A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


2 Comments

Non Fiction Books for Kids – How to Read?

Assalamualaikum Ibu2 Yang Gorgeous! πŸ™‚

Alhamdulillah, saya baru beberapa bulan tambahkan frekuensi membaca buku2 non fiction (yang mengandungi informasi) untuk anak2. Selalunya saya suka bacakan mereka buku fiction.

Saya kurang gemar bacakan mereka buku sedemikian, kerana saya sangka mereka kecil sangat untuk belajar fakta-fakta sains, sejarah dan sebagainya.

image

Tetapi saya ‘tersedar’ bahawa rupanya boleh sahaja kanak2 awal usia ni didedahkan dengan informasi sedemikian. Cuma kaedah membaca perlu santai dan saya tidak boleh ‘demand‘ mereka untuk terangkan kembali kepada saya atau dapatkan ‘feedback‘ daripada mereka.

wpid-20130708_111042.jpg

Saya belajar daripada sekolah Aleeyah yang menggalakkan pelajar2 untuk mempelbagaikan pilihan bahan bacaan di perpustakaan. Setiap minggu, di sekolah Aleeyah, guru bawa mereka ke perpustakaan dan mereka Β boleh pilih satu buku kegemaran mereka untuk dibawa pulang, untuk dibacakan oleh ibubapa.

Guru Aleeyah sediakan skim ganjaran ini sebagai galakan. Saya lihat di antaranya ialah supaya mereka pilih untuk membaca buku jenis non-fiction.

image

Setelah saya lihat Aleeyah mula minat untuk belajar fakta sedemikian, saya pun mula membeli buku jenis sedemikian untuk ‘perpustakaan di rumah’ (hehe). Yang best ialah, Azeem pun turut suka! Dan masyaAllah, rupanya Azeem lebih minat bila dibacakan buku fakta. Saya tidak pasti, adakah ini kerana personaliti Azeem, atau sifat natural seorang lelaki yang sukakan fakta? πŸ˜›

image

OK. Berikut ialah cara2 saya bacakan ye. Saya alu2kan kawan2 ibu yang dikasihi untuk turut sama berkongsi idea bagaimana nak jadikan aktiviti membaca fakta ini seronok dan santai bagi kanak2 awal usia.

#1 Set Minda

Saya set minda saya, bahawa pembacaan ini cuma untuk santai. Bukan untuk mengukur kebolehan mereka untuk faham. Saya tidak letak sebarang ‘expectation‘ untuk mereka faham dan berkebolehan untuk beri feedback atau cerita semula.

SubhanAllah, sebenar kanak2 ni memang boleh serap apa sahaja yang kita dedahkan kepada mereka. Tanpa saya tanya, kadang2 apabila sedang main, atau kami bercerita, samada Aleeyah atau Azeem, even Aqeel! akan cerita tentang apa yang pernah dibaca. Walaupun Aqeel sekadar membunyikan, contohnya ‘aauuuumm’ bila nampak singa, pada pendapat saya itu sudah bagus. πŸ™‚

image

#2 Pilih Buku Yang Sesuai

image

Saya perhatikan, cara penulisan dan penyampaian sesebuah buku memberi impak terhadap Β minat kanak2 untuk baca buku jenis fakta. Jadi saya kena pilih buku yang sesuai. Saya suka buku yang:

  • Banyak gambar daripada perkataan.
  • Gambar yang jelas dan menarik.
  • Informasi yang ‘just right’ untuk kanak-kanak.
  • Untuk fakta2 tertentu seperti haiwan, buku tersebut menggunakan gambar yang betul (bukan kartun).
  • Tulisan yang besar, supaya kanak2 yang baru membaca seperti Aleeyah boleh baca sendiri, bila-bila masa dia mahu.
  • Bahasa yang ringkas.
  • Susunan informasi yang menarik dan mudah dibaca (tidak serabut).

image

Kreatif sungguh penulis untuk terangkan tentang proses pencernaan makanan Β πŸ™‚

Buku yang diolah seperti buku cerita tetapi dalam masa yang sama memberi informasi kepada kanak-kanak juga adalah menarik:
image

Ada juga buku non fiction yang sesuai untuk dibaca sendiri oleh kanak2 yang baru mula belajar membaca (tanpa perlu bantuan orang dewasa). Dan buku ini memang dihasilkan khas dalam siri untuk meningkatkan kebolehan membaca anak2 (oleh Scholastic), dengan menggunakan konsep ulang perkataan-perkataan yang sama berulang-ulang kali.

Saya suka juga buku sebegini, tetapi selalunya buku sebegini mempunyai kekurangan dari segi penerangan kerana penggunaan ‘vocabulary‘ yang terhad, untuk disesuaikan dengan tahap kebolehan membaca anak-anak. Contohnya:

image

image

Lihat perkataan ‘A’, ‘comes’, ‘in’, ‘a’, ‘shell’, ‘does’, ‘too’ diulang-ulang.

#3 Pilih Masa yang Tenang

Sebenarnya untuk bacakan buku untuk anak2, tidak kira samada buku fakta atau buku fiksyen, pada pendapat saya lebih seronok dibaca semasa kami dalam keadaan tenang. Selalunya sebelum tidur.

ready story time

#4 Satu Tajuk Satu Hari

Saya suka bacakan satu tajuk satu hari untuk setiap anak (iaitu samada 1 atau 2 mukasurat sahaja), mengikut pilihan tajuk masing2. Contohnya Aleeyah mungkin pilih ‘camel’ dan Azeem pilih ‘snake’. Aqeel ikut sahaja. πŸ™‚

Tetapi bagi tajuk yang ringkas seperti warna, dan sekiranya buku tersebut ringkas, kami selalunya habiskan sahaja sebuah buku. Contohnya seperti buku ini:

image

image

#5 Baca Dengan Nada Berlainan/Buat Bunyi

Bacaan ‘mono-tone’ atau satu nada selalunya membuatkan kanak2 bosan. Anak-anak saya akan bersemangat nak dengar cerita sehingga tamat sekiranya saya atau suami menggunakan nada yang menarik (kami cuba, walaupun bukanlah seperti pakar) dan buat bunyi2 yang berkaitan, seperti bunyi singa, bunyi katak, atau apa sahaja bunyi yang dapat menambahkan pemahaman mereka.

#6 Layan Pertanyaan dan ‘Curiosity‘ Anak2

Saya suka tetapkan satu tajuk setiap seorang untuk beri peluang kepada mereka bincangkan atau beri pendapat atau bertanya tentang tajuk tersebut. Kadang2 mereka kaitkan dengan apa yang pernah mereka tengok dalam TV, atau di zoo, atau di mana2 buku yang pernah mereka baca. Kadang2 mereka reka cerita sendiri, sebagai ‘pelemak’! Layankan aje πŸ™‚Β Ada juga pertanyaan2 yang saya sendiri tak tahu nak jawab. Saya kata je, “Oh, I am not sure about that (or I don’t know). Let’s find out!”

image

Mereka beri zirafah makan di Zoo Al Ain, UAE tempoh hari. Maka mudah untuk terangkan zirafah mempunyai lidah yang panjang. πŸ™‚

Kanak-kanak memang lebih mudah faham sekiranya mereka pernah nampak depan mata mereka atau pernah mengalaminya.

#7 YouTube

Selalunya, saya akan tunjuk mereka video YouTube yang berkaitan. Saya nampak mereka lebih faham. Mungkin kerana dalam YouTube mereka boleh dengar dan lihat pergerakan. Jadi mereka sangat suka, terutamanya Aqeel.

Video yang saya pilih perlu pendek sahaja. Video yang panjang buat mereka bosan. Cukup untuk beri pengukuhan kefahaman.

Contoh apabila kami baca tentang Camel, saya tunjukkan mereka video Camel

wpid-20130708_111928-1.jpg

Saya selalu kawal apabila mereka kami menonton YouTube. Kerana banyak video haiwan mengawan yang di upload. Astaghfirullah, tak bagus untuk hati. Semoga Allah pelihara kita dan anak2 kita dari menonton video sedemikian walaupun haiwan..

#8 Peluk dan Cium

Ya, selalunya lepas habis baca saya peluk dan cium anak2 dan ucapkan tahniah untuk mereka.

Ya, itu sahaja. Saya tidak harap mereka beri feedback atau jawab soalan saya. Saya lihat kanak2 stress apabila kita mengharapkan jawapan daripada mereka, dan ini sebenarnya mengurangkan faedah sesi membaca tersebut.

Bak kata orang, “When the time comes, it comes.” Yang penting, sebagai ibu, saya beri sahaja apa yang saya mampu beri.

Aqeel 2

Let me enjoy my childhood, mama! πŸ™‚

Semoga dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan. Dan suka sangat sekiranya ibu2 lain dapat share idea!

May Allah grant us happiness in raising our kids! πŸ™‚


3 Comments

TMDG #2: Langkah Demi Langkah Membaca ‘Bedtime Story’ Bersama Anak

Assalamualaikum Mothers,

SubhanAllah, Alhamdulillah. With Allah’s will, this is the 5th post posted on the blog. May Allah give me the consistency to write. May this small contribution benefits moms who are in need. πŸ™‚

*TMDG bermaksud Tips Membaca Dengan Gembira πŸ™‚

Pagi ini, sambil saya lipat kain, saya dengar CD ceramah Mufti Ismail Menk. SubhanAllah, salah satu butir yang menyebabkan saya tersentuh ialah apabila beliau katakan bahawa membesar dan menjaga anak-anak dengan baik adalah satu jihad dan pengorbanan! SubhnaAllah, semoga Allah berikan saya dan anda semua kefahaman untuk membesarkan anak2 dengan penuh ikhlas, ke jalan Allah. InsyaAllah..

It’s Story Time, Sweeties!

Aqeel Baca2

Post kali ini saya ingin kongsikan Langkah Demi Langkah yang saya ambil setiap kali saya bacakan Bed Time Stories kepada anak2 saya – Aleeyah, Azeem dan Aqeel. Pada awalnya memang agak susah untuk ‘commit‘ tetapi, InsyaAllah apabila diteruskan akan menjadi satu rutin – anak2 pasti akan ambil buku sebelum tidur!

Sebelum ini, semasa anak2 masih kecil (di bawah umur 2-1/2 tahun), saya tidak sangka mereka faham apa yang saya ceritakan, kerana kadang2 pada sesi tertentu, mereka hanya diam tanpa respon. Kemudian selepas beberapa bulan, apabila salah seorang pilih buku yang sama, mereka boleh ceritakan kembali kepada saya! SubhanAllah, betapa Allah jadikan anak2 ini bijak sejak awal!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu2 yang lain. Saya percaya sangat ramai lagi ibu yang lebih kreatif dan dapat melakukan sesi ini dengan lebih berkesan dan menyeronokkan πŸ™‚ Langkah2 ini cuma sebagai sedikit perkongsian yang bukanlah sempurna ya.. Ibu2 boleh ubah mengikut kesesuaian umur anak masing2. Anak2 saya berumur antara 1 hingga 5 tahun, maka pengalaman saya cuma setakat umur 5 tahun πŸ™‚

Langkah Demi Langkah

1. Set Minda – Ini Bukan Sesi Belajar Membaca!

Perkara pertama yang saya lakukan ialah set minda saya! Saya mahu sesi ini berlangsung dengan gembira dan menyeronokkan. Saya tidak mahu sesi ini bertukar menjadi sesi ‘Belajar Membaca’ atau ‘Learn to Read‘ yang pernah saya tuliskan sebelum ini, yang mana boleh menimbulkan sedikit tekanan kepada kanak-kanak.

Selain itu, saya mahu memberi kebebasan untuk anak2 bersuara, berinteraksi dan menyuarakan pendapat. Saya tidak sangkal pendapat mereka sekiranya mereka kata,

“Pokok warnanya pink.”

Dan saya tidak boleh terburu-buru untuk kata, “Silap tu..” sekiranya mereka namakan benda-benda silap. Saya biarkan sahaja, dan betulkan perlahan-lahan.

Boleh dikatakan di dalam sesi ini anak2 boleh berimaginasi (dan anak2 memang sepatutnya dibiarkan berimaginasi untuk meningkatkan daya fikir mereka), untuk mewujudkan jalan cerita sendiri sekiranya mereka mahu.

cerita sendiri

Aleeyah sedang buat cerita sendiri tentang apa yang dilihat πŸ™‚

Sekiranya mereka hendak mulakan cerita dari belakang, hatta dari tengah sekali pun, itu adalah hak mereka. Tetapi saya perhatikan ini berlaku untuk kanak2 berusia 0 tahun hingga 2-1/2 tahun. Selepas itu, anak2 memang sudah tahu mula dari depan, kecuali bagi buku ‘vocabulary‘ seperti ‘First Words’.

2. Tidak Harapkan Feedback

Saya tidak ‘demand’ feedback dari anak2. Maksudnya, ada masa2 tertentu anak2 sangat aktif berinteraksi, di mana kalau saya tak soal pon mereka nak jawab! Tetapi ada masa2 tertentu saya lihat mereka hanya mahu dengar dan berehat. Sekiranya saya ‘demand’ feedback, saya akan tertekan dan begitu juga anak-anak.

Dan apabila saya bertanya pendapat, dan pendapat mereka lain daripada saya atau jalan cerita, saya layankan sahaja dan bertanya lebih lanjut daripada ‘jalan cerita’ mereka (kecuali bagi kisah2 Nabi, atau cerita daripada Al-Quran, saya akan perbetulkan perlahan-lahan kerana itu adalah cerita daripada Allah yang tidak boleh mereka tukar). Yang saya perhatikan Azeem memang suka berfikir lain dari jalan cerita (semasa saya bacakan). Aleeyah selalu ikut jalan cerita. Ini kadang2 boleh buat mereka bergaduh..Hahaha πŸ˜‰

3. Pilih Buku Sendiri

Saya beri kebebasan untuk anak2 pilih sendiri buku apa yang hendak dibaca. Saya pernah terbaca satu tulisan mengatakan pentingnya untuk kita benarkan anak2 memilih buku kegemaran mereka, terutama dalam memilih buku untuk dibeli. Ini dapat menimbulkan minat dan semangat untuk membaca.

Buku2 saya letakkan di library. Dan saya pastikan anak2 boleh ambil sendiri buku tanpa pertolongan saya, maksudnya saya tidak letakkan buku di tempat yang tinggi. Ini kerana saya dapati, apabila ada masa terluang, kadang2 mereka akan ambil buku untuk dibaca, dan kadang2 mereka hendak main ‘cikgu-cikgu’ πŸ™‚

Sebenarnya, adalah ideal kalau library di rumah sebegini kerana senang untuk anak2 lihat tajuk buku.

library kelas aleeyah

Mini library di kelas (di sekolah) Aleeyah

Tetapi saya ada Mr Aqeel yang hobinya sekarang suka ‘mengemas’ πŸ™‚

mengemas

Maka saya letakkan dalam kotak2. Saya baru sahaja alihkan ‘library‘ mereka daripada ‘mini school’ supaya dekat dengan bilik tidur :).

storage

Salah satu kotak di ‘library’ πŸ™‚

4. Take turn!Β 

Apabila anak2 dah bawa buku pilihan masing-masing, saya boleh mulakan sesi. Oleh kerana saya ada 3 orang anak-anak maka saya perlu ajar mereka take turn. Yang mana saya bacakan buku pilihan seorang demi seorang. Tetapi sekiranya saya sedang bacakan buku untuk Aleeyah, Azeem dan Aqeel akan turut serta (walaupun Aqeel ikut suka hati dia :)) Begitulah seterusnya. Maka, setiap malam mereka baca 3 buah buku! Atau selalunya 2-1/2 buku kerana Aqeel selalu gigit je buku dia πŸ™‚

Lihat ni, Aqeel pun pilih buku jugak πŸ™‚

ready story time

5. Let’s Read Sweeties!

Saya berikan bagaimana saya baca ye. Salah satu buku yang anak2 saya sangat suka kerana ada melibatkan pergerakan fizikal ialah buku “From Head to Toe” oleh Eric Carle.

htt cover

Buku ini mempunyai:

  • Jalan cerita yang ringkas (ayat2 pendek).
  • Cerita yang boleh dijangka, sesuai untuk kanak2 di usia 5 tahun ke bawah atau ‘early readers‘ (rutin yang sama, atau di dalam English mereka panggil ‘predictive books‘).
  • Ilustrasi yang menarik.
  • Interaksi fizikal dengan kanak-kanak.
  • Dan beri kata2 semangat kepada kanak-kanak – I can do it!

Mulakan Dengan Bincang Muka Hadapan

Saya bincangkan muka hadapan dengan anak-anak. Saya tunjukkan perkataan From Head to Toe dan ditulis oleh Eric Carle. Kemudian saya tanya anak2 apa yang mereka nampak di muka hadapan. Dan sekarang oleh kerana mereka sudah biasa dengan buku ini, nampak sahaja muka hadapan mereka akan buat pelbagai aksi, seperti mana yang mereka pernah baca dalam buku ini πŸ˜‰

htt

Mula Baca Bersama Anak2

Saya bacakan setiap perkataan satu persatu, seperti mana yang ditulis. Bagi buku yang ringkas seperti ini, disarankan supaya kita tidak menukar perkataan2 tersebut, bagi kanak2 dapat faedah hasil tulisan penulis. Saya sentiasa tunjuk perkataan yang saya baca, supaya mereka tahu yang saya baca adalah perkataan, bukan gambar.

Sekiranya mereka bertanya semasa saya membaca, saya akan layan. Selalunya saya perhatikan, mereka akan tunggu sehingga saya habiskan ayat, baru mereka tanya. Kerana mereka pasti hendak tahu jalan cerita. Kan?

Untuk buku ini pula, saya memang berikan peluang untuk anak2 beraksi. Contoh:

htt in

I am a penguinΒ 

and I turn my head.

Can you do it?

Saya pusing kepala (untuk tunjuk contoh) dan mereka ikut. Sekarang mereka sendiri terus buat. Dan mereka kata “I can do it“!

Mereka memang sangat suka buku ini! Sesuai untuk kanak2 lelaki. Dan pada pendapat saya sesuai untuk menarik minat anak2 yang tidak begitu berminat membaca kerana mereka boleh bergerak2. Maka mereka akan nampak membaca ini sangat menyeronokkan!

Muka surat seterusnya:

I am a giraffe

and I bend my neck.

Can you do it?

I can do it!

Sangat sesuai untuk belajar perbuatan dalam bahasa Inggeris!

Tidak Perlu Mengikut Aturan

Kadang2, anak2 tidak mahu mengikut aturan muka surat. Tidak ada salahnya, kerana buku ini tiada jalan cerita yang ‘rigid‘.

Berinteraksi

Anak2 saya selalunya akan bertanya macam-macam, dan saya suka tanya mereka kembali. πŸ™‚ Apabila mereka tanya pendapat saya, saya akan tanya apa pendapat mereka, supaya mereka boleh keluarkan idea sendiri, tidak mengharapkan saya. Kecuali apabila mereka bertanya tentang suatu situasi yang tidak pernah mereka alami, maka saya akan berkongsi.

Selalunya saya akan beri kesimpulan tentang sesebuah cerita yang dibaca, supaya mereka mendapat lebih kefahaman. Kadang2 saya beri peluang untuk mereka beri kesimpulan sendiri.

Puji, Peluk dan Cium

Saya suka untuk puji usaha mereka setelah menghabiskan sesebuah buku. I normally simply say,

Alhamdulillah, we completed to read. SubhanAllah! You are a good boy, you are a good girl!”

dan cium serta peluk mereka.

Simpan Semula

Ini penting! Mereka mesti simpan semula buku sebelum naik ke atas katil. πŸ™‚

6. It’s Time to Sleep Honey!

Kemudian, mereka baca doa sebelum tidur, saya cium dan peluk sebelum tidur, dan tutup lampu πŸ™‚ Zzzzzz πŸ™‚

* Kecuali Aqeel yang selalu sambung main πŸ™‚

SubhanAllah, ini perkongsian saya untuk hari ini. Semoga dapat memberi manfaat. Segala yang lemah dari saya, dan segala yang baik adalah dari Allah SWT πŸ™‚ May Allah grant you with happiness πŸ™‚


Leave a comment

Tips Membaca Dengan Gembira #1: Wujudkan 2 Sesi Membaca Di Rumah!

Assalamualaikum Mothers!

Alhamdulillah, dalam post sebelum ini saya telah dapat berkongsi tentang cara2 yang saya buat di rumah untuk menimbulkan minat anak2 membaca. Semoga beri manfaat πŸ™‚ InsyaAllah saya kongsikan lebih banyak tentang belajar membaca di rumah dengan anak2. Semoga usaha kita diberkati Allah, dan memberi manfaat kepada anak2 kita di masa hadapan.

Gambar dari internet

Dan sekali lagi saya ingin ‘highlight‘ bahawa saya bukanlah ibu sempurna dan saya juga mengalami kekangan masa seperti mana ibu2 lain. Anak2 saya juga bukanlah kategori boleh membaca dalam usia bayi atau yang sangat awal mengatasi kanak2 lain. Dan saya sekarang sudah ‘delete’ kemahuan sebegitu. Apa yang saya mahu lakukan cuma berikan yang terbaik mengikut kemampuan saya, dalam suasana yang menyeronokkan. Saya tidak mahu mendidik dalam keadaan tertekan dan mahu ‘dipandang tinggi’ oleh orang, yang pastinya tempias tekanan itu akan kena pada anak2. SubhanAllah, semoga Allah tunjukkan saya jalan yang benar dan buat segala-galanya dengan ikhlas dan keranaNya.

Anak Tidak Mahu Membaca??

Gambar dari internet

Saya pernah dengar statement sebegini,

“Anak saya tak mahu baca buku yang cikgu suruh baca. Saya kena paksa!”

atau

“Anak saya tak nak pegang buku langsung di rumah! Asyik nak main je kejenya.”

atau

“Aduhai, setiap kali membaca, rasa menyirap darah. Kenapa lah susah sangat anak aku ni nak membaca?”

atau

Anak diam dan keras membatu setiap kali diajak membaca.

Hmmm..sebenarnya saya pernah melalui satu situasi dengan Aleeyah semasa dia berumur antara 3-1/2 tahun hingga lebih kurang 4-1/2 tahun. Saya belikan Aleeyah buku-buku siri belajar membaca, iaitu:

  • Peter and Jane
  • Bob Books (phonics)

peter and jane

Bob Books 2

Peter and Jane series (top) dan Bob Books (bottom)

InsyaAllah di post akan datang saya akan kongsi mengenai jenis2 buku, dan sedikit perkongsian tentang kesesuaian mengikut objektif dan peringkat umur. Semoga Allah izin πŸ™‚

Berikut adalah pemerhatian saya (hahaha, rasa macam buat tesis la pulak :P):

  • Aleeyah akan masam muka setiap kali saya ajak dia baca buku2 tersebut.
  • Aleeyah perlu dipaksa sedikit untuk mula baca buku.
  • Aleeyah lebih suka lihat gambar dari membaca perkataan.
  • Tidak ada ‘spark’ dan kegembiraan setiap kali dia baca buku tersebut.

Reaksi di atas adalah amat berbeza apabila saya bacakan buku2 pilihannya sebelum tidur. Dan hasil pemerhatian yang sama saya perhatikan pada anak kedua saya, Azeem. Apa yang saya perhatikan:

  • Aleeyah & Azeem sangat teruja. Kadang2 bila saya sangat penat dan tak dapat hendak bacakan buku, mereka akan menangis-nangis.Β 
  • Mereka sangat ‘rela’ dengan memilih sendiri buku-buku tersebut.
  • Mereka semangat untuk membelek-belek buku, bermula dari muka depan buku hinggalah ke kulit buku terakhir!
  • Mereka suka hendak buat kesimpulan tambahan terhadap cerita yang dibaca.
  • Mereka sangat suka berinteraksi semasa sessi membaca dengan bertanya bermacam-macam soalan (kadang2 sampai mereka berdua bergaduh sebab pendapat tak sama! Aduhai!).

Aqeel Baca

Kanak2 sekecil Aqeel pun teruja untuk baca buku, walaupun dia cuba baca buku saya! πŸ™‚

Jadi saya tertanya-tanya kenapa? Kenapa sangat beza reaksi anak2 terhadap pembacaan buku2 ini? Saya ada buat sedikit ‘kajian’ tak rasmi (hehehe) melalui pembacaan dan sedikit demi sedikit saya sudah faham mengapa.

Saya tidak dapat kongsikan semua ini dalam satu post, sebab ‘finding‘ yang agak panjang, merangkumi tentang kandungan buku, cara saya, usia Aleeyah, dan banyak lagi (hahaha, sekali lagi saya rasa macam tulis tesis!). Saya akan cuba jelaskan dalam pecahan2 tertentu ya, saya namakan:

Tips Membaca Dengan Gembira πŸ™‚

TIPS MEMBACA DENGAN GEMBIRA #1: Wujudkan 2 Sessi Pembacaan Bersama Anak2!

Reading with Child

Saya cuba ringkaskan penjelasan dalam bentuk ‘mind map‘. Gambar agak kecil. Klik untuk besarkan gambar ya.

Berdasarkan pembacaan dan sedikit pengalaman, saya kenalpasti bahawa untuk pastikan anak2 gembira semasa membaca, langkah pertama yang saya perlu lakukan ialah adakan DUA SESI MEMBACA yang bersama anak2.

  1. Leisure Reading
  2. Learn to Read

Sesi kedua, iaitu Learn to Read TIDAK BOLEH DISATUKAN DALAM SESI LEISURE READING SEHINGGA ANAK BERSEDIA!

Apa maknanya? Meh saya terang sikit ye.

1. Leisure ReadingΒ 

leisure reading

Sesi membaca secara santai bersama anak2. Tujuan utama ialah untuk menimbulkan minat. SubhanAllah, inilah tujuan utama membaca! Sesi sebegini boleh dimulakan dengan anak2 sejak anak berusia 1 hari! Banyak pakar yang memang tekankan betapa pentingnya sesi ini bersama anak2, dan diteruskan sehingga ke peringkat sekolah rendah.

Sebenarnya anak2 belajar sangat banyak dari sesi ini. Antaranya:

  • Meningkatkan ‘vocabulary‘.
  • Belajar sifat-sifat terpuji (sekiranya buku2 agama atau buku Β sifat2 terpuji dibacakan).
  • Merangsang imaginasi apabila mereka mula berinteraksi.
  • Menggalakkan mereka berfikir, apabila buku yang dibaca mempunyai unsur-unsur soalan.
  • Mendapat pengetahuan bahawa yang dibaca adalah huruf, bukan gambar (ya, nampak seperti penjelasan yang sangat tak terfikir dek akal orang dewasa, tetapi begitulah cara bayi dan kanak2 berfikir. Mereka tidak tahu pada awalnya perkataan yang perlu dibaca).
  • Mendapat tahu bahawa membaca perlu dari kiri ke kanan, dan dari atas ke bawah. Ini melatih mata mereka bergerak.
  • Belajar perkara2 tambahan seperti warna, bentuk, huruf, apa sahaja mengikut jenis buku yang dibaca.

Dan sangat banyak lagi faedahnya! Tetapi yang saya paling suka ialah merapatkan hubungan antara ibubapa dan anak2! Suatu perkara dan masa yang tidak akan kembali!

Aqeel Gigit Buku

Sesi ini perlu sangat santai, mengikut apa yang anak suka, termasuk gigit buku! πŸ˜› (Tapi kena pengawasan yang rapat)

Bilakah Masa yang Sesuai?

Bilakah masa yang sesuai untuk kita membaca secara ‘leisure‘ dengan anak-anak? Pada pendapat saya – bila2 masa! Dengan syarat, ibubapa dan anak2 dalam keadaan yang tenang dan gembira. Masa yang saya paling suka ialah waktu sebelum tidur.

Sekiranya saya dalam keadaan yang sangat penat apabila tiba waktu tidur, dan anak2 hendak juga baca buku, saya akan katakan,

OK, we read 2 pages, then we will continue tomorrow ya.” πŸ™‚

Anak2 saya juga akan beritahu saya apabila mereka penat dan tidak mahu baca buku sebelum tidur. Dan saya tidak paksa.

Dan sudah pasti, bila-bila masa mereka hendak baca, mereka boleh baca. Adakalanya di waktu siang, saya ada komitmen yang lain seperti memasak, maka saya akan suruh mereka baca sendiri dulu (Aleeyah boleh baca sendiri beberapa jenis buku, Azeem boleh pretend to read), kemudian saya sertai mereka. Tetapi saya nampak selalunya mereka lebih suka saya ada bersama mereka, maka, mereka ‘tukar’ aktiviti sementara tunggu saya πŸ™‚

Buku Apa Yang Sesuai?

Ada pelbagai jenis buku yang sesuai untuk ‘leisure reading‘. Secara kasar, sekiranya anak2 masih diperingkat perlu dibacakan, saya lebih suka memilih buku yang mempunyai perkataan yang ringkas dengan gambar yang menarik. Sebab? Mulut tak larat nak baca panjang2! Hehehe! Serius! Dan anak pun jadi bosan sekiranya panjang sangat ceritanya. InsyaAllah dalam post seterusnya saya kongsi lebih lanjut ya πŸ™‚

Eric CarleΒ Salah satu contoh ialah buku ‘From Head to Toe‘ by Eric Carle. Anak2 saya sangat suka buku ini sebab mereka boleh cuba buat aksi yang sama semasa membaca buku πŸ™‚

2. Learn to Read!

learn to read

Ha! Sebenarnya begini, saya perasan, agak ramai ibu bapa yang terlalu fokus kepada sesi ini. Iaitu sesi belajar membaca. Sebab saya faham, ibu bapa risau tentang pencapaian anak2 di sekolah.

Dan ramai juga yang tidak nampak kepentingan Leisure Reading, yang sebenarnya adalah kunci kepada kebolehan membaca secara semulajadi. Hasil atau faedah dari Leisure Reading memang memakan masa bertahun2 untuk dilihat, maka, saya sebagai ibu perlu ikhlas dan lakukan semata-mata untuk kebaikan anak2 tanpa harap nampak kesannya dalam masa terdekat.

Sesi Learn to Read ini sebenarnya memerlukan kesabaran yang tinggi, dan sebaiknya ibubapa faham tentang perkembangan kanak-kanak. Mengapa saya kata begini? Kerana, kebanyakan orang dewasa ingat kanak2 mempunyai kebolehan berfikir seperti orang dewasa dan rasa sangat geram kalau anak tak faham-faham lepas ajar banyak kali!

Kenapa Anak Tak Faham-Faham?

Saya beri satu contoh ye. Contohnya, saya mengajar Aleeyah untuk eja ‘cat‘. Dulu apabila saya suruh dia bunyikan huruf tersebut secara fonik, dia memang boleh bunyikan setiap huruf. Tetapi apabila saya suruh cantumkan, dia cuma pandang saya!!

Tapi kini, bila saya suruh dia bunyikan dan sambungkan, dia boleh:

‘keh’ (bunyi c), ‘eh’ (bunyi a), ‘teh’ (bunyi t) dan sebut ‘cat‘!

Dan apabila saya beri perkataan lain dia boleh baca perkataan tersebut dengan mengeja secara fonik.

*minta maaf, agak sukar untuk saya eja bunyi huruf, cara bunyi sebenar boleh dirujuk di internet πŸ™‚

So, kenapa?

Secara ringkasnya begini. Kebolehan membaca adalah skil yang diperolehi apabila sel-sel otak tertentu telah bercantum. Sel-sel otak kanak2 masih dalam keadaan aktif bercantum pada awal2 tahun kehidupan, dan selagi cantuman tertentu belum terbina, maka tidak sampai informasi tertentu di otak mereka. Jadi, apa yang kita boleh buat ialah teruskan merangsang percantuman sel2 otak, dan sabar πŸ™‚

Setiap kanak2 itu dijadikan Allah bijak! Sekiranya dia tidak dapat baca, saya suka fikir bahawa bahan bacaan itu belum sampai dek fikirannya. Maka, saya akan terus bacakan untuknya, atau buat sesuatu yang berbeza, sampai satu hari dia akan dapat.

Bilakah Masa yang Sesuai?

Oleh kerana sesi ini perlukan fokus dan anak2 berfikir, saya selalu lakukan sesi ini bila Aleeyah dalam keadaan tenang dan gembira. Secara jujur, saya tidak melakukan sesi ini sekerap Leisure Reading (hampir setiap hari).

Di hari2 persekolahan, saya cuma akan mulakan sesi sekiranya Aleeyah minta atau dia sudah berehat. Sekolahnya jauh, jadi saya faham dia penat. Jadi, boleh saya simpulkan bahawa sesi ini cuma saya lakukan dalam seminggu sekali atau paling kerap mungkin dalam 3 hari sekali. Bagi ibu2 lain, terpulang mengikut keperluan dan kemampuan anak, tetapi yang penting adalah konsisten. Elakkan dari biar sahaja sehingga satu masa yang suntuk, kemudian tekan habis-habisan πŸ™‚ Saya percaya tidak semua ibu2 sebegini πŸ™‚

Pada pendapat peribadi saya, sekiranya seorang ibu atau bapa rasa dia tidak dapat bersabar untuk melakukan sesi ini dengan anak2, saya rasa adalah terbaik untuk serahkan urusan ini kepada sekolah, atau individu yang boleh mendidik dengan cara yang betul. Tetapi saya tetap yakin, setiap manusia diberi kebolehan untuk bersabar. InsyaAllah!

Buku2 Apa yang Digunakan?

Ada sangat banyak buku2 dalam siri belajar membaca yang terdapat di pasaran. Sebagai ibubapa, kita perlu mempunyai sedikit ilmu untuk memilih jenis yang bersesuaian. InsyaAllah, topik ini akan dikongsi di masa hadapan, berdasarkan sedikit pengetahuan saya.

Secara ringkas terdapat 3 jenis ketegori buku di pasaran:

  1. Menggunakan kaedah phonics.
  2. Menggunakan banyak ‘Sight Words’ atau ‘High Frequency Words’ untuk dihafal oleh kanak-kanak.
  3. Menggunakan konsep ‘repetition‘ untuk membolehkan anak membaca.

Repeat

Contoh buku di pasaran yang menggunakan konsep ‘repetition’, yang mana perkataan yang sama diulang-ulang, tetapi jalan cerita masih menarik! Cerita yang ‘legend‘ untuk konsep ini ialah ‘The Little Red Hen’.

Maka, yang mana perlu dibaca oleh anak2? Kalau tanya saya, SEMUA! Setiap satu ada fungsi masing-masing. Pada pendapat peribadi saya, saya tidak setuju dengan pembelajaran menggunakan satu konsep, contohnya cuma gunakan kaedah phonics semata-mata, kerana konsep membaca itu luas. Dan saya juga tidak setuju dengan fahaman kanak-kanak perlu fokus satu jenis buku sahaja supaya dia tidak keliru. SubhanAllah! Membaca adalah skil. Semakin banyak dibaca, semakin meningkatlah skil itu! InsyAllah! Itu pendapat saya. Terpulang kepada individu, mengikut pengalaman dan pengetahuan masing2.

Maka Kenapa TIDAK BOLEH CAMPUR SESI LEARN TO READ DALAM LEISURE READING?

Seperti yang telah diterangkan di atas, sesi Leisure Reading adalah untuk menimbulkan minat. Ibu bapa tidak perlu mengharapkan apa2, cuma baca dan berseronok bersama anak2. Sekiranya anak2 sudah mula membaca, tidak salah berikan dia peluang untuk baca perkataan2 yang dia sudah hafal. Tetapi selalu ‘selamatkan keadaan’ apabila dia tidak dapat membaca dengan terus bacakan cerita tersebut kepada anak. Saya elak dari memarahi anak2 sekiranya mereka tidak dapat membaca perkataan yang senang. Dan saya juga tak kisah sekiranya mereka mahu mulakan cerita dari belakang. Suka hatilah anak2ku, asal bahagia πŸ™‚

Dan seperti yang telah saya sebutkan juga, sesi Learn to Read ialah sesi di mana kita mahu anak belajar membaca perlahan-lahan. Berdasarkan pemerhatian, saya dapati memang ramai yang geram dan jadi marah apabila anak tidak dapat membaca seperti yang diharapkan. Maka bermulalah sesi yang menekan kedua-dua belah pihak – si ibu dan si anak.

Maka, tidak ‘leisure’ lah sesi pembacaan tersebut. Dan hilanglah kemanisan dan faedah yang boleh diperolehi. Inilah yang saya hendak elakkan. Dan yang paling saya tidak mahu ialah, saya mempunyai satu fikiran di mana, “Aduhai, kenapa lah anak aku ni?” dan berhenti membaca secara ‘leisure‘ dengan anak2, tetapi teruskan cara memaksa dan memarahi. Semoga Allah beri petunjuk kepada saya dan semua ibu2 πŸ™‚

Mula Membaca Dengan Gembira

IMG_4207

Sejak saya asingkan kedua-dua sesi ini, Alhamdulillah, sesi membaca kami lebih bermanfaat. Dan dalam masa yang sama, subhanAllah, saya nampak Aleeyah boleh meningkatkan skil pembacaan kerana dia minat. Dan sekarang dia sendiri yang boleh memilih buku Peter and Jane untuk Leisure Reading! Dan dia baca sendiri. Yang lebih menarik, walaupun buku itu agak membosankan (hehehe, sebab perkataan diulang banyak kali, untuk kanak2 menghafal perkataan-perkataan tertentu), dia boleh menjadikannya cerita menarik dengan bercerita sendiri cerita yang dia suka berdasarkan gambar buku tersebut πŸ™‚

Yaaa, semoga ‘point‘ pertama ini memberi manfaat kepada semua. Sesungguhnya segala yang baik itu dari Allah, dan segala kelemahan itu adalah dr saya πŸ™‚ May Allah reward you with happiness with your lovely children!