A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


6 Comments

Tips #2 Untuk ELAK jadi SINGA Apabila Mengajar Anak2 Kecil : Do NOT Compare

Assalamualaikum Again Mothers! πŸ™‚

Alhamdulillah, berpeluang nak sambung semula “TIPS untuk Elak Jadi Singa apabila Mengajar Anak-anak Kecil”. Untuk tips-tips yang terawal ni, saya lebih suka kongsikan cara berfikir yang dapat membantu saya lebih tenang semasa mengajar anak. KeranaΒ action atau tindakan kita sebenarnya dipengaruhi oleh cara kita berfikir. Saya percaya sekiranya, dengan izin Allah, kita dapat ‘betulkan’ cara pemikiran, insyaAllah ia dapat membantu kita untuk seronok bantu anak-anak kita belajar.

Sebelum ini saya kongsikan:

Tips #1: Do Not Expect.Β 

Kesimpulannya, bila mengajar anak-anak kita yang kecil, terutamanya yang berumur 5 tahun ke bawah, elakkan daripada ‘expect’ any feedbackΒ atau letakkan harapan supaya mereka faham apa yang diajar. Contohnya, sekiranya kita ajar huruf ‘a’, elakkan daripada meletakkan harapan anak akan terus dapat sebut ‘a’ atau ‘aaa’ (sekiranya kita ajar secara phonics), di akhir ‘sesi pembelajaran’.

Apabila kita letakkan harapan, kita akan mudah marah mereka. Kesian anak-anak apabila dipaksa mengeluarkan ‘output‘ yang tidak dapat mereka keluarkan. Dan paling kesian sekiranya mereka dimarahi, dan mendapat kata-kata yang melemahkan semangat mereka, di atas sesuatu perkara yang sebenarnya mereka belum faham! Sangat kesian..

Azeem 2Bila nak marah, moh tengok wajah innocent anak-anak kita. πŸ™‚

Apa yang kita perlu buat cuma terus beri, beri dan beri dengan gembira. Terus beri mereka galakan. Dan subhanAllah, lihatlah nanti hasilnya, anak akan mampu buat lebih daripada apa yang kita jangkakan. By the Will of Allah!

Dan sekarang, tips kedua —>

Tips #2: DO NOT COMPARE

SubhanAllah. Ini sebenarnya satu cara berfikir yang bukan mudah hendak dipadam daripada minda. Only Allah can help us.Β Tanpa disedari, kadang-kadang, sebagai ibu atau bapa, kita membuat perbandingan di antara anak kita dengan anak-anak orang lain. Pada pendapat saya ada 2 situasi:

1. Membandingkan anak kita dengan anak-anak orang lain.

2. Sekiranya kita ada lebih daripada seorang anak, kita bandingkan anak nombor satu dengan nombor dua, tiga dan seterusnya.

Pada saya, dua-dua situasi tidak wajar dilakukan. In either case, children will be affected.

Membandingkan Sesama Anak

Saya rasa, saya mahu bincangkan point no 2 dahulu. Saya ada 3 orang anak-anak. Aleeyah 6 tahun, Azeem 4 tahun dan Aqeel 2 tahun. Jarak mereka cuma 2 tahun setiap seorang. Maka Alhamdulillah, saya masih boleh ingat perkembangan setiap seorang (secara kasar). Contohnya pada usia berapa Aleeyah boleh berjalan, bercakap, membaca dan sebagainya. Tetapi, bahayanya apabila saya ingat ialah, saya mudah untuk bandingkan perkembangan Azeem dan Aqeel dengan Aleeyah (memang selalu anak nombor satu dijadikan ‘bench mark‘). Samada mereka dapat ‘capai’ apa yang kakak mereka dapat ‘capai’ pada usia yang sama.

Saya beri contoh, semasa Aleeyah masuk FS2 (foundation stage) tahun lepas, Aleeyah sudah boleh membaca dan menulis. Alhamdulillah Aleeyah senang nak kuasai apa sahaja yang guru ajar sepanjang tahun, tanpa perlu banyak pertolongan daripada saya. Tetapi, situasi ini tidak sama dengan Azeem. Azeem masuk FS2 dengan tidak tahu huruf! Hahaha (bukan gelakkan dia, tapi saya rasa comel je..hihihi). Dan dia baru belajar menulis perlahan-lahan.

apple to apple

Nak bandingkan ‘apple to apple‘ pun tak boleh sebab epal pun ada macam-macam jenis epal! πŸ™‚ Sama lah macam anak-anak kepada ibu dan ayah yang sama. Semua lain-lain!

Sekiranya saya tidak dapat ‘kawal’ diri saya, saya boleh beri tekanan’ kepada Azeem untuk capai apa yang kakak dia pernah capai!

Wajarkah?

Apabila saya terasa hendak ‘bandingkan’ saya suka untuk lihat kembali perbezaan semasa mereka membesar:

  • Aleeyah anak pertama. Saya memang tumpukan sepenuh perhatian kepada Aleeyah, kerana saya tidak ‘sibuk’ untuk menjaga anak yang lain. Boleh dikatakan ‘dua tahun’ pertama Aleeyah adalah ekslusif untuk dia. Azeem anak kedua, dan memang semasa dia lahir saya sudah mula kena ‘bahagikan’ masa dengan anak-anak.
  • Semasa Azeem lahir, saya sedang ‘set up‘ perniagaan. SubhnaAllah, sangat sibuk. Semasa dia berusia 2 minggu, saya sudah mula bergerak ke sana sini, untuk selesaikan urusan perniagaan. Dan boleh dikatakan saya sangat sibuk semasa Azeem di usia infant dan toddler.
  • Pada usia Azeem 2 tahun 1 bulan, Azeem dapat adik – Aqeel. Makanya, saya perlu bahagikan masa untuk 3 orang, dan juga perniagaan. Dan dalam masa yang sama, ujian daripada Allah, Aqeel dilahirkan dengan jantung berlubang. Maka, pada bulan-bulan yang awal, cara penjagaan Aqeel adalah lebih rumit daripada bayi yang tiada masalah fizikial. Sekali lagi, masa kualiti bersama Azeem menjadi kurang.

Azeem

Azeem masa berumur 2++ tahun.

Aqeel

Aqeel telah disahkan mempunyai 2 lubang di jantung semasa dia berumur 2 minggu. Jadi dia memang pakai bantal tinggi pada masa itu, supaya dia rasa selesa. Alhamdulillah sekarang dah OK πŸ™‚ Praise to Allah!

Sekiranya saya renung kembali masa berkualiti yang saya ‘spent‘Β bersama-sama Azeem semasa dia berada di usia yang mereka kata sebagai usia terbaik untuk menyerap segala apa yang diberikan (iaitu usia 3 tahun ke bawah) adalah sedikit berbanding masa yang pernah saya ‘spent‘ dengan kakaknya.

Aqeel born

The kids. Alhamdulillah..

Jadi, adalah tidak wajar untuk saya meng’hukum’ Azeem, dengan cuba untuk membandingkan kebolehan dia dengan kebolehan Aleeyah. Dalam masa yang sama juga, adalah tidak wajar juga untuk saya menyesal perkara yang lalu, kerana setiap perkara yang berlalu adalah ketentuan Allah dan pasti ada hikmahnya. Apabila saya lihat secara spesifik, iaitu jumlah masa yang saya luangkan bersama anak-anak, saya lihat saya ‘kalah’ iaitu saya tidak dapat berikan banyak masa kepada anak-anak. Tetapi di dalam masa yang sama, dengan melalui jalan tersebut, Allah telah mengajar saya beberapa aspek kehidupan yang belum pernah saya faham sebelum itu. SubhanAllah, it was a valuable lesson andΒ journey..Life is really like a journey. We learn on every step we take..

Itu baru satu faktor kenapa saya TIDAK BOLEH bandingkan satu anak dengan anak yang lain — > iaitu didikan saya sendiri. Apabila direnungkan, cara didikan saya kepada setiap anak juga berbeza, mengikut keadaan. Banyak lagi faktor-faktor yang lain:

  • Faktor genetik anak. Lain anak, lain kebolehan yang Allah berikan secara semula jadi.
  • Faktor umur. Azeem masuk FS2 semasa dia berusia tepat 4 tahun, manakala Aleeyah di FS2 semasa dia berumur 4 tahun 10 bulan. Beza 10 bulan dari segi kematangan.
  • Faktor minat anak-anak.
  • Perkembangan otak yang berbeza di antara mereka.
  • Dan banyak lagi.

Tanpa perlu senaraikan semua faktor-faktor yang lain, dengan terang lagi bersuluh, saya nampak yang saya tidak boleh bandingkan anak-anak saya. Saya perlu terima setiap anak seadanya. May Allah grant me patience and understanding.

Azeem 3

Azeem πŸ™‚

Membanding Anak Dengan Anak Orang Lain

Haaa.. Sejak saya berada di alam persekolahan, sehingga lah saya terlibat dalam pendidikan awal kanak-kanak dahulu, saya selalu perhatikan bahawa sungguh ramai ibu dan bapa yang suka membandingkan anak dengan anak yang lain.

Satu faktor yang mungkin menyebabkan perkara ini berlaku adalah kerana sistem ‘pernomboran’ yang kita ada di Malaysia. Sudah pasti semua hendak anak mendapat nombor satu atau di antara nombor-nombor yang terbaik. Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan sistem sebegitu kerana ia mewujudkan sifat ‘bersaing’ di antara satu sama lain. Dan bila difikirkan, perlukah persaingan tersebut? Perlukah setiap kanak-kanak di bandingkan dengan kanak-kanak yang lain sejak awal usia? Apakah kebaikannya? Dan apa pula kesan buruknya kepada masyarakat dalam masa yang panjang?

Salah satu perkara yang saya belajar di sini, daripada Al Quran, kita dapat belajar bahawa, sekiranya kita mempunyai perasaan untuk menjadi ‘atas’ atau lebih daripada orang lain, ia sebenarnya merupakan penyakit hati. Penyakit hati ini yang ada pada Qarun, yang telah diberi hukuman oleh Allah dengan di’tenggelam’kan ke dalam bumi! Jadi apakah perlunya kita pupuk penyakit hati tersebut di dalam diri anak-anak? Wallahu’alam. May Allah guide us.

sickness-of-heart

When I read and learn the Quran, I notice that Allah mentioned a lot about the heart in the Quran. Each of us have sicknesses of the heart, and our task is to strive to purify the sicknesses, not to follow our desire to ‘magnify’ our sicknesses. In this life, people may tell us ‘this and that’ is how to live this life. And without realizing, we follow it. SubhnAllah, we can only follow what Allah told us, because that is the only way to live this life, ideally, to be successful both in the life of dunia and hereafter. May Allah guide us.

SubhanAllah, I praise Allah for letting me see and experience a system that does not compare a child with another child. Sekolah di sini, Alhamdulillah, tiada sistem pernomboran. Tiada ‘assessment‘ yang membandingkan anak-anak saya dengan kebolehan kanak-kanak yang lain. Guru-guru cuma bandingkan anak saya dengan diri dia sendiri. Contohnya, pada bulan September, apa yang mampu Aleeyah lakukan. Dan kemudian pada bulan Januari, apakah progress yang telah dia capai. Itu sahaja. Dan yang lebih saya suka ialah perkembangan yang dilihat bukan dari segi akademik semata-mata, tetapi secara menyeluruh – perkembangan fizikal, kebolehan bersosial, keyakinan diri, perkembangan emosi, sahsiah dan banyak lagi. Ini juga mengajar saya bahawa saya perlu mendidik dan membantu perkembangan anak-anak secara menyeluruh, bukan cuma tertumpu kepada akademik dan mengabaikan perkembangan yang lain.

child development

Kadang-kadang apabila kita tumpu kepada satu perkara, kita lupa kita sedang mem’binasa’kan beberapa perkara asas yang kanak-kanak perlukan, di antaranya –> To feel loved and secure.

Sistem sebegini menjadikan saya rasa tenang untuk mendidik anak-anak. Tiada fikir pasal persaingan dengan kanak-kanak lain. Tiada tekanan untuk dia terus bersaing. Saya cuma fokus untuk bantu anak berdasarkan garis panduan yang guru berikan. Sebenarnya bukanlah satu garis panduan yang konkrit, cuma sekadar saya lihat apa jenis buku dan homework yang guru mereka beri, dan feedback daripada guru mereka. Daripada itu, saya tahu, itulah tahap anak saya, berdasarkan penilaian guru. Sekali lagi, ingin saya kongsi, guru-guru mereka tidak begitu fokus kepada akademik semata-mata. Mereka banyak beri feedback untuk perkembangan anak-anak seperti kebolehan mengawal pergerakan jari, keyakinan diri, kebolehan berinteraksi dengan kanak-kanak dan orang dewasa, dan sebagainya. Maka, daripada feedback ini, saya cuba bantu anak-anak setakat yang saya mampu.

Kidzania

Guru Azeem ada beritahu yang Azeem kurang berinteraksi dengan kawan dan guru. Maka, sakarang saya cuba untuk bantu dia meningkatkan keyakinan diri. Bawa dia main di luar, jumpa ramai orang, order makanan, dan sebagainya. Salah satunya saya bawa ke Kidzania. Dan yang best, pekerja berinteraksi dengan mereka, tanya nama dan sebagainya. Saya lihat pucat-pucat dia nak beritahu nama dia, pada awalnya. Hahaha! InsyaAllah he will learn..

Sekiranya sesama anak saya tidak boleh banding, kerana mereka berbeza, inikan pula anak saya dengan anak orang lain. Sudah pasti genetik berbeza dan cara dibesarkan juga berbeza. Maka perkembangan mereka juga pastinya berbeza! Tidak wajar untuk kita banding dan pertikaikan –> Kenapa anak saya tidak boleh membaca dalam masa 3 bulan seperti anak Cik Kiah (contohnya)? Sekiranya kita lihat daripada kaca mata negatif, kita senang mengamuk dan marah anak, menganggap bahawa anak malas. Tetapi sekiranya kita pilih untuk melihat daripada kaca mata positif, kita boleh bertanya kepada diri, “Apa Cik Kiah buat untuk anaknya boleh membaca?” Dan kita boleh belajar daripada pengalaman tersebut.

It is always good to learn from others. But, having said this, we also have the right to acquire knowledge, learn and understand which method suits our children the best. Ada sesetengah cara yang memang nampak berkesan dan boleh memberikan hasil dalam tempoh yang singkat, seperti contoh dengan ‘drill‘ anak membaca – baca, baca dan baca sahaja. Tetapi, adakah cara ini sesuai dengan anak? Adakah ini dapat membantu perkembangan anak secara menyeluruh? Apakah kesannya kepada anak? Sebagai seorang manusia, memang normal kita suka nak cepat. Nak cepat nampak hasil. It is the nature of our soul. But Allah teaches us in the Quran to be patience. Fight our own soul.Β It is through patience and pray, we will gain victory! SubhnaAllah, may Allah grant me and all mothers patience!

apple with other fruits

Β Why are we comparing?

Saya sering bertanya kepada diri, wajarkah untuk seseorang kanak-kanak ditekan semata-mata untuk mencapai satu ‘harapan’ yang kita ada di minda. Adilkah untuk kita tekan mereka untuk memenuhi kemahuan kita, atau untuk mendapat ‘glory‘ di atas kejayaan mereka. Don’t get me wrong. Ini tidak bermakna kita biar sahaja, tanpa perlu bantu, tanpa ada sebarang guideline. Objektif tetap ada, contohnya untuk bantu anak menguasai kesemua bunyi huruf (untuk bantu mereka membaca). Tetapi tidak boleh letakkan tempoh masa dan terus label mereka ‘lemah’ atau ‘kurang pandai’ bila mereka tidak dapat lakukan dalam masa yang kita harapkan, berdasarkan perbandingan dengan anak yang lain, atau anak orang lain. The bench mark must be on the child him/herself. Not on other child.

Einstein

What Do I Do?

Jadi apa nak buat? SABAR. Hihihi. Tu je sebenarnya. Dan enjoy je. Apa yang selalu saya buat cuma ini:

1. Check my intention. What is the purpose to teach and help my child? Do I do this because of ‘self-glory’, or pushing him/her to be ‘higher’ than others or simply to do my best as a mother, in educating my children, for the sake of Allah. And believe only Allah can reward, expect nothing from His creation. SubhanAllah, not an easy ‘job’ to do. Only Allah can help.

2. Jauhkan diri daripada orang yang suka membandingkan. Hihi. Sebab saya takut dengan penyakit hati sendiri. Takut senang dipengaruhi semula. Alhamdulillah kawan-kawan di sini tiada yang suka membandingkan. May Allah protect us.

3. Lihat tahap kebolehan anak. Contohnya untuk situasi Azeem, saya perlu perhatikan apa yang dia boleh buat. (Jangan fokus kepada apa yang dia tidak boleh buat, ini buat kita senang marah). Buang perbandingan dengan kakaknya jauh-jauh. Start fresh for him!

4. Plan aktiviti berdasarkan kebolehan anak. Contohnya Azeem tak kenal bunyi huruf lagi, maka saya kena mula dari awal –> dengar video phonics sounds. Ajar dia buat gaya supaya dapat ingat bunyi tu. Dan yang bestnya Aqeel pun dapat belajar sekali! πŸ™‚ Jadi, memang lain lah ‘action plan‘ Azeem berbanding dengan Aleeyah. Totally different! And hey, this keeps me really busy! Tak boring duduk rumah. InsyaAllah. Hihihi.

5. Terus pantau perkembangan anak. SubhanAllah, Alhamdulillah, nampak dia sudah mula kenal huruf dan bunyi, untuk beberapa huruf. Dan dia sudah mula menulis huruf secara independent. Alhamdulillah!

6. Konsisten. Dan subhanAllah, sebenarnya, saya lihat, kanak-kanak ni lagi konsisten daripada kita. Hihihi. Bila kita dah mulakan sesuatu dengan mereka, contohnya saya mula buat aktiviti phonics dengan Azeem beberapa minggu lepas. Dan Alhamdulillah saya lihat sekarang dia sendiri yang akan ambil buku tersebut apabila ada waktu terluang. Dan kadang-kadang dia yang ingatkan saya. Huhuhu. Minat sebegini yang saya cuba hendak timbulkan. Supaya saya tidak perlu paksa, tetapi datang dari kemahuan diri dia sendiri. SubhanAllah, may Allah help me to do this. Looong way to go..

20131011_071540

Alhamdulillah, dia memang suka. Ni baru bangun tidur, terus cari buku ni nak belajar..

Bila kita buangkan rasa nak bandingkan anak dengan anak-anak yang lain jaauuuh-jaauuuhh, subhanAllah, memang tenang untuk ajar mereka. Rilek sahaja. Takde marah-marah, insyaAllah. In fact, we will enjoy looking at how they learn, and see their progress day by day..Let’s not be like an ‘amplifier’, who amplifies or expands any pressure we receive from outside, to our children. MasyaAllah, easy to write, not easy to do. O Allah, help us..

And most important, we have to bear in mind that children are tests from Allah. We may be doing many things to educate them, some may work, some may not. Because everything is in the hand of Allah. If we pause and take time to think about this, and look back at our experiences, subhanAllah we can see Allah is nurturing us. Allah is showing to us the right way, and helping us to get rid of our sicknesses of the heart. If we admit and bow to Allah for His Greatness, He will help us more and be with us. If we deny and reject His nurture, the loss is on us..Β 

Wallahu’alam. Allah knows the best. May Allah grant us patience. May Allah make us continuously give to our children, with ikhlas for the sake of Allah..

Sekian perkongsian kali ini. Jazakumullahukhairan! πŸ™‚


Leave a comment

Tips #1 Untuk ELAK jadi SINGA Apabila Mengajar Anak2 Kecil : Expect No Result

Pengenalan

Pada pendapat saya, untuk mengajar anak-anak kecil, saya sebagai ibu perlu mempunyai beberapa ‘skil’ dan pengetahuan, supaya saya dapat mengajar mereka dalam situasi yang gembira. Tanpa perlu memaksa dan mendera mereka. Saya dapati, anak-anak lebih cepat ‘tangkap’ sesuatu perkara yang dipelajari apabila mereka seronok melakukan perkara tersebut. Dan yang saya mahu ialah supaya mereka ‘suka belajar’ dan lihat belajar sebagai suatu perkara yang menyeronokkan. Bukan satu ‘nightmare‘.

learningBerusaha untuk timbulkan minat anak-anak. May Allah make me steadfast.

Berdasarkan pengalaman, saya dapati, kebolehan ini sebenarnya tidak diperolehi ‘overnight‘. Tidak semudah, “Saya baca buku psikologi kanak-kanak dan saya boleh terus implement.” Ia perlu melalui proses. Proses di mana saya PERLU belajar daripada anak-anak saya sendiri. Dan sudah tentu, it is with the help of Allah. Without Allah, I can’t handle it!

cute

I learned a lot from my children (and still learning!). Whether it was a good experience, or it looked like it was a bad experience, but SubhnaAllah, those experiences taught me tonnes of lessons. The most important one is – TO BE PATIENT!

Sekiranya ada ibu2 yang rasa, “Kenapa la aku jadi singa setiap kali nak ajar anak ni?”. Hihihi. I think there is no worry. We are human and we are not perfect. As long as we realize and always looking forward to improve by asking Allah for help, Allah will for sure help! InsyaAllah di sini, saya kongsi sedikit tips berdasarkan pengalaman. But again, the ultimate help is from Allah! He knows your situation. I don’t! πŸ™‚

Here we go, the #1 Tips!

#1 EXPECT NO RESULT

Hihi. Sounds not right, ha? πŸ™‚

Untuk setiap sesi belajar dengan anak, contohnya apabila saya ajar Azeem huruf ‘s’, saya tidak letakkan target bahawa di akhir sesi, Azeem kena tahu sebut ssssss apabila saya tunjuk ‘s’. Saya TIDAK letakkan harapan itu! Target yang saya letakkan ialah –> Untuk bantu Azeem kuasai bunyi huruf ‘s’, ‘a’, ‘t’, ‘i’, ‘p’ dan ‘n’. Tempoh masa untuk dikuasai adalah bergantung kepada Azeem, bukan saya yang tetapkan.

Belajar s

Apa yang saya buat ialah saya terus ajar dia, dengan pelbagai cara – menulis, guna sticker, memadankan huruf dengan perkataan-perkataan yang bermula dengan ‘s’ (seperti spider, sun), flash card, atau apa sahaja untuk perkenalkan huruf ‘s’ dengan bunyi sssss. Sekiranya dia boleh sebut sss Alhamdulillah. Kalau tak boleh sebut, pun Alhamdulillah juga. Hihihi. What matters is, he is learning!

grow an s

Grow an ‘s’! πŸ™‚

sticker

Sticker aktiviti untuk timbulkan minat.

My Sound Book

Azeem buat ‘My Sound Book‘. Untuk biasakan dia dengar bunyi ‘ah’ (untuk huruf ‘a’) pada awal perkataan bagi kesemua perkataan-perkataan tersebut.

Saya ulang pada keesokan harinya. Sekiranya dia sudah nampak macam faham, dan boleh bunyikan ssss, saya tambah huruf baru ‘a’ yang berbunyi ‘ah’. Seperti sebelumnya, saya tidak harap dia dapat kuasai ‘s’ dan ‘a’ pada hari kedua.

*Semoga di masa hadapan saya dapat kongsi step-by-step macam mana saya ajar dia mengenal bunyi huruf. Biiznillah.*

Kenapa?

Neurons

Secara ringkasnya, ia adalah kerana otak kanak-kanak masih melalui proses pertumbuhan. Kita tidak boleh anggap mengajar kanak-kanak awal usia (0-5 tahun) adalah sama seperti mengajar kanak-kanak yang lebih besar atau orang dewasa. Mereka sebenarnya serap apa yang kita cakap, tetapi adakalanya mereka tidak berkebolehan untuk ‘express‘ semula. Maklumat itu disimpan di dalam otak. It is just the way how the brain develops at young age.

Tugas kita sebagai orang dewasa cuma perlu ‘beri’ sahaja. Dan SubhnaAllah, lihatlah, when the times comes, he will let it out! We will be amazed! πŸ™‚ Seperti mana mereka belajar bahasa, di mana mereka ‘serap’ semua vocabulary yang kita gunakan seharian, sebelum umur lebih kurang 2 tahun. Kemudian apabila mereka mula bercakap, dengan ‘jayanya’ mereka gunakan perkataan-perkataan tersebut!

Toddler

At this age (2), he is absorbing everything from his environment.

Sekiranya saya paksa, saya sebenarnya sedang paksa dia mengeluarkan sesuatu diluar kemampuan dia. Dan yang lebih tak best, saya mungkin boleh menjadi penyebab kesan-kesan yang lain ke atas anak – seperti kurang keyakinan diri, sifat pasif dalam belajar, dan sebagainya.

Maka

Keep Calm and Giving

Saya percaya, sebagai ibu saya cuma perlu beri dan beri sahaja. Walaupun tiada feedback dan mungkin adakalanya tiada fokus, subhanAllah, they are actually listening and absorbing! Berdasarkan apa yang saya lalui, selalunya anak saya tiada respon apabila:

  • Belajar perkara yang sangat baru, yang tidak pernah dipelajari. Mungkin dia blur, “Apa la yang mama tengah ajar ni..” Hehehe.
  • Dia penat.
  • Dia tidak yakin, yang menjadikan dia takut hendak mencuba. Keyakinan inilah yang saya perlu pupuk, supaya dia berani mencuba sesuatu yang baru dan tidak takut untuk buat salah. Sekiranya saya marah, dia akan terus pasif dan mengelak.

Panjat

Aqeel pula sedang belajar menggunakan pensil. Tengok betapa semangat nak ambil pensil! Panjat atas meja! Azeem pula boleh mula belajar bersabar..Hihih!

Selamat Mencuba! πŸ™‚ So we just have to be patient. πŸ™‚Β What I see,

EXPECT NO RESULT = NO STRESS = ENJOY LEARNING! –> KIDSΒ LEARN FASTER!

(Magic kan?) πŸ™‚ Wallahu’alam. Allah knows the best. Jazakumullahukhairan!