak. Dengan ini, anak-anak dapat fikir sendiri.

3. Saya tidak boleh sertakan kesimpulan. Di tahap ini, saya cuma perlu buat PEMERHATIAN sahaja. Atau ringkasnya –ย ‘SAY and DRAW’ (beritahu apa yang mereka perhatikan, dan lukis).

In sha Allah,ย lebih banyak kita ‘praktis’, lebih banyak peluang untuk lihat cara yang sesuai dengan anakย (minat dan tahap perkembangan mereka).ย Biiznillah. May Allah make it easy for us.

Report - Aleeyah

Laporan oleh Aleeyah

Report Azeem

Laporan oleh Azeem. ๐Ÿ™‚

Yeaahh. Itu lah sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga dapat beri idea kepada yang tercari-cari. And feel free to share your ideas or experience too. ๐Ÿ™‚ Jazakumullahukhairan. ๐Ÿ™‚

May Allahย keep us, Malaysians united. And May Allah shower us with His Mercy..


Leave a comment

Mengajar ‘Letter Sounds’ (Bunyi Huruf) kepada Toddler

Assalamualaikum Mothers,

Semasa saya sibuk mengajar Azeem bunyi huruf (letter sound) dalam hujung tahun lepas (Azeem baru masuk sekolah), saya perhatikan, dalam masa yang sama, Aqeel (yang baru masuk 2 tahun pada masa itu) dapat ‘catch up‘ bunyi-bunyi huruf tersebut. Mungkin betul apa yang dikatakan oleh insan-insan yang mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak, iaitu kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah mempunyai kebolehan menghafal yang sangat bagus. SubhanAllah, all praises to Allah!

Ini video yang mereka tengok, yang manaย secara tak sengaja saya lihat Aqeel kenal dan hafal bunyi2 tersebut. ๐Ÿ™‚

Walaubagaimanapun, saya tidak mahu tekan dan stresskan Aqeel, untuk push dia ke next level. Dan saya tak nak stresskan diri juga. Hehehe. Saya prefer untuk pergi perlahan-lahan, dan ‘take it easy‘ dalam mengajar anak-anak. Saya cuba untuk buat sikit-sikit dan dengan harapan konsisten (may Allah help me). Saya rasa lebih baik begini daripada saya cuba push dengan gigih dalam satu masa, dan mungkin lepas tu ada kemungkinan saya tinggalkan, sebab kepenatan. ๐Ÿ˜ฆ Ya, menjadi mamaย ni, bukan sahaja fokus kepada mengajar anak-anak. Selain mengajar, perlu ‘gigih’ juga menjadi chef, driver, a wife (hihi, part ni jangan lupa), cleaner (hihi, bunyi mcm tak kena, tapi mmg kerja utama ni..tatau nak namakan apa) :), awek laundry dan sebagainya. Maka, perlu berlaku adil pada diri sendiri, dan insan-insan sekelilingย and cherish the moments!ย ๐Ÿ™‚ Apa yang dapat buat, Alhamdulillah…

OK, meh in sha Allah saya kongsikan ya,ย perjalanan kami yang slow and steady (hopefully).. ๐Ÿ™‚

Tengok Video

Saya beri Aqeel tengok video tersebut bila ada masa lapang. Tetapi saya tidak pasang dengan kerap. Lama dah saya tak pasang sebenarnya, baru recently Aqeel minta untuk tengok semula video tu. Saya lihat, cara video tersebut dibuat memainkan peranan penting, kerana Aqeel lihat huruf sebagai ‘character‘.ย Maka, mungkin disebabkan itu, dia dapat hafal, with the Will of Allah, of course. Walaubagaimanapun, saya lihat dia belum lagi hafal kesemua bunyi. Takpe, take it easy anakku..

BBC Phonics

ย Ini pek videoย tersebut. Beli di Early Learning Center (ELC).

Dalam pekย video tu, ada diberi sekali satu carta alphabet. Bagus untuk anak-anak lihat dan ‘enhance‘ ingatan mereka.

Aktiviti Padankan

Berdasarkan pemerhatian ke atas 3 orang anak-anak saya dan beberapa kanak-kanak sebelum ni, saya lihat, sebelum mengenal huruf, seseorang kanak-kanak perlu ada kebolehan untuk mengenal bentuk, dan memadankan bentuk-bentuk yang sama. Tidak perlu tahu nama atau sebut. Cuma dapat tunjuk pun OK. Salah satu cara saya ย buat untuk bantu dia mengenal dan memadankan objek ialah dengan menggunakan buku seperti ini:

Padankan

Buku ini sesuai untuk beginner. Lepas anak dah dapat padankan dengan senang, bolehlah beli buku yang lebih advance. Aqeel suka baca buku ni, sampai sekarang! ๐Ÿ™‚

isi kandungan

Kanak-kanak perlu cari gambar-gambar yang ditunjukkan di dalam kotak (di bahagian tepi) di dalamย ‘scene‘ yang ditunjukkan pada setiap mukasurat. Seronok bila duduk berehat sambil baca buku ni dengan anak-anak. Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan untuk bantu anak-anak kuasai skil ini. Tapi, dalam post yang lain kot (in sha Allah). Nanti panjang sangat. ๐Ÿ™‚

Apabila anak-anak dah ada kebolehan untuk memadankan objek-objek yang nyata atau disekeliling mereka, tahap seterusnya ialah untuk padankan huruf pula. Selagi mereka tiada kebolehan ni, susah juga untuk kenalkan huruf kepada mereka. Tak tahuย bunyi atau nama huruf pun takpe. Kalau dapat tahu bunyi, Alhamdulillah.. ๐Ÿ™‚

Lepas Aqeel lihat video yang saya kongsikan di atas, saya sengaja minta dia padankan huruf yang sama, daripada 2 bahan yang berlainan. Satu daripada buku alphabet dia, dan satu lagi saya print (gambar bola):

Match 2

Match

Ini masa dia baru masuk 2 tahun. Dia belum fasih bercakap lagi masa tu. Dan rupanya pada usia tu, kanak-kanak dah boleh kenal huruf. Saya tak pernah cuba seperti ini dengan kedua-dua anak sebelum ni, sebab sibuk dulu. Sekarang baru saya faham dan tahu (selepas real life practical. Hihi). MashaAllah, we learn from our children..

Dan saya juga cuba ‘buat’ huruf-huruf menggunakan playdoh, untuk lihat samada dia dapat cam atau tidak. Alhamdulillah gaya macamย cikgu ๐Ÿ™‚ (Gaya itu penting). Hihihi.

My Sounds Craft Book

Sebelum ini, Aqeel cuma belajar secara informal, iaitu, mana-mana bunyi yang dia dapat ‘tangkap’, Alhamdulillah. Dan saya biar je dia macam tu (dalam lebih kurang 6-7 bulan). Baru sekarang saya mahu mulakan mengajar secara sistematik kepada Aqeel. Saya gunakan sistem Jolly Phonics, iaitu, saya mengajar tak ikut susunan alphabet (a,b,c..) tetapi saya ikut fasa yang mereka gunakan. Contohnya, mereka mula dengan ajar huruf (s,a,t,i,p,n). Maka saya ikut sebegitu.

My Sounds Craft Book

Saya sediakan dia satu ‘buku’ untuk dia buat ‘craft’ setiap huruf. Semalam kami mulakan dengan huruf ‘s’. Aqeelย sebut ‘ssssss’ sambil buat. Alhamdulillah dia dah kenal, maka senang sikit. Boleh download buku di sini ya dan personalized untuk anak-anak sendiri. ๐Ÿ™‚ย My Sound Craft Book_satipn. Saya sengaja buat extra 2 mukasurat di dalam worksheet tersebut, sekiranya saya mahu buat ulangkaji kesemua huruf-huruf yang dia telahย belajar (satipn).

ssss

Saya potong bentuk ‘s’ seperti ular, dan minta dia tampalkan belang-belang ular tersebut. Seterusnya, kami tampal ‘s’ ini ke dalam buku ‘My Sounds Craft Book‘ dia.

ssss

Di bahagian bawah, saya letak 4 huruf ‘s’ untuk dia praktis tulis. Hihi ni la cara dia tulis:

Aqeel menulis

Seterusnya, saya beri Aqeel buku Jurnal, untuk dia praktis menulis. Kami baru mulakan aktiviti ‘jurnal’ ni semalam, selepas dapat inspirasi daripada blog ini: Journal With 3 Years Old. Sebelum ini, untuk kakak dan abang je. Setelah saya nampak dia ‘struggle‘ untuk tulis menggunakan pensil (walaupun saiz JUMBO), saya beri dia marker untuk dia tulis dalam jurnal. Nampak lebih senang. Dan semalam dengan gigih kami cari satu set marker JUMBO untuk dia. Hehehe.

Marker JUMBOMarker JUMBO

Jurnal

Saya gunakan buku yang keras, supaya tahan lama, seperti yang dicadangkan di dalam blog tersebut. ๐Ÿ™‚ Saya suka tiru idea orang. Hihihi. Lihat, Aqeel cuba lukis ‘s’ macam saya buat, dan yang menariknya, dia juga cuba tulis garisan dari kiri ke kanan (2 garisan hijau melintang), kerana sebelum ini saya pernah ajar dia. SubhanAllah, ingat lagi dia.. Saya juga pegang jari dia, dan ikut bentuk ‘s’ daripada atas, supaya dia dapat ‘rasa’ bentuk ‘s’. Yang ini saya gunakan buku ‘montessori’, yang mana memang dah disediakan bentuk setiap huruf dengan menggunakan kertas pasir.

Yeaahh, itu perjalanan kami setakat ini, secara ringkas. May Allah help us to learn more, and to be consistent. Perlahan-lahan, lama-lama jadi bukit, in sha Allah. Yang penting, anak-anak tidak rasa tertekan dalam perjalanan tersebut, biiznillah..Dan subhanAllah, mesti sangat seronok untuk lihat jurnal dan segala hasil kerja ni, selepas 10 atau 20 tahun akan datang!ย ๐Ÿ™‚ In sha Allah..

Sekian sahaja perkongsian kali ini. ๐Ÿ™‚ Saya alu-alukan cadangan dan perkongsian daripada ibu-ibu lain, supaya kita dapat belajar sama-sama. ๐Ÿ™‚ Segala yang baik daripada Allah dan segala kelemahan adalah daripada diri saya sendiri. Jazakumullahukhairan. ๐Ÿ™‚