A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


Leave a comment

Exploring the Senses with Spice Playdough

Assalamualaikum Mothers,

Anak-anak kecil sangat suka main playdough. Termasuklah anak-anak saya. Selain bagus untuk latih kekuatan jari dan tangan anak-anak kecil, playdough bagus juga untuk meransang daya fikir, imaginasi, perkembangan bahasa dan juga skil bersosial (belajar berkongsi).

spice playdough

Jadi saya memang galakkan mereka main playdough. Kali ini, saja nak tambah lagi satu komponen –> untuk mereka ‘explore‘ deria mereka menggunakan playdough. Macam mana tu? Moh in sha Allah saya kongsikan.. ๐Ÿ™‚

Let’s Explore!

Saya gunakan resipi yang telah saya kongsikan di dalam post sebelum ini (resipi ini tidak perlu dimasak):

Aktiviti Musim Panas – Jom Buat Playdough!

spices

Dan kali ini, saya tambahkan beberapa ‘spice‘ (rempah) untuk beri bau yang berlainan. ๐Ÿ™‚ Saya buat 3 jenis rempah playdough (guna serbuk kari, oregano dan kayu manis)ย dan 1 strawberi playdough. Dan letakkanย pewarna supaya ia nampak menarik di mata anak-anak. ๐Ÿ™‚

Mix It! (Sense –> Touch & Sight)

Untuk buat playdough, saya cuma letakkanย kesemua bahan (seperti yang saya kongsikan di dalam linkย di atas) ke dalam 4 mangkuk berlainan, dan minta mereka yang gaulkan sendiri. Bagus untuk rangsang deria sentuh mereka. ๐Ÿ™‚ Oh ya, saya gunakan kuantiti yang sikit (tidak seperti resipi di dalam link di atas), kerana bahan yang terhad. Walaubagaimanapun, saya kekalkan ‘ratio’ yang sama. Tapi main agak-agak je, saya tak letak ‘accurate‘ sangat.

gaul playdough

Gaul ye anak-anak! ๐Ÿ™‚

mixing playdough

Masing-masing gaul sendiri. Dan mereka pun duk bercerita pasal bau yang mereka dapat bau. ๐Ÿ™‚

Tadaaa! Dah siap gaul!

spice playdough 4

Selain daripada dapat beri bau yang berlainan, bila saya campur dengan rempah seperti oregano, ia juga dapatย hasilkan playdough yang berlainan tekstur. Bagus untuk anak-anak explore! ๐Ÿ™‚ Warna-warna yang berlainan ini bagus untuk deria ‘lihat’ (sight) mereka, in sha Allah. ๐Ÿ™‚

Smell It! (Sense –> Smell)

Lepas siap gaul, saya saja buat satu aktiviti. Tutup mata setiap anak dengan shawl, dan minta mereka teka bau setiap ‘bola playdough‘ yang saya letakkan di hidung mereka. Hihihi. Sangat kelakar bila Aqeel dan Azeem cuba teka. Mungkin masih susah untuk mereka bezakan bau-bau tersebut. Walaubagaimanapun,ย sungguh seronok bila mereka masih juga teka bau mana untuk rempah yang mana. ๐Ÿ™‚

Tetapi untuk bau strawberi, semua dapat teka dengan tepat! ๐Ÿ™‚

bola rempah

Saya beri 4 bola rempah untuk setiap anak.

explore the smell

Aqeel teruja nak main dan bau. Siap buat satu bola jadi sosej. ๐Ÿ™‚

Nampaknya untuk aktiviti teka bau ini, sesuai dengan Aleeyah. Dia sangat suka, dan bagus untuk latih dia berfikir sebenarnya. In sha Allah.

smell the spice

guess which smell

Suka dan teruja nak cuba!

spice playdough

Fokus! ๐Ÿ™‚

Dia agak keliru sedikit untuk bezakan bau-bau tu. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah! Well done, Aleeyah! ๐Ÿ™‚ Boleh cuba lagi di masa hadapan, in sha Allah! ๐Ÿ™‚ Dan lepas ni boleh la tolong mama masak sebab dah kenal bau rempah! ๐Ÿ™‚

Let’s Play with Spice Playdough!

Yeaaahh! Masa yang di tunggu-tunggu! Main dengan spice playdough. It was a great smell at home when the kids played with their spice playdough!ย ๐Ÿ™‚

playtime

Agaknya sebab ada bau rempah dan strawberi, mereka ‘memasak’ dengan playdough ni. Buat roti canai, kek, aiskrim bagai! Dan saya juga beri je mereka untuk tambah serbuk rempah dalam playdough mereka. Dan ‘explore‘ apa jadi kalau rempah-rempah tu dicampurkan. ๐Ÿ™‚

The kids had so much fun exploring their ‘smell’, ‘sight’ and ‘touch’ senses with the spice playdough! Alhamdulillah! One activity stimulates 3 senses! In sha Allah. ๐Ÿ™‚

3 senses

Selamat mencuba kepada yang berminat!

Sekian sahaja perkongsian kali ini.. Jazakumullahukhairan. ๐Ÿ™‚


Leave a comment

Pengurusan ‘Library’ di Rumah

Assalamualaikum Mothers ๐Ÿ™‚

Alhamdulillah, kami (saya dan anak-anak) baru je ‘update‘ sistem perpustakaan buku anak-anak di rumah. Ambil masa 2 minggu juga nak siapkan. Buat sikit-sikit, Alhamdulillah siap jugak! ๐Ÿ™‚ Moh saya kongsikan dengan ibu-ibu yang dihormati sekalian ya..

Pengurusan Library di Rumah

Kenapa kami perlu ada sistem library di rumah?

Buku

Sebab buku anak-anak semakin membiak! Hihihi. Bila buku dah banyak, kalau takde sistem, memang penat jugak nak mengemas setiap hari. Sebelum ni, saya buat sistem macam ni:

Sistem perpustakaan lama

Saya cuma bahagikan buku-buku mengikut kategori dan buat pembahagi mengggunakan kad manila (sebab ruang yang terhad). Tapi, anakanda saya yang bongsu, Aqeel suka la duk cabut-cabut label pembahagi ini. Dan, anak-anak selalu keliru kat mana nak letak semula buku selepas mereka baca, sebab tak ingat kategori mana. Aleeyah je la yang hafal. Saya pun kadang-kadang lupa! Hihi. Maka, bercampur aduk kembalilah buku-buku tersebut!

Disebabkan itu, saya ubah sistem yang baru untuk buku anak-anak. Buku-buku saya, maintain sistem yang sama. Sebab cuma saya yang baca buku-buku tu, maka tak sepah. ๐Ÿ™‚ In sha Allah.

Kategori

Kami mulakan ‘system upgrade‘ dengan keluarkan semua buku anak-anak. Ya! Semuanya! Macam lautan buku di rumah kami! ๐Ÿ™‚ Kemudian, saya bahagikan mengikut kategori. Ada 10 kategori utama saya bahagikan pada masa itu. Dari lautan, dah jadi gunung. ๐Ÿ™‚ Selesa sedikit di mata.. ๐Ÿ™‚

Kategori

Daripada 10 kategori utama ini, saya bahagikan pula kepada kategori-kategori kecil yang berkaitan, supaya mudah untuk dicari. Kami selalu gunakan buku-buku sebagai rujukan semasa anak-anak belajar atau sedang berbincang tentang sesuatu perkara. Contohnya, bila anak-anak tanya tentang cuaca sejuk, kami cari dan baca buku tentang ‘Antartica’. Jadi mereka dapat gambaran yang lebih jelas. Dan selalunya, ini menarik minat mereka untuk tahu tentang beberapa perkara berkaitan, seperti penguin (yang tinggal di Antartica), dan polar bear (yang tidak tinggal di Antartica, tetapi di Artic).

Maka, sangat ‘handy‘ apabila kami tahu di mana lokasi buku-buku tertentu, supaya tidak buang masa untuk mencari buku. Selain daripada itu, anak-anak suka pilih buku masing-masing untuk bedtime story. Senang nak cari bila ada sistem. Mereka tahu nak cari di mana, dan senang nak letak semula.

Numbering and Colour Code

Kategori

Untuk setiap kategori kecil, saya berikan satu ‘colour code‘. Dan kali ini, saya decide untuk tampal pada setiap buku – colour code dan nombor. Memang agak ‘renyeh’ sedikit, kerana perlu buat satu-satu, tapi setakat ini, Alhamdulillah, mudah nak diuruskan. Senang untuk dicari dan diletak semula. Bak kata orang tua-tua, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Hihihi. ๐Ÿ™‚

Label

Alhamdulillah, saya ada seorang pembantu – Aleeyah. Aleeyah tolong gunting label dan tandakan posisi label (4 cm daripada bawah buku). Bagus juga untuk dia praktis skil ‘measuring‘. ๐Ÿ™‚ Kemudianย label ditampalkan pada setiap buku dengan guna salotape je.

Data Management

Seterusnya, kami ‘key in‘ setiap buku tersebut – tajuk buku, nama penulis dan penerbit. Hihihi, macam perpustakaan di sekolah pula.. ๐Ÿ™‚ Alang-alang kami rombak buku-buku tersebut, bagus juga ambil peluang untuk cek dan senaraikan buku apa yang kami ada.

key in

Aleeyah pun semangat nak ‘key in‘ juga. Alhamdulillah, dia ada tolong saya ‘key in‘ sedikit. Nampaknya, dah boleh mula ajar dia taip di komputer. Selama ni saya tak pernah beri dia ‘assignment‘ sebegitu. Boleh dah kot nak mula perlahan-lahan.

Our Little Library at Home

Dan tadaaaa!! Alhamdulillah, lega rasanya mata saya lepas update sistem kami ini. ๐Ÿ™‚ Senang nak cari. Cuma ‘refer‘ kepada warna. Dan nampak kemas sedikit berbanding sistem lama kerana tiada pembahagi yang suka diselerakkan oleh Mr Aqeel. ๐Ÿ™‚

Library System at Home

Saya juga sangat suka kerana dahย ada list sebegini. Senang nak cari buku, dan ‘audit‘ kemudian! Alhamdulillah!

Book List

Selesai satu perkara di musim cuti sekolah ini. TabarakAllah! Satu bahagian belum update sistem lagi –> Buku Membaca Anak-Anak (Reading Books). In sha Allah kemudian akan dibuat. Balik Malaysia dulu! Cuti Raya! In sha Allah. ๐Ÿ™‚

balik kampung

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Jazakumullahukhairan. ๐Ÿ™‚


Leave a comment

Sensory Activity: Snowman DIY Puffy Paint

Assalamualaikum Mothers!

Hari ni, Alhamdulillah, kami cuba cara lain untuk mewarna – guna puffy paint! Pada mulanya, fokus utamaย saya buat aktiviti sensory play ini ialah untuk Aqeel, tetapi rupanya, anak-anak saya yang ‘not-so-toddler‘ pun sangat suka! ๐Ÿ™‚ย Mengikut kajian, banyak faedah yang kanak-kanak perolehiย melalui sensory play seperti ini. Ibu-ibu boleh lah dapat sedikit info tentang sensory play di sini ya:

Developing and Cultivating Skills Through Sensory Play

Bagaimana nak buat puffy paint? Senang je, cuma ada 2 bahan utama:

  1. Shaving cream.
  2. Gam cecair (liquid glue).

Puffy paint

Gaulkan sahaja kedua-dua bahan tersebut, maka jadilah puffy paint! Untuk lagi best, boleh je masukkan:

  • glitters atau
  • warna air (lebih baik guna warna yang gelap, kerana apabila bercampur dengan warna putih, paint tersebut akan jadi warna cerah).

Kami letak sedikit glitter. Saya tanya Aqeel, dia hendak buat apa.. Dan dia beritahu dia mahu buat snowman. Maka, saya tidak perlu tambah warna air. Saya cuma lukis 2 bulatan, satu awan dan ‘tanah’ sahaja di atas kad manila untuk dia ‘puffy paint’ snowman dia. ๐Ÿ™‚

glitters puffy paint

Memang tujuan aktiviti ini ialah untuk sensory play, maka, warna pakai tangan saja! ๐Ÿ™‚ Bila tengok adik dia buat, Aleeyah dan Azeem pun datang join. Nak buat jugak! Mereka lukis sendiri snowman masing-masing.

warna

Aqeel ‘hiaskan’ snowman dia dengan pom pom, bow dan button. ๐Ÿ™‚ Tidak perlu letak gam dah, sebab campuran tadi memang dah ada gam.

hias snowman

Tadaaa!! Hasilnya!

snowman puffy paint

The 3D effect really made the kids excited! Lepas kering, Aqeel duk ‘cucuk-cucuk’ snowman dia ni dengan jari. ๐Ÿ™‚

puffy paint

Dan sebenarnya, yang paling ‘semangat’ dan sangat teruja ialah anak-anak saya yang ‘not-so-toddler‘!

main puffy paint

Habis mereka ‘paint‘ satu kertas! ๐Ÿ™‚ Tangan pun mereka paint! Jadi snowman katanya.

puffy paint

Aleeyah dan Azeem sangat ‘enjoy‘ aktiviti ini! Maka, sensory play bukan sahaja untuk toddler, sesuai dengan kanak-kanak yang dah masuk sekolah juga! ๐Ÿ™‚

enjoy puffy paint

Yeaah, inilah snowman puffy paint Aleeyah dan Azeem. ๐Ÿ™‚

snowman puffy paint

The kids had sooo much fun! Alhamdulillah!

Selamat mencuba ye kawan-kawan ibu yang saya hormati! In sha Allah boleh pelbagaikan idea – buat pokok, bunga, atau apa sahaja. Banyak lagi idea untuk puffy paint di sini:

Pinterest: Puffy Paint for Preschool

๐Ÿ™‚ Jazakumullahukhairan..


Leave a comment

‘Mr. Spidey on the Web’

Assalamualaikum Mothers.. ๐Ÿ™‚

Yesterday, the kids made ‘Mr Spidey on the Web‘! ๐Ÿ™‚ Bagus untuk latih kekuatan jari mereka (tingkatkan skil motor halus), in sha Allah. ๐Ÿ™‚ Kami dapat idea lepas tengok gambar ni (terima kasih Mr Google!), dan modified sikit untuk jadi versi kami. ๐Ÿ™‚

Idea

Moh saya kongsi bagaimana kami buat ya.. ๐Ÿ™‚

Ini adalah bahan-bahan yang kami gunakan:

1. Glitter paper (untuk badan labah-labah). Guna kertas keras biasa pun OK sahaja, atau boleh juga guna paper cup. (Ikut kreativiti masing-masing) ๐Ÿ™‚

2. Yarn.

3. Pinggan kertas (paper plate).

4. Penebuk lubang (satu lubang).

5. Hmm.. saya pun tatau apa namanya, tetapi sekiranya ibu-ibu boleh lihat digambar, kami gunakan bahan yang seperti bentuk ‘L’ tu. ๐Ÿ™‚

6. ‘Mata’. Kalau takde ‘mata’ ni pun takpe. Boleh lukis mata atas kertas putih dan tampal.

Bahan bahan

Okes, bahan-bahan dah ada, jom kita buat!

Mula-mula tebuk beberapa lubang di sekeliling pinggan. Terpulang banyak mana nak buat. Saya tebuk sikit lubang untuk Aqeel, supaya dia tak stress sangat nanti hendak siapkan ‘web‘ dia.

tebuk lubang

Dan yeahhhh, boleh mula buat sarang labah-labah! Matikan benang di satu hujung dan anak-anak boleh mula ‘menyulam’ guna yarn. Bagus aktiviti ini untuk melatih kesabaran anak-anak. ๐Ÿ™‚ Dan in sha Allah, kekuatan jari mereka juga. ๐Ÿ™‚

sulam

ย 

sulam

Untuk Aqeel, saya beri ‘string‘ yang lain, supaya dia mudah untuk masukkan ke dalam lubang-lubang tersebut. Tapi selepas habis ‘sulam’ guna string ini, dia mahu letak yarn jugak. Layankan aje.. ๐Ÿ™‚

Yeaaayy! Sarang labah-labah dah siap! Alhamdulillah! ๐Ÿ™‚

hasil sulaman

Seterusnya, moh buat Mr. Spidey! Saya cuma potong glitter paper (kami guna warna hitam) untuk buat bentuk ala-ala oval. Kemudian letakkan dua biji ‘mata’ dan 3 pasang kaki. ๐Ÿ™‚

mata

Ambil ‘mata’! ๐Ÿ™‚ Saya memangย simpan stok beberapa bahan untuk buat art and craft di rumah, supaya senang bila nak buat. Idea anak-anak ni selalu datang tiba-tiba! TabarakAllah!

kaki spidey

Tampalkan kaki Mr. Spidey dibahagian bawah, menggunakan bahan yang saya tak tau namanya tu.. ๐Ÿ™‚

Taddaaaaa… Mr Spidey is now on itsย web! ๐Ÿ™‚

Mr Spidey on the Web

Selepas itu, Aleeyah kata dia mahu buat ‘web‘ yang lebih ‘cool‘ untuk labah-labah dia. Maka dia hias sket..

labah labah cool

Dah siap sarang warna-warni, siap dengan ‘throne‘ untuk labah-labah dia. ๐Ÿ™‚

Inilah hasil terakhir untuk semua. ๐Ÿ™‚ Anak-anak kata mereka tak nak gam labah-labah ni atas web, sebab nak main katanya. Yeaah, you decide! ๐Ÿ™‚

Mr Spidey on the Web

Aqeel pun ada tambah ‘bulat-bulat’ sikit, nak hias jugak macam kakak dia. ๐Ÿ™‚

Mudah je kan? Selamat mencuba untuk yang berminat! May Allah give us strength for these last days of Ramadhan. ๐Ÿ™‚ Jazakumullahukhairan.

Note: (13th Aug 2014): Opps, beberapa hari lepas, baru saya perasan labah2 sebenarnya ada 8 kaki! Hihi! Maka saya beritahu kepada anak2 saya. And we plan to add the other 2 legs when we are back in Dubai, in sha Allah ๐Ÿ™‚ Better get the facts right, because kids absorb information and facts fast!


2 Comments

Eksperimen Sains: Minyak dan Air

Assalamualaikum Mothers,

Semalam, Alhamdulillah,ย kami buat satu eksperimen ringkas – minyak dan air.

Sains

Gambar dari internet.

Sebelum ini, kami buat eksperimen sahaja. Maksudnya, anak-anak buat, perhatikan dan ‘enjoy‘ eksperimen tersebut. Kali ini, saya cuba untuk perkenalkan mereka kaedah untuk tulis dan lukis pemerhatian ke atas eksperimen yang mereka lakukan. Saja nak cuba, boleh tak anak-anak kecil mula belajar mengkaji secara formal. ๐Ÿ™‚

volcano

Di antara eksperimen yang anak-anak suka buat sebelum iniย ialahย – volcano eruption. Duk mintak je selalu. ๐Ÿ˜›

Sebelum mulakan eksperimen, saya sediakan satu ‘format laporan sains’ untuk anak-anak isi (lukis dan tulis) semasa eksperimen dijalankan. Saya cuba buat format yang sesuai dengan umur mereka. Pertama kali nak cuba guna format ni. ๐Ÿ™‚

Format

Boleh download sheet di sini ya:ย Oil and Water

Eksperimen Minyak dan Air

Yeaah moh buat eksperimen! Kami nak buat eksperimen yang mudah je – tengok samada air dan minyak bercampur atau tidak?

Aleeyah bacakan untuk adik-adik apa yang ditulis di dalam kertas, supaya mereka tau apa nak dibuat. Azeem dengar, Aqeel pulak duk ketuk-ketuk kayu chopsticks. ๐Ÿ™‚

Ini adalah ‘apparatus‘ dan bahan-bahan yang kami guna:

  • Minyak
  • Air
  • Sudu kecil
  • Botol kecil
  • Kayu pengacau (guna chopsticks je) ๐Ÿ™‚

Sebelum mulakan, mereka lukis dan tulis dahulu semua ‘apparatus’ dan bahan-bahan yang mereka perhatikan.

tulis

Anak-anak (Aleeyah dan Azeem) tulis sendiri menggunakan skil phonics yang mereka ada. Lihat Azeem tulis water sebagai ‘wotre’. Hihi. Logik juga tu ikut bunyinya.. Hehehe. Saya tidak betulkan langsung sebarang ejaan atau lukisan. Sekiranya saya buat sebegitu, saya seperti bina ‘blok’ di minda mereka, untuk fokus kepada eksperimen, dan buat mereka bimbang tentang ejaan mereka. Saya suka betulkan ejaan di sesi yang lain, iaitu sesi ‘spelling‘. Saya prefer cara sebegini. Terpulang kepada ibu2 yang lain, masing-masing in sha Allah tahu cara yang sesuai dengan anak-anak masing-masing. ๐Ÿ™‚

Lukis Bahan2

Jeng jeng. Aqeel lukis juga. ๐Ÿ™‚

Saya bahagikan eksperimen kepada 3 langkah:

1. Lihat apa yang berlaku apabila minyak dimasukkan di dalam botol berisi air (tanpa kacau atau goncang).

2. Lihat apa yang berlaku apabila minyak dan air dikacau.

3. Lihat apa yang berlaku apabila botol digoncang (perlu ditutup dengan penutup).

Aqeel mulakan dengan langkah pertama – masukkan minyak dengan menggunakan sudu ke dalam botol yang berisiย air.

Hands-on

Aqeel sedang masukkan minyak.

ย Saya beri masing-masing peluang untuk buat sendiri. Hands-on experience bak kata omputih. ๐Ÿ™‚

lapisan minyak dan air

Selepas masukkan minyak, saya minta mereka lukis apa yang mereka perhatikan. Tapi untuk Aleeyah dan Azeem je. Aqeel bebas buat apa sahaja. Hihihi.

Kacau

Langkah seterusnya, kacau dan lihat apa berlaku. Lukis apa yang mereka perhatikan. Dan langkah terakhir, tutup botol dengan penutup, dan goncang. Tunggu dan lihat apa yang berlaku pada campuran minyak dan air tersebut. Lukis.

Untukย kasi seronok, saya tambah pewarna makanan. Supaya kasi nampak sikit perbezaan minyak dan air. Dan untuk Aqeel seronok mengacau. ๐Ÿ™‚

Minyak dan air

Di akhir eksperimen kami bincang apa yang mereka perhatikan. Mula-mula mereka memang tak perasan ada 2 lapisan. Saya perlu tunjukkan. Selepas letak warna, lagi nampak lebih jelas. Dan mereka sentuh cecair di lapisan atas dengan jari, dan kata, “Mama, it is oily!” ๐Ÿ™‚

pemerhatian

Aleeyah described what she observed.

Kami buat bersama-sama kesimpulan bahawa minyak tidak bercampur dengan air (tetapi ambil masa juga untuk saya terangkan bahawa apabila ada 2 lapisan, maknanya, ia tidak bercampur). Dan Aleeyah teruskan dengan lukis lebih terperinci apa yang dia perhatikan di akhir eksperimen. ๐Ÿ™‚

catatan pemerhatian

Alhamdulillah, itulah eksperimen pertama yang saya cuba buat secara formal sedikit dengan anak-anak. Walaubagaimanapun, semasa dan selepas eksperimen, saya dapati, saya perlu ubah beberapa cara, iaitu:

1. Pastikan warna dicampur awal-awal untuk bezakan warna air dan minyak.

2. Selepas ini, saya tidak boleh terus beri soalan seperti, “Adakah minyak bercampur dengan air?” Tetapi, saya rasa lebih sesuai untuk saya tulis, “Apa berlaku apabila minyak bercampur dengan air?” Maka, soalan itu lebih terbuka, dan tidak cenderung untuk saya ‘enforce‘ pemahaman saya kepada anak-anak. Dengan ini, anak-anak dapat fikir sendiri.

3. Saya tidak boleh sertakan kesimpulan. Di tahap ini, saya cuma perlu buat PEMERHATIAN sahaja. Atau ringkasnya –ย ‘SAY and DRAW’ (beritahu apa yang mereka perhatikan, dan lukis).

In sha Allah,ย lebih banyak kita ‘praktis’, lebih banyak peluang untuk lihat cara yang sesuai dengan anakย (minat dan tahap perkembangan mereka).ย Biiznillah. May Allah make it easy for us.

Report - Aleeyah

Laporan oleh Aleeyah

Report Azeem

Laporan oleh Azeem. ๐Ÿ™‚

Yeaahh. Itu lah sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga dapat beri idea kepada yang tercari-cari. And feel free to share your ideas or experience too. ๐Ÿ™‚ Jazakumullahukhairan. ๐Ÿ™‚

May Allahย keep us, Malaysians united. And May Allah shower us with His Mercy..


Leave a comment

Belajar Letter Sounds (Phase 3): Mr. Azrul’s Word Family

Assalamualaikum Mothers,

Semalam Alhamdulillah, saya ada kongsikan satu cara untuk tarik anak kedua saya, Azeem (4 tahun) untuk membaca. Dalam post ini, in sha Allah saya kongsikan satu cara untuk saya tarik dia belajar ‘bunyi’ phonemesย (seperti ‘ai‘, ‘ay‘) Phase 3 yang perlu dia revise sebelum masuk Year 1.

Seperti yang telah saya kongsikan, sedikit mencabar hendak ajar Azeem language art. The normal worksheet sometimes works, sometimes does not work forย him. ๐Ÿ™‚ Dia tak berapa gemar duduk diam untuk menulis atau membaca atas meja. ๐Ÿ™‚

Jadi, saya buat ini untuk ajar dia. Nampak dia suka, dan Alhamdulillah semua anak-anak participate sekali! Dapat ajar mereka untuk ‘work together’ in sha Allah. Moh saya kongsikan ya. ๐Ÿ™‚

1. Mula2 saya ambil kad manila dan lipat dua. Kad manila biasa je.

2. Kemudian saya potong sikit untuk jadi bentuk rumah.

3. Maka ‘rumah’ ada 2 bahagian – bahagian luar, dan bahagian dalam. Potong 2 keping kertas untuk jadi ‘tingkap’ dan satu keping untuk jadi ‘pintu’.

House

Tada, jadi bahagian luar rumah. ๐Ÿ™‚

4. Seterusnya, untuk bahagian ‘dalam’ rumah saya lukis macam rumah betul. Hehehe. Seronok dan excited anak-anak saya masa tu. Suka sangat diorang duk komen lukisan saya. Saya tak reti sangat lukis. Main lukis je, untuk seronok-seronok. ๐Ÿ™‚ (Minta maaf gambar masa melukis tiada, sebab sibuk melukis)

5. Semangatlah anak-anak hendak mewarna bahagian dalam rumah ni. Sambil bercerita-cerita imaginasi mereka. Termasuk Aqeel! ๐Ÿ™‚

mewarna

Aqeel la yang conteng atas tu! ๐Ÿ™‚

aqeel mewarna

Hasil Aqeel mewarna! ๐Ÿ™‚ Mula-mula kakak dan abang tak puas hati sebab diorang kata comot. Dan seperti biasa, saya terangkan bahawa itulah cara Aqeel mewarna. Lama-lama mereka terima. ๐Ÿ™‚ Yang penting mereka ‘berjemaah’ buat kerja.

6. Bila bahagian dalam dah siap, Aleeyah tuliskan tajuk di atas bumbung rumah. Saya tanya mereka nak namakan apa keluarga ni, dan mereka kata nak namakan ‘Azrul’s family‘ (abah dia le..) ๐Ÿ˜› Jadi ikut saja. ๐Ÿ™‚

tulis

7. Hari berikutnya, Azeem tampal beberapa ‘ahli keluarga’ yang ada dibadannya bunyi ‘ai’ dan ‘a’. ๐Ÿ™‚ Saya sediakan juga satu beg untuk setiap ‘ahli keluarga’ tersebut, supaya dia dapat lukis perkataan-perkataan yang dia baca. Boleh carik macam-macam resources di link ini: www.sparklebox.co.uk.ย Gambar ‘ahli keluarga’ ini saya dapat daripada link tersebut. ๐Ÿ™‚

a

Azeem letak budak lelaki di dalam bilik tidur.

ai

‘Mr Azrul’ dalam dapur! Hihi, mungkin sebab abah mereka memang suka memasak! ๐Ÿ™‚

lukis

Selepas saya bunyikan ‘ai‘, saya mintak dia eja ketiga-tiga perkataan yang ada di situ – rain, pain, train. Alhamdulillah dia dapat eja. Kemudian minta dia lukis atas beg. ๐Ÿ™‚

a lukis

Ini pula dia lukis alien! ๐Ÿ™‚

Yeaayyy! Itulah aktiviti yang saya buat bersama-sama anak-anak di rumah untuk tarik perhatian Azeem belajar ‘letter sound‘. Alhamdulillah dia suka. Mungkin dia tak sedar dia tengah belajar. ๐Ÿ™‚ In sha Allah perlahan-lahan akan ditambah ‘ahli keluarga’ rumah ini, apabila dia dah kuasai sesuatu bunyi. Flash card biasa macam tak menarik perhatian dia.

Beberapa jam selepas itu, semasa dia sedang bermain, saya saja tanya dia,

How do we spellai‘?”

Alhamdulillah dia dapat beritahu jawapan yang betul. ๐Ÿ™‚

Inilah rumah Mr. Azrul’s Word Family! ๐Ÿ˜› Dah ada 2 orang ahli! ๐Ÿ™‚

mr azrul's word family

interior

Sekian sahaja perkongsian kali ini! May Allah grant us health and energy to continue our Ramadhan journey.. ๐Ÿ™‚

Jazakumullahukhairan.


Leave a comment

Ramadhan Activity – Salaah ‘Workshop’ @ Home (1)

Assalamualaikum Mothers,

Alhamdulillah, Allah the Almighty grants us the opportunity to celebrate Ramadhan again, this year!ย ๐Ÿ™‚ TabarakAllah!

ย Ramadhan

Ramadhan is a blessed month. A month we have been waiting for a year! ๐Ÿ™‚ Dan saya sangat berharap untuk ‘celebrate‘ bulan ini bersama-sama anak-anak saya, untuk mereka belajar tentang Islam, walaupun usia mereka masih kecil. Alhamdulillah, with the Will of Allah, bermula hari pertama Ramadhan, kami mulakan ‘perjalanan’ pelajaran kami – Salaah ‘Workshop’ @ Homeย dan masih diteruskan sehingga ke hari ini. ๐Ÿ™‚

Saya cuba supaya sesi pelajaran kami dibuat berdasarkan Al-Quran dan Hadith (supaya saya dapat belajar bersama, kerana saya juga masih baru belajar), dan dalam masa yang sama, saya perlu cari cara untuk buat mereka tertarik untuk ‘participate‘ dan faham apa yang kami pelajari. Alhamdulillah anak-anak participate dengan gembira. May Allah open the knowledge for us, and make us consistent until the end of Ramadhan, and to be consistent throughout our lives.

In sha Allah saya kongsikan apa yang kami buat di rumah ya. Semoga dapat beri idea kepada yang tercari-cari. And please, feel free to share your ideas too. I love to learn from others. In sha Allah.

ramadhan (1)

Our Salaah Workshop @ Home

Saya sediakan setiap seorang, satu buku kosong dan namakan buku tersebut – My Salaah Learning Journey. Mula-mula saya nak sediakan untuk Aleeyah (6) dan Azeem (4) sahaja. Tapi saya tengok Aqeelย (2) memang suka participate dalam segala aktiviti yang kakak dan abang buat, maka saya sediakan juga satu buku untuk dia. ๐Ÿ™‚ Dan MashaAllah memang dia actively participated dalam semua aktiviti!

The book

ย Guna buku kosong (tiada garisan).

ย Yeaahh, buku dah ada, saya pun mulakan aktiviti pada 1 Ramadhan. ๐Ÿ™‚

Struktur Program?

Hehehe. Ini kali pertama saya nak buat ‘workshop‘ sebegini dengan anak-anak, jadi saya tidak mempunyaiย sebarang struktur program yang khusus. Sayaย cuma follow the flow, di samping merujuk kepada:

  • Al- Quran, with the Will of Allah, berdasarkan ayat-ayat yang saya jumpa di dalam daily recitation, dengan ilmu yang terhad.
  • Merujuk kepada sedikit pengetahuan yang saya perolehi daripada kelas-kelas tafsir dan arab yang saya hadiri di sini.
  • Quran.com untuk ‘copy dan paste‘ ayat-ayat AlQuran dan terjemahan.
  • Sunnah.com untuk ‘copy dan paste‘ Hadith dan terjemahan.
  • Buku-buku yang saya ada di rumah. Ada beberapa buku yang saya rujuk, dan in sha Allah saya kongsikan sedikit demi sedikit mengikut topik yang kami buat ya. ๐Ÿ™‚

Walaubagaimanapun, saya mempunyai struktur kasar yang saya rancang untuk buat. Topik utama yang saya cuba ‘cover‘ ialah:

  • Who is Allah?
  • Introduction to Salaah.
  • Wudu’ and Practical.
  • Salaah and Practical.

Dalam post kali ini, in sha Allah saya kongsikan tentang sesi ‘Who is Allah‘ yang telah kami buat. Biiznillah. ๐Ÿ™‚

Who is Allah?

Sebelum saya ajar mereka tentang ritual salaah, atau langkah-langkah salaah, saya rasa penting untuk mereka mengenal Allah terlebih dahulu, dan faham sedikit sebanyak kenapa mereka perlu salaah. Saya sangat berharap mereka lakukan ibadah salaah kerana Allah, bukan kerana dipaksa atau ikut orang lain. Dan saya sangat berharap kami dapat belajar salaah, seperti yang Rasulullah SAW lakukan dahulu. May Allah guide us to the correct knowledge. For me, learning to perfect our salaah is not only once. It shall be throughout our lives.

Untuk topik ini, saya rujuk kepada 2 buku (selain daripada rujuk terus daripada AlQuran dan Hadith Bukhari/Muslim):

Our reference

  1. ย Allah Our Creator oleh Sajda Nazlee, keluaran Goodwordkidz.
  2. Relieve Us Yaa Bilal (Salaah Workshop), keluaran Masjid Bani Hashim (di Dubai)

Semasa daily recitation, saya terbaca beberapa ayat di dalam Surah Yunus yang saya rasa sesuai untuk dikongsikan dengan anak-anak, dan ia berkait dengan tajukย kami. Maka saya mulakan workshop kami dengan ayat-ayat tersebut:

Yunus 3

 

Saya print dan minta mereka gunting dan tampal ayat ini di dalam Salaah Learning Journey mereka. Kemudian, bacakan ayat tersebut, beserta dengan terjemahannya.

Dan sudah pasti, untuk anak-anak kecil, mereka tak boleh duduk dan dengar sahaja. Untuk tarik perhatian mereka, perlu ada aktiviti yang menggunakan tangan. ๐Ÿ™‚ Jadi saya buat satu aktiviti – where it belongs? Anak-anak perlu kenalpasti di mana selalunya mereka nampak setiap creation of Allah yang saya sediakan untuk mereka – samada di langit (heavens/ุงู„ุณู…ุงูˆุงุช) atau di bumi (earth/ุงู„ุฃุฑุถ). Seterusnya mereka perlu gunting dan tampal.

Heaven and Earth

Kami teruskan dengan bincang tentang ayat di dalamย Surah Yunus, ayat 5 dan 6:

Yunus 5 dan 6

 

Dalam perbincangan tentang ayat-ayat Al-Quran dengan anak-anak, saya tidak bincang dengan teliti sepertimana yang dipelajari dalam kelas tafsir. Kami bincang secara umum. Saya lihat, anak-anak saya tertarik apabila saya kongsikan dengan mereka tentang ayat-ayat Quran yang berkait dengan ciptaan Allah, mungkin kerana ia sesuatu yang mereka boleh nampak. Dan tujuan saya cuma untuk biasakan mereka timba ilmu dan belajar ‘direct‘ daripada Al-Quran, dan tidak perlu ‘takut’ untuk belajar melalui Al-Quran. May Allah help me and the kids.

Pictures

Untuk aktiviti kedua, saya sediakan satu worksheet untuk mereka tahu perbezaan siang dan malam. Kami bincang tentang aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan pada waktu malam dan siang, dan kepentingan Allah jadikan malam untuk kita berehat. Dan subhanAllah, suka mereka beri pendapat masing-masing, dan sudah pasti ikut pemikiran mereka. Kami juga bincangkan apa yang mereka boleh lihat di waktu siang dan malam – samada matahari atau bulan. It was so much fun when Aqeel started to give his opinion about sun and moon! ๐Ÿ™‚

Night and Day

Selepas gunting dan tampal, saya beri peluang untuk anak-anak lukis apa aktiviti yang biasa dilakukan di rumah di waktu siang dan malam. Azeem lukis orang main bola di waktu siang ๐Ÿ™‚ dan Aleeyah lukis gambar orang sedang membaca. Aqeel pun semangat melukis.

Drawing

ย Azeem sedang melukis.

NightandDay_Aqeel

ย Hehe. Lukisan Aqeel ๐Ÿ™‚

Yeaah. Alhamdulillah. Itu sahaja aktiviti kami pada hari pertama. In sha Allah saya kongsikan aktiviti-aktiviti kami di hari-hari seterusnya. Sebenarnya, saya plan nak buat setiap hari. Tetapi realitinya, tak dapat. Hihi, tetapi Alhamdulillah mana-mana yang berkesempatan nak buat. ๐Ÿ™‚ May Allah keep me firmed.

Sekiranya ibu-ibu hendak salinan worksheet, boleh download di sini ya:

Unit 1 Allah The Creator

May Allah grant you a happy and tranquil Ramadhan. ๐Ÿ™‚ Jazakumullahukhairan.