A Mom's Journey

Enjoying life as a mom

Belajar Baca ‘Manual’ (LEGO) untuk Toddler.

Leave a comment

Assalamualaikum Mothers, 🙂

Sejak beberapa bulan lepas, saya perhatikan anak-anak saya, mula berminat untuk bermain lego. Sebelum ni mereka macam tak minat sangat. Tetapi, setelah bermain dan berkawan rapat dengan anak kawan saya yang sangat suka main lego, Alhamdulillah mereka belajar perlahan-lahan.

legoland

Saya lihat lawatan ke Legoland pun sedikit sebanyak dapat menimbulkan minat mereka untuk main lego. Alhamdulillah! 🙂

Saya suka anak-anak bermain lego, kerana in sha Allah dapat membantu daya fikir dan imaginasi mereka, selain daripada membantu menguatkan jari-jemari kecil anak-anak. Suami dan saya juga suka main lego. Maka, bolehlah jadi hobi sekeluarga. Hihihi. 🙂

Azeem lah yang saya nampak paling minat nak bina sesuatu daripada lego. Baru-baru ini, Alhamdulillah saya lihat dia sudah boleh buat sendiri binaan berdasarkan manual, dengan sedikit bantuan daripada kami.

Lego Manual

 Manual LEGO. Gambar daripada internet.

Aqeel juga nampak berminat, tapi dia belum ada lagi kebolehan untuk berfikir seperti abangnya, maka kadang-kadang kesian juga bila dia sedih sebab tak dapat nak buat macam mana abang dapat buat. 🙂

Maka,

Saya rasa terpanggil nak bantu dia ‘develop‘ kebolehan untuk baca manual secara independent. 🙂 Ini yang saya buat. Kalau ibu2 ada idea dan pengalaman, jemput berkongsi ye. Semoga kita dapat belajar sama-sama. In sha Allah.

Belajar Baca Manual

Saya sediakan untuk Aqeel sebuah kotak kecil,

LEGO Busy Box

Dalam kotak ini, saya letakkan 2 benda:

  1. Beberapa keping lego.
  2. Manual yang saya buat sendiri.

learn to read manual for toddler

Lego yang saya letakkan di dalam kotak ini cuma ada 2 saiz, dengan 5 jenis warna. Saya mahu lihat kebolehan Aqeel untuk membezakan di antara 2 jenis saiz LEGO tersebut.  Manual pula saya buat seringkas mungkin, yang sesuai untuk tahap permulaan bagi Aqeel. Untuk buat manual, saya cuma ambil gambar guna mobile phone, kemudian print dan tampalkan di atas kad manila. Kemudian saya ‘ikat’ semua kad guna ‘ring binder‘. 🙂

*PENTING: Alhamdulillah, Aqeel sudah melepasi peringkat masukkan benda-benda ke dalam mulut. Maka, saya rasa selesa untuk beri Aqeel main aktiviti sebegini, walaupun tanpa pantauan daripada saya. Sekiranya ibu-ibu perhatikan anak-anak masih masukkan benda-benda ke dalam mulut, pada pendapat saya, aktiviti sebegini masih boleh dilakukan, cuma perlukan pemantauan daripada ibu sepanjang masa.* 🙂

Manual Lego

Alhamdulillah, nampaknya dia dapat bezakan kedua-dua saiz tersebut. Dan bina ikut susunan warna yang saya letakkan di manual. Saya letakkan warna selang-seli (putih-merah-putih-merah) untuk memperkenalkan konsep ‘pattern‘ kepada Aqeel (asas kepada matematik). Aqeel belum kuasai konsep ‘pattern‘ ini, maka saya suka untuk terus perkenalkan kepada dia supaya dia dapat perlahan-lahan faham. Biiznillah.

belajar baca manual lego

Suka dia dapat buat ikut manual. 🙂 Dan yang best, untuk beberapa binaan seperti binaan hitam-kuning ini, saya tidak buat manual ‘step-by-step‘. Saya cuma letakkan satu gambar ini sahaja. Maknanya, in sha Allah untuk binaan ringkas, toddler boleh lihat gambar dan terus bina tanpa perlu ditunjukkan langkah demi langkah. Maka, in sha Allah lepas ini, bolehlah saya sediakan manual untuk binaan yang lebih mencabar untuk Aqeel. 🙂 Biiznillah..

Kotak LEGO Aqeel ini saya masukkan di dalam ‘Busy Box‘ Aqeel. Dia ada 2 buah kotak yang berisi bahan-bahan/permainan/peralatan yang boleh dimain dan di’explore‘ sendiri tanpa perlu dipantau oleh saya. Maka, Aqeel bolehlah main dan cuba pada bila-bila masa yang dia suka. 🙂

Busy Box for Toddler

Sekian sahaja perkongsian kali ini. 🙂

May Allah grant us contentment in our hearts, to be able to be grateful in any situation He puts us in. May Allah make us enjoy our journey in raising the kids. 🙂

Jazakumullahukhairan.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s