Assalamualaikum Mothers,
Post kali ini in sha Allah saya cuba kongsikan bagaimana saya ajar Aqeel (sekarang berusia 2 tahun 10 bulan) mengenal huruf besar dan huruf kecil serentak. Sebelum ini, saya suka kenalkan huruf kecil sahaja.
Kenapa saya suka kenalkan huruf kecil sahaja?
Kerana sesetengah huruf mempunyai bentuk yang berbeza (huruf besar tidak sama dengan huruf kecil), yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada kanak-kanak, seperti huruf ‘A a‘, ‘B b‘, dan ‘T t‘. Saya lihat, anak-anak saya mudah keliru apabila saya cuba untuk perkenalkan kedua-dua huruf serentak pada tahap awal. Sekiranya huruf seperti ‘S s’ dan ‘C c’ tidak mengapa, kerana huruf besar dan kecil mempunyai bentuk yang sama.
Selain daripada itu, oleh kerana kebanyakan perkataan di dalam buku menggunakan huruf kecil, berbanding huruf besar, saya lihat apabila huruf kecil diperkenalkan dahulu, permulaan proses membaca anak-anak adalah lebih lancar. Contohnya, ‘sat’ selalu ditulis berbanding ‘SAT’, jadi apabila kita cuma tumpukan kepada pengenalan huruf kecil, mungkin mereka lebih fokus dan tidak perlu ‘terkeliru’ dengan info huruf besar. Allahu’alam, ini cuma tanggapan saya. 🙂
Cara ini juga saya ‘tiru’ daripada sekolah Aleeyah dan Azeem di mana mereka perkenalkan huruf kecil dahulu, kemudian baru diikuti dengan huruf besar. Dan Alhamdulillah, saya lihat, ia banyak membantu Azeem untuk membaca. 🙂 TabarakAllah!
Ini masa saya kenalkan dia huruf ‘a’ (cuma huruf kecil). Saya print juga beberapa gambar yang bermula dengan bunyi ‘a’ seperti acorn, ants, astronaut dan diri dia sendiri – ‘Aqeel’. 🙂
WALAUBAGAIMANAPUN
🙂
Saja je saya nak cuba samada boleh atau tidak sebenarnya toddler kenal kedua-dua huruf (besar dan kecil) serentak. 🙂 Tak salah mencuba kan? 🙂 Saya lihat toddler lebih mudah untuk ingat setiap perkara yang diajar, maka, apa salahnya saya cuba. 🙂
Semalam saya perkenalkan huruf ‘P p’ kepada Aqeel. 🙂 Alhamdulillah Aqeel memang dah tahu bunyi huruf p, (boleh klik sini untuk baca bagaimana dia dapat kenal bunyi huruf tersebut, dengan izin Allah), maka ia dapat sedikit sebanyak memudahkan proses pembelajaran.
PENTING! Kalau anak tak tahu, tak mengapa. Walaupun anak tidak sebut (atau tiada feedback langsung) pun tidak mengapa (sekiranya baru pertama kali diperkenalkan). Just keep introducing and teaching him/her without expecting anything. Don’t wait for the feedback, it can give you a lot of stress. 🙂 Itu apa yang saya alami sebelum ini. Dan menyebabkan saya mudah ‘hangin’ kalau anak tak dapat ‘tangkap’ apa yang diajar. With the will of Allah, once He allows me to change the way I think (ajar sahaja, tak harapkan mereka faham pada masa itu atau supaya mereka menjadi seorang yang perfect), I feel more relax, and enjoy teaching my kids. Alhamdulillah! SubhanAllah, mereka pun lebih suka nak belajar nampaknya. TabarakAllah! Dan untuk toddler, mereka serap semua info (walaupun kita lihat tiada feedback). One day he/she will simply ‘burst’ it out! 🙂 In sha Allah.
Ini salah satu contoh. 🙂 Aqeel sepatutnya hias kek tu, tapi dia tak hias. Dia makan! 🙂
The way children learn is different from adults. Let them be children while they are. May Allah help us. 🙂
Oppss moh kembali ke topik asal! 🙂
Saya tidak perkenalkan nama huruf, tetapi saya perkenalkan bunyi huruf (guna kaedah phonics), di mana saya lihat dengan cara ini, proses permulaan membaca anak-anak adalah lebih lancar. Allahu’alam, ini pilihan saya. Ibu2 boleh cuba cara yang sesuai dengan anak-anak ye. 🙂
P dan p mempunyai bentuk yang sama, jadi saya rasa lebih mudah untuk perkenalkan jenis huruf sebegini, berbanding ‘A a’ atau ‘B b’ (huruf besar dan kecil mempunyai huruf yang berlainan).
Moh saya kongsikan ye, biiznillah.. 🙂
1. Tulis Jurnal.
Saya mulakan dengan jurnal dia. Saya guna stamp huruf kecil dan besar untuk copkan huruf ‘P p’ di dalam jurnal, dan tulis huruf P dan p untuk Aqeel ‘trace‘. Saya dan Aqeel buat bunyi huruf p sambil Aqeel tulis.
Saya suka set stamp ni. Beli kat Toys R Us KLCC masa balik raya hari tu. 🙂
*Macam mana nak buat bunyi huruf ‘p’? Boleh klik sini untuk lihat video (video ini agak terperinci, saya biasa ajar simple je. Good for me to learn too! Saya rasa tengok 1:45 minit pertama pun sudah memadai kot) :)*
Aqeel cuba nak tulis ‘p’. 🙂 Agak susah untuk dia lagi sebab cara pegang pen kadang2 OK, kadang dia masih keliru. 🙂 On going learning, in sha Allah.
Siap letak penguin kesayangan dia! ‘p’ (bunyi) for penguin!
Pastu dia conteng je ikut suka hati dia! 🙂 Asalkan bahagia anakku.
2. Let’s Paint It!
Aktiviti seterusnya, Aqeel warna huruf p dengan menggunakan warna air (he loves to paint!). Nak lagi best, saya tampalkan cengkerang-cengkerang kecil yang mereka (anak2 saya) kutip di pantai tempoh hari, untuk dia warnakan juga. Bagus untuk latih dan tingkatkan skil motor halus dia. In sha Allah. 🙂
Hasilnya!!
Suka sangat ‘painting‘, bahagian luar ‘p’ pun dia warna jugak. 🙂
3. P (bunyi) for purple!
Next, saya beri satu lagi contoh perkataan bermula dengan p —> purple.
Aqeel seronok guna berus dan jari untuk buat hasil kerja ‘p’ for purple. Art gaya bebas namanya! 🙂
dan yang terakhir, kami buat…
4. Mama and Baby Penguin!!
🙂
Saya harap, melalui aktiviti ini, Aqeel dapat faham konsep huruf P besar dan huruf p kecil. Saya dapat feedback yang bagus daripada Aqeel (Alhamdulillah a good sign), tetapi seperti biasa, I need patience in teaching young children. May Allah help me. 🙂
Saya tak panggil P besar, atau p kecil. Saya panggil, Mama ‘p’ (bunyi) dan Baby ‘p’ (bunyi)! Dia suka sangat! Hihihi.
Kami cuma gunakan:
- 2 batang aiskrim.
- kertas hitam (yang keras atau kadbod).
- warna air (putih dan oren).
- kertas oren.
- mata.
- kertas glitter (permukaan kasar), boleh juga guna kertas pasir atau kertas biasa pun OK je. 🙂
- Gunting dan gam.
Saya potong siap-siap ‘badan’ penguin, dan minta Aqeel warnakan bahagian hadapan penguin dengan menggunakan warna air (putih):
Saya ada lukis bentuk oval menggunakan pensil supaya Aqeel tahu untuk warna di mana. 🙂
Minta maaf, saya tidak banyak ambil gambar masa kerja tersebut, sebab sibuk bantu Aqeel. Saya cuma boleh tunjukkan hasilnya. Ibu2 bolehlah ubahsuai ikut kesesuaian dengan anak masing-masing ye. 🙂
Tadddaaaa!! Ini hasilnya..Mama Penguin and Baby Penguin!
‘Beak‘ penguin tu ialah bentuk diamond yang saya lipat dua. 🙂
Kat belakang saya tampal huruf ‘P’ dan ‘p’, menggunakan kertas glitter yang kasar. Tujuannya untuk Aqeel trace guna jari —> seperti konsep montessori. 🙂
He loves the puppet sticks! Alhamdulillah!
Yeeaaaahh! Itulah cara-cara yang saya cuba untuk perkenalkan Aqeel huruf besar dan kecil serentak. Adakah cara ini berkesan? Hihi. Saya tak tahu lagi. Yang penting, I ‘just do it’ and have fun! Saya harap dapat bantu dia ingat konsep huruf besar dan kecil. 🙂 Sekiranya ibu2 ada idea2 atau pengalaman sebelum ini untuk kenalkan anak-anak huruf besar dan kecil, kongsi-kongsilah di sini ya. 🙂
Selamat mencuba kepada yang berminat! Jazakumullahukhairan. May Allah make easy for us to teach our young ones. 🙂
September 12, 2014 at 8:08 am
assalamualaikum puan. saya nazrah, penulis dari majalah keibubapaan. saya sangat tertarik dengan artikel yang puan tulis di dalam blog puan. boleh contact saya tak untuk perbincangan? terima kasih.
September 13, 2014 at 11:43 am
Waalaikumsalam Puan Nazrah,
Saya sudah email ke email puan ya. 🙂