A Mom's Journey

Enjoying life as a mom

Exploring the Senses with Spice Playdough

Leave a comment

Assalamualaikum Mothers,

Anak-anak kecil sangat suka main playdough. Termasuklah anak-anak saya. Selain bagus untuk latih kekuatan jari dan tangan anak-anak kecil, playdough bagus juga untuk meransang daya fikir, imaginasi, perkembangan bahasa dan juga skil bersosial (belajar berkongsi).

spice playdough

Jadi saya memang galakkan mereka main playdough. Kali ini, saja nak tambah lagi satu komponen –> untuk mereka ‘explore‘ deria mereka menggunakan playdough. Macam mana tu? Moh in sha Allah saya kongsikan.. 🙂

Let’s Explore!

Saya gunakan resipi yang telah saya kongsikan di dalam post sebelum ini (resipi ini tidak perlu dimasak):

Aktiviti Musim Panas – Jom Buat Playdough!

spices

Dan kali ini, saya tambahkan beberapa ‘spice‘ (rempah) untuk beri bau yang berlainan. 🙂 Saya buat 3 jenis rempah playdough (guna serbuk kari, oregano dan kayu manis) dan 1 strawberi playdough. Dan letakkan pewarna supaya ia nampak menarik di mata anak-anak. 🙂

Mix It! (Sense –> Touch & Sight)

Untuk buat playdough, saya cuma letakkan kesemua bahan (seperti yang saya kongsikan di dalam link di atas) ke dalam 4 mangkuk berlainan, dan minta mereka yang gaulkan sendiri. Bagus untuk rangsang deria sentuh mereka. 🙂 Oh ya, saya gunakan kuantiti yang sikit (tidak seperti resipi di dalam link di atas), kerana bahan yang terhad. Walaubagaimanapun, saya kekalkan ‘ratio’ yang sama. Tapi main agak-agak je, saya tak letak ‘accurate‘ sangat.

gaul playdough

Gaul ye anak-anak! 🙂

mixing playdough

Masing-masing gaul sendiri. Dan mereka pun duk bercerita pasal bau yang mereka dapat bau. 🙂

Tadaaa! Dah siap gaul!

spice playdough 4

Selain daripada dapat beri bau yang berlainan, bila saya campur dengan rempah seperti oregano, ia juga dapat hasilkan playdough yang berlainan tekstur. Bagus untuk anak-anak explore! 🙂 Warna-warna yang berlainan ini bagus untuk deria ‘lihat’ (sight) mereka, in sha Allah. 🙂

Smell It! (Sense –> Smell)

Lepas siap gaul, saya saja buat satu aktiviti. Tutup mata setiap anak dengan shawl, dan minta mereka teka bau setiap ‘bola playdough‘ yang saya letakkan di hidung mereka. Hihihi. Sangat kelakar bila Aqeel dan Azeem cuba teka. Mungkin masih susah untuk mereka bezakan bau-bau tersebut. Walaubagaimanapun, sungguh seronok bila mereka masih juga teka bau mana untuk rempah yang mana. 🙂

Tetapi untuk bau strawberi, semua dapat teka dengan tepat! 🙂

bola rempah

Saya beri 4 bola rempah untuk setiap anak.

explore the smell

Aqeel teruja nak main dan bau. Siap buat satu bola jadi sosej. 🙂

Nampaknya untuk aktiviti teka bau ini, sesuai dengan Aleeyah. Dia sangat suka, dan bagus untuk latih dia berfikir sebenarnya. In sha Allah.

smell the spice

guess which smell

Suka dan teruja nak cuba!

spice playdough

Fokus! 🙂

Dia agak keliru sedikit untuk bezakan bau-bau tu. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah! Well done, Aleeyah! 🙂 Boleh cuba lagi di masa hadapan, in sha Allah! 🙂 Dan lepas ni boleh la tolong mama masak sebab dah kenal bau rempah! 🙂

Let’s Play with Spice Playdough!

Yeaaahh! Masa yang di tunggu-tunggu! Main dengan spice playdough. It was a great smell at home when the kids played with their spice playdough! 🙂

playtime

Agaknya sebab ada bau rempah dan strawberi, mereka ‘memasak’ dengan playdough ni. Buat roti canai, kek, aiskrim bagai! Dan saya juga beri je mereka untuk tambah serbuk rempah dalam playdough mereka. Dan ‘explore‘ apa jadi kalau rempah-rempah tu dicampurkan. 🙂

The kids had so much fun exploring their ‘smell’, ‘sight’ and ‘touch’ senses with the spice playdough! Alhamdulillah! One activity stimulates 3 senses! In sha Allah. 🙂

3 senses

Selamat mencuba kepada yang berminat!

Sekian sahaja perkongsian kali ini.. Jazakumullahukhairan. 🙂

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s