Assalamualaikum Mothers.. π
Yesterday, the kids made ‘Mr Spidey on the Web‘! π Bagus untuk latih kekuatan jari mereka (tingkatkan skil motor halus), in sha Allah. π Kami dapat idea lepas tengok gambar ni (terima kasih Mr Google!), dan modified sikit untuk jadi versi kami. π
Moh saya kongsi bagaimana kami buat ya.. π
Ini adalah bahan-bahan yang kami gunakan:
1. Glitter paper (untuk badan labah-labah). Guna kertas keras biasa pun OK sahaja, atau boleh juga guna paper cup. (Ikut kreativiti masing-masing) π
2. Yarn.
3. Pinggan kertas (paper plate).
4. Penebuk lubang (satu lubang).
5. Hmm.. saya pun tatau apa namanya, tetapi sekiranya ibu-ibu boleh lihat digambar, kami gunakan bahan yang seperti bentuk ‘L’ tu. π
6. ‘Mata’. Kalau takde ‘mata’ ni pun takpe. Boleh lukis mata atas kertas putih dan tampal.
Okes, bahan-bahan dah ada, jom kita buat!
Mula-mula tebuk beberapa lubang di sekeliling pinggan. Terpulang banyak mana nak buat. Saya tebuk sikit lubang untuk Aqeel, supaya dia tak stress sangat nanti hendak siapkan ‘web‘ dia.
Dan yeahhhh, boleh mula buat sarang labah-labah! Matikan benang di satu hujung dan anak-anak boleh mula ‘menyulam’ guna yarn. Bagus aktiviti ini untuk melatih kesabaran anak-anak. π Dan in sha Allah, kekuatan jari mereka juga. π
Β
Untuk Aqeel, saya beri ‘string‘ yang lain, supaya dia mudah untuk masukkan ke dalam lubang-lubang tersebut. Tapi selepas habis ‘sulam’ guna string ini, dia mahu letak yarn jugak. Layankan aje.. π
Yeaaayy! Sarang labah-labah dah siap! Alhamdulillah! π
Seterusnya, moh buat Mr. Spidey! Saya cuma potong glitter paper (kami guna warna hitam) untuk buat bentuk ala-ala oval. Kemudian letakkan dua biji ‘mata’ dan 3 pasang kaki. π
Ambil ‘mata’! π Saya memangΒ simpan stok beberapa bahan untuk buat art and craft di rumah, supaya senang bila nak buat. Idea anak-anak ni selalu datang tiba-tiba! TabarakAllah!
Tampalkan kaki Mr. Spidey dibahagian bawah, menggunakan bahan yang saya tak tau namanya tu.. π
Taddaaaaa… Mr Spidey is now on itsΒ web! π
Selepas itu, Aleeyah kata dia mahu buat ‘web‘ yang lebih ‘cool‘ untuk labah-labah dia. Maka dia hias sket..
Dah siap sarang warna-warni, siap dengan ‘throne‘ untuk labah-labah dia. π
Inilah hasil terakhir untuk semua. π Anak-anak kata mereka tak nak gam labah-labah ni atas web, sebab nak main katanya. Yeaah, you decide! π
Aqeel pun ada tambah ‘bulat-bulat’ sikit, nak hias jugak macam kakak dia. π
Mudah je kan? Selamat mencuba untuk yang berminat! May Allah give us strength for these last days of Ramadhan. π Jazakumullahukhairan.
Note: (13th Aug 2014): Opps, beberapa hari lepas, baru saya perasan labah2 sebenarnya ada 8 kaki! Hihi! Maka saya beritahu kepada anak2 saya. And we plan to add the other 2 legs when we are back in Dubai, in sha Allah π Better get the facts right, because kids absorb information and facts fast!