Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua! 🙂
MashaAllah! Lamanya tak ‘bersiaran’ dalam blog ni. Life is really a journey..Things keep changing. People change. And we also change along the way. We hope for the Mercy of Allah to direct us to the path of goodness, in dunia and akhirah. Biiznillah..
Oh ya, sebelum saya terus ke topik yang saya tergerak hati nak tulis, saya nak buat pengumuman sket.
In sha Allah bermula bulan September 2016, kebanyakan ‘post‘ berkaitan dengan perkembangan awal kanak-kanak (termasuk pendidikan) akan saya tulis di dalam blog:
Walaubagaimanapun, saya masih kekalkan blog ini, untuk terus berkongsi rasa dan pandangan tentang hal-hal lain, yang kurang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. In sha Allah. Jadi, jemput follow dua-dua blog ye. 🙂
OK. Masuk ke topik yang hendak ditulis. Bismillah…
Suami Curang, Salah Isteri?

Gambar hiasan. Sumber: Internet
Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya tentang perkara ini, kerana, kadang-kadang, bila saya terbaca di sana sini, atau terdengar kanan dan kiri, saya rasa agak keliru dan mungkin sedikit ‘lemas’ dengan pendapat yang temui, berkaitan dengan kecurangan dalam rumah tangga.
Mungkin perkataan ‘lemas’ itu agak ‘kuat’ untuk digunakan. Tetapi itulah yang saya rasa. Saya lihat seperti ada satu ‘general assumption‘ yang dibuat oleh kebanyakan individu (bukan semua). Seperti,
“La, padanlah suami dia curang. Tengoklah isteri dia, selekeh!”
“Isk, ko ni Jemah. Kena la pandai bergaya sikit. Padan la Encik Daus berkenan dengan xxx, dia kan pandai bergaya…”
“Mana la Si Mamat tu tak curang, isteri dia masak pun jarang-jarang. Duk sibuk kerja je. Laki mesti la nak makan air tangan isteri setiap hari!”
“Si Mamat tu curang sebab dia kata isteri dia tak pandai jaga dia. Dia tak happy.”
Oppss!
OK, itu beberapa contoh ya. Pendapat-pendapat sebegini macam dah sebati dengan masyarakat kita. Yang paling kerap ialah kes suami curang, isteri disalahkan kerana tidak cantik, tidak kurus, tidak pandai masak, buat kopi pahit, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, tidak kurang juga sebenarnya kes isteri yang curang terhadap suami.
Kebanyakan yang curang, akan menyalahkan pihak yang dicurangi. Meletakkan diri sebagai mangsa keadaan hingga ‘terpaksa’ curang. Jadi, saya terpanggil hendak menulis ‘surat’ kepada individu yang pernah, sedang atau bercadang untuk curang kepada pasangan. Saya tidak berniat hendak mengadili, malah saya takut nak tulis, sebab takut diduga (takut sekiranya diduga menjadi pihak yang berlaku curang. May Allah protect us. Please pray for me too in your prayer).
Tetapi, saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat ini, dengan harapan ia bertindak sebagai ‘pemecah’ pandangan yang sudah tertanam jitu, dan hampir diterima masyarakat..
“Suami curang ni, kadang-kadang sebenarnya salah si isteri. Suami mana yang tak cari lain bila asyik kena makan kedai mamak.”
OK. PAUSE di situ. Lihat betapa 2 perkara yang berlainan sudah dicampur adukkan.
Lebih membimbangkan, pendapat yang sudah diterima umum (yang suka menyalahkan pihak yang dicurangi di atas kecurangan pasangannya), boleh menyebabkan pihak yang dicurangi murung.
Yelah, bayangkan..
Dia baru sahaja dicurangi. Rumahtangga yang diharapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari (harap peribahasa saya betul. hehe). Segala harapan musnah, kepala kusut, keyakinan diri mungkin jatuh, sekiranya ada anak-anak, mungkin risau pasal masa depan anak..
Kemudian, masyarakat sekeliling datang pula dengan kata-kata seperti,
“Jemah, meh makan produk aku. Cantik, kurus, putih ko nanti! Takde la laki ko cari lain!”
What?
Apa agaknya perasaan wanita yang dicurangi tadi? “Oooo…aku buruk sangat rupanya. Sampai suami benci sangat kat aku. Sampai suami cari yang lain..”
Nampak biasa je kan? But NOPE! For a depressed person, this thought can bring her to suicidal acts! Ya, bunuh diri. Kalau dia dah lama sangat bersedih, dan kesedihan tersebut menguasai dirinya, segala pendapat yang menjatuhkan ‘self-esteem‘ dia akan memburukkan lagi keadaan.
Kan lagi bagus, kalau kita sebagai kawan, boleh buat sebegini, instead of commenting on the ways she looks or the way she handles her family..(because we don’t know! She may be the one who beautifully dressed at home when her husband is around, but wears simple clothes outside the house. She may work so hard to keep her family happy, but she is still being tested)..
“Jemah, jom kita pegi makan Goreng Pisang Cheese!”
Yummy! 🙂
Yup. Say nothing sometimes is the best way! (kecuali dia perlukan tempat untuk mengadu). Buat dia gembira je, so she feels appreciated and belonged to somebody..
OK, Inilah surat saya kepada saudara dan mungkin juga saudari yang saya hormati :),
Wahai hamba Allah,
Saya cuma hendak menyuarakan satu perkara… Saya cuma hendak mengajak anda untuk meluaskan pandangan dan fikiran, dan lihat dari sudut yang berbeza..
Berlaku curang adalah satu P.I.L.I.H.A.N.
Ya, pilihan. Tiada siapa yang boleh paksa anda untuk curang. Pasangan anda (samada dia seorang yang baik, tetapi ada sifat/ciri dia yang anda tidak gemar, ATAU dia memang seorang yang curang juga dengan anda), tidak dapat buat anda curang.
Kenapa?
Apabila anda berada di dalam situasi yang anda tidak gemar, contohnya, isteri anda suka membebel. 🙂 Anda ada kuasa untuk pilih, samada bertindak ke arah positif, atau negatif..
Hmmm..apa maksudnya? OK. Saya beri contoh lagi..
Apabila anda nampak di luar sana, ada seorang wanita yang sangat lemah lembut melayan anda, tetapi isteri anda garang macam singa, again, anda ada kuasa untuk pilih, samada bertindak positif atau negatif..
Apa maksudnya?
Kebiasaannya, apabila berlaku masalah rumahtangga, ada yang memilih untuk curang, kerana pada dia, itu memberikan dia kebahagiaan. Berlaku curang apabila ada masalah dalam rumahtangga adalah satu respon yang ‘negatif’. Maksudnya, anda telah pilih jalan yang ‘negatif’ yang pada anda dapat menyelesaikan masalah. Dan yang memeranjatkan, alasan-alasan yang diberikan diterima oleh masyarakat, membuatkan pemikiran kita celaru,
“Oh, takpela kot kalau buat macam tu. Sebab dia tak bahagia. Jadi apa salahnya dia cari kebahagiaan di luar rumah?”
Hmmm…Mungkin kita banyak tengok drama.
“O mankind, indeed the promise of Allah is truth, so let not the worldly life delude you and be not deceived about Allah by the Deceiver. Indeed, Satan is an enemy to you; so take him as an enemy. He only invites his party to be among the companions of the Blaze.” (Fatir: 5-6). [Quran.com]
Maksiat. Curang. Leka. Lalai.. Adalah ‘panggilan’ shaitan. Shaitan ialah di antara ‘deceiver‘ yang berusaha keras untuk bawa kita ke jalan yang salah. Segala ‘panggilan’ shaitan tidak akan memberikan kita kebahagiaan abadi. Ya, segala nampak indah pada awalnya. Nampak perfect. Rasa bahagia. Kerana shaitan berusaha untuk anda mengikut bisikannya.
Shaitan akan buat wanita yang anda gilakan tersebut cantik, secantik-cantik manusia. Dan anda sehensem-hensem lelaki di muka bumi ini. Hehe. Segala kata-kata indah belaka. Dan anda rasa makin benci dengan isteri. Mungkin benci juga dengan anak-anak, kerana mungkin mereka boleh menjadi penghalang cinta anda berdua..
Tetapi,
Kebahagiaan yang ‘diberikan’ oleh shaitan tidak lama. Sekejap je. Lihatlah kesannya selepas itu..Selepas anda leka, lalai, masuk ke perangkap shaitan, yang mungkin sampai ke tahap keterlanjuran (may Allah protect)… Shaitan akan tinggalkan begitu sahaja. Kemudian, hadapilah masalah seperti..
Pergaduhan…Mungkin berlarutan..
Mungkin penceraian…
Perebutan anak…
Depresi anak-anak…
Masalah kelakuan dan disiplin anak-anak kerana tertekan dengan situasi…
Dan mungkin banyak lagi masalah yang menyusul.
Ada sampai berbunuhan!
Memang itu ‘job scope‘ dia (shaitan). Tarik kita ke arah kemaksiatan atau kelalaian, kemudian, tinggalkan kita begitu sahaja. Buat hidup kita ‘miserable‘. Because he is our enemy!’Kebahagiaan’ yang dicari di jalan yang tidak diredhai, tidak lama. Itu adalah kesan di dunia. Belum lagi di akhirat. O Allah! Protect us.
Wahai hamba Allah,
Sebenarnya anda boleh memilih jalan yang positif apabila rumahtangga di landa badai.
Tanggungjawab seorang suami bukannya mudah. Allah says in the Quran..
“Men are the protectors and maintainers of women, because Allah has given the one more (strength) than the other, and because they support them from their means. Therefore the righteous women are devoutly obedient, and guard in (the husband’s) absence what Allah would have them guard..” (AnNisa:34)
Bermula saat anda mengambil wanita pilihan anda sebagai isteri, di saat itulah bermulanya tanggungjawab anda. Bukan main-main. Anda perlu menyelamatkan seluruh keluarga anda daripada api neraka! SubhanAllah!
“O you who have believed, protect yourselves and your families from a Fire whose fuel is people and stones, over which are [appointed] angels, harsh and severe; they do not disobey Allah in what He commands them but do what they are commanded.” (AtTahrim:6)
Maka, selain daripada tanggungjawab kewangan, ‘didikan’ keagamaan untuk seluruh keluarga anda, termasuk isteri (bukan anak-anak sahaja) adalah di bawah tanggungjawab anda.
Sekiranya isteri anda tidak betul, perbetulkan lah dia. Berterus teranglah dan tegur secara berhemah, perlahan-lahan. Sekiranya dia masih ingkar, teruskan lah berdoa. Doa banyak-banyak untuk isteri. Doalah bersama dengan dia. Maksudnya doakan perkara yang baik-baik untuk isteri, kuat-kuat, dalam bahasa yang difahami (isteri mana yang tak happy kalau suami suka doakan dia. Dia dengar pulak tu!) Tunjukkan lah kepada dia contoh yang baik. Sekiranya setiap hari anda menunjukkan contoh yang baik, seperti kerap solat berjemaah di masjid, anjurkan pelbagai aktiviti keagamaan di rumah, kerap buat mesyuarat keluarga, kerap berkomunikasi dengan isteri tentang cabaran dan masalah anak-anak, dan sebagainya..
Secara jujurnya, anda rasa, adakah isteri anda akan terus berkelakuan atau bersifat buruk kepada anda?
Wahai hamba Allah,
Ada kemungkinan, isteri berkelakuan buruk (pada mata anda) kerana ada sesuatu yang dipendam sekian lama. Sekiranya isteri anda tidak cantik seperti dahulu, adalah kerana dia sudah melahirkan mungkin 6 anak anda, dan menjaga mereka bagai menatang minyak yang penuh…
Sekiranya isteri anda buat kopi pahit, mungkin dia dah penat sangat masa tu. Dia balik kerja, masak, siapkan anak-anak, tetapi masih ingat suami tercinta. Dia buatkan kopi untuk anda, walaupun pahit…
Sekiranya suara isteri anda seperti petir di rumah, mungkin dia sedang masak sambil terjerit suruh anak anda mandi supaya dapat solat bersama di waktu Maghrib, dan terjerit kepada seorang lagi anak supaya bersihkan mainan yang bersepah, dengan harapan anda berasa selesa bila berada di rumah (rumah kurang berselerak)…
Wahai hamba Allah,
Isteri anda mungkin ada seribu perkara yang dia tidak berapa gemar tentang anda. Mungkin anda berdengkur di tengah malam. Mungkin anda suka sepahkan stokin bila pulang dari kerja. Mungkin anda tidak begitu rajin membantu di rumah. Tetapi, adakah dia curang pada anda sebab perkara-perkara tersebut? Atau dia terima anda seadanya?
Semasa anda asyik bercinta (dengan kekasih anda), sudah pasti waktu bersama dengan isteri dan anak-anak semakin kurang. Walaupun mungkin anda di rumah, tetapi sudah pasti perhatian anda adalah kepada phone anda, supaya dapat teruskan perbualan dengan kekasih anda.
Pernahkah anda terfikir tentang perasaan isteri yang memerlukan belaian anda ketika itu? Pernahkah anda terfikir tentang perhatian yang didambakan oleh anak-anak yang sedang membesar, yang melihat anda sebagai idola mereka? Adakah mereka mencari jalan keluar seperti anda? Atau mereka terus terseksa dalam diam, tanpa anda sedari?
Dan pernah juga kah anda terfikir..?
Sekiranya isteri anda seorang yang baik. Yang mengikut perintah Allah. Mengikut ajaran Rasulullah SAW. Menjaga kehormatan dirinya. Berusaha sepenuhnya untuk taat kepada anda, dan buat keluarga bahagia..
Tetapi anda tidak ‘berselera’ dengan dia, kerana tidak ‘up-to-date‘ seperti kekasih anda yang lebih cantik di luar… Tidakkah anda patut bersyukur dengan nikmat Allah – anda dikurniakan isteri yang baik, walaupun dia pasti tidak sempurna (kerana tiada manusia yang sempurna)? Anda tidak perlu berusaha keras nak perbetulkan dia, kerana dia memang suka ke arah kebaikan. Dan dia mungkin adalah seorang wanita yang tidak mahu pun bersaing dengan kekasih anda untuk bercantik-cantik di luar, kerana faham suruhan Tuhannya,
“And tell the believing women to reduce [some] of their vision and guard their private parts and not expose their adornment except that which [necessarily] appears thereof and to wrap [a portion of] their headcovers over their chests and not expose their adornment except to their husbands, their fathers, their husbands’ fathers, their sons, their husbands’ sons, their brothers, their brothers’ sons, their sisters’ sons, their women, that which their right hands possess, or those male attendants having no physical desire, or children who are not yet aware of the private aspects of women. And let them not stamp their feet to make known what they conceal of their adornment. And turn to Allah in repentance, all of you, O believers, that you might succeed.” (An Nur:31)
Sekiranya anda suka lihat perempuan berpakaian cantik, belikanlah pakaian sebegitu kepada isteri. Sekiranya anda suka lihat isteri mekap di rumah, beritahulah isteri. Sekiranya anda lihat isteri tak menang tangan di rumah kerana menguruskan anak-anak dan rumah, bantulah dia. Atau, kalau ada duit lebih sikit, carikan lah pembantu untuk dia.
Nah!
Sekarang barulah dia boleh bercantik-cantik untuk anda. Kan ada banyak cara lain untuk perbetulkan apa yang anda ada sekarang, daripada terus buat keputusan untuk mencari yang lain di luar.
Bukan saja bab nak cantik. Dalam segala hal. Anda pasti seorang yang berkebolehan untuk berkata-kata. Apa salahnya gunakan kelebihan anda itu untuk didik isteri anda. Berkomunikasi secara ikhlas dengan isteri, dengan cara yang betul. Sampaikan kepada isteri perkara yang anda suka dan tidak suka.
Lebih bagus lagi, terimalah kekurangan isteri. Kerana sudah pasti anda juga tidak sempurna. Terimalah isteri seadanya. Lihat kekuatan isteri. Lihat kelebihan dan kebaikan isteri, yang mungkin jauuuhhh lagi banyak daripada kekasih anda. Senaraikan satu persatu. Fahamilah minat isteri. Bak kata orang, berkahwin bukan untuk menerima, ia sebenarnya untuk memberi.
Dan yang penting, ingatlah suruhan Tuhanmu..
“Tell the believing men to reduce [some] of their vision and guard their private parts. That is purer for them. Indeed, Allah is Acquainted with what they do.” (AnNur:30)
“O wives of the Prophet, you are not like anyone among women. If you fear Allah , then do not be soft in speech [to men], lest he in whose heart is disease should covet, but speak with appropriate speech.” (Al-Ahzab: 32)
Allah tahu kelemahan hambaNya. Kelemahan lelaki adalah wanita. Kecantikan wanita, malah kelunakan suara wanita boleh menggangu-gugat seorang lelaki. Maka, kaum adam, jagalah pandanganmu. Jagalah batas pergaulanmu. (Dan kaum wanita, jagalah dirimu. Kawallah perwatakanmu). Allah juga perintahkan kita..
“And do not approach unlawful sexual intercourse. Indeed, it is ever an immorality and is evil as a way.” (Al-Isra’:32)
Jangan DEKATI zina. Maksudnya, jauhkan diri dari segala perkara yang boleh membawa kepada zina. Jangan pandang remeh perkara kecil, yang nampaknya ‘diterima’ oleh masyarakat. Contohnya seperti makan berdua (laki dan perempuan) di antara suami dan isteri orang, ber’whatsapp’, bergurau senda berlebihan setiap hari dengan kawan sekerja, meluahkan perasaan kepada kawan berlainan jantina, dan sebagainya, yang boleh membawa kepada bibit-bibit ‘percintaan terlarang’. Jauhkan diri sejauh-jauhnya. Tiada siapa yang kebal daripada desakan nafsu dan godaan shaitan. Tidak salah berurusan, tetapi menjadi salah apabila batas dilampaui.
Pilih yang Positif
Bannyaaaakkk sebenarnya jalan positif yang anda boleh ambil sekiranya menghadapi masalah keluarga atau anda mempunyai fikiran bahawa isteri anda tidak cukup bagus. Kesimpulannya, ini di antara 7 jalan positif yang anda boleh ambil:
- Pilih untuk menuju ke jalan Allah SWT. Secara automatik, pasti anda akan cinta pada ilmu, termasuk ilmu untuk menjadi pemimpin keluarga. In sha Allah dengan mempelajari AlQuran dan sunnah, tanggungjawab seorang suami dah ayah akan menjadi lebih jelas dan terang, dan buat anda takut untuk abaikan tanggungjawab tersebut.
- Bimbing isteri dan anak-anak ke arah kebaikan. Tunjukkan contoh yang baik. Andalah pemimpin. Hebat pemimpin, hebatlah yang dipimpin.
- Peliharalah keluarga anda dari anasir buruk di luar (dan yang masuk ke dalam rumah).
- Fokus kepada sesuatu yang anda suka – kerjaya, hobi, dsbnya.
- Banyakkan masa dengan insan tersayang. Mula ‘spend‘ masa dengan isteri. Kemudian ‘involve‘ banyak dalam aktiviti anak-anak. Lakukan pelbagai aktiviti dengan mereka.
- Berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Jangan ambil ringan pengaruh kawan, walaupun di dalam Whatsapp group!
- Fokus banyak-banyak kepada ibadah dan ‘good deeds’. Sekiranya anda sedih dengan layanan isteri (contohnya), daripada anda berlaku curang, anda boleh bangun solat malam, berdoalah.. Banyakkan memberi. Beri duit, beri ilmu, beri tenaga, kepada insan yang memerlukan. Kadang-kadang, perasaan sedih dalam diri kita sebenarnya berpunca daripada dosa-dosa yang kita lakukan.
Dan banyak lagi!
Bila anda fokus kepada perkara positif yang banyak dan produktif untuk diri sendiri dan keluarga, in sha Allah, tak sempat nak curang pon!
Bayangkan. 1 jalan negatif (CURANG) vs beribu-ribu jalan positif!
Gurau je…Jangan marah ye. 🙂
PILIHAN di TANGAN ANDA! Dan berhentilah menyalahkan pasangan di atas pilihan yang anda buat sendiri. Tanpa pengetahuan dia.
Wahai hamba Allah,
Ketahuilah. Curang dalam perkahwinan adalah di antara perkara utama yang merosakkan perkahwinan. Parut yang ditinggalkan ada kemungkinan sukar dirawat. Maka, sekira anda sayang kepada perkahwinan anda, sayang anak-anak anda..Inginkan keluarga yang bahagia, berfikirlah secara matang sebelum melakukan sesuatu. Adakah anda mahukan keseronokan sementara yang akan menggugat kebahagian abadi keluarga? Bukan sahaja diri anda..Anak-anak anda yang tidak bersalah. Adilkah mereka menjadi mangsa keadaan, di atas kelalaian dan kesilapan atau pilihan anda yang salah?
Wahai hamba Allah yang saya hormati,
Saya tidak kata anda salah semuanya dalam perkahwinan anda. Tidak! Saya tidak kata pasangan anda betul semuanya. Tidak. Saya cuma highlight di sini, pemilihan CARA penyelesaian masalah. Perlulah masalah yang sedia ada ditambah dengan masalah? Atau patut setiap masalah diselesaikan satu persatu, mengikut keperluan?
Dan kembalilah kepada ajaran agama. Cubaan nafsu dalam perkara sebegini adalah merupakan salah satu dugaan Allah kepada hamba-hambaNya. Dan bukan mudah hendak di’tepis’ begitu sahaja, kecuali dengan rahmat dan pertolongan Allah. Seperti yang pernah dilalui oleh Nabi Yusuf a.s:
“And she, in whose house he was, sought to seduce him. She closed the doors and said, “Come, you.” He said, “[I seek] the refuge of Allah . Indeed, he is my master, who has made good my residence. Indeed, wrongdoers will not succeed.”
“And she certainly determined [to seduce] him, and he would have inclined to her had he not seen the proof of his Lord. And thus [it was] that We should avert from him evil and immorality. Indeed, he was of Our chosen servants.” (Yusuf: 23-24)
Itu je bos! Saya minta maaf sekiranya kata-kata saya mengguris perasaan. Saya menulis untuk pertamanya, mengingatkan diri sendiri, seterusnya ingat mengingati sesama manusia.. 🙂
Yang benar,
Hamba Allah. 🙂
Kepada masyarakat sekeliling, moh la kita, ambil pendekatan untuk tidak adili kes-kes sebegini. Kerana kita tidak tahu cerita sebenar. Kita mungkin tahu 5 percent sahaja daripada cerita keseluruhan. Moh la kita serahkan segalanya kepada yang Maha Mengadili, iaitu Allah SWT yang LIHAT dan DENGAR segalanya.
Itu adalah dugaan Allah kepada insan-insan tersebut. Mungkin dugaan kesabaran untuk si isteri yang dicurangi. Dugaan menahan godaan nafsu dan wanita oleh si suami yang curang. Dugaan menjaga kehormatan diri oleh kekasih si suami, terutamanya apabila dia adalah isteri orang (banyak berlaku sekarang ni). Allahu’alam. Allah knows the best. Again, tak boleh nak judge. Banyak sangat faktor yang terlibat sebenarnya.
Dan yang penting! Berhenti jugalah menyalahkan pihak yang dicurangi di atas perkara yang dia tidak dapat kawal (dia tidak terlibat langsung dalam hal curang, malah, biasanya ditipu). Yes, dia pasti ada kelemahan. Tetapi keputusan untuk curang adalah keputusan dan pilihan pihak yang berlaku curang. Samada pilih cara penyelesaian masalah yang negatif atau positif. Secara matang atau mengikut perasaan.
Sekiranya masih tidak suka dengan pasangan, selepas pelbagai usaha (macam macam usaha ya, bukan sekadar sekali bercakap dah cukup), bawalah kepada tahap seterusnya. Kaunseling pasangan. Ada lagi tahap seterusnya, tatapi saya tidak mahu tulis di sini. Hadapilah perkara ini seperti seorang lelaki sejati.. Gituuu 🙂
Akhir kata, apa-apa pun, kita kena kembali kepada,
“And I did not create the jinn and mankind except to worship Me.”
(Adh-Dhariyat:56)
Allah jadikan kita di dunia ini untuk menyembah Dia. Bukan menyembah (menurut) nafsu. Dia yang Maha Pengasih turunkan Al-Quran sebagai manual hidup kita, lebih 1400 tahun yang lalu, supaya kita faham erti kehidupan, dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara.
Segala pendapat masyarakat berubah-ubah mengikut evolusi masyarakat tersebut. Perkara yang tidak baik boleh nampak baik bila kebanyakan orang buat benda yang sama. Yes, that’s the fact. But Quran does not change. What is wrong is still wrong even everybody is doing it. And what is right remains right even you are the only person doing it! SubhanAllah!
AllahuAkbar. I am writing to firstly remind myself. May Allah grant us happy families and may Allah give us strength when we are being tested. May Allah protect us from shaitan and keep us firmed in His religion!
Wish you great years ahead with your family! 🙂
September 29, 2016 at 5:23 am
Interesting post. Actually, thank you very much for pointing this out!
Typically memang kalau kes2 macam ni suara2 sumbang kebanyakkannya cakap salah spouse dia. No blame at all on the perpetrator.
It takes two to tango.
I have never tried Goreng Pisang Cheese, ever! Susah nak cari kat Penang..
September 29, 2016 at 8:17 am
Ya… Mcm dah kukuh sangatkan view mcm tu. Need to break that way of thinking..
Btw thanks for reading beb! Alahai. Whenever you come to KL, roger beb! Kita makan goreng pisang cheese yukkkk!!!
September 29, 2016 at 6:58 am
I did not read through all your writings but it was good that someone wrote on something of this stature not because of empathy solely towards the ladies due their spouse’s infidelity but giving a general view of choice to be made. My other half has always been someone who is ” lemah lutut” when they see a beautiful woman. I married him after doing my Solat Istikharah and we settled in April 1987. Now after being married for over 29 years, I have asked more than 10 times that I be divorced. You may think I am being crazy for asking so…but if you have a spouse who does not care a thing about you when too many sacrifices have been made in terms of time, money and personal achievements in career but I bear a deep grudge against my other half. I pray whatever that he has done to me let Allah SWT will repay him. He may be a provider but he is truly an irresponsible provider. He does not care about the children and his views are really dumb… he would say..Saya macam ayah saya…tak suka tunjuk perasaan sayang kat anak maupun isteri.” I have faced so many occassion where my car was faulty and he refuses to help but should it be another woman, he is more than happy to assist. If I am sick, I go to the clinic myself and using my own resources. That is why I mention here…I hope what goes around comes around to him. 29 years is a mighty long time and most people would say…kenapa baru sekarang bukan dari dulu lagi…MY MISTAKE. I did my Istiharah for this divorce and the answer was what I had hoped but that NUMBSKULL does not want to give it to me. Everyday in solat that I pray Allah would give me the strength to go on with my life and currently looking for a job to support me.
September 29, 2016 at 8:34 am
Dear Kak Faezah,
Thank you for sharing kak. MashaAllah, I can’t imagine how strong you are to face all these. I pray the best for you. I respect fully on any decision you made, or will make, as you are the one who experienced things in your life.
May Allah guide you to the best and grant you success in dunia and the Here after kak. 🙂 🙂