A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


8 Comments

Saya Seorang Surirumah. Ia Membosankan?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum Mothers 🙂

Pagi ini, saya rasa hendak berkongsi rasa hati. 🙂

Pengenalan

Alhamdulillah, sejak bulan Julai 2012, secara rasminya saya telah menjadi surirumah sepenuh masa. Maka, sekarang sudah lebih 2 tahun saya mempunyai ‘profession’ tersebut. 🙂 Lain orang, mungkin lain pandangan tentang status surirumah. Pada saya, saya panggil diri saya surirumah apabila saya tidak ‘generate‘ sebarang ‘income‘ secara material di dalam keluarga. Ini cuma definisi peribadi saya, lain orang mungkin lain definisi mereka. 🙂

Kenapa?

Suka saya hendak berkongsi, sebelum ini, saya memang secara aktif mencari pendapatan untuk keluarga, sejak tamat belajar di universiti. Saya mula bekerja pada usia 21 tahun. Alhamdulillah, pada waktu itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai ada melaksanakan satu program ‘express’ untuk jurusan kejuruteraan. Maka, Alhamdulillah, kami dapat menamatkan kursus kejuruteraan dalam masa yang lebih singkat daripada biasa. Tidak perlulah saya tulis detail tentang perkara ini ya, takut keliru pula nanti. 🙂

Selepas tamat belajar, Alhamdulillah saya dapat tawaran bekerja di sebuah kilang di Klang. Di situlah bermulanya pengembaraan pekerjaan saya sebagai seorang jurutera. Selepas lebih kurang setahun lebih, saya mendapat tawaran bekerja di dalam bidang ‘Oil and Gas‘ pula, dan Alhamdulillah diberi peluang untuk bekerja di dalam dan di luar negara, yang sedikit sebanyak dapat beri pengalaman kepada saya untuk mengenal manusia dan diri sendiri.

Alhamdulillah, pada masa tersebut boleh dikatakan ‘gaji’ agak lumayan bagi seorang yang baru berusia awal 20-an dan seterusnya hingga akhir 20-an. Walaubagaimanapun, selepas dapat Aleeyah (anak saya yang pertama), saya rasakan bahawa saya tidak dapat untuk menunaikan ‘tuntutan’ tanggungjawab kedua-duanya – pekerjaan dan keluarga secara serentak. Saya rasa ada ‘konflik dalam diri’ pada waktu itu, apabila saya tidak dapat luangkan masa yang banyak dengan bayi saya sendiri. Suami saya juga bekerja di dalam bidang yang sama, dan dia juga mempunyai tuntutan kerja yang banyak.

paris with AleeyahSemasa saya masih bekerja di dalam bidang ‘Oil and Gas‘. Menghadiri kursus di Paris. Saya bawa adik dan Aleeyah (masa tu berusia 1 tahun) bersama.

Maka, dengan izin Allah, semasa saya sedang mengandung anak kedua, saya putuskan untuk letak jawatan.

Emosi Dalaman

Salah satu sebab yang penting juga ialah saya rasakan ’emosi’ saya tidak berapa sesuai dengan bidang kejuruteraan. Saya suka kepada kanak-kanak dan suka kepada sesuatu yang berkait dengan emosi manusia. Di dalam bidang kejuruteraan, saya perlu menjadi lebih rigid, supaya kerja dapat siap. 🙂 Walaupun saya suka kepada kerja itu sendiri (kerana saya suka fizik dan matematik), tetapi selepas mendapat anak, saya rasakan sukar untuk mengubah emosi daripada ‘kurang perasaan’ di tempat kerja, kepada ibu yang ‘penuh perasaan’ dan compassionate di rumah.

rigGambar dari internet. Di awal pekerjaan, saya bekerja 6 bulan ‘straight‘ di rig di Venezuela.

Oh ya, bagus juga saya kongsikan bahawa di awal pekerjaan di dalam bidang ‘Oil and Gas‘, kebanyakan masa saya dihabiskan di ‘rig‘, pelantar minyak atau di ‘base‘, di mana majoriti rakan sekerja adalah lelaki. Selepas beberapa tahun, saya dapat rasakan saya menjadi kurang sensitif, sebab dah biasa bekerja dengan lelaki. Saya tidak suka dengan perkara remeh temeh kerana pada saya buang masa sahaja layan perkara sebegitu. Hihi.

TAPI

Apabila saya ada anak, perkara yang saya anggap ‘remeh temeh’ itulah perkara yang penting. Contohnya, saya perlu prihatin untuk lihat dan faham bentuk tangisan anak (kerana tangisan adalah di antara cara untuk bayi berkomunikasi pada peringkat awal), sama ada tangisan tersebut adalah tangisan lapar, atau tangisan perlu dibelai, atau tangisan sakit atau mungkin juga tangisan mengada-ngada! 🙂 Jadi respon saya perlu sesuai dengan apa yang ‘disampaikan’ oleh bayi saya. 🙂

Jadi, saya rasakan ada ‘konflik’ di dalam diri saya. Oppss, jangan salah faham ya. Saya tidak katakan bahawa ibu yang bekerja sebagai jurutera tidak mempunyai hati ya. Lain orang, lain jiwanya. Lain bidang dan tuntutan kerja, lain keperluannya. Mungkin di dalam jiwa saya lebih kuat untuk ke arah kanak-kanak, maka mungkin sebab itu ada sedikit ‘perselisihan emosi’. 🙂 Allahu’alam, saya bukan pakar psikologi.

Bukak Tadika

Selepas itu, Alhamdulillah, Allah beri saya peluang untuk buka sebuah tadika, di bawah lesen francais. Dan subhanAllah, saya sangat suka! Saya suka bekerja dengan kanak-kanak dan saya suka bekerja di dalam bidang yang beri peluang saya untuk berinteraksi langsung dengan manusia. Banyak saya belajar semasa tempoh tersebut dan setiap hari saya cuba belajar perkara baru untuk tambah pengetahuan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Walaubagaimanapun, selepas beberapa tahun, setelah suami bekerja lebih setahun di luar negara, saya buat keputusan untuk jual tadika tersebut dan kami sekeluarga ikut suami di Dubai.

Secara duniawi, memang nampak rugi. Tetapi, selepas berpindah ke sini, Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk saya belajar tentang kehidupan. Yang mana, saya perlahan-lahan belajar bahawa hidup bukan cuma untuk material. Seringkali kita (terutamanya diri sendiri) selalu keliru dengan apa tujuan hidup. Banyak buku-buku dan seminar yang mengajar tentang perkara ini – tujuan hidup, dan pelbagai insan menyuarakan pendapat masing-masing tentang apa sebenarnya tujuan hidup, berdasarkan pengalaman masing-masing atau philosophy yang mereka percaya.

Terpulang kepada setiap insan untuk percaya apa yang mereka mahu percaya. Pada saya, saya cuma yakin dengan apa yang Allah sampaikan kepada kita melalui Rasulullah SAW, di dalam AlQuran:

 Ad Dhariyat_56

Allah is the One Who created us, and He is the ONLY One who knows what is best for us.

Selalunya, bila ditulis sebegini, ada yang extremists yang terus kata, “Dah tu, kerja kita solat je. Tak payah bekerja, tak payah buat apa.”

Hmmm, pada pandangan saya itu terlalu extreme, dan mungkin juga kurang pengetahuan tentang Islam itu sendiri yang mana memang sebuah agama yang ‘balance‘.

Sahih Bukhari 39

Apa Kaitan Semua ni Dengan Surirumah?

Hehe mungkin ada yang sedikit keliru apabila tiba-tiba saya kongsikan tentang ayat Al-Quran dan Hadith. 🙂 SubhanAllah, sebenarnya Allah beri panduan bagaimana untuk kita hidup di dalam dunia ini, melalui AlQuran, dan diutuskan Rasulullah SAW untuk tunjukkan contoh kepada kita, yang mana boleh didapati dalam koleksi sunnah baginda. AlQuran banyak bicara tentang hati, tetapi yang selalu di’highlight‘kan kepada kita ialah cuma regulations. Apabila hati sudah beriman dan taat kepada Allah, serta percaya segala yang diturunkan olehNya, secara automatik perbuatan dan anggota akan taat perintahNya. In sha Allah. Maka, sebetulnya, regulations ‘datang’ selepas ‘percaya’, bukan sebaliknya. Sepertimana Allah turunkan kepada Rasul-Nya. Di Makkah, ayat-ayat banyak diturunkan untuk menguatkan kepercayaan dan keimanan. Selepas masyarakat Islam kuat iman mereka, barulah diturunkan regulations perlahan-lahan.

Again, apa kaitannya? 🙂

Saya hendak kongsikan, bahawa setelah saya menjadi surirumah, hati saya bergelora. Saya jadi keliru, saya jadi down. Ramai yang bertanya,

“Tak bosan ke jadi surirumah? Takde apa nak buat kat rumah. Asyik buat benda yang sama.”

Ada yang kata,

“Tak takut ke suami tinggalkan? Kalau dia cari perempuan lain, macam mana?”

Ada jugak biasa dengar,

“Kita perempuan ni kena pandai berdikari. Jangan nak harap duit suami je.”

Yang paling famous ialah,

“Belajar tinggi-tinggi duduk rumah je buat apa?”

Dan pelbagai lagi. Saya tak kata semua ni salah, dan saya tak kata semua ni betul. Saya juga tak dapat nak janjikan saya ni ‘dijaga’ oleh suami sepanjang hayat dan saya juga tak tahu samada saya diberi peluang untuk jadi surirumah sepanjang hayat atau ada ketika saya perlu bekerja. Saya tidak tahu masa depan. Cuma Allah yang tahu.

Sebagai seorang wanita yang dah biasa ‘pegang duit sendiri’ sejak berusia 21 tahun, dan juga menyara keluarga, tipu sekiranya saya kata saya tidak terasa apa-apa. Saya rasa ‘down‘ pada mulanya kerana rasa tidak berguna. Saya rasa sedih kerana rasa tidak dapat generate income apa-apa di dalam keluarga. Alhamdulillah keluarga saya sangat supportive di atas pilihan saya, tetapi diri saya sendiri yang merasakan sedemikian.

Quote

Dalam kegusaran, kekeliruan dan kesedihan, saya mula belajar tentang Islam. Saya mula menghadiri kelas tafsir, di mana ustazah (orang Arab yang fasih berbahasa Inggeris) ajar kepada kami (bukan Arab), untuk faham AlQuran secara direct. Perkataan demi perkataan. Penerangan demi penerangan. Lain impaknya apabila kita dengar dan belajar ayat-ayat Allah secara direct berbanding ulasan ustaz/ustazah semata-mata. Ayat-ayat Allah sempurna, cantik dan sangat ‘soothing‘.

Saya mula baca buku-buku tulisan ulama, yang banyak menceritakan tentang hati. Saya cuba fahamkan cerita-cerita orang alim terdahulu, dan wanita-wanita Islam terdahulu. Saya cari apakah sebenarnya fungsi wanita di dalam masyarakat.

SubhanAllah, Alhamdulillah, ia beri saya ketenangan. Apabila kita dipengaruhi oleh apa manusia kata dan apa pandangan manusia, hidup memang menyerabutkan. Tetapi apabila kita baca ayat-ayat Allah, fahami apa Allah kata, subhanAllah hidup lebih tenang.

MAKA

Saya cuma hendak berkongsi, in sha Allah, sedikit demi sedikit. Apa yang seorang surirumah boleh lakukan. Tidak semestinya berkait dengan duit. Kadang-kadang, memang seorang surirumah perlu bekerja dari rumah untuk membantu suami, kerana keperluan hidup. Tapi itu bukan the ONLY thing to do. Mungkin daripada kanak-kanak sering kita di’momok’kan dengan duit, duit dan duit, maka kita lihat hidup cuma ‘worth‘ apabila ada duit. Dan subhanAllah, di dalam AlQuran, nilai hidup manusia tidak pernah dikaitkan dengan berapa banyak duit kita ada. Dan again, jangan pula ada yang ekstrim yang mengatakan perlu hidup di dalam batu sahaja, tidak perlu ada duit. Hidup perlu balance, dan Allah sudah beri panduan bagaimana untuk hidup balance, tanpa kita perlu ubahsuai. Ikut sahaja. 🙂 Yang perlu kita struggle ialah bagaimana untuk lawan ‘soul‘ sendiri dan kalahkan syaitan. Allahu’alam.

AlKahf 7

Hidup ini cuma ujian.

Laziness is kin to failure

Sebagai seorang surirumah, saya dan ibu2 perlu sentiasa sibukkan diri. Walaupun tiada pekerjaan yang menjana duit. Saya petik sedikit statement daripada buku, “You can be The Happiest Woman in the World: A Treasure Chest of Reminders” oleh Dr ‘A’id al Qarni, terbitan International Islamic Publishing House.

I urge you to keep busy, not to give in to laziness and idleness. Rather, you should take care of your house and home library, and do your duties and your work, or pray, or read Quran or useful books, or listen to useful tapes, or sit with you neighbours and friends and talk to them about things that will bring them closer to Allah.

Then you will find happiness and joy, by Allah’s leave.

And beware of giving in to idleness, for this will lead to worries, anxiety, devilish whispers and doubts that nothing can relieve except hard work.”

Pengorbanan atau Blessing?

Saya biasa dengar, menjadi surirumah adalah satu pengorbanan. Ia mungkin betul dalam sesetengah aspek, tetapi menjadi surirumah bukanlah pengorbanan semata-mata. Ia sebenarnya adalah ‘hadiah’ atau ‘blessing‘ daripada Allah. In sha Allah, saya cuba hendak mengajak diri saya sendiri dan ibu2 surirumah untuk lihat sebenarnya menjadi surirumah adalah satu nikmat daripada Allah. Bercadang untuk tulis beberapa point lebih lanjut di dalam post seterusnya, beserta dengan beberapa cadangan untuk dilakukan di rumah, untuk buat diri sendiri ‘busy‘.. Biiznillah..

Alhamdulillah

Oppss, nak kata juga di sini, saya bukan nak kata surirumah adalah pekerjaan terbaik ya. Sebab setakat ini belum pernah jumpa ulama’ yang kata wajib seorang wanita untuk jadi surirumah. Allah jadikan situasi hidup setiap manusia berbeza-beza, sesuai dengan individu tersebut. Maka, apabila kita diletakkan dalam sesuatu situasi hidup, kita cuma perlu bersyukur dan jalani kehidupan dengan positif dan gembira. Elakkan untuk komplen dan lihat kelebihan orang lain, sampai kita tak nampak nikmat yang Allah berikan pada kita.

Ibrahim 7

I wrote this to remind myself in the first place. If can benefit others, Alhamdulillah. 🙂

May Allah guide us to the path that pleases Him. May Allah grant us beneficial knowledge. 🙂

May Allah grant you happiness, dear mothers.. Being a home maker and a mother never degraded you to a lower position. Islam raised the status of a mother thousands years ago. 🙂 Don’t be sad, stop to hide. Rise high and let’s do our duties to raise better ummah in the future.

To be continued, in sha Allah…

Advertisements


Leave a comment

2014 in review

Assalamualaikum semua,

WordPress.com prepared this report for all the blogs, I guess. 🙂 Here is the report for this blog, a humble and not a super duper great achievement, but I am happy to share it with all of you. Thank you for your support. I hope the writings can benefit the readers, if not much, maybe a little. 🙂

May Allah send down His Mercy on you and your family. 🙂

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2014 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

The concert hall at the Sydney Opera House holds 2,700 people. This blog was viewed about 16,000 times in 2014. If it were a concert at Sydney Opera House, it would take about 6 sold-out performances for that many people to see it.

Click here to see the complete report.