A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


Leave a comment

Tea Bags Painting

Assalamualaikum Mothers,

Alhamdulillah, bermula minggu lepas, saya cuba untuk buat aktiviti berdasarkan tema (thematic) dengan anak-anak di rumah. ๐Ÿ™‚ Kami telah selesai tema pertama, iaitu tema yang mereka pilih sendiri – Dinosaur! Masha Allah seronok sangat rupanya bila kita buat aktiviti berdasarkan tema. Daripada tema tersebut, anak-anak boleh belajar macam-macam aspek dan bina pelbagaiย skil – belajar membaca, matematik, sains, art and craft, sensory play, dan banyak lagi! Kita cuma perlu ‘follow the flow‘ – lihat apa yang anak minat, dan di mana tahapย kebolehan dan pemahaman mereka. In sha Allah saya cuba summarize apa yang telah kami buat minggu lepas dalam tema Dinosaur di masa hadapan. Biiznillah…

Dinosaurs in the House

Segala bahan rujukan dan ‘kajian’ anak-anak saya letakkan di ‘Discovery Corner’ ๐Ÿ™‚ Meraka suka sangat main kat sini. Sampai ‘lembik’ dinosaur-dinosaur tu mereka main! ๐Ÿ™‚

Tema seterusnya ialahย – All About Me.

Alhamdulillah, tadi saya mulakan dengan Mr Aqeel. ๐Ÿ™‚ Sesi persekolahan Aleeyah dan Azeem sudah bermula, maka masa agak sedikit untuk mereka ‘explore‘ tema kami yang baru ini, berbanding Aqeel yang masih ada di rumah. ๐Ÿ™‚ Buat masa ini, saya cuma rancang aktiviti untuk Aqeel. Untuk Aleeyah, saya tumpukan kepada membaca dan memahami beberapa potong ayat Al-Quran yang berkaitan dengan penciptaan manusia, yang mana tidak dapat saya kongsikan di post ini kerana lari daripada topik. ๐Ÿ™‚ Untuk Azeem pula, saya beri dia rehat dahulu, untuk dia sesuaikan diri dengan alam persekolahan. Dia baru masuk Year 1 (5 tahun) dan pertama kali naik bas untuk pergi dan balik dari sekolah. Nampak penat sangat. Jadi biarlah dia stabil dahulu. ๐Ÿ™‚ Ya, lain anak, lain pendekatannya kan?

anak balik sekolah

Azeem ‘terpengsan’ lepas balik sekolah. ๐Ÿ™‚

Aktiviti yang saya rancang perlulah bersesuaian dengan umur Aqeel. Maka, saya buat topik ini dahulu – My Five Senses! Hari ini kami mulakan dengan deria BAU atau SMELL.

Salah satu aktiviti yang kami buat ialah –> Tea Bags Painting. Moh saya kongsikan bagaimana kami buat ye..

Tea Bags Painting

Saya gunakan 2 jenis tea bags yang mempunyai bau yang best! Supaya Aqeel dapat belajar bahawa dia menggunakan hidung untuk bau. ๐Ÿ™‚

teh

Seperti biasa, untuk kita buat teh, saya rendam teh-teh ini dengan air panas dalam bekas yang berlainan. Tapi air sikit sahaja, sekadar untuk keluarkan aroma dan warna. Wangi sangat dua-dua teh ni! ๐Ÿ™‚

Lepas dah suam-suam sikit, saya beri Aqeel ‘paint’ dengan tea bags ni!

tea bags painting

Aqeel ‘cop-cop’ uncang teh tu ikut kreativiti dia. ๐Ÿ™‚ Dan masha Allah, bau wangi teh memenuhi ruang! Suka!

Oh ya, sekadar berkongsi. Sekarang, setiap kali anak-anak hendak mewarna menggunakan warna air, atau pun buat aktiviti craft yang agak ‘messy‘, saya beri mereka dulang setiap seorang. Senang nak bersihkan. ๐Ÿ™‚

tea bags painting

Selain daripada bau yang wangi, teh-teh tersebut mengeluarkan warna yang cantik. Jadi dia suka juga! ๐Ÿ™‚ Selain daripada belajar tentang deria bau, saya sertakan pengenalan kepada huruf ‘t’ dan bunyinya ‘ttt’ untuk Aqeel. Maka, sambilย dia cop-cop, saya sebutkan ‘ttt’ for tea bags. Aqeel ikut apa yang saya sebut. ๐Ÿ™‚

Inilah hasilnya! Tadaaaaa

tea bags painting

Ringkas dan mudah sahaja aktiviti ni! ๐Ÿ™‚ In sha Allah dapat membantu anak-anak kecil kita kenal dan faham tentang deria-deria yang mereka ada.ย Dan ya, apabila seseorang kanak-kanak dibenarkan untuk membuat atau menghasilkan sendiri kerja-kerja kreatif mereka, in sha Allah ini dapat membantu mereka membina keyakinan diri. Mereka akan lebih kreatif untuk memilih peralatan (tools) untuk hasilkan sesuatu kerja kreatif dan berani untuk menghasilkan sesuatu daripada pemikiran mereka (tidak bergantung kepada idea dan teknik yang diajar oleh orang dewasa). In sha Allah. We just do whatever we can, and give whatever we can. The rest is with Allah, the One Who guides, and knows the unseen and seen. ๐Ÿ™‚

Selamat mencuba kepada yang berminat! ๐Ÿ™‚

Jazakumullahukhairan.


2 Comments

Eksperimen Sains: Minyak dan Air

Assalamualaikum Mothers,

Semalam, Alhamdulillah,ย kami buat satu eksperimen ringkas – minyak dan air.

Sains

Gambar dari internet.

Sebelum ini, kami buat eksperimen sahaja. Maksudnya, anak-anak buat, perhatikan dan ‘enjoy‘ eksperimen tersebut. Kali ini, saya cuba untuk perkenalkan mereka kaedah untuk tulis dan lukis pemerhatian ke atas eksperimen yang mereka lakukan. Saja nak cuba, boleh tak anak-anak kecil mula belajar mengkaji secara formal. ๐Ÿ™‚

volcano

Di antara eksperimen yang anak-anak suka buat sebelum iniย ialahย – volcano eruption. Duk mintak je selalu. ๐Ÿ˜›

Sebelum mulakan eksperimen, saya sediakan satu ‘format laporan sains’ untuk anak-anak isi (lukis dan tulis) semasa eksperimen dijalankan. Saya cuba buat format yang sesuai dengan umur mereka. Pertama kali nak cuba guna format ni. ๐Ÿ™‚

Format

Boleh download sheet di sini ya:ย Oil and Water

Eksperimen Minyak dan Air

Yeaah moh buat eksperimen! Kami nak buat eksperimen yang mudah je – tengok samada air dan minyak bercampur atau tidak?

Aleeyah bacakan untuk adik-adik apa yang ditulis di dalam kertas, supaya mereka tau apa nak dibuat. Azeem dengar, Aqeel pulak duk ketuk-ketuk kayu chopsticks. ๐Ÿ™‚

Ini adalah ‘apparatus‘ dan bahan-bahan yang kami guna:

  • Minyak
  • Air
  • Sudu kecil
  • Botol kecil
  • Kayu pengacau (guna chopsticks je) ๐Ÿ™‚

Sebelum mulakan, mereka lukis dan tulis dahulu semua ‘apparatus’ dan bahan-bahan yang mereka perhatikan.

tulis

Anak-anak (Aleeyah dan Azeem) tulis sendiri menggunakan skil phonics yang mereka ada. Lihat Azeem tulis water sebagai ‘wotre’. Hihi. Logik juga tu ikut bunyinya.. Hehehe. Saya tidak betulkan langsung sebarang ejaan atau lukisan. Sekiranya saya buat sebegitu, saya seperti bina ‘blok’ di minda mereka, untuk fokus kepada eksperimen, dan buat mereka bimbang tentang ejaan mereka. Saya suka betulkan ejaan di sesi yang lain, iaitu sesi ‘spelling‘. Saya prefer cara sebegini. Terpulang kepada ibu2 yang lain, masing-masing in sha Allah tahu cara yang sesuai dengan anak-anak masing-masing. ๐Ÿ™‚

Lukis Bahan2

Jeng jeng. Aqeel lukis juga. ๐Ÿ™‚

Saya bahagikan eksperimen kepada 3 langkah:

1. Lihat apa yang berlaku apabila minyak dimasukkan di dalam botol berisi air (tanpa kacau atau goncang).

2. Lihat apa yang berlaku apabila minyak dan air dikacau.

3. Lihat apa yang berlaku apabila botol digoncang (perlu ditutup dengan penutup).

Aqeel mulakan dengan langkah pertama – masukkan minyak dengan menggunakan sudu ke dalam botol yang berisiย air.

Hands-on

Aqeel sedang masukkan minyak.

ย Saya beri masing-masing peluang untuk buat sendiri. Hands-on experience bak kata omputih. ๐Ÿ™‚

lapisan minyak dan air

Selepas masukkan minyak, saya minta mereka lukis apa yang mereka perhatikan. Tapi untuk Aleeyah dan Azeem je. Aqeel bebas buat apa sahaja. Hihihi.

Kacau

Langkah seterusnya, kacau dan lihat apa berlaku. Lukis apa yang mereka perhatikan. Dan langkah terakhir, tutup botol dengan penutup, dan goncang. Tunggu dan lihat apa yang berlaku pada campuran minyak dan air tersebut. Lukis.

Untukย kasi seronok, saya tambah pewarna makanan. Supaya kasi nampak sikit perbezaan minyak dan air. Dan untuk Aqeel seronok mengacau. ๐Ÿ™‚

Minyak dan air

Di akhir eksperimen kami bincang apa yang mereka perhatikan. Mula-mula mereka memang tak perasan ada 2 lapisan. Saya perlu tunjukkan. Selepas letak warna, lagi nampak lebih jelas. Dan mereka sentuh cecair di lapisan atas dengan jari, dan kata, “Mama, it is oily!” ๐Ÿ™‚

pemerhatian

Aleeyah described what she observed.

Kami buat bersama-sama kesimpulan bahawa minyak tidak bercampur dengan air (tetapi ambil masa juga untuk saya terangkan bahawa apabila ada 2 lapisan, maknanya, ia tidak bercampur). Dan Aleeyah teruskan dengan lukis lebih terperinci apa yang dia perhatikan di akhir eksperimen. ๐Ÿ™‚

catatan pemerhatian

Alhamdulillah, itulah eksperimen pertama yang saya cuba buat secara formal sedikit dengan anak-anak. Walaubagaimanapun, semasa dan selepas eksperimen, saya dapati, saya perlu ubah beberapa cara, iaitu:

1. Pastikan warna dicampur awal-awal untuk bezakan warna air dan minyak.

2. Selepas ini, saya tidak boleh terus beri soalan seperti, “Adakah minyak bercampur dengan air?” Tetapi, saya rasa lebih sesuai untuk saya tulis, “Apa berlaku apabila minyak bercampur dengan air?” Maka, soalan itu lebih terbuka, dan tidak cenderung untuk saya ‘enforce‘ pemahaman saya kepada anak-anak. Dengan ini, anak-anak dapat fikir sendiri.

3. Saya tidak boleh sertakan kesimpulan. Di tahap ini, saya cuma perlu buat PEMERHATIAN sahaja. Atau ringkasnya –ย ‘SAY and DRAW’ (beritahu apa yang mereka perhatikan, dan lukis).

In sha Allah,ย lebih banyak kita ‘praktis’, lebih banyak peluang untuk lihat cara yang sesuai dengan anakย (minat dan tahap perkembangan mereka).ย Biiznillah. May Allah make it easy for us.

Report - Aleeyah

Laporan oleh Aleeyah

Report Azeem

Laporan oleh Azeem. ๐Ÿ™‚

Yeaahh. Itu lah sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga dapat beri idea kepada yang tercari-cari. And feel free to share your ideas or experience too. ๐Ÿ™‚ Jazakumullahukhairan. ๐Ÿ™‚

May Allahย keep us, Malaysians united. And May Allah shower us with His Mercy..


Leave a comment

Science for Young Kids: Learn about Mammals

Today, Alhamdulillah, we learned about Mammals!

Untuk anak-anak saya yang masih kecil, saya perlu beri informasi yang ringkas dan singkat. Give one information at a time. Untuk ajar apa itu ‘mammal‘, saya cakap je pada mereka:

“Mammals ni ialah binatang yang susukan anak dia.” ๐Ÿ™‚

Dan seterusnya ingatkan tentang beberapa haiwan yang pernah mereka lihat di ‘Market‘, zoo dan Ladang Unta di Makkah, yang mana mereka lihat proses ‘penyusuan’ secara live.

Perah susu

Hari tu, Alhamdulillahย kamiย dapat minum susu unta kat ladang unta, jadi mereka dapat faham. ๐Ÿ™‚susu unta

Anak kawan minum susu unta. ๐Ÿ™‚

Dan seperti biasa, Mr Google pun banyak membantu, untuk beri lebih banyak contoh-contoh binatang yang menyusu dengan ibu mereka. ๐Ÿ™‚

Kambing Menyusu

Dan kemudian saya minta mereka namakan beberapa binatang lagi. Semangat mereka sebut! And we continued with reading this book, to give even more examples:

Buku_My Day at the Zoo

Buku ni bahagikan haiwan-haiwan mengikut kumpulan, di mana salah satunya ialah ‘Mammal Kingdom’. Informasi ringkas dengan gambar yang banyak dan menarik. Sangat sesuai untuk young children. Bila bercakap tentang binatang, saya suka suruh mereka buat aksi atau bunyi, supaya mereka lebih faham. I was surprised to see Aqeel was able to make the sound of elephant! Must be from one of the videos we have discussed previously. Dia ingat rupanya! TabarakAllah!

Mammal Kingdom

Gambar Menarik

ย Mammals

Bila buat bunyi dan aksi, barulah mereka enjoy!

Worksheet Time!

Seterusnya baru boleh buat worksheet untuk kukuhkan pemahaman mereka. Berikut adalah langkah-langkah kami buat untuk siapkan worksheet tersebut. Simple je! Kalau ibu2 suka, boleh download PDF file di bawah ye: ๐Ÿ™‚

1. Show toย mama which animals are mammals? Saya minta mereka tunjukkan binatang yang dikategorikan sebagai ‘mammal’ dan warnakan binatang-binatang tersebut.ย Kami juga bincangkan bahawa apabila seseekor haiwan itu bertelur, ia tidak menyusukan anak. Maka, haiwan tersebut BUKAN mammal.

Oleh kerana ini kali pertama saya kenalkan mammal kepada mereka, saya cuba mudahkan kerja mereka. Sayaย masukkan binatang-binatang yang mereka ‘familiar‘. Dan hint yang agak terang – gambar ayam sedang mengeram telur.ย ๐Ÿ™‚

Mewarna

Siap ada ‘diskusi’ untuk guna warnaย apa untuk monyet! ๐Ÿ™‚

Mewarna Haiwan

2. Cut and Paste.

Saya beri sorang satu worksheet. Semua buat sendiri termasuk Aqeel (2 tahun). Tapi untuk Aqeel saya perlu tolong. ๐Ÿ™‚

Bagi aktivitiย menggunting, saya perlu pantau.ย Di samping itu, saya juga sediakan ‘gunting toddler‘ untuk Aqeel demi keselamatan dia. Aktiviti menggunting dan menampal (cut and paste) sangat bagus untuk ‘developfine motor skill anak-anak kecil. Aqeel (2 tahun) masih pada tahap ‘beginner‘ dan Azeem (4 tahun) sedang ‘berusaha’ untuk mengasah skill dia.

Aqeel guntingSaya beri juga peluang untuk Aqeel sebab dia memang suka sangat nak cuba. Tetapi saya perlu pantau denganย dekat dan teliti.

Azeem gunting

Alhamdulillah Azeem dah boleh potong ikut garisan.

Tampal

Tampal di atas muka surat pertama. Saya beri contoh beberapa haiwan sedang menyusu, termasuk ikan paus supaya mereka dapat lihat dan ingat.

Aqeel tampal

Aqeel pun tampal sendiri, dengan bantuan saya.

Cut and Paste

Masing-masing buat bahagian masing-masing, ikut ‘speed‘ masing-masing.

3. Inilah hasilnya! TADDAAA!!

Final

Keringkan dan saya masukkan dalam fail ‘SCIENCE’ mereka. Boleh klik link di bawah untuk download PDF file ya. ๐Ÿ™‚ Selamat mencuba! Jazakumullahukhairan.

Mammal