A Mom's Journey

Enjoying life as a mom

Eksperimen Sains: Minyak dan Air

2 Comments

Assalamualaikum Mothers,

Semalam, Alhamdulillah, kami buat satu eksperimen ringkas – minyak dan air.

Sains

Gambar dari internet.

Sebelum ini, kami buat eksperimen sahaja. Maksudnya, anak-anak buat, perhatikan dan ‘enjoy‘ eksperimen tersebut. Kali ini, saya cuba untuk perkenalkan mereka kaedah untuk tulis dan lukis pemerhatian ke atas eksperimen yang mereka lakukan. Saja nak cuba, boleh tak anak-anak kecil mula belajar mengkaji secara formal. 🙂

volcano

Di antara eksperimen yang anak-anak suka buat sebelum ini ialah – volcano eruption. Duk mintak je selalu. 😛

Sebelum mulakan eksperimen, saya sediakan satu ‘format laporan sains’ untuk anak-anak isi (lukis dan tulis) semasa eksperimen dijalankan. Saya cuba buat format yang sesuai dengan umur mereka. Pertama kali nak cuba guna format ni. 🙂

Format

Boleh download sheet di sini ya: Oil and Water

Eksperimen Minyak dan Air

Yeaah moh buat eksperimen! Kami nak buat eksperimen yang mudah je – tengok samada air dan minyak bercampur atau tidak?

Aleeyah bacakan untuk adik-adik apa yang ditulis di dalam kertas, supaya mereka tau apa nak dibuat. Azeem dengar, Aqeel pulak duk ketuk-ketuk kayu chopsticks. 🙂

Ini adalah ‘apparatus‘ dan bahan-bahan yang kami guna:

  • Minyak
  • Air
  • Sudu kecil
  • Botol kecil
  • Kayu pengacau (guna chopsticks je) 🙂

Sebelum mulakan, mereka lukis dan tulis dahulu semua ‘apparatus’ dan bahan-bahan yang mereka perhatikan.

tulis

Anak-anak (Aleeyah dan Azeem) tulis sendiri menggunakan skil phonics yang mereka ada. Lihat Azeem tulis water sebagai ‘wotre’. Hihi. Logik juga tu ikut bunyinya.. Hehehe. Saya tidak betulkan langsung sebarang ejaan atau lukisan. Sekiranya saya buat sebegitu, saya seperti bina ‘blok’ di minda mereka, untuk fokus kepada eksperimen, dan buat mereka bimbang tentang ejaan mereka. Saya suka betulkan ejaan di sesi yang lain, iaitu sesi ‘spelling‘. Saya prefer cara sebegini. Terpulang kepada ibu2 yang lain, masing-masing in sha Allah tahu cara yang sesuai dengan anak-anak masing-masing. 🙂

Lukis Bahan2

Jeng jeng. Aqeel lukis juga. 🙂

Saya bahagikan eksperimen kepada 3 langkah:

1. Lihat apa yang berlaku apabila minyak dimasukkan di dalam botol berisi air (tanpa kacau atau goncang).

2. Lihat apa yang berlaku apabila minyak dan air dikacau.

3. Lihat apa yang berlaku apabila botol digoncang (perlu ditutup dengan penutup).

Aqeel mulakan dengan langkah pertama – masukkan minyak dengan menggunakan sudu ke dalam botol yang berisi air.

Hands-on

Aqeel sedang masukkan minyak.

 Saya beri masing-masing peluang untuk buat sendiri. Hands-on experience bak kata omputih. 🙂

lapisan minyak dan air

Selepas masukkan minyak, saya minta mereka lukis apa yang mereka perhatikan. Tapi untuk Aleeyah dan Azeem je. Aqeel bebas buat apa sahaja. Hihihi.

Kacau

Langkah seterusnya, kacau dan lihat apa berlaku. Lukis apa yang mereka perhatikan. Dan langkah terakhir, tutup botol dengan penutup, dan goncang. Tunggu dan lihat apa yang berlaku pada campuran minyak dan air tersebut. Lukis.

Untuk kasi seronok, saya tambah pewarna makanan. Supaya kasi nampak sikit perbezaan minyak dan air. Dan untuk Aqeel seronok mengacau. 🙂

Minyak dan air

Di akhir eksperimen kami bincang apa yang mereka perhatikan. Mula-mula mereka memang tak perasan ada 2 lapisan. Saya perlu tunjukkan. Selepas letak warna, lagi nampak lebih jelas. Dan mereka sentuh cecair di lapisan atas dengan jari, dan kata, “Mama, it is oily!” 🙂

pemerhatian

Aleeyah described what she observed.

Kami buat bersama-sama kesimpulan bahawa minyak tidak bercampur dengan air (tetapi ambil masa juga untuk saya terangkan bahawa apabila ada 2 lapisan, maknanya, ia tidak bercampur). Dan Aleeyah teruskan dengan lukis lebih terperinci apa yang dia perhatikan di akhir eksperimen. 🙂

catatan pemerhatian

Alhamdulillah, itulah eksperimen pertama yang saya cuba buat secara formal sedikit dengan anak-anak. Walaubagaimanapun, semasa dan selepas eksperimen, saya dapati, saya perlu ubah beberapa cara, iaitu:

1. Pastikan warna dicampur awal-awal untuk bezakan warna air dan minyak.

2. Selepas ini, saya tidak boleh terus beri soalan seperti, “Adakah minyak bercampur dengan air?” Tetapi, saya rasa lebih sesuai untuk saya tulis, “Apa berlaku apabila minyak bercampur dengan air?” Maka, soalan itu lebih terbuka, dan tidak cenderung untuk saya ‘enforce‘ pemahaman saya kepada anak-anak. Dengan ini, anak-anak dapat fikir sendiri.

3. Saya tidak boleh sertakan kesimpulan. Di tahap ini, saya cuma perlu buat PEMERHATIAN sahaja. Atau ringkasnya – ‘SAY and DRAW’ (beritahu apa yang mereka perhatikan, dan lukis).

In sha Allah, lebih banyak kita ‘praktis’, lebih banyak peluang untuk lihat cara yang sesuai dengan anak (minat dan tahap perkembangan mereka). Biiznillah. May Allah make it easy for us.

Report - Aleeyah

Laporan oleh Aleeyah

Report Azeem

Laporan oleh Azeem. 🙂

Yeaahh. Itu lah sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga dapat beri idea kepada yang tercari-cari. And feel free to share your ideas or experience too. 🙂 Jazakumullahukhairan. 🙂

May Allah keep us, Malaysians united. And May Allah shower us with His Mercy..

Advertisement

2 thoughts on “Eksperimen Sains: Minyak dan Air

  1. Thnks for info

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s