A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


2 Comments

10 Aktiviti Percutian yang Anak2 Suka! (1)

Assalamualaikum again mothers! πŸ™‚

Berjalan dan bercuti (travel) sememangnya bagus. Bak kata orang tua-tua, jauh perjalanan, luas pengalaman..Β Persoalannya, bolehkah saya menikmati percutian macam ni dengan 3 orang anak-anak yang berusia 2, 4 dan 6 tahun?

Rehat tepi pantaiBerehat-rehat di tepi pantai sambil baca buku..

Blue Mosque

Melawat bangunan-bangunan cantik, tinggalan empayar-empayar terdahulu..

Hehehe..

Eh! Boleh! InsyaAllah.. πŸ™‚ Cuma cara dan strategi kena lah diubahsuai sedikit.Β Tak boleh nak fikir ekslusif untuk diri saya, atau cuma saya dan suami. Anak-anak kena seronok jugak! Kalau mereka tak seronok, (sebab kita buat perancangan mengikut apa yang kita suka) inilah jadinya..

Mengamuk

Mengamuk! Sekian, terima kasih. πŸ™‚

Gambar ni saya ambil masa di Istanbul. Kesilapan besar saya masa itu ialah saya ingat anak2 (masa tu berusia 1+, 3+ dan 5+) dapat ikut rentak kami (suami dan saya). Kami suka tengok bangunan-bangunan lama, jadi kononnya nak ‘cover‘ semua yang ada! Dan kami ikut style orang dewasa berjalan –> baca penerangan2 yang ada dipamerkan di bangunan-bangunan tersebut dan pamplet yang disediakan. Hasilnya, anak2 kami jadi sangat penat dan sangat bosan!

Kenapa mereka bosan?

Rupanya saya lihat, bila kanak2 tidak dapat terlibat secara direct dalam setiap aktiviti, mereka cepat bosan. Contohnya, bila kami cuma baca pamplet dan papan2 penerangan di bangunan2, anak2 tidak dapat terlibat. Sebab mereka tak dapat nak baca! Aleeyah pun masa tu belum fasih nak baca semua jenis perkataan. Jadi dia jadi bosan sebab struggle nak baca.

Dan bila kami bawa mereka ke bangunan-bangunan tersebut tanpa sebarang penerangan, mereka pun nampaknya tak faham apa yang sedang berlaku. Sekadar mengikut kami sahaja. Maka bermulalah aktiviti lasak melasak dan ragam meragam! Hihihi.

Oh Anak

Ahamdulillah, with the will of Allah, selepas struggle pada hari2 pertama di Istanbul, kami ubah rentak percutian. Kami berjalan pada kadar perlahan, cuba ikut rentak anak-anak. Kami buat aktiviti-aktiviti yang mereka suka. Di samping itu, kami pastikan 3 perkara ini kami penuhi untuk mereka – perut kenyang, rehat/tidur cukup dan kebersihan terjaga (terutamanya untuk Aqeel, kena tukar diapers kerap macam biasa).Β Alhamdulillah, anak-anak lebih gembira dan kurang meragam.

InsyaAllah saya kongsikan di sini ya, aktiviti-aktiviti yang saya lihat dapat libatkan anak2 kita secara direct, berdasarkan apa yang pernah kami lalui (bercuti atau perjalanan ringkas). Daripada pemerhatian saya, nak kasi anak-anak ni gembira tidak semestinya kita perlu pergi tempat mahal-mahal atau grand. Benda ringkas dan murah atau free pun boleh buat teruja! And like usual, please feel free to share your tips too! I am still learning, and will continue to learn. Let’s learn together on how to plan a trip that benefits our children.. Biiznillah..

Pre-Holiday

Sebelum tu, saya nak kongsi satu perkara yang saya buat sebelum kami bercuti –> Pre-Holiday Meeting! Hihi macam pre-job meeting la lebih kurang..

Contohnya, beberapa hari sebelum kami berjalan ke Fujairah dan Oman, saya terangkan pada Aleeyah dan Azeem, ke mana kami akan pergi. Aqeel pun ada sekali. Walaupun Aqeel cuma tersengih-sengih sambil melompat-lompat. πŸ™‚ Saya print peta UAE/Oman dan tunjukkan kepada mereka. Kemudian, saya tunjukkan di komputer (google je) di mana hotel kami akan menginap, dan satu aktiviti yang kami rancang iaitu untuk naik bot tradisi Arab (dhow).

Peta UAE

Sebelum ini, saya ingat tak penting buat macam ni. Tapi rupanya, SubhnaAllah, pre-holiday meeting ni dapat banyak membantu kelancaran perjalanan. Apabila anak-anak dapat sedikit gambaran tentang apa yang akan dilalui, mereka mudah hendak beri kerjasama.

Holiday Time!!!

OK, insyaAllah di post kali ini, saya kongsikan 5 aktiviti yang dapat buat anak happy semasa bercuti dulu ya. Lagi 5 insyaAllah akan disambung kemudian. Nanti panjang sangat pulak entry ni. Hihi. InsyaAllah,bila anak-anak happy, abah dan mama pun dapat enjoy percutian tu. Dan yang penting dan berharga ialah apabila anak2 dapat belajar daripada percutian tersebut. πŸ™‚

NOTE: However, please first, rely on Allah. What I am suggesting are only means. The only one who can help you is Allah.

#1 Diari Perjalanan

Berikan setiap anak, sebuah ‘Diari Perjalanan’. Saya beri pada semua, termasuk Aqeel yang berusia 2 tahun! Hihi. Dan saya lihat, Alhamdulillah, ini dapat menimbulkan minat mereka sepanjang percutian. Saya belikan buku ‘sketch book‘, iaitu kertas kosong tanpa garisan, untuk beri kebebasan kepada mereka, samada nak tulis atau lukis. This activity really kept them busy all the time! By the end of the day, they became tired. So, it was easy to put them to sleep too! Hihi.

IMG_8989Jeng jeng jeng. Aqeel pun ke hulu ke hilir bawak buku! Tengah mengkaji ‘sungai’ gamaknya. Sebenarnya ni ‘air sedutan’ pihak perbandaran, yang mereka salurkan di tempat ini selepas ‘sedut’ air hujan di jalan. Di UAE, jalan raya tiada sistem longkang seperti di Malaysia. Teruja je Aqeel tengok, biar ‘sungai’ buatan pon! Hihi.

Bila dah ada diari, mereka sudah ada objektif tersendiri! Maka, bila kami bawa ke tempat atau bangunan bersejarah, mereka tidak bosan. πŸ™‚ Akhirnya, kami pulak kena tunggu mereka habiskan aktiviti melukis masing-masing! Hihi.

Bidyah MosqueIni di Masjid Bidyah. Masjid tertua di UAE. Khusyuk mereka lukis ‘watch tower‘ kat atas bukit tu.

DrawingLukisan ‘watch tower‘ Aleeyah. Dia panggil tu castle. πŸ™‚

Untuk ‘Diari Perjalanan’ ini, saya tidak betulkan sebarang ejaan Aleeyah. Ini akan membantutkan minat dia untuk terus menulis. Saya juga tidak komen sebarang lukisan mereka yang tidak sama dengan apa yang hendak dilukis. Saya kena hormati hasil tulisan/lukisan mereka. They are doing their best, at their own capability! Apa yang penting ialah mereka ‘capture‘ pengalaman tersebut, dan belajar untuk faham apa yang sedang mereka lakukan. Mudah-mudahan, ini dapat membantu mereka faham tentang kehidupan. Biiznillah..

Fujairah OmanSaya perhatikan mereka memang sangat suka nak melukis/menulis.

Adakalanya, saya tengok mereka sertakan sedikit imaginasi untuk ‘enhance‘ lukisan mereka. Macam di bawah ni, Azeem lukis kapal yang dia lihat di Muzium Fujairah. Lepas tu, dia tambah sendiri seorang lanun! Hehehe.

IMG_8956Berusaha melukis kapal πŸ™‚

Pirate ShipHasil lukisan Azeem. Siap ada seorang lanun dan bendera lanun! Kat sekolah ada role play ‘pirate‘, tu agaknya dia duk fikir kapal mesti berkait dengan lanun.

Nota: Saya berikan mereka ‘diari’ ini beberapa hari sebelum pergi. Dan mereka sudah mula menulis dan melukis sebelum kami mulakan perjalanan. Lebih mudah begini. Semasa bercuti, mereka sudah tahu bagaimana nak guna diari ini.

#2 Be Little Explorers.

Ooohhhh, kanak-kanak suka sangat kalau kita beri mereka kesempatan untuk jadi explorer! Sebenarnya kanak-kanak boleh serap apa sahaja ilmu yang diberikan kepada mereka. InsyaAllah. Kita tak perlu risau samada mereka faham atau tidak, terutamanya untuk anak-anak berusia 5 tahun ke bawah. Kadang-kadang mereka cuma tengok, tanpa sebarang tindak balas. Takpe. Teruskan sahaja berkongsi dan beri penerangan kepada mereka. InsyaAllah, mereka serap apa yang kita kongsikan. Soon, you will be surprised to see their ability to ‘re-tell’ (whether partly or the whole explanation), although at the time you explained, it looked like they did not care!

Semasa bercuti, bagus juga berikan mereka peluang untuk mengkaji. Alang-alang dah jalan tempat baru, lebih bagus untuk belajar ilmu yang baru. Mereka boleh kaji apa sahaja – mungkin tentang air, tentang salji (kalau pergi ke negara bersalji), tentang pasir, tumbuh-tumbuhan, bak kata, apa sahaja! InsyaAllah, ini juga dapat membantu anak-anak untuk meningkatkan daya fikir.

Contoh: Belajar tentang alam semulajadi

Di rumah, lebih kurang sejak seminggu yang lalu, saya mulakan satu aktiviti untuk saya dan anak-anak belajar tentang dunia berpandukan Al Quran, dan kaitkan ayat tersebut dengan penemuan sains. Seronok! Saya suka dan mereka suka, Alhamdulillah! Kami masih beginner.. Semoga Allah bantu kami untuk teruskan pembelajaran kami.

Learning the Quran

Beberapa hari selepas itu, kami buat ‘amali’. πŸ™‚ Saya rasa tidak dapat saya nak cerita secara teliti apa yang kami buat. Nanti lari tajuk! Hihi. Sekadar nak tunjuk apa yang kami buat di rumah, dan bagaimana hendak ‘link’ perkara tersebut dengan aktiviti percutian mereka.

Plant Experiment

Semasa percutian, Alhamdulillah, di dalam perjalanan, mereka berpeluang untuk lihat cuaca cerah, cuaca mendung dan juga hujan! (jarang hujan di UAE). Jadi saya ambil peluang tersebut untuk terangkan kepada mereka tentang hujan, awan, pergerakan awan, air diserap di dalam tanah, dan sebagainya. Saya cuba untuk kaitkan apa yang telah kami pelajari di rumah.

Dan di bawah ni, saya cabut satu tumbuhan liar untuk tunjuk pada mereka bagaimana bentuk akar, dan terangkan fungsi akar. Aqeel pun seronok! Mereka rasa macam saintis la kot, duk khusyuk melukis dan mengkaji! Hehehe.

Plant

Little ScientistMereka lukis ‘sungai buatan’ tu. Hehehe. Kat sini susah nak tengok sungai. Dapat tengok sungai sementara ni pun dah boleh tolong mereka untuk gambarkan macam mana bentuk sebatang sungai.

Satu lagi aktiviti ‘mengkaji’ yang kami buat ialah – mereka kutip pelbagai bentuk cengkerang di tepi laut, dan lepas tu mereka lukis. They really loved this activity.

Kutip cengkerang

Cengkerang

Lukis Cengkerang

Banyak lagi aktiviti mengkaji yang boleh dibuat. Ibu2 sekalian boleh perhatikan je apa yang anak2 suka, dan apa yang sedang mereka pelajari. Dan selalunya mereka yang akan tunjukkan minat terhadap sesuatu perkara, on the dot. Pada pendapat saya, adalah lebih bagus sekiranya saya beri masa kepada mereka ‘kaji’ apa yang mereka jumpa, daripada cuba untuk desak mereka supaya bergerak cepat, dengan tujuan untuk ‘cover‘ semua tempat. Ya, saya lihat percutian yang ‘slow and steady‘ lebih sesuai dengan kanak-kanak kecil. Kurang sesuai untuk ‘structured schedule‘ seperti yang ditawarkan dalam ‘tour package‘.

#3 Rasa Makanan Tempatan

Yeaaah! Satu aktiviti ringkas yang kanak-kanak suka, dan sebenarnya sangat berfaedah untuk mereka faham budaya tempatan. Makan makanan tempatan yang ada di tempat percutian! Yang penting, HALAL! πŸ™‚

IMG_6713Minum teh Turki

JagungMakan jagung kat Fujairah

IMG_6454Makan aiskrim Turki

#4 Haiwan

Ya Allah, saya lihat kebanyakan kanak-kanak memang suka pada haiwan, termasuklah anak-anak saya. Sangat bersemangat dan teruja nak tengok. Jadi, setiap kali kita beri peluang kepada mereka untuk lakukan aktiviti berkaitan dengan haiwan, insyaAllah mereka happy dan berikan kerjasama sepenuhnya.

Samada haiwan yang mereka lihat di zoo..

Zoo Al Ain

Atau di pasar (ini di Al Ain Central Market, di mana mereka jual haiwan hidup)..

Baby camel sizeBayi unta πŸ™‚

Atau di dalam laut..

IMG_9452

Atau di padang pasir..

FalconBurung falcon.

Pendek kata di mana sahaja! Walaupun haiwan jalanan, insyaAllah mereka suka je.

IMG_6323Kucing jalanan kat Istanbul gebu-gebu semuanya..

Dapat perhatikan sekejap pon mereka dah suka.Β Kalau dapat beri makan, lagilah mereka suka!

Feeding fishBagi ikan makan roti arab.

#5 Ride

Yeaaaahhh! Aktiviti tunggang menunggang!

Boleh juga cuba aktiviti sedikit lasak macam naik kenderaan pacuan 4 roda. Tapi kena tengok juga kot takat ‘risiko’ yang diambil. Kalau bahaya, baik dielakkan. Kalu tidak lasak, kami cuba juga.

Desert SafariKami cuba Desert Safari. Ingatkan anak2 takut, tapi Alhamdulillah OK je. Mereka suka dan tergelak. Cuma pening sikitlah. πŸ™‚

Naik cruise atau bot. Kanak-kanak yang tidak biasa naik kenderaan air, macam anak-anak saya, teruja bila dapat peluang untuk naik bot atau kapal. Boleh juga beri anak-anak kita ni peluang untuk naik bot di sungai, di terusan, di tasik dan mungkin di laut. Ada perbezaan di antara setiap satu. Contohnya baru-baru ini, Alhamdulillah, kami berpeluang naik Dhow (bot tradisi Arab) di laut Musandam, Oman. Saya beritahu mereka,

We are going on a boat ride, in a real sea.”

Aleeyah kata, “You mean the reeaaal sea?”

Yes, the real sea. So, please, be careful, listen to Mama and Abah.” Hehehe, bila nak naik bot, saya perhatikan mereka teruja agak lebih daripada biasa. Maka, kena terangkan kepada mereka aspek keselamatan, sebelum mula naik atau bergerak. Kalau tidak, susah nak kontrol bila mereka dah teruja.

DhowInilah dhow.

Naik dhowAleeyah sangat suka dan excited pada mulanya. Dia pernah naik bot, tetapi cuma di terusan, tasik dan sungai buatan. Ini baru pertama kali naik bot di laut lepas.Β Beberapa minit lepas tu, dia mabuk laut. Hihi. Angin agak kuat, jadi dhow terumbang ambing sedikit. Maka, mereka boleh faham dan belajar perbezaan pengalaman naik bot di laut lepas dengan di tempat lain. Biiznillah..

Selain seronok, anak-anak kita, insyaAllah dapat belajar sesuatu sepanjang perjalanan, melalui apa yang mereka lihat.

Obor-oborJelly fish dalam air.Β 

Jelly fishRupanya mereka suka. Aleeyah lukis jelly fish dalam buku dia.

Tunggang Haiwan!

Rasanya ini adalah di antara aktiviti tunggang-menunggang yang kanak-kanak suka. Boleh je beri peluang naik kuda, gajah, unta, atau apa sahaja. Yang penting, kita pastikan keselematan terjaga.

Naik UntaPengalaman naik unta. Unta ni tinggi sedikit, jadi untuk anak-anak kecil kena naik bersama orang dewasa.

Banyak lagi kot aktiviti tunggang-menunggang yang selamat untuk anak-anak kita cuba. Please feel free to share your experience.. Saya pun tengah tercari-cari idea lagi ni. Hihihi.

Yeaaahh! Alhamdulillah, dapat kongsikan 5 aktiviti yang anak-anak boleh terlibat secara langsung, dan sangat seronok nak buat semasa bercuti. InsyaAllah saya kongsikan lagi 5 aktiviti ye..Biiznillah.. πŸ™‚ Sebelum nak tamatkan entry, nak kongsi satu tips semasa berjalan dengan anak-anak kecil.

Tips #1: Perhatikan tanda-tanda kebosanan atau kepenatan.

Kadang-kadang di dalam perjalanan, anak boleh jadi penat atau bosan. Saya rasa, baik sekiranya kita dapat kesan tanda-tanda tu awal dan buat sesuatu untuk hentikan rasa tersebut, dengan izin Allah. Sekiranya tidak, anak-anak akan terus meragam dan kita pun stress. Hehehe. Dan tiada faedah kot kita duk marah mereka suruh senyap dan berkelakuan baik. Kalau dapat ‘divert‘ fokus mereka, insyaAllah mereka dapat ‘baik’ dan beri kerjasama, instantly!

Contohnya, perjalanan ke Fujairah ambil masa sedikit lama. Azeem jadi bosan dan penat dan mula meragam. Maka, kami berhenti di kedai tepi jalan, untuk dia ‘take a break‘.

MoodyDah mula moody. Kena buat sesuatu sebelum ‘taufan’ melanda. Hihi.

Makan JagungBerhenti kejap, bagi makan jagung. Happy lah dia! Hihi.

OK mothers! πŸ™‚ Alhamdulillah, ini entry untuk kali ini. InsyaAllah to be continued dengan lagi 5 aktiviti ya! Biiznillah… May Allah grant you and your family happiness! Jazakumullahukhairan.

Advertisements


Leave a comment

Mewarna Seramik @ Cafe Ceramique

Alhamdulillah, semasa cuti Eid-ul-Adha yang lalu, suami dan saya berkesempatan untuk bawa anak-anak buat aktiviti ‘art‘ secara santai di Cafe Ceramique. Menarik konsep cafe ni, sebab iaΒ menggabungkan konsep – cafe and art, di mana kita dapat ‘berkreatif’ sambil makan dan minum dengan santai. It is a good place to spend quality time with family..

Ada 2 cawangan Cafe Ceramique di Dubai. Kami pergi cawangan yang terletak diΒ Town Center Mall, Dubai. Kepada kawan-kawan yang menetap di Dubai, ini lokasinya ya. πŸ™‚

Location

Cafe ini terletak di tingkat 1.

The cafe

Semasa kami tiba, kami lihat ramai keluarga yang datang, untuk mengisi hari cuti mereka. πŸ™‚

Welcome

Aqeel sangatlah teruja bila masuk kedai ni! Maka, kami kena betul2 kawal dia untuk pastikan ‘keterujaan’ dia tidak menyebabkan seramik2 di sekeliling pecah. πŸ˜› Seperti biasa, abah lah ‘pengawal’ terbaik! Hihi.

Seramik

Sudah pastinya, sampai di kedai, kami cari ‘port‘ untuk duduk dulu πŸ™‚ Di sekeliling kedai, ada pelbagai jenis seramik yang boleh dipilih, mengikut citarasa. Cuma satu sahaja, mereka tidak pamerkan harga secara terang. Perlu bertanya kepada staf. Oh ya, sebenarnya saya lihat, banyak kedai di Dubai yang tidak mempamerkan harga barang, seperti di Malaysia. Jadi, sebagai pengguna, kita memang perlu bertanya.

cafe

Selalunya bila buat ‘artwork‘, terutama dengan kanak-kanak, pasti bersepah kan? Tapi saya nampak kedai ni sangat bersih. Tu yang saya nak cuba πŸ™‚ Jom saya kongsikan langkah-langkah yang kami lakukan untuk mewarna seramik di sini..

STEP 1: Order makanan. Hehehe. Ini penting, sebab masa tu dah tengahari. Lapar!! πŸ˜›

STEP 2: Pilih Seramik

Saya beri peluang kepada anak-anak untuk pilih sendiri seramik yang mereka mahu. Kecuali Aqeel sebab dia ber’drama’ nak capai semua seramik! Takut! πŸ˜› Last-last abah terpaksa bawa Aqeel jalan-jalan untuk tenangkan ‘keterujaan’ dia.

Choose ceramic

Macam-macam ada! πŸ™‚

STEP 3: Pilih Warna

Kertas ‘alas makan’ ni memainkan dua peranan – sebagai alas makanan dan juga sebagai ‘katalog’ yang menunjukkan senarai warna yang boleh dipilih. Strategi penjimatan kos yang bijak! πŸ™‚

table

Ada macam-macam warna boleh dipilih..

colour

Ada juga diterangkan beberapa tips untuk mewarna seramik. Cool!

20131017_121514

Kami diberi 3 kertas kecil ini untuk tulis warna pilihan bagi 3 seramik yang dipilih. Perlu tulis kod warna pilihan.

chosen colors

Hihi. Azeem tulis nama terbalik lagi! πŸ˜›

Sementara tunggu warna ‘sampai’, Alhamdulillah, makanan ‘sampai’ dulu. Yeaaay! Dapat isi perut!

food

Yummy jugak makanan kat sini. πŸ™‚

STEP 4: LET’S PAINT!

Bila dah dapat warna, boleh lah mula mewarna! Ini lah bahan-bahan yang diberikan untuk kami mewarna seramik:

sponge

Sponge dan air. Mandikan robot ni lah dulu! Hihihi

paint brush

Berus pelbagai saiz

color and palette

Warna yang dipilih dan ‘colour palette‘. Dan sudah pasti – seramik! πŸ™‚

Maka, anak-anak pun mulalah mewarna sambil mama dan abahnya makan! Hihihi. Aqeel merajuk tak nak warna, jadi mama dan Aleeyah tolong siapkan.

Painting

Azeem painting

train

STEP 5: Bakar!!!

Langkah seterusnya, seramik perlu dibakar. Jadi kami pun hantar lah ketiga-tiga seramik ni ke tempat ‘pembakaran’.

Coloured ceramicsYeaah, tiga-tiga seramik dah siap diwarna – train, robot dan hello kitty.Β Ikut suka hati mereka nak warna macam mana. Memang saya beri kebebasan untuk mereka warna sendiri.

Ini lah tempat untuk ‘bakar’..

Furnace area and collection

Oleh kerana banyak seramik yang perlu mereka ‘bakar’ jadi kami kena tunggu giliran – selepas 7 hari! Huhuhu. Lepas 7 hari baru boleh diambil. Mudah dan ringkas aje rupanya proses mewarna seramik ni. Saya suka cara mereka ‘mengkomersialkan’ konsep ini.

THE END RESULT

Jeng jeng jeng. Taaaddaaa!!Β Inilah hasilnya lepas 7 hari

The End ResultLepas bakar, seramik baru berkilat dan bersinar! πŸ™‚

Alhamdulillah, simple yet valuable experience for us, as a family. Apa yang menyeronokkan ialah bila lihat anak-anak gembira dan belajar sesuatu yang baru dalam hidup mereka.

Kids

Dan yang agak memeranjatkan saya ialah, Aqeel yang pada masa itu nampak seperti tidak berminat, sebab merajuk, rupanya sedang belajar juga. Beberapa hari selepas itu, seperti yang telah saya kongsikan di entry yang lalu (https://amomsjourney81.wordpress.com/2013/10/20/aqeel-is-painting-2/), Aqeel mula buat ‘3D painting’ instead of ‘2D painting‘. SubhanAllah, our kids can easily absorb anything they see or experience in their environment. It is how they learn – through real experience, with their senses. Not much from books or worksheets.Β 

Seronok untuk sekali sekala bersantai bersama-sama keluarga sebegini. πŸ™‚ Daripada segi harga, pada pendapat saya, agak sedikit mahal. Tetapi secara general, harga barang-barang dan servis di Dubai memang agak mahal. Jadi, bak kata saya, sekali sekala boleh lah. Hihihi. πŸ™‚

Sekian perkongsian saya kali ini. Jazakumullahukhairan! πŸ™‚


Leave a comment

A Trip to A Market: The animals are still alive, Mama!

Cuti sekolah Aidiladha bermula 11 Oktober 2013 lalu, selama seminggu sempena sambutan Aidiladha. Yiippee! Mama dapat rehat jugak. Hihih.

Eid Mubarak

Pada 12 Oktober 2013, kami bawa anak-anak ‘jalan-jalan cari pengalaman’ di Al Ain, United Arab Emirates. Jarak Al Ain daripada Dubai adalah lebih kurang 140 km. Agak jauh, tetapi Alhamdulillah sistem highway adalahΒ bagus. Maka, perjalanan kami cuma mengambil masa lebih kurang satu setengah jam untuk pergi dan pulang. Seperti di Malaysia, highway di sini juga ada banyak ‘stop‘ untuk solat, isi minyak dan makan. πŸ™‚

United Arab Emirates

highway

Selesa perjalanan. Alhamdulillah πŸ™‚

Al Ain juga terletak di sempadan UAE-Oman. Boleh masuk Oman daripada sini. Sudah pasti dengan passport ye. πŸ™‚

Pembangunan Al Ain tidak sepesat Dubai.Β Itulah sebab utama kami ke sana! Untuk melihat dan belajar kehidupan tradisi masyarakat UAE, yang tidak dapat kami lihat di Dubai. Yang best ialah tempat-tempat kami pergi hari tu semuanya percuma! Hihihi..Who says we need to pay a lot to have fun? πŸ™‚

sheikh zayed roadSheikh Zayed Road, Dubai. Dubai adalah sebuah bandar yang sangat pesat membangun.

Salah satu tempat yang kami lawati ialah – AL AIN CENTRAL MARKET. Pasar!

alain central marketGambar diambil dari Internet

SubhnaAllah! Yang bestnya, pasar ni jual haiwan hidup! Dan kebetulan, raya nak dekat, jadi sangat banyak haiwan yang ada di pasar pada hari itu. Saya dan anak-anak sangatlah teruja sebab tak pernah tengok cara jual-beli haiwan hidup semudah itu.

Haiwan pertama kami jumpa ialah – Kambing! Kebanyakannya kambing biri-biri. Kita boleh pilih mana sahaja kambing yang kita suka. Agak sukar saya hendak bertanya kerana kebanyakan penjual tidak bertutur English. Mereka cuma cakap Arab dan bahasa ibunda mereka – Pakistan. Sebenarnya sayalah yang rugi sebab belum kuasai bahasa Arab lagi! Tetapi Alhamdulillah, ada juga yang dapat bertutur sedikit dalam English, maka dapatlah sedikit sebanyak saya faham apa yang berlaku.

KambingAnak-anak teruja tengok ‘lautan kambing’ πŸ™‚

IMG_7754Khusyuk Aqeel tengok kambing biri-biri! Live!

IMG_7760Another species. Tapi saya tak tahu, ini sebenarnya kambing biasa atau kambing biri-biri. Bulu nampak macam panjang sikit dari kambing yang kita ada di Malaysia. Sesiapa yang tahu, boleh share di ruangan comment ya. Jazakumullahukhairan!

IMG_7788Species ini adalah speciesΒ terbesar saya tengok pada hari tu. Daripada Saudi Arabia. SubhanAllah, tinggi daripada Aqeel!

Mereka bahagikan kambing mengikut species (kandang berasingan). Jadi pelanggan boleh senang memilih. Saya tengok Pak Arab masuk je dalam kandang ni dan pilih yang mana suka! Super cool sebab saya takut nak masuk dalam kandang tu! πŸ˜›

IMG_7769Kambing yang telah dipilih. Pelukan terakhir! Hihihi

IMG_7790Mak Arab pun ‘shopping‘ kambing πŸ™‚

Di belakang kawasan kambing, ada kandang jualan unta pula!

IMG_7807SubhanAllah! Tak payah pergi zoo. Boleh lihat ‘lautan’ unta kat sini. Hihihi. Mamanya yang teruja lebih sebenarnya.

IMG_7808Unta ni peramah. Bila Azeem datang dekat, dia ‘tegur’ Azeem! How cute!

IMG_7810Aleeyah pulak datang, seekor lagi tegur! Hihihi.

Bila nampak anak-anak saya sangat suka tengok unta-unta ni, ada seorang penjual yang kata pada saya, “Bibi..Bibi..” “Come, come“. Rupanya nak tunjuk pada kami bayi unta! Dia bawa kami ke tempat bayi unta. πŸ™‚

baby camelMasyaAllah. Super cute! Manja pulak tu.

Baby camel sizeKetinggian bayi unta lebih kurang tinggi kanak-kanak. Memang sangat manja! Suka datang dekat dan nak dipegang. πŸ™‚

Kami sempat juga tengok bagaimana mereka perah susu unta πŸ™‚ Ada seorang Pak Arab yang hendak beli susu, maka mereka terus perah. Fresh! Untuk ‘initiate‘ proses memerah, mereka bawa anak unta untuk menyusu dengan ibu unta tersebut. Kemudian, mereka perah. MasyaAllah! Susu unta sangat banyak. Sekejap sahaja dah penuh satu mangkuk!

Perah susuPerah susu unta

Camel Milk

Sungguh senang proses jual-beli susu unta ni. Tak perlu proses. Cuma untuk yang tak biasa, mungkin tak dapat nak minum kot. πŸ˜›

Seperti di Malaysia, ada juga lembu. Oleh kerana kami sudah biasa tengok lembu, jadi kami singgah sekejap je. πŸ™‚

IMG_7816Posing depan lembu πŸ™‚

Dan satu lagi yang menarik di sini ialah – kawasan ‘car-boot sale‘! Hihihi.. Untuk sesiapa sahaja yang mahu menjual kambing, dari lori.

IMG_7793Sangat banyak lori yang datang untuk jual kambing-kambing mereka.

IMG_7792Kambing dalam lori.

Bila pelanggan dah pilih. Penjualnya pikul sahaja kambing keluar daripada lori! πŸ˜› Kuat dan sabar sungguh depa ni.

IMG_7796

SubhanAllah! Menarik sungguh dapat lihat cara mereka berjual beli. Mudah dan straight forward. Suatu pengalaman yang tidak pernah kami rasai di Dubai, kerana kami beli dari Supermarket. Hihihi. Betul lah orang kata, sekiranya kita hendak belajar cara hidup tradisi masyarakat tempatan, kita perlu pergi ke kawasan luar bandar. Nah, baru kami dapat alami kehidupan masyarakat Arab yang sebenar! Alhamdulillah!

We enjoyed the trip! Short yet precious experience. It was in a market but we felt we were in a zoo πŸ™‚ Hope the kids learn about the ‘real life’ from this trip.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Jazakumullahukhairan! πŸ™‚ Eid Mubarak to you and your family!

eid-mubarak