Assalamualaikum Mothers,
Alhamdulillah, Allah the Almighty grants us the opportunity to celebrate Ramadhan again, this year! 🙂 TabarakAllah!
Ramadhan is a blessed month. A month we have been waiting for a year! 🙂 Dan saya sangat berharap untuk ‘celebrate‘ bulan ini bersama-sama anak-anak saya, untuk mereka belajar tentang Islam, walaupun usia mereka masih kecil. Alhamdulillah, with the Will of Allah, bermula hari pertama Ramadhan, kami mulakan ‘perjalanan’ pelajaran kami – Salaah ‘Workshop’ @ Home dan masih diteruskan sehingga ke hari ini. 🙂
Saya cuba supaya sesi pelajaran kami dibuat berdasarkan Al-Quran dan Hadith (supaya saya dapat belajar bersama, kerana saya juga masih baru belajar), dan dalam masa yang sama, saya perlu cari cara untuk buat mereka tertarik untuk ‘participate‘ dan faham apa yang kami pelajari. Alhamdulillah anak-anak participate dengan gembira. May Allah open the knowledge for us, and make us consistent until the end of Ramadhan, and to be consistent throughout our lives.
In sha Allah saya kongsikan apa yang kami buat di rumah ya. Semoga dapat beri idea kepada yang tercari-cari. And please, feel free to share your ideas too. I love to learn from others. In sha Allah.
Our Salaah Workshop @ Home
Saya sediakan setiap seorang, satu buku kosong dan namakan buku tersebut – My Salaah Learning Journey. Mula-mula saya nak sediakan untuk Aleeyah (6) dan Azeem (4) sahaja. Tapi saya tengok Aqeel (2) memang suka participate dalam segala aktiviti yang kakak dan abang buat, maka saya sediakan juga satu buku untuk dia. 🙂 Dan MashaAllah memang dia actively participated dalam semua aktiviti!
Guna buku kosong (tiada garisan).
Yeaahh, buku dah ada, saya pun mulakan aktiviti pada 1 Ramadhan. 🙂
Struktur Program?
Hehehe. Ini kali pertama saya nak buat ‘workshop‘ sebegini dengan anak-anak, jadi saya tidak mempunyai sebarang struktur program yang khusus. Saya cuma follow the flow, di samping merujuk kepada:
- Al- Quran, with the Will of Allah, berdasarkan ayat-ayat yang saya jumpa di dalam daily recitation, dengan ilmu yang terhad.
- Merujuk kepada sedikit pengetahuan yang saya perolehi daripada kelas-kelas tafsir dan arab yang saya hadiri di sini.
- Quran.com untuk ‘copy dan paste‘ ayat-ayat AlQuran dan terjemahan.
- Sunnah.com untuk ‘copy dan paste‘ Hadith dan terjemahan.
- Buku-buku yang saya ada di rumah. Ada beberapa buku yang saya rujuk, dan in sha Allah saya kongsikan sedikit demi sedikit mengikut topik yang kami buat ya. 🙂
Walaubagaimanapun, saya mempunyai struktur kasar yang saya rancang untuk buat. Topik utama yang saya cuba ‘cover‘ ialah:
- Who is Allah?
- Introduction to Salaah.
- Wudu’ and Practical.
- Salaah and Practical.
Dalam post kali ini, in sha Allah saya kongsikan tentang sesi ‘Who is Allah‘ yang telah kami buat. Biiznillah. 🙂
Who is Allah?
Sebelum saya ajar mereka tentang ritual salaah, atau langkah-langkah salaah, saya rasa penting untuk mereka mengenal Allah terlebih dahulu, dan faham sedikit sebanyak kenapa mereka perlu salaah. Saya sangat berharap mereka lakukan ibadah salaah kerana Allah, bukan kerana dipaksa atau ikut orang lain. Dan saya sangat berharap kami dapat belajar salaah, seperti yang Rasulullah SAW lakukan dahulu. May Allah guide us to the correct knowledge. For me, learning to perfect our salaah is not only once. It shall be throughout our lives.
Untuk topik ini, saya rujuk kepada 2 buku (selain daripada rujuk terus daripada AlQuran dan Hadith Bukhari/Muslim):
- Allah Our Creator oleh Sajda Nazlee, keluaran Goodwordkidz.
- Relieve Us Yaa Bilal (Salaah Workshop), keluaran Masjid Bani Hashim (di Dubai)
Semasa daily recitation, saya terbaca beberapa ayat di dalam Surah Yunus yang saya rasa sesuai untuk dikongsikan dengan anak-anak, dan ia berkait dengan tajuk kami. Maka saya mulakan workshop kami dengan ayat-ayat tersebut:
Saya print dan minta mereka gunting dan tampal ayat ini di dalam Salaah Learning Journey mereka. Kemudian, bacakan ayat tersebut, beserta dengan terjemahannya.
Dan sudah pasti, untuk anak-anak kecil, mereka tak boleh duduk dan dengar sahaja. Untuk tarik perhatian mereka, perlu ada aktiviti yang menggunakan tangan. 🙂 Jadi saya buat satu aktiviti – where it belongs? Anak-anak perlu kenalpasti di mana selalunya mereka nampak setiap creation of Allah yang saya sediakan untuk mereka – samada di langit (heavens/السماوات) atau di bumi (earth/الأرض). Seterusnya mereka perlu gunting dan tampal.
Kami teruskan dengan bincang tentang ayat di dalam Surah Yunus, ayat 5 dan 6:
Dalam perbincangan tentang ayat-ayat Al-Quran dengan anak-anak, saya tidak bincang dengan teliti sepertimana yang dipelajari dalam kelas tafsir. Kami bincang secara umum. Saya lihat, anak-anak saya tertarik apabila saya kongsikan dengan mereka tentang ayat-ayat Quran yang berkait dengan ciptaan Allah, mungkin kerana ia sesuatu yang mereka boleh nampak. Dan tujuan saya cuma untuk biasakan mereka timba ilmu dan belajar ‘direct‘ daripada Al-Quran, dan tidak perlu ‘takut’ untuk belajar melalui Al-Quran. May Allah help me and the kids.
Untuk aktiviti kedua, saya sediakan satu worksheet untuk mereka tahu perbezaan siang dan malam. Kami bincang tentang aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan pada waktu malam dan siang, dan kepentingan Allah jadikan malam untuk kita berehat. Dan subhanAllah, suka mereka beri pendapat masing-masing, dan sudah pasti ikut pemikiran mereka. Kami juga bincangkan apa yang mereka boleh lihat di waktu siang dan malam – samada matahari atau bulan. It was so much fun when Aqeel started to give his opinion about sun and moon! 🙂
Selepas gunting dan tampal, saya beri peluang untuk anak-anak lukis apa aktiviti yang biasa dilakukan di rumah di waktu siang dan malam. Azeem lukis orang main bola di waktu siang 🙂 dan Aleeyah lukis gambar orang sedang membaca. Aqeel pun semangat melukis.
Azeem sedang melukis.
Hehe. Lukisan Aqeel 🙂
Yeaah. Alhamdulillah. Itu sahaja aktiviti kami pada hari pertama. In sha Allah saya kongsikan aktiviti-aktiviti kami di hari-hari seterusnya. Sebenarnya, saya plan nak buat setiap hari. Tetapi realitinya, tak dapat. Hihi, tetapi Alhamdulillah mana-mana yang berkesempatan nak buat. 🙂 May Allah keep me firmed.
Sekiranya ibu-ibu hendak salinan worksheet, boleh download di sini ya:
May Allah grant you a happy and tranquil Ramadhan. 🙂 Jazakumullahukhairan.