A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


4 Comments

Bagaimana hendak ‘set up’ ‘Writing Corner’ di Rumah?

Assalamualaikum Mothers,

Alhamdulillah, we are back in Dubai, after 3 weeks of Eid holiday in Malaysia! πŸ™‚ We enjoyed and loveΒ Malaysia sooo much (and now I am feelingΒ homesick), but life goes on and whatever Allah decreed for us is the best! πŸ™‚ Alhamdulillah.

Balik cuti raya di Malaysia hari tu, saya berkesempatan untuk beli sedikit barang-barang stationery. πŸ™‚ Stationery di sini agak mahal, maka saya ‘hangkut’ berplastik plastik dari Malaysia. Bila dah beli barang-barang, saya kena fikirkan pula cara untuk ‘uruskan’ barang-barang tersebut. Sayang pula kalau dah beli tapi tak guna. πŸ™‚

Saya lebih gemar kepada konsep ‘open access. Di mana, saya lebih suka untuk anak-anak berpeluang untuk urusΒ dan gunakanΒ bahan-bahan atau material yang kami ada di rumah secara ‘independent‘ atau dengan pemantauan yang minima daripada saya. Kenapa?

Berdikari

Β May Allah help me, to be able to teach them to be independent..

  1. Saya perhatikan dengan cara ini, anak-anak lebih cenderung untuk mulakan sesuatu dengan sendiri (self-driven learning).
  2. Saya lihat ia perlahan-lahan dapat ajar mereka berdikari. Tidak perlu asyik mengharap saya untuk bawa atau buatkan sesuatu benda untuk mereka.
  3. Mereka lebihenjoy proses pembelajaran tersebut. πŸ™‚ Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang belajar (natural learning).
  4. Saya juga percaya ia membantu untuk mereka mengembangkan idea dan proses pembelajaran tanpa sekatan daripada pihak saya.
  5. Dan yang penting juga –> mereka boleh ‘cari’ dan pilih aktiviti yang mereka mahu buat di rumah, TANPA mengharapkan hiburan TV atau IPad. Hehehe. Sebenarnya saya tidak berapa gemar anak-anak untuk menonton TV atau main IPad dalam masa yang lama (saya cuba kawal tempoh masa dan jenis siaran. Tapi masih benarkan mereka tonton. Walaupun dikawal, saya lihat mereka boleh siap hafal dialog! Cepat sungguh budak2 ni tangkap ya?). Dan sebenarnya saya sendiri memang tak suka tengok TV (kalau suami outstation 4 hari, 4 hari lah saya tidak buka TV di rumah :P). Hihihi. Jadi, ini pilihan peribadi saya. Terpulang kepada pilihan masing-masing.. πŸ™‚
  6. Saya dapat buat kerja-kerja rumah dengan gembira πŸ™‚ kerana mereka ‘sibuk’ dengan aktiviti-aktiviti yang mereka pilih, maka saya tidak perlu kawal dan pantau anak-anak atau ajar anak-anak 24 jam. πŸ™‚ And yes, it allows me to rest too. Alhamdulillah! πŸ™‚

menulis

Kebolehan menulis bagi seseorang kanak-kanak berkembang perlahan-lahan, berperingkat-peringkat. Ia melibatkan kebolehan minda dan fizikal, maka tidak sesuai untuk dipaksa dalam masa yang singkat. Lebih molek sekiranya dibantu perlahan-lahan seawal usia ‘toddler’.

Maka,

Saya ‘set up‘ satuWriting Corner untuk menggalakkan minat mereka untuk menulis. Kadang-kadang saya lihat, belajar untuk menulis boleh buatkan kanak-kanak bosan atau benci untuk menulis (sekiranya kita push ikut cara orang dewasa, tanpa mengambil kira perkembangan minda dan fizikal mereka). Jadi, saya harap bila saya buat ruang sebegini, dan sediakan peralatan yang pelbagai (tidak terhad kepada pensil dan kertas) mereka dapat lihat menulis adalah sesuatu aktiviti yang menyeronokkan. Bukan sebaliknya. Biiznillah..

Di samping itu, anak-anak saya mempunyai kebolehan menulis pada tahap yang berbeza (Aqeel pada tahap menguatkan jari dan menulis bentuk-bentuk ringkas, Azeem baru mula nak menulis idea menggunakan perkataan-perkataan ringkas, manakala Aleeyah untuk praktis menulis idea dan karangan ringkas), maka, saya cuba untuk buat satu ruang yang sesuai untuk semua.

Writing Corner

Dapat idea daripada blog ini (dan beberapa blog oleh ibu/guru pendidikan awal kanak-kanak). TabarakAllah! πŸ™‚

Teaching 2 and 3 Year Olds

Ruang di rumah kami terhad, maka ruang menulis kami (‘writing corner‘) juga agak comel sahaja. Hihi. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah dengan apa yang ada. Saya gunakan apa sahaja yang ada di rumah dan cuma ‘re-arrange‘ sahaja. Dan dinding kami itu agak ‘cantik’ dengan beberapa lukisan Aqeel, maka saya tampalkan kad manila untuk ‘cover‘. Hihi, dan Alhamdulillah secara automatik, jadi ‘display board‘ untuk ruang menulis kami. πŸ™‚

Apa yang Diletakkan di ‘Writing Corner‘?

Okes, meh in sha Allah saya kongsikan apa yang saya letak di ruang tersebut ya. Ibu-ibu boleh ubahsuai mengikut pemerhatian ke atas minat anak-anak. Saya pun masih perhatikan apa yang mereka suka guna, dan in sha Allah akan tokok tambah kemudian berdasarkan keperluan. πŸ™‚

Semestinya, mesti ada kertas! Hihi. Saya sediakan kertas putih dan berwarna, pelbagai saiz dan jenis:

kertas kecil

Kertas bersaiz kecil dan stick-it-notes. Bentuk T-shirt pun ada. πŸ™‚

kertas besar

Kertas yang ‘besar’ ada di ‘seberang’. Tak dapat nak letakkan semua di ruang tersebut kerana ruang yang kecil. πŸ™‚

Buku Menulis

Saya juga letakkan buku untuk menulis dan jurnal berdekatan dengan ruang tersebut, supaya mudah mereka capai.

Selain daripada kertas, saya juga letakkan white board kecil untuk mereka menulis, dan magnetic writing padΒ yang mereka dapat percuma dalam kapal terbang. πŸ™‚

white board

magnetic writing pad

Tidak dilupakan, marker untuk menulis. Saya pilih untuk letak marker Aqeel di rumah tersebut, supaya mudah untuk dia belajar menulis. Pensil dan marker abang dan kakak, saya letakkan di ‘seberang’ (seperti di dalam gambar sebelum ini), iaitu dalam 2 set ‘drawer‘ kecil yang dapat dilihat di dalam gambar. Begitu juga dengan kesemua peralatan menulis dan stationery yang lain –> pensil warna, pemadam, sharperner dan sebagainya, kesemuanya di dalam drawer tersebut (saya label setiap drawer supaya tidak bercampur aduk).

marker

Β Bekas ni dibuat daripada ‘roll’ sellotape. Tak jumpa bekas lain, maka saya ambil je roll tersebut, balut dengan felt dan hias sket. Tadaaa! Boleh guna! Hihihi.

Dan untukΒ aktiviti menulis lebih menarik, saya tambah beberapa bahan seperti do-a-dot paint (easy painters),Β stamps (alphabet and others), stamp pad, stickers, labels, tapes, stencil untuk menulis, dan gam, supaya mereka dapat menulis secara kreatif. Gunting saya letakkan di ruang ‘art and craft‘ kerana saya tidak mahu mereka menggunting di ruang ini. Hehe.

stamps

stamps

kelengkapan

Bahan-bahan ini saya simpan dan susun di dalam rak comel dan letakkan di atas meja. πŸ™‚ Seperti biasa, saya labelkan. Ya, setelah buat sistem sebegini, saya lihat label sangat penting. A written reminder always works better than a constant verbal reminder untuk bantu anak-anak ikut sistem di rumah. Hihihi. Itu di atas pemerhatian saya lah. πŸ™‚

rak comel

Alhamdulillah, nampaknya anak-anak suka nak ‘spend‘ masa di ruang ini. Aqeel ialah orang pertama yang merasmikannya! πŸ™‚

menulis

‘Ninja’ pun suka menulis! πŸ™‚

TabarakAllah, kanak-kanak memang boleh ‘come up‘ dengan idea mereka sendiri, tanpa perlu ‘input’ daripada kita (orang dewasa), atau mungkin ‘input‘ yang minima. Maka, Alhamdulillah, saya lihat, ruang ini sesuai untuk 2 fungsi:

1. Sesi belajar menulis (berdasarkan tahap masing-masing), yang perlukan bimbingan dan bantuan saya.

2. Sesi menulis bebas, yang tidak langsung memerlukan input saya atau mungkin minima (seperti bantuan untuk mengeja dan sebagainya). Dan saya lihat sesi bebas ini yang banyak menarik minat mereka dan in sha Allah beri lebih banyak faedah daripada segi perkembangan minda dan kreativiti berbanding sesi yang dibimbing oleh saya.

jurnal Aqeel

Aqeel tulis jurnal. πŸ™‚

movie

Aleeyah siap tampal dan tulis ni. Saya tak tahu daripada cerita apa sebab saya tak suka tengok movie.. Hehe

shopping list

Siap main jual-beli. Azeem dari England. Hihi. πŸ™‚

jack frost

Semangat Azeem nak mengeja ‘Jack Frost‘! πŸ™‚

Yeaahh.. Itu lah beberapa aktiviti yang anak-anak buat sendiri di ruang menulis baru kami. Alhamdulillah nampak mereka suka dan nak gunakan secara aktif. Apabila letak semua (hampir semua, belum lengkap) keperluan di satu tempat, mudah untuk anak-anak capai dan ‘zahir’kan idea mereka. In sha Allah. Saya perlu terus perhatikan bagaimana ruang ini dapat bantu mereka untuk minat menulis. May Allah help me.

menulis

Fokus! Masing-masing pilih apa nak buat. Dan ya, saya juga letakkan beberapa hasil kreatif mereka di ‘display board’ ruang tersebut. Penting sebenarnya untuk pamerkan hasil kerja anak-anak, kerana mengikut kajian, ia dapat membantu membina keyakinan diri kanak-kanak. Biiznillah.

Oh ya, satu perkara yang agak penting juga. Untuk pastikan ruang ini terus berfungsi, saya lihat amat penting untuk latih anak ‘housekeeping’, iaitu, ambil dan letak semula barang-barang di tempat asal, mengikut label. Dan perlu tahu untuk buang segala sampah yang di’hasil’kan. Hihi. Saya letakkan satu bekas sampah berhampiran ruang ini (tiada dalam gambar). Kalau tidak, ibu akan jadi sangat penat. πŸ™‚ Walaubagaimanapun, tidak boleh mengharapkan kesempurnaan. πŸ™‚ Mana-mana yang mereka dapat buat, Alhamdulillah. Perlahan-lahan in sha Allah mereka dapat ‘maintain’ self-housekeeping di rumah. Saya pun masih dalam proses belajar dan mengajar anak-anak. May Allah help us! πŸ™‚

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga dapat memberi idea kepada ibu2 yang memerlukan. Dan seperti biasa,Β saya sangat menggalakkan perkongsian daripada ibu2 juga, supaya kita dapat belajar sama-sama. πŸ™‚ May Allah help us to enjoy raising our children, for His sake. πŸ™‚ Jazakumullahukhairan.

anna frozen

Anna (Frozen) pun suka ruang ni juga! Hihi. πŸ™‚

Advertisements


Leave a comment

Cara Seronok untuk Bantu Anak Membina Ayat – Buat Poskad!

Hari ni kami buat poskad! πŸ™‚

Cikgu Aleeyah ada beri satu homework untuk dibuat semasa cuti Eid-ul-Adha ini. Setakat ini, saya suka dengan homework sekolah Aleeyah. Hehe. Homework yang pertama dulu, dia perlu reka superhero. Dan kini yang terbaru ialah – Buat Poskad! Idea-idea menarik yang buat kanak-kanak teruja dan tidak bosan nak buat.

Objektif:

  • Supaya Aleeyah tahu bahawa dia perlu menggunakan huruf besar bagi huruf pertama, di permulaan ayat.
  • Membiasakan diri untuk letak titik noktah di akhir ayat.

writing

Nampak ringkas, tetapi bagi kanak-kanak awal usia seperti Aleeyah, saya perlu bantu dia langkah demi langkah supaya dia faham apa yang dia sedang buat.

Idea Must Come from Aleeyah

Saya mahu idea dan perkataan ‘keluar’ daripada Aleeyah sendiri. Saya cuba untuk galakkan dia berfikir secara aktif bagi setiap tugasan yang dia perlu buat, bukan untuk mengharapkan saya ‘suap’ dia sentiasa. Memang cara ini akan memakan masa yang lebih lama, dan kesabaran yang lebih kerana saya perlu bimbing dia dari mula hingga akhir. Lebih mudah dan cepat kalau saya cuma tulis ayat, dan dia salin. Tetapi saya percaya dia tidak akan belajar sekiranya saya ‘suap’ dia sebegitu. She needs to actively think and manage her own work. May Allah grant me patience to be steadfast.

idea-clipart

1. Senaraikan tempat yang dilawati.

Langkah pertama, saya minta Aleeyah tuliskan semua aktiviti2/tempat2 yang kami telah lawati sepanjang seminggu ini. Ada sedikit kekangan, bila Aleeyah kata,

Mama, I don’t know how to spell those places.” Dan saya cuma kata,

It’s OK. Don’t worry about the spelling. Just write whatever you can. And you can refer to picture in my phone, kalau ada tulis nama tempat.”

*Apa yang saya perhatikan, apabila anak saya buat begini, maknanya ialah dia sedang berada dalam ‘zon’ kurang yakin. Dia takut salah. Apabila takut, ia menjadi penghalang untuk dia mencuba.Β Saya lihat di sini, cikgu-cikgu tak marah sekiranya mereka buat silap. Saya pernah berborak dengan cikgu Aleeyah di Foundation Stage, dan dia beritahu saya bahawa di kelas, dia kadang-kadang memang sengaja buat salah seperti salah tulis, atau salah eja. Untuk tunjukkan kepada kanak-kanak bahawa bukan satu ‘dosa’ untuk buat kesalahan (Ini kesalahan dalam pembelajaran akademik, bukan kesalahan disiplin. Saya lihat mereka memang ambil berat tentang sikap dan disiplin kanak-kanak). Mereka gunakan pendekatan ini untuk jadikan kanak-kanak seorang yang berani mengambil risiko. Pendekatan yang biasanya saya cuma baca secara teori. Saya suka apabila berpeluang untuk lihat ia digunapakai.*

mistakes

Maka, dia pun senaraikan tempat-tempat yang dia ingat.

Senarai tempatPerkataan terakhir mama yang tulis sebab nak cepat, kena masak! πŸ˜›

Memang ada kesilapan ejaan di sana sini. Dan saya tidak betulkan langsung ejaan tersebut. Saya cuba untuk lakukan ini seperti ‘brain storming activity‘, di mana, kita tidak boleh betulkan atau bangkang cadangan orang. Ia akan membantutkan idea untuk berfikir. Hihihi. Mama kena jadi macam Project Manager, OK! πŸ˜›

2. Pilih yang Paling Disukai

Saya minta Aleeyah pilih 2 aktiviti yang paling dia suka. Dia pilih ‘Beach‘ dan ‘Cafe Ceramique‘. Sebenarnya cikgu suruh buat satu je. Dan Aleeyah pun baru je siapkan satu poskad, maka saya kongsi proses untuk menulis satu poskad sahaja ye – ‘Beach’.

3. Print Gambar Poskad

Untuk buat aktiviti ni lagi menarik, saya print gambar2 Aleeyah di pantai dan Cafe CeramiqueΒ untuk dijadikan poskad. πŸ™‚ Sebenarnya cikgu dia suruh tulis atas kertas kosong sahaja, tapi rasa macam tak syok. πŸ˜›

postcards

4. Bina AyatΒ 

Mula-mula, saya minta Aleeyah bina ayat secara lisan. Pada awalnya, saya tidak beri contoh ayat. Saja nak tengok kebolehan Aleeyah mengeluarkan idea sendiri. Tetapi saya lihat dia agak blur, maka saya mulakan dengan ayat, “I went to..” Kemudian, secara lisan, Aleeyah bina ayat berdasarkan pengalaman dia tempoh hari. Seterusnya, dengan bantuan, Aleeyah bina ayat dan tulis di atas kertas.

bina ayat

Sekali lagi, saya biarkan sahaja Aleeyah tulis mengikut ejaan yang boleh dia fikirkan. Saya tidak mahu dia patah semangat apabila saya terus betulkan kesalahan dia semasa dia sedang ‘mengeluarkan’ idea.

5. Periksa Ejaan

Selepas Aleeyah habis tulis ayat-ayat yang hendak ditulis, baru saya cadangkan kepada Aleeyah untuk periksa beberapa ejaan dia. Dan sekali lagi, saya tak nak ‘suap’ Aleeyah. Saya minta Aleeyah fikir kembali ‘bunyi’ gabungan huruf secara phonics dan ‘rujuk’ kepada dictionary (dengan bantuan saya kerana Aleeyah belum menguasai skil untuk cari perkataan dari dictionary).

betulkan ejaanSaya bulatkan perkataan-perkataan yang boleh diperbaiki.

ejaanAleeyah betulkan ejaan dia. Ini berdasarkan bunyi ‘phonics‘ yang dia pernah belajar.

rujuk kamusRujuk dictionary untuk perkataan-perkataan yang dia belum boleh eja secara phonicsΒ seperti sand castle.

6. Tulis Semula

Langkah seterusnya, Aleeyah tulis semula ayat-ayat yang dia telah bina, dengan ejaan yang telah diperbetulkan. Semua perkataan adalah daripada Aleeyah, kecuali satu – ‘built’. Sepatutnya saya tak boleh buat camtu. Tapi nak buat jugak! Hihihi. Dan saya juga betulkan sedikit grammar. Hihihi. Dan kali ini, saya perlu ingatkan Aleeyah supaya dia menggunakan huruf besar (capital letter) untuk huruf pertama di awal ayat, dan menggunakan titik noktah di akhir ayat.

7. Tulis di atas Poskad!

Yeeaaahhh! Now she can write on the postcard! Aleeyah tulis poskad untuk cikgu dia!

tulis poskad

8. HASILNYA!

Alhamdulillah, siap jugak satu poskad hari ni! Inilah hasilnya. Untuk lagi syok, saya print setem Dubai sekali! A fun and a ‘different’ way to learn to write..

Poskad

poskad

Banyak lagi yang perlu saya baiki, untuk ajar Aleeyah membina ayat. Sebenarnya, bahasa bukanlah ‘bidang’ saya. Rasanya sesiapa yang baca blog ni boleh kesan dari awal lagi. Hihihi. But still, I need to help my children, as much as I can. So, I need to learn too.Β Semoga dapat beri idea kepada yang memerlukan. Dan kepada sesiapa yang hendak berkongsi cara yang dibuat di rumah atau di sekolah, untuk membantu kanak-kanak kecil membina ayat, please do share ya. πŸ™‚

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Jazakumullahukhairan! πŸ™‚


Leave a comment

Mama, I can Write My Name!

Azeem Belajar Tulis Nama! πŸ™‚

Di sekolah Aleeyah dan Azeem, kanak-kanak (sejak berumur 3 tahun) di ajar perlahan-lahan untuk menguruskan diri mereka sendiri.Β Mereka perlu tukar baju sendiri, pergi ke tandas, uruskan beg dan lunch box, makan dan minum, dan sebagainya. Kesimpulannya, saya lihat mereka mahu kanak-kanak belajar menguruskan diri sendiri semaksimum mungkin, dengan minimum pertolongan daripada orang dewasa.

School

Kebanyakan peralatan sekolah adalah ‘child friendly

Saya lihat, di antara cara untuk melaksanakan sistem pengurusan diri sendiri ini dengan berkesan ialah – labelkan tempat-tempat dan barang-barang tertentu dengan nama setiap pelajar. Contohnya seperti ruang untuk letak beg dan lunch box di bawah ini.

image

And guess what, Azeem did not know how to spell his name!! Huhu. Azeem pun belum kenal huruf sangat lagi.. πŸ™‚ Ni antara kerja terawal Azeem, dia tulis nama dia ‘Am‘! πŸ˜›

Am

Kemudian, saya lihat ada ‘tambahan’ huruf sedikit, jadi ‘Aeem‘. Hihihi. Kesian pulak saya tengok. Maka, saya pun cuba ‘tiru’ cara cikgu dia – buat latihan ‘menulis’ nama. Setiap pagi (kalau siap awal), Azeem praktis tulis nama dia. Dan di sekolah sudah pasti memang setiap hari cikgu dia buat.

Aeem

Aeem!! πŸ™‚

Tulis Nama

Sekolah Azeem menggunakan tulisan ‘cursive‘, jadi di rumah saya juga perlu ajar mereka menggunakan tulisan ‘cursive‘.

Tulis Nama On Board

Bila nampak dia sudah ada keyakinan sedikit, saya beri galakan untuk dia tulis di atas ‘board‘. Tulis sendiri, tanpa ada ‘dot dot’ untuk di’trace‘.

SubhanAllah! Alhamdulillah, dalam sebulan, dapatlah dia tulis nama dia sendiri, independently, tanpa bantuan orang dewasa dan tanpa ‘dot dot’. Dan sebenarnya dia tak kenal pon lagi huruf tu semua! LOL! Tapi oleh kerana dia tulis setiap hari, dia dah hafal! Dan dalam masa yang sama, bila dia belajar huruf ‘e’ contohnya, dia pernah cakap, “Mama, this is like my name!”

Azeem

Isn’t it wonderful to see how our kids learn? They are like sponges! Absorb anything we give them.. πŸ™‚Β Lain budak, lain perkembangannya. Saya tak boleh nak bandingkan dia dengan kawan-kawan dia, atau Aleeyah, kerana perkembangan otak masing-masing berbeza. So I keep telling myself – Why worry? Chill and enjoy the moment! πŸ™‚

Dan sekarang dia sudah mula belajar Arabic, dan adakalanya inilah pulak yang terjadi! Hahaha

Terbalik

It’s OK, take your time, son! πŸ™‚ May Allah make it easy for you..

This is what we did..

Skil yang diperlukan: Anak boleh pegang pensil.

1. Print page seperti ini. Klik link di bawah gambar untuk download ya:

Name Writing

http://www.sparklebox.co.uk/thumbs311-315/sb313prev.html#.UlL2yVBOKxl

2. Tulis nama anak guna marker.

3. Laminate. Sediakan satu white board marker..

4. Anak tulis setiap hari, guna white board marker. Boleh dipadam, jadi boleh diguna berkali-kali. Tulis sekali sehari pun dah memadai…

Kadangkala, cuba beri galakan untuk anak tulis di atas kertas kosong. Mungkin ada anak yang ‘mengelak’. Apa yang saya perhatikan, anak saya mengelak kerana dia kurang yakin, bukannya sebab malas atau apa. Dia tak mahu salah. Maka, saya suka beritahu mereka, “It’s OK if we make mistakes. That is how we learn.” Kalau tulis satu huruf pun takpa. Terus je praktis..Hihihi

Link ni lagi best, boleh edit dan print terus nama anak! πŸ™‚

Name Editable

http://www.sparklebox.co.uk/thumbs316-320/sb319prev.html#.UlL4ZlBOKxk

And they will be super happy to be rewarded with this certificate! InsyaAllahΒ πŸ™‚

Cert Write Name

http://www.sparklebox.co.uk/3351-3360/sb3357.html#.UlL9xFBOKxl

Itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga dapat memberi manfaat. Jazakumullahukhairan πŸ™‚


3 Comments

Jom Tolong Anak-Anak Mengeja (Spelling)!

Alhamdulillah, sesi persekolahan 2013/14 telah bermula.Β Di sini, sesi persekolahan bermula pada bulan September. Bulan Jun sehingga bulan Ogos adalah cuti musim panas. Anak-anak kami bersekolah di salah satu sekolah aliran British di sini. Mengikut sistem British, Tahun 1 (Year 1) bermula apabila kanak-kanak telah mencapai usia 5 tahun.Β Maka, Aleeyah telah secara ‘rasminya’ memasuki alam ‘Primary School‘. πŸ™‚

Hello school!

Aleeyah (Year 1) dan Azeem (Foundation Stage 2)

Nampaknya, bermula Tahun 1, sistem pembelajaran ke arah ‘akademik’ atau mungkin juga boleh dipanggil ‘pembelajaran berstruktur’ lebih ditekankan, berbanding sistem pembelajaran yang agak ‘bebas’ semasa dia berada di Foundation Stage.

Pelajar Tahun 1 sudah mula perlu buat homework di rumah, seminggu sekali. Dan mereka juga sudah mula buat latihan Ejaan!

1

Maka, bermulalah ‘tugas’ saya membantu Aleeyah untuk mengeja! πŸ™‚ Di sini, saya kongsikan langkah2 yang saya lakukan di rumah untuk membantu Aleeyah mengeja. Alhamdulillah saya lihat, sedikit sebanyak dapat membantu dia. Semoga dapat memberi idea kepada ibu2 yang memerlukan.

Sedikit Pengenalan Tentang Mengeja

Mengeja, pada pandangan saya adalah satu skil yang lain daripada membaca. Walaupun ia berkait rapat, skil ini selalunya tidak diperolehi pada masa yang sama oleh kanak-kanak. Selalunya kanak-kanak dapat menguasai skil membaca terlebih dahulu, kemudian baru mengeja. Oleh kerana untuk mengeja, kanak-kanak juga perlu menulis perkataan tersebut, maka satu lagi skil yang mereka perlu ada ialah – kebolehan menulis huruf. (Yes, we really need to think in detail, so we can understand and be patient :))

N

I think this road map is wonderful to give us a guideline for reading and spelling readiness for our children. Spelling comes later, down the road (age 5-6 years). Credit to brightstart for preparing this summary for us.Β (Maaf sekiranya tulisan tidak cukup besar. Sekadar hendak tunjuk gambaran ‘milestones‘ membaca dan mengeja)

Saya suka hendak kategorikan ejaan bagi perkataan-perkataan English kepada 2 jenis:

1. Perkataan yang boleh dieja secara phonics, contohnya ‘sat’, ‘brick’, ‘spots’. Apabila kanak-kanak sudah dapat menguasai bunyi setiap huruf dan mempunyai ‘skil’ untuk mencantumkan bunyi-bunyi setiap huruf untuk menjadi perkataan, insyaAllah agak mudah mereka mengeja perkataan-perkataan di dalam kategori ini.

3

2. Perkataan-perkataan yang perlu dihafal. Perkataan-perkataan ini susah hendak dieja dengan menggunakan kaedah phonics, seperti contoh ‘the’ dan ‘me’.

4

Bagi jenis (1), ada juga kanak-kanak yang dapat mengeja perkataan-perkataan tersebut menggunakan teknik hafalan, walaupun kanak-kanak tersebut belum kenal huruf atau belum menguasai bunyi-bunyi huruf dalam sistem phonics. Konsepnya adalah sama seperti apabila anak-anak dapat menulis nama mereka, sebelum mereka mengenal huruf.

Seperti contoh, Alhamdulillah, Azeem sekarang sudah boleh menulis namanya sendiri. Tetapi dia sebenarnya belum lagi betul-betul kenal huruf. Ini adalah kerana dia sering lihat namanya tertulis di mana-mana, dan hampir setiap hari Azeem berlatih tulis ‘Azeem’ di sekolah dan di rumah. Maka, sekarang dia sudah hafal bagaimana hendak tulis nama sendiri, tanpa bantuan. πŸ™‚

Name writing

Secara peribadi, saya perhatikan kaedah phonics sangat banyak membantu kanak-kanak untuk mengeja dengan mudah. Apabila mereka betul-betul faham konsep bunyi tersebut, insyaAllah berikan apa sahaja perkataan, mereka boleh eja (mungkin dengan sedikit bantuan orang dewasa).

Okesss..Moh kita mengeja! πŸ™‚

1. SET MINDA

5

Spelling is fun! Fun for my children! Fun for me!

Seringkali sebelum bantu anak2, saya cuba tukar cara saya berfikir. Supaya saya dapat bantu mereka belajar tanpa perlu ‘menekan’ mereka.

Saya TIDAK BOLEH:

  • Letak harapan dan letak target masa yang tidak wajar. Contohnya: Wajib kuasai kebolehan untuk mengeja 5 huruf pada satu sesi.Β Sekiranya saya ada ‘target’ ini di minda saya, saya akan jadi tertekan sekiranya Aleeyah tidak dapat buat apa yang saya harapkan.
  • Set tempoh masa untuk Aleeyah belajar.
  • Paksa Aleeyah untuk teruskan sesi belajar sesuka hati saya.
  • Mengharap pencapaian atau penghargaan, seperti contoh mengharap Aleeyah akan dapat 100% betul, mengharap Aleeyah akan menjadi yang terbaik di kelas, mengharap guru untuk puji Aleeyah atau saya kerana ‘kepandaian’ Aleeyah, dan sebagainya.
  • Rasa malu kat orang! Ni saya kena buang jauh2! Hidup dipengaruhi dengan ‘apa orang kata’ tidak dapat membantu dalam kehidupan, malah ia cuma memberi tekanan dan ketidakbahagiaan. Yang penting ialah apa Allah kata. SubhnaAllah, mudah nak ckp dan ditulis, tetapi cuma Allah yang dapat bantu untuk saya buang rasa ni jauh-jauh..

Berdasarkan pengalaman, sekiranya saya lakukan perkara TIDAK BOLEH di atas, kedua-dua pihak tertekan – ANAK dan SAYA!Β 

AE0HCC

Sebaliknya, saya PERLU:

  • Bantu Aleeyah secara ikhlas, tanpa ‘demand’Β ‘outcome‘ yang sempurna daripada Aleeyah.
  • Konsisten dengan target perkataan-perkataan yang perlu dikuasai, dan bantu Aleeyah sehingga dia dapat kuasai. Ikut kemampuan Aleeyah sendiri.
  • Tidak set tempoh masa untuk setiap sesi. Boleh jadi 5 minit, atau 10 minit atau 15 minit. Mengikut kemampuan Aleeyah untuk ‘bertahan’. πŸ™‚ Saya dapati, masa singkat yang berkualiti adalah jauh lebih baik daripada masa yang lama tetapi penuh dengan paksaan, drama dan tangisan. Rule of the Thumb yang saya guna – Berhenti atau tukar aktiviti apabila nampak anak sudah mula penat atau kurang berminat.
  • Sabar
  • Beri galakan kepada Aleeyah.

Independent writing

Saya suka dengan cara guru-guru di sekolah tersebut yang tidak terburu-buru untuk memastikan kanak-kanak mengeja dengan sempurna. Saya lihat mereka lebih fokus kepada membina keyakinan diri kanak-kanak untuk menulis dan mengeluarkan idea, daripada memastikan setiap ejaan adalah tepat. Ini hasil penulisan Aleeyah semasa dia di Foundation Stage.

“In teaching young children, the result is not important, it is the process that matters!”

2. SET RUTIN

Saya lakukan sesi ‘ejaan’ semasa sesi belajar mereka. Elaboration ini mungkin ada ‘tersasar’ sedikit daripada tajuk, tetapi saya rasa ingin kongsi kerana saya rasa ia sangat perlu – set rutin!

Walaupun tiada tempoh masa untuk belajar (saya tidak tetapkan tempoh 30 minit atau 1 jam), saya cuba sedaya upaya supaya mereka ada satu sesi belajar setiap hari. Samada membaca, atau mengira, atau mewarna, ‘painting‘, pembelajaran komputer, mengeja, bak kata apa sahajalah yang anak-anak nak buat. Tempoh masa adalah berdasarkan ‘ketahanan’ mereka. Apabila saya nampak mereka sudah mula hilang minat, saya selalunya akan tukar akvitivi atau berhentikan sesi belajar. Biasanya, sesi belajar kami cuma 5 minit, dan ada juga mungkin boleh bertahan sehingga 1 jam bila mereka suka dengan aktiviti yang mereka buat.

Learning Session

Berdasarkan pengalaman dengan anak-anak, adalah lebih mudah untuk memastikan anak-anak berterusan membaca, atau belajar apabila waktu belajar di’masukkan’ dalam jadual harian atau dipanggil rutin. Contohnya:

  • Pulang dari sekolah
  • Berehat (Lebih kurang 10 minit. Kalau lebih daripada itu selalunya jadual akan tersasar :P)
  • Mandi
  • Minum petang
  • Sesi Belajar
  • Berehat – Main/Tengok TV/Ipad
  • Dan seterusnya..

Saya lebih selesa sekiranya saya tidak menetapkan tempoh masa untuk setiap aktiviti. Yang tetap cuma susunan. Jadual ini cuma untuk menjadikan sesuatu aktiviti adalah rutin untuk anak-anak saya.

8

This is super cute! Tak pernah ada macam ni! Rasa nak buat jugak! πŸ™‚

Kanak-kanak memang memerlukan rutin. Kanak-kanak lebih selesa dengan keadaan di mana mereka boleh ‘jangka’ atau predict sesuatu perkara. Ia membuatkan mereka rasa selamat. Selain daripada itu, adalah lebih mudah untuk saya mengurus dan mengawal anak-anak kerana mereka sudah tahu ‘what to do next.’ . Maka, tiada drama untuk Β memulakan sesuatu perkara. Saya rasa ibu2 yang lain pasti pernah lalui, sekiranya anak2 tidak biasa membaca, adalah sangat-sangat susah nak suruh mula membaca! Dan juga sangat susah hendak suruh anak tidur awal sekiranya mereka tidak biasa dengan rutin!

Tetapi apabila ia menjadi Β rutin, insyaAllah senang.

9

Gambar hiasan

Sebuah artikel yang dapat beri sedikit gambaran tentangΒ “Why children needs routine?”

http://www.ahaparenting.com/parenting-tools/family-life/structure-routines

Walaubagaimanapun, saya tidak begitu ‘strict‘ sehingga rutin mereka ‘wajib’ dilaksanakan setiap hari. Adakalanya, kami ‘lari’ daripada rutin, seperti contoh pergi ‘shopping mall’. πŸ™‚ Tetapi saya cuba untuk rutin dilaksanakan sekerap mungkin supaya ia berterusan. Apabila rutin di’berhenti’kan untuk masa yang lama, masyaAllah untuk memulakan semula, memerlukan tenaga!

Dan juga saya tidak boleh terlalu strict kepada diri sendiri sekiranya sesetengah rutin tidak dapat dilaksanakan, di atas sebab2 tertentu. Seperti contoh apabila Aqeel dengan ‘jayanya’ menabur air di pelusuk rumah, atau ada yang ter’kencing’, ada yang sakit, dan banyak lagi. Kerana ini realiti. Semua ibu lalui situasi yang tidak dijangka, terutamanya apabila ada anak-anak kecil berumur 3 tahun ke bawah. Sekiranya saya terlalu strict, saya akan tertekan. Hidup tidak perlukan tekanan πŸ™‚ Ini saya panggil ‘stress management‘. Hihihi.

10

πŸ™‚

Jadi kesimpulannya, rutin yang dilaksanakan kenalah balance – dituruti tetapi tidak terlalu strict sehingga beri tekanan samada kepada anak-anak atau saya sendiri! Yang penting – Enjooyyy!! πŸ™‚ Walaubagaimanapun, I have to admit, banyak lagi saya perlu lakukan dan tingkatkan berkenaan dengan rutin anak-anak. May Allah make it easy for me! πŸ™‚

Ada juga kadangkala, kami lakukan aktiviti mengeja pada bila-bila masa yang Aleeyah mahu. When we have the time, why not use the time wisely! πŸ™‚

3. SEDIAKAN SENARAI PERKATAAN

OK. Now we go to the actual business – spelling! πŸ™‚

Senarai perkataan untuk dieja Aleeyah adalah daripada dua sumber:

a. Pemilihan perkataan2 secara rawak

Selalunya ini untuk bantu Aleeyah mengeja perkataan-perkataan yang sering digunakan di dalam ayat, atau lebih dikenali sebagai sight words seperti ‘and‘, ‘the‘, dan ‘said‘. Apabila Aleeyah sudah biasa mengeja perkataan-perkataan ini, ia akan memudahkan Aleeyah untuk membina ayat. Setakat ini, saya lihat guru Aleeyah beri senarai perkataan ‘sight words‘ atau mereka panggil ‘tricky words‘ untuk latihan ejaan.

Perkataan-perkataan ini ada yang boleh dieja secara phonics (seperti ‘from‘, ‘said‘) dan ada juga yang perlu dihafal (seperti ‘the‘, ‘me‘, ‘here‘)

Spelling

If you are interested, here is the link! πŸ™‚ Senarai perkataan boleh di’edit‘ mengikut apa sahaja perkataan yang kita mahu.

http://www.sparklebox.co.uk/5131-5140/sb5132.html#.Uk8B44ZOKxk

11

Contoh senarai sight words

Link ini pula berikan senarai high frequency words atau sight words yang biasa diperkenalkan kepada kanak-kanak awal usia. Untuk panduan kita :):

http://www.sparklebox.co.uk/literacy/vocabulary/word-mats.html#.Uk8TAIZOKxk

b. Pemilihan perkataan2 daripada buku yang dibaca

Saya dapati aktiviti mengeja selalunya lebih seronok apabila dibuat selepas Aleeyah membaca sesebuah buku. Setiap minggu, Aleeyah bawa pulang sebuah buku siri membaca (bertahap) yang diberikan oleh guru.

Reading book

Setiap kali selepas membaca, kami akan buat aktiviti mengeja. Kadangkala, kami juga buat aktiviti mengeja daripada buku-buku cerita di rumah, yang Aleeyah pilih. Yang saya lihat, aktiviti ‘mengeja selepas membaca’ ini dapat bantu Aleeyah mengukuhkan pemahaman untuk membaca dan mengeja menggunakan phonics.

4. ‘SAYA LIHAT, SAYA HAFAL!’

Lebih kerap kanak-kanak lihat, lebih senang dan cepat mereka hafal. Jadi, senarai perkataan untuk dieja, terutamanya yang diberikan oleh guru, saya pamerkan di ‘papan kenyataan’ di ‘mini school‘ kami di rumah (hihi). Yang warna ungu untuk Aleeyah, dan hijau untuk Azeem. πŸ™‚

Mini school

Mini school‘ kami di rumah. Gambar selepas saya ‘kemaskini’ mini school tempoh hari.

Senarai perkataan saya tampalkan di ‘papan kenyataan’ Aleeyah untuk dia lihat setiap hari.

List of spelling

Walaubagaimanapun, saya buat senarai seperti di atas untuk Aleeyah kerana dia sudah boleh mengeja perkataan-perkataan tersebut. Cuma untuk ‘refresh’ kembali. Sekiranya perkataan-perkataan baru, saya perhatikan senarai seperti di atas adalah kurang sesuai. Semasa Aleeyah baru belajar ‘sight words‘, saya sediakan senarai seperti di bawah ini. Lebih besar ‘font‘ perkataan, lebih baik!

sight words

Tak perlu buat sendiri kad ni! You just can go to this link and pick any of the design you wish! πŸ™‚

http://www.sparklebox.co.uk/literacy/vocabulary/#.Uk8L1YZOKxl

5. BACA dan EJA

Kebiasaannya, sekiranya aktiviti mengeja dibuat berdasarkan senarai perkataan, saya buat 2 salinan senarai perkataan. Satu untuk ditampal, satu lagi untuk Aleeyah pegang, baca dan tulis.

Saya rasa ada dua situasi untuk bahagian ini:

Situasi 1: Anak boleh baca kesemua perkataan-perkataan yang diberikan.

Aktiviti mengeja lebih senang sekiranya anak-anak boleh membaca kesemua perkataan yang diberikan. Yang perlu saya buat dengan Aleeyah ialah:

  • Pecahkan senarai perkataan kepada bilangan yang lebih sedikit bagi setiap sesi. Saya selalu buat dalam 3 ke 5 perkataan sahaja untuk satu sesi.
  • Tunjukkan senarai perkataan (3 atau 5 perkataan).
  • Aleeyah baca setiap perkataan, dan saya pastikan bunyi adalah betul.
  • Kemudian saya kata, “OK Aleeyah, now you look at the words. Write three times for each wordΒ (boleh lihat perkataan yang hendak dieja), and tell me when you are done.”

Hahaha! Jadi saya dapat ‘lari’ buat kerja rumah yang lain atau ‘entertain‘ anak-anak yang lain. (hahaha! saya harap ibu2 yang lain dapat membayangkan bahawa saya bantu Aleeyah ini bukanlah dalam suasana yang ideal seperti di sekolah. Kebiasaannya semasa sesi belajar, Azeem dan Aqeel ada bersama. Jadi, saya perlu bahagikan masa. Ada juga masa kadang-kadang saya sedang lakukan perkara lain seperti sedang memasak, mengemas, bersihkan Aqeel yang ‘poo poo’, Aqeel conteng dinding, atau apa sahaja).

12

Dengan menulis perkataan tersebut beberapa kali dengan sendiri, ia dapat membantu Aleeyah menghafal ejaan perkataan tersebut.

Boleh gunakan list ini untuk mengeja. Seperti yang disebut, untuk sesi pertama, mungkin 3 perkataan sahaja. Contohnya: ‘was’, ‘little’ dan ‘all’. Bilangan perkataan pada satu sesi bergantung kepada anak-anak kita. Kalau perkataan-perkataan yang senang pada mereka (senang pada mereka ya, bukan senang pada kita), mungkin bilangan yang lebih banyak tidak menjadi masalah. Cuma perlu ‘lihat’ tanda-tanda kebosanan.

Spelling

Selepas itu kami akan lakukan aktiviti mengeja. Mudah sahaja. Seperti yang biasa kita lakukan di sekolah dahulu:

  • Saya pegang senarai perkataan.
  • Saya sebut perkataan dengan jelas, supaya dia dapat ‘tangkap’ bunyi-bunyi huruf. Ini sangat penting untuk memudahkan dia mengeja.
  • Aleeyah tulis perkataan tersebut di dalam buku ‘Spelling‘.
  • Saya ‘check‘ ejaan Aleeyah.

20130929_101734

Sekarang saya mula latih Aleeyah untuk tulis dalam buku garis sebegini, supaya Aleeyah dapat tulis huruf dengan betul. Tetapi semasa Aleeyah baru belajar mengeja, saya cuma berikan dia kertas kosong. Saya lihat Aleeyah agak tertekan untuk berfikir tentang ejaan dan tulisan pada masa yang sama. Setelah saya lihat dia sudah boleh mengeja, barulah saya cuba perlahan-lahan bantu tulisan dia pula dengan menggunakan buku sebegini.

Kalau ada yang salah?

Kalau ada yang salah, tidak mengapa. Biasanya:

  • Saya beri Aleeyah lihat semula perkataan-perkataan yang dia salah eja.
  • Tulis 3 kali.

Kemudian kami tamatkan sesi dan beritahu dia “Well Done!InsyaAllah we will do again tomorrow ya! Dan berikan Aleeyah sticker untuk usaha dia! πŸ™‚

20131005_122935

Sticker Chart Aleeyah (ini bukan semuanya untuk ejaan ya. Ini untuk macam2! Hihi)

Selalunya aktiviti mengeja ini sekejap sahaja. Dalam 5 ke 10 minit. Saya jarang buat lebih lama daripada itu. Ia akan buat Aleeyah bosan. Yang penting ialah konsisten. Apabila konsisten, saya perhatikan, impaknya lebih berkesan walaupun dibuat dalam tempoh yang sangat singkat.

Situasi 2: Anak tidak dapat baca beberapa atau kesemua perkataan-perkataan yang diberikan.

Aktiviti mengeja selalunya akan menjadi sedikit ‘mencabar’ apabila anak tidak dapat membaca perkataan-perkataan yang diberikan. Ini yang selalu buat ibu bapa hilang sabar..Hihihi. Pada pendapat saya, perlu bantu anak baca dulu perkataan tersebut. Sekiranya tidak dapat baca, memang susah nak eja! Situasi ini adalah seperti situasi Aleeyah semasa baru belajar mengeja dahulu, dan situasi Azeem sekarang. Nak mulakan agak susah, tetapi insyaAllah sikit-sikit, selepas itu menjadi mudah.

13

a. Bagi perkataan-perkataan yang perlu dihafal (tidak dapat dieja secara phonics)

Step 1

Print dengan besar perkataan-perkataan tersebut. Pamerkan (seperti yang diterangkan dalam bahagian 4. ‘SAYA LIHAT, SAYA HAFAL!’ di atas). Kalau boleh pamerkan dalam tempoh yang panjang (tidak terlalu panjang sampai jadi ‘tukun’..hihih) di tempat yang anak-anak selalu ‘lepak’.

Step 2

Baca dan tunjuk perkataan-perkataan tersebut setiap hari.

Step 3

Bantu anak tulis semula perkataan tersebut. Dulu saya guna kertas kosong je. Worksheet sebegini dapat membantu. InsyaAllah. Klik link untuk download ya.

Spelling Easier

http://www.sparklebox.co.uk/1241-1245/sb1245.html#.Uk_Q7YZOKxl

Sekiranya mahu anak sendiri yang buat card dan tampal/pamerkan hasil tulisan anak, lebih bagus. Anak-anak akan rasa seronok dan lebih mudah ingat perkataan-perkataan tersebut.

Step 4

Ulang setiap hari sehingga anak boleh kuasai. Kita juga perlu konsisten untuk bantu (memang mencabar terutama bagi ibu2 yang mempunyai anak-anak kecil atau anak-anak yang ramai). Only Allah can help us..

BONUS

Sekiranya ibu2 ada buku2 seperti di bawah, iaitu buku yang ditulis khas untuk kanak-kanak menguasai sight words, adalah lebih bagus. Di setiap muka surat, perkataan-perkataan sight words yang sama diulang-ulang.

20131005_141125

Buku ini saya beli di Scholastic di Malaysia. Dalam satu kotak ada beberapa buah buku untuk memperkenalkan sight words kepada anak-anak. Ini adalah set untuk Beginner Reader.

InsyaAllah, dapat membantu anak mengeja, dan sebenarnya membaca sekali! πŸ™‚

b. Bagi perkataan-perkataan yang boleh dibaca secara phonics

Check penguasaan anak-anak terhadap bunyi setiap huruf. Sekiranya anak-anak sudah menguasai kesemua bunyi huruf, dan sudah mampu untuk cantumkan bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan, adalah mudah untuk membantu anak tersebut.

Contohnya, seperti di bawah, perkataan ‘wanted‘. Saya perlu sebut perkataan secara terang dan perlahan-lahan, untuk bantu Aleeyah dapat ‘tangkap’ bunyi dan eja sendiri. Tetapi ada perkataan seperti ‘bought‘ yang Aleeyah baru pertama kali baca, dan belum diajar di sekolah, saya tidak terburu-buru suruh eja. Saya perlu tolong dia untuk membaca dahulu. Ya, saya suka fokus baca dahulu, kemudian baru eja. Lebih senang begitu.

20131004_214743

Sekiranya anak kita belum lagi menguasai bunyi huruf, memang agak sukar untuk suruh mengeja berdasarkan bunyi. Pada saya, tidak ada perlunya dipaksa. Fokus kepada ‘kuat’kan skil anak dalam menguasai bunyi tersebut. Video di bawah adalah bunyi-bunyi huruf yang digunakan dalam sistem Jolly Phonics. Bagi ibu2 yang anak2 menggunakan sistem lain di sekolah, perlu dengar dan kuasai semua bunyi2 itu, untuk bantu anak mengeja.

Buat sementara itu, teruskan usaha untuk tingkatkan skil anak-anak untuk membaca sight words, perlahan-lahan. Dan seterusnya mengeja.

6. REWARD

Selalunya selepas setiap sesi mengeja, saya reward Aleeyah. Selalunya dengan sticker je lah..Hihi. Saya tidak tekankan samada salah atau betul. Saya lebih tekankan usaha mereka untuk buat sesuatu perkara.

7. KONSISTEN

Saya rasa, yang paling penting ialah konsisten. Walaupun mungkin anak sudah dapat kuasai, saya lihat apabila tidak dibuat dalam tempoh yang lama, dia lupa.

Daripada apa yang saya lalui, untuk membuatkan anak dapat ‘tangkap’ perkataan-perkataan baru yang kita baru perkenalkan, saya perlu konsisten bantu dalam 3 hari ke 7 hari. 5 minit sehari sudah cukup. Sampai dia betul-betul kuasai.

14

Kemudian, mungkin boleh ulang semula perkataan-perkataan itu selepas 2 minggu. Untuk lihat samada dia ingat atau tidak. Sekiranya ibu2 yang saya hormati ada buku-buku seperti yang saya tunjuk di atas (samada untuk membaca atau latihan), adalah lebih bagus kerana anak-anak dapat buat sendiri, pada bila-bila masa yang mereka mahu.

8. BE CREATIVE

Kadang-kadang, untuk mengelakkan daripada bosan, kami buat aktiviti mengeja cara yang lain sedikit – guna Word Bank. Di dalam kotak ini, Aleeyah isikan perkataan-perkataan baru yang dia jumpa semasa membaca buku-buku cerita.

20131005_105228

20131005_110638

Dan satu lagi, kami juga ada buku untuk anak-anak praktis mengenal, membaca, menulis dan mengeja sight words. Saya lihat buku ini banyak juga membantu. Alhamdulillah. Semoga saya dapat berkongsi sedikit tentang buku ini di masa hadapan. Biiznillah..

20131005_181750

Antara latihan yang Aleeyah buat. Dia ‘tick’ sendiri sebab ‘cikgu’ kat rumah ni tak sempat nak cek! πŸ˜›

20131005_181851

Hihihi. Latihan Aleeyah buat sendiri juga. ‘Cikgu’ tak cek juga…Latihan ni saya lihat dapat bantu dia untuk menguasai skil membaca, berfikir dan mengeja.

Selain daripada itu, kami juga buat aktiviti sambilan seperti – mengeja nama kawan-kawan dia, mengeja nama cerita kegemaran dia :), atau apa sahaja yang terfikir di kepala! πŸ™‚

πŸ™‚

Ya, itulah langkah-langkah yang saya buat di rumah untuk bantu Aleeyah, dan sekarang Azeem pula (baru bermula). Pastinya tidak sempurna. Macam-macam lagi yang boleh dipertingkatkan. Saya cuba apa yang saya mampu untuk buat bersama-sama anak-anak. Pada saya, bukannya mudah. Only Allah can help and ease the situation.Β 

Semoga post kali ini dapat memberi idea kepada yang memerlukan. Dan sekiranya ibu2 yang dihormati ada idea2 tambahan, saya sangat hargai jika dikongsi bersama. πŸ™‚ Jazakumullahukhairan! πŸ™‚

15