A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


1 Comment

10 Tips Memilih Buku untuk Anak Berusia 6 tahun ke Bawah

Assalamualaikum Mothers,

Beberapa tahun sebelum ini, setiap kali saya masuk ke kedai buku untuk belikan buku anak-anak, saya pasti keliru…

“Buku apalah nak beli untuk anak?”

“Dia suka ke buku ni?”

“Sesuai ke buku ni untuk umur dia?”

“Buku ni boleh pakai sekejap atau lama?”

10 Tips Memilih Buku untuk Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun ke Bawah

Alhamdulillah, dengan izin Allah, setelah menjadikan aktiviti membaca bersama anak-anak sebagai satu rutin kami sekeluarga, saya dapat sedikit sebanyak ‘agak’ buku apa yang sesuai untuk dibacakan kepada kanak-kanak berusi 6 tahun ke bawah. In sha Allah saya akan kongsikan bagaimana saya pilih buku anak-anak dengan ibu-ibu yang saya hormati sekalian ye.. 🙂

Oppss, bagus juga untuk saya ‘mention‘, ini adalah buku-buku yang kita bacakan kepada mereka (sekiranya anak-anak tidak dapat membaca lagi). Dan juga sesuai untuk anak-anak yang sudah boleh membaca.

Secara Ringkas tentang Faedah Membaca kepada Anak-Anak.

Lebih awal kita perkenalkan buku kepada anak-anak lebih baik. Apa faedahnya? Di sini saya kongsikan 2 link yang beri penerangan ringkas tentang faedah membaca bersama anak-anak dan faedah anak-anak kita dapat membaca di awal usia. Anak-anak yang biasa membaca bersama ibubapa in sha Allah akan mudah belajar membaca. Tapi jangan stress ye kalau anak tak membaca lagi. Perlahan-lahan, we start from the beginning. In sha Allah.

5 Hidden Benefits of Reading for Kids

Benefits of Early Reading 

Ada banyak lagi faedah-faedah yang dikongsikan oleh guru, ibu bapa dan pengkaji di dalam internet dan buku-buku. Dan in sha Allah, apabila kita cuba sendiri, kita akan dapat rasai dan lihat faedah tersebut dalam diri anak-anak. Tetapi seperti biasa, kita tidak boleh terus mengharapkan hasil dalam sebulan dua. It took me 4 years to see the result in Aleeyah (untuk mula membaca). Tapi bukan lagi result sebenar. Saya rasa hasil sebenar mungkin 20 tahun akan datang. Allahu’alam 🙂 I don’t know. Bagi saya yang lebih penting ialah saya cuba untuk melaksanakan apa yang saya mampu buat kepada anak-anak saya. The reward is from Allah! In sha Allah!

Aqeel Baca2

1. Material/Bahan.

Apabila seorang kanak-kanak baru diperkenalkan dengan buku, dia tak tahu apa itu buku. Saya lihat, sifat semulajadi seseorang kanak-kanak ialah, dia akan ‘explore‘ barang-barang baru yang dia temui. Salah satu cara dia ‘explore‘ ialah dengan menggigit, menghisap atau mengoyak! 🙂 Hihihi. Lama kelamaan, daripada pemerhatian dan praktis berterusan, serta peningkatan kematangan, in sha Allah seseorang kanak-kanak dapat faham fungsi sebuah buku –> untuk dibaca, bukan untuk dimakan atau dikoyakkan. 🙂

Maka, saya rasa saya tidak perlu sekat ‘minat’ anak-anak terhadap buku cuma kerana dia suka gigit buku atau koyakkan buku. 🙂 Memang sedih kalau dia koyakkan buku, terutama bila buku itu mahal! Hihihi. Jadi apa yang boleh saya buat ialah –> pilih bahan yang sesuai dengan ‘tindakbalas’ anak-anak.

Alhamdulillah, sekarang, buku bukan sahaja dibuat daripada satu jenis bahan – kertas, tetapi sudah dipelbagaikan untuk disesuaikan dengan umur anak-anak. Sekiranya ibu2 lihat anak-anak di dalam fasa ‘makan’ buku (hehehe), bolehlah beli buku jenis kain. Atau sekiranya ibu2 nak anak-anak main air sambil ‘baca’ buku, boleh lah belikan mereka buku yang menggunakan material plastik. Maka, kita boleh terus pupuk minat anak terhadap buku –> baca sambil makan! 🙂

buku kain

Buku kain ni anak-anak sangat suka masa mereka kecil sebab boleh tarik-tarik, gigit, main dan sebagainya. Bila kotor, boleh basuh. 🙂

Tahap seterusnya, anak-anak mungkin sudah kurang makan buku :), tapi nak mengoyak pula! Buku yang sesuai untuk fasa ini ialah yang jenis kadbod atau kertas keras. Maka, kuranglah potensi dia untuk koyakkan buku tersebut. Tapi, bak kata orang tua-tua, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Aqeel dapat jugak koyakkan buku kadbod yang saya belikan untuk dia! Hihi. Takpe lah, sekurang-kurangnya mengurangkan kebarangkalian buku rosak sejurus selepas beli. 🙂

Sekiranya anak-anak ibu2 di dalam fasa koyak mengoyak, saya syorkan supaya ibu-ibu elakkan beli buku ‘flip-flap’ buat sementara waktu. Tapi, tak dinafikan, kanak-kanak sangat suka baca buku flip-flap. Mungkin kerana mereka mungkin sifat ingin tahu yang tinggi, maka benda-benda tersorok memang mereka suka nak explore! Dan sangat bagus sebenarnya buku sebegini.

buku flip flap

 Contoh buku flip-flap. 🙂

Alternatifnya (kalau nampak anak memang sangat suka buku flip-flap), ibu2 boleh juga pastikan buku tersebut dibaca semasa ibu2 ada bersama. Atau pilih buku jenis kain atau plastik. Saya lihat, anak-anak saya, semasa mereka di fasa ‘aktif mengoyak’, memang sangat ‘geram’ dengan flip-flap tersebut. Memang pantang lepa, hilanglah segala flip-flap! 🙂

Sekiranya anak-anak ibu2 yang saya hormati dah melepasi fasa makan buku, koyak buku dan sebagainya (hehehe), boleh lah terus beli buku jenis kertas yang biasa kita gunakan.

Dan sebenarnya, anak-anak kecil dalam fasa ‘makan dan koyak’ boleh juga diperkenalkan dengan buku kertas biasa. Bagus sebenarnya untuk dia belajar selak buku tersebut (kuatkan jari) dan bina asas membaca. Dan lama-kelamaan, melalui pemerhatian, dia akan faham bagaimana hendak ‘menggunakan’ buku apabila dia lihat cara kita membaca. Cuma, untuk mengurangkan risiko dikoyakkan (sedih kalau buku yang bagus dikoyakkan 😦 ), saya selalu berada di samping anak apabila saya beri dia buku jenis kertas.

2. Banyak Gambar, Kurang Perkataan.

Saya suka pilih buku yang mempunyai gambar yang banyak, ayat ringkas. Terutamanya di tahap awal perkenalkan buku kepada anak. In sha Allah dalam point no 3, saya akan elaborate further. Ada 4 kebaikan kita baca buku bergambar untuk kanak-kanak:

  • Gambar menarik perhatian anak-anak untuk baca buku. Buku yang penuh tulisan tidak menarik perhatian kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah, kecuali anak tersebut sudah boleh membaca dengan lancar. Walaubagaimanapun, saya lihat, Aleeyah walaupun sudah mula membaca novel ringkas, dia tetap suka baca buku bergambar.
  • Gambar itu sendiri dapat menceritakan jalan cerita buku tersebut. Kebolehan untuk faham gambar di dalam buku dan boleh untuk menceritakan kembali menggunakan ayat-ayat sendiri adalah salah satu kebolehan asas untuk anak mula membaca dengan kefahaman (bukan membaca tanpa kefahaman).

Buku

  • Senang untuk kita bacakan! Hihihi! Penat juga nak bacakan buku yang banyak ayat. Hahaha!
  • Boleh kembangkan idea dan membolehkan sesi diskusi dengan anak-anak. Saya lihat anak-anak saya suka beri pendapat tentang gambar-gambar yang mereka lihat dalam setiap buku yang kami baca. Sesetengah penulis/pelukis buku kanak-kanak memang sengaja melukis gambar yang tidak diceritakan di dalam buku, tetapi membolehkan anak-anak buat cerita sendiri. Contohnya ialah buku di bawah. Buku ini ceritakan tentang musang (fox). Tajuk buku ialah Fox’s Socks. Tetapi dalam masa yang sama ada tikus yang sering ada dalam setiap gambar. Saya tak perasan tikus tu pun, sebab tumpu pada musang. Tapi apabila saya bacakan, Aleeyah cakap pada saya, “Mama, look. The mouse takes the flower and wear it on it’s head!” MashaAllah, rupanya dia perasan benda yang saya tak perasan. Mungkin penulis tu memang sengaja buat begitu.. Ini adalah buku hasil tulisan Julia Donaldson dan Axel Scheffler.

Fox's Socks

Sebaiknya, pilih buku yang mempunyai gambar yang jelas, seperti buku Dora di atas, atau buku di atas ini. Buku yang mempunyai gambar terlalu ‘serabut’ tidak dapat menyampaikan jalan cerita kepada anak-anak. Ada juga buku yang beri pendedahan ‘art‘ awal kepada anak-anak seperti buku Eric Carle. Tetapi ia tetap mengekalkan konsep gambar jelas dan ringkas. Sesuai untuk kanak-kanak.

htt

Buku kanak-kanak yang bagus selalunya mempunyai ilustrasi yang dapat mengambarkan cerita yang hendak disampaikan.

3. Kebolehan Anak untuk Fokus.

OK. Ini saya kongsikan berdasarkan pemerhatian saya ya. Saya perhatikan, semakin kerap anak-anak saya membaca bersama saya, semakin meningkat kebolehan mereka untuk fokus. Faktor usia dan kematangan juga memberi impak. Contohnya, pada tahap awal, dia mungkin tak dapat nak habiskan satu buku. Atau mungkin dia cuma boleh fokus kepada buku-buku yang mempunyai ayat yang sangat ringkas. Maka, bila saya pilih buku, saya tidak boleh ‘too ambitious‘ dan paksa dia dengar buku yang mempunyai jalan cerita yang panjang. Ini akan membuatkan dia hilang minat untuk membaca.

Saya suka ikut ‘the flow‘. Pada tahap awal, anak-anak saya cuma boleh ‘terima’ dan suka sangat buku seperti di bawah ini. Ringkas, ayat pendek dan mereka boleh buat aksi! 🙂

htt in

From Head to Toe oleh Eric Carle.

Kemudian, Alhamdulillah, perlahan-lahan saya lihat mereka dapat tingkatkan fokus masing-masing. Mereka dapat duduk lebih lama dan hayati cerita yang dibacakan. Di samping itu, mereka suka ‘berbincang’ sesama sendiri tentang cerita tersebut dan kadang-kadang kaitkan dengan kehidupan mereka seharian. Sekarang saya sudah boleh untuk bacakan buku seperti di bawah ini dalam sesi membaca untuk kesemua anak-anak.

Monkey Puzzle

 Monkey Puzzle oleh Julia Donaldson dan Axel Scheffler. Salah satu penulis kegemaran kami. 🙂

Buku Monkey Puzzle mempunyai ayat lebih panjang. Beberapa bulan dahulu, Aqeel tak boleh nak sabar kalau saya bacakan buku sebegini. Hihi. Dia pasti akan selak, nak cepat habis. Hahaha. Alhamdulillah sekarang nampaknya dia boleh duduk dan dengar. 🙂

Semakin fokus anak-anak bertambah, semakin dia dapat terima jalan cerita yang panjang, dengan ayat-ayat yang lebih panjang dan kompleks. Boleh la beli buku macam ni pula:

Amelia Bedelia

 Amelia Bedelia’s First Apple Pie oleh Herman Parish and Lynne Avril.

Dan seterusnya, sekiranya ibu-ibu lihat anak-anak sudah lancar membaca dan suka baca buku, bolehlah mula beli novel-novel ringkas kepada anak-anak. Atau buku-buku fakta yang mempunyai penjelasan yang lebih mendalam. Saya lihat di sekolah, guru Aleeyah mula berikan dia novel ringkas sebagai latihan membaca, maka saya pun belikan untuk dia baca secara santai di rumah.

novel

Maka, sebaiknya, bila ibu2 pilih buku di kedai buku atau di perpustakaan, pilihlah berdasarkan tahap anak-anak. Tujuan kita ialah untuk memupuk minat anak membaca, maka sebaiknya buku tersebut boleh dibacakan terus dan anak-anak teruja nak dengar. Kita tidak boleh bandingkan anak-anak kita dengan anak-anak orang lain. Even sesama anak-anak kita pun lain kebolehan masing-masing. Fokus in sha Allah dapat dipertingkatkan perlahan-lahan. 🙂

4. Minat Anak.

Apabila kita belikan buku yang mempunyai ilustrasi atau jalan cerita yang anak minat, in sha Allah dia akan teruja nak baca. Contohnya, Aqeel sangat minat penguin! Hihi. Hari tu saya nak ajar dia supaya cakap ‘PLEASE‘ bila minta sesuatu. Bukan main arah orang je. Hihi. Maka saya belikan dia buku berkait dengan ‘manners‘ yang mempunyai character penguin sebagai watak utama! Suka sangat dia baca, dan Alhamdulillah dia belajar perlahan-lahan guna perkataan ‘PLEASE’. 🙂 Dan kalau saya lupa cakap please pun dia ingatkan! 🙂

Penguin Says Please

Penguins Says Please

TAPI! Sebaiknya elakkan daripada terlalu ikut minat anak. Nanti secara tak sengaja kita terhadkan pilihan untuk dia menimba ilmu. In sha Allah dalam point nombor 10, saya ceritakan dengan lebih lanjut ya. 🙂

5. Apa yang Kita Mahu Anak Belajar?

Membaca untuk kanak-kanak kecil bukan sahaja bertujuan untuk ajar anak-anak membaca. Tujuan utama sudah pasti untuk anak-anak menimba ilmu dan belajar perkara-perkara baru. Saya lihat di antara cara terbaik untuk perkenalkan sesuatu perkara kepada anak-anak ialah dengan bacakan dia buku yang mempunyai informasi berkaitan. Buku tersebut pula sebaiknya dalam ‘bentuk’ yang dapat menarik minat dia. Ada beberapa perkara yang mungkin kita mahu anak belajar, seperti contoh:

Our Belief.

Saya seorang Muslim dan saya cuba didik anak-anak tentang Allah dan Islam, dari sekarang. Saya lihat salah satu cara yang berkesan untuk anak-anak faham tentang Islam ialah dengan bacakan kepada mereka buku-buku Islamik. Alhamdulillah, sekarang sudah ada pelbagai buku yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah – banyak gambar dan mempunyai ayat-ayat yang ringkas. Ini dapat menarik minat mereka untuk tahu lebih banyak tentang Islam. May Allah help us to be able to raise our children in the way that pleases Him.

Five Senses_Islamic

Emosi, Kesopanan dan Kesusilaan (Hehehe).

Saya juga suka belikan anak-anak buku-buku berkaitan dengan manners dan perkembangan diri. Seperti buku penguin yang saya tunjukkan di atas. 🙂 Ada satu ketika, anak-anak bujang saya suka sangat memukul, bertumbuk dan sebagainya. 😦 Saya rasa tak sesuai juga kalau saya asyik buat ‘time out‘ atau sound mereka. Saya rasa, saya perlu cari puncanya, atau cuba selesaikan daripada ‘akar’. 🙂

Mungkin mereka tak berapa faham bahawa memukul itu tidak bagus. Mungkin.. Saya lihat, bagi anak-anak lelaki saya, apabila mereka tidak dapat ‘balas’ ‘serangan mulut’ (hehehe) kakak mereka, mereka akan gunakan tangan. Memang perempuan pandai berkata-kata daripada kecil agaknya. Hihi. Dan lelaki mungkin tidak dapat hendak ekspres diri melalui percakapan, maka mereka gunakan fizikal. Allahu’alam, itu apa yang saya perhatikan. Maka, saya beli buku ini dan bacakan kepada mereka semua. 🙂

20140922_080100-1

Saya rasa, lebih elok sekiranya mereka belajar apa yang baik, apa yang tidak baik daripada awal. Dan saya rasa cara berbincang dan bercakap dengan mereka tentang buruk dan baik sesuatu perkara memberi impak jangka masa panjang yang bagus untuk kanak-kanak. Alhamdulillah, saya nampak dah kurang sikit aksi-aksi pukul memukul. Allahu’alam, masih awal hendak saya buat kesimpulan. May Allah help us to raise our kids to be well-mannered adults. Saya masih perlu baaannyyyaaak belajar tentang ini!

Time for a Hug

Buku tentang kasih-sayang ibu dan anak, sesama keluarga, hormat menghormati sesama manusia sangat sesuai untuk kita bacakan kepada anak-anak. Banyak lagi buku-buku sebegini di pasaran. Ibu2 boleh survey di kedai buku ya.

Fakta dan Pengetahuan.

Dahulu, saya ingat kanak-kanak kecil kurang sesuai untuk diperkenalkan dengan fakta dan pengetahuan. Rupa-rupanya sangkaan saya tidak benar. Kanak-kanak kecil memang sangat sesuai diajar tentang fakta dan apa sahaja pengetahuan yang hendak kita kongsikan. Cuma, caranya perlu ‘child-friendly‘. Kita tak dapatlah ajar mereka menggunakan buku universiti kita. 🙂 Sekarang, ada pelbagai buku fakta untuk kanak-kanak. Konsep yang sama seperti buku cerita –> banyak gambar, gambar menarik dan ayat yang ringkas.

belajar tentang badan

 Buku untuk mereka belajar tentang badan manusia. Ini salah satu buku kegemaran mereka!

Buku Dinosaur

Buku tentang dinosaur. Gambar jelas, fakta ringkas. 🙂

Bantu Bina ‘Skil’

Ada beberapa buku yang boleh bantu membina skil anak-anak, seperti contoh buku ‘I Spy‘, di mana melatih anak-anak kecil untuk membezakan bentuk-bentuk objek dan mencari objek-objek tersebut dalam gambar. Ini salah satu skil penting untuk membolehkan anak-anak membaca, in sha Allah.

I Spy

Maka, ibu2 boleh lah pilih atau cari buku-buku berdasarkan apa yang ibu2 rasa sesuai di ajar atau dikongsikan dengan anak masing-masing. 🙂 The choice is yours! 🙂

6. Books with Predictable Sentences.

Sebelum ini, saya pernah kongsikan tentang salah satu jenis buku yang sering digunakan oleh pendidik atau ibubapa untuk ajar anak-anak membaca, iaitu buku yang menggunakan perkataan berulang-ulang. Sekiranya ibu2 belum baca post tersebut, jemput baca ya..

How to Help Children to Learn Sight Words – Step by Step.

Ada juga buku-buku seperti ini yang sesuai untuk dibacakan untuk anak-anak, iaitu tidak mempunyai perkataan-perkataan terhad seperti yang saya kongsikan di dalam post sebelum ini (kerana itu untuk anak sendiri baca). Contohnya seperti buku di bawah ini (buku bertajuk Monkey Puzzle yang telah saya kongsikan di atas), satu ayat yang lebih kurang sama, atau dapat dijangka oleh anak di ulang-ulang pada setiap ‘scene‘.

Contohnya,

Scene ketiga dimulakan dengan ayat “No, no, no. That’s an elephant.”

Scene keempat… “No, no, no. That’s a snake.”

Scene kelima… “No, no, no. That’s a spider.”

Maka, kali kedua saya bacakan buku ini kepada Aqeel, dia sangat suka untuk sebut ayat pertama tu! In sha Allah, ini dapat bantu untuk tingkatkan keyakinan diri anak-anak kita. Apabila dia rasa dia dapat ‘baca’ dan terlibat aktif dalam sesi membaca (sebab dia dapat jangka), dia dapat lihat proses nak membaca ni bukanlah susah sangat. 🙂 In sha Allah mereka akan terus minat untuk belajar membaca sebab nak tau lebih banyak lagi. Biiznillah…

Aqeel baca

7. ‘Rhyming’ Books.

Dahulu, saya tak nampak sangat faedah ‘rhyming books‘. Tetapi sekarang baru saya nampak faedahnya. Apabila kita bacakan buku yang mempunyai ayat-ayat ‘rhyme‘, ia dapat bantu anak belajar tentang bunyi. Banyak sangat membantu anak-anak dalam proses belajar membaca. Contoh buku seperti ini ialah buku Fox’s Socks yang saya kongsikan di atas:

The shirt goes on.

“But my socks! They’ve gone!”

In a cupboard up high,

He finds his bow tie.

Buku Time for a Hug itu pun rhyme juga..

Time for a Hug

Banyak lagi di pasaran. Saya dapati memang banyak buku-buku (terutamanya untuk Toddler) yang menggunakan ayat-ayat yang ‘rhyme‘.

8. Melibatkan Deria

Pada usia awal, kanak-kanak cenderung untuk belajar menggunakan deria-deria mereka (rasa, bau, sentuh, dengar dan lihat). Selain itu, mereka juga suka sekiranya dapat terlibat aktif dalam sesuatu perkara. Sama juga dalam aktiviti membaca. Dalam setiap sesi membaca bersama anak-anak, saya cuba untuk benarkan mereka terlibat secara aktif. Salah satunya ialah dapat pegang buku sendiri dan ‘handle‘ serta explore buku tersebut sendiri.

Sesetengah buku memang dibuatkan khas untuk anak-anak menggunakan deria-deria mereka dan juga dapat terlibat secara aktif dalam sesi membaca. Selalunya, buku-buku untuk anak-anak berusia 3 tahun ke bawah. Seperti contoh, 2 buah buku yang saya tunjuk di bawah ini. Sekiranya ibu-ibu lihat anak kurang minat baca buku, mungkin boleh mulakan dengan buku sebegini. Boleh bawa anak ke kedai buku, dan lihat reaksi dia apabila ditunjukkan buku sebegini. Kalau minat, boleh belikan. 🙂

Touch

 Anak-anak saya sangat suka dapat baca sambil sentuh pelbagai jenis material yang diletakkan di dalam buku ini.

sound

Buku ini pula mempunyai bunyi. Jadi anak-anak suka main. Alhamdulillah, saya lihat Aqeel belajar nama-nama haiwan daripada buku ini. Pada masa itu dia belum boleh bercakap lancar. Saya suka sangat bila dia dapat sebut nama-nama haiwan tersebut. 🙂

9. Kebolehan Anak Membaca.

Dalam sesetengah sesi membaca dengan anak-anak, adakalanya, anak-anak saya (Aleeyah atau Azeem. Selalunya Aleeyah) kata, “Mama, let me read the book.” Saya suka bila dia cakap begitu sebab nampak sedikit sebanyak dia sudah yakin untuk bacakan buku untuk orang lain. Jadi masa Aleeyah di tahap mula membaca, saya belikan buku-buku ringkas untuk dia. Buku yang boleh digunakan samada dalam sesi belajar membaca atau sesi santai – membaca bersama adik-adik yang lain. Contohnya ialah buku seperti di bawah ini.

buku berperingkat

Walaubagaimanapun, seperti yang saya pernah kongsikan, dalam sesi membaca santai, sekiranya anak tidak dapat baca, tidak perlu marah mereka. Boleh berikan clue untuk bantu mereka sebut perkataan-perkataan tersebut, atau kalau mereka kurang selesa, bacakan sahaja. Sesi belajar membaca boleh dibuat pada sesi yang lain. 🙂

10. Kepelbagaian.

Ya, pelbagaikan pembacaan anak-anak. Dahulu saya suka belikan buku fiction (atau buku cerita) sahaja kepada anak-anak. Tetapi di sekolah anak, saya lihat guru-guru ajar anak-anak saya untuk pilih buku jenis yang berlainan – fiction dan non fiction. Selain itu, sekiranya anak minat princess, elakkan beli buku princess sahaja kepada dia. Hehehe. Bacakan buku yang pelbagai supaya anak-anak tidak terkongkong minda atau imaginasi cuma kepada perkara yang dia minat sahaja. Pengetahuan dan dunia itu luas. In sha Allah. 🙂

Kalau anak-anak marah bagaimana?

🙂 Sebenarnya anak saya pun sama. Aqeel suka sangat nak beli buku Ironman dan spiderman. Azeem suka nak beli Ninjago dan sebagainya. Tapi pada saya buku-buku tersebut tidak banyak beri faedah and informasi kepada mereka. Sekali sekali bolehlah, tapi bukan all the time.

Kalau mereka mengamuk kat kedai macam mana? Ya, saya biarkan je! Hihihi. Saya rasa nak disiplinkan anak kena tegas sikit. Hihi. Ini pendapat saya lah. Bila dah reda, baru saya terangkan kepada mereka kenapa saya tak belikan mereka buku-buku sebegitu. Alhamdulillah, saya lihat perlahan-lahan mereka faham.

Alhamdulillah!

Itulah 10 tips yang dapat saya kongsikan. Tak sempurna. Saya jemput ibu-ibu untuk berkongsi tips juga ya. Boleh kita belajar sama-sama! 🙂 Yang penting, setiap kali beli buku anak, kita perlu go through from cover to cover. Lihat jalan cerita, samada sesuai atau tidak dengan anak-anak kita. In sha Allah, bila lama-lama ‘praktis’ beli buku untuk anak, kita dapat agak jenis buku yang sesuai dengan anak-anak.

Semoga dapat beri manfaat kepada yang memerlukan. Enjoy reading with your little ones! 🙂

Jazakumullahukhairan.


Leave a comment

‘Karya’ Seni Menggunakan Pipet

Assalamualaikum Mothers,

Dahulu, semasa saya di bangku sekolah, saya cuma gunakan pipet dalam eksperimen sains.

Rupanya banyak lagi yang boleh kita buat dengan menggunakan pipet bersama anak-anak kecil kita! 🙂

Salah satunya, kita boleh…

Mewarna menggunakan Pipet! 🙂

Aktiviti ini bagus, in sha Allah untuk bantu menguatkan jari-jari kecil anak, di samping ‘membuka’ minda anak-anak (dan buka minda saya juga sebenarnya!) bahawa karya seni boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai peralatan (tools). Tidak terhad kepada warna pensil, krayon dan berus lukisan sahaja. Dan yang penting, mereka gembira nak buat aktiviti tu. 🙂 Alhamdulillah Aqeel enjoyed his pipette painting session. TabarakAllah!

Senang je bahan-bahannya:

  1. Kertas tisu (lagi tebal lagi bagus).
  2. Warna air.
  3. Air.
  4. Pipet (kalau ada banyak lagi bagus, untuk elak warna bercampur dalam bekas warna).
  5. Bekas untuk isi pelbagai warna.
  6. Dulang (ini pilihan). Saya suka guna dulang supaya kurang berselerak. 🙂

This is how we did it..

Mula-mula saya beri Aqeel potong sendiri tisu. Saya guna tisu dapur. Biasanya memang dah siap ‘pre-cut’ kan? Tapi yang ni murah punya, jadi kena gunting sendiri. 🙂 Dan tisu ini nipis, maka saya letak beberapa lapis di dalam dulang.

Gunting tisu

Saya cuba perlahan-lahan beri dia ‘manage‘ projek dia sendiri. Maknanya, biar dia sendiri potong, sendiri kacau, sendiri tuang, sendiri pergi basuh tangan, dan sebagainya. May Allah help me to help him..

Kemudian, di dalam bekas warna, saya letakkan warna-warna pilihan Aqeel. Untuk warna air, saya perlu tambahkan sedikit air supaya ia tidak terlalu pekat dan mudah untuk di’pipet’. Selain daripada warna air, saya guna pewarna dan perisa makanan juga. Pewarna makanan agak cair, maka tidak perlu dicampur dengan air. Perisa makanan mempunyai bau (saya gunakan strawberi dan pandan), maka ia dapat beri sedikit bau semasa aktiviti tersebut. Aqeel sedang belajar tentang 5 deria, maka saya cuba hendak masukkan komponen-komponen yang berkait dengan 5 deria manusia – rasa, hidu, lihat, sentuh dan dengar dalam aktiviti-aktiviti harian dia. And we talked about it –> apa yang dia bau dan dia lihat, semasa saya letakkan warna-warna tersebut.

Pipette Paints

 Ada 2 pipet je, maka warna bercampur2 bila dia mulakan projek. 🙂 From a positive side, he could learn about colour mixing! In sha Allah. 🙂

Dan yeeahhh meh mula ber’pipet’

Pipette Painting

Pada awalnya, saya perlu ajar dia bagaimana hendak menggunakan pipet. ‘Struggle‘ juga dia awal-awal. 🙂 Alhamdulillah lepas tu OK. Aktiviti ini dapat bantu, in sha Allah anak-anak kecil untuk kuatkan jari kerana pipet perlu dipicit menggunakan jari-jari comel mereka. 🙂 Ini adalah persediaan untuk mereka menulis kelak. In sha Allah…

Inilah hasilnya! Alhamdulillah! 🙂

The Result

Saya rasa, lebih molek lagi kalau guna kertas tisu yang tebal sikit. Dan juga saya lihat lebih cantik sekiranya menggunakan warna air berbanding pewarna makanan. Warna air tu pulak sebaiknya tak terlalu pekat, dan tak terlalu cair. Hehehe.. Tapi takpe, jangan risau. Asalkan anak-anak bahagia dan suka buat, Alhamdulillah! Untuk kanak-kanak awal usia, yang penting ialah proses, bukan hasilnya! 🙂

Lepas tu, Aqeel cop tangan dia dalam dulang tersebut dan nak Hi-5 dengan saya! Hehehe. Saya pun bagi dia 3 keping kertas untuk dia Hi-5!! Hihi.

Hi 5

Haa!! Ini juga salah satu sebab warna air lebih sesuai berbanding pewarna makanan –> warna air tidak ‘melekat’ di tangan seperti pewarna makanan. 🙂

Opps bukan setakat itu!

Lepas kering sikit, saya gunting sikit kertas tisu ni dan buat huruf ‘i’. Aqeel pun tiru apa yang saya buat. Maka saya tampalkan kedua-dua ‘i’ dalam buku Letter Sound dia. 🙂

Learn i

Kanan yang saya potong, kiri Aqeel potong sendiri. TabarakAllah! Semangat dia nak potong!

My Sounds Craft Book

Buku ‘Letter Sound’ Aqeel 🙂 Tinggal huruf ‘n’, sebelum sambung ke tahap seterusnya. Biiznillah…

Aqeel bila dah menggunting, memang susah nak berhenti. Dia suka sangat menggunting sekarang ni. Dengan semangat, Aqeel gunting lagi satu ‘i’, maka saya jadikan ia satu lagi hasil ‘seni’ dan pamerkan di ‘papan’ art and craft kami di rumah. 🙂

Display

Ini kertas yang Aqeel dan saya tekap di atas hasil ‘pipette painting‘ tadi, sebelum dipotong-potong. 🙂 Dapat corak abstrak!

Alhamdulillah! So much fun and so many things our little children can produce in one simple activity! In sha Allah. Plan awal saya, cuma hendak buat aktiviti pipet tu je. Tetapi, Alhamdulillah, semasa buat aktiviti, Aqeel ‘come up‘ dengan aktiviti-aktiviti tambahan yang dia rasa nak buat. Jadi saya ikut je idea dan minat dia and I always try not to stop him (unless the activity makes the house ssooo messy. Hihi). Saya harap dengan cara ini, dapat bantu dia tingkatkan skil berfikir dan rasa ‘bebas’ untuk mengeluarkan idea. Biiznillah… Allah knows the best.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Ibu-ibu bolehlah ‘ikut’ kreativiti anak-anak masing-masing. Let them be the ‘project manager’. 🙂 Selamat mencuba kepada yang berminat! May Allah grant you happiness with your loved ones. 🙂


2 Comments

Cara untuk Kenalkan Huruf Besar dan Huruf Kecil kepada Toddler

Assalamualaikum Mothers,

Post kali ini in sha Allah saya cuba kongsikan bagaimana saya ajar Aqeel (sekarang berusia 2 tahun 10 bulan) mengenal huruf besar dan huruf kecil serentak. Sebelum ini, saya suka kenalkan huruf kecil sahaja.

Kenapa saya suka kenalkan huruf kecil sahaja?

Kerana sesetengah huruf mempunyai bentuk yang berbeza (huruf besar tidak sama dengan huruf kecil), yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada kanak-kanak, seperti huruf ‘A a‘, ‘B b‘, dan ‘T t‘. Saya lihat, anak-anak saya mudah keliru apabila saya cuba untuk perkenalkan kedua-dua huruf serentak pada tahap awal. Sekiranya huruf seperti ‘S s’ dan ‘C c’ tidak mengapa, kerana huruf besar dan kecil mempunyai bentuk yang sama.

Selain daripada itu, oleh kerana kebanyakan perkataan di dalam buku menggunakan huruf kecil, berbanding huruf besar, saya lihat apabila huruf kecil diperkenalkan dahulu, permulaan proses membaca anak-anak adalah lebih lancar. Contohnya, ‘sat’ selalu ditulis berbanding ‘SAT’, jadi apabila kita cuma tumpukan kepada pengenalan huruf kecil, mungkin mereka lebih fokus dan tidak perlu ‘terkeliru’ dengan info huruf besar. Allahu’alam, ini cuma tanggapan saya. 🙂

Cara ini juga saya ‘tiru’ daripada sekolah Aleeyah dan Azeem di mana mereka perkenalkan huruf kecil dahulu, kemudian baru diikuti dengan huruf besar. Dan Alhamdulillah, saya lihat, ia banyak membantu Azeem untuk membaca. 🙂 TabarakAllah!

belajar huruf a

Ini masa saya kenalkan dia huruf ‘a’ (cuma huruf kecil). Saya print juga beberapa gambar yang bermula dengan bunyi ‘a’ seperti acorn, ants, astronaut dan diri dia sendiri – ‘Aqeel’. 🙂

WALAUBAGAIMANAPUN

🙂

Saja je saya nak cuba samada boleh atau tidak sebenarnya toddler kenal kedua-dua huruf (besar dan kecil) serentak. 🙂 Tak salah mencuba kan? 🙂 Saya lihat toddler lebih mudah untuk ingat setiap perkara yang diajar, maka, apa salahnya saya cuba. 🙂

Semalam saya perkenalkan huruf ‘P p’ kepada Aqeel. 🙂 Alhamdulillah Aqeel memang dah tahu bunyi huruf p, (boleh klik sini untuk baca bagaimana dia dapat kenal bunyi huruf tersebut, dengan izin Allah), maka ia dapat sedikit sebanyak memudahkan proses pembelajaran.

PENTING! Kalau anak tak tahu, tak mengapa. Walaupun anak tidak sebut (atau tiada feedback langsung) pun tidak mengapa (sekiranya baru pertama kali diperkenalkan). Just keep introducing and teaching him/her without expecting anything. Don’t wait for the feedback, it can give you a lot of stress. 🙂 Itu apa yang saya alami sebelum ini. Dan menyebabkan saya mudah ‘hangin’ kalau anak tak dapat ‘tangkap’ apa yang diajar. With the will of Allah, once He allows me to change the way I think (ajar sahaja, tak harapkan mereka faham pada masa itu atau supaya mereka menjadi seorang yang perfect), I feel more relax, and enjoy teaching my kids. Alhamdulillah! SubhanAllah, mereka pun lebih suka nak belajar nampaknya. TabarakAllah! Dan untuk toddler, mereka serap semua info (walaupun kita lihat tiada feedback). One day he/she will simply ‘burst’ it out! 🙂 In sha Allah.

Makan

Ini salah satu contoh. 🙂 Aqeel sepatutnya hias kek tu, tapi dia tak hias. Dia makan! 🙂

The way children learn is different from adults. Let them be children while they are. May Allah help us. 🙂

Oppss moh kembali ke topik asal! 🙂

Saya tidak perkenalkan nama huruf, tetapi saya perkenalkan bunyi huruf (guna kaedah phonics), di mana saya lihat dengan cara ini, proses permulaan membaca anak-anak adalah lebih lancar. Allahu’alam, ini pilihan saya. Ibu2 boleh cuba cara yang sesuai dengan anak-anak ye. 🙂

P dan p mempunyai bentuk yang sama, jadi saya rasa lebih mudah untuk perkenalkan jenis huruf sebegini, berbanding ‘A a’ atau ‘B b’ (huruf besar dan kecil mempunyai huruf yang berlainan).

Moh saya kongsikan ye, biiznillah.. 🙂

1. Tulis Jurnal.

Saya mulakan dengan jurnal dia. Saya guna stamp huruf kecil dan besar untuk copkan huruf ‘P p’ di dalam jurnal, dan tulis huruf P dan p untuk Aqeel ‘trace‘. Saya dan Aqeel buat bunyi huruf p sambil Aqeel tulis.

alphabet stamp set

 Saya suka set stamp ni. Beli kat Toys R Us KLCC masa balik raya hari tu. 🙂

*Macam mana nak buat bunyi huruf ‘p’? Boleh klik sini untuk lihat video (video ini agak terperinci, saya biasa ajar simple je. Good for me to learn too! Saya rasa tengok 1:45 minit pertama pun sudah memadai kot) :)*

belajar huruf p

Aqeel cuba nak tulis ‘p’. 🙂 Agak susah untuk dia lagi sebab cara pegang pen kadang2 OK, kadang dia masih keliru. 🙂 On going learning, in sha Allah.

Siap letak penguin kesayangan dia! ‘p’ (bunyi) for penguin!

belajar huruf p

Pastu dia conteng je ikut suka hati dia! 🙂 Asalkan bahagia anakku.

2. Let’s Paint It!

Aktiviti seterusnya, Aqeel warna huruf p dengan menggunakan warna air (he loves to paint!). Nak lagi best, saya tampalkan cengkerang-cengkerang kecil yang mereka (anak2 saya) kutip di pantai tempoh hari, untuk dia warnakan juga. Bagus untuk latih dan tingkatkan skil motor halus dia. In sha Allah. 🙂

mewarna huruf p

Hasilnya!!

huruf p

Suka sangat ‘painting‘, bahagian luar ‘p’ pun dia warna jugak. 🙂

3. P (bunyi) for purple!

Next, saya beri satu lagi contoh perkataan bermula dengan p —> purple.

Aqeel seronok guna berus dan jari untuk buat hasil kerja ‘p’ for purple. Art gaya bebas namanya! 🙂

p for purple

dan yang terakhir, kami buat…

 4. Mama and Baby Penguin!!

🙂

Saya harap, melalui aktiviti ini, Aqeel dapat faham konsep huruf P besar dan huruf p kecil. Saya dapat feedback yang bagus daripada Aqeel (Alhamdulillah a good sign), tetapi seperti biasa, I need patience in teaching young children. May Allah help me. 🙂

Saya tak panggil P besar, atau p kecil. Saya panggil, Mama ‘p’ (bunyi) dan Baby ‘p’ (bunyi)! Dia suka sangat! Hihihi.

Kami cuma gunakan:

  • 2 batang aiskrim.
  • kertas hitam (yang keras atau kadbod).
  • warna air (putih dan oren).
  • kertas oren.
  • mata.
  • kertas glitter (permukaan kasar), boleh juga guna kertas pasir atau kertas biasa pun OK je. 🙂
  • Gunting dan gam.

Saya potong siap-siap ‘badan’ penguin, dan minta Aqeel warnakan bahagian hadapan penguin dengan menggunakan warna air (putih):

warna putih

Saya ada lukis bentuk oval menggunakan pensil supaya Aqeel tahu untuk warna di mana. 🙂

Minta maaf, saya tidak banyak ambil gambar masa kerja tersebut, sebab sibuk bantu Aqeel. Saya cuma boleh tunjukkan hasilnya. Ibu2 bolehlah ubahsuai ikut kesesuaian dengan anak masing-masing ye. 🙂

Tadddaaaa!! Ini hasilnya..Mama Penguin and Baby Penguin!

mama and baby penguin

Beak‘ penguin tu ialah bentuk diamond yang saya lipat dua. 🙂

Kat belakang saya tampal huruf ‘P’ dan ‘p’, menggunakan kertas glitter yang kasar. Tujuannya untuk Aqeel trace guna jari —> seperti konsep montessori. 🙂

p for penguin

He loves the puppet sticks! Alhamdulillah!

Yeeaaaahh! Itulah cara-cara yang saya cuba untuk perkenalkan Aqeel huruf besar dan kecil serentak. Adakah cara ini berkesan? Hihi. Saya tak tahu lagi. Yang penting, I ‘just do it’ and have fun! Saya harap dapat bantu dia ingat konsep huruf besar dan kecil. 🙂 Sekiranya ibu2 ada idea2 atau pengalaman sebelum ini untuk kenalkan anak-anak huruf besar dan kecil, kongsi-kongsilah di sini ya. 🙂

Selamat mencuba kepada yang berminat! Jazakumullahukhairan. May Allah make easy for us to teach our young ones. 🙂


Leave a comment

Mengajar ‘Letter Sounds’ (Bunyi Huruf) kepada Toddler

Assalamualaikum Mothers,

Semasa saya sibuk mengajar Azeem bunyi huruf (letter sound) dalam hujung tahun lepas (Azeem baru masuk sekolah), saya perhatikan, dalam masa yang sama, Aqeel (yang baru masuk 2 tahun pada masa itu) dapat ‘catch up‘ bunyi-bunyi huruf tersebut. Mungkin betul apa yang dikatakan oleh insan-insan yang mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak, iaitu kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah mempunyai kebolehan menghafal yang sangat bagus. SubhanAllah, all praises to Allah!

Ini video yang mereka tengok, yang mana secara tak sengaja saya lihat Aqeel kenal dan hafal bunyi2 tersebut. 🙂

Walaubagaimanapun, saya tidak mahu tekan dan stresskan Aqeel, untuk push dia ke next level. Dan saya tak nak stresskan diri juga. Hehehe. Saya prefer untuk pergi perlahan-lahan, dan ‘take it easy‘ dalam mengajar anak-anak. Saya cuba untuk buat sikit-sikit dan dengan harapan konsisten (may Allah help me). Saya rasa lebih baik begini daripada saya cuba push dengan gigih dalam satu masa, dan mungkin lepas tu ada kemungkinan saya tinggalkan, sebab kepenatan. 😦 Ya, menjadi mama ni, bukan sahaja fokus kepada mengajar anak-anak. Selain mengajar, perlu ‘gigih’ juga menjadi chef, driver, a wife (hihi, part ni jangan lupa), cleaner (hihi, bunyi mcm tak kena, tapi mmg kerja utama ni..tatau nak namakan apa) :), awek laundry dan sebagainya. Maka, perlu berlaku adil pada diri sendiri, dan insan-insan sekeliling and cherish the moments! 🙂 Apa yang dapat buat, Alhamdulillah…

OK, meh in sha Allah saya kongsikan ya, perjalanan kami yang slow and steady (hopefully).. 🙂

Tengok Video

Saya beri Aqeel tengok video tersebut bila ada masa lapang. Tetapi saya tidak pasang dengan kerap. Lama dah saya tak pasang sebenarnya, baru recently Aqeel minta untuk tengok semula video tu. Saya lihat, cara video tersebut dibuat memainkan peranan penting, kerana Aqeel lihat huruf sebagai ‘character‘. Maka, mungkin disebabkan itu, dia dapat hafal, with the Will of Allah, of course. Walaubagaimanapun, saya lihat dia belum lagi hafal kesemua bunyi. Takpe, take it easy anakku..

BBC Phonics

 Ini pek video tersebut. Beli di Early Learning Center (ELC).

Dalam pek video tu, ada diberi sekali satu carta alphabet. Bagus untuk anak-anak lihat dan ‘enhance‘ ingatan mereka.

Aktiviti Padankan

Berdasarkan pemerhatian ke atas 3 orang anak-anak saya dan beberapa kanak-kanak sebelum ni, saya lihat, sebelum mengenal huruf, seseorang kanak-kanak perlu ada kebolehan untuk mengenal bentuk, dan memadankan bentuk-bentuk yang sama. Tidak perlu tahu nama atau sebut. Cuma dapat tunjuk pun OK. Salah satu cara saya  buat untuk bantu dia mengenal dan memadankan objek ialah dengan menggunakan buku seperti ini:

Padankan

Buku ini sesuai untuk beginner. Lepas anak dah dapat padankan dengan senang, bolehlah beli buku yang lebih advance. Aqeel suka baca buku ni, sampai sekarang! 🙂

isi kandungan

Kanak-kanak perlu cari gambar-gambar yang ditunjukkan di dalam kotak (di bahagian tepi) di dalam ‘scene‘ yang ditunjukkan pada setiap mukasurat. Seronok bila duduk berehat sambil baca buku ni dengan anak-anak. Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan untuk bantu anak-anak kuasai skil ini. Tapi, dalam post yang lain kot (in sha Allah). Nanti panjang sangat. 🙂

Apabila anak-anak dah ada kebolehan untuk memadankan objek-objek yang nyata atau disekeliling mereka, tahap seterusnya ialah untuk padankan huruf pula. Selagi mereka tiada kebolehan ni, susah juga untuk kenalkan huruf kepada mereka. Tak tahu bunyi atau nama huruf pun takpe. Kalau dapat tahu bunyi, Alhamdulillah.. 🙂

Lepas Aqeel lihat video yang saya kongsikan di atas, saya sengaja minta dia padankan huruf yang sama, daripada 2 bahan yang berlainan. Satu daripada buku alphabet dia, dan satu lagi saya print (gambar bola):

Match 2

Match

Ini masa dia baru masuk 2 tahun. Dia belum fasih bercakap lagi masa tu. Dan rupanya pada usia tu, kanak-kanak dah boleh kenal huruf. Saya tak pernah cuba seperti ini dengan kedua-dua anak sebelum ni, sebab sibuk dulu. Sekarang baru saya faham dan tahu (selepas real life practical. Hihi). MashaAllah, we learn from our children..

Dan saya juga cuba ‘buat’ huruf-huruf menggunakan playdoh, untuk lihat samada dia dapat cam atau tidak. Alhamdulillah gaya macam cikgu 🙂 (Gaya itu penting). Hihihi.

My Sounds Craft Book

Sebelum ini, Aqeel cuma belajar secara informal, iaitu, mana-mana bunyi yang dia dapat ‘tangkap’, Alhamdulillah. Dan saya biar je dia macam tu (dalam lebih kurang 6-7 bulan). Baru sekarang saya mahu mulakan mengajar secara sistematik kepada Aqeel. Saya gunakan sistem Jolly Phonics, iaitu, saya mengajar tak ikut susunan alphabet (a,b,c..) tetapi saya ikut fasa yang mereka gunakan. Contohnya, mereka mula dengan ajar huruf (s,a,t,i,p,n). Maka saya ikut sebegitu.

My Sounds Craft Book

Saya sediakan dia satu ‘buku’ untuk dia buat ‘craft’ setiap huruf. Semalam kami mulakan dengan huruf ‘s’. Aqeel sebut ‘ssssss’ sambil buat. Alhamdulillah dia dah kenal, maka senang sikit. Boleh download buku di sini ya dan personalized untuk anak-anak sendiri. 🙂 My Sound Craft Book_satipn. Saya sengaja buat extra 2 mukasurat di dalam worksheet tersebut, sekiranya saya mahu buat ulangkaji kesemua huruf-huruf yang dia telah belajar (satipn).

ssss

Saya potong bentuk ‘s’ seperti ular, dan minta dia tampalkan belang-belang ular tersebut. Seterusnya, kami tampal ‘s’ ini ke dalam buku ‘My Sounds Craft Book‘ dia.

ssss

Di bahagian bawah, saya letak 4 huruf ‘s’ untuk dia praktis tulis. Hihi ni la cara dia tulis:

Aqeel menulis

Seterusnya, saya beri Aqeel buku Jurnal, untuk dia praktis menulis. Kami baru mulakan aktiviti ‘jurnal’ ni semalam, selepas dapat inspirasi daripada blog ini: Journal With 3 Years Old. Sebelum ini, untuk kakak dan abang je. Setelah saya nampak dia ‘struggle‘ untuk tulis menggunakan pensil (walaupun saiz JUMBO), saya beri dia marker untuk dia tulis dalam jurnal. Nampak lebih senang. Dan semalam dengan gigih kami cari satu set marker JUMBO untuk dia. Hehehe.

Marker JUMBOMarker JUMBO

Jurnal

Saya gunakan buku yang keras, supaya tahan lama, seperti yang dicadangkan di dalam blog tersebut. 🙂 Saya suka tiru idea orang. Hihihi. Lihat, Aqeel cuba lukis ‘s’ macam saya buat, dan yang menariknya, dia juga cuba tulis garisan dari kiri ke kanan (2 garisan hijau melintang), kerana sebelum ini saya pernah ajar dia. SubhanAllah, ingat lagi dia.. Saya juga pegang jari dia, dan ikut bentuk ‘s’ daripada atas, supaya dia dapat ‘rasa’ bentuk ‘s’. Yang ini saya gunakan buku ‘montessori’, yang mana memang dah disediakan bentuk setiap huruf dengan menggunakan kertas pasir.

Yeaahh, itu perjalanan kami setakat ini, secara ringkas. May Allah help us to learn more, and to be consistent. Perlahan-lahan, lama-lama jadi bukit, in sha Allah. Yang penting, anak-anak tidak rasa tertekan dalam perjalanan tersebut, biiznillah..Dan subhanAllah, mesti sangat seronok untuk lihat jurnal dan segala hasil kerja ni, selepas 10 atau 20 tahun akan datang! 🙂 In sha Allah..

Sekian sahaja perkongsian kali ini. 🙂 Saya alu-alukan cadangan dan perkongsian daripada ibu-ibu lain, supaya kita dapat belajar sama-sama. 🙂 Segala yang baik daripada Allah dan segala kelemahan adalah daripada diri saya sendiri. Jazakumullahukhairan. 🙂


Leave a comment

Belajar Letter Sounds (Phase 3): Mr. Azrul’s Word Family

Assalamualaikum Mothers,

Semalam Alhamdulillah, saya ada kongsikan satu cara untuk tarik anak kedua saya, Azeem (4 tahun) untuk membaca. Dalam post ini, in sha Allah saya kongsikan satu cara untuk saya tarik dia belajar ‘bunyi’ phonemes (seperti ‘ai‘, ‘ay‘) Phase 3 yang perlu dia revise sebelum masuk Year 1.

Seperti yang telah saya kongsikan, sedikit mencabar hendak ajar Azeem language art. The normal worksheet sometimes works, sometimes does not work for him. 🙂 Dia tak berapa gemar duduk diam untuk menulis atau membaca atas meja. 🙂

Jadi, saya buat ini untuk ajar dia. Nampak dia suka, dan Alhamdulillah semua anak-anak participate sekali! Dapat ajar mereka untuk ‘work together’ in sha Allah. Moh saya kongsikan ya. 🙂

1. Mula2 saya ambil kad manila dan lipat dua. Kad manila biasa je.

2. Kemudian saya potong sikit untuk jadi bentuk rumah.

3. Maka ‘rumah’ ada 2 bahagian – bahagian luar, dan bahagian dalam. Potong 2 keping kertas untuk jadi ‘tingkap’ dan satu keping untuk jadi ‘pintu’.

House

Tada, jadi bahagian luar rumah. 🙂

4. Seterusnya, untuk bahagian ‘dalam’ rumah saya lukis macam rumah betul. Hehehe. Seronok dan excited anak-anak saya masa tu. Suka sangat diorang duk komen lukisan saya. Saya tak reti sangat lukis. Main lukis je, untuk seronok-seronok. 🙂 (Minta maaf gambar masa melukis tiada, sebab sibuk melukis)

5. Semangatlah anak-anak hendak mewarna bahagian dalam rumah ni. Sambil bercerita-cerita imaginasi mereka. Termasuk Aqeel! 🙂

mewarna

Aqeel la yang conteng atas tu! 🙂

aqeel mewarna

Hasil Aqeel mewarna! 🙂 Mula-mula kakak dan abang tak puas hati sebab diorang kata comot. Dan seperti biasa, saya terangkan bahawa itulah cara Aqeel mewarna. Lama-lama mereka terima. 🙂 Yang penting mereka ‘berjemaah’ buat kerja.

6. Bila bahagian dalam dah siap, Aleeyah tuliskan tajuk di atas bumbung rumah. Saya tanya mereka nak namakan apa keluarga ni, dan mereka kata nak namakan ‘Azrul’s family‘ (abah dia le..) 😛 Jadi ikut saja. 🙂

tulis

7. Hari berikutnya, Azeem tampal beberapa ‘ahli keluarga’ yang ada dibadannya bunyi ‘ai’ dan ‘a’. 🙂 Saya sediakan juga satu beg untuk setiap ‘ahli keluarga’ tersebut, supaya dia dapat lukis perkataan-perkataan yang dia baca. Boleh carik macam-macam resources di link ini: www.sparklebox.co.uk. Gambar ‘ahli keluarga’ ini saya dapat daripada link tersebut. 🙂

a

Azeem letak budak lelaki di dalam bilik tidur.

ai

‘Mr Azrul’ dalam dapur! Hihi, mungkin sebab abah mereka memang suka memasak! 🙂

lukis

Selepas saya bunyikan ‘ai‘, saya mintak dia eja ketiga-tiga perkataan yang ada di situ – rain, pain, train. Alhamdulillah dia dapat eja. Kemudian minta dia lukis atas beg. 🙂

a lukis

Ini pula dia lukis alien! 🙂

Yeaayyy! Itulah aktiviti yang saya buat bersama-sama anak-anak di rumah untuk tarik perhatian Azeem belajar ‘letter sound‘. Alhamdulillah dia suka. Mungkin dia tak sedar dia tengah belajar. 🙂 In sha Allah perlahan-lahan akan ditambah ‘ahli keluarga’ rumah ini, apabila dia dah kuasai sesuatu bunyi. Flash card biasa macam tak menarik perhatian dia.

Beberapa jam selepas itu, semasa dia sedang bermain, saya saja tanya dia,

How do we spellai‘?”

Alhamdulillah dia dapat beritahu jawapan yang betul. 🙂

Inilah rumah Mr. Azrul’s Word Family! 😛 Dah ada 2 orang ahli! 🙂

mr azrul's word family

interior

Sekian sahaja perkongsian kali ini! May Allah grant us health and energy to continue our Ramadhan journey.. 🙂

Jazakumullahukhairan.


Leave a comment

Bagaimana nak ‘Tarik’ anak untuk Praktis Membaca?

Assalamualaikum Mothers,

Alhamdulillah, dalam beberapa bulan lalu, setelah menunggu 8 bulan, Azeem sudah mula membaca. Walaubagaimanapun, apabila kita sebut seseorang kanak-kanak sudah mula membaca, maknanya, dia di tahap ‘beginner‘, dan masih belum boleh lagi membaca secara ‘independent‘. Maka, saya perlu tolong dia untuk praktis, supaya dapat perlahan-perlahan kuasai skil membaca, berperingkat. Biiznillah.

Dan, saya perhatikan, Azeem tidak berapa gemar untuk duduk diam membaca atau menulis, tidak seperti kakak dia. Mungkin perbezaan ini disebabkan nature seorang lelaki. Allahu’alam. Dia lebih suka buat sesuatu menggunakan tangan, seperti lego, mewarna dengan warna air, buat eksperimen dan sebagainya. Atau aktiviti fizikal dengan pergerakan, seperti memanjat, main bola, berlari.. 🙂 Walaupun ada masa-masa yang dia suka untuk duduk membaca, tetapi secara amnya, dia lebih ‘prefer‘ aktiviti fizikal. Jadi, agak sedikit ‘mencabar’ untuk ajak dia praktis membaca.

Racing Car

Kalau buat aktviti macam ni – warna racing car, memang dia sangat teruja! Tak menyempat nak bukak kotak!! 🙂

Saya duk fikir dan cuba pelbagai cara nak tarik perhatian Azeem. Alhamdulillah, setakat ini, saya lihat ada beberapa cara yang dapat tarik perhatian dia. Salah satunya ialah –> Baca buku yang dia suka. Maka, untuk Azeem, sebelum beli buku, saya suka tunjukkan beberapa buku yang saya pilih (untuk pastikan buku-buku tersebut sesuai di tahap dia, dan mampu beli. Heheheh), dan minta dia pilih mana yang dia suka. Senang! Kalau buku yang dia tidak suka (contohnya macam Peter and Jane, dia memang tak suka), jenuh saya nak mengajak dia. Meh saya kongsikan buku pilihan kami ya. Alhamdulillah, saya lihat buku tu bagus untuk kanak-kanak di tahap Azeem, untuk praktis membaca.

Julia Donaldson's Phonics Story Collection

Buku dalam siri Oxford Tree. Mungkin dia biasa lihat siri ini di sekolah, maka dia berminat nak baca. Mungkin juga kerana ada bola di depan buku ni. 😛

Dalam pek buku ni ada 12 buah buku (6 buah buku Stage 1+ dan 6 buah buku Stage 2), iaitu untuk beginner yang boleh baca perkataan-perkataan yang mempunyai 3 huruf sahaja, seperti ‘bug‘, ‘mum‘, ‘top‘, etc, dengan mengeja secara phonics.

Bermula dengan buku yang ringkas (buku pertama), seperti ini:

Top Cat

Bilangan perkataan di’naik’kan secara perlahan-lahan untuk buku-buku seterusnya. Azeem sudah baca buku ke-6. Ini di antara kandungannya (bilangan perkataan lebih banyak daripada buku pertama yang saya tunjukkan di atas),

Mum Bug's Bag

Apabila Azeem membaca, saya perlu pastikan tiada gangguan, seperti mainan di tangan, bunyi TV, Ipad berdekatan, ataupun gangguan daripada adik beradik. Kerana Azeem mudah ter‘divert’ ke arah gangguan-gangguan sekeliling. 🙂 Dan saya juga perlu buat sesi tersebut ringkas, lebih kurang dalam 10-15 minit. Sebelum ni lagi cepat, 5 minit je. Hihihi.

Untuk buku ke-6 ini, saya sengaja minta dia eja juga. Kerana apabila dia masuk Year 1 dalam bulan September kelak, dia sudah perlu mengeja..

spelling

Saya sebut perkataan-perkataan yang baru kami baca daripada buku tersebut untuk dia eja. Azeem masih terbalik tulis b dan d, jadi saja suruh dia tulis b dan d juga. 🙂

Sticker

Dan saya rasa dia sangat teruja nak terus baca ialah kerana untuk setiap buku yang dibaca, ada disediakan satu sticker (memang dah siap dalam pek sekali). Siap ada carta! 🙂

Carta sticker

Dia suka sangat bila dapat sticker dan dapat tampal atas carta ni! Memang dia kira satu-satu! 🙂

Sticker

Yeaahh!! Itu lah salah satunya cara untuk saya tarik perhatian anak bujang saya ni membaca. Dulu, dengan Aleeyah saya tidak perlu buat begini. Dia lebih mudah untuk terima pelbagai jenis buku. Ya, lain anak, lain caranya. Jadi saya perlu ‘berkreatif’ sikit untuk cari sesuatu atau jalan yang sesuai dengan setiap anak-anak. May Allah help me. 🙂

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Semoga dapat memberi idea kepada ibu-ibu yang sedang berfikir-fikir bagaimana untuk tarik perhatian anak-anak, untuk praktis membaca. Jazakumullahukhairan!! 🙂

 


2 Comments

Kembara Azeem (4 tahun) Belajar Membaca (1): Sight Words – ‘I’ dan ‘see’

Alhamdulillah, setelah 8 BULAN menunggu, baru saya nampak Azeem mula dapat gabungkan huruf-huruf untuk bentuk perkataan, atau ada yang panggil – ‘blending‘. 8 BULAN!

Alhamdulillah

🙂

Sebelum ni, kalau kata ‘c’, ‘eh’, ‘nnnn’ (can), dia dengan penuh keyakinan sebut ‘MAN’! atau apa-apa sahaja yang dia nak sebut. 🙂 Minggu lepas, saya terperanjat jugak tengok tiba-tiba bila saya tunjuk ‘c’, ‘eh’, ‘nnnn’, pada sebuah buku di kedai buku, dia boleh sebut ‘CAN’! SubhanAllah tak tau nak cakap betapa gembiranya saya! Terus saya beli buku tu. Hehehe.

I Can

Buku ni la! 🙂 Buku ni di antara buku dalam siri Floppy’s Phonics, Oxford Reading Tree (Stage 1+). Di sekolah dia guna siri ni. Mungkin sebab tu dia ada minat nak cuba baca..

Sikit Info

Meh saya kongsi sikit latar belakang Azeem di sekolah ya. Azeem mula masuk Foundation Stage 2 (FS2), pada September 2013 yang lalu. Sistem persekolahan di sini bermula pada bulan September. Azeem adalah pelajar paling muda dalam kelas, dan pada awalnya memang Azeem sangat ‘struggle‘ nak bergaul dengan kawan-kawan (sebab Azeem tak fasih berbahasa Inggeris). Dia juga mungkin ‘terperanjat’ dengan pelajaran yang patut dia ‘cope‘ sebab dia tak masuk FS1 sebelum ni. Azeem masuk sekolah tanpa kenal huruf, nombor dan tidak boleh menulis. It was a huuugggeee shock for him!

Dengan kawan2 kelas

Dia saaangat malu! Ni minggu kedua selepas mula sekolah.

Pada waktu awal persekolahan, saya selalu juga tanya pada guru dia tentang kebolehan dia untuk ‘cope’. Saya risau dia ‘stress’ untuk ‘cope‘ perkara yang dia belum sedia. Dan kami (saya dan guru dia) setuju bahawa pada masa tersebut adalah penting untuk bantu dia bina keyakinan diri terlebih dahulu. Dan belajar untuk bergaul dengan kawan-kawan. Sebelum fokus kepada akademik. Dan ini adalah salah satu faktor yang saya suka dalam sistem pendidikan awal mereka, kerana mereka tumpu kepada perkembangan peribadi dahulu, sebelum akademik. Rupanya, dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak British, mereka memang fokus kepada 3 ‘prime areas’ dahulu, sebelum ‘proceeed‘ dengan pembelajaran akademik. Alhamdulillah, it suits what I really hope for the kids.

Kurikulum

3 ‘Prime Areas’ ialah 1)Personal, Social and Emotional Development, 2) Physical Development dan 3) Communication and Language.

Di samping itu, saya tengok guru dia sangat banyak bantu Azeem untuk kenal huruf, kenal bunyi, mengira, buat aktiviti-aktiviti untuk tingkatkan daya fikir dan pelbagai aktiviti untuk bantu membina asas yang kukuh, sepanjang 8 bulan ni. Di rumah, saya teruskan juga bantu, berdasarkan kebolehan dia (banyak kepada penguasaan huruf dan bunyi, serta menulis dan melukis). Pernah juga sekali-sekala nak cuba ajar Azeem membaca (untuk blend) sebelum ni, tapi ni la respon dia:

Mama, I want only one sound. I don’t want more than one sound.” atau, “I know mama. I know you are teaching me.”

Contohnya, dia nak saya tunjuk, ‘a’ untuk dia buat bunyi ‘ah’ saja. Atau ‘t’ untuk dia buat bunyi ‘ttt’. Kalau saya tunjuk ‘cat’ dia elak. Jadi maksudnya sebelum ni, dia belum bersedia la tu. Tunggu dan sabar je lah. Saya buat aktiviti ikut kemampuan dia. Nothing to rush and no need to compare with others!

Yeaahh! Jom Mula Belajar Membaca. 🙂

Oleh kerana dengan tiba-tiba saya lihat dia dah boleh mula cantumkan bunyi huruf untuk bentuk perkataan ringkas, seperti ‘cat’, ‘mat’, ‘can’, etc., saya mulakan lah aktiviti mengajar membaca untuk Azeem. 🙂 Dan Alhamdulillah kali ni dia tak elak. It shows that he is ready! 😉 Saya rasa nak kongsikan ‘kembara’ Azeem belajar membaca di blog ini, yang mungkin dapat beri sedikit idea kepada ibu2 lain yang berada dalam situasi yang sama dengan saya. 🙂 Saya lihat the key word untuk ajar kanak-kanak membaca ialah ‘SABAR‘. 🙂 Kita cuma perlu terus beri, tanpa harap apa-apa. Dan sangat bagus sekiranya kita faham perkembangan kanak-kanak supaya kita tidak marah, dan boleh mengajar dengan ‘cool‘. Dan kita perlu berusaha untuk elak daripada pengaruh luar yang tekan kita untuk beri tekanan kepada anak-anak. May Allah help us!

Belajar Sight Words

Semalam kami buat aktiviti di bawah untuk bantu Azeem kenal 2 perkataan ‘I‘ dan ‘see‘. (Untuk tahu apa itu sight words, boleh klik link untuk ke post berkaitan Sight Words ya). Di sini, saya kongsikan juga gambar-gambar yang kami gunakan, dan worksheet untuk kukuhkan pemahaman Azeem. Feel free to download ya! Moh kita! 🙂

1. Eja dan Baca

Saya pilih perkataan yang senang untuk dia. Saya guna buku dalam siri Sight Word Readers oleh Scholastic. Mudah dan ringkas untuk ‘beginner‘. Sebelum mulakan, macam biasa, saya minta Azeem ceritakan sedikit tentang apa yang dia lihat pada ‘cover‘ buku. Dan saya minta Azeem eja 2 perkataan tersebut. Alhamdulillah, dia boleh sebut ‘I’ = I, dan ‘ssss’, ‘eeee’ = see.

Cover

Dan kami teruskan dengan muka surat seterusnya. Pada awalnya, saya perlu bantu dia baca, maksudnya saya perlu sebut sambil tunjuk perkataan yang saya baca. Kemudian, dia pula baca, dan Alhamdulillah dia teruskan untuk mukasurat-mukasurat seterusnya. Bila dia baca salah atau terbalik, saya akan betulkan sahaja (tanpa perlu marah atau beri tekanan pada dia). Gambar banyak membantu dia untuk ‘guess‘ perkataan yang dia tidak dapat eja.

Cow

Yeaaahh.. Ringkas je ayat buku ni. Muka surat pertama, ‘I see a cow’. Seterusnya, ayat ‘I see a ..’ diulang semula pada setiap mukasurat, cuma nama binatang sahaja yang diubah. Bila Azeem dapat baca sendiri mukasurat kedua dan seterusnya, dia jadi excited dan gembira! Saya harap, sedikit sebanyak dapat bantu tingkatkan keyakinan dia, dan pupuk minat untuk terus membaca.

Hen

 Ulang perkataan-perkataan yang sama banyak kali.

2. Buat Buku Sendiri!

Sekejap je baca buku ni. Tak sampai 5 minit. 🙂 Lepas baca, saya tengok Azeem semangat tulis semula perkataan-perkataan tersebut atas sekeping kertas. Nak buat buku katanya. Maka, saya sediakan lah buku yang betul (kosong) untuk dia. Bila buat aktiviti dengan anak-anak, saya suka ikut idea mereka. Sebab, bila idea ‘datang’ daripada mereka sendiri, mereka akan minat dan fokus untuk buat. Saya cuma bantu apa-apa yang perlu je. Suka juga idea Azeem tu, sebab boleh buat dia tulis perkataan-perkataan tersebut banyak kali. Dengan harapan dia dapat ingat, in sha Allah.

20140510_154907Dia ambil sekeping kertas dan mula menulis. Mungkin cikgu dia ajar di sekolah untuk buat macam ni.

Kami ikut sebijik buku yang dibaca. Gambar kami search sahaja di google. Azeem pilih sendiri gambar-gambar yang dia suka. Ada satu muka surat yang kami ubah, iaitu ‘I see a pig’, kepada ‘I see a goose’. 🙂

Picture

Klik link untuk download file gambar: Pictures_I_see

Warna

Azeem ‘copy‘ ayat-ayat di dalam buku yang asal ke buku ‘buatan’ dia. Kemudian dia warnakan gambar-gambar tersebut, dan seterusnya gunting satu-satu dan tampal. Semua buat sendiri. Mama boleh masak sambil dia siapkan keje. 🙂

Gunting

Dan ini hasilnya!! 🙂 His own ‘Farm Friends’ book!

Farm Friends

Untuk kukuhkan pemahaman dia, saya sediakan satu worksheet ringkas. Boleh klik link untuk download ya. 🙂

Enrichment

Enrichment

Alhamdulillah. Dia suka buat aktiviti ni semalam. Semoga minat untuk membaca dia berterusan. May Allah help me to be consistent in helping my kids. 🙂

Yang Lain Nak Jugak!

Macam biasa, anak-anak saya, kalau seorang buat, semua nak buat. Jadi saya pun bagi Aleeyah dan Aqeel tugas yang sama, TAPI ikut kemampuan masing-masing. Aleeyah dah boleh bina ayat sendiri, jadi saya cadangkan dia bina ayat sendiri. Manakala Aqeel suka nak menggunting. Jadi saya kasi dia menggunting. Hehehe. Apa-apa sahaja asalkan mereka bahagia! 🙂

Aleeyah's Book

Aleeyah buat sendiri ayat. Saya belajar daripada guru-guru di sini, bahawa saya perlu beri anak-anak kebebasan menulis, tanpa tergesa-gesa betulkan ejaan dan grammar dia. Dulu saya tak nampak kelebihan cara sebegitu, tapi Alhamdulillah saya nampak faedahnya sekarang. Saya nampak ia dapat bantu Aleeyah bina keyakinan diri untuk menulis. Kalau kita asyik betulkan, anak-anak akan takut untuk mencuba, dan halang ‘idea’ untuk ‘flow‘.

Yeaahh. Itu sahaja perkongsian kali ini. Ibu2 boleh gunakan gambar-gambar tersebut untuk buat buku seperti ini, sendiri. Atau boleh gunakan konsep yang sama untuk buat aktiviti selepas membaca apa-apa sahaja buku yang ibu2 ada di rumah. Dan saya sangat alu-alukan sebarang idea atau pengalaman ibu2 juga ya. Kita belajar sama-sama untuk didik anak-anak kita, In sha Allah. Semoga dapat beri manfaat kepada yang memerlukan. May Allah guide our children to the path He pleases the most. Jazakumullahukhairan. 🙂

Semoga ‘bertemu’ lagi.