Assalamualaikum w.b.t Mothers! 🙂
Alhamdulillah, sebelum Ramadhan bermula, kawan-kawan dan saya dapat buat beberapa sesi ‘play date‘ untuk anak-anak kami. 🙂 Kami mula cuma berdua, dan sekarang dah berempat! Lagi best dan lagi meriah! Anak-anak kami berusia di antara 1 (hampir berusia 2 tahun) hingga 3 tahun, jadi semuanya masih toddler.
Play date kami cuma sekali seminggu, dan kami pilih hari Rabu. Kami bergilir-gilir jadi ‘host’ play date di rumah masing-masing. Kami cuma buat beberapa aktiviti ringkas dalam setiap sesi, yang mana kami cuba untuk cari aktiviti yang sesuai dengan kebolehan anak-anak kami.
Dan subhanAllah, Alhamdulillah saya dapat lihat perlahan-lahan beberapa perubahan positif dalam dalam diri semua kanak-kanak comel ni. 🙂 Yang paling ketara saya lihat ialah – kebolehan bersosial!
Pada sesi pertama play date, selepas aktiviti, kami biarkan anak-anak untuk bermain. Dan subhanAllah, masing-masing main sendiri! Hahaha! Tak reti nak berkawan! Dan Alhamdulillah, lepas beberapa sesi, kami nampak mereka mula main bersama! Agaknya kalau lagi kerap, in sha Allah dapat bantu skil komunikasi, bersosial dan keyakinan diri masing-masing. Biiznillah.
Saya lihat, apabila kanak-kanak bergaul, mereka dapat tingkatkan penguasaan bahasa, kerana mereka belajar perkataan-perkataan baru daripada kawan masing-masing. In sha Allah. Ni dah boleh lompat-lompat sama-sama, maknanya dah OK la tu. 🙂
Decorating Cupcakes!
Kami selalunya plan aktiviti secara spontan saja, ikut ‘flow’. Kebetulan, Alhamdulillah, saya buat cupcakes untuk party di sekolah Aleeyah dan Azeem. Maka, saya buat lebih untuk Aqeel dan kawan-kawan. Senang.
Kek untuk Aleeyah dan Azeem. First time letak frosting atas kek! Alhamdulillah ada kawan-kawan yang rajin buat kek, jadi beri semangat sikit nak buat kek sendiri. 😛
Ketika itu giliran play date di rumah kawan Aqeel, Iman. 🙂 Jadi sebelum pergi saya sediakan sedikit bahan untuk bawa ke sana.
OK, Saya kongsikan ya apa yang kami buat di sesi play date kami. 🙂
1. Play Time
Saya lihat, toddler ambil masa untuk ‘warm-up‘. Jadi, apabila kami sampai, kami beri anak-anak main terlebih dahulu. Cuma untuk ‘break the ice’. Tapi tak boleh lama sangat, nanti mereka tak nak join aktiviti pulak! 🙂 Dan dalam masa yang sama, kami dapat sediakan bahan-bahan untuk aktiviti mereka, di samping mak-mak nak ‘warm-up‘ jugak – borak kejap! 😛
Kalau budak-budak lelaki, main kereta la kan? 🙂
Sebelum kami teruskan dengan aktiviti, kami tutup TV supaya anak-anak dapat fokus. 🙂
2. Baca Buku
Saya percaya, minat membaca perlu dipupuk sejak daripada kecil, maka dalam sesi play date, saya cuba mulakan aktiviti dengan bacakan mereka buku. Selain daripada menambah pengetahuan dan perkataan-perkataan baru, saya lihat, aktiviti membaca sebenarnya dapat meningkatkan skil setiap kanak-kanak untuk mendengar. Duduk dan dengar. Bukan mudah ya untuk toddler!
Pada mulanya, saya agak blur buku jenis apa yang perlu dibacakan, sebab saya belum kenal dengan rapat setiap anak kawan. Setiap kanak-kanak lain, dan minat mereka juga lain. Kebolehan dan ketahanan setiap kanak-kanak untuk duduk dan dengar juga lain-lain. Dalam beberapa sesi, saya lihat, ramai yang tak dapat ‘tahan’ untuk duduk dan dengar. Hihihi. Saya cuba pelbagai buku, dan saya lihat jenis buku terakhir yang saya bawa adalah sesuai untuk kesemua mereka:
Buku yang sangat ringkas, gambar yang jelas, boleh tekan-tekan untuk hasilkan bunyi dan berkait dengan haiwan! Kebanyakan kanak-kanak memang suka haiwan! Cuma masalahnya, Aqeel tak berapa ‘sporting‘ nak share buku dia hari tu. Sebab buku ini adalah di antara buku kegemaran dia. Jadi, tak lama kawan-kawan dia dapat ‘explore’ buku tersebut. Tapi takpe, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya dapat gambaran buku apa yang mereka suka. Dan saya juga perlu ajar Aqeel untuk perlahan-lahan berkongsi dengan kawan-kawan. May Allah help me.
Selain itu, kami baca buku ini juga:
Buku ini ialah ‘sensory book‘ iaitu pada setiap mukasurat, terdapat ‘bahagian’ yang boleh kanak-kanak sentuh dan rasa. Toddler sangat tertarik dengan sesuatu yang mereka dapat rasa dengan tangan atau jari (dan makan! :), so Alhamdulillah this book worked for them!
Boleh pegang ‘bulu’ kucing. 🙂
Sebelum ini, di antara buku yang saya bacakan kepada kumpulan play date anak-anak comel ini ialah:
They are actually good books! Tapi mungkin cerita dalam buku-buku ini agak panjang untuk mereka. Jadi mereka tak dapat nak tunggu sampai habis cerita! Atau mungkin cara saya bacakan agak bosan kot. Hihihi. Penting sebenarnya cara kita bacakan untuk tarik minat mereka. Setiap kanak-kanak lain penerimaan atau cara yang mereka suka. Mungkin anak-anak saya suka cara saya baca, tetapi kanak-kanak lain tak suka! Hahaha. Jadi saya kena terima kenyataan dan consider semua faktor serta cari jalan untuk tarik perhatian semua kanak-kanak tu… May Allah show us the way..
Jadi lepas ni, in sha Allah, saya cuba bacakan buku-buku yang ringkas dan ‘toddler-friendly‘ (ada bunyi atau boleh disentuh). Apabila kebolehan mereka untuk duduk dan dengar sudah meningkat, in sha Allah mereka boleh terima buku yang mempunyai cerita yang lebih panjang. Dan mudah-mudahan kami dapat sampai ke tahap anak-anak dapat berinteraksi secara aktif dalam setiap sesi membaca. May Allah help us..
3. Perkenalkan bunyi huruf – ‘c’
Kebetulan anak-anak comel tersebut hendak decorate cupcakes, saya sediakan setiap seorang worksheet, untuk perkenalkan bunyi ‘c’ (bunyi secara phonics, bukan nama huruf). Dan buat aktiviti ringkas, untuk kenalpasti huruf ‘c’.
Dan saya tulis nama setiap kanak-kanak pada setiap worksheet supaya mereka dapat mula kenal nama mereka. 🙂
4. Decorating Time!
Yeaahh, next is the decorating time! Kek dah buat siap-siap, dan kami cuma guna ready-made frosting 😛 Nak senang punya pasal. Hihihi. In sha Allah bila ada banyak masa, dan anak-anak sudah boleh fokus, mungkin boleh cuba buat kek dari ‘zero’. Biiznillah..
Cupcakes sebelum letak frosting.
Iman sedang decorate cupcakes dia. 🙂
Kreatif iman, siap letak cococrunch. 🙂
Zhariff (yet to be 2) sedang fokus!
Saya perhatikan, Zhariff sangat suka buat aktiviti baking-mem’baking‘ ni. Sebelum ni kami buat pizza (in sha Allah saya kongsikan kemudian ya), dan saya lihat Zhariff memang tahu fungsi beberapa peralatan memasak! Tak pelik sangat sebab ibu Zhariff rajin masak. Jadi, pasti dia belajar daripada pemerhatian dan selalu diberi peluang oleh ibu untuk ‘participate’. SubhanAllah, how much the role of a mum or dad is important in raising and instilling interest in the kids!
Aqeel pula,
Makan!!! Hahahaha. Saya lihat dia tak berapa minat buat aktiviti ‘baking‘. Mungkin kerana saya pun jarang ‘baking‘ di rumah. Hahaha! In sha Allah lepas ni nak cuba buat banyak lagi la.. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah dia ada cuba decorate sikit-sikit. 😛
Ini hasil cupcakes yang dibuat oleh anak-anak comel 🙂
5. Artworks
Selepas buat cupcakes yang sebenar, kami beri peluang pula untuk mereka meng’express‘ diri melalui artworks. 🙂 Dengan menggunakan kertas cupcakes, mereka cuma gamkan kertas yang dikonyokkan dan tampal seperti ianya adalah kek. Kemudian hias dengan glittering glue, yang kelihatan seperti frosting. 🙂
Bagus untuk menguatkan jari-jari kecil mereka.
Dan masha Allah, seperti yang saya jangka, ‘Chef Zhariff’ memang tertarik untuk buat aktiviti sebegini! 🙂 Dan inilah hasil dekorasi cupcakes oleh semua!
Alhamdulillah! Ringkas, murah dan mudah sahaja aktiviti play date kami. Menggunakan apa sahaja bahan yang ada. Humairah (seorang lagi ahli kumpulan) tiada hari tu, dah balik Malaysia. In sha Allah lepas raya berjumpa semula.. 🙂
Dan selalunya sesi play date kami diakhiri dengan…
Gambar makanan dalam sesi sebelum ini.
MAKAN! Hihihi, inilah peluang kami nak makan makanan Malaysia bersama-sama di perantauan. 🙂 Bersyukur dapat kawan-kawan yang pandai dan suka masak! 🙂 Kami masak sendiri ja. Jimat dan sedap. In sha Allah 🙂
Kemudian, masing-masing bertolak untuk laksanakan tugas seterusnya – jemput atau tunggu anak-anak yang lain pulang daripada sekolah! 🙂
Home time! Bekas pavlova yang di bawa oleh ibu Zhariff dah berganti dengan cupcakes buatan Zhariff. Hihi. 🙂
Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga dapat beri idea kepada ibu-ibu yang sedang mencari-cari. 🙂
Jazakumullahukhairan and wish you a happy Ramadhan! 🙂