A Mom's Journey

Enjoying life as a mom

Bagaimana hendak ‘set up’ ‘Writing Corner’ di Rumah?

4 Comments

Assalamualaikum Mothers,

Alhamdulillah, we are back in Dubai, after 3 weeks of Eid holiday in Malaysia! 🙂 We enjoyed and love Malaysia sooo much (and now I am feeling homesick), but life goes on and whatever Allah decreed for us is the best! 🙂 Alhamdulillah.

Balik cuti raya di Malaysia hari tu, saya berkesempatan untuk beli sedikit barang-barang stationery. 🙂 Stationery di sini agak mahal, maka saya ‘hangkut’ berplastik plastik dari Malaysia. Bila dah beli barang-barang, saya kena fikirkan pula cara untuk ‘uruskan’ barang-barang tersebut. Sayang pula kalau dah beli tapi tak guna. 🙂

Saya lebih gemar kepada konsep ‘open access. Di mana, saya lebih suka untuk anak-anak berpeluang untuk urus dan gunakan bahan-bahan atau material yang kami ada di rumah secara ‘independent‘ atau dengan pemantauan yang minima daripada saya. Kenapa?

Berdikari

 May Allah help me, to be able to teach them to be independent..

  1. Saya perhatikan dengan cara ini, anak-anak lebih cenderung untuk mulakan sesuatu dengan sendiri (self-driven learning).
  2. Saya lihat ia perlahan-lahan dapat ajar mereka berdikari. Tidak perlu asyik mengharap saya untuk bawa atau buatkan sesuatu benda untuk mereka.
  3. Mereka lebihenjoy proses pembelajaran tersebut. 🙂 Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang belajar (natural learning).
  4. Saya juga percaya ia membantu untuk mereka mengembangkan idea dan proses pembelajaran tanpa sekatan daripada pihak saya.
  5. Dan yang penting juga –> mereka boleh ‘cari’ dan pilih aktiviti yang mereka mahu buat di rumah, TANPA mengharapkan hiburan TV atau IPad. Hehehe. Sebenarnya saya tidak berapa gemar anak-anak untuk menonton TV atau main IPad dalam masa yang lama (saya cuba kawal tempoh masa dan jenis siaran. Tapi masih benarkan mereka tonton. Walaupun dikawal, saya lihat mereka boleh siap hafal dialog! Cepat sungguh budak2 ni tangkap ya?). Dan sebenarnya saya sendiri memang tak suka tengok TV (kalau suami outstation 4 hari, 4 hari lah saya tidak buka TV di rumah :P). Hihihi. Jadi, ini pilihan peribadi saya. Terpulang kepada pilihan masing-masing.. 🙂
  6. Saya dapat buat kerja-kerja rumah dengan gembira 🙂 kerana mereka ‘sibuk’ dengan aktiviti-aktiviti yang mereka pilih, maka saya tidak perlu kawal dan pantau anak-anak atau ajar anak-anak 24 jam. 🙂 And yes, it allows me to rest too. Alhamdulillah! 🙂

menulis

Kebolehan menulis bagi seseorang kanak-kanak berkembang perlahan-lahan, berperingkat-peringkat. Ia melibatkan kebolehan minda dan fizikal, maka tidak sesuai untuk dipaksa dalam masa yang singkat. Lebih molek sekiranya dibantu perlahan-lahan seawal usia ‘toddler’.

Maka,

Saya ‘set up‘ satuWriting Corner untuk menggalakkan minat mereka untuk menulis. Kadang-kadang saya lihat, belajar untuk menulis boleh buatkan kanak-kanak bosan atau benci untuk menulis (sekiranya kita push ikut cara orang dewasa, tanpa mengambil kira perkembangan minda dan fizikal mereka). Jadi, saya harap bila saya buat ruang sebegini, dan sediakan peralatan yang pelbagai (tidak terhad kepada pensil dan kertas) mereka dapat lihat menulis adalah sesuatu aktiviti yang menyeronokkan. Bukan sebaliknya. Biiznillah..

Di samping itu, anak-anak saya mempunyai kebolehan menulis pada tahap yang berbeza (Aqeel pada tahap menguatkan jari dan menulis bentuk-bentuk ringkas, Azeem baru mula nak menulis idea menggunakan perkataan-perkataan ringkas, manakala Aleeyah untuk praktis menulis idea dan karangan ringkas), maka, saya cuba untuk buat satu ruang yang sesuai untuk semua.

Writing Corner

Dapat idea daripada blog ini (dan beberapa blog oleh ibu/guru pendidikan awal kanak-kanak). TabarakAllah! 🙂

Teaching 2 and 3 Year Olds

Ruang di rumah kami terhad, maka ruang menulis kami (‘writing corner‘) juga agak comel sahaja. Hihi. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah dengan apa yang ada. Saya gunakan apa sahaja yang ada di rumah dan cuma ‘re-arrange‘ sahaja. Dan dinding kami itu agak ‘cantik’ dengan beberapa lukisan Aqeel, maka saya tampalkan kad manila untuk ‘cover‘. Hihi, dan Alhamdulillah secara automatik, jadi ‘display board‘ untuk ruang menulis kami. 🙂

Apa yang Diletakkan di ‘Writing Corner‘?

Okes, meh in sha Allah saya kongsikan apa yang saya letak di ruang tersebut ya. Ibu-ibu boleh ubahsuai mengikut pemerhatian ke atas minat anak-anak. Saya pun masih perhatikan apa yang mereka suka guna, dan in sha Allah akan tokok tambah kemudian berdasarkan keperluan. 🙂

Semestinya, mesti ada kertas! Hihi. Saya sediakan kertas putih dan berwarna, pelbagai saiz dan jenis:

kertas kecil

Kertas bersaiz kecil dan stick-it-notes. Bentuk T-shirt pun ada. 🙂

kertas besar

Kertas yang ‘besar’ ada di ‘seberang’. Tak dapat nak letakkan semua di ruang tersebut kerana ruang yang kecil. 🙂

Buku Menulis

Saya juga letakkan buku untuk menulis dan jurnal berdekatan dengan ruang tersebut, supaya mudah mereka capai.

Selain daripada kertas, saya juga letakkan white board kecil untuk mereka menulis, dan magnetic writing pad yang mereka dapat percuma dalam kapal terbang. 🙂

white board

magnetic writing pad

Tidak dilupakan, marker untuk menulis. Saya pilih untuk letak marker Aqeel di rumah tersebut, supaya mudah untuk dia belajar menulis. Pensil dan marker abang dan kakak, saya letakkan di ‘seberang’ (seperti di dalam gambar sebelum ini), iaitu dalam 2 set ‘drawer‘ kecil yang dapat dilihat di dalam gambar. Begitu juga dengan kesemua peralatan menulis dan stationery yang lain –> pensil warna, pemadam, sharperner dan sebagainya, kesemuanya di dalam drawer tersebut (saya label setiap drawer supaya tidak bercampur aduk).

marker

 Bekas ni dibuat daripada ‘roll’ sellotape. Tak jumpa bekas lain, maka saya ambil je roll tersebut, balut dengan felt dan hias sket. Tadaaa! Boleh guna! Hihihi.

Dan untuk aktiviti menulis lebih menarik, saya tambah beberapa bahan seperti do-a-dot paint (easy painters)stamps (alphabet and others), stamp pad, stickers, labels, tapes, stencil untuk menulis, dan gam, supaya mereka dapat menulis secara kreatif. Gunting saya letakkan di ruang ‘art and craft‘ kerana saya tidak mahu mereka menggunting di ruang ini. Hehe.

stamps

stamps

kelengkapan

Bahan-bahan ini saya simpan dan susun di dalam rak comel dan letakkan di atas meja. 🙂 Seperti biasa, saya labelkan. Ya, setelah buat sistem sebegini, saya lihat label sangat penting. A written reminder always works better than a constant verbal reminder untuk bantu anak-anak ikut sistem di rumah. Hihihi. Itu di atas pemerhatian saya lah. 🙂

rak comel

Alhamdulillah, nampaknya anak-anak suka nak ‘spend‘ masa di ruang ini. Aqeel ialah orang pertama yang merasmikannya! 🙂

menulis

‘Ninja’ pun suka menulis! 🙂

TabarakAllah, kanak-kanak memang boleh ‘come up‘ dengan idea mereka sendiri, tanpa perlu ‘input’ daripada kita (orang dewasa), atau mungkin ‘input‘ yang minima. Maka, Alhamdulillah, saya lihat, ruang ini sesuai untuk 2 fungsi:

1. Sesi belajar menulis (berdasarkan tahap masing-masing), yang perlukan bimbingan dan bantuan saya.

2. Sesi menulis bebas, yang tidak langsung memerlukan input saya atau mungkin minima (seperti bantuan untuk mengeja dan sebagainya). Dan saya lihat sesi bebas ini yang banyak menarik minat mereka dan in sha Allah beri lebih banyak faedah daripada segi perkembangan minda dan kreativiti berbanding sesi yang dibimbing oleh saya.

jurnal Aqeel

Aqeel tulis jurnal. 🙂

movie

Aleeyah siap tampal dan tulis ni. Saya tak tahu daripada cerita apa sebab saya tak suka tengok movie.. Hehe

shopping list

Siap main jual-beli. Azeem dari England. Hihi. 🙂

jack frost

Semangat Azeem nak mengeja ‘Jack Frost‘! 🙂

Yeaahh.. Itu lah beberapa aktiviti yang anak-anak buat sendiri di ruang menulis baru kami. Alhamdulillah nampak mereka suka dan nak gunakan secara aktif. Apabila letak semua (hampir semua, belum lengkap) keperluan di satu tempat, mudah untuk anak-anak capai dan ‘zahir’kan idea mereka. In sha Allah. Saya perlu terus perhatikan bagaimana ruang ini dapat bantu mereka untuk minat menulis. May Allah help me.

menulis

Fokus! Masing-masing pilih apa nak buat. Dan ya, saya juga letakkan beberapa hasil kreatif mereka di ‘display board’ ruang tersebut. Penting sebenarnya untuk pamerkan hasil kerja anak-anak, kerana mengikut kajian, ia dapat membantu membina keyakinan diri kanak-kanak. Biiznillah.

Oh ya, satu perkara yang agak penting juga. Untuk pastikan ruang ini terus berfungsi, saya lihat amat penting untuk latih anak ‘housekeeping’, iaitu, ambil dan letak semula barang-barang di tempat asal, mengikut label. Dan perlu tahu untuk buang segala sampah yang di’hasil’kan. Hihi. Saya letakkan satu bekas sampah berhampiran ruang ini (tiada dalam gambar). Kalau tidak, ibu akan jadi sangat penat. 🙂 Walaubagaimanapun, tidak boleh mengharapkan kesempurnaan. 🙂 Mana-mana yang mereka dapat buat, Alhamdulillah. Perlahan-lahan in sha Allah mereka dapat ‘maintain’ self-housekeeping di rumah. Saya pun masih dalam proses belajar dan mengajar anak-anak. May Allah help us! 🙂

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga dapat memberi idea kepada ibu2 yang memerlukan. Dan seperti biasa, saya sangat menggalakkan perkongsian daripada ibu2 juga, supaya kita dapat belajar sama-sama. 🙂 May Allah help us to enjoy raising our children, for His sake. 🙂 Jazakumullahukhairan.

anna frozen

Anna (Frozen) pun suka ruang ni juga! Hihi. 🙂

Advertisement

4 thoughts on “Bagaimana hendak ‘set up’ ‘Writing Corner’ di Rumah?

  1. Salam perkenalan..suka baca entri kat blog ni….bole la kongsi idea kan? 🙂

  2. assalammualaikum..thanks sharing a lot of idea here..sy bru jumpa blog ni…will follow u..mohon kebenaran nk share jg buleh? entri ni motivate sy buat 1 utk anak2 sy…syukran jazilan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s