A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


Leave a comment

Belajar Baca ‘Manual’ (LEGO) untuk Toddler.

Assalamualaikum Mothers, πŸ™‚

Sejak beberapa bulan lepas, saya perhatikan anak-anak saya, mula berminat untuk bermain lego. Sebelum ni mereka macam tak minat sangat. Tetapi,Β setelah bermain dan berkawan rapat dengan anak kawan saya yang sangat suka main lego, Alhamdulillah mereka belajar perlahan-lahan.

legoland

Saya lihat lawatan ke Legoland pun sedikit sebanyak dapat menimbulkan minat mereka untuk main lego. Alhamdulillah! πŸ™‚

Saya suka anak-anak bermain lego, kerana in sha Allah dapat membantu daya fikir dan imaginasi mereka, selain daripada membantu menguatkan jari-jemari kecil anak-anak. Suami dan saya juga suka main lego. Maka, bolehlah jadi hobi sekeluarga. Hihihi. πŸ™‚

Azeem lah yang saya nampak paling minat nak bina sesuatu daripada lego. Baru-baru ini, Alhamdulillah saya lihat dia sudah boleh buat sendiri binaan berdasarkan manual, dengan sedikit bantuan daripada kami.

Lego Manual

Β Manual LEGO. Gambar daripada internet.

Aqeel juga nampak berminat, tapi dia belum ada lagi kebolehan untuk berfikir seperti abangnya, maka kadang-kadang kesian juga bila dia sedih sebab tak dapat nak buat macam mana abang dapat buat. πŸ™‚

Maka,

Saya rasa terpanggilΒ nak bantu dia ‘develop‘ kebolehan untuk baca manual secara independent. πŸ™‚ Ini yang saya buat. Kalau ibu2 ada idea dan pengalaman, jemput berkongsi ye. Semoga kita dapat belajar sama-sama. In sha Allah.

Belajar Baca Manual

Saya sediakan untuk Aqeel sebuah kotak kecil,

LEGO Busy Box

Dalam kotak ini, saya letakkan 2 benda:

  1. Beberapa keping lego.
  2. Manual yang saya buat sendiri.

learn to read manual for toddler

Lego yang saya letakkan di dalam kotak ini cuma ada 2 saiz, dengan 5 jenis warna. Saya mahu lihat kebolehan Aqeel untuk membezakan di antara 2 jenis saiz LEGO tersebut. Β Manual pula saya buat seringkas mungkin, yang sesuai untuk tahap permulaan bagi Aqeel. Untuk buat manual, saya cuma ambil gambar guna mobile phone, kemudian print dan tampalkan di atas kad manila. Kemudian saya ‘ikat’ semua kad guna ‘ring binder‘. πŸ™‚

*PENTING: Alhamdulillah, Aqeel sudah melepasi peringkat masukkan benda-benda ke dalam mulut. Maka, saya rasa selesa untuk beri Aqeel main aktiviti sebegini, walaupun tanpa pantauan daripada saya. Sekiranya ibu-ibu perhatikan anak-anak masih masukkan benda-benda ke dalam mulut, pada pendapat saya, aktiviti sebegini masih boleh dilakukan, cuma perlukan pemantauan daripada ibu sepanjang masa.* πŸ™‚

Manual Lego

Alhamdulillah, nampaknya dia dapat bezakan kedua-dua saiz tersebut. Dan bina ikut susunan warna yang saya letakkan di manual. Saya letakkanΒ warna selang-seli (putih-merah-putih-merah) untukΒ memperkenalkan konsep ‘pattern‘ kepada AqeelΒ (asas kepada matematik). Aqeel belum kuasai konsep ‘pattern‘ ini, maka saya suka untuk terus perkenalkan kepada dia supaya dia dapat perlahan-lahan faham. Biiznillah.

belajar baca manual lego

Suka dia dapat buat ikut manual. πŸ™‚ Dan yang best, untuk beberapa binaan seperti binaan hitam-kuning ini, saya tidak buat manual ‘step-by-step‘. Saya cuma letakkan satu gambar ini sahaja. Maknanya, in sha Allah untuk binaan ringkas, toddler boleh lihat gambar dan terus bina tanpa perlu ditunjukkan langkah demi langkah. Maka, in sha Allah lepas ini, bolehlah saya sediakan manual untuk binaan yang lebih mencabar untuk Aqeel. πŸ™‚ Biiznillah..

Kotak LEGOΒ Aqeel ini saya masukkan di dalam ‘Busy Box‘ Aqeel. Dia ada 2 buah kotak yang berisi bahan-bahan/permainan/peralatan yang boleh dimain dan di’explore‘ sendiri tanpa perlu dipantau oleh saya. Maka, Aqeel bolehlah main dan cuba pada bila-bila masa yang dia suka. πŸ™‚

Busy Box for Toddler

Sekian sahaja perkongsian kali ini. πŸ™‚

May Allah grant us contentment in our hearts, to be able to be grateful in any situation He puts us in. May Allah make us enjoy our journey in raising the kids. πŸ™‚

Jazakumullahukhairan.


4 Comments

Bagaimana hendak ‘set up’ ‘Writing Corner’ di Rumah?

Assalamualaikum Mothers,

Alhamdulillah, we are back in Dubai, after 3 weeks of Eid holiday in Malaysia! πŸ™‚ We enjoyed and loveΒ Malaysia sooo much (and now I am feelingΒ homesick), but life goes on and whatever Allah decreed for us is the best! πŸ™‚ Alhamdulillah.

Balik cuti raya di Malaysia hari tu, saya berkesempatan untuk beli sedikit barang-barang stationery. πŸ™‚ Stationery di sini agak mahal, maka saya ‘hangkut’ berplastik plastik dari Malaysia. Bila dah beli barang-barang, saya kena fikirkan pula cara untuk ‘uruskan’ barang-barang tersebut. Sayang pula kalau dah beli tapi tak guna. πŸ™‚

Saya lebih gemar kepada konsep ‘open access. Di mana, saya lebih suka untuk anak-anak berpeluang untuk urusΒ dan gunakanΒ bahan-bahan atau material yang kami ada di rumah secara ‘independent‘ atau dengan pemantauan yang minima daripada saya. Kenapa?

Berdikari

Β May Allah help me, to be able to teach them to be independent..

  1. Saya perhatikan dengan cara ini, anak-anak lebih cenderung untuk mulakan sesuatu dengan sendiri (self-driven learning).
  2. Saya lihat ia perlahan-lahan dapat ajar mereka berdikari. Tidak perlu asyik mengharap saya untuk bawa atau buatkan sesuatu benda untuk mereka.
  3. Mereka lebihenjoy proses pembelajaran tersebut. πŸ™‚ Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang belajar (natural learning).
  4. Saya juga percaya ia membantu untuk mereka mengembangkan idea dan proses pembelajaran tanpa sekatan daripada pihak saya.
  5. Dan yang penting juga –> mereka boleh ‘cari’ dan pilih aktiviti yang mereka mahu buat di rumah, TANPA mengharapkan hiburan TV atau IPad. Hehehe. Sebenarnya saya tidak berapa gemar anak-anak untuk menonton TV atau main IPad dalam masa yang lama (saya cuba kawal tempoh masa dan jenis siaran. Tapi masih benarkan mereka tonton. Walaupun dikawal, saya lihat mereka boleh siap hafal dialog! Cepat sungguh budak2 ni tangkap ya?). Dan sebenarnya saya sendiri memang tak suka tengok TV (kalau suami outstation 4 hari, 4 hari lah saya tidak buka TV di rumah :P). Hihihi. Jadi, ini pilihan peribadi saya. Terpulang kepada pilihan masing-masing.. πŸ™‚
  6. Saya dapat buat kerja-kerja rumah dengan gembira πŸ™‚ kerana mereka ‘sibuk’ dengan aktiviti-aktiviti yang mereka pilih, maka saya tidak perlu kawal dan pantau anak-anak atau ajar anak-anak 24 jam. πŸ™‚ And yes, it allows me to rest too. Alhamdulillah! πŸ™‚

menulis

Kebolehan menulis bagi seseorang kanak-kanak berkembang perlahan-lahan, berperingkat-peringkat. Ia melibatkan kebolehan minda dan fizikal, maka tidak sesuai untuk dipaksa dalam masa yang singkat. Lebih molek sekiranya dibantu perlahan-lahan seawal usia ‘toddler’.

Maka,

Saya ‘set up‘ satuWriting Corner untuk menggalakkan minat mereka untuk menulis. Kadang-kadang saya lihat, belajar untuk menulis boleh buatkan kanak-kanak bosan atau benci untuk menulis (sekiranya kita push ikut cara orang dewasa, tanpa mengambil kira perkembangan minda dan fizikal mereka). Jadi, saya harap bila saya buat ruang sebegini, dan sediakan peralatan yang pelbagai (tidak terhad kepada pensil dan kertas) mereka dapat lihat menulis adalah sesuatu aktiviti yang menyeronokkan. Bukan sebaliknya. Biiznillah..

Di samping itu, anak-anak saya mempunyai kebolehan menulis pada tahap yang berbeza (Aqeel pada tahap menguatkan jari dan menulis bentuk-bentuk ringkas, Azeem baru mula nak menulis idea menggunakan perkataan-perkataan ringkas, manakala Aleeyah untuk praktis menulis idea dan karangan ringkas), maka, saya cuba untuk buat satu ruang yang sesuai untuk semua.

Writing Corner

Dapat idea daripada blog ini (dan beberapa blog oleh ibu/guru pendidikan awal kanak-kanak). TabarakAllah! πŸ™‚

Teaching 2 and 3 Year Olds

Ruang di rumah kami terhad, maka ruang menulis kami (‘writing corner‘) juga agak comel sahaja. Hihi. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah dengan apa yang ada. Saya gunakan apa sahaja yang ada di rumah dan cuma ‘re-arrange‘ sahaja. Dan dinding kami itu agak ‘cantik’ dengan beberapa lukisan Aqeel, maka saya tampalkan kad manila untuk ‘cover‘. Hihi, dan Alhamdulillah secara automatik, jadi ‘display board‘ untuk ruang menulis kami. πŸ™‚

Apa yang Diletakkan di ‘Writing Corner‘?

Okes, meh in sha Allah saya kongsikan apa yang saya letak di ruang tersebut ya. Ibu-ibu boleh ubahsuai mengikut pemerhatian ke atas minat anak-anak. Saya pun masih perhatikan apa yang mereka suka guna, dan in sha Allah akan tokok tambah kemudian berdasarkan keperluan. πŸ™‚

Semestinya, mesti ada kertas! Hihi. Saya sediakan kertas putih dan berwarna, pelbagai saiz dan jenis:

kertas kecil

Kertas bersaiz kecil dan stick-it-notes. Bentuk T-shirt pun ada. πŸ™‚

kertas besar

Kertas yang ‘besar’ ada di ‘seberang’. Tak dapat nak letakkan semua di ruang tersebut kerana ruang yang kecil. πŸ™‚

Buku Menulis

Saya juga letakkan buku untuk menulis dan jurnal berdekatan dengan ruang tersebut, supaya mudah mereka capai.

Selain daripada kertas, saya juga letakkan white board kecil untuk mereka menulis, dan magnetic writing padΒ yang mereka dapat percuma dalam kapal terbang. πŸ™‚

white board

magnetic writing pad

Tidak dilupakan, marker untuk menulis. Saya pilih untuk letak marker Aqeel di rumah tersebut, supaya mudah untuk dia belajar menulis. Pensil dan marker abang dan kakak, saya letakkan di ‘seberang’ (seperti di dalam gambar sebelum ini), iaitu dalam 2 set ‘drawer‘ kecil yang dapat dilihat di dalam gambar. Begitu juga dengan kesemua peralatan menulis dan stationery yang lain –> pensil warna, pemadam, sharperner dan sebagainya, kesemuanya di dalam drawer tersebut (saya label setiap drawer supaya tidak bercampur aduk).

marker

Β Bekas ni dibuat daripada ‘roll’ sellotape. Tak jumpa bekas lain, maka saya ambil je roll tersebut, balut dengan felt dan hias sket. Tadaaa! Boleh guna! Hihihi.

Dan untukΒ aktiviti menulis lebih menarik, saya tambah beberapa bahan seperti do-a-dot paint (easy painters),Β stamps (alphabet and others), stamp pad, stickers, labels, tapes, stencil untuk menulis, dan gam, supaya mereka dapat menulis secara kreatif. Gunting saya letakkan di ruang ‘art and craft‘ kerana saya tidak mahu mereka menggunting di ruang ini. Hehe.

stamps

stamps

kelengkapan

Bahan-bahan ini saya simpan dan susun di dalam rak comel dan letakkan di atas meja. πŸ™‚ Seperti biasa, saya labelkan. Ya, setelah buat sistem sebegini, saya lihat label sangat penting. A written reminder always works better than a constant verbal reminder untuk bantu anak-anak ikut sistem di rumah. Hihihi. Itu di atas pemerhatian saya lah. πŸ™‚

rak comel

Alhamdulillah, nampaknya anak-anak suka nak ‘spend‘ masa di ruang ini. Aqeel ialah orang pertama yang merasmikannya! πŸ™‚

menulis

‘Ninja’ pun suka menulis! πŸ™‚

TabarakAllah, kanak-kanak memang boleh ‘come up‘ dengan idea mereka sendiri, tanpa perlu ‘input’ daripada kita (orang dewasa), atau mungkin ‘input‘ yang minima. Maka, Alhamdulillah, saya lihat, ruang ini sesuai untuk 2 fungsi:

1. Sesi belajar menulis (berdasarkan tahap masing-masing), yang perlukan bimbingan dan bantuan saya.

2. Sesi menulis bebas, yang tidak langsung memerlukan input saya atau mungkin minima (seperti bantuan untuk mengeja dan sebagainya). Dan saya lihat sesi bebas ini yang banyak menarik minat mereka dan in sha Allah beri lebih banyak faedah daripada segi perkembangan minda dan kreativiti berbanding sesi yang dibimbing oleh saya.

jurnal Aqeel

Aqeel tulis jurnal. πŸ™‚

movie

Aleeyah siap tampal dan tulis ni. Saya tak tahu daripada cerita apa sebab saya tak suka tengok movie.. Hehe

shopping list

Siap main jual-beli. Azeem dari England. Hihi. πŸ™‚

jack frost

Semangat Azeem nak mengeja ‘Jack Frost‘! πŸ™‚

Yeaahh.. Itu lah beberapa aktiviti yang anak-anak buat sendiri di ruang menulis baru kami. Alhamdulillah nampak mereka suka dan nak gunakan secara aktif. Apabila letak semua (hampir semua, belum lengkap) keperluan di satu tempat, mudah untuk anak-anak capai dan ‘zahir’kan idea mereka. In sha Allah. Saya perlu terus perhatikan bagaimana ruang ini dapat bantu mereka untuk minat menulis. May Allah help me.

menulis

Fokus! Masing-masing pilih apa nak buat. Dan ya, saya juga letakkan beberapa hasil kreatif mereka di ‘display board’ ruang tersebut. Penting sebenarnya untuk pamerkan hasil kerja anak-anak, kerana mengikut kajian, ia dapat membantu membina keyakinan diri kanak-kanak. Biiznillah.

Oh ya, satu perkara yang agak penting juga. Untuk pastikan ruang ini terus berfungsi, saya lihat amat penting untuk latih anak ‘housekeeping’, iaitu, ambil dan letak semula barang-barang di tempat asal, mengikut label. Dan perlu tahu untuk buang segala sampah yang di’hasil’kan. Hihi. Saya letakkan satu bekas sampah berhampiran ruang ini (tiada dalam gambar). Kalau tidak, ibu akan jadi sangat penat. πŸ™‚ Walaubagaimanapun, tidak boleh mengharapkan kesempurnaan. πŸ™‚ Mana-mana yang mereka dapat buat, Alhamdulillah. Perlahan-lahan in sha Allah mereka dapat ‘maintain’ self-housekeeping di rumah. Saya pun masih dalam proses belajar dan mengajar anak-anak. May Allah help us! πŸ™‚

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga dapat memberi idea kepada ibu2 yang memerlukan. Dan seperti biasa,Β saya sangat menggalakkan perkongsian daripada ibu2 juga, supaya kita dapat belajar sama-sama. πŸ™‚ May Allah help us to enjoy raising our children, for His sake. πŸ™‚ Jazakumullahukhairan.

anna frozen

Anna (Frozen) pun suka ruang ni juga! Hihi. πŸ™‚