A Mom's Journey

Enjoying life as a mom

Pengurusan ‘Library’ di Rumah

Leave a comment

Assalamualaikum Mothers πŸ™‚

Alhamdulillah, kami (saya dan anak-anak) baru je ‘update‘ sistem perpustakaan buku anak-anak di rumah. Ambil masa 2 minggu juga nak siapkan. Buat sikit-sikit, Alhamdulillah siap jugak! πŸ™‚ Moh saya kongsikan dengan ibu-ibu yang dihormati sekalian ya..

Pengurusan Library di Rumah

Kenapa kami perlu ada sistem library di rumah?

Buku

Sebab buku anak-anak semakin membiak! Hihihi. Bila buku dah banyak, kalau takde sistem, memang penat jugak nak mengemas setiap hari. Sebelum ni, saya buat sistem macam ni:

Sistem perpustakaan lama

Saya cuma bahagikan buku-buku mengikut kategori dan buat pembahagi mengggunakan kad manila (sebab ruang yang terhad). Tapi, anakanda saya yang bongsu, Aqeel suka la duk cabut-cabut label pembahagi ini. Dan, anak-anak selalu keliru kat mana nak letak semula buku selepas mereka baca, sebab tak ingat kategori mana. Aleeyah je la yang hafal. Saya pun kadang-kadang lupa! Hihi. Maka, bercampur aduk kembalilah buku-buku tersebut!

Disebabkan itu, saya ubah sistem yang baru untuk buku anak-anak. Buku-buku saya, maintain sistem yang sama. Sebab cuma saya yang baca buku-buku tu, maka tak sepah. πŸ™‚ In sha Allah.

Kategori

Kami mulakan ‘system upgrade‘ dengan keluarkan semua buku anak-anak. Ya! Semuanya! Macam lautan buku di rumah kami! πŸ™‚ Kemudian, saya bahagikan mengikut kategori. Ada 10 kategori utama saya bahagikan pada masa itu. Dari lautan, dah jadi gunung. πŸ™‚ Selesa sedikit di mata.. πŸ™‚

Kategori

Daripada 10 kategori utama ini, saya bahagikan pula kepada kategori-kategori kecil yang berkaitan, supaya mudah untuk dicari. Kami selalu gunakan buku-buku sebagai rujukan semasa anak-anak belajar atau sedang berbincang tentang sesuatu perkara. Contohnya, bila anak-anak tanya tentang cuaca sejuk, kami cari dan baca buku tentang ‘Antartica’. Jadi mereka dapat gambaran yang lebih jelas. Dan selalunya, ini menarik minat mereka untuk tahu tentang beberapa perkara berkaitan, seperti penguin (yang tinggal di Antartica), dan polar bear (yang tidak tinggal di Antartica, tetapi di Artic).

Maka, sangat ‘handy‘ apabila kami tahu di mana lokasi buku-buku tertentu, supaya tidak buang masa untuk mencari buku. Selain daripada itu, anak-anak suka pilih buku masing-masing untuk bedtime story. Senang nak cari bila ada sistem. Mereka tahu nak cari di mana, dan senang nak letak semula.

Numbering and Colour Code

Kategori

Untuk setiap kategori kecil, saya berikan satu ‘colour code‘. Dan kali ini, saya decide untuk tampal pada setiap buku – colour code dan nombor. Memang agak ‘renyeh’ sedikit, kerana perlu buat satu-satu, tapi setakat ini, Alhamdulillah, mudah nak diuruskan. Senang untuk dicari dan diletak semula. Bak kata orang tua-tua, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Hihihi. πŸ™‚

Label

Alhamdulillah, saya ada seorang pembantu – Aleeyah. Aleeyah tolong gunting label dan tandakan posisi label (4 cm daripada bawah buku). Bagus juga untuk dia praktis skil ‘measuring‘. πŸ™‚ KemudianΒ label ditampalkan pada setiap buku dengan guna salotape je.

Data Management

Seterusnya, kami ‘key in‘ setiap buku tersebut – tajuk buku, nama penulis dan penerbit. Hihihi, macam perpustakaan di sekolah pula.. πŸ™‚ Alang-alang kami rombak buku-buku tersebut, bagus juga ambil peluang untuk cek dan senaraikan buku apa yang kami ada.

key in

Aleeyah pun semangat nak ‘key in‘ juga. Alhamdulillah, dia ada tolong saya ‘key in‘ sedikit. Nampaknya, dah boleh mula ajar dia taip di komputer. Selama ni saya tak pernah beri dia ‘assignment‘ sebegitu. Boleh dah kot nak mula perlahan-lahan.

Our Little Library at Home

Dan tadaaaa!! Alhamdulillah, lega rasanya mata saya lepas update sistem kami ini. πŸ™‚ Senang nak cari. Cuma ‘refer‘ kepada warna. Dan nampak kemas sedikit berbanding sistem lama kerana tiada pembahagi yang suka diselerakkan oleh Mr Aqeel. πŸ™‚

Library System at Home

Saya juga sangat suka kerana dahΒ ada list sebegini. Senang nak cari buku, dan ‘audit‘ kemudian! Alhamdulillah!

Book List

Selesai satu perkara di musim cuti sekolah ini. TabarakAllah! Satu bahagian belum update sistem lagi –> Buku Membaca Anak-Anak (Reading Books). In sha Allah kemudian akan dibuat. Balik Malaysia dulu! Cuti Raya! In sha Allah. πŸ™‚

balik kampung

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Jazakumullahukhairan. πŸ™‚

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s