A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


Leave a comment

Belajar Mengira – Count the Bears!

Assalamualaikum Mothers,

Saya sedang perlahan-lahan ajar Aqeel mengira, di rumah. May Allah make it easy for us. 🙂 Sebelum ini ajar sampai 3. Hihi. Sekarang nak cuba naik sikit, sampai 5. 🙂

Untuk ajar anak-anak kecil, terutamanya berumur 4 tahun ke bawah, perlu menggunakan LESS PAPER. Paperless lagi bagus!

Count the Bears!

Untuk ajar Aqeel mengira kali ini, saya gunakan ‘counters‘ atau bahan untuk mengira. Ibu2 boleh je gunakan apa sahaja bahan yang ada mengikut kreativiti masing-masing, tak perlu beli pun takpe. 🙂 Ini saya saja beli, sebab dia suka bear, dan saya rasa senang nak saya basuh dan guna semula. 🙂

Bahan-bahan yang saya gunakan:

  • Playdoh (boleh klik sini untuk resipi ya).
  • Pinggan (memang satu set dengan counters tersebut).
  • Counters (bear berwarna-warni yang dapat dilihat dalam gambar)
  • Nombor 1-5 yang saya print.

kira bear

Senang je aktiviti ini…

Di dalam setiap pinggan saya letakkan seketul playdoh dan nombor. Saya mulakan dengan nombor satu. Saya letak satu bear atas playdoh dan sebut “One. One bear.” Kemudian seperti biasa, Aqeel teruja nak mengikut. Dia letakkan sendiri bear dalam pinggan-pinggan seterusnya sambil saya kira dalam rentak yang dia dapat ikut (tak laju sangat dan tak perlahan sangat),

One Two. Two bears.”

One Two Three. Three bears.”

Mana yang dia dapat ikut, dia ikut. Saya tak paksa. Tapi saya teruskan sahaja tunjuk dan kira untuk dia. Seperti biasa, apabila saya mengajar anak-anak kecil usia 4 tahun ke bawah, saya tidak harapkan respon daripada kanak-kanak tersebut. Kalau dia ikut atau sebut, Alhamdulillah. Kalau dia diam dan cuma letakkan atas playdoh, juga Alhamdulillah. Ibu2 tak perlu risau kalau anak-anak tak respon. In sha Allah perlahan-lahan, atau apabila dia nak respon, dia akan respon. Dan kita akan tengok tiba-tiba dia boleh buat je semua benda dengan sendiri.

bear on playdoh

Aktiviti begini bagus untuk kuatkan tangan comel anak-anak, in sha Allah.

Mungkin ada yang pelik dengan cara saya ini. Dulu pun saya rasa tak puas bila anak-anak tak respon, sebab tak dapat nak tahu samada anak faham atau tidak. Tetapi, subhanAllah, selepas kerap ajar anak-anak, saya lihat memang itu cara kanak-kanak. Mereka biasanya serap dahulu informasi. Kemudian, in sha Allah, suatu hari mereka dengan selamba ‘keluarkan’ segala pemahaman mereka! TabarakAllah! Boleh lah cuba kalau nak cuba 🙂 Alhamdulillah saya rasa tenang bila ajar anak-anak dengan cara sebegini – tidak mengharapkan respon. Terus je ajar, keep sharing and teaching them.. 🙂

Nota

Saya beri Aqeel buat sendiri playdoh. Saya letakkan bahan-bahan dalam satu dulang dan minta dia kacau dan uli sendiri. Kira macam sensory play jugaklah! 🙂 Nombor-nombor itu pun dia potong sendiri. Semangat dia menggunting. Jadi sebenarnya, bila nak mengajar anak-anak di rumah, kita tak perlu sediakan semua. Anak-anak pasti teruja dan sukarela menjadi tenaga pembantu. Hihihi. And usually, they appreciate the learning session better when they are fully involved from beginning to end. In sha Allah..

Aqeel cuma ulang aktiviti ini sekali. Daripada pemerhatian saya, sekiranya dia cuma ulang sekali atau tidak ulang, maknanya perkara tersebut agak ‘susah’ untuk dia, atau perkara baru yang memerlukan dia berfikir agak ‘dalam’ (hihihi), atau kadang-kadang dia tak minat nak buat. Jadi saya tak paksa.

Saya buat pula aktiviti kedua!

Find the Bears!

Kali ini, saya sorokkan bear dalam playdoh dan minta dia cari! Hihihi. Dalam pinggan nombor 1, saya sorokkan 1 bear. Pinggan nombor 2, saya sorokkan 2 bear. Dan seterusnya. Saja nak ulang aktiviti mengira, tapi dalam kaedah yang lain. 🙂 Aleeyah beritahu dia, dia macam archeologist! 😛 Lagi dia happy nak cari. 🙂

sorok bear

Bila dia jumpa satu bear, saya mula kira, “One! One bear!” Dan seterusnya.. Bersemangat dia mencari!

cari bear

 Siap guna ‘garpu’ nak cari bear. 🙂

 Selepas itu, saya beri dia main dengan counters tersebut. 🙂 Anak-anak kecil memang suka main dengan playdoh, dan main sorok-sorok benda ni. 🙂

Alhamdulillah, itulah salah satu aktiviti di rumah yang saya buat untuk ajar anak saya, Aqeel (in sha Allah 3 tahun bulan Oktober ini) asas matematik. Saya cuba ajar dia konsep mengira, bukan sahaja hafal kiraan 1-10. Boleh dapat keterangan sedikit tentang konsep ini (one to one correspondence) dengan klik di sini ya. 🙂

Selamat mencuba kepada yang berminat! May Allah help us to help our children. 🙂 May Allah open their hearts to seek beneficial knowledge in their entire lives. 🙂

Jazakumullahukhairan..

 


Leave a comment

‘Karya’ Seni Menggunakan Pipet

Assalamualaikum Mothers,

Dahulu, semasa saya di bangku sekolah, saya cuma gunakan pipet dalam eksperimen sains.

Rupanya banyak lagi yang boleh kita buat dengan menggunakan pipet bersama anak-anak kecil kita! 🙂

Salah satunya, kita boleh…

Mewarna menggunakan Pipet! 🙂

Aktiviti ini bagus, in sha Allah untuk bantu menguatkan jari-jari kecil anak, di samping ‘membuka’ minda anak-anak (dan buka minda saya juga sebenarnya!) bahawa karya seni boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai peralatan (tools). Tidak terhad kepada warna pensil, krayon dan berus lukisan sahaja. Dan yang penting, mereka gembira nak buat aktiviti tu. 🙂 Alhamdulillah Aqeel enjoyed his pipette painting session. TabarakAllah!

Senang je bahan-bahannya:

  1. Kertas tisu (lagi tebal lagi bagus).
  2. Warna air.
  3. Air.
  4. Pipet (kalau ada banyak lagi bagus, untuk elak warna bercampur dalam bekas warna).
  5. Bekas untuk isi pelbagai warna.
  6. Dulang (ini pilihan). Saya suka guna dulang supaya kurang berselerak. 🙂

This is how we did it..

Mula-mula saya beri Aqeel potong sendiri tisu. Saya guna tisu dapur. Biasanya memang dah siap ‘pre-cut’ kan? Tapi yang ni murah punya, jadi kena gunting sendiri. 🙂 Dan tisu ini nipis, maka saya letak beberapa lapis di dalam dulang.

Gunting tisu

Saya cuba perlahan-lahan beri dia ‘manage‘ projek dia sendiri. Maknanya, biar dia sendiri potong, sendiri kacau, sendiri tuang, sendiri pergi basuh tangan, dan sebagainya. May Allah help me to help him..

Kemudian, di dalam bekas warna, saya letakkan warna-warna pilihan Aqeel. Untuk warna air, saya perlu tambahkan sedikit air supaya ia tidak terlalu pekat dan mudah untuk di’pipet’. Selain daripada warna air, saya guna pewarna dan perisa makanan juga. Pewarna makanan agak cair, maka tidak perlu dicampur dengan air. Perisa makanan mempunyai bau (saya gunakan strawberi dan pandan), maka ia dapat beri sedikit bau semasa aktiviti tersebut. Aqeel sedang belajar tentang 5 deria, maka saya cuba hendak masukkan komponen-komponen yang berkait dengan 5 deria manusia – rasa, hidu, lihat, sentuh dan dengar dalam aktiviti-aktiviti harian dia. And we talked about it –> apa yang dia bau dan dia lihat, semasa saya letakkan warna-warna tersebut.

Pipette Paints

 Ada 2 pipet je, maka warna bercampur2 bila dia mulakan projek. 🙂 From a positive side, he could learn about colour mixing! In sha Allah. 🙂

Dan yeeahhh meh mula ber’pipet’

Pipette Painting

Pada awalnya, saya perlu ajar dia bagaimana hendak menggunakan pipet. ‘Struggle‘ juga dia awal-awal. 🙂 Alhamdulillah lepas tu OK. Aktiviti ini dapat bantu, in sha Allah anak-anak kecil untuk kuatkan jari kerana pipet perlu dipicit menggunakan jari-jari comel mereka. 🙂 Ini adalah persediaan untuk mereka menulis kelak. In sha Allah…

Inilah hasilnya! Alhamdulillah! 🙂

The Result

Saya rasa, lebih molek lagi kalau guna kertas tisu yang tebal sikit. Dan juga saya lihat lebih cantik sekiranya menggunakan warna air berbanding pewarna makanan. Warna air tu pulak sebaiknya tak terlalu pekat, dan tak terlalu cair. Hehehe.. Tapi takpe, jangan risau. Asalkan anak-anak bahagia dan suka buat, Alhamdulillah! Untuk kanak-kanak awal usia, yang penting ialah proses, bukan hasilnya! 🙂

Lepas tu, Aqeel cop tangan dia dalam dulang tersebut dan nak Hi-5 dengan saya! Hehehe. Saya pun bagi dia 3 keping kertas untuk dia Hi-5!! Hihi.

Hi 5

Haa!! Ini juga salah satu sebab warna air lebih sesuai berbanding pewarna makanan –> warna air tidak ‘melekat’ di tangan seperti pewarna makanan. 🙂

Opps bukan setakat itu!

Lepas kering sikit, saya gunting sikit kertas tisu ni dan buat huruf ‘i’. Aqeel pun tiru apa yang saya buat. Maka saya tampalkan kedua-dua ‘i’ dalam buku Letter Sound dia. 🙂

Learn i

Kanan yang saya potong, kiri Aqeel potong sendiri. TabarakAllah! Semangat dia nak potong!

My Sounds Craft Book

Buku ‘Letter Sound’ Aqeel 🙂 Tinggal huruf ‘n’, sebelum sambung ke tahap seterusnya. Biiznillah…

Aqeel bila dah menggunting, memang susah nak berhenti. Dia suka sangat menggunting sekarang ni. Dengan semangat, Aqeel gunting lagi satu ‘i’, maka saya jadikan ia satu lagi hasil ‘seni’ dan pamerkan di ‘papan’ art and craft kami di rumah. 🙂

Display

Ini kertas yang Aqeel dan saya tekap di atas hasil ‘pipette painting‘ tadi, sebelum dipotong-potong. 🙂 Dapat corak abstrak!

Alhamdulillah! So much fun and so many things our little children can produce in one simple activity! In sha Allah. Plan awal saya, cuma hendak buat aktiviti pipet tu je. Tetapi, Alhamdulillah, semasa buat aktiviti, Aqeel ‘come up‘ dengan aktiviti-aktiviti tambahan yang dia rasa nak buat. Jadi saya ikut je idea dan minat dia and I always try not to stop him (unless the activity makes the house ssooo messy. Hihi). Saya harap dengan cara ini, dapat bantu dia tingkatkan skil berfikir dan rasa ‘bebas’ untuk mengeluarkan idea. Biiznillah… Allah knows the best.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Ibu-ibu bolehlah ‘ikut’ kreativiti anak-anak masing-masing. Let them be the ‘project manager’. 🙂 Selamat mencuba kepada yang berminat! May Allah grant you happiness with your loved ones. 🙂


2 Comments

Cara untuk Kenalkan Huruf Besar dan Huruf Kecil kepada Toddler

Assalamualaikum Mothers,

Post kali ini in sha Allah saya cuba kongsikan bagaimana saya ajar Aqeel (sekarang berusia 2 tahun 10 bulan) mengenal huruf besar dan huruf kecil serentak. Sebelum ini, saya suka kenalkan huruf kecil sahaja.

Kenapa saya suka kenalkan huruf kecil sahaja?

Kerana sesetengah huruf mempunyai bentuk yang berbeza (huruf besar tidak sama dengan huruf kecil), yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada kanak-kanak, seperti huruf ‘A a‘, ‘B b‘, dan ‘T t‘. Saya lihat, anak-anak saya mudah keliru apabila saya cuba untuk perkenalkan kedua-dua huruf serentak pada tahap awal. Sekiranya huruf seperti ‘S s’ dan ‘C c’ tidak mengapa, kerana huruf besar dan kecil mempunyai bentuk yang sama.

Selain daripada itu, oleh kerana kebanyakan perkataan di dalam buku menggunakan huruf kecil, berbanding huruf besar, saya lihat apabila huruf kecil diperkenalkan dahulu, permulaan proses membaca anak-anak adalah lebih lancar. Contohnya, ‘sat’ selalu ditulis berbanding ‘SAT’, jadi apabila kita cuma tumpukan kepada pengenalan huruf kecil, mungkin mereka lebih fokus dan tidak perlu ‘terkeliru’ dengan info huruf besar. Allahu’alam, ini cuma tanggapan saya. 🙂

Cara ini juga saya ‘tiru’ daripada sekolah Aleeyah dan Azeem di mana mereka perkenalkan huruf kecil dahulu, kemudian baru diikuti dengan huruf besar. Dan Alhamdulillah, saya lihat, ia banyak membantu Azeem untuk membaca. 🙂 TabarakAllah!

belajar huruf a

Ini masa saya kenalkan dia huruf ‘a’ (cuma huruf kecil). Saya print juga beberapa gambar yang bermula dengan bunyi ‘a’ seperti acorn, ants, astronaut dan diri dia sendiri – ‘Aqeel’. 🙂

WALAUBAGAIMANAPUN

🙂

Saja je saya nak cuba samada boleh atau tidak sebenarnya toddler kenal kedua-dua huruf (besar dan kecil) serentak. 🙂 Tak salah mencuba kan? 🙂 Saya lihat toddler lebih mudah untuk ingat setiap perkara yang diajar, maka, apa salahnya saya cuba. 🙂

Semalam saya perkenalkan huruf ‘P p’ kepada Aqeel. 🙂 Alhamdulillah Aqeel memang dah tahu bunyi huruf p, (boleh klik sini untuk baca bagaimana dia dapat kenal bunyi huruf tersebut, dengan izin Allah), maka ia dapat sedikit sebanyak memudahkan proses pembelajaran.

PENTING! Kalau anak tak tahu, tak mengapa. Walaupun anak tidak sebut (atau tiada feedback langsung) pun tidak mengapa (sekiranya baru pertama kali diperkenalkan). Just keep introducing and teaching him/her without expecting anything. Don’t wait for the feedback, it can give you a lot of stress. 🙂 Itu apa yang saya alami sebelum ini. Dan menyebabkan saya mudah ‘hangin’ kalau anak tak dapat ‘tangkap’ apa yang diajar. With the will of Allah, once He allows me to change the way I think (ajar sahaja, tak harapkan mereka faham pada masa itu atau supaya mereka menjadi seorang yang perfect), I feel more relax, and enjoy teaching my kids. Alhamdulillah! SubhanAllah, mereka pun lebih suka nak belajar nampaknya. TabarakAllah! Dan untuk toddler, mereka serap semua info (walaupun kita lihat tiada feedback). One day he/she will simply ‘burst’ it out! 🙂 In sha Allah.

Makan

Ini salah satu contoh. 🙂 Aqeel sepatutnya hias kek tu, tapi dia tak hias. Dia makan! 🙂

The way children learn is different from adults. Let them be children while they are. May Allah help us. 🙂

Oppss moh kembali ke topik asal! 🙂

Saya tidak perkenalkan nama huruf, tetapi saya perkenalkan bunyi huruf (guna kaedah phonics), di mana saya lihat dengan cara ini, proses permulaan membaca anak-anak adalah lebih lancar. Allahu’alam, ini pilihan saya. Ibu2 boleh cuba cara yang sesuai dengan anak-anak ye. 🙂

P dan p mempunyai bentuk yang sama, jadi saya rasa lebih mudah untuk perkenalkan jenis huruf sebegini, berbanding ‘A a’ atau ‘B b’ (huruf besar dan kecil mempunyai huruf yang berlainan).

Moh saya kongsikan ye, biiznillah.. 🙂

1. Tulis Jurnal.

Saya mulakan dengan jurnal dia. Saya guna stamp huruf kecil dan besar untuk copkan huruf ‘P p’ di dalam jurnal, dan tulis huruf P dan p untuk Aqeel ‘trace‘. Saya dan Aqeel buat bunyi huruf p sambil Aqeel tulis.

alphabet stamp set

 Saya suka set stamp ni. Beli kat Toys R Us KLCC masa balik raya hari tu. 🙂

*Macam mana nak buat bunyi huruf ‘p’? Boleh klik sini untuk lihat video (video ini agak terperinci, saya biasa ajar simple je. Good for me to learn too! Saya rasa tengok 1:45 minit pertama pun sudah memadai kot) :)*

belajar huruf p

Aqeel cuba nak tulis ‘p’. 🙂 Agak susah untuk dia lagi sebab cara pegang pen kadang2 OK, kadang dia masih keliru. 🙂 On going learning, in sha Allah.

Siap letak penguin kesayangan dia! ‘p’ (bunyi) for penguin!

belajar huruf p

Pastu dia conteng je ikut suka hati dia! 🙂 Asalkan bahagia anakku.

2. Let’s Paint It!

Aktiviti seterusnya, Aqeel warna huruf p dengan menggunakan warna air (he loves to paint!). Nak lagi best, saya tampalkan cengkerang-cengkerang kecil yang mereka (anak2 saya) kutip di pantai tempoh hari, untuk dia warnakan juga. Bagus untuk latih dan tingkatkan skil motor halus dia. In sha Allah. 🙂

mewarna huruf p

Hasilnya!!

huruf p

Suka sangat ‘painting‘, bahagian luar ‘p’ pun dia warna jugak. 🙂

3. P (bunyi) for purple!

Next, saya beri satu lagi contoh perkataan bermula dengan p —> purple.

Aqeel seronok guna berus dan jari untuk buat hasil kerja ‘p’ for purple. Art gaya bebas namanya! 🙂

p for purple

dan yang terakhir, kami buat…

 4. Mama and Baby Penguin!!

🙂

Saya harap, melalui aktiviti ini, Aqeel dapat faham konsep huruf P besar dan huruf p kecil. Saya dapat feedback yang bagus daripada Aqeel (Alhamdulillah a good sign), tetapi seperti biasa, I need patience in teaching young children. May Allah help me. 🙂

Saya tak panggil P besar, atau p kecil. Saya panggil, Mama ‘p’ (bunyi) dan Baby ‘p’ (bunyi)! Dia suka sangat! Hihihi.

Kami cuma gunakan:

  • 2 batang aiskrim.
  • kertas hitam (yang keras atau kadbod).
  • warna air (putih dan oren).
  • kertas oren.
  • mata.
  • kertas glitter (permukaan kasar), boleh juga guna kertas pasir atau kertas biasa pun OK je. 🙂
  • Gunting dan gam.

Saya potong siap-siap ‘badan’ penguin, dan minta Aqeel warnakan bahagian hadapan penguin dengan menggunakan warna air (putih):

warna putih

Saya ada lukis bentuk oval menggunakan pensil supaya Aqeel tahu untuk warna di mana. 🙂

Minta maaf, saya tidak banyak ambil gambar masa kerja tersebut, sebab sibuk bantu Aqeel. Saya cuma boleh tunjukkan hasilnya. Ibu2 bolehlah ubahsuai ikut kesesuaian dengan anak masing-masing ye. 🙂

Tadddaaaa!! Ini hasilnya..Mama Penguin and Baby Penguin!

mama and baby penguin

Beak‘ penguin tu ialah bentuk diamond yang saya lipat dua. 🙂

Kat belakang saya tampal huruf ‘P’ dan ‘p’, menggunakan kertas glitter yang kasar. Tujuannya untuk Aqeel trace guna jari —> seperti konsep montessori. 🙂

p for penguin

He loves the puppet sticks! Alhamdulillah!

Yeeaaaahh! Itulah cara-cara yang saya cuba untuk perkenalkan Aqeel huruf besar dan kecil serentak. Adakah cara ini berkesan? Hihi. Saya tak tahu lagi. Yang penting, I ‘just do it’ and have fun! Saya harap dapat bantu dia ingat konsep huruf besar dan kecil. 🙂 Sekiranya ibu2 ada idea2 atau pengalaman sebelum ini untuk kenalkan anak-anak huruf besar dan kecil, kongsi-kongsilah di sini ya. 🙂

Selamat mencuba kepada yang berminat! Jazakumullahukhairan. May Allah make easy for us to teach our young ones. 🙂


Leave a comment

Tea Bags Painting

Assalamualaikum Mothers,

Alhamdulillah, bermula minggu lepas, saya cuba untuk buat aktiviti berdasarkan tema (thematic) dengan anak-anak di rumah. 🙂 Kami telah selesai tema pertama, iaitu tema yang mereka pilih sendiri – Dinosaur! Masha Allah seronok sangat rupanya bila kita buat aktiviti berdasarkan tema. Daripada tema tersebut, anak-anak boleh belajar macam-macam aspek dan bina pelbagai skil – belajar membaca, matematik, sains, art and craft, sensory play, dan banyak lagi! Kita cuma perlu ‘follow the flow‘ – lihat apa yang anak minat, dan di mana tahap kebolehan dan pemahaman mereka. In sha Allah saya cuba summarize apa yang telah kami buat minggu lepas dalam tema Dinosaur di masa hadapan. Biiznillah…

Dinosaurs in the House

Segala bahan rujukan dan ‘kajian’ anak-anak saya letakkan di ‘Discovery Corner’ 🙂 Meraka suka sangat main kat sini. Sampai ‘lembik’ dinosaur-dinosaur tu mereka main! 🙂

Tema seterusnya ialah – All About Me.

Alhamdulillah, tadi saya mulakan dengan Mr Aqeel. 🙂 Sesi persekolahan Aleeyah dan Azeem sudah bermula, maka masa agak sedikit untuk mereka ‘explore‘ tema kami yang baru ini, berbanding Aqeel yang masih ada di rumah. 🙂 Buat masa ini, saya cuma rancang aktiviti untuk Aqeel. Untuk Aleeyah, saya tumpukan kepada membaca dan memahami beberapa potong ayat Al-Quran yang berkaitan dengan penciptaan manusia, yang mana tidak dapat saya kongsikan di post ini kerana lari daripada topik. 🙂 Untuk Azeem pula, saya beri dia rehat dahulu, untuk dia sesuaikan diri dengan alam persekolahan. Dia baru masuk Year 1 (5 tahun) dan pertama kali naik bas untuk pergi dan balik dari sekolah. Nampak penat sangat. Jadi biarlah dia stabil dahulu. 🙂 Ya, lain anak, lain pendekatannya kan?

anak balik sekolah

Azeem ‘terpengsan’ lepas balik sekolah. 🙂

Aktiviti yang saya rancang perlulah bersesuaian dengan umur Aqeel. Maka, saya buat topik ini dahulu – My Five Senses! Hari ini kami mulakan dengan deria BAU atau SMELL.

Salah satu aktiviti yang kami buat ialah –> Tea Bags Painting. Moh saya kongsikan bagaimana kami buat ye..

Tea Bags Painting

Saya gunakan 2 jenis tea bags yang mempunyai bau yang best! Supaya Aqeel dapat belajar bahawa dia menggunakan hidung untuk bau. 🙂

teh

Seperti biasa, untuk kita buat teh, saya rendam teh-teh ini dengan air panas dalam bekas yang berlainan. Tapi air sikit sahaja, sekadar untuk keluarkan aroma dan warna. Wangi sangat dua-dua teh ni! 🙂

Lepas dah suam-suam sikit, saya beri Aqeel ‘paint’ dengan tea bags ni!

tea bags painting

Aqeel ‘cop-cop’ uncang teh tu ikut kreativiti dia. 🙂 Dan masha Allah, bau wangi teh memenuhi ruang! Suka!

Oh ya, sekadar berkongsi. Sekarang, setiap kali anak-anak hendak mewarna menggunakan warna air, atau pun buat aktiviti craft yang agak ‘messy‘, saya beri mereka dulang setiap seorang. Senang nak bersihkan. 🙂

tea bags painting

Selain daripada bau yang wangi, teh-teh tersebut mengeluarkan warna yang cantik. Jadi dia suka juga! 🙂 Selain daripada belajar tentang deria bau, saya sertakan pengenalan kepada huruf ‘t’ dan bunyinya ‘ttt’ untuk Aqeel. Maka, sambil dia cop-cop, saya sebutkan ‘ttt’ for tea bags. Aqeel ikut apa yang saya sebut. 🙂

Inilah hasilnya! Tadaaaaa

tea bags painting

Ringkas dan mudah sahaja aktiviti ni! 🙂 In sha Allah dapat membantu anak-anak kecil kita kenal dan faham tentang deria-deria yang mereka ada. Dan ya, apabila seseorang kanak-kanak dibenarkan untuk membuat atau menghasilkan sendiri kerja-kerja kreatif mereka, in sha Allah ini dapat membantu mereka membina keyakinan diri. Mereka akan lebih kreatif untuk memilih peralatan (tools) untuk hasilkan sesuatu kerja kreatif dan berani untuk menghasilkan sesuatu daripada pemikiran mereka (tidak bergantung kepada idea dan teknik yang diajar oleh orang dewasa). In sha Allah. We just do whatever we can, and give whatever we can. The rest is with Allah, the One Who guides, and knows the unseen and seen. 🙂

Selamat mencuba kepada yang berminat! 🙂

Jazakumullahukhairan.


Leave a comment

Belajar Baca ‘Manual’ (LEGO) untuk Toddler.

Assalamualaikum Mothers, 🙂

Sejak beberapa bulan lepas, saya perhatikan anak-anak saya, mula berminat untuk bermain lego. Sebelum ni mereka macam tak minat sangat. Tetapi, setelah bermain dan berkawan rapat dengan anak kawan saya yang sangat suka main lego, Alhamdulillah mereka belajar perlahan-lahan.

legoland

Saya lihat lawatan ke Legoland pun sedikit sebanyak dapat menimbulkan minat mereka untuk main lego. Alhamdulillah! 🙂

Saya suka anak-anak bermain lego, kerana in sha Allah dapat membantu daya fikir dan imaginasi mereka, selain daripada membantu menguatkan jari-jemari kecil anak-anak. Suami dan saya juga suka main lego. Maka, bolehlah jadi hobi sekeluarga. Hihihi. 🙂

Azeem lah yang saya nampak paling minat nak bina sesuatu daripada lego. Baru-baru ini, Alhamdulillah saya lihat dia sudah boleh buat sendiri binaan berdasarkan manual, dengan sedikit bantuan daripada kami.

Lego Manual

 Manual LEGO. Gambar daripada internet.

Aqeel juga nampak berminat, tapi dia belum ada lagi kebolehan untuk berfikir seperti abangnya, maka kadang-kadang kesian juga bila dia sedih sebab tak dapat nak buat macam mana abang dapat buat. 🙂

Maka,

Saya rasa terpanggil nak bantu dia ‘develop‘ kebolehan untuk baca manual secara independent. 🙂 Ini yang saya buat. Kalau ibu2 ada idea dan pengalaman, jemput berkongsi ye. Semoga kita dapat belajar sama-sama. In sha Allah.

Belajar Baca Manual

Saya sediakan untuk Aqeel sebuah kotak kecil,

LEGO Busy Box

Dalam kotak ini, saya letakkan 2 benda:

  1. Beberapa keping lego.
  2. Manual yang saya buat sendiri.

learn to read manual for toddler

Lego yang saya letakkan di dalam kotak ini cuma ada 2 saiz, dengan 5 jenis warna. Saya mahu lihat kebolehan Aqeel untuk membezakan di antara 2 jenis saiz LEGO tersebut.  Manual pula saya buat seringkas mungkin, yang sesuai untuk tahap permulaan bagi Aqeel. Untuk buat manual, saya cuma ambil gambar guna mobile phone, kemudian print dan tampalkan di atas kad manila. Kemudian saya ‘ikat’ semua kad guna ‘ring binder‘. 🙂

*PENTING: Alhamdulillah, Aqeel sudah melepasi peringkat masukkan benda-benda ke dalam mulut. Maka, saya rasa selesa untuk beri Aqeel main aktiviti sebegini, walaupun tanpa pantauan daripada saya. Sekiranya ibu-ibu perhatikan anak-anak masih masukkan benda-benda ke dalam mulut, pada pendapat saya, aktiviti sebegini masih boleh dilakukan, cuma perlukan pemantauan daripada ibu sepanjang masa.* 🙂

Manual Lego

Alhamdulillah, nampaknya dia dapat bezakan kedua-dua saiz tersebut. Dan bina ikut susunan warna yang saya letakkan di manual. Saya letakkan warna selang-seli (putih-merah-putih-merah) untuk memperkenalkan konsep ‘pattern‘ kepada Aqeel (asas kepada matematik). Aqeel belum kuasai konsep ‘pattern‘ ini, maka saya suka untuk terus perkenalkan kepada dia supaya dia dapat perlahan-lahan faham. Biiznillah.

belajar baca manual lego

Suka dia dapat buat ikut manual. 🙂 Dan yang best, untuk beberapa binaan seperti binaan hitam-kuning ini, saya tidak buat manual ‘step-by-step‘. Saya cuma letakkan satu gambar ini sahaja. Maknanya, in sha Allah untuk binaan ringkas, toddler boleh lihat gambar dan terus bina tanpa perlu ditunjukkan langkah demi langkah. Maka, in sha Allah lepas ini, bolehlah saya sediakan manual untuk binaan yang lebih mencabar untuk Aqeel. 🙂 Biiznillah..

Kotak LEGO Aqeel ini saya masukkan di dalam ‘Busy Box‘ Aqeel. Dia ada 2 buah kotak yang berisi bahan-bahan/permainan/peralatan yang boleh dimain dan di’explore‘ sendiri tanpa perlu dipantau oleh saya. Maka, Aqeel bolehlah main dan cuba pada bila-bila masa yang dia suka. 🙂

Busy Box for Toddler

Sekian sahaja perkongsian kali ini. 🙂

May Allah grant us contentment in our hearts, to be able to be grateful in any situation He puts us in. May Allah make us enjoy our journey in raising the kids. 🙂

Jazakumullahukhairan.


Leave a comment

‘Feed the Ladybird’: Fine-Motor Activity for Toddlers

Assalamualaikum Mothers! 🙂

Di antara skil penting yang dipelajari oleh seorang toddler ialah – fine motor skill (skil motor halus). Skil ini penting untuk mereka menjalani kehidupan seharian – makan, menulis, dan sebagainya. Dan skil ini adalah asas kepada kebolehan seseorang kanak-kanak untuk menulis.

Menulis

Gambar dari internet.

Sekiranya jari anak-anak comel kita belum kuat, memang susah dia nak menulis pakai pensil atau pen. Dan untuk menguatkan jari ini, tidak perlu paksa anak untuk tulis, tulis dan tulis. ‘Fobia’ dia nanti dengan menulis. Hehehe. In sha Allah kita boleh buat pelbagai aktiviti yang menarik untuk bantu kuatkan jari dia.

Salah satunya ialah dengan main pengepit baju! Hihi 🙂 Bukan senang ye seorang toddler hendak buka pengepit tu dengan jari-jari comel dia. 🙂 Moh saya kongsikan satu aktiviti yang saya buat dengan Aqeel, berdasarkan buku kegemaran dia – ‘The Bad Tempered Ladybird’.

bad-tempered ladybird toddler

 

Di permulaan buku tersebut, penulis (Eric Carle) mulakan dengan menggambarkan 2 ekor ladybird – seekor ‘friendly‘ dan seekor lagi ‘bad-tempered‘. Kedua-duanya terbang ke arah sekeping daun yang penuh dengan aphids. Mereka hendak makan aphids tersebut. ‘Friendly ladybird kata ‘Good Morning‘ kepada ‘bad-tempered ladybird‘ tersebut… And the story continues..

Untuk tahu cerita lanjut, ibu-ibu boleh baca post saya sebelum ini ya:

Learn from A Book: The Bad-Tempered Ladybird!

Alhamdulillah, Aqeel hafal cerita ni. Dia suka sangat! Bila cerita pasal friendly ladybird, dia akan kata, “Good Morning..” sambil tersenyum simpul. 🙂 Disebabkan itu, saya buat aktiviti ini berdasarkan cerita di dalam buku tersebut. Saya cuma gunakan:

  1. Felt (warna hijau dan merah) untuk buat daun, balut container (Ini sebenarnya plastic container je. Saya potong dan balut supaya selamat untuk Aqeel main) dan kepak ladybird.
  2. Pom pom (warna hijau juga untuk jadi aphids – makanan ladybird).
  3. Glitter paper (warna hitam) untuk buat ladybird.
  4. Mataladybird.
  5. Pengepit baju.
  6. Marker untuk tulis nombor dan gam untuk lekatkan semua ni.

Bahan-bahan ni semua memang dah ada kat rumah. Saya cuba fikir daripada apa yang ada je.. Save gittuu. 🙂

Bahan-Bahan

Tadaaa! Sekejap je nak prepare ni. Dalam lebih kurang 5 minit.

Let’s Play!

Semasa saya sediakan bahan-bahan, Aqeel masih tidur. Saya letakkan siap-siap di atas meja mini-school kami. Seperti biasa, apabila Aqeel bangun tidur, dia memang suka melawat ‘mini-school‘ dulu. Dia suka ‘check out‘ apa yang ada. 🙂 Suka dia tengok ada ladybird! 🙂 (Dan masa tu saya ada sediakan ‘parking game‘ sekali, in sha Allah saya kongsikan ya).

Maka, dia terus nak main. Saya cuma kata, “Let’s feed the friendly ladybird with aphids. It must be hungry!

Saya tunjukkan pada dia supaya menggunakan pengepit baju untuk kutip aphids, dan lepaskan aphids tersebut ke dalam container.

aphids

Susah juga pada mulanya. Lebih-lebih lagi, baru bangun tidur. Sampai guna 2 tangan! Hihihi. Kemudian saya bantu dia perlahan-lahan. Tak boleh paksa, nanti dia tertekan sebab susah pada tahap dia, pada masa tersebut.

Setiap hari, saya beri Aqeel main ini.

kutip aphids

Alhamdulillah, hari ni, dia dah boleh pungut sendiri. 🙂 Sambil masukkan aphids, saya ajak dia kira bersama-sama saya, “1, 2, 3, 4, 5”. Selain daripada bantu tingkatkan skil fine-motor dia, in sha Allah dapat ajar dia mengira juga. 🙂

masuk aphids dalam container

happy

Happy sangat Aqeel dapat buat sendiri! 🙂 Dia ulang semula aktiviti ini beberapa kali. Nak bagi makan pada friendly ladybird katanya. 🙂

repeat

Yeaayyy, Alhamdulillah, itulah salah satu aktiviti fine-motor yang boleh kita buat dengan anak-anak toddler kita. Sebaiknya buat aktiviti berdasarkan apa yang dia suka. Baru dia teruja nak buat sendiri. Dan sekiranya ibu-ibu dapati anak-anak hadapi sedikit kesukaran, sebaiknya bantu ya. Perlahan-lahan, dia akan kuasai skil tersebut. Dan aktiviti ini bukan perlu dibuat sekali je. Sebaiknya di ulang beberapa kali. Saya perhatikan, toddler perlukan ‘repetition‘ aktiviti yang sama untuk dia kuasai skil tersebut. Biiznillah. 🙂

Selamat mencuba! 🙂

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. May Allah grant you happiness with your family and loved ones. 🙂 Jazakumullahukhairan..


Leave a comment

Sensory Activity: Snowman DIY Puffy Paint

Assalamualaikum Mothers!

Hari ni, Alhamdulillah, kami cuba cara lain untuk mewarna – guna puffy paint! Pada mulanya, fokus utama saya buat aktiviti sensory play ini ialah untuk Aqeel, tetapi rupanya, anak-anak saya yang ‘not-so-toddler‘ pun sangat suka! 🙂 Mengikut kajian, banyak faedah yang kanak-kanak perolehi melalui sensory play seperti ini. Ibu-ibu boleh lah dapat sedikit info tentang sensory play di sini ya:

Developing and Cultivating Skills Through Sensory Play

Bagaimana nak buat puffy paint? Senang je, cuma ada 2 bahan utama:

  1. Shaving cream.
  2. Gam cecair (liquid glue).

Puffy paint

Gaulkan sahaja kedua-dua bahan tersebut, maka jadilah puffy paint! Untuk lagi best, boleh je masukkan:

  • glitters atau
  • warna air (lebih baik guna warna yang gelap, kerana apabila bercampur dengan warna putih, paint tersebut akan jadi warna cerah).

Kami letak sedikit glitter. Saya tanya Aqeel, dia hendak buat apa.. Dan dia beritahu dia mahu buat snowman. Maka, saya tidak perlu tambah warna air. Saya cuma lukis 2 bulatan, satu awan dan ‘tanah’ sahaja di atas kad manila untuk dia ‘puffy paint’ snowman dia. 🙂

glitters puffy paint

Memang tujuan aktiviti ini ialah untuk sensory play, maka, warna pakai tangan saja! 🙂 Bila tengok adik dia buat, Aleeyah dan Azeem pun datang join. Nak buat jugak! Mereka lukis sendiri snowman masing-masing.

warna

Aqeel ‘hiaskan’ snowman dia dengan pom pom, bow dan button. 🙂 Tidak perlu letak gam dah, sebab campuran tadi memang dah ada gam.

hias snowman

Tadaaa!! Hasilnya!

snowman puffy paint

The 3D effect really made the kids excited! Lepas kering, Aqeel duk ‘cucuk-cucuk’ snowman dia ni dengan jari. 🙂

puffy paint

Dan sebenarnya, yang paling ‘semangat’ dan sangat teruja ialah anak-anak saya yang ‘not-so-toddler‘!

main puffy paint

Habis mereka ‘paint‘ satu kertas! 🙂 Tangan pun mereka paint! Jadi snowman katanya.

puffy paint

Aleeyah dan Azeem sangat ‘enjoy‘ aktiviti ini! Maka, sensory play bukan sahaja untuk toddler, sesuai dengan kanak-kanak yang dah masuk sekolah juga! 🙂

enjoy puffy paint

Yeaah, inilah snowman puffy paint Aleeyah dan Azeem. 🙂

snowman puffy paint

The kids had sooo much fun! Alhamdulillah!

Selamat mencuba ye kawan-kawan ibu yang saya hormati! In sha Allah boleh pelbagaikan idea – buat pokok, bunga, atau apa sahaja. Banyak lagi idea untuk puffy paint di sini:

Pinterest: Puffy Paint for Preschool

🙂 Jazakumullahukhairan..