A Mom's Journey

Enjoying life as a mom


4 Comments

Suami Curang, Salah Isteri?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua! πŸ™‚

MashaAllah! Lamanya tak ‘bersiaran’ dalam blog ni. Life is really a journey..Things keep changing. People change. And we also change along the way. We hope for the Mercy of Allah to direct us to the path of goodness, in dunia and akhirah. Biiznillah..

Oh ya, sebelum saya terus ke topik yang saya tergerak hati nak tulis, saya nak buat pengumuman sket.

pengumuman

In sha Allah bermula bulan September 2016, kebanyakan ‘post‘ berkaitan dengan perkembangan awal kanak-kanak (termasuk pendidikan) akan saya tulis di dalam blog:

muhsinkids.blogspot.com

Walaubagaimanapun, saya masih kekalkan blog ini, untuk terus berkongsi rasa dan pandangan tentang hal-hal lain, yang kurang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. In sha Allah. Jadi, jemput follow dua-dua blog ye. πŸ™‚

OK. Masuk ke topik yang hendak ditulis. Bismillah…

Suami Curang, Salah Isteri?

3929-000026

Gambar hiasan. Sumber: Internet

Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya tentang perkara ini, kerana, kadang-kadang, bila saya terbaca di sana sini, atau terdengar kanan dan kiri, saya rasa agak keliru dan mungkin sedikit ‘lemas’ dengan pendapat yang temui, berkaitan dengan kecurangan dalam rumah tangga.

Mungkin perkataan ‘lemas’ itu agak ‘kuat’ untuk digunakan. Tetapi itulah yang saya rasa. Saya lihat seperti ada satu ‘general assumption‘ yang dibuat oleh kebanyakan individu (bukan semua). Seperti,

“La, padanlah suami dia curang. Tengoklah isteri dia, selekeh!”

“Isk, ko ni Jemah. Kena la pandai bergaya sikit. Padan la Encik Daus berkenan dengan xxx, dia kan pandai bergaya…”

“Mana la Si Mamat tu tak curang, isteri dia masak pun jarang-jarang. Duk sibuk kerja je. Laki mesti la nak makan air tangan isteri setiap hari!”

“Si Mamat tu curang sebab dia kata isteri dia tak pandai jaga dia. Dia tak happy.”

grass-greener

Oppss!

OK, itu beberapa contoh ya. Pendapat-pendapat sebegini macam dah sebati dengan masyarakat kita. Yang paling kerap ialah kes suami curang, isteri disalahkan kerana tidak cantik, tidak kurus, tidak pandai masak, buat kopi pahit, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, tidak kurang juga sebenarnya kes isteri yang curang terhadap suami.

Kebanyakan yang curang, akan menyalahkan pihak yang dicurangi. Meletakkan diri sebagai mangsa keadaan hingga ‘terpaksa’ curang. Jadi, saya terpanggil hendak menulis ‘surat’ kepada individu yang pernah, sedang atau bercadang untuk curang kepada pasangan. Saya tidak berniat hendak mengadili, malah saya takut nak tulis, sebab takut diduga (takut sekiranya diduga menjadi pihak yang berlaku curang. May Allah protect us. Please pray for me too in your prayer).

Tetapi, saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat ini, dengan harapan ia bertindak sebagai ‘pemecah’ pandangan yang sudah tertanam jitu, dan hampir diterima masyarakat..

“Suami curang ni, kadang-kadang sebenarnya salah si isteri. Suami mana yang tak cari lain bila asyik kena makan kedai mamak.”

berfikir

OK. PAUSE di situ. Lihat betapa 2 perkara yang berlainan sudah dicampur adukkan.

 

Lebih membimbangkan, pendapat yang sudah diterima umum (yang suka menyalahkan pihak yang dicurangi di atas kecurangan pasangannya),Β boleh menyebabkan pihak yang dicurangi murung.

Yelah, bayangkan..

Dia baru sahaja dicurangi. Rumahtangga yang diharapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari (harap peribahasa saya betul. hehe). Segala harapan musnah, kepala kusut, keyakinan diri mungkin jatuh, sekiranya ada anak-anak, mungkin risau pasal masa depan anak..

Kemudian, masyarakat sekeliling datang pula dengan kata-kata seperti,

“Jemah, meh makan produk aku. Cantik, kurus, putih ko nanti! Takde la laki ko cari lain!”

What?

Apa agaknya perasaan wanita yang dicurangi tadi? “Oooo…aku buruk sangat rupanya. Sampai suami benci sangat kat aku. Sampai suami cari yang lain..”

Nampak biasa je kan? But NOPE! For a depressed person, this thought can bring her to suicidal acts! Ya, bunuh diri. Kalau dia dah lama sangat bersedih, dan kesedihan tersebut menguasai dirinya, segala pendapat yang menjatuhkan ‘self-esteem‘ dia akan memburukkan lagi keadaan.

Kan lagi bagus, kalau kita sebagai kawan, boleh buat sebegini, instead of commenting on the ways she looks or the way she handles her family..(because we don’t know! She may be the one who beautifully dressed at home when her husband is around, but wears simple clothes outside the house. She may work so hard to keep her family happy, but she is still being tested)..

“Jemah, jom kita pegi makan Goreng Pisang Cheese!”

pgc

Yummy! πŸ™‚

Yup. Say nothing sometimes is the best way! (kecuali dia perlukan tempat untuk mengadu). Buat dia gembira je, so she feels appreciated and belonged to somebody..

OK, Inilah surat saya kepada saudara dan mungkin juga saudari yang saya hormati :),

Wahai hamba Allah,

Saya cuma hendak menyuarakan satu perkara… Saya cuma hendak mengajak anda untuk meluaskan pandangan dan fikiran, dan lihat dari sudut yang berbeza..

Berlaku curang adalah satu P.I.L.I.H.A.N.

pilihan

Ya, pilihan. Tiada siapa yang boleh paksa anda untuk curang. Pasangan anda (samada dia seorang yang baik, tetapi ada sifat/ciri dia yang anda tidak gemar, ATAU dia memang seorang yang curang juga dengan anda), tidak dapat buat anda curang.

Kenapa?

Apabila andaΒ berada di dalam situasi yang anda tidak gemar, contohnya, isteri anda suka membebel. πŸ™‚ Anda ada kuasa untuk pilih, samada bertindak ke arah positif, atau negatif..

Hmmm..apa maksudnya? OK. Saya beri contoh lagi..

Apabila andaΒ nampak di luar sana, ada seorang wanita yang sangat lemah lembut melayan anda, tetapi isteri anda garang macam singa, again, anda ada kuasa untuk pilih, samada bertindak positif atau negatif..

Apa maksudnya?

Kebiasaannya, apabila berlaku masalah rumahtangga, ada yang memilih untuk curang, kerana pada dia, itu memberikan dia kebahagiaan. Berlaku curang apabila ada masalah dalam rumahtangga adalah satu respon yang ‘negatif’. Maksudnya, anda telah pilih jalan yang ‘negatif’ yang pada anda dapat menyelesaikan masalah. Dan yang memeranjatkan, alasan-alasan yang diberikan diterima oleh masyarakat, membuatkan pemikiran kita celaru,

“Oh, takpela kot kalau buat macam tu. Sebab dia tak bahagia. Jadi apa salahnya dia cari kebahagiaan di luar rumah?”

Hmmm…Mungkin kita banyak tengok drama.

O mankind, indeed the promise of Allah is truth, so let not the worldly life delude you and be not deceived about Allah by the Deceiver.Β Indeed, Satan is an enemy to you; so take him as an enemy. He only invites his party to be among the companions of the Blaze.” (Fatir: 5-6). [Quran.com]

Maksiat. Curang. Leka. Lalai.. Adalah ‘panggilan’ shaitan. Shaitan ialah di antara ‘deceiver‘ yang berusaha keras untuk bawa kita ke jalan yang salah. Segala ‘panggilan’ shaitan tidak akan memberikan kita kebahagiaan abadi. Ya, segala nampak indah pada awalnya. Nampak perfect. Rasa bahagia. Kerana shaitan berusaha untuk anda mengikut bisikannya.

Shaitan akan buat wanita yang anda gilakan tersebut cantik, secantik-cantik manusia. Dan anda sehensem-hensem lelaki di muka bumi ini. Hehe. Segala kata-kata indah belaka. Dan anda rasa makin benci dengan isteri. Mungkin benci juga dengan anak-anak, kerana mungkin mereka boleh menjadi penghalang cinta anda berdua..

Tetapi,

Kebahagiaan yang ‘diberikan’ oleh shaitan tidak lama. Sekejap je. Lihatlah kesannya selepas itu..Selepas anda leka, lalai, masuk ke perangkap shaitan, yang mungkin sampai ke tahap keterlanjuran (may Allah protect)… Shaitan akan tinggalkan begitu sahaja. Kemudian, hadapilah masalah seperti..

Pergaduhan…Mungkin berlarutan..

Mungkin penceraian…

Perebutan anak…

Depresi anak-anak…

Masalah kelakuan dan disiplin anak-anak kerana tertekan dengan situasi…

Dan mungkin banyak lagi masalah yang menyusul.

Ada sampai berbunuhan!

Memang itu ‘job scope‘ dia (shaitan). Tarik kita ke arah kemaksiatan atau kelalaian, kemudian, tinggalkan kita begitu sahaja. Buat hidup kita ‘miserable‘. Because he is our enemy!’Kebahagiaan’ yang dicari di jalan yang tidak diredhai, tidak lama. Itu adalah kesan di dunia. Belum lagi di akhirat. O Allah! Protect us.

o-you-belelieved-dont-follow

Wahai hamba Allah,

Sebenarnya anda boleh memilih jalan yang positif apabila rumahtangga di landa badai.

Tanggungjawab seorang suami bukannya mudah. Allah says in the Quran..

Men are the protectors and maintainers of women, because Allah has given the one more (strength) than the other, and because they support them from their means. Therefore the righteous women are devoutly obedient, and guard in (the husband’s) absence what Allah would have them guard..” (AnNisa:34)

Bermula saat anda mengambil wanita pilihan anda sebagai isteri, di saat itulah bermulanya tanggungjawab anda. Bukan main-main. Anda perlu menyelamatkan seluruh keluarga anda daripada api neraka! SubhanAllah!

O you who have believed, protect yourselves and your families from a Fire whose fuel is people and stones, over which are [appointed] angels, harsh and severe; they do not disobey Allah in what He commands them but do what they are commanded.”Β (AtTahrim:6)

Maka, selain daripada tanggungjawab kewangan, ‘didikan’ keagamaan untuk seluruh keluarga anda, termasuk isteri (bukan anak-anak sahaja) adalah di bawah tanggungjawab anda.

Sekiranya isteri anda tidak betul, perbetulkan lah dia. Berterus teranglah dan tegur secara berhemah, perlahan-lahan. Sekiranya dia masih ingkar, teruskan lah berdoa. Doa banyak-banyak untuk isteri. Doalah bersama dengan dia. Maksudnya doakan perkara yang baik-baik untuk isteri, kuat-kuat, dalam bahasa yang difahami (isteri mana yang tak happy kalau suami suka doakan dia. Dia dengar pulak tu!) Tunjukkan lah kepada dia contoh yang baik. Sekiranya setiap hari anda menunjukkan contoh yang baik, seperti kerap solat berjemaah di masjid, anjurkan pelbagai aktiviti keagamaan di rumah, kerap buat mesyuarat keluarga, kerap berkomunikasi dengan isteri tentang cabaran dan masalah anak-anak, dan sebagainya..

Secara jujurnya, anda rasa, adakah isteri anda akan terus berkelakuan atau bersifat buruk kepada anda?

power-of-dua

Wahai hamba Allah,

Ada kemungkinan, isteri berkelakuan buruk (pada mata anda) kerana ada sesuatu yang dipendam sekian lama. Sekiranya isteri anda tidak cantik seperti dahulu, adalah kerana dia sudah melahirkan mungkin 6 anak anda, dan menjaga mereka bagai menatang minyak yang penuh…

Sekiranya isteri anda buat kopi pahit, mungkin dia dah penat sangat masa tu. Dia balik kerja, masak, siapkan anak-anak, tetapi masih ingat suami tercinta. Dia buatkan kopi untuk anda, walaupun pahit…

Sekiranya suara isteri anda seperti petir di rumah, mungkin dia sedang masak sambil terjerit suruh anak anda mandi supaya dapat solat bersama di waktu Maghrib, dan terjerit kepada seorang lagi anak supaya bersihkan mainan yang bersepah, dengan harapan anda berasa selesa bila berada di rumah (rumah kurang berselerak)…

Wahai hamba Allah,

Isteri anda mungkin ada seribu perkara yang dia tidak berapa gemar tentang anda. Mungkin anda berdengkur di tengah malam. Mungkin anda suka sepahkan stokin bila pulang dari kerja. Mungkin anda tidak begitu rajin membantu di rumah. Tetapi, adakah dia curang pada anda sebab perkara-perkara tersebut? Atau dia terima anda seadanya?

Semasa anda asyik bercinta (dengan kekasih anda), sudah pasti waktu bersama dengan isteri dan anak-anak semakin kurang. Walaupun mungkin anda di rumah, tetapi sudah pasti perhatian anda adalah kepada phone anda, supaya dapat teruskan perbualan dengan kekasih anda.

Pernahkah anda terfikir tentang perasaan isteri yang memerlukan belaian anda ketika itu? Pernahkah anda terfikir tentang perhatian yang didambakan oleh anak-anak yang sedang membesar, yang melihat anda sebagai idola mereka? Adakah mereka mencari jalan keluar seperti anda? Atau mereka terus terseksa dalam diam, tanpa anda sedari?

curang_1

Dan pernah juga kah anda terfikir..?

Sekiranya isteri anda seorang yang baik. Yang mengikut perintah Allah. Mengikut ajaran Rasulullah SAW. Menjaga kehormatan dirinya. Berusaha sepenuhnya untuk taat kepada anda, dan buat keluarga bahagia..

Tetapi anda tidak ‘berselera’ dengan dia, kerana tidak ‘up-to-date‘ seperti kekasih anda yang lebih cantik di luar… Tidakkah anda patut bersyukur dengan nikmat Allah – anda dikurniakan isteri yang baik, walaupun dia pasti tidak sempurna (kerana tiada manusia yang sempurna)? Anda tidak perlu berusaha keras nak perbetulkan dia, kerana dia memang suka ke arah kebaikan. Dan dia mungkin adalah seorang wanita yang tidak mahu pun bersaing dengan kekasih anda untuk bercantik-cantik di luar, kerana faham suruhan Tuhannya,

And tell the believing women to reduce [some] of their vision and guard their private parts and not expose their adornment except that which [necessarily] appears thereof and to wrap [a portion of] their headcovers over their chests and not expose their adornment except to their husbands, their fathers, their husbands’ fathers, their sons, their husbands’ sons, their brothers, their brothers’ sons, their sisters’ sons, their women, that which their right hands possess, or those male attendants having no physical desire, or children who are not yet aware of the private aspects of women. And let them not stamp their feet to make known what they conceal of their adornment. And turn to Allah in repentance, all of you, O believers, that you might succeed.” (An Nur:31)

Sekiranya anda suka lihat perempuan berpakaian cantik, belikanlah pakaian sebegitu kepada isteri. Sekiranya anda suka lihat isteri mekap di rumah, beritahulah isteri. Sekiranya anda lihat isteri tak menang tangan di rumah kerana menguruskan anak-anak dan rumah, bantulah dia. Atau, kalau ada duit lebih sikit, carikan lah pembantu untuk dia.

Nah!

Sekarang barulah dia boleh bercantik-cantik untuk anda. Kan ada banyak cara lain untuk perbetulkan apa yang anda ada sekarang, daripada terus buat keputusan untuk mencari yang lain di luar.

hormat-pasangan

Bukan saja bab nak cantik. Dalam segala hal. Anda pasti seorang yang berkebolehan untuk berkata-kata. Apa salahnya gunakan kelebihan anda itu untuk didik isteri anda. Berkomunikasi secara ikhlas dengan isteri, dengan cara yang betul.Β Sampaikan kepada isteri perkara yang anda suka dan tidak suka.

Lebih bagus lagi, terimalah kekurangan isteri. Kerana sudah pasti anda juga tidak sempurna. Terimalah isteri seadanya. Lihat kekuatan isteri. Lihat kelebihan dan kebaikan isteri, yang mungkin jauuuhhh lagi banyak daripada kekasih anda. Senaraikan satu persatu. Fahamilah minat isteri. Bak kata orang, berkahwin bukan untuk menerima, ia sebenarnya untuk memberi.

Dan yang penting, ingatlah suruhan Tuhanmu..

Tell the believing men to reduce [some] of their vision and guard their private parts. That is purer for them. Indeed, Allah is Acquainted with what they do.” (AnNur:30)

O wives of the Prophet, you are not like anyone among women. If you fear Allah , then do not be soft in speech [to men], lest he in whose heart is disease should covet, but speak with appropriate speech.” (Al-Ahzab: 32)

Allah tahu kelemahan hambaNya. Kelemahan lelaki adalah wanita. Kecantikan wanita, malah kelunakan suara wanita boleh menggangu-gugat seorang lelaki. Maka, kaum adam, jagalah pandanganmu. Jagalah batas pergaulanmu. (Dan kaum wanita, jagalah dirimu. Kawallah perwatakanmu). Allah juga perintahkan kita..

“And do not approach unlawful sexual intercourse. Indeed, it is ever an immorality and is evil as a way.” (Al-Isra’:32)

Jangan DEKATI zina. Maksudnya, jauhkan diri dari segala perkara yang boleh membawa kepada zina. Jangan pandang remeh perkara kecil, yang nampaknya ‘diterima’Β oleh masyarakat. Contohnya seperti makan berdua (laki dan perempuan) di antara suami dan isteri orang, ber’whatsapp’, bergurau senda berlebihan setiap hari dengan kawan sekerja, meluahkan perasaan kepada kawan berlainan jantina, dan sebagainya, yang boleh membawa kepada bibit-bibit ‘percintaan terlarang’. Jauhkan diri sejauh-jauhnya. Tiada siapa yang kebal daripada desakan nafsu dan godaan shaitan. Tidak salah berurusan, tetapi menjadi salah apabila batas dilampaui.

Pilih yang Positif

Bannyaaaakkk sebenarnya jalan positif yang anda boleh ambil sekiranya menghadapi masalah keluarga atau anda mempunyai fikiran bahawa isteri anda tidak cukup bagus. Kesimpulannya, ini di antara 7 jalan positif yang anda boleh ambil:

  1. Pilih untuk menuju ke jalan Allah SWT. Secara automatik, pasti anda akan cinta pada ilmu, termasuk ilmu untuk menjadi pemimpin keluarga. In sha Allah dengan mempelajari AlQuran dan sunnah, tanggungjawab seorang suami dah ayah akan menjadi lebih jelas dan terang, dan buat anda takut untuk abaikan tanggungjawab tersebut.
  2. Bimbing isteri dan anak-anak ke arah kebaikan. Tunjukkan contoh yang baik. Andalah pemimpin. Hebat pemimpin, hebatlah yang dipimpin.
  3. Peliharalah keluarga anda dari anasir buruk di luar (dan yang masuk ke dalam rumah).
  4. Fokus kepada sesuatu yang anda suka – kerjaya, hobi, dsbnya.
  5. Banyakkan masa dengan insan tersayang. Mula ‘spend‘ masa dengan isteri. Kemudian ‘involve‘ banyak dalam aktiviti anak-anak. Lakukan pelbagai aktiviti dengan mereka.
  6. Berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Jangan ambil ringan pengaruh kawan, walaupun di dalam Whatsapp group!
  7. Fokus banyak-banyak kepada ibadah dan ‘good deeds’. Sekiranya anda sedih dengan layanan isteri (contohnya), daripada anda berlaku curang, anda boleh bangun solat malam, berdoalah.. Banyakkan memberi. Beri duit, beri ilmu, beri tenaga, kepada insan yang memerlukan. Kadang-kadang, perasaan sedih dalam diri kita sebenarnya berpunca daripada dosa-dosa yang kita lakukan.

Dan banyak lagi!

Bila anda fokus kepada perkara positif yang banyak dan produktif untuk diri sendiri dan keluarga, in sha Allah, tak sempat nak curang pon!

Bayangkan. 1 jalan negatif (CURANG) vs beribu-ribu jalan positif!

lawak-curang

Gurau je…Jangan marah ye. πŸ™‚

PILIHAN di TANGAN ANDA! Dan berhentilah menyalahkan pasangan di atas pilihan yang anda buat sendiri. Tanpa pengetahuan dia.

Wahai hamba Allah,

Ketahuilah. Curang dalam perkahwinan adalah di antara perkara utama yang merosakkan perkahwinan. Parut yang ditinggalkan ada kemungkinan sukar dirawat. Maka, sekira anda sayang kepada perkahwinan anda, sayang anak-anak anda..Inginkan keluarga yang bahagia, berfikirlah secara matang sebelum melakukan sesuatu. Adakah anda mahukan keseronokan sementara yang akan menggugat kebahagian abadi keluarga? Bukan sahaja diri anda..Anak-anak anda yang tidak bersalah. Adilkah mereka menjadi mangsa keadaan, di atas kelalaian dan kesilapan atau pilihan anda yang salah?

curang-rosakkan-perkahwinan

Wahai hamba Allah yang saya hormati,

Saya tidak kata anda salah semuanya dalam perkahwinan anda. Tidak! Saya tidak kata pasangan anda betul semuanya. Tidak. Saya cuma highlight di sini, pemilihan CARA penyelesaian masalah. Perlulah masalah yang sedia ada ditambah dengan masalah? Atau patut setiap masalah diselesaikan satu persatu, mengikut keperluan?

Dan kembalilah kepada ajaran agama. Cubaan nafsu dalam perkara sebegini adalah merupakan salah satu dugaan Allah kepada hamba-hambaNya. Dan bukan mudah hendak di’tepis’ begitu sahaja, kecuali dengan rahmat dan pertolongan Allah. Seperti yang pernah dilalui oleh Nabi Yusuf a.s:

“And she, in whose house he was, sought to seduce him. She closed the doors and said, “Come, you.” He said, “[I seek] the refuge of Allah . Indeed, he is my master, who has made good my residence. Indeed, wrongdoers will not succeed.”

“And she certainly determined [to seduce] him, and he would have inclined to her had he not seen the proof of his Lord. And thus [it was] that We should avert from him evil and immorality. Indeed, he was of Our chosen servants.” (Yusuf: 23-24)

Itu je bos! Saya minta maaf sekiranya kata-kata saya mengguris perasaan. Saya menulis untuk pertamanya, mengingatkan diri sendiri, seterusnya ingat mengingati sesama manusia.. πŸ™‚

Yang benar,

Hamba Allah. πŸ™‚

Kepada masyarakat sekeliling, moh la kita, ambil pendekatan untuk tidak adili kes-kes sebegini. Kerana kita tidak tahu cerita sebenar. Kita mungkin tahu 5 percent sahaja daripada cerita keseluruhan. Moh la kita serahkan segalanya kepada yang Maha Mengadili, iaitu Allah SWT yang LIHAT dan DENGAR segalanya.

curangbukan-kesilapan

Itu adalah dugaan Allah kepada insan-insan tersebut. Mungkin dugaan kesabaran untuk si isteri yang dicurangi. Dugaan menahan godaan nafsu dan wanita oleh si suami yang curang. Dugaan menjaga kehormatan diri oleh kekasih si suami, terutamanya apabila dia adalah isteri orang (banyak berlaku sekarang ni). Allahu’alam. Allah knows the best.Β Again, tak boleh nak judge. Banyak sangat faktor yang terlibat sebenarnya.

Dan yang penting! Berhenti jugalah menyalahkan pihak yang dicurangi di atas perkara yang dia tidak dapat kawal (dia tidak terlibat langsung dalam hal curang, malah, biasanya ditipu). Yes, dia pasti ada kelemahan. Tetapi keputusan untuk curang adalah keputusan dan pilihan pihak yang berlaku curang. Samada pilih cara penyelesaian masalah yang negatif atau positif. Secara matang atau mengikut perasaan.

Sekiranya masih tidak suka dengan pasangan, selepas pelbagai usaha (macam macam usaha ya, bukan sekadar sekali bercakap dah cukup), bawalah kepada tahap seterusnya. Kaunseling pasangan. Ada lagi tahap seterusnya, tatapi saya tidak mahu tulis di sini. Hadapilah perkara ini seperti seorang lelaki sejati.. Gituuu πŸ™‚

Akhir kata, apa-apa pun, kita kena kembali kepada,

“And I did not create the jinn and mankind except to worship Me.”

(Adh-Dhariyat:56)

Allah jadikan kita di dunia ini untuk menyembah Dia. Bukan menyembah (menurut) nafsu. Dia yang Maha Pengasih turunkan Al-Quran sebagai manual hidup kita, lebih 1400 tahun yang lalu, supaya kita faham erti kehidupan, dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara.

Segala pendapat masyarakat berubah-ubah mengikut evolusi masyarakat tersebut. Perkara yang tidak baik boleh nampak baik bila kebanyakan orang buat benda yang sama. Yes, that’s the fact. But Quran does not change. What is wrong is still wrong even everybody is doing it. And what is right remains right even you are the only person doing it! SubhanAllah!

AllahuAkbar. I am writing to firstly remind myself. May Allah grant us happy families and may Allah give us strength when we are being tested. May Allah protect us from shaitan and keep us firmed in His religion!

Wish you great years ahead with your family! πŸ™‚

 

 

 

 

 

 


8 Comments

Saya Seorang Surirumah. Ia Membosankan?

Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω† Ψ§Ω„Ψ±Ψ­ΩŠΩ…

Assalamualaikum Mothers πŸ™‚

Pagi ini, saya rasa hendak berkongsi rasa hati. πŸ™‚

Pengenalan

Alhamdulillah, sejak bulan Julai 2012, secara rasminya saya telah menjadi surirumah sepenuh masa. Maka, sekarang sudah lebih 2 tahun saya mempunyai ‘profession’ tersebut. πŸ™‚ Lain orang, mungkin lain pandangan tentang status surirumah. Pada saya, saya panggil diri saya surirumah apabila saya tidak ‘generate‘ sebarang ‘income‘ secara material di dalam keluarga. Ini cuma definisi peribadi saya, lain orang mungkin lain definisi mereka. πŸ™‚

Kenapa?

Suka saya hendak berkongsi, sebelum ini, saya memang secara aktif mencari pendapatan untuk keluarga, sejak tamat belajar di universiti. Saya mula bekerja pada usia 21 tahun. Alhamdulillah, pada waktu itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai ada melaksanakan satu program ‘express’ untuk jurusan kejuruteraan. Maka, Alhamdulillah, kami dapat menamatkan kursus kejuruteraan dalam masa yang lebih singkat daripada biasa. Tidak perlulah saya tulis detail tentang perkara ini ya, takut keliru pula nanti. πŸ™‚

Selepas tamat belajar, Alhamdulillah saya dapat tawaran bekerja di sebuah kilang di Klang. Di situlah bermulanya pengembaraan pekerjaan saya sebagai seorang jurutera. Selepas lebih kurang setahun lebih, saya mendapat tawaran bekerja di dalam bidang ‘Oil and Gas‘ pula, dan Alhamdulillah diberi peluang untuk bekerja di dalam dan di luar negara, yang sedikit sebanyak dapat beri pengalaman kepada saya untuk mengenal manusia dan diri sendiri.

Alhamdulillah, pada masa tersebut boleh dikatakan ‘gaji’ agak lumayan bagi seorang yang baru berusia awal 20-an dan seterusnya hingga akhir 20-an. Walaubagaimanapun, selepas dapat Aleeyah (anak saya yang pertama), saya rasakan bahawa saya tidak dapat untuk menunaikan ‘tuntutan’ tanggungjawab kedua-duanya – pekerjaan dan keluarga secara serentak. Saya rasa ada ‘konflik dalam diri’ pada waktu itu, apabila saya tidak dapat luangkan masa yang banyak dengan bayi saya sendiri. Suami saya juga bekerja di dalam bidang yang sama, dan dia juga mempunyai tuntutan kerja yang banyak.

paris with AleeyahSemasa saya masih bekerja di dalam bidang ‘Oil and Gas‘. Menghadiri kursus di Paris. Saya bawa adik dan Aleeyah (masa tu berusia 1 tahun) bersama.

Maka, dengan izin Allah, semasa saya sedang mengandung anak kedua, saya putuskan untuk letak jawatan.

Emosi Dalaman

Salah satu sebab yang penting juga ialah saya rasakan ’emosi’ saya tidak berapa sesuai dengan bidang kejuruteraan. Saya suka kepada kanak-kanak dan suka kepada sesuatu yang berkait dengan emosi manusia. Di dalam bidang kejuruteraan, saya perlu menjadi lebih rigid, supaya kerja dapat siap. πŸ™‚ Walaupun saya suka kepada kerja itu sendiri (kerana saya suka fizik dan matematik), tetapi selepas mendapat anak, saya rasakan sukar untuk mengubah emosi daripada ‘kurang perasaan’ di tempat kerja, kepada ibu yang ‘penuh perasaan’ dan compassionate di rumah.

rigGambar dari internet.Β Di awal pekerjaan, saya bekerja 6 bulan ‘straight‘ di rig di Venezuela.

Oh ya, bagus juga saya kongsikan bahawa di awal pekerjaan di dalam bidang ‘Oil and Gas‘, kebanyakan masa saya dihabiskan di ‘rig‘, pelantar minyak atau di ‘base‘, di mana majoriti rakan sekerja adalah lelaki. Selepas beberapa tahun, saya dapat rasakan saya menjadiΒ kurang sensitif, sebab dah biasa bekerja dengan lelaki. Saya tidak suka dengan perkara remeh temeh kerana pada saya buang masa sahaja layan perkara sebegitu. Hihi.

TAPI

Apabila saya ada anak, perkara yang saya anggap ‘remeh temeh’ itulah perkara yang penting. Contohnya, saya perlu prihatin untuk lihat dan faham bentuk tangisan anak (kerana tangisan adalah di antara cara untuk bayi berkomunikasi pada peringkat awal), sama ada tangisan tersebut adalah tangisan lapar, atau tangisan perlu dibelai, atau tangisan sakit atau mungkin juga tangisan mengada-ngada! πŸ™‚ Jadi respon saya perlu sesuai dengan apa yang ‘disampaikan’ oleh bayi saya. πŸ™‚

Jadi, saya rasakan ada ‘konflik’ di dalam diri saya. Oppss, jangan salah faham ya. Saya tidak katakan bahawa ibu yang bekerja sebagai jurutera tidak mempunyai hati ya. Lain orang, lain jiwanya. Lain bidang dan tuntutan kerja, lain keperluannya. Mungkin di dalam jiwa saya lebih kuat untuk ke arah kanak-kanak, maka mungkin sebab itu ada sedikit ‘perselisihan emosi’. πŸ™‚ Allahu’alam, saya bukan pakar psikologi.

Bukak Tadika

Selepas itu, Alhamdulillah, Allah beri saya peluang untuk buka sebuah tadika, di bawah lesen francais. Dan subhanAllah, saya sangat suka! Saya suka bekerja dengan kanak-kanak dan saya suka bekerja di dalam bidang yang beri peluang saya untuk berinteraksi langsung dengan manusia. Banyak saya belajar semasa tempoh tersebut dan setiap hari saya cuba belajar perkara baru untuk tambah pengetahuan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Walaubagaimanapun,Β selepas beberapa tahun, setelah suami bekerja lebih setahun di luar negara, saya buat keputusan untuk jual tadika tersebut dan kami sekeluarga ikut suami di Dubai.

Secara duniawi, memang nampak rugi. Tetapi, selepas berpindah ke sini, Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk saya belajar tentang kehidupan. Yang mana, saya perlahan-lahan belajar bahawa hidup bukan cuma untuk material. Seringkali kita (terutamanya diri sendiri) selalu keliru dengan apa tujuan hidup. Banyak buku-buku dan seminar yang mengajar tentang perkara ini – tujuan hidup, dan pelbagai insan menyuarakan pendapat masing-masing tentang apa sebenarnya tujuan hidup, berdasarkan pengalaman masing-masing atau philosophy yang mereka percaya.

Terpulang kepada setiap insan untuk percaya apa yang mereka mahu percaya. Pada saya, saya cuma yakin dengan apa yang Allah sampaikan kepada kita melalui Rasulullah SAW, di dalam AlQuran:

Β Ad Dhariyat_56

Allah is the One Who created us, and He is the ONLY One who knows what is best for us.

Selalunya, bila ditulis sebegini, ada yang extremists yang terus kata, “Dah tu, kerja kita solat je. Tak payah bekerja, tak payah buat apa.”

Hmmm, pada pandangan saya itu terlalu extreme, dan mungkin juga kurang pengetahuan tentang Islam itu sendiri yang mana memang sebuah agama yang ‘balance‘.

Sahih Bukhari 39

Apa Kaitan Semua ni Dengan Surirumah?

Hehe mungkin ada yang sedikit keliru apabila tiba-tiba saya kongsikan tentang ayat Al-Quran dan Hadith. πŸ™‚ SubhanAllah, sebenarnya Allah beri panduan bagaimana untuk kita hidup di dalam dunia ini, melalui AlQuran, dan diutuskan Rasulullah SAW untuk tunjukkan contoh kepada kita, yang mana boleh didapati dalam koleksi sunnah baginda. AlQuran banyak bicara tentang hati, tetapi yang selalu di’highlight‘kan kepada kita ialah cuma regulations. Apabila hati sudah beriman dan taat kepada Allah, serta percaya segala yang diturunkan olehNya, secara automatik perbuatan dan anggota akan taat perintahNya. In sha Allah. Maka, sebetulnya, regulationsΒ ‘datang’ selepas ‘percaya’, bukan sebaliknya. Sepertimana Allah turunkan kepada Rasul-Nya. Di Makkah, ayat-ayat banyak diturunkan untuk menguatkan kepercayaan dan keimanan. Selepas masyarakat Islam kuat iman mereka, barulah diturunkan regulations perlahan-lahan.

Again, apa kaitannya? πŸ™‚

Saya hendak kongsikan, bahawa setelah saya menjadi surirumah, hati saya bergelora. Saya jadi keliru, saya jadi down. Ramai yang bertanya,

“Tak bosan ke jadi surirumah? Takde apa nak buat kat rumah. Asyik buat benda yang sama.”

Ada yang kata,

“Tak takut ke suami tinggalkan? Kalau dia cari perempuan lain, macam mana?”

Ada jugak biasa dengar,

“Kita perempuan ni kena pandai berdikari. Jangan nak harap duit suami je.”

Yang paling famous ialah,

“Belajar tinggi-tinggi duduk rumah je buat apa?”

Dan pelbagai lagi. Saya tak kata semua ni salah, dan saya tak kata semua ni betul. Saya juga tak dapat nak janjikan saya ni ‘dijaga’ oleh suami sepanjang hayat dan saya juga tak tahu samada saya diberi peluang untuk jadi surirumah sepanjang hayat atau ada ketika saya perlu bekerja. Saya tidak tahu masa depan. Cuma Allah yang tahu.

Sebagai seorang wanita yang dah biasa ‘pegang duit sendiri’ sejak berusia 21 tahun, dan juga menyara keluarga, tipu sekiranya saya kata saya tidak terasa apa-apa. Saya rasa ‘down‘ pada mulanya kerana rasa tidak berguna. Saya rasa sedih kerana rasaΒ tidak dapat generate income apa-apa di dalam keluarga. Alhamdulillah keluarga saya sangat supportive di atas pilihan saya, tetapi diri saya sendiri yang merasakan sedemikian.

Quote

Dalam kegusaran, kekeliruanΒ dan kesedihan, saya mula belajar tentang Islam. Saya mula menghadiri kelas tafsir, di mana ustazah (orang Arab yang fasih berbahasa Inggeris) ajar kepada kami (bukan Arab), untuk faham AlQuran secara direct. Perkataan demi perkataan. Penerangan demi penerangan. Lain impaknya apabila kita dengar dan belajar ayat-ayat Allah secara direct berbanding ulasan ustaz/ustazah semata-mata. Ayat-ayat Allah sempurna, cantik dan sangat ‘soothing‘.

Saya mula baca buku-buku tulisan ulama, yang banyak menceritakan tentang hati. Saya cuba fahamkan cerita-cerita orang alim terdahulu, dan wanita-wanita Islam terdahulu. Saya cari apakah sebenarnya fungsi wanita di dalam masyarakat.

SubhanAllah, Alhamdulillah, ia beri saya ketenangan. Apabila kita dipengaruhi oleh apa manusia kata dan apa pandangan manusia, hidup memang menyerabutkan. Tetapi apabila kita baca ayat-ayat Allah, fahami apa Allah kata, subhanAllah hidup lebih tenang.

MAKA

Saya cuma hendak berkongsi, in sha Allah, sedikit demi sedikit. Apa yang seorang surirumah boleh lakukan. Tidak semestinya berkait dengan duit. Kadang-kadang, memang seorang surirumah perlu bekerja dari rumah untuk membantu suami, kerana keperluan hidup. Tapi itu bukan the ONLY thing to do. Mungkin daripada kanak-kanak sering kita di’momok’kan dengan duit, duit dan duit, maka kita lihat hidup cuma ‘worth‘ apabila ada duit. Dan subhanAllah, di dalam AlQuran, nilai hidup manusia tidak pernah dikaitkan dengan berapa banyak duit kita ada. Dan again, jangan pula ada yang ekstrim yang mengatakan perlu hidup di dalam batu sahaja, tidak perlu ada duit. Hidup perlu balance, dan Allah sudah beri panduan bagaimana untuk hidup balance, tanpa kita perlu ubahsuai. Ikut sahaja. πŸ™‚ Yang perlu kita struggle ialah bagaimana untuk lawan ‘soul‘ sendiri dan kalahkan syaitan. Allahu’alam.

AlKahf 7

Hidup ini cuma ujian.

Laziness is kin to failure

Sebagai seorang surirumah, saya dan ibu2 perlu sentiasa sibukkan diri. Walaupun tiada pekerjaan yang menjana duit. Saya petik sedikit statement daripada buku, “You can be The Happiest Woman in the World: A Treasure Chest of Reminders” oleh Dr ‘A’id al Qarni, terbitan International Islamic Publishing House.

I urge you to keep busy, not to give in to laziness and idleness. Rather, you should take care of your house and home library, and do your duties and your work, or pray, or read Quran or useful books, or listen to useful tapes, or sit with you neighbours and friends and talk to them about things that will bring them closer to Allah.

Then you will find happiness and joy, by Allah’s leave.

And beware of giving in to idleness, for this will lead to worries, anxiety, devilish whispers and doubts that nothing can relieve except hard work.”

Pengorbanan atau Blessing?

Saya biasa dengar, menjadi surirumah adalah satu pengorbanan. Ia mungkin betul dalam sesetengah aspek, tetapi menjadi surirumah bukanlah pengorbanan semata-mata. Ia sebenarnya adalah ‘hadiah’ atau ‘blessing‘ daripada Allah. In sha Allah, saya cuba hendak mengajak diri saya sendiri dan ibu2 surirumah untuk lihat sebenarnya menjadi surirumah adalah satu nikmat daripada Allah. Bercadang untuk tulis beberapa point lebih lanjut di dalamΒ post seterusnya, beserta dengan beberapa cadangan untuk dilakukan di rumah, untuk buat diri sendiri ‘busy‘.. Biiznillah..

Alhamdulillah

Oppss, nak kata juga di sini, saya bukan nak kata surirumah adalah pekerjaan terbaik ya. Sebab setakat ini belum pernah jumpa ulama’ yang kata wajib seorang wanita untuk jadi surirumah. Allah jadikan situasi hidup setiap manusia berbeza-beza, sesuai dengan individu tersebut. Maka, apabila kita diletakkan dalam sesuatu situasi hidup, kita cuma perlu bersyukur dan jalani kehidupan dengan positif dan gembira. Elakkan untuk komplen dan lihat kelebihan orang lain, sampai kita tak nampak nikmat yang Allah berikan pada kita.

Ibrahim 7

I wrote this to remind myself in the first place. If can benefit others, Alhamdulillah. πŸ™‚

May Allah guide us to the path that pleases Him. May Allah grant us beneficial knowledge. πŸ™‚

May Allah grant you happiness, dear mothers.. Being a home maker and a mother never degraded you to a lower position. Islam raised the status of a mother thousands years ago. πŸ™‚ Don’t be sad, stop toΒ hide. Rise high and let’s do our duties to raise better ummah in the future.

To be continued, in sha Allah…