A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


Leave a comment

‘Karya’ Seni Menggunakan Pipet

Assalamualaikum Mothers,

Dahulu, semasa saya di bangku sekolah, saya cuma gunakan pipet dalamย eksperimen sains.

Rupanya banyak lagi yang boleh kita buat dengan menggunakan pipetย bersama anak-anak kecil kita! ๐Ÿ™‚

Salah satunya, kita boleh…

Mewarna menggunakan Pipet! ๐Ÿ™‚

Aktiviti ini bagus, in sha Allah untuk bantu menguatkan jari-jari kecil anak, di samping ‘membuka’ minda anak-anak (dan buka minda saya juga sebenarnya!) bahawa karya seni boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai peralatan (tools). Tidak terhad kepada warna pensil, krayon dan berus lukisan sahaja. Dan yang penting, mereka gembira nak buat aktiviti tu. ๐Ÿ™‚ Alhamdulillah Aqeel enjoyed his pipette painting session. TabarakAllah!

Senang je bahan-bahannya:

  1. Kertas tisu (lagi tebal lagi bagus).
  2. Warna air.
  3. Air.
  4. Pipet (kalau ada banyak lagi bagus, untuk elak warna bercampur dalam bekas warna).
  5. Bekas untuk isi pelbagai warna.
  6. Dulang (ini pilihan). Saya suka guna dulang supaya kurang berselerak. ๐Ÿ™‚

This is how we did it..

Mula-mula saya beri Aqeel potong sendiri tisu. Saya guna tisu dapur. Biasanya memang dah siap ‘pre-cut’ kan? Tapi yang ni murah punya, jadi kena gunting sendiri. ๐Ÿ™‚ Dan tisu ini nipis, maka saya letak beberapa lapis di dalam dulang.

Gunting tisu

Saya cuba perlahan-lahan beri dia ‘manage‘ projek dia sendiri. Maknanya, biar dia sendiri potong, sendiri kacau, sendiri tuang, sendiri pergi basuh tangan, dan sebagainya. May Allah help me to help him..

Kemudian, di dalam bekas warna, saya letakkan warna-warna pilihan Aqeel. Untuk warna air, saya perlu tambahkan sedikit air supaya ia tidak terlalu pekatย dan mudah untuk di’pipet’. Selain daripada warna air, saya guna pewarna dan perisa makanan juga. Pewarna makanan agak cair, maka tidak perlu dicampur dengan air. Perisa makanan mempunyai bau (saya gunakan strawberi dan pandan), maka ia dapat beri sedikit bau semasa aktiviti tersebut. Aqeel sedang belajar tentang 5 deria, maka saya cuba hendak masukkan komponen-komponen yang berkait dengan 5 deria manusia – rasa, hidu, lihat, sentuh dan dengar dalam aktiviti-aktiviti harian dia. And we talked about it –> apa yang dia bau dan dia lihat, semasa saya letakkan warna-warna tersebut.

Pipette Paints

ย Ada 2 pipet je, maka warna bercampur2 bila dia mulakan projek. ๐Ÿ™‚ From a positive side, he could learn about colour mixing! In sha Allah. ๐Ÿ™‚

Dan yeeahhh meh mula ber’pipet’

Pipette Painting

Pada awalnya, saya perlu ajar dia bagaimana hendak menggunakan pipet. ‘Struggle‘ juga dia awal-awal. ๐Ÿ™‚ Alhamdulillah lepas tu OK. Aktiviti ini dapat bantu, in sha Allah anak-anak kecil untuk kuatkan jari kerana pipetย perlu dipicit menggunakan jari-jari comel mereka. ๐Ÿ™‚ Ini adalah persediaan untuk mereka menulis kelak.ย In sha Allah…

Inilah hasilnya! Alhamdulillah! ๐Ÿ™‚

The Result

Saya rasa, lebih molek lagi kalau guna kertas tisu yang tebal sikit. Dan juga saya lihat lebih cantik sekiranya menggunakan warna air berbanding pewarna makanan. Warna air tu pulakย sebaiknyaย tak terlalu pekat, dan tak terlalu cair. Hehehe.. Tapi takpe, jangan risau. Asalkan anak-anak bahagia dan suka buat, Alhamdulillah! Untuk kanak-kanak awal usia, yang penting ialah proses, bukan hasilnya! ๐Ÿ™‚

Lepas tu, Aqeel cop tangan dia dalam dulang tersebut dan nak Hi-5 dengan saya! Hehehe. Saya pun bagi dia 3 keping kertas untuk dia Hi-5!! Hihi.

Hi 5

Haa!! Ini juga salah satu sebab warna air lebih sesuai berbanding pewarna makanan –> warna air tidak ‘melekat’ di tangan seperti pewarna makanan. ๐Ÿ™‚

Opps bukan setakat itu!

Lepas kering sikit, saya gunting sikit kertas tisu ni dan buat huruf ‘i’. Aqeel pun tiru apa yang saya buat. Maka saya tampalkan kedua-dua ‘i’ dalam buku Letter Sound dia. ๐Ÿ™‚

Learn i

Kanan yang saya potong, kiri Aqeel potong sendiri. TabarakAllah! Semangat dia nak potong!

My Sounds Craft Book

Buku ‘Letter Sound’ Aqeel ๐Ÿ™‚ Tinggal huruf ‘n’, sebelum sambung ke tahap seterusnya. Biiznillah…

Aqeel bila dah menggunting, memang susah nak berhenti. Dia suka sangat menggunting sekarang ni. Dengan semangat, Aqeel gunting lagi satu ‘i’, maka saya jadikan ia satu lagi hasil ‘seni’ dan pamerkan di ‘papan’ art and craft kami di rumah. ๐Ÿ™‚

Display

Ini kertas yang Aqeel dan saya tekap di atas hasil ‘pipette painting‘ tadi, sebelum dipotong-potong. ๐Ÿ™‚ Dapat corak abstrak!

Alhamdulillah! So much fun and so many things our little children can produceย in one simple activity! In sha Allah. Plan awal saya, cuma hendak buat aktiviti pipet tu je. Tetapi, Alhamdulillah, semasa buat aktiviti, Aqeel ‘come up‘ dengan aktiviti-aktiviti tambahan yang dia rasa nak buat. Jadi saya ikut je idea dan minat diaย andย I always try not to stopย himย (unless the activity makes the house ssooo messy. Hihi).ย Saya harap dengan cara ini, dapat bantu dia tingkatkan skil berfikir dan rasa ‘bebas’ untuk mengeluarkan idea. Biiznillah… Allah knows the best.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Ibu-ibu bolehlah ‘ikut’ kreativiti anak-anak masing-masing. Let them be the ‘project manager’. ๐Ÿ™‚ Selamat mencuba kepada yang berminat! May Allah grant you happiness with your loved ones. ๐Ÿ™‚


2 Comments

Cara untuk Kenalkan Huruf Besar dan Huruf Kecil kepada Toddler

Assalamualaikum Mothers,

Post kali ini in sha Allah saya cuba kongsikan bagaimanaย saya ajar Aqeel (sekarang berusia 2 tahun 10 bulan) mengenal huruf besar dan huruf kecil serentak. Sebelum ini, saya suka kenalkan huruf kecil sahaja.

Kenapa saya suka kenalkan huruf kecil sahaja?

Kerana sesetengah huruf mempunyai bentuk yang berbeza (huruf besar tidak sama dengan huruf kecil), yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada kanak-kanak, seperti huruf ‘A a‘, ‘B b‘, dan ‘T t‘. Saya lihat, anak-anak saya mudah keliru apabila saya cuba untuk perkenalkan kedua-dua huruf serentak pada tahap awal. Sekiranya huruf seperti ‘S s’ dan ‘C c’ tidak mengapa, kerana huruf besar dan kecil mempunyai bentuk yang sama.

Selain daripada itu, oleh kerana kebanyakan perkataan di dalam buku menggunakan huruf kecil, berbanding huruf besar, saya lihat apabila huruf kecil diperkenalkan dahulu, permulaan proses membaca anak-anak adalah lebih lancar. Contohnya, ‘sat’ selalu ditulis berbanding ‘SAT’, jadi apabila kita cuma tumpukan kepada pengenalan huruf kecil, mungkin mereka lebih fokus dan tidak perlu ‘terkeliru’ dengan info huruf besar. Allahu’alam, ini cuma tanggapan saya. ๐Ÿ™‚

Cara ini juga saya ‘tiru’ daripada sekolah Aleeyah dan Azeem di mana mereka perkenalkan huruf kecil dahulu, kemudian baru diikuti dengan huruf besar. Dan Alhamdulillah, saya lihat, ia banyak membantu Azeem untuk membaca. ๐Ÿ™‚ TabarakAllah!

belajar huruf a

Ini masa saya kenalkan dia huruf ‘a’ (cuma huruf kecil). Sayaย print juga beberapa gambar yang bermula dengan bunyi ‘a’ seperti acorn, ants, astronaut dan diriย dia sendiri – ‘Aqeel’. ๐Ÿ™‚

WALAUBAGAIMANAPUN

๐Ÿ™‚

Saja je saya nak cuba samada boleh atau tidak sebenarnya toddler kenal kedua-dua huruf (besar dan kecil) serentak. ๐Ÿ™‚ Tak salah mencuba kan? ๐Ÿ™‚ Saya lihat toddler lebih mudah untuk ingat setiap perkara yang diajar, maka, apa salahnya saya cuba. ๐Ÿ™‚

Semalam saya perkenalkan huruf ‘P p’ kepada Aqeel. ๐Ÿ™‚ Alhamdulillah Aqeel memang dah tahu bunyi huruf p, (boleh klik sini untuk baca bagaimana dia dapat kenal bunyi huruf tersebut, dengan izin Allah), maka ia dapat sedikit sebanyak memudahkan proses pembelajaran.

PENTING!ย Kalau anak tak tahu, tak mengapa. Walaupun anak tidak sebut (atau tiada feedback langsung) pun tidak mengapa (sekiranya baru pertama kali diperkenalkan). Just keep introducing and teaching him/her without expecting anything. Don’t wait for the feedback, it can give you a lot of stress. ๐Ÿ™‚ Itu apa yang saya alami sebelum ini. Dan menyebabkan saya mudah ‘hangin’ kalau anak tak dapat ‘tangkap’ apa yang diajar. With the will of Allah, once He allows me to change the way I think (ajar sahaja, tak harapkan mereka faham pada masa itu atau supaya mereka menjadiย seorang yang perfect), I feel more relax, and enjoy teaching my kids. Alhamdulillah! SubhanAllah,ย mereka pun lebih suka nak belajar nampaknya. TabarakAllah! Dan untuk toddler, mereka serap semua info (walaupun kita lihat tiada feedback). One day he/she will simply ‘burst’ it out! ๐Ÿ™‚ In sha Allah.

Makan

Ini salah satu contoh. ๐Ÿ™‚ Aqeel sepatutnya hias kek tu, tapi dia tak hias. Dia makan! ๐Ÿ™‚

The way children learn is different from adults. Let them be children while they are. May Allah help us. ๐Ÿ™‚

Oppss moh kembali ke topik asal! ๐Ÿ™‚

Saya tidak perkenalkan nama huruf, tetapi saya perkenalkan bunyi huruf (guna kaedah phonics), di mana saya lihat dengan cara ini, proses permulaan membaca anak-anak adalah lebih lancar. Allahu’alam, ini pilihan saya. Ibu2 boleh cuba cara yang sesuai dengan anak-anak ye. ๐Ÿ™‚

P dan p mempunyai bentuk yang sama, jadi saya rasa lebih mudah untuk perkenalkan jenis huruf sebegini, berbanding ‘A a’ atau ‘B b’ (huruf besar dan kecil mempunyai huruf yang berlainan).

Moh saya kongsikan ye, biiznillah.. ๐Ÿ™‚

1. Tulis Jurnal.

Saya mulakan dengan jurnalย dia. Saya guna stamp huruf kecil dan besar untuk copkan huruf ‘P p’ย di dalam jurnal, dan tulis huruf P dan pย untuk Aqeelย ‘trace‘.ย Saya dan Aqeelย buat bunyi huruf p sambil Aqeel tulis.

alphabet stamp set

ย Saya suka set stamp ni. Beli kat Toys R Us KLCC masa balik raya hari tu. ๐Ÿ™‚

*Macam mana nak buat bunyi huruf ‘p’? Boleh klik sini untuk lihat videoย (video ini agak terperinci, saya biasa ajar simple je. Good for me to learn too! Saya rasa tengok 1:45 minit pertama pun sudah memadai kot) :)*

belajar huruf p

Aqeel cuba nak tulis ‘p’. ๐Ÿ™‚ Agak susah untuk dia lagi sebab cara pegang pen kadang2 OK, kadang dia masih keliru. ๐Ÿ™‚ On going learning, in sha Allah.

Siap letak penguin kesayangan dia! ‘p’ (bunyi) for penguin!

belajar huruf p

Pastu dia conteng je ikut suka hati dia! ๐Ÿ™‚ Asalkan bahagia anakku.

2.ย Let’s Paint It!

Aktiviti seterusnya, Aqeel warna huruf p dengan menggunakan warna air (he loves to paint!). Nak lagi best, saya tampalkanย cengkerang-cengkerang kecil yang mereka (anak2 saya) kutip di pantai tempoh hari, untuk dia warnakan juga. Bagus untuk latih dan tingkatkan skil motor halus dia. In sha Allah. ๐Ÿ™‚

mewarna huruf p

Hasilnya!!

huruf p

Suka sangat ‘painting‘, bahagian luar ‘p’ pun dia warna jugak. ๐Ÿ™‚

3. P (bunyi) for purple!

Next,ย saya beri satu lagi contoh perkataan bermula dengan p —> purple.

Aqeel seronok guna berus dan jari untuk buat hasil kerja ‘p’ for purple. Art gaya bebas namanya! ๐Ÿ™‚

p for purple

dan yang terakhir, kami buat…

ย 4. Mama and Baby Penguin!!

๐Ÿ™‚

Saya harap, melalui aktivitiย ini, Aqeel dapatย faham konsepย huruf Pย besar dan huruf p kecil. Saya dapat feedback yang bagus daripada Aqeel (Alhamdulillah a good sign), tetapi seperti biasa, I need patience in teaching young children. May Allah help me. ๐Ÿ™‚

Saya tak panggil Pย besar, atau p kecil. Saya panggil, Mama ‘p’ (bunyi) dan Baby ‘p’ (bunyi)! Dia suka sangat! Hihihi.

Kami cuma gunakan:

  • 2 batang aiskrim.
  • kertas hitam (yang keras atau kadbod).
  • warna air (putih dan oren).
  • kertas oren.
  • mata.
  • kertas glitter (permukaan kasar), boleh juga guna kertas pasir atau kertas biasa pun OK je. ๐Ÿ™‚
  • Gunting dan gam.

Saya potong siap-siap ‘badan’ penguin, dan minta Aqeel warnakan bahagian hadapan penguin dengan menggunakan warna air (putih):

warna putih

Saya ada lukis bentuk ovalย menggunakan pensil supaya Aqeel tahu untuk warna di mana. ๐Ÿ™‚

Minta maaf, saya tidak banyak ambil gambar masa kerja tersebut, sebab sibuk bantu Aqeel. Saya cuma boleh tunjukkan hasilnya. Ibu2 bolehlah ubahsuai ikut kesesuaian dengan anak masing-masing ye. ๐Ÿ™‚

Tadddaaaa!! Ini hasilnya..Mama Penguin andย Baby Penguin!

mama and baby penguin

Beak‘ penguin tu ialah bentuk diamond yang saya lipat dua. ๐Ÿ™‚

Kat belakang saya tampal huruf ‘P’ dan ‘p’, menggunakan kertas glitter yang kasar. Tujuannya untuk Aqeel trace guna jari —> seperti konsep montessori. ๐Ÿ™‚

p for penguin

He loves the puppet sticks! Alhamdulillah!

Yeeaaaahh! Itulah cara-cara yang saya cuba untuk perkenalkan Aqeel huruf besar dan kecil serentak. Adakah cara ini berkesan? Hihi. Saya tak tahu lagi. Yang penting,ย I ‘just do it’ and have fun!ย Saya harap dapat bantu dia ingat konsep huruf besar dan kecil. ๐Ÿ™‚ Sekiranya ibu2 ada idea2 atau pengalaman sebelum ini untuk kenalkan anak-anak huruf besar dan kecil, kongsi-kongsilah di sini ya. ๐Ÿ™‚

Selamat mencuba kepada yang berminat! Jazakumullahukhairan. May Allah make easy for us to teach our young ones. ๐Ÿ™‚


Leave a comment

Tea Bags Painting

Assalamualaikum Mothers,

Alhamdulillah, bermula minggu lepas, saya cuba untuk buat aktiviti berdasarkan tema (thematic) dengan anak-anak di rumah. ๐Ÿ™‚ Kami telah selesai tema pertama, iaitu tema yang mereka pilih sendiri – Dinosaur! Masha Allah seronok sangat rupanya bila kita buat aktiviti berdasarkan tema. Daripada tema tersebut, anak-anak boleh belajar macam-macam aspek dan bina pelbagaiย skil – belajar membaca, matematik, sains, art and craft, sensory play, dan banyak lagi! Kita cuma perlu ‘follow the flow‘ – lihat apa yang anak minat, dan di mana tahapย kebolehan dan pemahaman mereka. In sha Allah saya cuba summarize apa yang telah kami buat minggu lepas dalam tema Dinosaur di masa hadapan. Biiznillah…

Dinosaurs in the House

Segala bahan rujukan dan ‘kajian’ anak-anak saya letakkan di ‘Discovery Corner’ ๐Ÿ™‚ Meraka suka sangat main kat sini. Sampai ‘lembik’ dinosaur-dinosaur tu mereka main! ๐Ÿ™‚

Tema seterusnya ialahย – All About Me.

Alhamdulillah, tadi saya mulakan dengan Mr Aqeel. ๐Ÿ™‚ Sesi persekolahan Aleeyah dan Azeem sudah bermula, maka masa agak sedikit untuk mereka ‘explore‘ tema kami yang baru ini, berbanding Aqeel yang masih ada di rumah. ๐Ÿ™‚ Buat masa ini, saya cuma rancang aktiviti untuk Aqeel. Untuk Aleeyah, saya tumpukan kepada membaca dan memahami beberapa potong ayat Al-Quran yang berkaitan dengan penciptaan manusia, yang mana tidak dapat saya kongsikan di post ini kerana lari daripada topik. ๐Ÿ™‚ Untuk Azeem pula, saya beri dia rehat dahulu, untuk dia sesuaikan diri dengan alam persekolahan. Dia baru masuk Year 1 (5 tahun) dan pertama kali naik bas untuk pergi dan balik dari sekolah. Nampak penat sangat. Jadi biarlah dia stabil dahulu. ๐Ÿ™‚ Ya, lain anak, lain pendekatannya kan?

anak balik sekolah

Azeem ‘terpengsan’ lepas balik sekolah. ๐Ÿ™‚

Aktiviti yang saya rancang perlulah bersesuaian dengan umur Aqeel. Maka, saya buat topik ini dahulu – My Five Senses! Hari ini kami mulakan dengan deria BAU atau SMELL.

Salah satu aktiviti yang kami buat ialah –> Tea Bags Painting. Moh saya kongsikan bagaimana kami buat ye..

Tea Bags Painting

Saya gunakan 2 jenis tea bags yang mempunyai bau yang best! Supaya Aqeel dapat belajar bahawa dia menggunakan hidung untuk bau. ๐Ÿ™‚

teh

Seperti biasa, untuk kita buat teh, saya rendam teh-teh ini dengan air panas dalam bekas yang berlainan. Tapi air sikit sahaja, sekadar untuk keluarkan aroma dan warna. Wangi sangat dua-dua teh ni! ๐Ÿ™‚

Lepas dah suam-suam sikit, saya beri Aqeel ‘paint’ dengan tea bags ni!

tea bags painting

Aqeel ‘cop-cop’ uncang teh tu ikut kreativiti dia. ๐Ÿ™‚ Dan masha Allah, bau wangi teh memenuhi ruang! Suka!

Oh ya, sekadar berkongsi. Sekarang, setiap kali anak-anak hendak mewarna menggunakan warna air, atau pun buat aktiviti craft yang agak ‘messy‘, saya beri mereka dulang setiap seorang. Senang nak bersihkan. ๐Ÿ™‚

tea bags painting

Selain daripada bau yang wangi, teh-teh tersebut mengeluarkan warna yang cantik. Jadi dia suka juga! ๐Ÿ™‚ Selain daripada belajar tentang deria bau, saya sertakan pengenalan kepada huruf ‘t’ dan bunyinya ‘ttt’ untuk Aqeel. Maka, sambilย dia cop-cop, saya sebutkan ‘ttt’ for tea bags. Aqeel ikut apa yang saya sebut. ๐Ÿ™‚

Inilah hasilnya! Tadaaaaa

tea bags painting

Ringkas dan mudah sahaja aktiviti ni! ๐Ÿ™‚ In sha Allah dapat membantu anak-anak kecil kita kenal dan faham tentang deria-deria yang mereka ada.ย Dan ya, apabila seseorang kanak-kanak dibenarkan untuk membuat atau menghasilkan sendiri kerja-kerja kreatif mereka, in sha Allah ini dapat membantu mereka membina keyakinan diri. Mereka akan lebih kreatif untuk memilih peralatan (tools) untuk hasilkan sesuatu kerja kreatif dan berani untuk menghasilkan sesuatu daripada pemikiran mereka (tidak bergantung kepada idea dan teknik yang diajar oleh orang dewasa). In sha Allah. We just do whatever we can, and give whatever we can. The rest is with Allah, the One Who guides, and knows the unseen and seen. ๐Ÿ™‚

Selamat mencuba kepada yang berminat! ๐Ÿ™‚

Jazakumullahukhairan.


Leave a comment

‘Mr. Spidey on the Web’

Assalamualaikum Mothers.. ๐Ÿ™‚

Yesterday, the kids made ‘Mr Spidey on the Web‘! ๐Ÿ™‚ Bagus untuk latih kekuatan jari mereka (tingkatkan skil motor halus), in sha Allah. ๐Ÿ™‚ Kami dapat idea lepas tengok gambar ni (terima kasih Mr Google!), dan modified sikit untuk jadi versi kami. ๐Ÿ™‚

Idea

Moh saya kongsi bagaimana kami buat ya.. ๐Ÿ™‚

Ini adalah bahan-bahan yang kami gunakan:

1. Glitter paper (untuk badan labah-labah). Guna kertas keras biasa pun OK sahaja, atau boleh juga guna paper cup. (Ikut kreativiti masing-masing) ๐Ÿ™‚

2. Yarn.

3. Pinggan kertas (paper plate).

4. Penebuk lubang (satu lubang).

5. Hmm.. saya pun tatau apa namanya, tetapi sekiranya ibu-ibu boleh lihat digambar, kami gunakan bahan yang seperti bentuk ‘L’ tu. ๐Ÿ™‚

6. ‘Mata’. Kalau takde ‘mata’ ni pun takpe. Boleh lukis mata atas kertas putih dan tampal.

Bahan bahan

Okes, bahan-bahan dah ada, jom kita buat!

Mula-mula tebuk beberapa lubang di sekeliling pinggan. Terpulang banyak mana nak buat. Saya tebuk sikit lubang untuk Aqeel, supaya dia tak stress sangat nanti hendak siapkan ‘web‘ dia.

tebuk lubang

Dan yeahhhh, boleh mula buat sarang labah-labah! Matikan benang di satu hujung dan anak-anak boleh mula ‘menyulam’ guna yarn. Bagus aktiviti ini untuk melatih kesabaran anak-anak. ๐Ÿ™‚ Dan in sha Allah, kekuatan jari mereka juga. ๐Ÿ™‚

sulam

ย 

sulam

Untuk Aqeel, saya beri ‘string‘ yang lain, supaya dia mudah untuk masukkan ke dalam lubang-lubang tersebut. Tapi selepas habis ‘sulam’ guna string ini, dia mahu letak yarn jugak. Layankan aje.. ๐Ÿ™‚

Yeaaayy! Sarang labah-labah dah siap! Alhamdulillah! ๐Ÿ™‚

hasil sulaman

Seterusnya, moh buat Mr. Spidey! Saya cuma potong glitter paper (kami guna warna hitam) untuk buat bentuk ala-ala oval. Kemudian letakkan dua biji ‘mata’ dan 3 pasang kaki. ๐Ÿ™‚

mata

Ambil ‘mata’! ๐Ÿ™‚ Saya memangย simpan stok beberapa bahan untuk buat art and craft di rumah, supaya senang bila nak buat. Idea anak-anak ni selalu datang tiba-tiba! TabarakAllah!

kaki spidey

Tampalkan kaki Mr. Spidey dibahagian bawah, menggunakan bahan yang saya tak tau namanya tu.. ๐Ÿ™‚

Taddaaaaa… Mr Spidey is now on itsย web! ๐Ÿ™‚

Mr Spidey on the Web

Selepas itu, Aleeyah kata dia mahu buat ‘web‘ yang lebih ‘cool‘ untuk labah-labah dia. Maka dia hias sket..

labah labah cool

Dah siap sarang warna-warni, siap dengan ‘throne‘ untuk labah-labah dia. ๐Ÿ™‚

Inilah hasil terakhir untuk semua. ๐Ÿ™‚ Anak-anak kata mereka tak nak gam labah-labah ni atas web, sebab nak main katanya. Yeaah, you decide! ๐Ÿ™‚

Mr Spidey on the Web

Aqeel pun ada tambah ‘bulat-bulat’ sikit, nak hias jugak macam kakak dia. ๐Ÿ™‚

Mudah je kan? Selamat mencuba untuk yang berminat! May Allah give us strength for these last days of Ramadhan. ๐Ÿ™‚ Jazakumullahukhairan.

Note: (13th Aug 2014): Opps, beberapa hari lepas, baru saya perasan labah2 sebenarnya ada 8 kaki! Hihi! Maka saya beritahu kepada anak2 saya. And we plan to add the other 2 legs when we are back in Dubai, in sha Allah ๐Ÿ™‚ Better get the facts right, because kids absorb information and facts fast!


Leave a comment

Belajar Letter Sounds (Phase 3): Mr. Azrul’s Word Family

Assalamualaikum Mothers,

Semalam Alhamdulillah, saya ada kongsikan satu cara untuk tarik anak kedua saya, Azeem (4 tahun) untuk membaca. Dalam post ini, in sha Allah saya kongsikan satu cara untuk saya tarik dia belajar ‘bunyi’ phonemesย (seperti ‘ai‘, ‘ay‘) Phase 3 yang perlu dia revise sebelum masuk Year 1.

Seperti yang telah saya kongsikan, sedikit mencabar hendak ajar Azeem language art. The normal worksheet sometimes works, sometimes does not work forย him. ๐Ÿ™‚ Dia tak berapa gemar duduk diam untuk menulis atau membaca atas meja. ๐Ÿ™‚

Jadi, saya buat ini untuk ajar dia. Nampak dia suka, dan Alhamdulillah semua anak-anak participate sekali! Dapat ajar mereka untuk ‘work together’ in sha Allah. Moh saya kongsikan ya. ๐Ÿ™‚

1. Mula2 saya ambil kad manila dan lipat dua. Kad manila biasa je.

2. Kemudian saya potong sikit untuk jadi bentuk rumah.

3. Maka ‘rumah’ ada 2 bahagian – bahagian luar, dan bahagian dalam. Potong 2 keping kertas untuk jadi ‘tingkap’ dan satu keping untuk jadi ‘pintu’.

House

Tada, jadi bahagian luar rumah. ๐Ÿ™‚

4. Seterusnya, untuk bahagian ‘dalam’ rumah saya lukis macam rumah betul. Hehehe. Seronok dan excited anak-anak saya masa tu. Suka sangat diorang duk komen lukisan saya. Saya tak reti sangat lukis. Main lukis je, untuk seronok-seronok. ๐Ÿ™‚ (Minta maaf gambar masa melukis tiada, sebab sibuk melukis)

5. Semangatlah anak-anak hendak mewarna bahagian dalam rumah ni. Sambil bercerita-cerita imaginasi mereka. Termasuk Aqeel! ๐Ÿ™‚

mewarna

Aqeel la yang conteng atas tu! ๐Ÿ™‚

aqeel mewarna

Hasil Aqeel mewarna! ๐Ÿ™‚ Mula-mula kakak dan abang tak puas hati sebab diorang kata comot. Dan seperti biasa, saya terangkan bahawa itulah cara Aqeel mewarna. Lama-lama mereka terima. ๐Ÿ™‚ Yang penting mereka ‘berjemaah’ buat kerja.

6. Bila bahagian dalam dah siap, Aleeyah tuliskan tajuk di atas bumbung rumah. Saya tanya mereka nak namakan apa keluarga ni, dan mereka kata nak namakan ‘Azrul’s family‘ (abah dia le..) ๐Ÿ˜› Jadi ikut saja. ๐Ÿ™‚

tulis

7. Hari berikutnya, Azeem tampal beberapa ‘ahli keluarga’ yang ada dibadannya bunyi ‘ai’ dan ‘a’. ๐Ÿ™‚ Saya sediakan juga satu beg untuk setiap ‘ahli keluarga’ tersebut, supaya dia dapat lukis perkataan-perkataan yang dia baca. Boleh carik macam-macam resources di link ini: www.sparklebox.co.uk.ย Gambar ‘ahli keluarga’ ini saya dapat daripada link tersebut. ๐Ÿ™‚

a

Azeem letak budak lelaki di dalam bilik tidur.

ai

‘Mr Azrul’ dalam dapur! Hihi, mungkin sebab abah mereka memang suka memasak! ๐Ÿ™‚

lukis

Selepas saya bunyikan ‘ai‘, saya mintak dia eja ketiga-tiga perkataan yang ada di situ – rain, pain, train. Alhamdulillah dia dapat eja. Kemudian minta dia lukis atas beg. ๐Ÿ™‚

a lukis

Ini pula dia lukis alien! ๐Ÿ™‚

Yeaayyy! Itulah aktiviti yang saya buat bersama-sama anak-anak di rumah untuk tarik perhatian Azeem belajar ‘letter sound‘. Alhamdulillah dia suka. Mungkin dia tak sedar dia tengah belajar. ๐Ÿ™‚ In sha Allah perlahan-lahan akan ditambah ‘ahli keluarga’ rumah ini, apabila dia dah kuasai sesuatu bunyi. Flash card biasa macam tak menarik perhatian dia.

Beberapa jam selepas itu, semasa dia sedang bermain, saya saja tanya dia,

How do we spellai‘?”

Alhamdulillah dia dapat beritahu jawapan yang betul. ๐Ÿ™‚

Inilah rumah Mr. Azrul’s Word Family! ๐Ÿ˜› Dah ada 2 orang ahli! ๐Ÿ™‚

mr azrul's word family

interior

Sekian sahaja perkongsian kali ini! May Allah grant us health and energy to continue our Ramadhan journey.. ๐Ÿ™‚

Jazakumullahukhairan.


Leave a comment

Playdate: Decorating Cupcakes

Assalamualaikum w.b.t Mothers! ๐Ÿ™‚

Alhamdulillah, sebelum Ramadhan bermula, kawan-kawan dan saya dapat buat beberapa sesi ‘play date‘ untuk anak-anak kami. ๐Ÿ™‚ Kami mula cuma berdua, dan sekarang dah berempat! Lagi best dan lagi meriah! Anak-anak kami berusia di antara 1 (hampir berusia 2 tahun) hingga 3 tahun, jadi semuanya masih toddler.

Main bersama

Play date kami cuma sekali seminggu, dan kami pilih hari Rabu. Kami bergilir-gilir jadi ‘host’ play date di rumah masing-masing. Kami cuma buat beberapa aktiviti ringkas dalam setiap sesi, yang mana kami cuba untuk cari aktiviti yang sesuai dengan kebolehan anak-anak kami.

Dan subhanAllah, Alhamdulillah sayaย dapat lihat perlahan-lahan beberapa perubahan positif dalam dalam diri semua kanak-kanak comel ni. ๐Ÿ™‚ Yang paling ketara saya lihat ialah – kebolehan bersosial!

Pada sesi pertama play date, selepas aktiviti, kami biarkan anak-anak untuk bermain. Dan subhanAllah, masing-masing main sendiri! Hahaha! Tak reti nak berkawan! Dan Alhamdulillah, lepas beberapa sesi, kami nampak mereka mula main bersama! Agaknya kalau lagi kerap, in sha Allah dapat bantu skil komunikasi, bersosial dan keyakinan diri masing-masing. Biiznillah.

Playing Together

ย Saya lihat, apabila kanak-kanak bergaul, mereka dapat tingkatkan penguasaan bahasa, kerana mereka belajar perkataan-perkataan baru daripada kawan masing-masing. In sha Allah. Ni dah boleh lompat-lompat sama-sama, maknanya dah OK la tu. ๐Ÿ™‚

Decorating Cupcakes!

Kami selalunya plan aktiviti secara spontan saja, ikut ‘flow’. Kebetulan, Alhamdulillah, saya buat cupcakes untuk party di sekolah Aleeyah dan Azeem. Maka, saya buat lebih untuk Aqeel dan kawan-kawan. Senang.

Cupcakes for Parties

Kek untuk Aleeyah dan Azeem. First time letak frosting atas kek! Alhamdulillah ada kawan-kawan yang rajin buat kek, jadi beri semangat sikit nak buat kek sendiri. ๐Ÿ˜›

Ketika itu giliran play date di rumah kawan Aqeel, Iman. ๐Ÿ™‚ Jadi sebelum pergi saya sediakan sedikit bahan untuk bawa ke sana.

Preparation

OK, Saya kongsikan ya apa yang kami buat di sesi play date kami. ๐Ÿ™‚

1. Play Time

Saya lihat, toddler ambil masa untuk ‘warm-up‘. Jadi, apabila kami sampai, kami beri anak-anak main terlebih dahulu. Cuma untuk ‘break the ice’. Tapi tak boleh lama sangat, nanti mereka tak nak join aktiviti pulak! ๐Ÿ™‚ Dan dalam masa yang sama, kami dapat sediakan bahan-bahan untuk aktiviti mereka, di samping mak-mak nak ‘warm-up‘ jugak – borak kejap! ๐Ÿ˜›

Playing Together 3

Kalau budak-budak lelaki, main kereta la kan? ๐Ÿ™‚

Sebelum kami teruskan dengan aktiviti, kami tutup TV supaya anak-anak dapat fokus. ๐Ÿ™‚

2. Baca Buku

Saya percaya, minat membaca perlu dipupuk sejak daripada kecil, maka dalam sesi play date, saya cuba mulakan aktiviti dengan bacakan mereka buku. Selain daripada menambah pengetahuan dan perkataan-perkataan baru, saya lihat, aktiviti membaca sebenarnya dapat meningkatkan skil setiap kanak-kanak untuk mendengar. Duduk dan dengar. Bukan mudah ya untuk toddler!

Pada mulanya, saya agak blur buku jenis apa yang perlu dibacakan, sebab saya belum kenal dengan rapat setiap anak kawan. Setiap kanak-kanak lain, dan minat mereka juga lain. Kebolehan dan ketahanan setiap kanak-kanak untuk duduk dan dengar juga lain-lain. Dalam beberapa sesi, saya lihat, ramai yang tak dapat ‘tahan’ untuk duduk dan dengar. Hihihi. Saya cuba pelbagai buku, dan saya lihat jenis buku terakhir yang saya bawa adalah sesuai untuk kesemua mereka:

Book

Buku yang sangat ringkas, gambar yang jelas, boleh tekan-tekan untuk hasilkan bunyi dan berkait dengan haiwan! Kebanyakan kanak-kanak memang suka haiwan! Cuma masalahnya, Aqeel tak berapa ‘sporting‘ nak share buku dia hari tu. Sebab buku ini adalah di antara buku kegemaran dia. Jadi, tak lama kawan-kawan dia dapat ‘explore’ buku tersebut. Tapi takpe, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya dapat gambaran buku apa yang mereka suka. Dan saya juga perlu ajar Aqeel untuk perlahan-lahan berkongsi dengan kawan-kawan. May Allah help me.

Selain itu, kami baca buku ini juga:

Kitten

Buku ini ialah ‘sensory book‘ iaitu pada setiap mukasurat, terdapat ‘bahagian’ yang boleh kanak-kanak sentuh dan rasa. Toddler sangat tertarik dengan sesuatu yang mereka dapat rasa dengan tangan atau jari (dan makan! :), so Alhamdulillah this book worked for them!

sentuh dan rasa

Boleh pegang ‘bulu’ kucing. ๐Ÿ™‚

Sebelum ini, di antara buku yang sayaย bacakan kepada kumpulan play date anak-anak comel ini ialah:

WTLH

Buku

They are actually good books! ย Tapi mungkin cerita dalam buku-buku ini agak panjang untuk mereka. Jadi mereka tak dapat nak tunggu sampai habis cerita! Atauย mungkin cara saya bacakan agak bosan kot. Hihihi. Penting sebenarnya cara kita bacakan untuk tarikย minat mereka. Setiap kanak-kanak lain penerimaan atau cara yang mereka suka. Mungkin anak-anak saya suka cara saya baca, tetapi kanak-kanak lain tak suka! Hahaha. Jadi saya kena terima kenyataan dan consider semua faktor sertaย cari jalan untuk tarik perhatian semua kanak-kanak tu… May Allah show us the way..

Jadi lepas ni, in sha Allah, saya cuba bacakan buku-buku yangย ringkas dan ‘toddler-friendly‘ (ada bunyi atau boleh disentuh). Apabila kebolehan mereka untuk duduk dan dengar sudah meningkat, in sha Allah mereka boleh terima buku yang mempunyai cerita yang lebih panjang. Dan mudah-mudahan kami dapat sampai ke tahap anak-anak dapat berinteraksi secara aktif dalam setiap sesi membaca. May Allah help us..

3. Perkenalkan bunyi huruf – ‘c’

Kebetulan anak-anak comel tersebut hendak decorate cupcakes, saya sediakan setiap seorang worksheet, untuk perkenalkan bunyi ‘c’ (bunyi secara phonics, bukan nama huruf). Dan buat aktiviti ringkas, untuk kenalpasti huruf ‘c’.

Introducing Letter and Sound

Dan saya tulis nama setiap kanak-kanak pada setiap worksheet supaya mereka dapat mula kenal nama mereka. ๐Ÿ™‚

4. Decorating Time!

Yeaahh, next is the decorating time! Kek dah buat siap-siap, dan kami cuma guna ready-made frosting ๐Ÿ˜› Nak senang punya pasal. Hihihi. In sha Allah bila ada banyak masa, dan anak-anak sudah boleh fokus, mungkin boleh cuba buat kek dari ‘zero’. Biiznillah..

Before

Cupcakes sebelum letak frosting.

ย Frosting.

Iman sedang decorate cupcakes dia. ๐Ÿ™‚

Decorate

Kreatif iman, siap letak cococrunch. ๐Ÿ™‚

The Youngest Chef

Zhariff (yet to be 2) sedang fokus!

Saya perhatikan, Zhariff sangat suka buat aktiviti baking-mem’baking‘ ni. Sebelum ni kami buat pizza (in sha Allah saya kongsikan kemudian ya), dan saya lihat Zhariff memang tahu fungsi beberapa peralatan memasak! Tak pelik sangat sebab ibuย Zhariff rajin masak. Jadi, pasti dia belajar daripada pemerhatian dan selalu diberi peluang oleh ibu untuk ‘participate’. SubhanAllah, how much the role of a mum or dad is important in raising and instilling interest in the kids!

Aqeel pula,

Makan

Makan!!! Hahahaha. Saya lihat dia tak berapa minat buat aktiviti ‘baking‘. Mungkin kerana saya pun jarang ‘baking‘ di rumah. Hahaha! In sha Allah lepas ni nak cuba buat banyak lagi la.. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah dia ada cuba decorate sikit-sikit. ๐Ÿ˜›

Ini hasil cupcakes yang dibuat oleh anak-anak comel ๐Ÿ™‚

After

5. Artworks

Selepas buat cupcakes yang sebenar, kami beri peluang pula untuk mereka meng’express‘ diri melalui artworks. ๐Ÿ™‚ Dengan menggunakan kertas cupcakes, mereka cuma gamkan kertas yang dikonyokkan dan tampal seperti ianya adalah kek. Kemudian hias dengan glittering glue, yang kelihatan seperti frosting. ๐Ÿ™‚

Decorating Artwork 2

Bagus untuk menguatkan jari-jari kecil mereka.

Decorating Artwork

Dan masha Allah, seperti yang saya jangka, ‘Chef Zhariff’ memang tertarik untuk buat aktiviti sebegini! ๐Ÿ™‚ Dan inilah hasilย dekorasi cupcakes oleh semua!

Cupcake Artwork

Alhamdulillah! Ringkas, murah dan mudah sahaja aktiviti play date kami. Menggunakan apa sahaja bahan yang ada. Humairah (seorang lagi ahli kumpulan) tiada hari tu, dah balik Malaysia. In sha Allah lepas raya berjumpa semula.. ๐Ÿ™‚

Dan selalunya sesi play date kami diakhiri dengan…

Makanan Malaysia

Gambar makanan dalam sesi sebelum ini.

MAKAN! Hihihi, inilah peluang kami nak makan makanan Malaysia bersama-sama di perantauan. ๐Ÿ™‚ย Bersyukur dapat kawan-kawan yang pandai dan suka masak! ๐Ÿ™‚ Kami masak sendiri ja. Jimat dan sedap. In sha Allah ๐Ÿ™‚

Kemudian, masing-masing bertolak untuk laksanakan tugas seterusnya – jemput atau tunggu anak-anak yang lain pulang daripada sekolah! ๐Ÿ™‚

Bawak Balik

Home time! Bekas pavlova yang di bawa oleh ibu Zhariff dah berganti dengan cupcakes buatan Zhariff. Hihi. ๐Ÿ™‚

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga dapat beri idea kepada ibu-ibu yang sedang mencari-cari. ๐Ÿ™‚

Jazakumullahukhairan and wish you a happy Ramadhan! ๐Ÿ™‚


Leave a comment

Seronok Belajar/Bermain Guna Pengepit Baju!

Assalamualaikum Mothers! ๐Ÿ™‚

Baru-baru ni, saya beli pengepit baju kayu. Cadangnya, nak gantung huruf-huruf untuk Aqeel belajar. Walaubagaimanapun, nampaknya plan tersebut telah bertukar, apabila anak-anak saya ada idea mereka sendiri untuk gunakan pengepit baju tersebut. ๐Ÿ™‚ Dan Alhamdulillah, saya pun tambah sedikit dengan idea saya, untuk buat aktiviti bersama Aqeel (2 tahun).

Ni lah aktiviti-aktiviti yang kami buat menggunakan pengepit baju. Mudah, murah dah banyak faedahnya. ๐Ÿ™‚ In sha Allah.

1. Bina Membina.

Saya lihat, sambil mereka lepak-lepak bertiga di ‘mini-school’ kami di rumah (tempat favourite mereka), Aleeyah dan Azeem mula ambil pengepit-pengepit baju yang saya letakkan di dalam sebuah kotak dan bina kapal terbang. ๐Ÿ™‚

Nampak ringkas sahaja, tetapi mereka sangat suka main dengan kapal terbang ni! (Tak perlu beli kapal terbang mahal rupanya. Serpihan kotak dan pengepit baju pun boleh buat mereka gembira!) ๐Ÿ™‚

Kapal Terbang

*Menarik*

Ibu-ibu boleh perhatikan, anak-anak saya tulis ‘airoplane’ atas kapal terbang tu. Semangat mereka tulis pakai glitter. Kalau dulu, pasti saya cuba betulkan ejaan mereka tu. Tapi sekarang, tidak lagi. ๐Ÿ™‚

Sekiranya saya cuba untuk betulkan ejaan, selalunya mereka akan jadi frust dan rasa sedih kerana buat silap. Ini dapat merendahkan keyakinan diri mereka, dan membantutkan keseronokan dan idea mereka untuk bina lebih banyak benda secara kreatif. Dan sebenarnya mereka tulis berdasarkan ‘logik’ bunyi phonics yang mereka belajar, iaitu ‘ai’ bunyinya ‘ay’. SubhanAllah, pada saya, it is a good milestone, sebab mereka cuba untuk aplikasikan pengetahuan phonics dalam kehidupan seharian. Jadi, saya tidak betulkan, dan biar je. In sha Allah, ejaan ni boleh diperbetulkan dalam sesi yang lain, iaitu sesi mengeja. There is no need to be hastyย ๐Ÿ™‚ Saya cuba perlahan-lahan ubah cara daripada mahukan ‘perfection‘ kepada menghormati perkembangan pemikiran mereka. May Allah help me.

Dan Aqeel pun sama semangat nak bina sesuatu. Oleh kerana dia tak dapat nak bina kapal terbang, saya lihat dia cuba bina ‘Burj Khalifa’. ๐Ÿ™‚ Tak sempat nak ambil gambar pula sebab ‘Burj Khalifa’ dia tumbang. ๐Ÿ™‚ Kemudian,ย tiba-tiba dia ‘bina’ lollipop pulak! Hihihi. Good idea! Masha Allah!

Lollipop

Lollipop! Kata Aqeel.. ๐Ÿ™‚

Lollipop2

Banyak lollipop Aqeel buat! ๐Ÿ™‚

And Masha Allah, it was amazing to see, how a child came out with an idea, based on his capability. Dia tak dapat nak bina kapal terbang macam kakak dan abang dia, jadi dia buat lollipop! Hehehe.ย Saya harap tiada salah faham, saya bukan cuba nak kata anak saya pandai. Apa yang saya nak sampaikan ialah, berdasarkan pemerhatian, saya lihat, setiap kanak-kanak memang ada kebolehan semulajadi macam ni, iaitu mereka boleh jadi kreatif dan cari penyelesaian, secara semulajadi. SubhanAllah! How is Great is Allah! Cuma, sebagai orang dewasa (ibubapa/guru), kita cuma perlu hormati idea mereka. Dan tidak boleh bandingkan cara pemikiran kita dengan mereka dengan memperkecilkan idea mereka. Nanti mereka sedih dan tak nak buat dah. Dan sebenarnya tanpa kita sedari, ini mungkin terbawa-bawa sehingga dewasa, iaitu boleh ‘melahirkan’ seseorang yang takut untuk mengambil risiko menghasilkan sesuatu yang baru atau mencuba sesuatu kerana takut gagal atau takut buat silap. Wallahu’alam. Allah knows the best.

2. Painting

Kami warnakan pengepit baju tersebut. Anak-anak kecil memang suka kalau dapat warnakan sesuatu guna warna air! Kasi can.. ๐Ÿ™‚

Mewarna

Warna Pengepit 2

3. Motor Skill Activity.

Masha Allah, masa saya perhatikan mereka main, saya perasan bahawa bermain dengan pengepit baju ni bagus untuk bina kekuatan jari Aqeel. Pada mulanya, bukan senang dia nak tekan dan letakkan pengepit tersebut di tempat-tempat yang dia mahukan. Daripada situ, Alhamdulillah, tercetus idea untuk buat kotak pengepit baju untuk Aqeel. Supaya dia dapat praktis.

Saya gunakan kotak terpakai, balut dengan kertas putih dan warnakan dengan beberapa warna. Satu ‘side’ satu warna.

Mula-mula saya beri Aqeel pengepit baju yang besar. Alhamdulillah,ย nampaknyaย dia dah boleh letakkan sendiri.

Pengepit Baju 3

Kemudian, saya beri pengepit baju kecil pula. Sedikit ‘tricky’ dan mencabar untuk dia.. Jadi, dia cuma perlu praktis lagi lepas ni. In sha Allah lama-lama jadi senang bila jari dah kuat sikit. ๐Ÿ™‚

Pengepit Baju 4

4. Belajar ‘Matching‘ dan Warna

Selain daripada untuk bantu kuatkan jari Aqeel, saya cuba untuk perkenalkan warna kepada Aqeel. Ada 2 skop yang saya cuba ajar:

Pertama ialah untuk dia padankan warna pengepit dengan ‘side‘ kotak yang mempunyai warna yang sama (pengepit biru pada side warna biru, pengepit kuning pada side warna kuning), dan

Kedua untuk dia tahu nama warna tersebut (saya sebut green, blue, yellow). Aqeel masih sebut warna ikut suka hati dia. Hihihi. ๐Ÿ™‚

Pengepit Baju 1

Aktiviti ‘matching‘ ni dapat bantu toddler untuk tingkatkan skil berfikir mereka, dengan izin Allah. Macam-macam boleh buat sebenarnya. Saya buat yang termudah je dulu – warnakan je. Hihihi. ๐Ÿ™‚

Seronok juga rupanya buat aktiviti macam ni. Aqeel suka main! Dan subhanAllah, dia fokus untuk buat. Lama juga dia main dengan kotak ni.

Yeaaahh! Itulah aktiviti-aktiviti yang sempat kami buat guna pengepit baju. Mudah, seronok dan murah! ๐Ÿ™‚ Ibu-ibu bolehlah ‘explore‘ macam-macam lagi dengan anak-anak untuk bermain dan belajar dengan pengepit baju. Dan saya alu-alukan untuk ibu-ibu kongsikan idea atau pengalaman di sini ya. ๐Ÿ™‚

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Jazakumullahukhairan! ๐Ÿ™‚ May Allah make easy for us to play and learn together with our kids..